Thursday, 8 May 2014

Gadisku 6

 Meh kita tengok meh apa yang budak dia orang tu massage aku ni. Sampaikan 93 notification kot. Apa ke benda yang dia orang dok merepek dalam ni pun aku tak tau la. Ada je modal nak share. "Ameera, OMG. That guy so hot and spicy!" pesanan dari Punitha. Aku cebik bibir. "He’s handsome okay!" Si Ai Leng menyampuk. Aku cebik bibir lagi. Nyampah!
"You know what. We all chit chat once you go. He’s asks me to send he apology regards" message dari Ai Leng lagi.
"He also regrets because involve you into his problem" tambah Punitha pula. Bla... Bla... Bla... Semua berkisar tentang lelaki tu! Macam tak ada topik lain dia orang ni! Menyemak je lah. Aku terus clear conversation. Asyik lah dok puji lelaki tu. Dia orang ni kawan dengan aku ke, kawan dengan lelaki tu? Tak simpati langsung dengan nasib aku ni. Tengok sekarang, tak pasal-pasal demam. Ini semua gara-gara lelaki tu dan tunang dia la ni. Gila dia orang tu! Dengan aku-aku sekali gila.
"Guys, what's up?" Tangan aku gatal nak hantar massage kat budak dua orang tu. Tadi bukan main je hangin. Nah, sekarang pandai pulak cari dia orang. Apa pun tak boleh!
"Hey, Amelia Ameera! Are you okay?" Laju dan pantas Ai Leng reply. Tak ada kerja agaknya dia orang ni. Handset ada je kat tangan."Feel better" "Can I come now?" Punitha tanya aku. Nak datang mana lak minaci ni? Aku kat hospital kot.
"I'm at TMC. Not at home" aku reply jugak. Karang tak pasal-pasal dia orang serbu rumah aku tu.
"Already know. I mean, can I company you tonight" oh, terharu aku. Bagusnya kawan baik aku ni.
"No worry. I'm okay" sob... sob... Touching ni.
"I'm willing to stay there. Can I?" Punitha pula menyampuk. Ok, ikut aku nak je. Tapi boleh ke ek? Aku mana tau.
"I don't know whether visitor allowed to stay here or not" jawab je la tak tau kan?
 "Wait a moment. I go and ask my Mom" Ai Leng reply. Oit, Mak Ai Leng ni owner TMC ke? Harus aku dapat penginapan percuma seumur hidup. Hihi...
"Me too" laju Punitha reply. Nak jugak tu!
"Ameera, did Mama and Papa asking about accident?" Punitha ajukan soalan. "No idea. I also don't know what I should do" "So, you decided to forget about it?" Punitha ni duga aku ke ni?
"Let it be. I'm not bear weather who is he" "This is my girl. Chill beb! Live life! Enjoy okay!" Punitha chill up semangat aku. Aku rasa nak senyum jugak la time ni. Ada jugak kawan macam Punitha dan Ai Leng. Terhibur jugak time aku berduka lara ni. Lagi pun, aku mana ada ramai kawan. Dia orang berdua je la kawan aku. Eh, bukan aku sombong tau. Aku ok je. Mana ada aku berlagak ke apa ke. Dia orang yang segan nak kawan dengan aku. Takkan aku nak paksa pulak kan?
"Hey, I come to accompany you!" Ai Leng terjah masuk dalam bilik aku ni. Mak oit, kus semangat!
"What surprise?" Aku duduk atas katil. Lepas tu Punitha lak masuk. Wah, ini boleh buat aku meraung kat sini. Terharu Beb! Dalam dok reply Whatssup aku, tup-tup dia orang dah terpacak depan aku. Sob... Sob... Terharu, pilu, sayu.
"Why?" Ai Leng tayang sengeh. Mengong punya Leng Loi! Boleh dia tanya kenapa aku nangis? Malu la aku nak bagitau.
"What?" Punitha tanya pelik. Blur betul minaci nih. Grrr... Akhirnya kami berpelukan. Senyuman menghiasi bibir kami.
