Tuesday, 28 May 2013

ITU JANJI 41


Maaf lama tak post new chapter. harap-harap ada yang rindu-rinduan. hehe... ok, enjoy your reading. 



41

Puas hati dia. Dia senyum sinis. Tu baru sikit dia ajar. Belum betul-betul pengajaran. Berani-berani dia main dengan aku! Dia belum kenal siapa aku! 
Dari tadi dia perhatikan gerak geri mereka berdua. Sejak Nurul Nissa sampai lagi. Dia ikut tanpa sedetik pun dia terlepas pandang. Geram dan sakit hati bila melihat Nurul Nissa bersama jantan lain. Tak pernah cukup dengan seorang. Entah jantan mana tah. 
“Awak ok?" Kamal Ashraf meluru keluar dari kereta. Dia pandang wajah pucat Nurul Nissa. Bibir dia membiru. 
"Hey. Awak!" Jamal Ashraf tampar pipi Nurul Nissa. Kaku seperti patung. Dengan mata membulat. Buat dia takut jika ada apa-apa yang terjadi dengan anak angkat majikan ibu nya. Ini amanah dia. Tanggungjawab dia menjaga dan pastikan semuanya selamat. 
"Nurul Nissa, masuk dalam kereta I" dia turun dari kereta. Risau bila melihat keadaan dia begitu. Rasa menyesal dengan tindakan bodoh dia tu. tapi ego mengatasi segalanya. 
Dia toleh. Pandang wajah Izwan sambil geleng kepala. Tak semena air mata gugur setitik, dua titik, dan semakin galak menghujani pipinya. Dia ketap bibir sekuat hati. Cuba bertenang. Kawal perasaannya. 
"Cik Nissa, mari saya hantar balik" Kamal Ashraf ajak Nurul Nissa. Semakin sesak tempat ni. Orang ramai mula datang untuk melihat apa yang berlaku. 
"I drive her" Izwan memberi jelingan tajam. Kukuh pegangan tangan Nurul Nissa. Semakin sakit hati! 
"No, cannot. She comes with me and I’m responsibility to send her" Kamal Ashraf bertegas. Dia bukan kenal lelaki di depannya ini. 
"She safe with me. Don't ever dare to ask who I am" Izwan cekak baju Kamal Ashraf. Gigi dia ketap kuat. Rahang bergerak menahan marah. Panas baran! 
Sah Izwan dah gila! Tahap cemburu dia boleh membunuh. Dia sanggup bahayakan Nurul Nissa. Kerana sikap cemburu yang melampau. 
"Nissa, come" dia tarik tangan Nurul Nissa yang masih berdiam diri. 
Nissa tarik tangan dia. Sekali, dua kali pun masih gagal. "Hand off!" Dia menjerit sekuat hati. 
Izwan toleh. Dia ketap gigi. Geram dan marah. Entah kenapa dia berperasaan begini? Kenapa? Melawan Nurul Nissa! Nak je melayang tangan ke pipi gebu Nurul Nissa tu. tapi sebab rasa sayang dia sabar. Dia kawal dirinya. 
"I said go home!" Izwan pula menjerit. Dia tarik tangan Nurul Nissa sekuat hati. Rontaannya dia tidak hiraukan. Semakin sakit hati dia bila Nurul Nissa memilih untuk balik dengan jantan tu! Arghhh... Nak je dia meraung sekuat hati. Biar lepas segala beban yang terbuku di dadanya. 
Dia bangun dan mengekor langkah Izwan. Memang dia tak ada perasaan. Semangatnya terbang melayang. Dia pejamkan mata. Cuba untuk mengusir peristiwa kemalangan ngeri 6 bulan lalu. Mengigil badan dia menahan takut. Takut dengan Izwan. Takut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. 
"Nissa" Izwan belai rambutnya. Sebelah tangan lagi dia pegang steering. Apa aku dah buat ni? Rasa menyesal mencucuk dada. Dia gagal mengawal sikap amarahnya. 
