Thursday, 27 June 2013

ITU JANJI 44

44

Izwan mengeliat. Tu pun alarm handset yang berbunyi betul-betul tepi telinga dia. Ya Allah, sepanjang malam dia bergayut dengan Nurul Nissa. Correction. Bukan bergayut pun. Masing-masing tidur kot. Hai, untung la maxis malam tadi. Untung-untung jugak. Yang ruginya kamu!

Dia dial nombor Nurul Nissa. Lama tak berangkat. Dia senyum lagi. Jam di dinding dia kerling. 6 pagi. Sah, dia tak bangun lagi. Aduhai, Nurul Nissa. Tidur awal tapi bangun lambat. Ada saja yang buat dia geli hati dengan telatah Nurul Nissa. Sepontan dan bersahaja.

"Emmm..." Dia buka mata sebelah. Itu pun sebab nak cari iPhone dia yang entah ke mana, jatuh tergolek kot. Dia raba-raba bawah bantal. Tak ada. Dia pandang bawah katil. Memang kat bawah tu. Dia capai, ambil dan lepas tu dia pejam balik matanya.

"Good morning sunshine" ceria suaranya. Seronok kalau setiap pagi dapat mendengar suara pujaan hati. Lagi best kalau buka je mata dapat melihat seraut wajah kesayangannya ini. Alangkah bahagianya jika dia mampu milikinya.

"Emm... Morning" Dia berdehem. Suara serak bergabung dengan sengau. Memang tak best. Huhu...

"Wake up. Solat subuh" senyuman tak lekang di bibir dia. Seronoknya. Tengah mood ok semua seronok. Cuba moody habis orang dia nak bantai. Tak cukup dengan mulut, dengan kekuatan dia tibai. Semua dia taram. Tak kita sape dia main langgar je.

"Ok" dia duduk di birai katil. Handset dia campak atas katil. “Arghhh...” Dia mengeliat. Huh, lega! Izwan tergelak di hujung talian. Ya Allah, comelnya Nurul Nissa.

Masing-masing bergerak ke bilik mandi. Subuh dah hampir ke penghujungnya. Kat Sarawak awal masuk waktu. Cepat-cepat dia bersiap untuk solat. Cepat masuk waktu subuh, cepat masuk waktu Maghrib. Wah, bab tu best. Kalau puasa boleh bebuka awal beb!

Lama dia bermunajat kepada Kekasihnya yang Satu. Dia memohon agar dia berikan kesempatan untuk terus berbakti kepada Mommy. Diberikan kesihatan yang baik untuk Mommy. Dimurahkan rezeki dan lanjutkan usia Mommy. Aamiin.

Hubungan dengan Izwan semakin akrab. Dia kerap datang bertandang ke rumah Mak dan Apak. Call pun kerap. Hantar massage lagi la kerap. Ada saja yang dia nak tanya itu ini. Suka benar dia kacau aku! Agaknya sehari dia tak kacau mesti hidup dia tak gembira. Sebab dia cakap dia happy bila dapat usik aku. Cam ni pun ada ka?

Mommy pun kerap menghubungi aku. Setiap hari kami akan berhubung. Pasti ada saja cerita yang hendak di kongsi bersama. Rindu kepada Mommy. Tapi dia belum bersedia untuk pulang. Masih belum kuat untuk berdepan dengan masalah yang bakal aku tempuhi. Kembali ke sana bererti aku akan kembali memegang title tunangan orang. Aku akan kembali menjadi diri aku sendiri. Hidup aku akan kembali seperti dulu.

Adik-adik ada juga balik time cuti hujung minggu. Itu pun sekejap je. Belum puas nak buli dia orang. Tup-tup dah kena balik asrama. Boring aku! Kalau ada budak-budak tu tak ada la aku boring sangat. Mesti ada saja aktiviti kami. Shopping adalah agenda utama. Aku rasa setiap hari kami akan keluar shopping. Tapi apa yang aku hairannya, duit Apak dengan Mak tak reti nak habis ke? Paling tak pun tak reti nak luak ke eh? Gila best. Tak payah fikir bab duit ni. Ambik je. Jangan risau, semua ditanggung beres.

Dan aktiviti normal aku sepanjang hari adalah menemani Mak berkebun dan memasak. Tapi aku rasa aku lagi sesuai di panggil pemerhati je kot. Bukan tahu sangat nak menolong. Setakat potong-potong bawang, sayur boleh la. Itu pun belum lepas piawaian dapur Mak ni. Tapi Mak cakap boleh improve lagi skill aku tu. Ewah, dan-dan nak bodek aku pun. Hehe… Tapi setakat ni Mak belum bagi kebenaran untuk aku menumis, bergulai. Alamatnya meletup dapur. Huhu... Nasib badan. Memang sah tak ada talent nak jadi suri rumah tangga. Sob… sob…

Setiap petang aku akan menyusuri pantai. Menikmati angin dingin. Berharap agar angin lalu menyampaikan salam rindu, kasih sayang dan cinta aku pada Hasrul.

"You buat apa hari ni?" Tegur satu suara dari belakang. Dia toleh, senyuman tak lekang di bibirnya. Gagah menapak satu per satu.

"Buat bodoh" lepas tu dia buang pandangan ke arah laut terbentang luas. Sedap mata memandang.

"Patut la" dia berlabuh duduk di sebatang kayu. Sibuk je nak menempel!

"Patut la apa?" Dia hantar jelingan maut. Membunuh!

"Patut la bodoh. Suka sangat buat bodoh!" Dia pun hantar jelingan maut. Aduh, membunuh!

"Ada orang kisah?" Tak mahu kalah. Bakar jangan tak bakar.

"Tapi I kisah" dia berkalih. Duduk bersila depan Nurul Nissa. Nak tayang muka dia yang handsome tu. Oh, please la! Macam ni pun ada?

"Biaq pi la. Malas nak layan" dia sengaja kuak rambut. Konkonon gaya menyampah habis. Hihi... guna jari pun boleh!

"Nurul Nissa. Hari ni buat apa?" Dia seru nama aku. Indah sekali di telinga aku ni.