"Tell him" Ai Leng berbisik kepada Punitha. Aku pandang mereka berdua. Pelik betul dia orang ni.
"Now?" Punitha kerutkan kening.
"Yes, right now" Ai Leng jawab confident. Aku tak faham. Ada sape-sape boleh bagi tau tak kenapa? Dia orang cakap pasal apa sebenarnya ni? Aku pandang Punitha dan Ai Leng silih berganti. Pelik!
 "Beb, what's going on?" Huh, akhirnya aku tanya jugak. Tak larat nak berteka teki bagai. Dah la kepala tengah sakit ni. Nak tambahkan sakit kepala, serabut otak buat apa! Tanya je la. Bukan susah sangat pun. "Hihi... Nothing" Ai Leng geleng kepala. Punitha siap merewang-merewang tangan sebagai isyarat tak ada apa. Over sangat minaci ni! Cepuk karang. “I sleep there?" Punitha tuding hari ke arah sofa. Aku senyum je. Tak larat nak layan.
"Lia, did you take medicine?" Ai Leng tunjuk ubat yang masih elok dalam dulang atas meja sisi.  "Oh, forgot" aku tepuk dahi. Adeh, cam ner boleh lupa nak makan ubat ni? Ya la, tadi aku kan busy berWhatssup dengan dia orang. Terus lupa nak makan ubat. "I bring this!" Ai Leng keluarkan segala macam majalah.
"Thanks Beb!" Aku senyum manis. Banyaknya. Sure tak boring lepas ni. Banyak kot. Majalah Cleo, Metropolitan, Vogue, dan banyak lagi. Apa yang penting, semua majalah fesyen.
"Hey not for tonight. You need some rest" Ai Leng rampas majalah Cleo kat tangan aku. Hak alah amoi ni.
"Tonight we want spend time together. Puni, come" Ai Leng gamit Punitha supaya duduk dekat dengan aku.
"Beb, you want to know story about him?" Ai Leng cuit bahu aku. Hamboi, gaya nak bergosip tak hingat! "Nope. Don't want" aku geleng kepala. Tak minat nak tahu.
"Relax. Listen to me" Punitha menyampuk. Malas betul nak layan budak berdua ni.
Tapi macam biasa, dia orang berdua ni bukan makan saman. Makin aku marah, makin menjadi. Baik aku diam je. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tak payah nak ambik port sangat. Bukan penting sangat pun! Aku layankan je la. Jaga hati dia orang berdua tu. Kesian la jugak kat dia orang yang sanggup datang jaga aku malam ni. So, layankan je la. Tak jadi hal punya. Setakat dengar je pun. Bukan kena keluar duit pun. Iya idak? Lepas tu dia orang pot pet, pot pet bercerita. Topik utama adalah berkisar pada cerita lelaki tu dan tunangnya yang sengal! Yang tak boleh blahnya dok la puji lelaki tu. Aku rasa nak termuntah tau tak! Loya tekak aku ni. Bukan aku cemburu ke hapa. Memang tak lah! Tapi aku nyampah je. Agaknya budak berdua ni tak ingat apa yang dia orang buat kat aku. Ni pipi ni, lebam. Bibir ni pecah tau. Dan paling penting, aku demam sebab kerja gila dia dengan tunang dia tu! Lepas beberapa minit aku layan dia orang bersembang lepas tu aku terus hanyut. Tidur la apa lagi. Kuat betul power ubat yang aku telan. Dan aku tak ingat apa yang terjadi lepas tu. Memang aku betul-betul rehat. Tak ada langsung ruang untuk aku bermain game ke apa. Chit chat pun tak sampai 5 minit pun terus hanyut. Pukul 5 pagi aku terjaga. Mula-mula aku pelik jugak dengan tempat aku tidur ni. Lupa la pulak yang aku duduk hospital. Bermalam kat bilik hospital bukan bilik aku kat rumah. Hihi... Nasib baik lampu tidur terpasang. Tak ada gelap sangat. Boleh tengok keadaan sekeliling. Tinjau keadaan bilik aku ni. Ai Leng dan Punitha tidur meringkuk atas sofa. Kesian la pulak. Kalau tidur kat rumah dia orang sah-sah tilam empuk. Mereka kawan terbaik aku. "Aduh" aku mengaduh. Jarum di tangan masih tercucuk elok. Dah la nak terkucil ni. Alah, bangun sendiri je lah. Bukan nya jauh sangat. Dalam 2, 3 tapak je. Dalam bilik ni jugaknya.  