24
You
tahu I sayang you. Kenapa buat I macam ni? I sanggup buat apa je. Please jangan tinggalkan I” Fara
peluk Hasrul dari belakang. Memujuk rayu
la kononnya.
“Fara,
tepi. Rimas tau tak” Hasrul menolak Fara kasar. Dia tepis tangan Fara membelai tangan dia. Rimas dengan
perempuan ni. Suka menghimpit dia. Bukan dia tak suka. Bukan juga dia tak cinta. Tapi semua tu dah lama terkubur
mati. Dia
dah buang segala kenangan bersama Fara. Jika dulu memang dia cintakan Fara
separuh mati. Dia sayangkan perempuan bernama Fara. Tapi itu dulu. Sebelum dia
tahu kecurangan dia. Berani dia curang dengannya. Senang-senang nak balik. No
way!
“I
tahu you still love me. I tahu. Please, jangan layan I macam ni. I love you so
much” Fara peluk Hasrul erat. Dia mula mainkan peranan menggoda. Mencumbu wajah
Hasrul dengan gairah. Dia tidak peduli penolakan Hasrul. Dia tahu lambat laun
lelaki ini pasti tunduk kepadanya. Dia tahu kelemahan Hasrul. Lelaki pasti
tidak akan menolak. Dia yakin itu.
“Fara,
stop!” dia tolak Fara yang semakin menghimpit badannya. Tindakan semakin liar.
Dia juga bimbang dia hilang kawalan. Risau perkara tidak elok berlaku.
“Sayang,
I tahu you sayangkan I” Fara teruskan misi menggodanya. Bibir terus mencari
sasaran. Pelukan semakin erat. Masing-masing memainkan peranan. Semakin hangat
dan tidak terkawal. Nafsu mula mengusai diri mereka. Hasrul juga mula mengikut
rentak Fara. Nampaknya godaan Fara berjaya. Hasrul gagal mengawal nafsunya. Fara
tersenyum kemenangan. Dia berjaya nampaknya.
“I
dah nak balik” Nurul Nissa tolak daun pintu tanpa ketuk terlebih dahulu. Dia
kaku di muka pintu. Melihat tunangnya dalam keadaan yang sungguh mengecewakan.
Bisu tidak bersuara. Entah apa yang dia rasakan. Sedih, kecewa, marah atau apa?
Dia melangkah dengan pelbagai rasa. Namun air mata tidak setitis pun jatuh.
Hasrul
tolak Fara, dia bangun dan mengejar Nurul Nissa. Seribu kesalan. Pasti Nurul
Nissa kecewa dengan dirinya. Pasti merajuk, berjauh hati dengan perangainya. Saat mereka bakal di ijab kabulkan ada saja halangannya. Salah diri sendiri kerana gagal mengawal nafsu. Salah dia juga kerana melayan Fara. Semua salah dia.
Nissa kecewa dengan dirinya. Pasti merajuk, berjauh hati dengan perangainya. Saat mereka bakal di ijab kabulkan ada saja halangannya. Salah diri sendiri kerana gagal mengawal nafsu. Salah dia juga kerana melayan Fara. Semua salah dia.
Telifon
tidak berhenti berdering sejak dari tadi. Panggilan dan message bertalu-talu.
Dia tidak hiraukan. Dia tidak peduli. Dia terus memandu tanpa arah tujuan.
Keadaan jalan yang sesak membuatkan dia bertambah tertekan. Akhirnya dia
memasuki lebuhraya. Keluar dari
ibu kota. Menghala ke Negeri Sembilan. Dia memandu dan terus memandu. Langsung
tidak rasa penat dan letih.
Akhirnya Nurul Nissa membelok masuk ke dalam perkarangan Avillion Village Resort. Dia termenung dalam
kereta. Fikiranya
kosong. Dia memandang kosong hotel di depannya. Kelihatan seperti kampung
nelayan. Kakinya melangkah ke dalam resort itu. Dia perlu berehat. Bertenang
dan bersabar. Sabar Nurul Nissa. Sabarlah duhai hati.
Air mata mengalir lesu di
pipinya. Dia tewas sekali lagi.
Tewas dengan mainan perasaan. Ya Allah, tabahkan hati ku Ya Allah. Tangannya di
tekap ke dada. Sakit dan pedih di situ. Dia dapat rasakan betapa sesaknya nafas
saat ini. Sakit sekali. Kecewakah dia? Sedihkah dia? Atau marahkah? Atau apa?
