Thursday, 21 February 2013

ITU JANJI 26


26


“Happy je aku tengok kau” Mala tepuk bahu Nurul Nissa. Seronok nampak. Tak de kerja ke kak?
“Mestilah” dia senyum meleret. Melayang ingatkan suami tercinta. Hehe… hamboi, seronok eh.
“Eee… muka gatal tak hingat dunia” Mala cebik bibir. Senang hati dia melihat sahabatnya sudah mampu terseyum bahagia. Bukan sikit dugaan mereka untuk bersama.
“Eh, jealous ke?” dia senyum sambil kedip mata dua tiga kali. Konkonon comel buat macam tu. Tapi memang comel pun. Hehe...
‘Tak kuasa aku nak jelous dengan kau. Sekali aku petik 10 yang datang tau’ Mala siap petik jari dia dua tiga kali. Ceh, tak ada lelaki datang. Tak agak-agak. Kata sekali petik 10  datang. Nak kata 10 orang, seorang pun tak ada. Nampak benar nipunya.
“Apa hal datang ni” Nurul Nissa peluk tubuh sambil bersandar selesa di kerusinya. Wah, dah sebijik gaya encik boss dah pun. Berjangkit ke kak? Hehe…
“Saja datang melawat” Mala selak file atas meja Nurul Nissa. Gaya orang tak ada kerja memang macam tu lah. Tangan gatal je nak sentuh itu ini.
“Apa hal datang melawat melenggagng kangkung. Paling koman pun bawak la buah oren sebijik dua. Ada jugak faedahnya” Nurul Nissa tengok je kawannya itu. Mala ni berlainan agama dan budaya. Tapi dia la kawan paling rapat sepanjang dia bekerja kat sini. Kira best friend forever la ni.
Ingat lagi fist time lapor diri. Bukan main berlagak lagi si Mala ni. Siap speaking London dengan dia. Wah, berlagak gitu. Mentang-mentang first day lapor diri dia nak tunjuk lagak la. Memang poyo tak agak-agak. Mana nak layan dia budak hingusan ni. Time tu fresh graduate kot. Baru umur 23 tahun. Muda gila lagi. Budak mentah. Mana tahu sangat bergaya bagai. Make up jauh sekali. Pakaian pun slack dengan kemeja je tiap-tiap hari. Tu dah kira up to date dah. Kalau ikut kepala dia hari-hari pakai baju kurung. Nasib baik la Mommy yang sediakan keperluan dia. Haiiii… zaman dulu kala.
Dah la time tu asyik kena buli je dengan Puan Rosni. Hari-hari kena marah. Terpekik terlolong Puan Rosni. Hadoi, sakit kepala. Sakit jantung. Sakit hati. Semua sakit time tu. Fist time kerja kot. Mana pernah ada experience. Adat la dalam bekerja. Kalau tak tahu kita bertanya. Ini tak, bertanya pun kena marah. Hai, nasib badan. Kalau tak Tanya, buat silap kena marah lagi. So? Pasrah je lah.
Dari jawatan Admin Executive naik jadi Personal Assistant. Banyak yang dia belajar sepanjang bekerja dengan Puan Rosni. Rupa-rupanya marah-marah dia tu banyak membina kerjaya aku. Dalam sedar tak sedar semua benda aku dah boleh handle. Dari kecik-kecik masalah sampai sebesar-besar masalah pun dia dah boleh handle sendiri. Tu buktinya, Encik boss merangkap encik suami pun dia dah mampu handle tau. Bukan calang-calang orang boleh handle dia tu. Dasyat la tu pencapaian dia. Kiranya kalau masuk dalam achievement la kan? Hehe… nada bangga di situ ya.  
“Mala, kau tak banyak kerja ke ni? Merayau tak tentu pasal ni kenapa?” Nurul Nissa membebel. Mentang-mentang isteri boss suka suki dia nak bebel kat orang. Gila kuasa punya budak!