Macam tak patut je nak panggil nurse. Bersusah payah aku bangun. Turun dari katil. Fuh, sejuk dingin lantai ni. Mana la pulak selipar aku ni? Takkan nak jalan kaki ayam? Macam tak nak je. Memang tak nak pun. Kotor la nanti kaki aku ni. Bacteria tau. Dalam dok terkial-kial aku cari selipar. Nurse datang tolong. Eh, aku tak panggil pun? Pelik bin ajaib ni. Nurse tolong papah aku ke toilet. Selesai lepaskan hajat aku terus keluar. Nak sambung tidur. Ngantuk. "Makan ubat dulu. Lepas tu boleh sambung tidur" nurse tu hulur ubat. Aku sambut. Telan je la. Malas nak banyak bunyi. Ngantuk mata ni. "Good morning" Punitha dan Ai Leng greeting serentak bila aku jaga dan duduk di atas katil. Mak oit, sungguh bersemangat sekali!
"Morning" aku senyum. Eh, dah siap tukar baju dah dia orang ni. Dah wangi-wangi semuanya. Dah nak balik ke? "Now what time?" Aku tanya dia orang berdua. Bestnya tidur. Rasa ringan sikit badan aku ni.
"11.30am" Punitha senyum. Ala, relax ah. Baru pukul 11 kot. Aku biasa bangun pukul 12. Tak pun sebelum masuk waktu Zohor. Hihi... "I’m need take a bath" aku hulur kaki nak turun dari katil.
"Puni, can you do a favor. Take my towel into the bag" aku tunjuk beg pakaian aku. "My pleasure" Punitha buat sembah sujud gaya raja perempuan English. Sengal punya minaci! Ai Leng ketawa mengekek. Hampeh betul budak berdua nih.
Selesai mandi. Eh, tak mandi sangat pun. Aku lap gitu je badan aku ni. Hai, bau badan hamis semacam. Macam bau kambing tau. Tapi tak apa. Hari ini sure boleh balik. Sebab demam aku dah kebah ni. Badan pun dah ringan je. Cuma nak tunggu Mama dengan Papa je. Mana la dia orang berdua ni. Janji nak datang. Tapi tak ada pun. Sedih je tau. Kita dah la demam. Boleh Mama dan Papa tinggalkan aku seorang diri. Apalah nasib aku ni. Nama je anak tunggal, Mak Bapak kaya raya. Tapi masa berkualiti tak ada pun. Selalu sangat kena tingggalkan bersendirian."You want eat something?" tanya Ai Leng. Elok je landing atas katil aku. Tengah betulkan urat la kot. Kesian dia orang berdua.
"McD can?" Aku saja je tanya. Mana la tau dapat makan. "Delivery!" Punitha menjerit. Aduh, sakit telinga aku. Minaci ni kalau tak over exited bukan dia orangnya. Over sangat! "Set!" Aku angkat dua ibu jari. Thumbs up! Terbaik la Punitha ni. "Call, faster!" Aku bagi arahan. Dan seperti biasa Punitha bertindak mengikut arahan. Pantas dan cekap. Lagi pun McDonalds dekat seksyen 6 je pun. Dekat sangat dengan TMC ni. Dalam 10 pun tak sampai.
"Hey, cannot la Ameera. Not healthy food" Ai Leng menegah. Ah, malas nak layan. Lapar ni. "Puni, do not. She still sick" Ai Leng cuit bahu Punitha yang tengah semangat buat order. Hihi... Aku tukang gelak. Tengok gelagat dua orang tu. Haiii... Hilang sakit bila dia orang ada bersama. Mula la aku boleh bergelak tawa. Kalau tidak, asyik moyok je. Macam kura-kura. "If you don't want, it’s ok. But we want" Punitha datang dekat sofa. Duduk sebelah aku. Nak cari geng la tuh. Mesti aku sokong. Sebab aku pun nak makan ni. Lapo.