"Teman Mak macam biasa" dia tunduk. Menguis-nguis pasir. Tak best perasaan ni. Mula la rasa rindu seseorang. Seseorang yang jauh di mata tapi terlalu dekat di hati.

"You teman Mak ke, Mak yang teman you" dia dah kumpul pasir pantai. Nak buat bentuk apa tah. Macam budak-budak!

"Sama-sama teman" dia pun dah duduk bersila. Tiru Izwan. Eh, tadi kutuk. Sekarang dia pun ikut. Sengal!

"I nak buat istana pasir. You nak pintu mengadap Laut ke nak belakangkan laut?" Muka dia tak usah cerita. Exited habis! Adeh... Tak berapa nak betul otak Incik polis ni!

"Mengadap Laut" aku layankan je. Seronok! Macam budak-budak tak cukup umur. Hihi...

"Ok" lepas tu dia gigih buat istana pasir untuk aku. Konkonon la.

Aku pun apa lagi. Sama naik dengan dia. Gali situ, gali sini. Korek sana, korek sini. Angkut pasir situ, lambak kat sini. Hadoi, sebijik macam budak tak cukup umur. Dua-dua tak betul. Hihi...

"Ini pintu utama. Sini tower. Dari sini you boleh nampak bintang. Bulan. Dan Laut. Dengan penuh perasaan dan gaya dia pamerkan. Aduh! Aku terpesona.

"I nak bumbung macam bilik I sekarang" dia request pula. Amboi, sama naik!

"Belum siap lagi. Ini bilik utama kita" dan mata kami bertentangan. Jantung hebat bergetar. Masyaallah.

"I nak buai. Sini nak swimming pool. Lepas tu nak lantai aquarium. Ada ikan berenang. Ditemani bulan dan bintang" aku dah imagine macam-macam. Seronok! Lantai kaca seperti aquarium. Seolah-olah aku berada di dalam lautan yang terbentang luas. Bumbung kaca yang membiaskan cahaya malam dari sinaran bulan dan bintang. Seperti aku berada di sebuah tempat yang lapang dan luas. Senyum semakin lebar.

"Dapur?" Dia menduga aku. Senyum hujung bibir. Menyindir la tu!

"Emm... Apa-apa je la" dia tak tahu nak commend. Hihi... Fail!

"I nak sebuah dapur yang luas dan besar. Bertemakan hitam dan merah. Di tengah-tengah ada island. Senang untuk kita masak bersama" dia pun rancak bentangkan imaginasi dia.

"I tak suka cabinet tinggi dan terlalu banyak" aku luahkan pendapat. Aku pendek! Sebab tu tak nak cabinet tinggi. Hihi...

"Ok. Kita ubah. Island tu kita buat dapur untuk memasak dan sinki. Kabinet bawah untuk letak dishwashers. Atas kita letak exhaust fan. Kat belakang kita letak kabinet yang simple. Ok?" Seronok kami main pondok-pondok.

"Microwave dan fridge I nak taruk dalam kabinet. Baru kemas dan teratur" aku pun layan bab ni. Ada la juga idea tu. hihi... Share tak salah.

"Ok. Lagi?" Makin galak dia melayan aku. Aku? Apa lagi. Seronok!

"Lepas tu. Kat dapur pun I nak pasang tv. Sambil masak boleh tengok tv" aku tayang gigi aku yang putih tersusun rapi.

"Alamatnya, hangus rentung la apa yang you masak" dia cebik bibir.

"Eh, mana ada" aku jeling. Pandai-pandai je. Tapi aku rasa betul juga tu. mesti aku ralit tengok tv. Lupa masakkan atas dapur. Harus meletup dapur ni. Hihi...

"Then" dia menyoal lagi. Tangan dia masih ligat membentuk istana pasir. Gila gigih dia ni!

"Lagi... I nak coffee maker. Senang. Tak payah nak bancuh air" aku kerdip mata. Hihi... Buat muka comel.

"Ok. Lagi" makin lebar senyuman dia. Bahagianya.

"Emm..." Jari telunjuk dia ketuk dagu. Seolah-olah berfikir. Gigih sangat nak perah otak.

"Oh, ya! I nak sliding door. Tak suka bau masuk ke ruang depan" dia memang tak suka bau makanan melekat di baju. Kat rambut lagi dia tak suka.

"Everything dear" tangan dia berhenti bekerja. Mata kiri dia kenyetkan. Eh, sakit mata ke bang?

Lepas tu kami berbalas pandang. Senyum terukir di bibir masing-masing. Lama kami bertatapan. Izwan beranikan diri. Mengusap pipi Nurul Nissa. Belai dengan sejuta rasa. Sayang dan cinta.

"Nurul Nissa. Istana ini akan saya jadikan sebuah mahligai kita berdua" matanya tidak lepas dari manatap wajah bersih Nurul Nissa.

Tak semena air matanya mengalir. Terharu. Pilu. Sedih. Sebak. Gembira. Seronok. Atau apa perasaan dia sekarang ni?

"Sini. Tengok, ni pintu utama. Mengadap arah laut. Ni ruang tamu. Ini ruang menonton. Ni dapur. Ni swimming pool. Ni taman. Ok tak?" Dia pandang je aku. Makin terharu. Uwaaa... Mommy!

Aku angguk kepala. Tak mampu nak luahkan sepatah perkataan pun. Senyuman dia semakin lebar dan aku membalasnya. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku melupakan Hasrul dan memberi peluang untuk Izwan.

"Suka tak?" Dia tanya aku. Matanya tak lepas dari menatap wajah aku. Redup sekali pandangan matanya.

"Ala, bukan betul-betul pun. Ni istana pasir je" aku cebik bibir. Saja jual mahal. Tapi dalam hati. Tak usah cerita. Terharu sangat!

"Jika diizinkan saya akan dirikan mahligai ini untuk kita bersama" dia pandang istana pasir yang kami buat. Cantik sekali rekaannya. Dan aku tak sangka yang Izwan punyai bakat. Halus seninya.

