GadisKu 2
"Amelia Ameera, kami dah bincang pasal kamu.
Kami bagi tempoh 1 bulan untuk kamu berubah" Mama pandang Papa. Lepas je
Papa angguk kepala Mama pandang aku sebelum sambung ayat begini.
"Mama dan Papa akan hantar kamu ke kampung.
Duduk sana dengan Moyang" Mama lepaskan nafas lega. Mungkin lega sebab
berjaya sampaikan hasrat mereka.
"Ma, Pa. Lia tak nak!" Aku membentak.
Duduk kampung? No way! Tak sesuai ok!
"Ada Papa tanya kamu nak ke tak nak?"
Papa bersuara tegas.
"Ma..." Aku cuba minta simpati dari
Mama. Balik kampung? Tidak! No way!
"Lia kena berubah kalau tak nak duduk sana
sampai ke sudah" Papa dah pun keluarkan arahan.
"Papa, Mama" aku muncungkan bibir.
Merajuk ok!
"Habis je A level merayau je kerjanya. Cari
pasal tak tentu hala. Kata nak study aboard. Macam ni Mama cancels je" Mama main ugut lak. Mana aci!
"Mama, how
could you" aku cebik bibir. Sedih kot. Cita-cita aku nak study overseas. Nak ambik Doktor. Tapi
Papa suruh aku ambik arkitcher. Mama
lak sibuk suruh ambik business. Tapi
aku stick dengan keputusan aku. Nak
ambik doctor jugak. Hihi... Kata Papa aku ni degil macam Mama. Tapi Mama
cakap aku baran macam Papa. Iya ke?
"Sebab tu Papa nak hantar Lia ke kampung.
Ubah perangai tu dulu. Baru Papa dengan Mama senang hati" Papa jawab selamba.
Mama lagi la tak ada perasaan. Kadang kala, aku rasa Papa lebih sayangkan aku
daripada Mama.
"Sebulan dari sekarang. Berubah tau. Control sikit baran tu" Mama angkat
jari telunjuk dia. Bagi amaran keras.
Aduh!
"Kalau tak berubah jugak siap sedia packing kain baju" Mama sambung
ayat tadi. Ala...
"Pa, Ma. Lia janji tak buat dah. Janji tak
baran. Sumpah" aku angkat tangan tanda ikrar.
"Jangan berjanji je" Mama perli aku.
Eh, Mama ni! Bukan bagi sokongan. Lagi mau kondem aku ada la. Aku pandang Papa,
tapi macam biasa Papa buat dono! Kejamnya dia orang ni. Sampai hati buat aku
macam ni. Sob… sob…
"Sumpah" beria aku cakap.
"Lia, Papa bagi sebulan je tau" Papa
bersuara. Dah la muka ketat je.
"Janji tak buat dah. Lia tak nak duduk
kampung" aku pandang Mama dan Papa silih berganti.
"Ok, kami tunggu dan lihat" Papa cakap
sebelum dia atur langkah. Naik ke bilik la ke mana lagi.
"Mama..." aku duduk sebelah Mama. Nak try pujuk Mama. Kot-kot berjaya pujuk
Mama nanti.
"Sayang..." Papa gamit Mama. Ala...
"Lia, Papa panggil Mama tu. Ada apa-apa,
kita bincang nanti ya" Mama senyum. Ala... Aku masamkan muka. Merajuk ah!
"Bibik... Ooo... Bibik!" mana orang tua
ni? Pekak ke apa? Aku merungut.
"Bibik!" Sekuat hati aku panggil Bibik.
Huh, geram aku.
"Lia..." Mama tegur aku dari tangga
atas. Mata Mama tajam menikam anak mata aku. Adeh, kantoi.
"Lia nak duduk kampung agaknya" Mama
ugut aku sebelum dia atur langkah. Sempat lagi tu! Kecut jugak la perut aku ni bila Mama dan
Papa buat keputusan macam tu. Hantar aku ke kampung, duduk dengan Moyang. Oh,
tidak enak rasanya perasaan aku ni.
