Thursday, 28 February 2013

ITU JANJI 27



27


            Dia jejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Keluarga angkat siap sedia menjemput dia di air port Kuching. Mommy yang arrange semuanya. Kemudian mereka bergerak ke Villa mereka dia Pasir Pandak, Santubung. Sudah sekian lama dia tidak jejakkan kaki di bumi Sarawak. Setelah tamat pengajian dia terus pulang ke Semenanjung. Rasa rindu kenangan dulu.

            “Nissa, iboh sopan. Kelak kitak lapar” Mak tegur Nissa seolah-olah berada dalam dunia lain. Sedangkan mereka sedang makan.

            “Sik da lah. Kamik sik lapar. Mak, Apak, adik-adik makan ya. Nissa masuk dalam dulu” Nissa angkat pinggan nasi. Masih banyak yang tidak luak.

            “Mun kitak sik lalu makan tok. Mak polah lauk lain. Nya madah jak kitak mau makan apa” Mak padangan Nissa.

            “Eh, Mak iboh susah-susah. Nissa penat. Kamik mau nguring jak. Mak makan dengan Apak dan adik-adik ya. Jangan risau. Kelak kamik lapar kamik cari sendiri ya” Nissa rasa serba salah. Nak buat macam mana dia memang tak lalu nak makan.

            “Nissa, Mak perati kitak makin susut. Kenak kitak sik makan kah? Iboh cam ya. Kelak kitak sakit. Mak juak yang susah ati nengok kitak cam ya” Mak pandang aku. Ya, memang badan aku semakin susut. Kurus dan lesu. Semangat aku hilang entah ke mana. Di bawa bersama duka dan lara.

            “Sik da apa-apa Mak. Iboh risau. Kamik ok” Nissa senyum terpaksa. Ini keluarga aku yang akan menjaga aku sepanjang aku berada di sini. Mereka tempat aku bergantung harap. Mommy dah amanahkan mereka untuk menjaga aku. Terima kasih tak terhingga kepada Emak dan Apak.

            “Nissa, petang karang Apak masak ayam pansuh. Kitak suka sik?” Apak memujuk aku seperti anak-anak kecil. Alahai, keluarga angkat aku ni amat baik.

            “Siboh Apak. Susahkan Apak jak” aku senyum segaris. Rasa diri aku ni membebankan mereka sekeluarga.

            “Sik ada apa-apa yang susah. Apak masak ayam pansuh ya. Malam ni kitak makan kenyang-kenyang. Lama juak sik makan ayam pansoh nak?” Apak pujuk lagi. Aduhai, bikin hati aku sebak. Mereka terlalu baik. Mereka betul-betul jaga aku.

            “Ya lah, petang nanti Nissa tolong Apak ya” aku ceriakan wajah. Kesian mereka, melihat wajah mendung aku buat mereka jadi serba salah. So sorry.

            Petang itu aku menyusur persisiran pantai. Keindahan pandai Pasir Pandak dan Pasir Panjang membuat jiwa aku tenang. Laut yang terbentang luar di depan mata. Sayup kelihatan Gunung Santubung dan Gunung Sejinjang. Ada sejarah di sebalik kedua-dua gunung ini.
            Mengikut lagenda, Puteri Santubung dan Puteri Sejenjang sebenarnya 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang puteri mereka selepas ayahnda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18. Semasa pelarian mereka terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka dia satu kawasan dekat dengan Kuching, kini di kenali sebagai Bukit Santubung.
            Memandangkan orang-orang Dayak Sarawak selalu memalui kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 orang puteri cantik yang tidak pernah mereka temuai dan mereka beranggapan kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” seperti dalam lirik lagu Puteri Santubung.
            Mengikut sejarah lagi, kedua-dua puteri ini pada asalnya hidup aman damai. Tetapi mereka bermusuhan kerana masing-masing pertahankan kecantikan mereka dan mereka mengaku mereka paling cantik di dunia. Akibat daripada itu mereka bergaduh dan berpindah ke sebuah bukit lain dan di beri nama Bukit Sejenjang. Walaubagaimanapun, perbalahan mereka bedua akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah. Mereka berbunuhan sesame sendiri. Maka di situ lahirlah lagenda Puteri Santubung dan Puteri Sejengang yang kita dengar sehingga ke hari kini.