"Don't touch me!" Dia tepis tangan Izwan. 
Ya Allah. Hasrul juga miliki sikap begini. Cemburu melampau. Izwan juga begini. Sehingga dia sanggup melanggar kereta Apak. Sanggup dia bahayakan dirinya. Kerana cemburu dia dilayan sekeras ini. Ditengking dan diherdik di depan orang ramai. 
"I’m didn't main it" Izwan capai tangan Nissa. Belum sampai ke bibir, Nissa pantas tarik tangannya. 
"So sorry dear" dia cuba sekali lagi. Namun Nissa masih menepis kasar. 
"Never say sorry if you done it!" mendatar suara ya. Dia membuang pandangan ke luar. Kecewa dengan dirinya sendiri. Entah mengapa lelaki di sampingnya miliki sikap hampir sama. Cemburu buta! 
"Nissa. I minta maaf" lirih suaranya. Kesal dan menyesal. 
Dia masih berdiam diri. Enggan bercakap walaupun sepatah kata. Dan akhirnya masing-masing berdiam diri. Dia pandang bonnet kereta Honda Civic type R kemek di bahagian depan. Memang sah dia ni gila! Sanggup dia jahanamkan harta benda kerana cemburu buta. Kereta Apak jenis Toyota Vios, bumper yang kemek. Itu pun sikit je.
Sampai je rumah Mak dan Apak dia terus meluru masuk. Langsung tak tegur Mak yang sedang duduk di ruang tamu. Memang dia tak ada mood sekarang ni. Dia nak bersendirian. 
"Assalamulaikum" dia masuk dengan perasaan serba salah. 
"Waalaikumussalam" Mak senyum menyambut tetamu yang datang. 
"Aunty apa khabar?" Dia duduk di depan Mak. Sesekali matanya mencuri pandang ke tangga. Tertunggu-tunggu kalau Nurul Nissa turun. 
"Dari mana?" Mak sekadar berbahasa. Dia nampak Nurul Nissa keluar dari kereta Izwan tadi. Saja je nak tanya.
"Dari pasar tadi" dia rasa segan nak cerita hal sebenarnya. 
"Ya ke. Mommy dengan Daddy kamu sihat?" Mak ubah topik. 
"Semua sihat, Alhamdulillah" dia senyum terpaksa. Rasa serba salah semakin menebal. 
"Duduk jap. Mak buatkan air" Mak berdiri. 
"Tak payah susah-susah. Saya singgah sekejap je ni" cepat-cepat dia halang Mak buatkan air. Tak nak susahkan Mak pula.  
"Assalamulaikum" dia melangkah masuk. Beg plastic penuh tangan kiri dan kanan. 
"Waalaikumussalam" Mak gamit dia supaya suruh masuk. 
"Saya hantar ke dapur jap" dia terus menghilang ke ruang dapur. 
Jelingan tajam Izwan kepada lelaki yang baru saja melangkah masuk. Tak guna! Sampai ke sini dia datang. Berani betul! Memang nak kena bagi pengajaran dia ni. Baru rasa serik dan gerun. Ada hati nak dekat dengan Nurul Nissa. No way! Dia genggam penumbuk. 
Dendam semakin membara. Marah dan geram. Memang dia cemburu. Cemburu tahap orang nak pandang Nurul Nissa pun dia tak izinkan. Apa lagi nak keluar bersama. Bersentuhan dan berdua-duaan jauh sekali! Dia sanggup potong tangan sesiapa yang berani sentuh Nurul Nissa. Dia sanggup korek biji mata orang yang berani pandang wajah Nurul Nissa. Memang parah! Tahap cemburu dia boleh membunuh.  