            “Eh hello, selama kau tak ada sape tah yang settle kerja-kerja kau? Aku nak rehat kejap pun bising. Ah, malas nak kawan” Mala muncung bibir. Ingat seksi sangat la tu.
            “Hak alah, over sensitive lak minaci ni. Ada apa ni?” Nurul Nissa kalih duduk di sebelah Mala. Senyum je melihat gelagat sahabatnya tu.
            “Aku nak tanya ni. Setahun kau ke lari ke mana hah?” Mala tolak bahu Nurul Nissa. Geram punya pasal. Bagai nak runtuh bangunan office ni sebab dia hilangkan diri selama satu tahun. Tanpa khabar berita pula tu. Gila kecoh time tu. Haiiii…
“Adalah. Rahsia” dia senyum je. Mana boleh cerita. Tragis kot saat tu. Setahun dia hilang tanpa jejak. Lepas peristiwa kemalangan tu dia memang minta jasa baik Mommy untuk rahsiakan tempat persembunyian dia. Setahun kot. Kalau sehari ok lagi. Seminggu pun kira boleh lagi. Sebulan consider la. Nih setahun! Diulangi setahun!
“Kalau kau nak tahu”  
“Tak nak” cepat dia mencelah.
“Woi, meh aku cerita. Tak de-tak de. Kena dengar jugak” Mala cubit peha Nurul Nissa. sakit hati betul. Suka main-main.
“Sakit la wei. Main cubit-cubit pulak. Aku tahu la peha aku ni putih gebu. Jangan la jelous” sambil gosok tempat cubitan tadi. Sakit dowhh…
“Padan muka!” jelingan maut Mala hadiahkan. Perghhh… tergoda I. haha…
“Kau tahu”
“Tak tahu” dia mencelah sekali lagi. Lepas tu dia cepat-cepat angkat tangan tanda surrender. Mala dah jegil mata. Marah ke kak? Hehe… sorry.
“Masa mula-mula kita orang dapat berita kau accident malam tu. Punya la kita orang risau. Macam-macam kita orang fikir. Kau ok ke? Teruk ke? Sebab kalau tengok kereta kau malam tu. Memang aku dah dapat agak pemandunya macam mana. Tapi Mommy kau bagi tahu kau ok. Rasa lega sangat-sangat. Tapi kau hilang macam tu je. Langsung tak ada khabar berita. Tak ada sape pun tahu kau kat mana termasuk Puan Rosni. Boss kau dah rupa orang gila. Terpekek terlolong marah orang sana sini. Mana nak handle kerja lagi. Nak cari kau lagi. Hidup dia dah tak rupa orang dah. Kesian aku tengok dia” Mala berhenti sekejap. Tengok Nurul Nissa.
“Masa tu project tengah running. Kau hilang. Puan Rosni tak sihat. Boss murung. Memang company dah rupa rumah mayat dah. Suram je. Sunyi sepi. Kami semua sedih tengok keadaan boss macam tu. Tambahan pula kau hilang entah ke mana” Mala pegang tangan Nurul Nissa. dia tepuk berkali-kali. Sabarkan sahabatnya itu.
“Kau tahu, selama setahun macam tu la hidup boss. Masuk kerja, dia duduk termenung dalam bilik kau ni. Kerja dia banyak terjejas. Projek pun banyak tergendala. Nak tak nak Puan Rosni kena handle. Masa tu aku rasa kau kejam sangat-sangat. Sanggup kau hilang macam tu je. Memang aku marah dan kesal dengan kau time tu. Tak sanggup aku nak mengadap boss hari-hari. Kesian sangat-sangat. Keadaan dia memang teruk time tu” Mala berhenti lagi. Nurul Nissa sapu air mata yang menitis di pipinya. Aduh, sedihnya.
