Gadisku 7
Nampaknya aku tak boleh balik hari ni. Kata
doktor esok. Ok, esok pun esok la. Janji aku dah sihat. Dah ok sangat ni. Rehat
saja kat sini. Bukan buat apa pun. Makan, tidur je. Cuma boring je. Tak ada
kawan nak diajak sembang. Takkan nak mintak Punitha dan Ai Leng teman lagi
malam ni. Kesian la kat dia orang tu. Tak selesa kot tidur atas sofa.
Mama dan Papa dah pun balik. Lepas je makan dan
bersembang serba sedikit. Mereka berangkat balik. Kata Papa, dia ada hal. Nak
jumpa client kot. Mama pun sama. Busy nak jenguk kedai dia. Aku iyakan
je. Takkan nak mintak Mama dan Papa telek aku 24 jam sehari semalam. Aku kan
dah besar. Selama ni boleh je aku bawa diri sendiri. Lagi pun aku dah biasa
dah. Semua buat sendiri.
Ai Leng dengan Punitha pun dah balik. Sunyinya.
Baru terasa kesunyian bila berseorangan. Tadi tak rasa sebab Ai Leng dan
Punitha ada. Asyik melayan gelagat mereka buat aku leka. Hilang rasa sakit.
Nah, sekarang ni aku dah rasa sakit balik. Sakit bibir la. Sakit pipi la. Sakit
kepala la. Serba sakit lah. Tadi tak rasa lak. Mengada sungguh kamu ni Lia! Last-last aku tertidur.
"Wey, why
are you telling him?" Ai Leng marah Punitha.
"But
why?" Punitha kerutkan
kening. Apa hal?
"I
think Ameera will angry and disappoint" Ai Leng
turunkan nada suara.
"No
la" selamba Punitha jawab. Tak ada perasaan punya budak!
"Whatever" Ai Leng akhirnya mengalah. Tak dapat dia
bayangkan kalau Ameera mengamuk. Habis la.
"Nurse,
can you direct me to Miss
Amelia Ameera room?" dia tanya nurse
yang berada di kaunter pertanyaan. Dia dapat maklumat dari sahabat Ameera yang
di masukkan ke wad di TMC. Butiran lain tidak pula tak diberitahu. Jadi nak tak
nak baik bertanya nanti sesat cari jalan.
"Sorry.
Come again?" Nurse itu
bertanya.
"The
patients name is Amelia
Ameera. She warded yesterday"
dia bagi sedikit maklumat. Itu pun dia dapat dari Punitha. Nak harapan kawan
yang sorang lagi. Memang susah. Perahsia sangat!
"One
moment" lepas tu
dia busy tekan keyboard. Cari maklumat Ameera mungkin.
"May
I know your name sir?" Nurse
itu bertanya pula.
"Shafiq Ikmal" dia senyum segaris.
"So
sorry Sir, your name not in visitor list" nurse itu senyum lagi. Hah? Siap ada visitor
list bagai? Oh!
"But
I'm her friends. Can you allowed me to visit her. Please" dia separuh merayu.
"Sorry.
Our policy is very particular for our patients. Sorry again" nurse tu tegas dalam lembutnya. Ok, memang
salah dia. So?
"Hello,
Punitha. I need your help. I cannot enter
his room. Because my name not the one on visitor list" dia call juga Punitha.
"So?"
Punitha dah agak dah. Mesti Mama dan Papa Amelia
Ameera akan tinggalkan senarai nama pelawat. Tak lain dan tak bukan untuk
menjaga keselamatan anak tunggal mereka. Anak billionaire, harus la ada
keselamatan ketat begitu.
"Can
you do a favor? If possible can you come over here" ah, nak malu apanya. Minta tolong saja la.
"I'm
cannot make it. I'm not around" Punitha memang tak dapat nak tolong. Dia kat syarikat Daddy. Mana boleh
main cabut macam tu je. Mengamuk Daddy nanti.
"Please"
"Really
sorry. I am at my Daddy's office" Punitha memang tak berdaya
untuk tolong.
"It's
okay then" akhirnya
dia terpaksa mengalah juga.
"Sorry
again"
Eh, Shafiq Ikmal! Kenapa kau beria sangat nak
jumpa dia hah?! Dia mundar mandir di lobby
hospital. Tak tau nak buat apa. Nak masuk pun tak boleh. Inikan pula nak jumpa
dengan dia. Jadi? Buat apa aku di sini? Bukan boleh buat apa pun. Terus dia
atur langkah. Keluar dari bangunan hospital dan terus ke tempat parking kereta.
Hampa? Tapi kenapa dia berperasaan begini? Pelik? Tapi itu yang berlaku.
"Daddy, Mommy. I need to see you" dia call
orang tua dia. Nak selesaikan masalah ini secepat mungkin. Rimas bila Mira,
bekas tunangnya asyik call. Menagih
kasih kembali. Huh, memang tak lah.
