Tuesday 9 December 2014

My sweetie critical

Bad day, 
Bad luck, 
Bad mood, 
Bad so bad. 

My sweet heart... 


It's accidentally! 

Sumpah lepas ni tak taruk botol air dalam handbag. Sobs... 😭 

Monday 3 November 2014

Gadisku 7

Gadisku 7

Nampaknya aku tak boleh balik hari ni. Kata doktor esok. Ok, esok pun esok la. Janji aku dah sihat. Dah ok sangat ni. Rehat saja kat sini. Bukan buat apa pun. Makan, tidur je. Cuma boring je. Tak ada kawan nak diajak sembang. Takkan nak mintak Punitha dan Ai Leng teman lagi malam ni. Kesian la kat dia orang tu. Tak selesa kot tidur atas sofa. 

Mama dan Papa dah pun balik. Lepas je makan dan bersembang serba sedikit. Mereka berangkat balik. Kata Papa, dia ada hal. Nak jumpa client kot. Mama pun sama. Busy nak jenguk kedai dia. Aku iyakan je. Takkan nak mintak Mama dan Papa telek aku 24 jam sehari semalam. Aku kan dah besar. Selama ni boleh je aku bawa diri sendiri. Lagi pun aku dah biasa dah. Semua buat sendiri. 

Ai Leng dengan Punitha pun dah balik. Sunyinya. Baru terasa kesunyian bila berseorangan. Tadi tak rasa sebab Ai Leng dan Punitha ada. Asyik melayan gelagat mereka buat aku leka. Hilang rasa sakit. Nah, sekarang ni aku dah rasa sakit balik. Sakit bibir la. Sakit pipi la. Sakit kepala la. Serba sakit lah. Tadi tak rasa lak. Mengada sungguh kamu ni Lia! Last-last aku tertidur. 

"Wey, why are you telling him?" Ai Leng marah Punitha. 

"But why?" Punitha kerutkan kening. Apa hal? 

"I think Ameera will angry and disappoint" Ai Leng turunkan nada suara. 

"No la" selamba Punitha jawab. Tak ada perasaan punya budak! 

"Whatever" Ai Leng akhirnya mengalah. Tak dapat dia bayangkan kalau Ameera mengamuk. Habis la. 

"Nurse, can you direct me to Miss Amelia Ameera room?" dia tanya nurse yang berada di kaunter pertanyaan. Dia dapat maklumat dari sahabat Ameera yang di masukkan ke wad di TMC. Butiran lain tidak pula tak diberitahu. Jadi nak tak nak baik bertanya nanti sesat cari jalan. 

"Sorry. Come again?" Nurse itu bertanya. 

"The patients name is Amelia Ameera. She warded yesterday" dia bagi sedikit maklumat. Itu pun dia dapat dari Punitha. Nak harapan kawan yang sorang lagi. Memang susah. Perahsia sangat!

"One moment" lepas tu dia busy tekan keyboard. Cari maklumat Ameera mungkin. 

"May I know your name sir?" Nurse itu bertanya pula. 

"Shafiq Ikmal" dia senyum segaris. 

"So sorry Sir, your name not in visitor list" nurse itu senyum lagi. Hah? Siap ada visitor list bagai? Oh! 

"But I'm her friends. Can you allowed me to visit her. Please" dia separuh merayu. 

"Sorry. Our policy is very particular for our patients. Sorry again" nurse tu tegas dalam lembutnya. Ok, memang salah dia. So? 

"Hello, Punitha. I need your help. I cannot enter his room. Because my name not the one on visitor list" dia call juga Punitha. 

"So?" Punitha dah agak dah. Mesti Mama dan Papa Amelia Ameera akan tinggalkan senarai nama pelawat. Tak lain dan tak bukan untuk menjaga keselamatan anak tunggal mereka. Anak billionaire, harus la ada keselamatan ketat begitu. 

"Can you do a favor? If possible can you come over here" ah, nak malu apanya. Minta tolong saja la. 

"I'm cannot make it. I'm not around" Punitha memang tak dapat nak tolong. Dia kat syarikat Daddy. Mana boleh main cabut macam tu je. Mengamuk Daddy nanti. 