“Puan Rosni ambil alih semua projek yang tengah running. Masa tu aku kena ambil alih kerja kau. Memang sebulan pertama aku rasa give-up sangat-sangat. Lepas tu baru aku dapat biasakan diri. Selama tempoh  tu, boss memang tak peduli hal syarikat. Dia datang pun sebab nak duduk terperap dalam bilik kau ni. Mungkin dia tunggu kot-kot kau masuk kerja balik” Mala berhenti lagi.
“Selepas enam bulan dia macam tu dia jatuh sakit. Masa tu Puan Rosni tak tahu nak buat apa. Boss teruk gila masa tu. Memang totally change. Tak peduli langsung pasal diri dia sendiri. Ke hulu ke hilir cari kau. Upah orang sana sini. Masa tu dia collapse kat dalam bilik ni. Demam panas. Hai, kecewa sampai macam tu sekali encik boss tu. Entah apa ubat guna-guna kau bagi kat dia” Mala senyum segaris. Mata dia berkaca. Banyak kedukaan yang dia saksikan untuk melihat pasangan ini bersatu. Dia benar-benar berharap mereka berdua hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. Sudah cukup-cukup penderitaan yang mereka berdua terpaksa lalui.
“I’m so sorry. I feel guilty. Useless, heartless that time. Memang aku rasa aku tak nak jumpa sesiapa pun yang ada kaitan dengan dia. Event staff sini. Aku takut dia cari aku” Nurul Nissa ketap bibir menahan tangis. Pedih ulu hati.
“Aku faham. Puan Rosni dah ceritakan semunya. Kau pun ada sebab kenapa kau buat macam tu” Mala tepuk tangan Nurul Nissa lagi. Hai, first day kerja dah menangis-nangis apa kes?
“Kau ni dah bagi ubat guna-guna apa kat boss tu hah? Sampai dia angau macam tu sekali” Mala tampar bahu Nurul Nissa.
“Apa barang ubat guna-guna. Nih, kuasa mata ni. Kerana mata kau yang menggoda, oh aku tergoda, aku tergoda terkeciwa” Nurul Nissa siap menyanyi-nyanyi lagi. Sah la gila dua orang makhluk ni. Tadi sedih. Sekarang ketawa tak hingat dunia.
“Kau bertuah tau” Mala senyum meleret. Biar ayat tergantung macam tu je. Apa yang bertuahnya?
“Kenapa?” aku hanya. Muka blur. Dah mai dah perangai blur dia tu.
“Dapat encik boss tu. Untung la. Bertuah badan. Orangnya handsome, kaya, setia, caring, roamntik, fantastic, bombastic” Mala beria-ia senaraikan kelebihan encik boss. Wah, up saham boss nampak. Ada apa-apa ke ni? Ke dah makan suap nih? Boss dah bagi skrip ke apa nih?
“Sudah-sudah la up dia. Apa, ingat aku ni tak laku sangat ke? Ramai waiting list tau. Kena tapis step by step nak dapat aku ni. Apa ingat tak laku sangat ke? Huh!” Nurul Nissa bercekak pinggan. Wah, semangat nak marah nampak. Jealous la tu tak ada orang up dia. Kesian betul la dia nih. Macam ni pun ada ka?
“Eleh, merajuk tak hingat dunia. Bukan sehari dua, setahun kau lari tau tak. Mana nak cari lelaki yang sanggup tunggu kau? Mana? Cari la. Nak jugak aku berkenalan” Mala pun semangat membela boss. Wah, nih dah belot nih. Hampes punya budak. Aku cepuk karang baru tau. Keluar-keluar. Ceh, menghalau lak. Hehe…
“Apa kes? Nak buat laki ke kalau ada pun?” Nurul Nissa laser sebijik. Hehe… padan muka. Bukan main lagi membela boss.
“Kalau ada la. Dah nama pun K.A.L.A.U” cis, siap eja lagi perkataan kalau tu.
“Ada je kalau kau nak” dia tak nak kalah. Lawan jangan tak lawan. Layankan sangat kepala si Mala tu. Elok la, dua-dua sama je perangai.