"Tonight"
itu je jawapan yang Mommy dan Daddy dia berikan. Dia pandang muka iPhone. Mommy
dan Daddy tak pernah ambik tahu hal dia. Lepas tangan macam tu je.
Hey, Shafiq! Kau ada segalanya. Kaya, handsome! Apa lagi yang kau nak dalam
hidup ni? Suara bergema dalam kereta. Dia usap muka. Ya, memang dia ada
segalanya. Tapi jiwa dia kosong! Kawan di sekeliling sekadar untuk berhibur.
Ada tunang pun berlaku curang. Mommy dan Daddy pun tak ada masa. Selalu busy. Hidup dia memang sunyi.
Dia keluar Negara untuk belajar seawal usia17
tahun. Selepas habis A Level. Dia di serap masuk ke intensive courses selama 6 bulan sebelum menyambung degree. Lepas tu master dan di susuli PhD. Nah, seawal usia 26 tahun dia sudah
berjaya memegang syarikat sendiri. Selaku CEO. Bangga? Agak membanggakan untuk
Mommy dan Daddy. Tapi dia? Kosong.
Pertunangan dia dan Mira pun atas Dataran family arrangement. KeluargaMira dan
keluarga mereka rapat. Atas urusan perniagaan juga ya. Tanpa perasaan mereka di
tunangkan. Tapi dia sayang dan cinta kepad Mira. Saat dia cinta separuh mati, dia
dapati Mira berlaku curang. Apa guna dia menyemai kasih kepada perempuan
seperti Mira? Jadi untuk apa dia ke sini untuk mencari Amelia Ameera? Dia
sendiri pun tak pasti.
"What's
up Ameera! How's your day?"
Ai Leng hantar Whatssup. Aku senyum.
"Boring!" Pantas jari aku menekan permukaan iPhone.
"Haha... I
cannot come today. I’m bit busy dear" Punitha pula menyusul.
"Hey, it's
okay" aku reply lagi.
"So?
What are you doing?" Text
dari Ai Leng.
"Just
finish my Cleo" majalah
fesyen yang dia gemari. Banyak idea untuk dia bergaya berdasarkan rujukan
majalah ini.
"Take
some rest" Ai Leng
geleng kepala.
"Yes
dear. Feels empty without both of you surrounding" oh, touching pulop.
"Relax,
will be back to normal soon. So, take a rest and make sure you strong enough" Punitha memberi kata semangat. Kuat nak kenakan
dia orang. Hehe…
Malam tu Mama dan Papa temankan aku. Kesian dia
orang. Tapi aku happy bila kami
berkumpul macam ni. Sebab bukan selalu kami boleh duduk bersama. Kadang kala
Mama ada di rumah dengan aku. Papa pula tak ada. Dan begitu la
sebaliknya. Ada hikmahnya juga aku demam ni ya. Harap-harap dapat la kekal
sampai bila-bila. Jangan pula aku dah sihat, Mama ke hulu, Papa ke hilir. Last-last aku yang jadi mangsa keadaan.
Apa yang mengembirakan apabila keesokkan harinya
aku dapat keluar hospital. Seronok sangat! Lega rasanya dapat mandi dan tidur
di rumah sendiri. Katil sendiri memang lain dari yang lain. Tak ada tempat yang
paling best melainkan di rumah
sendiri. Percaya.
Tapi apa yang buat aku sedih bila Ai Leng dan
Punitha yang jemput aku. Mama dan Papa busy.
Tak dapat nak ambil aku. Busy dengan
kerja masing-masing. Sampai lupa tanggungjawab mereka. Sedih sangat. Rasa macam
Mama dan Papa tak sayangkan aku. Rasa macam aku tak penting je dalam hidup dia
orang berdua. Rasa macam aku ni menyusahkan mereka je. Rasa macam anak terbuang
je. Rasa macam tak guna je. Arghhh… rasa-rasa. Lia, come on! Sebelum ni kau hidup sendiri. Boleh je! Manja sangat ni
kenapa? Walaupun hidup aku mewah dengan serba serbi lengkap. Tapi jiwa aku
kosong. Nasib baik ada kawan seperti Ai Leng dan Punitha.
Mereka la kawan aku time aku suka dan duka. Dan aku rasa mereka berdua pun senasib.
Sama seperti aku. Mak Bapak busy cari
harta dunia. Sehingga abaikan anak-anak. Yang menjadi mangsanya adalah kami.
Anak-anak terbiar dan mangsa keadaan. Nasib baik kami ni bukan jenis kaki clubbing. Bukan jenis berpeleseran di club-club malam. Paling tak pun, kami
lepak kat Hard Rock Cafe. Lepak, minum sambil dengar muzik. Jadi, jangan salahkan anak-anak kalau mereka
berpelakuan tak senonoh. Kerana mereka tiada bimbingan dari orang tua mereka.