Kenapa dia perlu menangis beria-ia begini? Kenapa dia perlu sedih begini
sekali? Whyyyyyy? Dia pukul dadanya bertalu-talu. Sakit, perit sekali. Sampai
hati Hasrul buat dia macam ni. Sampai hati. Sungguh dia kecewa. Dan akhirnya dia
terlena dalam dalam sendu. Katakana ia semua mimpi dan tidak pernah berlaku.
“Sayang, where are you?” Hasrul meraup wajahnya
berkali-kali. Kusut dan berserabut sekali. Sudah puas dia berpusing kawasan Damansara.
Sudah puas dia telifon dan menghantar message. Namun tidak bersahut.
“Nissa, please. Pick up the phone!” dia menjerit
dalam kereta. Dia tumbuk steering kereta berkali-kali. Marah dan geram. Kepada siapa
perlu dia persalahkan? Diri sendiri? Fara ? Nurul Nissa ? atau
siapa ? sesak nafas saat dia menyeru nama Nurul Nissa. Sungguh dia
risaukan keselamatan gadis itu. Dia risau apa-apa yang tidak elok menimpa Nurul
Nissa.
‘Ya Allah, apa aku dah buat
ni ?’ Hasrul meruap muka. Dia
memecut ke rumah Nurul Nissa di Kota Damansara. Kereta dia tidak kelihatan di
ruang parking. Memang dia tidak pulang. Jadi ke mana dia pergi membawa diri?
‘Where are you, sayang’ dia mengeluh lagi. Cuba menghubungi lagi dan lagi.
Tanpa erti jemu. Namun tida sahutan dari sana.
‘Bro, ko kena tolong aku. Cari kereta ni malam ni jugak. NS1983. inform mana lokasi sekarang. Now. I said
now!’ akhirnya dia terpaksa mengguna perkhidmatan kawannya untuk menjejaki
Nurul Nissa. Dia harus tahu di mana lokasi Nurul Nissa segera. Perkara ini perlu di
selesaikan dengan kadar segera. Dia tak nak ada salah faham yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dia
tak sanggup kehilangan Nurul Nissa. Tidak sekarang dan tidak juga pada masa
akan datang. Sungguh dia tak sanggup.
Sekejap-sekejap dia dial nombor Nurul Nissa. Sekejap
dia hantar message. Sekejap dia call kawannya. Hatinya gelisah tak terkata.
Risau dan rasa bersalah menghimpit dada. Sungguh dia tidak menyangka Fara boleh
bertindak sejauh itu. Ya, dulu dia memang dengan Fara. Dia mengaku dia dengan
Fara pernah bersama. Tapi itu dulu. Sudah lama. Sudah menjadi sejarah silam.
Kini. Nurul Nissa. Masa depan dan harapan dia. Bukan Fara atau perempuan lain.
Dia tak nak semua tu. Dia cuma inginkan Nurul Nissa seorang. Tidak ada dua atau
tiga. Hanya dia seorang sudah cukup.
‘Ya Allah. Tolong jangan jadi
apa-apa kepada dia’ Hasrul cuba bertenang. Dia terus memohon kepada Allah swt
supaya Nurul Nissa selamat dan baik-baik saja.
‘Beb, kereta ni ada dekat PD’
kawan dia membuat laporan.
‘PD tu kat mana ?’ suara
dia masih tinggi.
‘Avillion Village Resort. Ada
member aku roger dia baru je masuk sana’ dia memberi laporan lengkap.
‘Ko mintak member Ko jaga sana . Jangan sampai dia bolos. Aku gerak
sekarang’ Hasrul terus memecut laju. ‘Sayang, abang datang. Tunggu sampai abang
datang please’ Hasrul berbisik kepada dirinya sendiri. Tak sabar untuk bersua
muka dengan Nurul Nissa. Dia perlu selesaikan malam ini juga. Jika dia perlu
terima hukuman apa sekali pun dia sanggup asalkan tidak kehilangan Nurul Nissa.
“Nissa, bangun sayang”
“Daddy” dia senyum. Dia capai tangan Daddy dan kucup
sayu. Dia rindukan arwah Daddy. Daddy peluk dan cium pipi dia berkali-kali.
Terasa hangatnya kucupan itu. Air mata dia mengalir lagi.
“Kenapa sayang” Daddy sapu air mata di pipinya.
“Daddy, don’t leave me a lone” dia capai tangan
Daddy. Dia pegang kuat-kuat. Enggan lepaskan tangan itu.
“I don’t. I’m still here, with you and Mommy” Daddy
tunjuk ke dadanya. Ya, Daddy selalu ada di situ. Walaupun jasad jauh terpisah.
“It hurt Daddy. I want to die because of this. It’s
killing me badly” Nurul Nissa letak tapak tangan di dadanya. Rasa sakit itu
masih kuat terasa. Pedih dan ngilu. Sesak nafas seolah-olah dia nak mati. Amat
sakit.