“Kau ni tak ada kerja ke? Borgoyang kaki nampak” Mala sound dia sebijik. Hak alah, banyak bunyi lak budak ni. Aku bini boss ke dia yang bini boss ni? Fikir jap.
“Apa kau tak nampak aku busy ni. Tengok-tengok banyak tak banyak kerja aku” Nurul Nissa tunjuk meja dia yang kosong. Tak ada sehelai pun kertas. Hehe… gila best. Kerja apa macam ni? Untung betul jadi isteri boss. Haha…
“Eleh, berlagak la sementara tak ada kerja ni. Nanti esok-esok jangan nak terhegeh-hegeh mintak tolong aku pulak. Menyampah aku” Mala jeling maut. Wah, tajam sungguh jelinganmu itu.
“Kau lah sahabat aku. Sayang kau sangat-sangat” dia peluk Mala ketat-ketat. Sekarang dah pandai main peluk-peluk eh. Kemudian mereka ketawa. Hai, alangkah indahnya dunia dikelilingi orang yang dia sayangi. Alhamdulillah, kerana diberi kurniaan yang tidak terhingga ini. Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah. Syukur.
Mala terus bercerita itu dan ini. Banyak rupanya perkara yang berlaku sepanjang satu tahun dia menghilangkan diri. Banyak yang telah berubah sepanjang tempoh itu. Tapi perubahan yang dia paling syukuri adalah perubahan yang telah berlaku dalam hubungan mereka berdua. Rupanya kehilangan dia membuka mata hati masing-masing. Betapa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Betapa cinta mereka begitu utuh. Menguji tahap kasih sayang mereka selama ini.
Rupanya encik boss jatuh sakit sepanjang dia menghilangkan diri. Dia demam panas dan murung. Keadaan diri yang tidak terurus dan mengabaikan kesihatan diri sendiri. Makan minum tidak dipedulikan sehingga dia jatuh pengsan di pejabat. Begitu hebat penangan cinta mereka berdua. Saling bercinta tetapi menghindar. Saling berkasih tetapi menolak. Saling merindu tetapi menjauh. Merana kerana salah faham.
Walaupun sepanjang tempoh dia bersembunyi Mommy selalu memujuk supaya kembali. Dia tetap degil. Dia terluka dan perlukan masa. Selepas dia kemalangan dia di pindah ke Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Semua rekod kesihatan dirahsiakan oleh semua pelawat. Mommy benar-benar mengotakan janjinya. Selama 3 bulan dia di tempatkan di hospital. Rawatan yang terbaik telah diberikan sepanjang tempoh itu. Memang keadaannya teruk. Kecederaan di dahi, bibir, kaki dan tangan juga teruk. Syukur Alhamudullah kerana dia masih berpeluang untuk hidup.
Semua orang tidak percaya, melihat keadaan kereta semua fikirkan dia sudah meninggal dunia. Keadaan depan dan pemandu remuk teruk. Malah untuk keluarkan dia terpaksa bomba memotong pintu kereta kerana dia tersepit. Memang tidak sangka yang dia masih hidup dan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia hanya koma satu hari. Tidak ada darah beku dalam kepala dan dada. Cuma kesan hentakan di dahi dan bibir kerana terkena streng kereta. Itu pun dia bernasib baik sebab pakai tali pinggan keledar. Jika tidak sudah pasti dia tercampak keluar dari kereta.
“Beb, kau ni termenung apa hal?” Mala tepuk peha Nurul Nissa.
“Sakitlah” Nurul Nissa tepis tanggan Mala. Tak habis-habis tepuk peha aku yang putih gebu ni. Sakit tau tak!
“Kau ni kenapa? Termenung je. Aku punya la syok bercerita boleh kau buat derkkk je. Apa aja yang kau fikirkan tu” Mala pandang wajah mulus Nurul Nissa. Wajah itu sedikit tembam dari sebelum ini. Bahagia mungkin.
“Mana ada” Nurul Nissa sembunyi gugup. Dia larikan mata ke arah lain.