"Punitha!" Ai Leng campak sebijik bantal. Elok je kena muka Punitha. Haha... Penyet la muka kawan tu. Adeh, sabar je lah. "Ai Leng!" Punitha buat serangan balas. Upacara campak bantal berlaku dengan jayanya. Gamat! Habislah kalau doktor datang. Nasib baik aku duduk bilik persendirian. Kalau wad biasa. Tak tahu la. Ganggu orang lain la jawabnya. Orang sakit bertambah sakit kalau tengok gelagat dua orang ni. Eh? Tapi aku bertambah sihat ni. "Ehem..." Serentak kami berpaling. Menoleh ke arah datangannya suara tu. "Amelia Ameera dah sihat?" Papa senyum. Tapi mata dia jegilkan. Marah la teww. "Yes Papa" aku senyum. Terus peluk Papa aku. Mama mana? Tak nampak pun. Pelik ni. Takkan Mama tak nak datang tengok aku ni. "Good. Dah makan belum?" Papa tarik tangan aku. Terus hala ke katil. Oh, lupa. Tadi elok aku melepak atas sofa dengan budak-budak bertuah tu. Nah, sekarang Papa marah. "Not yet" aku geleng kepala. Lapar kot. Pagi tadi tak jamah apa pun lagi. Air pun tak sempat minum tau.
"Lia..." Papa geleng kepala. Mesti dia risau dengan perangai aku ni. "Where’s Mama?" Aku duduk di birai katil. Kaki berjuntai aku hayungkan tanpa arah tuju.
"Jap lagi masuk la tu" Papa jawab nak tak nak je. Apa? Boleh Papa tinggal Mama kat belakang? Kena ngorat bini dia tu baru tau. "Papa biarkan Mama jalan sorang-sorang?" Aku luahkan jugak ayat tadi. Hehe... Berkerut muka Papa tengok aku. Kenapa? "Where's aunty?" Punitha bertanya ramah. Dia memang becok.
"Book stall" Papa jawab senada sambil jeling aku. Ceh, dan-dan nak perli kita pun.
"Owh" Punitha terus diam. Masing-masing diam je. Tau pulak dia orang diam. Tadi bukan main lagi meriah. "Delivery" seorang pekerja McDonald’s muncul. Aku ketap bibir. Habis lah aku! "Ai Leng, you go" Punitha tolak badan Ai Leng. Muka cuak. "You order, then you take it" Ai Leng tolak Punitha. Hai lah budak bertuah nih pun. Ambik then bayar je kot tu pun nak kecoh bagai.
"Come in. It’s how much?" Papa berdiri. Ambik wallet dan keluarkan duit. Hihi... Ingat nak marah tadi. Nasib baik. Lega aku rasa.
"Ai Leng and Punitha take it and eat. Now almost 12 noon" Papa bersuara. "Lia?" Aku pun nak jugak. Lapar ni. "No. You cannot eat fast food" lepas tu Papa terus diam. Tengok iPhone kat tangan dia tu. Busy manjang.
"Guys, you can eat" aku cakap dengan Punitha dan Ai Leng. Tak ke naya anak orang tu. Sebab aku tak boleh makan, dengan dia orang sekali tak boleh makan.
"Can we?" Punitha gerakkan bibir tanpa keluarkan suara. Hihi... Takut Papa dengar la tu. Sabar je lah. Aku angguk kepala.
"Are sure?" Ai Leng tanya untuk kepastian. Aku senyum lagi.
"Yes sure" aku pun tiru gaya Punitha. Gerak bibir tanpa keluarkan bunyi.