Aku sama-sama memandang istana pasir tanpa bunyi. Diam je. Masing-masing dengan impian dan angan-angan sendiri. Aku impikan untuk menghuni istana ini bersama Hasrul. Dan Izwan impikan untuk melangkah bersama Nurul Nissa. Impian mereka tak sama. Tapi tujuannya tetap sama. Inginkan sebuah keluarga bahagia.

"Malam ni buat apa?" dia toleh sekilas. Kemudian matanya menghala ke arah pantai.

"Tak ada buat apa pun" mesti dia nak ajak diner tu. hihi... Perasan la kau Nurul Nissa oit!

"Bagus. Rehat je kat rumah" lepas tu dia berdiri. Tepuk seluar dia yang berpasir. Terus hayungkan langkah panjang. Dia tinggal aku? Aku pun bengong! Dok pandang je dia. Uwaaa....

"Nurul Nissa" sob... Sob... Sedih. Dia toleh. Gamit aku supaya datang dekat dia. Aku geleng kepala. Air mata dah bertakung. Sob... Sob... Sedih.

"Sini" dia gamit aku. Aku tetap duduk. Pandang je dia. Berbalam-balam dah imej dia pada pandangan aku. Sob... Sob... Setitik... Dua titik dan semakin lebat.

"La. Cengengnya. Orang nak usik sikit pun dah buat drama air mata" dia ketawa depan aku. Duduk sambil melutut. Aduhai, boleh dia kutuk aku time ni. Sedih ni tau tak!

"Dah. Jom balik" dia tarik tangan aku. Aku sengaja keraskan badan. Air mata yang mengalir di pipi aku sapu kasar. Geram!

"Dah la tu. tak mau sedih-sedih" dia cuit hidung aku. Mesti merah macam badut sarkas ni. Huhu... Malu! Mana nak menyorok ni?

"Jom" dia tarik tangan aku. Gigih dia tarik. Aduh, sakit ni! Nak pujuk ke nak mencederakan aku ni? Tak macam gaya nak pujuk pun.

"Sakit la" aku tepis tangan dia. Aku berdiri dan terus hayungkan langkah ke rumah Mak dan Apak.

Aku dapat menangkap suara dia yang sedang ketawa halus sambil seru nama aku Nurul Nissa... Nurul Nissa. Huh! Geram aku tau tak! Derap kaki dia jelas di pendengaran aku. Semakin hampir dan bersaing dengan aku. Tapi aku tak layan. Hihi...

"Pukul 8 saya jemput. Bye dear" dia usap kepala aku dan terus berlalu pergi. Aik? Aku tak faham. Apa dia? Nak je aku tanya. Tapi tak terkeluar la pulak suara aku ni. 

Wednesday, 19 June 2013

ITU JANJI 43

Hi, Selamat pagi, salam sejahtera. Maaf sebab lama tak update next chapter. hari ni saya update satu ya. selamat membaca. agak2, you all suka tak kalau Nissa dan Izwan berchinta? please drop comment. Thanks dear. 

43

Dia ambil angin malam. Berjalan menyusuri pantai. Kalau ikutkan Apak. Dia memang menghalang aku bermain pantai sekeras-kerasnya. Tapi aku je degil. Keras kepala. Ikut suka hati aku je. Aku rasa aku nak buat, aku main langgar je. Buat dulu baru fikir. Selalu sangat Mommy tegur aku dengan ayat ni. Tapi aku tak pernah pulak nak ambik pengajaran. Still make same mistake. Ulang lagi dan lagi. Tak tahu bila nak berubah tah.

"Nurul Nissa. Saya minta maaf pasal hari ni" dia bersaing dengan Nurul Nissa menyusuri pantai. Masing-masing berjalan menyursuri pantai. Diam dan terus berdiam diri.

"Tak ada apa la" dia berhenti. Tegak berdiri mengadap laut. Ya Allah, cantiknya keindahan yang Engkau ukir di dada-dada bumi. Terpegun dengan keindahan malam. Cahaya bulan menerangi malam. Bintang menyerikan lagi suasana. Sangat cantik. Lama dia berdiam diri. Menikmati malam dengan penuh kusyuk. Dia asyik di buai angin malam. Indahnya keadaan sekeliling. Indahnya bulan dan bintang malam ni. Semua kejadian Allah swt ciptakan indah sekali. Dan dia bersyukur kerana nikmat untuk melihat keindahan alam masih dia kecapi. Alhamdulillah.

"Nissa, saya harap awak jangan jauh hati dengan saya" Izwan tegak berdiri di sisinya. Kedua-dua tangan dia masukkan ke dalam poket seluar. Gaya orang sedang berfikir. Entah apa saja yang dia fikirkan tu. Fikir cara nak pujuk aku la tu. Ceh, perasan la kamu tu.

Lepas tu masing-masing diam. Menikmati angin malam yang dingin. Deruan ombak menghempas pantai. Sunyi dan tenang. Dingin sekali angin malam yang di bawa oleh bayu pantai. Sejuk sehingga ke tulang hitam. Tulang hitam? Celah mana tulang hitam pun aku tak tahu. Pandai-pandai je main tulis. Ah, lantak la. Aku nak mood romantik ni. Jangan kacau. Syuhh… main jauh-jauh. Hehe…  

"Chumm..." Dia bersin. Mommy! Habis mercik hingus. Huk... Huk... dia tunduk. Oh, no!

"Nissa, look at me" Izwan pegang bahu dia. Tapi malu nak dongak. Habis la muka aku. Mesti comot. Tak cun la macam ni. Uwaaa… malu.

"Come" dia tarik aku supaya pandang muka dia. Aku pasrah je la. Tapi tu pun tunduk je sebab malu. Sambil dua-dua tangan tekup hidung. Cover hidung yang penuh dengan hingus. Masin! Yarkkk… pengotor punya budak! Baru je nak mood romantic. Potong stim betul la dia ni.