Lirik lagu Puteri Santubong Puteri Sejenjang :
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.


Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

            Nurul Nissa senyum sendiri kenangkan kisah 2 orang puteri itu, dia tercampak di bumi Sarawak kerana membawa diri yang lara. Melarikan diri dari kelukaan. Seolah-olah dia tidak sanggup berdepan dengan halangan dan rintangan hidup. Kisah mereka tidak sama. Tapi kesudahannya dia sendiri tidak tahu.
            Dia berlabuh duduk di atas tunggul kayu. Jauh dia merenung. Hampir 6 bulan dia mengasingkan diri dari dunia luar. Hidup dia di sisi Mommy. Dan kini dia menetap di Villa keluarga di samping keluarga angkatnya. Dia bersendirian, kesunyian dan kekosongan. Bayu pantai membelai lembut tubuhnya. Dia hanyut dalam mainan perasaan. Dia tidak mampu untuk berdepan dengan kenyataan hidup sehingga dia terpaksa mengasingkan diri sejauh ini.

            “Nissa, jom masuk. Apak dah siapkan bahan-bahan tu. Nak buat ayam pansuh katanya” Mak menegur Nurul Nissa. Kesian melihat keadaan Nurul Nissa. Jika dulu dia seorang yang ceria dan lincah. Tapi kini jasadnya seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Dia hanyut dalam dunianya sendiri.
            “Eh, Mak dah lama duduk sini?” Nissa sandar kepalanya di bahu Emak angkatnya. Rindu kepada Mommy. Walaupun baru sehari berjauhan dengan Mommy aku rasa teramat rindukan belaian seorang ibu. Sob… sob…

            “Nissa, jom masuk. Lewat petang tak elok duduk tepi pantai” Mak usap kepala aku perlahan. Faham dengan anak manja Puan Malissa seorang ni. Manja dan suka dibelai.

            “Mak, terima kasih” Nissa peluk Mak angkatnya. Masih muda dari Mommy. Adik-adik angkat aku pun yang sulong baru tingkatan 5. Aku ada 4 orang adik angkat. 2 lelaki dan 2 perempuan. Seronok bila ada keluarga besar. Meriah sangat. Tak macam aku. Sorang-sorang je. Boring je, tak ada kawan nak ajak gaduh. Nak main pun sorang-sorang. Nak hangout pun sorang-sorang. Sebab tu kalau nak keluar selalu je aku dengan Mommy. Boring. Nak keluar dengan kawan. Memang tak lah. Mommy jarang lepas aku sorang-sorang. Sejak kerja baru la boleh berdikiar. Driving sendiri. Kalau tak, jangan harap!

            Mereka jalan beriringan menuju ke Villa. Kelihatan Apak dan adik-adik dah sibuk hidupkan api. Semangat dia orang nak bakar ayam pansuh. Cam tu sekali dia orang layan aku. Kesian Apak. Gara-gara aku tak lalu makan tengah hari tadi, dia sanggup buatkan ayam pansuh. Thank you so much Apak, Mak!

            “Apak, kenapa masak banyak sangat ni. Sape nak makan?” aku dah duduk di kerusi. Melihat kelincahan Apak memasukkan ayam dan daun-daun dalam buluh. Kecur air liur. Lama dah tak makan ayam pasoh.

            Bahan-bahannya senang je. 1 sekor ayam, 1 ikat pucuk ubi kayu, buluh sederhana besar, 3 batang serai diketuk, 3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah ditumbuk lumat, halia dihiris nipis, garam dan sedikit perisa. Cara-caranya, potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. Jangan terlalu besar, tak muat nak masuk dalam buluh nanti. Perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan serbuk perisa tadi. Lepas tu, pucuk ubi, dicuci dan ramas dengan sedikit air garam. Gaul daun ubi sederhana lumat ke dalam ayam yang diperap tadi. Cuci buluh dan masukkan ayam dan daun ubi tadi. Bakar selama 30 minit. Dan siap untuk di hidang. Selamat mencuba ya. Hehe…

            “Kita-kita je. Mana ada orang lain lagi” Apak senyum segaris. Lah, banyak kot. Berapa ekor ayam Apak korbankan? Iskkk… membazir je.