"Papa, I'm hungry" aku gosok perut. Lapar. Mana Mama ni? Orang dah lapar ni tau. "Sabar sikit Lia" Papa jawab tanpa dongak kepala. Busy sangat ke Papa ni? "Pa, boleh keluar tak hari ni?" Aku betulkan sandar. Selesa sikit. "Don't know" Papa jongket bahu. Macam tu je? Papa ni kenapa. Malas nak layan aku la tu.
"Pa... Mama bawak makan-makan tak?" Aku maniskan wajah. Dalam hati berdoa agar Mama bawa la sedikit bekalan makanan untuk aku ni. Karang mati kebulur lak. "Emm..." Papa berdehem. Apakah? Papa aku ni kenapa? "Assalamulaikum sayang. Lia dah ok?" Mama melangkah masuk. Aku sempat intai paper bag kat tangan Mama. Harap-harap ada makanan. "Waalakumussalam. Mama bawak apa tu?" Aku muncungkan bibir aku. Tak menyempat. "Adalah" Mama senyum. Manis sekali senyuman Mama. Patut la Papa berkenan. Hihi... "Punitha, Ai Leng. Did you sleep well last night?" Mama tegur Punitha dan Ai Leng. Diam je dia orang bila dah dapat makanan. Bagus betul nak jaga budak berdua ni. Hihi... "Very well" jawab Punitha dengan bersemangat sekali. Aku geleng kepala. Sabo je lah!
"Come, eat masak lemak" Mama ajak dia orang. Eh, dia orang dah makan burger. Aku ni yang tak makan apa pun lagi. Lapar ni. Mama!
"Lia?" Aku tayang muka blur. Hehe... Tak malu punya budak! Makan, haruslah tak malu. Kalau malu lapar. "Makan sama la" Mama susun lauk dan nasi. Pinggan disposable pun ada. Kan senang. Lepas makan terus buang je. "Sound good. But I'm full already" Ai Leng berdiri sebelah Mama. Ceh, malu-malu lak.
"Eat some" Mama cedok nasi lalu disuakan kepada Ai Leng dan Punitha. Aku? Ala, Mama ni!
"Mama!" Aku membentak. Kan dah tunjuk tahap kecemburuan aku ni. Apa daaa, dengan kawan sendiri pun nak cemburu bagai. "Yes dear. Nah, special for my lovely daughter" Mama suakan thermos kat aku. Aik? Tapi aku buka jugak. Tengok dalam tu. Ala...
"Mama, nak tu" aku muncungkan bibir. Tunjuk nasi dan masak lemak ayam. Sedapnya. Aku tutup balik thermos tu dan letak atas meja. "Perut Lia tu tak kuat lagi. Makan je bubur nasi. Dah sihat, nak makan apa pun boleh" Papa campur tangan. Ala... "Sikit je" aku mintak lauk ayam. Ala, tu bukan ayam goreng. Tak ada la liat sangat. Boleh la. Please. Aku tayang muka sedih. "Abang" Mama panggil Papa. Yes"Bagi la" Papa mengalah. Thanks Papa! Love you! "Thanks!" Aku senyum gembira. Ai Leng dengan Punitha dah selamat makan sepinggan nasi. Eleh, kenyang konon. Cittt... Pooo dahhh! "Abang, jom" Mama panggil Papa. Eh, nak makan sama ek? Wah, dah lama kita tak makan sama. Entah bila last kita makan bersama pun aku tak ingat. Lama sangat dah. Lepas je Papa baca doa makan. Aku terus ngap. Nikmatnya. Syukur, Allah tarik sikit je Nikmat yang DIA pinjamkan untuk aku. Nikmat yang lain masih elok ada. "Papa, Mama. Best dapat makan sama. Selera Lia tau" aku hulur pinggan kat Mama. Nak mintak tambah. Papa dongak kepala pandang aku. Lepas tu Papa pandang Mama. "Ya la. Lepas ni Papa akan luangkan masa untuk makan bersama. At least makan malam bersama" Papa pandang muka Mama. Mama senyum. Dan senyuman Mama adalah senyuman bahagia. Aku tersenyum lebar. Rupanya ada hikmahnya aku kena serang dengan pasangan gila kat OU tu.  

No comments:

Post a Comment