"Please" 

"Really sorry. I am at my Daddy's office" Punitha memang tak berdaya untuk tolong. 

"It's okay then" akhirnya dia terpaksa mengalah juga. 

"Sorry again" 

Eh, Shafiq Ikmal! Kenapa kau beria sangat nak jumpa dia hah?! Dia mundar mandir di lobby hospital. Tak tau nak buat apa. Nak masuk pun tak boleh. Inikan pula nak jumpa dengan dia. Jadi? Buat apa aku di sini? Bukan boleh buat apa pun. Terus dia atur langkah. Keluar dari bangunan hospital dan terus ke tempat parking kereta. Hampa? Tapi kenapa dia berperasaan begini? Pelik? Tapi itu yang berlaku. 

"Daddy, Mommy. I need to see you" dia call orang tua dia. Nak selesaikan masalah ini secepat mungkin. Rimas bila Mira, bekas tunangnya asyik call. Menagih kasih kembali. Huh, memang tak lah. 

"Tonight" itu je jawapan yang Mommy dan Daddy dia berikan. Dia pandang muka iPhone. Mommy dan Daddy tak pernah ambik tahu hal dia. Lepas tangan macam tu je. 

Hey, Shafiq! Kau ada segalanya. Kaya, handsome! Apa lagi yang kau nak dalam hidup ni? Suara bergema dalam kereta. Dia usap muka. Ya, memang dia ada segalanya. Tapi jiwa dia kosong! Kawan di sekeliling sekadar untuk berhibur. Ada tunang pun berlaku curang. Mommy dan Daddy pun tak ada masa. Selalu busy. Hidup dia memang sunyi. 

Dia keluar Negara untuk belajar seawal usia17 tahun. Selepas habis A Level. Dia di serap masuk ke intensive courses selama 6 bulan sebelum menyambung degree. Lepas tu master dan di susuli PhD. Nah, seawal usia 26 tahun dia sudah berjaya memegang syarikat sendiri. Selaku CEO. Bangga? Agak membanggakan untuk Mommy dan Daddy. Tapi dia? Kosong. 

Pertunangan dia dan Mira pun atas Dataran family arrangement. KeluargaMira dan keluarga mereka rapat. Atas urusan perniagaan juga ya. Tanpa perasaan mereka di tunangkan. Tapi dia sayang dan cinta kepad Mira. Saat dia cinta separuh mati, dia dapati Mira berlaku curang. Apa guna dia menyemai kasih kepada perempuan seperti Mira? Jadi untuk apa dia ke sini untuk mencari Amelia Ameera? Dia sendiri pun tak pasti. 

"What's up Ameera! How's your day?" Ai Leng hantar Whatssup. Aku senyum. 

"Boring!" Pantas jari aku menekan permukaan iPhone. 

"Haha... I cannot come today. I’m bit busy dear" Punitha pula menyusul. 

"Hey, it's okay" aku reply lagi. 

"So? What are you doing?" Text dari Ai Leng.

"Just finish my Cleo" majalah fesyen yang dia gemari. Banyak idea untuk dia bergaya berdasarkan rujukan majalah ini. 

"Take some rest" Ai Leng geleng kepala. 

"Yes dear. Feels empty without both of you surrounding" oh, touching pulop. 

"Relax, will be back to normal soon. So, take a rest and make sure you strong enough" Punitha memberi kata semangat. Kuat nak kenakan dia orang. Hehe…  

Malam tu Mama dan Papa temankan aku. Kesian dia orang. Tapi aku happy bila kami berkumpul macam ni. Sebab bukan selalu kami boleh duduk bersama. Kadang kala Mama ada di rumah dengan aku. Papa pula  tak ada. Dan begitu la sebaliknya. Ada hikmahnya juga aku demam ni ya. Harap-harap dapat la kekal sampai bila-bila. Jangan pula aku dah sihat, Mama ke hulu, Papa ke hilir. Last-last aku yang jadi mangsa keadaan. 

Apa yang mengembirakan apabila keesokkan harinya aku dapat keluar hospital. Seronok sangat! Lega rasanya dapat mandi dan tidur di rumah sendiri. Katil sendiri memang lain dari yang lain. Tak ada tempat yang paling best melainkan di rumah sendiri. Percaya. 