            “Mak, malam ni kita makan kat luar ni boleh” aku memberi cadangan. Kawasan perkarangan rumah mengadap laut sangat cantik. Permadangan yang paling indah aku rasakan.

            “Suka hati la. Janji makan. Jangan biar perut kosong, sakit susah Mak nak jawab dengan Mommy nanti” Mak mula sibuk mengambil alih tugas Apak.

            “Kakak, nanti boleh teman kami belajar ya” adik bongsu aku mencelah. Dia duduk di sisi aku. Dah besar dah adik aku ni. Tahun ni masuk darjah 6. Kejap je masa berlalu.

            “Boleh” aku belai rambut ikal adik perempuan aku. Yang 3 orang lain masing-masing sibuk membantu Mak dan Apak.

            “Kakak, esok kita mandi pantai nak?” tanya adik aku lagi. Peramah sangat.

            “Boleh ke?” aku tanya dia balik. Hehe… aku tak pernah mandi laut. Melekit. Tak suka.

            “Apak, esok adik dengan kakak mandi laut boleh?” adik aku bertanya Apak.

            “Awal pagi je. Jangan lama-lama” Apak beri persetujuan. Bersorak adik bongsu aku. Seronok bila Apak bagi keizinan kami mandi pantai. Aku senyum melihat gelagat dia. Alangkah seronoknya dalam dunia kanak-kanak. Mereka tidak kenal erti masalah. Dunia mereka hanya untuk berseronok.

            “Dah masuk mandi” Mak beri arahan kepada adik-adik aku. Aku terus bangkit dan menuju ke bilik. Dari bilik aku, aku dapat menikmati permandangan matahari terbenam. Cantiknya Ya Allah. Permadangan yang jarang kita lihat. Setiap hari, Allah ciptakan permandangan yang berbeza-beza. Maha Besar Allah. Nikmat yang dia berikan kepada kita.

            Villa ini kelihatan seperti sebuah rumah kayu tradisional. Struktur yang teguh dari binaan kayu sepenuhnya. Kekalkan ciri-ciri kampung dan element moden. Mempunyai 10 biji bilik tidur. 3 bijik di tingkat bawah, 6 di tingkat atas dan 1 di tingkat paling atas. Bilik aku paling istimewa. Berada di tingkat paling atas dan berbumbung kaca. Aku dapat menikmati malam, bulan dan bintang bertaburan. Bila waktu siang, bumbung akan di tutup secara automatic. Ia direka khas dengan sensor suhu dan cahaya matahari. Sangat unik dan cantik.   

            Selesai bersihkan diri dan solat. Aku turun ke ruang makan. Adik-adik belum kelihatan. Mungkin mereka masih dalam bilik mereka. Mak sibuk di dapur. Entah apa yang sedang dia buat sampai tak sedar aku dah tercegat di belakang dia. Kusyuk sungguh.

            “Mak, buat apa tu?” aku jenguk dalam kuali atas dapur tu. Bau semerbak. Best ooo…

            “Jap lagi boleh makan. Panggil adik-adik dengan Apak sekali. Mak nak hidang ni.

            Aku terus ke tingkat dua. Adik-adik aku berkongsi bilik. Apak duduk di ruang tamu. Santai je dengan baju pagoda dan kain pelikat. Aku terus ke bilik adik-adik. Rupanya dia orang duduk di ruang tengah. Tengok tv rupanya dia orang ni. Cerita Doremon. Dari yang sulong hingga ke yang bongsu duduk layan Doremon. Sabar je lah.

            “Dik, jom makan. Mak dah panggil tu” aku ajak dia orang. Si kecil pantas melompat dari sofa. Laju je peluk aku. Aduhai, manja sungguh.

            “Kakak, jangan lupa ajar kita orang buat kerja sekolah tau” si bongsu ingatkan aku sekali lagi. Macam la aku ni terror sangat ajar budak-budak ni. Bantai je la.

            “Cepat duduk. Dah pukul berapa ni” Apak dah pun bersiap sedia di meja makan. Garang Apak dengan adik-adik. Nasib baik dengan aku Apak tak garang, kalau tak malu la aku. Dah tua bangka pun kena marah dengan Apak. Hehe…

            “Haziq baca doa makan” Apak arahkan anak sulong bacakan doa makan kami. Aku lihat gelagat adik-adik satu persatu. Tertip mereka di meja makan. Dahulukn Apak dan Mak dan aku, baru dia orang makan. Bagus didikan Apak dan Mak.