Aku ketap bibir. Geram rasanya. Tapi tak tahu nak
marah sape? Silap hari bulan Bibik yang menjadi mangsa. Sebelum jadi apa-apa
yang tak sepatutnya ada baiknya aku naik ke bilik. Duduk bertapa dalam bilik
lagi bagus. Karang tak pasal-pasal Mama dan Papa cari salah aku lagi. Bukan
apa, sekarang ni tempoh pemerhatian. Sebulan je tempoh untuk aku berubah. Harus
aku tunjuk prestasi cemerlang. Itu pun kalau tak nak duduk kampung la.
Aku bukan tak suka duduk kampung. Tapi kau orang
faham-faham sendiri la macam mana keadaan kampung tu. Kotor? Iya kot.
Ketinggalan? Iya jugak. Banyak nyamuk? Itu semestinya. Kolot? Of course! Aduh,
balik time raya, time cuti sekolah sekali sekala pun aku tak betah berlama-lama
di kampung. Ini kan pula nak duduk sana terus. Oh, tidak!
Kampung Mama dan Papa di Kelantan. Mama berasal
dari Kampung Kedai Lalat, Papa pula dari Pulau Melaka. Berjiran je kot. Di
dalam daerah yang sama, Kota Bharu. Lagi pun Mama dan Papa ni sepupu. Adeh,
kahwin dengan sepupu. Family arrangement hokay! Aku? Dilahirkan dan dibesarkan
di bandar raya besar, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor.
Kenapa Mama dan Papa berhijrah? Aku pun tak
berapa sure. Tapi ikut cerita mereka, Mama dan Papa melebarkan sayap perniagaan
keluarga. Kata Mama, mereka pelopor kepada perniagaan Melayu Kelantan. Iya ke?
Entah la. Kalau ikut logik tu memang la. Tengok la sekarang ni. Harta Papa dan
Mama berkepuk-kepuk. Anak syarikat bersepah di serata negeri tau. Syarikat apa?
Emmm... Cer teka. Cer teka.
Papa memiliki syarikat automobile, bukan NAZA
World tau. No... No... Jangan buat propa. Company Papa namanya, Takwa
Automobile. Mama pula busy dengan business Bakery dan Pastry. Lengkap dengan
pembukaan cawangan pengedar bahan-bahan bakery dan pastry lagi. Nama company
Mama ZOW stand for Zulaiha Our World. Kelas ko Maria! Hihi...
Nampak tak perbezaan minat Mama dan Papa? Jauh tu
beza. Automobile dan bakery dan pastry. Pelik tapi benar. Itu la uniknya Mama
dan Papa. Kata Mama lagi, dia ada hajat nak buka cawangan spa, andaman
pengantin dan butik. Sebab tu Mama galakkan aku ambik course business. Hai lah!
Very ambition Mama aku tu. Tapi yang jadi mangsa keadaannya adalah aku! Papa?
Dengar khabar nak masuk politik la pulak. Bertanding atas tiket apa aku pun
kurang periksa. Pelik je Mama dan Papa aku tu. Mangsa keadaan adalah aku. Dia orang mana ada
masa nak teman aku jalan-jalan. Kalau ke overseas pun atas urusan perniagaan. Langsung
tak enjoy ok! Sebab tu aku selalu keluar lepak dengan kawan-kawan. Keluar merayau
tak tentu hala. Sebab aku bosan duduk di rumah. Tak ada kawan.
Oh ya. Meh nak sambung story pasal kampung Mama
dan Papa aku ni. Kat sana, Kelantan la mana lagi. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Nak-nak Nenek aku tu lagi la cerewet. Ada saja benda yang tak kena nanti. Tak
caya tunggu dan lihat nanti. Harap-harap aku tak jadi la duduk sana. Aameen.
Sempat aku berdoa dalam hati. Hihi…
"Cik Lia, hari sudah siang. Sarapan saya
sedia di hidang. Jemput makan" Bibik tegur aku di dapur. Pukul 11am baru bangkit.