Dia dah keluarkan sapu tangan dari poket seluar dia. Tangan aku dia kalihkan. Lap dengan penuh teliti. Lepas tu baru dia pandang muka aku. Senyum je tengok dia pandang aku. Aduhai... berdebar jantung aku tau tak. Jangan pandang dan senyum macam ni. Buat jiwa raga saya tak selesa. Awak buat jantung saya, hati dan limpa saya tak pandai duduk diam-diam. Masing-masing busy bergossip. Busy nak tanya aku kenapa? Jantung aku pun busy pam darah. Limpa dan hati aku pun busy bekerja keras nampaknya. Hai, masing-maisng busybody nampaknya.

"Tak elok berembun. Jom masuk" dia tarik tangan aku. Tapi gaya lembut. Cakap pun lembut-lembut je. Dah gaya memujuk rayu pun ya. Bukan macam siang tadi. Tarik sampai nak tertanggal tangan aku tau. Cakap pun main tengking-tengkin je. Marah aku macam aku buat salah besar je. Dia sangat berbeza. Tapi, ok aku seperti dipukau. Ikut je langkah dia. Mana dia tarik aku, aku ikut je. Dah macam apa je aku rasa. Macam orang buta? Eh, tak nak. Nauzubillah. Minta simpang. Tapi aku nak bagi tau yang aku akur dan pasrah je ni. Apasal dengan aku ni? Apa kena ni? Apa dah jadi?

"Dah makan ubat?" Dia tanya aku lagi. Santai je kami berjalan pulang. Sinaran bulan membiaskan sinaran romantik. Wah, bertambah mood romantik. Gitu!

"Jangan lupa pakai stokin nanti. Tak payah on air cond or kipas" dia masih gaya santai. Pegangan tangan dia masih erat. Tak lepas pun. Aku pandang dia dari arah sisi. Sabar la duhai hati. Oh… oh…

Dia memang baik. Layan aku dengan baik. Ambil berat dan selalu ada bila aku perlukan dia. Tapi dia ada sifat yang paling aku takut. Cemburu! Itu yang buat aku takut. Risau dan gerun untuk bersama di sisi dia. Sikap cemburu dia sukar dijangka. Dia akan berubah dengan mendadak. Secara tiba-tiba dia akan berubah laku. Itu yang buat aku takut. Memang aku tak boleh nak jangka sikap dia. Sekejap dia ok, jap lagi dia akan mengamuk. Totally change. Sehingga aku jadi tak kenal siapa dia. Time tu aku takut nak bayangkan. Kalau dia apa-apa kan aku. Kalau dia berani bertindak di luar batasan manusia normal. Sehingga sanggup membahayakan nyawa aku dan nyawa dia sendiri. Itu yang aku takut.

"On handset. Nanti I call" lepas dia hantar aku depan pintu bilik.

Aku diam je. Pandang muka dia. Siang tadi bukan main dia naik gila. Marah aku macam apa je. Malam ni pelik benar. Kenapa la dia baik sangat ni. Aku risau. Takut kalau hati aku mula beralih arah. Itu yang buat aku takut. Hati dan perasaan aku bukan boleh percaya sangat ni. Dah mula la mengada-ngada nak tangkap lentok. Lagi pun dia la orang yang paling rapat dengan aku buat masa ni. Dia sentiasa ada bila aku sunyi. Dia selalu ada bila aku perlukan teman. Dia juga selalu di sisi aku bila aku sakit. Tapi kenapa dia? Bukan orang lain? Bukan Hasrul? Kenapa dia, Izwan? Kenapa? Dan kenapa?

"Good night. Sleep tight" dia pegang pipi kiri aku. Belai macam belai kucing Parsi. Adeh... Mula la aku nak tangkap lentok ni. Mieowww…

Lepas tu dia terus blah. Aku pandang je. Memang tak keluar sepatah pun ayat. Aduh... Apa kena dengan aku ni? Aku menapak masuk dalam bilik. Duduk di birai katil. Terkebil-kebil mata. Macam kena pukau. Aku tekap tangan aku ke dada. Mak oit, kencang jantung aku berlari setempat, nasib baik tak berlari keluar. Hihi… sengal!

Deruan enjin motor di perkarangan rumah mengejutkan aku. Aku berlari-lari anak ke beranda bilik. Pandang je dia yang sedang memecut laju. Sekejap je hilang dari pandangan aku. Lajunya! Tak sempat nak pandang lama-lama. Bawa la slow sikit. Boleh aku tengok dia lama-lama. Sengal! Tapi aku mula rasa kehilangan. Aduh... Tadi tak nak cakap. Sekarang tergedik-gedik lak. Rindu la apa la. Mengada-ngada ya kamu ni Nurul Nissa.

Aku dongak. Sinaran bulan penuh, cukup indah malam ini. Cahayanya tidak silaukan mata. Makin di pandang makin indah memukau. Orang kata kalau rindu seseorang pandang lah bulan. Kerana dia juga sedang memandang bulan yang sama. Entah iya, entah idak. Tapi malam ni aku pun bengong. Ikut je la apa yang orang kata tu. Dok pandang bulan tu. Tak jemu-jemu. Pandang dan terus pandang. Angau!

Nada dering Xylophone mengejutkan dia. Dia bergerak ke meja solek. Capai iPhone. Incik Poyo. Dia senyum segaris. Tu dia rename nama Izwan masa dia tak berapa nak suka. Sebab masa tu dia poyo sangat. Berlagak habis masa tu. Perasan bagus. Masa tu dia cukup tak suka dengan Izwan. Dah la berlagak dengan kuasa dia. Mentang-mentang polis. Ikut dan dia je nak tahan orang lepas tu main mintak no fon orang. Euwww… menyampah aku!

"Assalamulaikum" dia bagi salam. Suara sengau-sengau manja. Dia gigit bibir bawah. Tangan dia bawa ke dada. Bergetar hebat. Apa kena dengan aku ni? Nervous semacam ni kenapa?

"Waalaikumussalam" Izwan jawab sepatah. Berdebar jantung makin ketara. Aduh, rindunya. Ceh, mengada. Baru je jumpa. Rindu apa kejadahnya!

"Dah sampai?" Nissa berbahasa. Tak tahu nak tanya apa. Canggung je dia rasa. Tapi dia rasa macam nak tanya macam-macam. Banyak sangat dia nak tanya. Nak cakap itu dan ini. Tapi lidah dia kelu. Entah kenapa dia jadi macam ni.