“Anak Daddy kuat. Wake up sayang. Please, be strong.
You grow prefect as a girls. Can you do me a favor?” Nissa angguk kepala. “Wake
up. Life must go on. Don’t blame yourself. Came on, be a good girls. Be strong
dear” Daddy peluk dan usap rambut dia berkali-kali.
“Daddy. I’m missing you so much” Nurul Nissa menanggis
sungguh-sungguh hati. Sehingga dia terjaga. “Ya Allah” dia duduk di atas katil.
Dia mimpi rupanya. Lama dia termenung, fikirkan pesanan arwah Daddy tadi. Dia perlu kuat. Ya, perlu kuat.
Dia bangun dan capai towel. Bersihkan diri dan solat Maghrib dan Isyak. Lama
dia berteleku di atas sejadah. Dia bangkit dan keluar dari hotel. Tidak ada
gunanya dia bersembunyi. Tidak ada faedahnya dia menangis meratapi nasib. Dia
perlu kuat untuk berdepan dengan masalah. Bukan bersembunyi begini. Selesai
membuat bayaran. Dia terus keluar dari kawasan Avillion Village Resort.
‘Bro, dia dah gerak keluar’ kawannya menghantar
laporan kepada Hasrul.
“Ko follow dia. Tapi jangan sampai dia tahu Ko
follow. Ada apa-apa terus roger aku. Faham!” Hasrul memecut laju. Ke mana lagi Nurul Nissa hendak pergi ?
Nurul Nissa menahan silau. Matany pedih kerana
banyak menangis. Pandangannya juga kabur. Dalam keadaan malam menyebabkan dia
semakin sukar memandu. Tambahan pula dia keletihan. Emosi juga tidak stabil. Dia
tetap gagahkan diri untuk terus memandu semula ke Kuala Lumpur. Pulang ke rumah
Mommy. Di situ tempatnya.
Sampai je exit Puchong lebih
kurang pukul 10.00malam. Dia memberi signal dan membelok. Tiba-tiba sebijik
kereta memotong keretanya. Akibat hilang kawalan, kereta berpusing sebelum
terbabas dan merempuh divider. ‘Ya
Allah’ hanya kalimat itu yang mampu dia sebut. Selebihnya dia berserah kepada
takdir. Dia pasrah dan akur dengan apa yang akan berlaku. Dia cuba mengawal
keadaan, hentakan dan bunyi kuat dan akhinya dunianya terus kelam. Dia tidak
ingat apa yang berlaku seterusnya.
“Bro, bad news” kawan dia terus menghubungi Hasrul.
Dia menyaksikan bagaimana keadaan Nurul Nissa. Dia melihat setiap yang berlalu.
Dan dia tidak mampu menolong. Terlalu cepat dan akhirnya kereta Nurul Nissa
merempuh divider.
“What. Ko jangan main-main beb. Jangan kata dia lari
lagi” Hasrul dah mula cuak. Perasaannya kurang enak. Dadanya berlari laju.
“Dia accident” akhirnya keluar juga ayat tu.
‘What!’ serta merta dia menekan break. Ya Allah. Ya
Allah. Ya Allah. Katakan ini tidak benar. Hasrul mengurut dada. Masih terkejut.
“Kereta dia terbabas. Dia langgar divider. Ada kereta potong kereta
dia tadi”
“Ko jangan main-main dengan aku benda macam ni.
Mampus aku kerjakan Ko. Terus follow dia” Hasrul menengking. Marah dan geram.
Sebetulnya dia enggan menerima kenyataan Nurul Nissa accident.
“Dengar sini. Aku dah call ambulan. Mereka dalam
perjalanan. Keadaan mangsa juga teruk. Kami masih cuba keluarkan dia. Ko kena banyak
bersabar” kawan dia berterus terang. Tidak ada guna dia sembunyikan apa-apa.
Melihat keadaan Nurul Nissa yang tersepit dia jadi risau jika ada apa-apa
terjadi.
“Ko cakap apa ni beb! Aku dah on the way ni. Kau jangan main-main boleh
tak. Do your work!” Hasrul menggigil. Dia cuba kawal diri. Dia tahan air mata
dia supaya tidak gugur. Dia masih enggan terima kenyataan tunangnya kemalangan.
Allahuakbar. Besarnya dugaan-Mu Ya Allah. Tolong selamatkan dia Ya Allah.
Tolong selamatkan dia Ya Allah. Tidak putus-putus dia berdoa. Terus memohon kepada
Allah.