“Jangan dikenang benda yang dah lepas. Kita teruskan hidup. Bina hidup baru. Yang dah lepas biarkan ia berlalu” Mala usap bahu Nurul Nissa lembut. Dia faham gelodak jiwa sahabatnya itu. Pasti rasa bersalah masih menebal.
“Mala, aku rasa kejam sangat-sangat buat semua orang yang sayang aku merana. Bukan sehari dua dia orang cari aku. Tapi setahun aku larikan diri aku. Aku sembunyikan diri. Enggan berjumpa dengan mereka” Nissa sapu air mata yang mengalir di pipinya. Sayu dan hiba dia rasakan.
“Jangan macam ni. Aku tahu kau ada sebabnya” Mala peluk Nissa. Usap belakang dengan penuh kasih sayang. Dia dapat rasakan beban yang terpaksa ditanggun sahabatnya.
Setahun dia larikan diri. Selepas dia keluar hospital dia terbang ke Sarawak. Dia sana dia menetap di sebuah kampung dia Santubung. Resort yang sangat cantik dan unik. Di sana dia teruskan hidupnya. Mencari diri sendiri. Segala kenangan dia buang sejauh mungkin. Dia terus melarikan diri dari banyana Hasrul. Dia terus bersembunyi di bumi ini. Menjalani hidup seperti biasa. Hakikanya dia masih belum melupakan semuanya. Dia masih rindukan kenangan lalu. Berharap kepada Hasrul. Cinta dan kasih sayangnya sukar untuk dilupakan begitu saja.
Sepanjang tempoh dia di sana, orang di Santubung ramah dan baik. Dia juga tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Tambahan pula dia pernah belajar di Sarawak. Jadi tidak ada sebarang masalah untuk dia bergerak di sana. Dia sudah biasa dengan selok-belok di sana. Keluarga angkatnya juga tinggal di kampung Pasir Pandak, Santubung. Jadi tidak ada masalah untuk meminta tolong dengan mereka. Mungkin sebab itu juga Mommy benarkan dia menetap di sini. sebab ada orang yang tolong tengok-tengokkan dia.
“Mala... thanks being my good friends” dia balas pelukan Mala erat.
“Tak nak la sedih-sedih. Nanti your hubby marah aku sebab buat wife dia menangis. Dia tu bukan boleh kalau orang kacau wife dia ni. Huh, kedekut gila” Mala cebik bibir. Dia cubit dua-dua belah pipi Nissa. tembam, geram sanga-sangat.
“Hoi, mengata hubby aku tak hingat” dia balas cubitan pipi Mala. Huh, padan muka. Suak-suka dia je nak cubit pipi orang.
“Eleh, laki bini sama je. Kedekut gila. Menyampah mak” Mala julingkan mata ke atas. Sabar je lah. Ingat cantik sangat buat macam tu.
“Banyak benda yang aku nak sembang dengan kau. Macam-macam nak share. Seronok sangat kau dah balik” Mala senyum. Dia berdoa supaya hubungan mereka terus bahagia ke akhir hayat.
“Ala, macam tak ada esok. Pergi buat kerja sana” dia tolak Mala supaya bangun dari kerusi. Agak-agak sama la nak curi tulang pun. Nanti apa kata pekerja lain. Aku tak apa. Mala tu tak boleh. Karang ada yang dengki lak. Hehe…
“Menghalau lak dia” Mala berdiri sambil cekak pinggan. Marah konon.
“Syuh-syuh. Keluar. Menyemak je” Nissa tolak badan Mala keluar dari bilik dia.
“Wey, ini sudah lebih. Karang ada jugak budak nak kena dapat pakacge percuma ni, check in 3 hari 2 malam kat hospital” Mala jegil mata dia.
“Beb, gila kejam kau nih. Sanggup ke kau tengok aku terbaring kat hospital tu?” Nissa tayang muka sedih. Wayang je tu. Tak usah terpedaya.