"Sampai mana?" dia pelik. Sampai mana? Dia pelik. Nissa ni cakap dengan siapa sebenarnya.

"Rumah la" Nissa jawab soalan yang tak berapa nak cerdik. Tak adventure langsung. Cuba tanya soalan susah sikit. Lain yang dia nak cakap, lain pula yang terkeluar. Adeh! Pengsan.

"Oh. Dah. Baru je sampai" dia menapak ke arah kuartes. Melangkah tenang. Kunci di tangan dia timang-timang tanpa arah tujaun. Nak tunjuk yang dia tu tengah happy ke apa entah. Elok la sangat tu. Dua-dua angau.  

"Dah makan ubat?" Dia ajukan soalan. Lama dia diam. Kemudian bunyi kunci dan pintu di buka. Sampaikan dia on lampu pun jelas kedengaran. Nampak sangat antara mereka ni sunyi sepi. Tak cakap apa pun.

"Dah. Tadi" Nissa duduk di buaian. Menolak perlahan dengan kaki. Masih mendongak menatap wajah bulan yang terang.

"Dear. Come in and close the door. You not feel well. I pesan apa tadi? Jangan berembunkan?" Dia dapat agak mana port Nurul Nissa. Degilnya dia ni. Tak tahu macam mana lagi cara untuk dia tegur Nurul Nissa. Susah nak atur hidup dia. Manja dan pada masa yang sama dia juga degil.

"Mana ada" dia berdalih. Dan-dan nak menipu pun. Tak nak mengaku lagi tu. Tak tau dosa menipu tu macam mana Nurul Nissa. Kamu ni memang tak serik-serik. Ada saja nak menjawabnya. Ada saja idea yang nak mengelaknya.

"Sayang… Masuk dalam. Close the sliding door please" suara dia dah macam orang merayu je. Ok, aku pasrah. Aku masuk dan tutup pintu. Duduk di birai katil. Suasa dalam bilik samar hanya lampu meja yang dia on. Sengaja dia samarkan. Saja nak duduk dalam gelap.

"I miss you" dia bisikkan ayat syahdu dan tangkap lentok. Aduh... Sakit jantung aku! Kan baru jumpa. Nak miss apa lagi? Parah-parah. Dia senyum. Tak berani nak balas I miss you too. Dalam hati dia memberontak nak ucapkan ayat tu. Tapi dia tahankan diri. Tak nak la simply ucapkan ayat keramat tu. Sangat mahal ok!

"Nurul Nissa. Are you there?" suara Izwan kedengaran cemas. Dah kenapa lak dia ni. Tadi bukan main romantik lagi bisikkan ayat I miss you tu. Baru je nak jiwang dah keluar suara cemas dia tu. Aku diam sebab nak dengar ucapan syahdu dari dia lagi dan lagi. Haha… gatal punya budak!

"I'm here" Adeh, sengau. Dia gigit bibir bawah lagi. Tak tahu nak cakap apa. Mati kata. Tak ada idea pun bercakap. Apa orang cakap, tak ada modal. Ha, cam tu la gayanya.

“Your sexy voice makes me crazy" lepas tu dia ketawa mengekek. Suka dia ya. Sakit tekak ni tau.

"Dah la. Tak nak cakap" ceh... Merajuk kononnya. Sejak bila kamu ni mengada Nurul Nissa oit. Mengada-ngada betul ya kamu ni.

"Jangan la. Tak puas lagi nak dengar suara you" terus dia berhenti gelak. Tau takut!

"You dah pakai stokin?" suara concerns dia dah keluar dah.

"Belum" hihi... Lupa. Dia garu kepala yang tak gatal. Ala, ingat dia dah lupa. Rupanya dia ingat wey. Ok, aku patuh lagi. Ambil stoking dan pakai.

"Pakai sekarang. I tunggu" suara dia tegas. Amboi, ni marah ke apa ni? Letak Fon ni karang. Eh, main ugut-ugut lak dia. Letak ler. Tak payah nak ugut sangat la! Tapi tak apa, aku akur sekali lagi. Capai stoking dan pakai. Aku rasa aku ni dah jadi budak baik. Sekarang tak kuat melawan dah. Kira achievement cemerlang aku ni. Agak-agak kalau taruk dalam resume aci tak?

"Ehem..." Aku berdehem. Konkonon bagi isyarat aku dah siap pakai stokin. Mengada! Cakap je la. Nak pakai isyarat bagai kenapa tah.

"Dah?" Dia tanya sepatah. Boring je. Dia diam, aku diam. Membazir je. Bukan cakap pun. Telifon sekadar nak diam baik tak payah. Membazir je bayar bill. Nasib baik dia yang call aku. Hehe… Untung la Maxis dapat customer macam kami ni. Call berjam-jam tapi cakap je sepatah dua kata je. Yang selebihnya diam je. Masing-masing diam.

"Dah ngantuk?" dia tanya aku lagi. Macam tak ada modal nak cakap apa je. Nak letak telifon la tu. sebab tu tanya aku dah ngantuk ke belum. Kalau tak sudi cakap dengan kita ni cakap je la. Tak payah la tanya kita mengantuk ke idak. Sob… sob…

"Emm... Dah nak tidur la ni" sob... Sob... Sedih tau. Kecik ati kita ni. Dah la. Letak la Fon tu! Tak nak kawan dia.

"Tidur la. I bacakan doa ya" lepas dia bacakan doa aku dah pun hanyut tah ke mana. Tapi aku macam terdengar dia bisikkan I love you. Siap muahhh lagi. Adeh, pengsan. Ke aku perasan ni! Hihi... kenapa? Kau orang jealous eh? Relax la, jangan la emosi. Aku tengah layan blues ni. Sporting la sikit. Kan aku dah lama kecewa. Kasi chan la aku happy.

Izwan senyum di hujung talian. Senang betul dia lena. Baru letak kepala terus hanyut. Geli hati dengan gelagat Nurul Nissa. Macam-macam bunyi ada. Emm... Arghhh... Mesti tengah mengeliat tu. lesak!

