Hi, Selamat pagi, salam sejahtera. Maaf sebab lama tak update next chapter. hari ni saya update satu ya. selamat membaca. agak2, you all suka tak kalau Nissa dan Izwan berchinta? please drop comment. Thanks dear.
43
Dia ambil angin malam. Berjalan menyusuri pantai. Kalau ikutkan Apak. Dia
memang menghalang aku bermain pantai sekeras-kerasnya. Tapi aku je degil. Keras
kepala. Ikut suka hati aku je. Aku rasa aku nak buat, aku main langgar je. Buat
dulu baru fikir. Selalu sangat Mommy tegur aku dengan ayat ni. Tapi aku tak
pernah pulak nak ambik pengajaran. Still make same mistake. Ulang lagi dan
lagi. Tak tahu bila nak berubah tah.
"Nurul Nissa. Saya minta maaf pasal hari ni" dia bersaing dengan
Nurul Nissa menyusuri pantai. Masing-masing berjalan menyursuri pantai. Diam
dan terus berdiam diri.
"Tak ada apa la" dia berhenti. Tegak berdiri mengadap laut. Ya Allah,
cantiknya keindahan yang Engkau ukir di dada-dada bumi. Terpegun dengan
keindahan malam. Cahaya bulan menerangi malam. Bintang menyerikan lagi suasana.
Sangat cantik. Lama dia berdiam diri. Menikmati malam dengan penuh kusyuk. Dia
asyik di buai angin malam. Indahnya keadaan sekeliling. Indahnya bulan dan
bintang malam ni. Semua kejadian Allah swt ciptakan indah sekali. Dan dia
bersyukur kerana nikmat untuk melihat keindahan alam masih dia kecapi.
Alhamdulillah.
"Nissa, saya harap awak jangan jauh hati dengan saya" Izwan tegak
berdiri di sisinya. Kedua-dua tangan dia masukkan ke dalam poket seluar. Gaya
orang sedang berfikir. Entah apa saja yang dia fikirkan tu. Fikir cara nak
pujuk aku la tu. Ceh, perasan la kamu tu.
Lepas tu masing-masing diam. Menikmati angin malam yang dingin. Deruan ombak
menghempas pantai. Sunyi dan tenang. Dingin sekali angin malam yang di bawa
oleh bayu pantai. Sejuk sehingga ke tulang hitam. Tulang hitam? Celah mana
tulang hitam pun aku tak tahu. Pandai-pandai je main tulis. Ah, lantak la. Aku
nak mood romantik ni. Jangan kacau. Syuhh… main jauh-jauh. Hehe…
"Chumm..." Dia bersin. Mommy! Habis mercik hingus. Huk...
Huk... dia tunduk. Oh, no!
"Nissa, look at me" Izwan pegang bahu dia. Tapi malu nak dongak.
Habis la muka aku. Mesti comot. Tak cun la macam ni. Uwaaa… malu.
"Come" dia tarik aku supaya pandang muka dia. Aku pasrah je la. Tapi
tu pun tunduk je sebab malu. Sambil dua-dua tangan tekup hidung. Cover hidung
yang penuh dengan hingus. Masin! Yarkkk… pengotor punya budak! Baru je nak mood
romantic. Potong stim betul la dia ni.
Dia dah keluarkan sapu tangan dari poket seluar dia. Tangan aku dia kalihkan.
Lap dengan penuh teliti. Lepas tu baru dia pandang muka aku. Senyum je tengok
dia pandang aku. Aduhai... berdebar jantung aku tau tak. Jangan pandang dan
senyum macam ni. Buat jiwa raga saya tak selesa. Awak buat jantung saya, hati
dan limpa saya tak pandai duduk diam-diam. Masing-masing busy bergossip. Busy
nak tanya aku kenapa? Jantung aku pun busy pam darah. Limpa dan hati aku pun
busy bekerja keras nampaknya. Hai, masing-maisng busybody nampaknya.