            “Makan banyak Nissa. Apak tengok kamu ni makin kurus. Duduk sini kena makan banyak-banyak. Balik sana nanti biar berisi badan tu” Apak ceduk lauk ke dalam pinggan aku. Aku senyum dan angguk kepala.

            “Mak, nanti nak belajar buat kek lapis Sarawak ya” aku ajak Mak bersembang selepas selesai makan malam. Alhamdulillah. Terisi perut aku malam ni. Apak memang tahu selera aku. Pandai Apak pujuk aku untuk makan malam ni. Thanks Apak!

            “Boleh, esok kita buat” aku senyum dengar jawapan Mak. Bukan apa, aku nak isi masa lapang dengan macam-macam aktiviti. Banyak masa terluang akan ingatkan aku dengan Hasrul. Aku ingin melupakan, belajar untuk melupakan dia. Berbaloi dengan usaha aku lari sejauh ini.

            “Kakak, jom belajar” adik bongsu tarik tangan aku ke bilik belajar. Sabar je la adik aku ni. Tak menyempat. Baru je nasi nak jatuh ke perut.

            “Subject apa?” aku duduk di birai katil. Perhati mereka keluarkan buku satu persatu. Masak aku malam ni!

            “Math’s, Sains, English” kata adik bongsu aku. Wah, gila best tu. Hehe…

            “Buat dulu, kalau tak tahu baru akak ajar ya” aku capai buku rujukan. Baca jap. Dah lama tak belajar ni. Karang kantoi la tak tahu nak ajar adik-adik. Hehe…

            Entah bila aku terlelap aku pun sedar. Tup-tup Mak kejut aku suruh bangun tidur dalam bilik. Sabar je lah. Boleh aku terlelap. Kata nak ajar adik-adik. Last-last aku buat tahi mata. Sabar je lah. Pantang betul baca buku, terus terlelap. Tak payah nak pakai ilmu pukau bagai. Bagi je buku rujukan, terus aku pengsan. Huhu…

            Aku menapak ke dalam bilik. Suasana malam dingin. Deru ombak berlagu merdu. Aku duduk di atas buaian. Malam suram dan semakin kelam. Kelihatan bot nelayan di tengah-tengah lautan. Mereka mencari rezeki dengan tangkapan hasil laut. Bertarung nyawa untuk mencari sesuap nasi. Sunyi dan sepi dalam kepekatan malam. Dan malam ini aku dibuai kenangan lalu.

            Rindu kepada cinta hati. Rindu yang menyesakkan dada. Aku langsung tidak tahu khabar berita dia. Mommy langsung tidak sebut nama dia di depan aku. Mungkin Mommy tidak mahu aku bersedih lagi. Tapi sebenarnya aku teramat rindukan dia. Ingin sekali aku tatap wajahnya. Ingin sekali aku mendengar suaranya. Tapi aku tahan. Aku terus menghindar dari itu semua. Kerana aku tahu, aku tidak berhak untuk mendapatkan dia.

            “Hasrul” aku seru nama itu. Urat saraf aku berlari laju. Bekerja keras saat aku seru namanya. Aku pejam mata. Membayangkan seraut wajah yang amat aku rindui. Mendengar bisikan suaranya membuatkan aku semakin sebak mencekam dada. Aku rindukan dia. Sungguh aku terlalu rindukannya. Ya Tuhan, aku rindukan dia. Kirimkan rindu aku kepadanya. Duhai bulan, sampaikan rindukan kepadanya. Katakana padanya aku teramat merindui dirinya. Duhai bintang, samapaikan sayang aku kepadanya. Katakana yang aku teramat sayang kepadanya. Tapi aku belum kuat untuk berdepan dengannya.

            Kecurangan yang terbentang di depan mata aku amat sukar untuk aku lupakan. Saat kami di satukan dia masih bermain cinta dengan perempuan lain. Dia curang di depan mata aku sendiri. Dugaan apakah yang harus aku hadapi saat aku mula kenal erti cinta dan sayang. Halangan apakah yang harus aku tempuhi menjelang hari bahagia kami. Rintangan apakah yang harus dia harungi saat cinta mula bersemi. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

            Masih terbayang di ruang mata kelakuan tak senonoh Hasrul dengan perempuan tu dalam office. Masih dia ingat bagaimana Hasrul dan perempuan itu bermesra. Ya Allah, dugaan apakah ini. Jelas dan nyata Hasrul berselingkuh di belakang aku. Masih dia cuba untuk nafikan walaupun aku sendiri yang Nampak di depan mata aku. Dia masih memberi seribu alasan untuk menutup kesalahan dirinya.