"Nurul Nissa" dia panggil nama tu. emm... Bukk... Aduh, sakit telinga dia. Mesti handset jatuh katil tu. Ya Allah, lesaknya dia tidur. Nasib baik handset yang jatuh katil. Kalau dia yang jatuh. Harus dia bergegas ke sana. Hihi... Angau!  

Sunday, 2 June 2013

ITU JANJI 42

42

"Nissa jom turun minum" Mak ketuk pintu bilik. Sunyi. Tak ada sahutan dari dalam.  Dia ketuk lagi. Masih sunyi. Mak pulas tombol pintu. Kuak seluas mungkin.

"Tidur rupanya" Mak duduk di birai katil.

"Nissa. Bangun. Dah nak masuk waktu Maghrib ni" Mak tepuk bahunya. Masih juga diam. Dia tepuk pipi. Panas! Ya Allah. Mak dah panic.

"Abang!" Mak meluru keluar. Menjerit panggil Apak.

"Abang!" Mak menjerit lagi. Mana pulak orang tua ni?

"Ada apa?" relaxes je Apak mendaki anak tangga.

"Nissa demam!" Mak dah kalut. Meluru masuk dalam bilik Nurul Nissa.

"Dia main pantai ke pagi tadi?" Apak bernada tegas. Bukan dia tak tahu aktiviti Nurul Nissa yang satu ni. Suka main pantai! Ini yang dia tak nak. Demam lah. Sakit lah. Hisss... Bebel lak dia.

"Mana ada! Dia keluar gi pasar. Beli barang dapur" Mak dah geram. Elok bergaduh laki bini.

"Dah tu. sampai demam budak tu. Yang awak suruh dia pergi belanja kenapa? Dah tak ada orang dah nak beli barang dapur awak tu?" Apak tak nak kalah.

"Ewah-ewah. Barang dapur saya awak kata. Dah tu, yang awak makan, minum tu dari mana? Dari dapur saya sorang la ya?" Mak oit, menjawab lak Mak ni.

"Dah suruh budak tu kenapa?" Apak marah Mak lagi. Sayang betul dengan anak angkatnya tu. itu tak boleh ini tak boleh. Apa pun tak boleh kalau anak angkat dia tu!

"Dah tu. kenapa awak tak beli?" Mak tak nak mengalah. Hangin je satu badan.

"Awak tu, kenapa tak pergi?" Apak pun sama naik. Tak nak kalah.

"Dia bukan pergi sorang. Anak Mak Cik Midah yang temankan" suara Mak dah kendur.

"Bagus la. Suruh budak tu buat Kerja yang tak pernah dia buat. Sampai demam jadinya" Apak membebel tah apa-apa entah.

"Suka hati awak lah. Malas nak layan. Makin tua, makin kuat membebelnya" Mak tarik muncung sedepa.

"Itu je lah modalnya. Awak tu makin tua, makin kuat merajuknya" Apak pulang paku buah keras.

"Mak, Apak. Apa bising-bising ni?" Dia bersandar di kepala katil. Dari tadi saksikan perang mulut Mak dan Apak. Dia senyum geli hati. Ada saja gelagat mereka berdua yang mencuit hatinya. Gaduh-gaduh manja. Hai…

"Apak kamu tu" Mak duduk di birai katil. Mulut muncung sedepa. Merajuk la tu!

"Eleh, Mak kamu tu yang mula dulu" Apak berdiri di sisi katil. Nissa geleng kepala melihat gelagat mereka berdua.

"Macam mana?" Apak tekapkan tangannya ke dahi Nurul Nissa.

"Ok. Sikit je ni" Nissa gagahkan diri. Tak nak manja-manja lagi. Dia kena kuat!

"Makan ubat nanti. Tak pun bersiap, Apak hantar ke Klinik" Apak dah bagi arahan. Mak diam je. Merajuk la tu! Mintak la Apak yang pujuk. Hehe…

"Sikit je Apak. Demam terkejut ni" dia senyum. Nak bagi Apak dengan Mak lega.

"Terkejut kenapa?" naik suara Apak. Fuh, terkejut aku!

"Kamal langgar divider tadi" Mak buka cerita.

"Nissa tak apa-apa?" Apak dah panic. Hok oloh, kalut sungguh la dia orang ni.

"Ok" dia jawab nak tak nak. Lepas tu dia pandang muka Mak. Nak penjelasan pasal Kamal langgar divider. Dia kena langgar! Diulangi, dia kena langgar dengan Izwan Rizal! Bukan Kamal langgar divider.

"Masa nak reveres dia terlangar divider. Sikit je. Nanti hantar bangkel" Mak cerita lagi.

Nissa pandang muka Mak. Nak minta penjelasan sebenarnya. Mak reka cerita apa ni? Tapi macam biasa Mak buat-buat tak tahu. Nak je aku tanya Mak, tapi depan Apak ni. Karang jadi cerita lain lak. Cerita yang tengah main ni pun tak habis lagi. Dah nak mintak sambungan? Memang tak la. Aku tak nak panjang-panjang ini cerita. Stop takat ni je. Settle.

"Dah tu, kamu ok tak?" Apak ajukan soalan entah yang ke berapa kali tah.

"Ok" aku siap buat isyarat jari thumbs up tanda ok lagi tu nak kasi Apak confident dengan aku.

"Esok Apak hantar repair" suara Apak dah kendur. Senang je kan orang banyak ongkos macam Apak ni. Tak ada hal setakat kereta rosak ni. Hantar je bangkel. Tak pun jual, beli kereta baru. Gila best! Kalau aku la, nak hantar services pun terkemut-kemut. Berkira habis. Nasib baik la Mommy sedia membantu. Hihi...

"Dah. Bangun mandi. Lepas tu makan ubat" lepas tu Apak menapak keluar dari bilik. Tinggal Mak dengan aku. Ok, aku dah boleh tarik nafas lega. Sebab Apak tak banyak soal siasat. Kalau tak masak aku nak memerah otak aku. Nak cari idea nak kelentong Apak ni.