"Tak elok berembun. Jom masuk" dia tarik tangan aku. Tapi gaya
lembut. Cakap pun lembut-lembut je. Dah gaya memujuk rayu pun ya. Bukan macam
siang tadi. Tarik sampai nak tertanggal tangan aku tau. Cakap pun main
tengking-tengkin je. Marah aku macam aku buat salah besar je. Dia sangat
berbeza. Tapi, ok aku seperti dipukau. Ikut je langkah dia. Mana dia tarik aku,
aku ikut je. Dah macam apa je aku rasa. Macam orang buta? Eh, tak nak.
Nauzubillah. Minta simpang. Tapi aku nak bagi tau yang aku akur dan pasrah je
ni. Apasal dengan aku ni? Apa kena ni? Apa dah jadi?
"Dah makan ubat?" Dia tanya aku lagi. Santai je kami berjalan pulang.
Sinaran bulan membiaskan sinaran romantik. Wah, bertambah mood romantik.
Gitu!
"Jangan lupa pakai stokin nanti. Tak payah on air cond or kipas" dia
masih gaya santai. Pegangan tangan dia masih erat. Tak lepas pun. Aku pandang
dia dari arah sisi. Sabar la duhai hati. Oh… oh…
Dia memang baik. Layan aku dengan baik. Ambil berat dan selalu ada bila aku
perlukan dia. Tapi dia ada sifat yang paling aku takut. Cemburu! Itu yang buat
aku takut. Risau dan gerun untuk bersama di sisi dia. Sikap cemburu dia sukar
dijangka. Dia akan berubah dengan mendadak. Secara tiba-tiba dia akan berubah
laku. Itu yang buat aku takut. Memang aku tak boleh nak jangka sikap dia.
Sekejap dia ok, jap lagi dia akan mengamuk. Totally change. Sehingga aku jadi
tak kenal siapa dia. Time tu aku takut nak bayangkan. Kalau dia apa-apa kan
aku. Kalau dia berani bertindak di luar batasan manusia normal. Sehingga
sanggup membahayakan nyawa aku dan nyawa dia sendiri. Itu yang aku takut.
"On handset. Nanti I call" lepas dia hantar aku depan pintu
bilik.
Aku diam je. Pandang muka dia. Siang tadi bukan main dia naik gila. Marah aku
macam apa je. Malam ni pelik benar. Kenapa la dia baik sangat ni. Aku risau.
Takut kalau hati aku mula beralih arah. Itu yang buat aku takut. Hati dan
perasaan aku bukan boleh percaya sangat ni. Dah mula la mengada-ngada nak
tangkap lentok. Lagi pun dia la orang yang paling rapat dengan aku buat masa
ni. Dia sentiasa ada bila aku sunyi. Dia selalu ada bila aku perlukan teman.
Dia juga selalu di sisi aku bila aku sakit. Tapi kenapa dia? Bukan orang lain?
Bukan Hasrul? Kenapa dia, Izwan? Kenapa? Dan kenapa?
"Good night. Sleep tight" dia pegang pipi kiri aku. Belai macam belai
kucing Parsi. Adeh... Mula la aku nak tangkap lentok ni. Mieowww…
Lepas tu dia terus blah. Aku pandang je. Memang tak keluar sepatah pun ayat.
Aduh... Apa kena dengan aku ni? Aku menapak masuk dalam bilik. Duduk di birai
katil. Terkebil-kebil mata. Macam kena pukau. Aku tekap tangan aku ke dada. Mak
oit, kencang jantung aku berlari setempat, nasib baik tak berlari keluar. Hihi…
sengal!
Deruan enjin motor di perkarangan rumah mengejutkan aku. Aku berlari-lari anak
ke beranda bilik. Pandang je dia yang sedang memecut laju. Sekejap je hilang
dari pandangan aku. Lajunya! Tak sempat nak pandang lama-lama. Bawa la slow
sikit. Boleh aku tengok dia lama-lama. Sengal! Tapi aku mula rasa kehilangan.
Aduh... Tadi tak nak cakap. Sekarang tergedik-gedik lak. Rindu la apa la.
Mengada-ngada ya kamu ni Nurul Nissa.