Tapi apa yang buat aku sedih bila Ai Leng dan Punitha yang jemput aku. Mama dan Papa busy. Tak dapat nak ambil aku. Busy dengan kerja masing-masing. Sampai lupa tanggungjawab mereka. Sedih sangat. Rasa macam Mama dan Papa tak sayangkan aku. Rasa macam aku tak penting je dalam hidup dia orang berdua. Rasa macam aku ni menyusahkan mereka je. Rasa macam anak terbuang je. Rasa macam tak guna je. Arghhh… rasa-rasa. Lia, come on! Sebelum ni kau hidup sendiri. Boleh je! Manja sangat ni kenapa? Walaupun hidup aku mewah dengan serba serbi lengkap. Tapi jiwa aku kosong. Nasib baik ada kawan seperti Ai Leng dan Punitha. 

Mereka la kawan aku time aku suka dan duka. Dan aku rasa mereka berdua pun senasib. Sama seperti aku. Mak Bapak busy cari harta dunia. Sehingga abaikan anak-anak. Yang menjadi mangsanya adalah kami. Anak-anak terbiar dan mangsa keadaan. Nasib baik kami ni bukan jenis kaki clubbing. Bukan jenis berpeleseran di club-club malam. Paling tak pun, kami lepak kat Hard Rock Cafe. Lepak, minum sambil dengar muzik. Jadi, jangan salahkan anak-anak kalau mereka berpelakuan tak senonoh. Kerana mereka tiada bimbingan dari orang tua mereka. Apa yang mereka buat, mereka tengok dan mereka rasa tanpa ada sesiapa yang ambil peduli. Sehingga mereka anggap perbuatan mereka itu tidak salah. Tak ada cacat celanya. Sedangkan sebaliknya.

Sepanjang hari aku duduk terperap je dalam bilik. Tak nak keluar makan dan minum. Aku mogok lapar! Tapi how's care? Mama? Papa? Dia orang tahu ke? Dari semalam tak jenguk pun aku. Bayang pun tak nampak. Inikan pula batang hidung langsung tak nampak. Sedihnya! Sampai hati sunggu Mama dan Papa buat aku macam ni. 

Aku campak iPhone aku entah ke mana. Memang tak ada mood. Tak nak diganggu. Aku nak bersendirian. Nak bertapa untuk mencari ketenangan. Bersendirian lebih baik untuk masa ni. Aku tak nak sape-sape ganggu aku. Termasuk Ai Leng dan Punitha. Biar je aku mati kebulur dalam bilik ni. Eh? Setakat tak makan sehari tak ada maknanya mati kebulurnya. Tak agak-agak nak menipu pun. Hihi... 

"Cik Lia. Buka pintunya. Bibik bawa makanan ni" ketukan bertalu-talu di pintu bilik aku. Arghh... Bibik ni pun. Mengganggu ketenteraman aku je.

"Bibik, Lia tak nak! Bawa turun" aku buka pintu bilik. Itu pun sikit je. Kalau aku biarkan Bibik ketuk makin kuat. Ini boleh mendatangkan marah. 

"Cik Lia. Puan dan Tuan pesan minta Bibik hantarkan makanan ke bilik Cik Lia" Bibik suakan dulang di depan aku. 

"Tak nak!" Aku terus hempas pintu bilik. Buat apa Mama dan Papa suruh Bibik hantar makanan? Kenapa tak biar je Lia mati kebulur! Aku meraung sekuat hati. Geram dengan diri sendiri. Sebelum ni aku ok je. 17 tahun aku hidup sendiri. Semua aku buat sendiri. Kenapa hari ni aku tak boleh buat? Lia! Wake up! 

Bibik pun dah berapa kali bertukar. Tak pernah lekat. Paling lama pun setahun. Tu Bibik kat bawah tu pun baru 3 bulan kerja. Kata Mama dan Papa, Bibik berhenti kerja sebab perangai aku ni. Memang pun. Aku selalu memberontak. Supaya Mama dan Papa sedar kewujudan aku dalam rumah ni. Sebab Mama dan Papa buat aku ni macam tak wujud dalam hidup mereka. Sedih! 