“Dia ada dekat exit Puchong. Ko datang sini. Cepat
bro” kawan dia terus matikan talian. Menggigil-giggil tangan dia. Dia masih
terkejut. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dia kuatkan semangat, dia
gagahkan diri untuk ke exit Puchong. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang. Peluh dingin
merembis keluar. Kelihatan ambulans dan 2,3 bijik kereta di lokasi kejadia.
Kereta Nurul Nissa remuk teruk di bahagian depan dan tepi sebelah pemandu.
Melihat keadaan kereta menyebabkan Hasrul terduduk. ‘Allah, selamtkan dia’ dia
tidak sanggup terus mara. Dia tidak sanggup melihat kemungkinan yang berlaku.
Dia tidak sanggup melihat orang yang dia sayangi dalam keadaan yang amat
mengerikan. Dia tidak sanggup menyaksikan itu semua. Dia hanya mampu memadang
tanpa berbuat apa-apa. Anggota Bomba dan paramedic masing-masing bertungkus
lumus. Dan akhirnya dia rebah. Dia tidak mampu bertahan lagi.
Sunyi dan sepi. Dingin mencekam dada. Dia toleh ke
kiri dan ke kanan. Melihat keadaan sekeliling. Sunyi sekali. Kedengaran
sayup-sayup suara orang mengalunkan bacaan Yaasin tangisan halus kedengaran di sana sini. Dia bangun dan
berjalan ke arah datanganya suara itu. Dia berdiri melihat sekujur tubuh
terbaring kaku. Di kelilingi orang yang sedang membaca Yaasin. Mommy dan Mommy
Nissa berpelukan. Masing-masing menangis hiba.
Dia terus mara dan melutut di depan Mommy. Melihat
wajah keruh Mommy. Dia sentuh tangan Mommy. Kemudian Mommy peluk dia dan
menangis hiba. Tidak dapat di tahan-tahan lagi. Terhenyut-henyut badan Mommy
menangis. Dia peluk Mommy dan gosok belakang Mommy seperti biasa. Mommy Nissa
juga sama. Menangis dan terus menangis.
“Kenapa?” dia leraikan pelukan Mommy.
“Nurul Nissa dah tak ada. Dia dah pergi tinggalkan
kita semua. Apa yang kamu dah buat ni Hasrul. Kenapa kamu seksa dia ?’ Mommy
pukul Hasrul. Dia menangis dan terus menangis.
‘Mom’ Hasrul tidak mampu
meneruskan kata-kata dia. Dia bangun dan mara ke arah sekujur tubuh yang
terbaring kaku. Dia duduk. Terketar-ketar
tangan dia membuka tutup muka. Dadanya berdebar. ‘Ya Allah’ dia buka dan wajah
itu. Nurul Nissa! Tidakkkkk…
“Hasrul, bangun sayang” Puan Rosni gancangkan badan
Hasul.
“Mom, Nissa mana Mom? Mana dia Mom? Dia mana?”
Hasrul terduduk atas katil. Dia lihat wajah itu. Pucat tapi sungguh tenang
dalam lena yang panjang.
“Bawak mengucap. Banyak bersabar” Puan Rosni peluk
anak bujangnya.
“Bawa Rul jumpa Nissa. Mommy, please” Hasrul capai
tangan Puan Rosni. Memohon penuh berharap. Dia amat risau jika itu terjadi.
Jika benar apa yang dia lihat tadi.
“Rehat dulu” Puan Rosni memujuk anak bujangnya. Dia
tahu Hasrul risau dan bimbang. Dia juga tidak tahu apa perkembangan Nurul
Nissa.
“Mom, I need to see her” Hasrul masih berdegil. Dia
turun dari katil hospital. Jarum di tangan kanan dia rentap kasar. Dia tidak
peduli sakit yang dia rasa. Dia perlu jumpa Nurul Nissa.
“Hasrul, Nissa tak ada sini. Tolong dengar cakap Mom’ Puan Rasni peluk anaknya.
Dia tahu perasaan Hasrul. Dia tahu anaknya risaukan keadaan Nurul Nissa. Dia
faham apa yang anaknya rasa. Dia perlu kuat untuk menyokong anaknya kembali
semula. Kuat semangat.
“Mom, Nurul Nissa mana?” dia masih bertanya dan
terus bertanya. Selagi tiada jawapan dia akan terus bertanya. Dia perlu tahu
keadaan Nurul Nissa. Tolong jangan buat dia serba salah.
“Hasrul, bawa bersabar. Mengucap banyak-banyak” Puan
Rosni tidak berdaya melihat keadaan anaknya. Meracau-racau sejak dia di
masukkan ke hospital. Akhirnya Puan Rosni terpaksa panggil doctor untuk memberi
suntikan ubat penenang.
No comments:
Post a Comment