Aku dongak. Sinaran bulan penuh, cukup indah malam ini. Cahayanya tidak
silaukan mata. Makin di pandang makin indah memukau. Orang kata kalau rindu
seseorang pandang lah bulan. Kerana dia juga sedang memandang bulan yang sama.
Entah iya, entah idak. Tapi malam ni aku pun bengong. Ikut je la apa yang orang
kata tu. Dok pandang bulan tu. Tak jemu-jemu. Pandang dan terus pandang. Angau!
Nada dering Xylophone mengejutkan dia. Dia bergerak ke meja solek. Capai
iPhone. Incik Poyo. Dia senyum segaris. Tu dia rename nama Izwan masa dia tak
berapa nak suka. Sebab masa tu dia poyo sangat. Berlagak habis masa tu. Perasan
bagus. Masa tu dia cukup tak suka dengan Izwan. Dah la berlagak dengan kuasa
dia. Mentang-mentang polis. Ikut dan dia je nak tahan orang lepas tu main
mintak no fon orang. Euwww… menyampah aku!
"Assalamulaikum" dia bagi salam. Suara sengau-sengau manja. Dia
gigit bibir bawah. Tangan dia bawa ke dada. Bergetar hebat. Apa kena dengan aku
ni? Nervous semacam ni kenapa?
"Waalaikumussalam" Izwan jawab sepatah. Berdebar jantung makin
ketara. Aduh, rindunya. Ceh, mengada. Baru je jumpa. Rindu apa
kejadahnya!
"Dah sampai?" Nissa berbahasa. Tak tahu nak tanya apa. Canggung je
dia rasa. Tapi dia rasa macam nak tanya macam-macam. Banyak sangat dia nak
tanya. Nak cakap itu dan ini. Tapi lidah dia kelu. Entah kenapa dia jadi macam
ni.
"Sampai mana?" dia pelik. Sampai mana? Dia pelik. Nissa ni cakap
dengan siapa sebenarnya.
"Rumah la" Nissa jawab soalan yang tak berapa nak cerdik. Tak
adventure langsung. Cuba tanya soalan susah sikit. Lain yang dia nak cakap,
lain pula yang terkeluar. Adeh! Pengsan.
"Oh. Dah. Baru je sampai" dia menapak ke arah kuartes. Melangkah
tenang. Kunci di tangan dia timang-timang tanpa arah tujaun. Nak tunjuk yang
dia tu tengah happy ke apa entah. Elok la sangat tu. Dua-dua angau.
"Dah makan ubat?" Dia ajukan soalan. Lama dia diam. Kemudian bunyi
kunci dan pintu di buka. Sampaikan dia on lampu pun jelas kedengaran. Nampak
sangat antara mereka ni sunyi sepi. Tak cakap apa pun.
"Dah. Tadi" Nissa duduk di buaian. Menolak perlahan dengan kaki. Masih
mendongak menatap wajah bulan yang terang.
"Dear. Come in and close the door. You not feel well. I pesan apa tadi?
Jangan berembunkan?" Dia dapat agak mana port Nurul Nissa. Degilnya dia
ni. Tak tahu macam mana lagi cara untuk dia tegur Nurul Nissa. Susah nak atur
hidup dia. Manja dan pada masa yang sama dia juga degil.
"Mana ada" dia berdalih. Dan-dan nak menipu pun. Tak nak mengaku lagi
tu. Tak tau dosa menipu tu macam mana Nurul Nissa. Kamu ni memang tak
serik-serik. Ada saja nak menjawabnya. Ada saja idea yang nak mengelaknya.
"Sayang… Masuk dalam. Close the sliding door please" suara dia dah
macam orang merayu je. Ok, aku pasrah. Aku masuk dan tutup pintu. Duduk di
birai katil. Suasa dalam bilik samar hanya lampu meja yang dia on. Sengaja dia
samarkan. Saja nak duduk dalam gelap.
"I miss you" dia bisikkan ayat syahdu dan tangkap lentok. Aduh...
Sakit jantung aku! Kan baru jumpa. Nak miss apa lagi? Parah-parah. Dia senyum.
Tak berani nak balas I miss you too. Dalam hati dia memberontak nak ucapkan
ayat tu. Tapi dia tahankan diri. Tak nak la simply ucapkan ayat keramat tu. Sangat
mahal ok!