            Pada malam itu, seluruh kepercayaan aku direntap kasar oleh dia sendiri. Dia hancurkan seluruh kepercayaan aku terhadap dia. Memang aku tak pernah tahu masa silam dia. Memang aku tak kisah sejarah lampau dia. Memang aku tak peduli zaman muda dia. Kerana aku hanya tahu cerita dia dan aku baru saja bermula. Kami sama-sama melakar cerita indah kami berdua.

            Tapi sayang seribu kali sayang. Dia telah padam segala angan indah yang aku ciptakan. Dia musnahkan jalan bahagia yang aku ukirkan. Dia telah rosakkan segala warna-warna ceria yang aku lakarkan. Semua musnah sekelip mata. Dia telah hapuskan semua sekali sehingga tidak tinggalkan sedikitpun untuk aku kecapi. Dia ambil semuanya setelah dia beri kepada aku. Hilang kasih sayang yang aku semai, gugurnya cinta yang baru berbunga, yang paling penting kepercayaan yang aku sandarkan telah lenyap sama sekali.

            Oh Tuhan, Nissa pegang dadanya. Degupan nadinya menyeru nama Hasrul. Kenapa nama itu yang sering aku seru? Kenapa nama itu juga yang sering meniti dibibirnya. Kenapa nama itu juga yang sering menghantuinya. Wajah itu juga yang sering menemani mimpinya. Suara itu juga yang sering berbisik di telinganya. Sakitnya menanggung rindu. Sakitnya menanggung rasa cinta ini. Sungguh dia tidak berdaya untuk melawanya.

            “Mommy, Daddy. Bagaimana caranya lagi untuk Yuyu lupakan dia?” Nurul Nissa menangis hiba. Sungguh tidak tertahan dia menanggung rasa. Walaupun jauh beribu batu dia berlari. Wajah Hasrul ada di mana-mana. Suara itu masih berbisik merdu di telinganya. Rasa cinta itu masih segar dalam hatinya. Mengapa dia gagal membenci lelaki itu. Mengapa dia masih gagal membuang rasa cinta dan sayang terhadap lelaki itu. Mengapa dia masih gagal melupakan wajah itu? Mengapa? Mengapa? Nurul Nissa menangis lagi. Dia kalah sekali lagi dengan mainan perasaannya.

            “Mom, Yuyu tak tahu apa yang harus Yuyu buat?” Nissa menapak ke katil. Dia duduk di birai katil dan merungkuk memeluk lutut. Sunyinya hidup dia. entah sampai bila dia perlu larikan diri dari semua orang. Sampai bila dia harus hindarkan diri dari berjumpa dengan orang-orang yang mengenali dirinya. Entah berapa lama lagi dia perlu bersembunyi. Dia tidak tahu. Dia tidak pasti. Kerana dia masih belum bersedia untuk menghadapi semua itu.

            Bodohkah dia kerana menyeksa diri sendiri. Pengecutkah dia kerana terpaksa bersembunyi sejauh ini. Gilakah dia kerana masih merindui Hasrul? Entah kenapa semakin dia cuba untuk melupakan Hasrul, semakin kuat ingatan terhadapnya. Semakin dia cuba membenci semakin kuat perasaan sayang terhadapnya. Dugaan apakah yang terpaksa dia hadapi?
            Hasrul… nama itu yang sering meniti di bibirnya. Wajah itu juga sering mengganggu lenanya. Suara itu juga sering terningang di telinganya. Dia terus menghantui hidupnya. Enggan pergi dari hidupnya. Melekat kukuh, sebati dalam hidupnya. Begitu besar pengaruh Hasrul dalam hidupnya. Larut dalam didasar hatinya. 

3 comments:

  1. Maaf rasanya cik penulis kena improve bahagian yang menggunakan English...baik dari segi grammar, spelling dan juga vocabulary nya. Byk kekurangan disitu.

    ReplyDelete