"Mak, tadi Kamal bukan langgar divider. Dia..." Baru je nak buka cerita. Apak dah panggil Mak.

"Sayang. Udah-udah la merajuknya" Apak gamit Mak minta keluar. Mak cebik bibir. Tapi tetap bangun dan melangkah ke arah Apak. So sweet!

So, cerita aku tergantung macam tu je. Kenapa Mak reka cerita macam tu. Atau Mak memang tak tahu cerita sebenarnya? Atau pun Mak tak nak Apak risau lebih. Ke Mak tak nak timbul salah faham antara mereka nanti. Maklum saja keluarga mereka rapat dengan keluarga Izwan Rizal. Kalau sebab isu ni mungkin boleh merenggankan hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin. Jadi, untuk tidak memeningkan kepala otak aku ni. Aku biarkan je la. Malas nak fikir banyak. Bukan ada faedah pun. Buat sakit hati je. Huh!

Aku bersiap. Nak solat Maghrib dan makan. Lepas tu telan ubat. Tak nak bagi Mak dengan Apak risau. Kesian dia orang. Asyik risaukan aku je. Kiranya aku dah insaf la ni. Hehe… tapi aku dah nekad. Tak nak manja-manja dah. Kesian dia orang asyik risaukan aku je. Aku dah besar panjang kot. Takkan benda kecik macam ni pun nak kena susahkan semua orang. Memang tak patut la aku jadi macam ni. So, kuatkan semangat dan cekalkan hati. Jangan gelak. Aku tak main-main. Kali ni sungguh-sungguh punya. Betul ni. Tak tipu sikit pun. Cayalah cakap kat Ton. Eh?

"Nissa, jom turun makan" Mak dah pun siap pakai uniform tidur dia. Baju kelawar. Hihi...

"Jap. 5 minit" dia bergegas masuk balik. Nak ambik pin rambut dia. Nak makan ni. Nanti tak selesa lak.

Sampai je ruang makan dia tercenggang. Aik? Bila masa lak dia ni datang. Dah tak ada kerja ke dia ni. Asyik datang bertandang rumah orang je. Siang tadi datang. Malam pun datang. Menyemak je. Benci tau. Dah la aku geram lagi ni. Rasa nak bagi penyepak sebijik dua, baru puas hati. Grr… geram aku!

"Nissa makan sup sayur" Mak tunjuk tempat duduk yang aku kena duduk. Sebab port aku dah kena ambik dengan makhluk tu. Aku pasrah je la. Malas nak tunjuk perangai bagus aku ni. Tak ada mood nak merajuk ke. Nak memberontak ke. Memang malas nak buat apa. Aku fikir nak makan, lepas tu telan ubat. Tidur. Itu je yang ada dalam kepala otak aku ni. Yang lain-lain tak nak fikir. Buat semak je.

"Mak, mintak lauk sikit" aku buat muka comel. Ayam goreng! Dah la suara sengau! Huhu...

"Kan berminyak tu" Mak larang. Ala...

"Please" aku try pujuk Mak.

"Seketul je" Apak bagi kebenaran. Yahoo... Aku senyum sampai ke telinga. Apak terbaik!

Laju je capai seketul ayam. Ambik yang paling besar. Drumstick! Haha... Seketul je kan? Harus aku guna peluang yang ada ni baik-baik. Rembat yang paling besar la. Apa lagi. Makan jommmm... Perghhh... Semangat aku nak melantak.

"Nurul Nissa" Apak tegur aku. Terus terbantut selera aku. Aku tutup mulut aku yang dok ternganga nak ngap ayam. Huhu... Kenapa pulak? Jangan la Apak tarik balik permission yang dia dah approve tadi.

"Baca doa dulu. Izwan, kamu tolong bacakan" Apak dah siap tadah tangan. Hok oloh, ingat apa tadi. Buat suspend je. Haha… baca doa rupanya.

Lepas aminkan doa. Aku terus makan tanpa banyak bunyi. Sunyi sepi. Tak banyak bunyi pun. Diam-diam je aku makan. Hirup sup sayur semangkuk dan ayam goreng! Fuh, terbaik! Syukur Alhamdulillah dengan nikmat-Mu Ya Allah.

Apak dengan Izwan je yang bersembang. Mak macam biasa tugas dia melayan Apak makan. Aku? Buat hal aku sendiri la. Busy nak kenyangkan perut aku ni. Hihi... Sedap juga makan sup sayur dengan ayam goreng ni ya. Nikmat selera makan aku Allah swt tak tarik lagi. Alhamdulillah, syukur.

Air hidung pun asyik meleleh je. Bukan terharu tau. Tapi sebab aku tak berapa sedap badan ni. Nasib baik tak melarat sangat. Lagi pun aku malas nak layan perangai mengada-ngada aku ni. Demam sikit, mula la nangis nak Mommy. Pening sikit mula nak cari Mommy. Sakit sikit, mula la meraung nama Mommy. Mana la orang tua tu tak risau pasal aku siang dan malam. Kalau cam gini perangainya. Tapi itu dulu. Kiranya aku dah makin kuat la sekarang ni! Ceh... Perasan!

Selesai menolong Mak kat dapur. Menolong ke? Tak sangat, aku sebenarnya menyemak je kat dapur tu. Teman Mak je. Hihi... Teman sambil bersembang. Kira ok la kan? Tak ada la Mak boring dok sorang-sorang kat dapur ni. Mak bagi ubat, aku telan. Mak bagi air, aku minum. Mak bagi oren aku makan. Memang aku tak banyak melawan. Ikut je. Kata nak berubahkan?

"Nissa, makan ubat" dah berapa kali Mak ulang ayat tu. selagi aku tak makan ubat, selagi tu la dia dok suruh aku.

Aku redho dan pasrah. Aku capai dan telan ubat yang Mak bagi. Oh, one more thing. Ubat batuk dan selesema pun tablet. Fuh, lega kot. Tak payah susah nak telan yang jenis sirap. Kiranya Mak dah tahu dah jenis ubat yang aku tak suka. Hehe… sangat memahami Mak aku ni. Terima kasih Mak. Sayang Mak sangat-sangat.