"Nurul Nissa. Are you there?" suara Izwan kedengaran cemas. Dah
kenapa lak dia ni. Tadi bukan main romantik lagi bisikkan ayat I miss you tu.
Baru je nak jiwang dah keluar suara cemas dia tu. Aku diam sebab nak dengar ucapan
syahdu dari dia lagi dan lagi. Haha… gatal punya budak!
"I'm here" Adeh, sengau. Dia gigit bibir bawah lagi. Tak tahu nak
cakap apa. Mati kata. Tak ada idea pun bercakap. Apa orang cakap, tak ada
modal. Ha, cam tu la gayanya.
“Your sexy voice makes me crazy" lepas tu dia ketawa mengekek. Suka dia
ya. Sakit tekak ni tau.
"Dah la. Tak nak cakap" ceh... Merajuk kononnya. Sejak bila kamu ni
mengada Nurul Nissa oit. Mengada-ngada betul ya kamu ni.
"Jangan la. Tak puas lagi nak dengar suara you" terus dia berhenti
gelak. Tau takut!
"You dah pakai stokin?" suara concerns dia dah keluar dah.
"Belum" hihi... Lupa. Dia garu kepala yang tak gatal. Ala, ingat dia
dah lupa. Rupanya dia ingat wey. Ok, aku patuh lagi. Ambil stoking dan pakai.
"Pakai sekarang. I tunggu" suara dia tegas. Amboi, ni marah ke apa
ni? Letak Fon ni karang. Eh, main ugut-ugut lak dia. Letak ler. Tak payah nak
ugut sangat la! Tapi tak apa, aku akur sekali lagi. Capai stoking dan pakai.
Aku rasa aku ni dah jadi budak baik. Sekarang tak kuat melawan dah. Kira
achievement cemerlang aku ni. Agak-agak kalau taruk dalam resume aci tak?
"Ehem..." Aku berdehem. Konkonon bagi isyarat aku dah siap pakai
stokin. Mengada! Cakap je la. Nak pakai isyarat bagai kenapa tah.
"Dah?" Dia tanya sepatah. Boring je. Dia diam, aku diam. Membazir je.
Bukan cakap pun. Telifon sekadar nak diam baik tak payah. Membazir je bayar
bill. Nasib baik dia yang call aku. Hehe… Untung la Maxis dapat customer macam
kami ni. Call berjam-jam tapi cakap je sepatah dua kata je. Yang selebihnya
diam je. Masing-masing diam.
"Dah ngantuk?" dia tanya aku lagi. Macam tak ada modal nak cakap apa
je. Nak letak telifon la tu. sebab tu tanya aku dah ngantuk ke belum. Kalau
tak sudi cakap dengan kita ni cakap je la. Tak payah la tanya kita mengantuk ke
idak. Sob… sob…
"Emm... Dah nak tidur la ni" sob... Sob... Sedih tau. Kecik ati kita
ni. Dah la. Letak la Fon tu! Tak nak kawan dia.
"Tidur la. I bacakan doa ya" lepas dia bacakan doa aku dah pun hanyut
tah ke mana. Tapi aku macam terdengar dia bisikkan I love you. Siap muahhh
lagi. Adeh, pengsan. Ke aku perasan ni! Hihi... kenapa? Kau orang jealous
eh? Relax la, jangan la emosi. Aku tengah layan blues ni. Sporting la sikit.
Kan aku dah lama kecewa. Kasi chan la aku happy.
Izwan
senyum di hujung talian. Senang betul dia lena. Baru letak kepala terus hanyut.
Geli hati dengan gelagat Nurul Nissa. Macam-macam bunyi ada. Emm... Arghhh...
Mesti tengah mengeliat tu. lesak!
"Nurul Nissa" dia panggil nama tu. emm... Bukk... Aduh, sakit telinga
dia. Mesti handset jatuh katil tu. Ya Allah, lesaknya dia tidur. Nasib baik
handset yang jatuh katil. Kalau dia yang jatuh. Harus dia bergegas ke sana.
Hihi... Angau!