“Sanggup tak sanggup. Aku peduli hapa. Orang nak lepak kejap pun kecoh. Ah, malas ah kawan” Mala pusing badan ke belakang. Gaya merajuk mengada-ngada. Cis!
“Ala, relax la beb. Kecoh la kau ni. First day dah dera mental aku apa kes?” Nissa cuit pinggan Mala. Merajuk konon.
“Tepi-tepi” Mala tolak Nissa. Merajuk konon. Pegi daaa…
“Eh, main kasar lak dia. Sekali aku cepuk kang, terkangkang jugak budak ni” Nissa siap angkat tangan gaya nak cepuk Mala.
“Tak takut. Lala…” Mala jelir lidah lepas tu berdesup dia lari keluar. Tau takut. Nissa geleng kepala melihat telatah Mala. Hai, kawan dia sorang nil ah.
Nissa on laptop. Tertera gambar dia dan Hasrul di screen saver. Gambar dia sedang elok merenung Hasrul di meja makan. Hasrul membalas renungan dengan pandangan redup. Menusuk kalbu. Susana seperti mereka berdua sedang diner mungkin. Dia cuba ingat bila mereka keluar diner bersama. Kemudian dia tersenyum.
Malam diner yang Hasrul sungguh romantic dan gentleman. Dia dilayan seperti puteri kayangan. Malam dimana Hasrul mengajak dia menari. Kejutan dia dilamar dengan penuh romantic. Terbuai seketika sebelum Hasrul keluarkan memori ‘she’ dan dia berjauh hati. Dan makan malam mereka berakhir dengan bad mood. Hai… bila masa gambar mereka dirakam? Dia langsung tidak tahu.
Melihat gambar mereka, Nissa tersenyum sendiri. Mereka seperti pasangan bahagia yang sedang bermadu kasih. Entah bila, siapa yang mengambil gambar mereka. Sungguh dia langsung tak sedar apa yang berlaku ketika itu. Apa yang dia tahu, dia sedang dibuai oleh layanan mesra Hasrul. Dia senyum lagi. Semakin lebar senyumannya. Ingat kisah cinta mereka. Bukan senang untuk mereka bersatu. Berpisah selama setahun. Dan akhirnya mereka bersatu. Bukan mudah. Dia masih ingat lagi saat dia dan Hasrul bertemu selepas setahun. Itu pun atas rancangan Mommy mereka.
“Then shall we forget everything about the past, and start from the very beginning?” Hasrul pandang dengan penuh mengharap.  
“I thought I’d die missing you” Hasrul usap pipi Nissa. Ingin dia peluk dan cium kesayangnya ini. Tapi dia kawal dan tahan nafsunya.
“In future, whatever happens to you, you must tell me without leaving out anything. So everything that happens to you, tell it all to me. And I won’t let you hurt by yourself anymore. Never agin” Hasrul sambung ayatnya dengan penuh perasaan.
“Why you act like a defferent person?” Nurul Nissa pandang dia pelik. Nampak wajah sayu Hasrul. Mukanya juga sudah cengkung. Badan juga susut. Pucat dan tidak bermaya. Lama Nissa tatap wajah itu. Ya, dia juga rindu untuk menatap wajah ini. Dia juga terseksa sepanjang perpisahan mereka. Tapi dia tetap membawa hati yang lara. Dia pergi meninggalkan segala kenangan. Pergi jauh dari orang yang dia sayang. Kerana dia tidak mampu untuk berjuang untuk merebut haknya. Dia tidak berdaya merebut Hasrul dari Farah. Sungguh dia tak berdaya saat itu.
Kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Selama 6 bulan dia terlantar sakit. Dia berjuang kerana Mommy. Dia melihat wajah duka seorang ibu. Melihat Mommy cekal merawat dirinya. Malah Mommy sanggup bersubahat dengan dirinya untuk bersembunyi.