"Mama... Papa..." Aku menangis pilu. Sedih yang tak tertanggung lagi. Aku ingat hubungan kami kembali pulih. Seronok aku bila kami dapat berkumpul bersama time aku berkampung di hospital. Rupanya tak mengubah apa-apa. Semua kembali kepada keadaan asal. Dunia sunyi aku. Dunia busy Mama dan Papa. 

"Lia ni kenapa? Saja nak susahkan hati Mama dan Papa ke?" Ayat pertama yang keluar dari bibir Mama aku. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba Mama naik angin. 

"What?" Aku tekan remote control. Tak minat nak dengar butir bicara Mama yang seterusnya. 

"Lia, kenapa tak makan? Mama call Bibik tadi. Dia cakap Lia tak nak makan. Asyik berkurung dalam bilik" Mama berdiri depan aku. Menghadang pandangan aku dari skrin tv. Kenapa? 

"Mama tak tahu macam mana nak handle Lia. Sebab tu Mama nak hantar Lia balik kampung" Mama mendegus marah. Oh, tak boleh handle aku rupanya? So, aku ni menyusahkan la ya. Sob... Sob... Sampai hati. 

"Ini la sebab Mama nak Lia duduk kampung" Mama sambung ayat dia. Aku dah tundukkan wajah. Tahan sedih. Sebelum ni aku kuat. Tak pernah menangis. Tapi malam ni jiwa aku rapuh. Mama aku sedang mengeluh yang aku menyusahkan dia. Menyusahkan Papa.

"Ada sebab kenapa Mama dan Papa ambil tindakan ni. Lia tak faham sekarang. Tapi Lia akan faham satu hari nanti" lepas je Mama cakap macam tu. Aku terus berlari naik ke bilik. Aku tak sanggup dengar ayat yang seterusnya. Kata-kata yang keluar dari bibir seorang ibu. Sakit menghiris jiwa. 

Saturday 18 October 2014

Honeymoon

Lupa nak share. 

2nd day at Langkawi. 
Penatnya, lengguh segala badan. 
Smlm aktiviti adventure. 
Hari ni nak buat aktiviti indoor je la. Gi akuarium ke. Gi kilang gamat ke. Tak pun gi shopping kat Bangunan Haji Ismail Group tu. 

Ok la. Nanti kita update lagi k. 

Wednesday 15 October 2014

Assalamulaikum. Hai...

Lamanya tak update blog. Sorry tau. 
Sejak bergelar full time housewife ni. Memang tak ada masa nak bertapa depan lappy. Ni pun view guna ipad je. 

Bangun pagi, prepared breakfast. 
Kemas rumah. Sambil tu cuci Baju. Sidai Baju. 
Sambil2 sidai baju tu fikir nak masak apa ya tengah hari ni?? 
Siap masak. Lepak depan tv. Tengok je cerita apa yg best.  
Petang sikit masak buat tea time. Tunggu hubby balik. 

Buat apple pie ke. Buat opak2 ke. Buat sweet bun ke. Buat kek coklat ke. Tak pun buat je cekodok pisang. Hehe... 

Agak2 boring keluar shopping! Wah, agak melampau di situ. Hihi... 

Kalau malam baru la ada kawan. Boleh la menyembang dgn roommate. Tak ada la boring sangat. 

Gitu serba sedikit job discription aku. Memang aku respect kat semua surirumah. Begitu committed menggalas tugas mereka. Toing... Toing... Tabik spring. 

Adios, 
See you again.  

Friday 15 August 2014

Without HIM

1 week without HIM. 

Really miss him so much. 

Next week will be attending an interview. And I hope I’m got this job offer. 

Interview again?

Yes! Because I can’t survive, without him I totally lost.

Manjung, Perak. Here I’m come!!
  

   

Thursday 14 August 2014

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya

Last day! 


yahoooo... seronoknya. malam ni balik kampung. ho..ho... balik kampung. 


selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

 

#FreePalestine 

#FreeEgypt  

#FreeSyam

Love... Love... Love...