Mak dah busy bancuh air kopi. Aku rasa untuk Apak tu. Biasa lepas diner Apak suka minum kopi sambil baca buku. Aku tengok je apa yang Mak buat. Ke Hulu ke hilir. Apa saja yang dia buat tu. Pening kepala aku ni. Agaknya Mak tak reti penat ke eh? Ada je kerja yang dia nak buat. Aku pun naik hairan bin ajaib dengan Mak ni. Kau orang agak, dari mana Mak dapat energy eh? Semua kerja Mak buat sendiri. Aku tolong? Tolong jugak la. Tapi aku rasa, aku lagi menambah kerja Mak ada la. Apa yang aku tolong akan menyusahkan Mak balik. Nah, see hari ni. Konkonon aku nak tolong Mak beli barang dapur. Last-last aku demam. Tak ke menyusahkan Mak dan Apak je tu. Hai, apa pun tak boleh aku ni. Kerja senang pun aku tak boleh nak buat kot. Aduh… sedih rasanya bila mengenangkan nasib diri.

"Potong kek pisang ni" Mak hulur pisau. Lepas tu dia letak kek pisang dan piring. Ok, aku nak potong macam mana ni? Fikir jap sambil mata terkebil-kebil.

"Mak" dia panggil Mak yang dok busy susun cawan dan piring.

Mak toleh sambil angkat kening sebelah kiri. Wah, kalah Kak Ziana! Hihi...

"Potong macam mana?" dengan muka tak malu aku tanya soalan paling sengal di abad ini. Buat apa nak malu. Dah memang tak tahu kot. Karang aku potong dadu macam potong bawang tu karang.

"Ikut suka kamu la" macam tu Mak jawab. Lepas tu dia bawa cawan dan tekor air ke depan. Aik? Dah kenapa Mak ni?

Ok tak apa Nurul Nissa. Bertenang. Tarik nafas, hembus. Kita potong ok. Mesti boleh! Yakin boleh! Siap gosok tangan lagi. Fuh, Fuh kiri kanan. Baru bab potong kek pisang. Belum mintak potong ayam lagi tu. Adeh... Parah betul!

Dan akhirnya selamat. Dia bawak ke depan. Muka confident habis. Bangga la kononnya. Baru potong kek pisang je pun. Kecoh betul dia ni.

"Nissa bawa apa tu?" Apak tegur bila nampak kelibat aku. Tak menyempat.

"Kek pisang" aku senyum bangga. Eleh, baru jadi tukang potong kek. Agaknya kalau dia yang buat aku tak tahu nak tulis apa. Buat press conferences kot. Haha... Gila glamor punya budak.

Apak pandang aku. Lepas tu dia pandang Mak. Masing-masing senyum. Tapi gaya senyum pun control je. Ala anak dara dengan teruna kat atas pelamin. Senyum simpul macam tu la gayanya. Malu-malu gitu.

Lepas tu Izwan pun sama. Kemam bibir sebab sembunyi senyum. Aku pandang mereka bertiga silih berganti. Dah kenapa? Pelik betul dia orang ni.

"Makan la. Kenapa tak makan?" Aku hulur kat Mak, lepas tu kat Apak. Izwan? Ambik la sendiri! Tak ada masa nak layan dia tu.

Kah... Kah... Kah... Hihi... Hihi... Haha... Haha... Pelbagai versi dia orang gelak. Terburai. Serentak lak tu. Ni sesi gelak berjemaah ke apa ni? Aku kerutkan kening. Pelik betul dia orang ni. Kenapa? Aku pelik ni. Kenapa ni? Cakap la kenapa?

"Nissa... Nisaa..." Apak seru nama aku. Sambil geleng kepala. Kenapa?

"Anak Mak ni, aduhai..." Mak lak geleng kepala. Ketawa masih bersisa. Kenapa?

"Mak, Apak" aku cekak pinggan. Geram betul dengan dia orang ni!

"Next time potong nipis-nipis" Apak tegur aku. Seketul kek pisang Apak tunjuk kat aku. Nipis-nipis?

"Ni" Mak tunjuk dalam piring yang aku bawa tadi. Tebal gila. Kalau makan boleh tercekek. Dah la penuh sampai melimpah keluar. Aduh! Fail! Si Izwan tu bantai gelak tak ingat dunia.

"Mana la Nissa tau" dia cebik bibir. Aduhai, malunya. Mana nak sorok muka ni? Nampak sangat dia tak biasa buat kerja dapur.

"Ni nak bagi orang ke apa makan ni?" Izwan menyampuk. Eh, dia nih. Aku cepuk jugak dia ni. Dah la menyemak je. Banyak bunyi lak dia. Makan je la. Nak je aku sumbat kek pisang yang besar gedabak dalam mulut dia. Kasi diam sikit. Sibuk je gelakkan kita.

"Sibuk je dia tu. makan je la" Nissa merungut. Seketul kek pisang dia capai dan sumbat ke dalam mulut Izwan. Elok je masuk. Hah, kan dah kena tu. Sebab dia dok seronok gelakkan aku. Hihi... Gila jahat aku ni. Padan muka dia!

"Nissa!" Apak naikkan suara. Tegur perangai bagus aku tu. huhu... Sorry.

"Sorry" dia terus menunduk. Sukar benar nak hilangkan perangai panas baran dia ni. Asyik nak naik angin manjang. 
Lepas tu semua diam. Aku lagi la diam. Tunduk je. Tau takut! Itu la, buat lagi perangai macam tu. Elok sangat la. Layan tetamu macam tu. Ni baru Apak panggil nama aku, dia buatnya Apak tegur mau nangis kat sini jugak ni. Huk… huk… sedih je. Tapi dah memang salah sendiri. So, kena la terima hakikat yang aku bersalah. Rasa serba salah sangat ni. Nak pandang muka Izwan pun takut. Apa lagi nak angkat muka. Memang tak berani la. Duduk je sambil tunduk kepala. Gaya orang bersalah macam tu la. Dah buat baru rasa menyesal. Selalu macam tu. Buat dulu baru fikir. Elok sangat la!