Dia mula bangkit, bertatih dan berjalan semula. Dia berpaut pada bahu Mommy sepenuhnya. Dia bersandar di bahu Mommy. Dia menangis, meraung di bahu Mommy. Selama dia jatuh, Mommy tidak pernah kenal erti berputus asa. Mommy sentiasa di sisinya. Tiupkan semangat supaya dia terus tabah. Ya Allah, dia berterima kasih kepada Mommy kerana sentiasa berada di sisinya. Saat suka mahupun duka.  
“Don’t cry dear” Hasrul bisikkan kata-kata semangat kepada Nurul Nissa. Pantas dia menyapu air mata yang mengalir lesu di pipi Nissa.
“Dear, I really miss you” Hasrul usap kepala Nissa. Sungguh dia rindu. Rasa tak tertanggung beban rindu yang dia alami. Nissa senyum segaris. Air jernih masih mengalir lesu. Dia rindu, dia sayang, dia cinta lelaki di depannya ini. Sungguh. Sepenuh hatinya.
“Your head is really heavy” Nissa usap kepala Hasrul yang sedang berbaring di atas pehanya. Mereka santai di atas gazebo perkarangan rumah Mommy.
“It’s because my head is filled with only your name, Nurul Nissa… Nurul Nissa” Hasrul pandang wajah Nissa. Terasa lapang dadanya. Tenang jiwanya. Akhirnya mereka berjumpa sekali lagi. Setelah setahun berpisah. Really miss you! Jerit Hasrul.   
“Don’t cry!” Hasrul panic bila Nissa menangis sayu. Dia sakit bila melihat air mata mengalir deras. Dia terluka dan merana melihat keadaan Nurul Nissa begitu. Oh, Tuhan. Apa lagi yang Nissa fikirkan. Dia tidak tahu apa yang sedang Nissa rasa. Apa yang Nissa pendam. Hasrul marah pada dirinya sendiri kerana gagal bahagiakan Nissa. Dia rasa dia terlalu lemah untuk lindungi Nissa.
“Syhhh… sayang don’t cry” Hasrul duduk berdepan dengan Nissa. Dia usap kepala Nissa penuh kasih dan sayang. Makin lebat air mata Nurul Nissa merembis keluar.
“Ya Allah, sayang. Jangan buat I risau. Please stop crying sayang” Hasrul peluk Nissa kemas. Rasa sakit dadanya melihat keadaan Nurul Nissa begitu.
“I’m sorry. I’m sorry” ucap Nurul Nissa dalam sedu. Sakit menghimpit dada.
“Ya Tuhan. Nurul Nissa. Please stop crying. You heart me. Please don’t cry” Hasrul kemaskan pelukannya.
“Look at me dear. I never let you cry anymore. Don’t cry. I promise I put smile on your face” Hasrul dongak dagu Nurul Nissa supaya melihatnya. Jarinya pantas menyapu air mata di pipi Nurul Nissa. Sungguh sayu dan pilu pandangan mata Nurul Nissa. Begitu banyakkah duka yang terpaksa dia lalui? Begitu besarkah dugaan yang terpaksa dia tempuhi? Begitu hebatkah rintangan yang terpaksa dia jalani. Oh Tuhan, kasihanilah Nurul Nissa Ya Allah.
“Do you know that your beautiful eyes look so sad?” Hasrul renung ke dalam anak mata Nissa.
“I’ll confess that I love you” ucapnya dengan penuh syahdu. Dia berjanji kepada dirinya untuk bahagiakan Nurul Nissa. 

3 comments:

  1. please, give me some time to prepared myself. hehe... i'm pretty busy lately. so, lets enjoy next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik writer,citer ni best giler tp distract la dgn kesalahan grammar!!hilang mood nak concentrate....apa la salahnya tulis dlm b.melayu kalu xcfm phrase in English!!!do some home work b4 U write in English,ok?

      Delete
    2. erica - terima kasih. ok, saya akan tukarkan BI to BM. terima kasih kerana bg teguran yg +ve.

      Delete