Perut lapar baru pandai nak cari makan. Apa nak jadi dengan anak dara zaman
sekarang.
"Bibik masak apa?" Aku tarik kerusi.
Bersiap sedia nak makan ni. Tau tau la nak kira makan pagi ke, makan tengah
hari ni?
"Masak nasi lemak" jawab Bibik. Senyum
je wanita separuh abad ni.
"Sambal kerang ada?" Lauk kegemaran aku
tu.
"Ada Cik Lia" Aku senyum. Wah, best
nya. Apa lagi, makan jom!
Dah siap isi perut. Aku tinjau keadaan. Kereta
Mama dan Papa tak ada. Sah, dia orang dah keluar. Macam biasa, aku selalu
ditinggalkan keseorangan. Kaki aku laju mendaki anak tangga. Apa lagi, keluar
enjoy la. Hihi... Tapi nak gi mana ya? Semalam dah ke The Curve. Hari ni nak gi
One Utama la pulak. Agak-agak budak-budak ni busy tak ek?
"Hello, Ai Leng. Are you free today? Hangout
jom"
"Alright, see you there" senyum
meleret. Ada kawan. Nak ajak sape ek lagi?
"Hello, Punitha. Free tak hari ni. Come join
use"
"Okay. See you there" makin lebar
senyuman. Itu la aktiviti yang dia buat sepanjang musim cuti. Tak tau la apa
nak jadi.
"Bibik. Saya keluar. Cakap dengan Mama, Papa
Lia kat OU" terus aku berlari keluar rumah. Kunci kereta Mazda RX6 aku
tekan. Seronok boleh drive sendiri. Makin panjang la kaki aku melangkah.
Sebelum ni Papa dengan Mama yang control. Nak ke mana-mana driver yang hantar.
Ni dah ada kereta sendiri, memang terbaik la. Rasa nak keluar je terus pecut.
Jalan Kota Damansara ni tak pernahnya lengang.
Busy manjang. Kereta berpusu-pusu. Nasib baik la kereta aku ni auto. Kalau tak
jenuh nak tekan clutch. Cari punya cari parking baru dapat. Itu pun berebut
lagi. Apa la nasib aku. Semalam pun gaduh sebab berebut parking. Hari ni pun
sama jugak.
"Hello Cik adik, dari tadi saya tunggu.
Sedap je awak rembat ya" suara garau itu sindir dia. Ah, lantak lah!
"Cik adik manis, dah buat silap tu. Tak reti
nak minta maaf ke?" Sindir suara garau tu lagi. Ray Ban masih terletak
elok di hidung mancungnya.
"Dah I yang dapat dulu" sunglasses
Prada dia angkat di atas kepala. Elok terletak sebagai cekak rambut.
"Awak ni buta agaknya. Tak nampak saya dah
bagi signal dari tadi. Saya ke depan sebab nak masuk bontot dulu. Tup-tup awak
terus curi parking saya" muka merah. Tahan panas matahari dan tahan marah
ni.
"Ada I kesah?" Dia kenakan balik
sunglasses, capai handbag Channel dan terus tekan remote lock.
"Biadab! Harap muka je lawa. Tapi perangai
macam apa je" aku dengar lelaki itu membebel. Lantak dia lah. Aku teruskan
langkah. Cari kelibat Ai Leng dan Punitha di TGI Friday.
Hentakan kasut 5 inci berjaya menarik perhatian
sekeliling. Dengan ketinggian 163 cm, 48kg berat mampu memukau pandangan mata
sesiapa saja yang memandang. Kulit putih susu kemerahan, rambut hitam berkilat,
blow di hujung menambahkan seri wajahnya yang bujur sireh. Gaya lenggok persis
model antarabangsa. Pakaian yang membalut batang tubuhnya yang mewah membuat
dia kelihatan bergaya. Siapa tak kenal anak tunggal billionaire Malaysia?
Amelia Ameera. Gadis yang suka berpeleseran dan berjoli sakan. Paris Hilton versi Malaysia!
No comments:
Post a Comment