Apa yang mereka buat, mereka tengok dan mereka rasa tanpa ada sesiapa yang
ambil peduli. Sehingga mereka anggap perbuatan mereka itu tidak salah. Tak ada cacat
celanya. Sedangkan sebaliknya.
Sepanjang hari aku duduk terperap je dalam bilik.
Tak nak keluar makan dan minum. Aku mogok lapar! Tapi how's care? Mama? Papa? Dia orang tahu ke? Dari semalam tak jenguk
pun aku. Bayang pun tak nampak. Inikan pula batang hidung langsung tak nampak.
Sedihnya! Sampai hati sunggu Mama dan Papa buat aku macam ni.
Aku campak iPhone aku entah ke mana. Memang tak
ada mood. Tak nak diganggu. Aku nak
bersendirian. Nak bertapa untuk mencari ketenangan. Bersendirian lebih baik untuk
masa ni. Aku tak nak sape-sape ganggu aku. Termasuk Ai Leng dan Punitha. Biar
je aku mati kebulur dalam bilik ni. Eh? Setakat tak makan sehari tak ada
maknanya mati kebulurnya. Tak agak-agak nak menipu pun. Hihi...
"Cik Lia. Buka pintunya. Bibik bawa makanan
ni" ketukan bertalu-talu di pintu bilik aku. Arghh... Bibik ni pun.
Mengganggu ketenteraman aku je.
"Bibik, Lia tak nak! Bawa turun" aku
buka pintu bilik. Itu pun sikit je. Kalau aku biarkan Bibik ketuk makin kuat.
Ini boleh mendatangkan marah.
"Cik Lia. Puan dan Tuan pesan minta Bibik
hantarkan makanan ke bilik Cik Lia" Bibik suakan dulang di depan aku.
"Tak nak!" Aku terus hempas pintu
bilik. Buat apa Mama dan Papa suruh Bibik hantar makanan? Kenapa tak biar je
Lia mati kebulur! Aku meraung sekuat hati. Geram dengan diri sendiri. Sebelum
ni aku ok je. 17 tahun aku hidup sendiri. Semua aku buat sendiri. Kenapa hari
ni aku tak boleh buat? Lia! Wake up!
Bibik pun dah berapa kali bertukar. Tak pernah
lekat. Paling lama pun setahun. Tu Bibik kat bawah tu pun baru 3 bulan kerja.
Kata Mama dan Papa, Bibik berhenti kerja sebab perangai aku ni. Memang pun. Aku
selalu memberontak. Supaya Mama dan Papa sedar kewujudan aku dalam rumah ni.
Sebab Mama dan Papa buat aku ni macam tak wujud dalam hidup mereka. Sedih!
"Mama... Papa..." Aku menangis pilu.
Sedih yang tak tertanggung lagi. Aku ingat hubungan kami kembali pulih. Seronok
aku bila kami dapat berkumpul bersama time
aku berkampung di hospital. Rupanya tak mengubah apa-apa. Semua kembali kepada
keadaan asal. Dunia sunyi aku. Dunia busy
Mama dan Papa.
"Lia ni kenapa? Saja nak susahkan hati Mama
dan Papa ke?" Ayat pertama yang keluar dari bibir Mama aku. Tak ada angin,
tak ada ribut. Tiba-tiba Mama naik angin.
"What?"
Aku tekan remote control. Tak minat
nak dengar butir bicara Mama yang seterusnya.
"Lia, kenapa tak makan? Mama call Bibik tadi. Dia cakap Lia tak nak
makan. Asyik berkurung dalam bilik" Mama berdiri depan aku. Menghadang
pandangan aku dari skrin tv. Kenapa?
"Mama tak tahu macam mana nak handle Lia. Sebab tu Mama nak hantar Lia
balik kampung" Mama mendegus marah. Oh, tak boleh handle aku rupanya? So, aku ni menyusahkan la ya. Sob... Sob...
Sampai hati.
"Ini la sebab Mama nak Lia duduk
kampung" Mama sambung ayat dia. Aku dah tundukkan wajah. Tahan sedih.
Sebelum ni aku kuat. Tak pernah menangis. Tapi malam ni jiwa aku rapuh. Mama
aku sedang mengeluh yang aku menyusahkan dia. Menyusahkan Papa.
"Ada sebab kenapa Mama dan Papa ambil
tindakan ni. Lia tak faham sekarang. Tapi Lia akan faham satu hari nanti"
lepas je Mama cakap macam tu. Aku terus berlari naik ke bilik. Aku tak sanggup
dengar ayat yang seterusnya. Kata-kata yang keluar dari bibir seorang ibu.
Sakit menghiris jiwa.