"Itu Kamal. Anak Mak Cik Midah tu. Tadi Mak mintak tolong dia temankan Nissa beli barang dapur" Mak bercerita serba sedikit pasal Kamal Ashraf. Mak perasa perubahan wajah Izwan bila Kamal melangkah masuk. Jelingan tajam Izwan juga dia perasan. Malah dia dapat rasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Masakan tidak, Nissa boleh menaiki kereta Izwan bukan balik dengan Kamal. Tapi dia tak berani nak meneka lebih-lebih. Itu firasat dia.
‘Ya Allah, apa aku dah buat ni? Nissa dengan budak tu tak ada apa-apa pun. Kenapa aku jadi macam ni?’ Segala gerak geri Nurul Nissa dia perhatikan. Mata dan telinganya ada di mana-mana. Pasti ada yang akan melaporkan. Sampai begitu sekali dia mengawal pergerakan Nurul Nissa tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Nurul Nissa sendiri. 
"Saya minta maaf. Tadi masa revers saya terlangar divider. Bumper belakang kemek sikit" Kamal Ashraf berdiri kaku di depan Mak. Entah bila dia ada kat sini pun dia tak perasan. 
"Kamu dengan Nissa tak apa-apa?" Mak pandang muka Kamal Ashraf.
"Semua ok. Nasib baik saya sorang je dalam kereta. Cik Nissa keluar beli air" dia tunduk mengira jari kaki. Takut sebenarnya jika tersalah cakap nanti. 
"Alhamdulillah. Nanti Apak hantar repair" Mak lepaskan nafas lega. Takut juga perkara tak elok menimpa Nurul Nissa. Sepanjang dia duduk di sini pasti ada saja musibah yang menimpa anak angkatnya itu. 
Izwan terpampang dengan Kamal Ashraf. Sanggup pikul kesalahan yang dia lakukan tadi. Bertambah segan bila dia langsung tak membuka aibnya di depan Mak. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’ Tapi ego dia menghalang. Dia tetap angkuh dan sombong. Jelingan tajam masih dia berikan kepada Kamal.  
"Saya minta maaf" Kamal Ashraf masih juga memohon maaf. 
"Tak apa. Benda dah nak jadi. Asalkan kamu berdua ok" Mak mencelah. 
"Nanti saya ganti duit repair tu" dia pandang wajah Mak. Takutnya hanya Tuhan yang tahu. Mana dia nak cakau duit ni? Beriban-riban kos nak repair kereta tu. 
"Ya Allah. Aunty tak kisah pun. Janji tak ada yang cedera. Itu dah syukur Alhamdulillah" Mak mencelah. Kesian dengan anak Mak Cik Midah. Budaknya baik. Bukan dia tak pernah bawa kereta. Cermat budaknya. Tapi benda dah nak jadi. Nak buat macam mana. 
"Saya minta diri dulu" dia beransur. Lega sangat. Lega sebab tak perlu bersoal jawab. Lega sebab tak perlu bayar ganti rugi. Dan yang paling dia lega, Nurul Nissa tidak cedera. Kalau tidak, macam mana dia nak menjawab nanti. Nyawa anak orang tu. Bukan nyawa kucing! 
"Saya minta dulu aunty" laju langkahnya. Mengejar Kamal Ashraf. 
"Tunggu!" Izwan berlari-lari anak mengejar Kamal di perkarangan rumah.  
Kamal Ashraf toleh sekilas. Malas nak panjangkan cerita ni. Nasib baik semua selamat. Kalau jadi apa-apa pada Cik Nurul Nissa entah macam mana dia nak menjawab. Nak berdepan dengan Mak dan keluarga dia itu yang dia takut.  
"Aku Izwan. Aku minta maaf pasal tadi" Izwan hulur tangan. Masih bernada angkuh. Susah betul nak buang ego dia ni. Tak habis-habis nak berlagak pun. 
"Kamal Ashraf" dia sambut tangan yang di hulurkan. Senyum segaris menghiasi bibirnya. 
"Jangan sesekali dekati Nurul Nissa. Ini amaran awal dan akhir" bernada tegas tapi suara dia kawal supaya tidak terlalu lantang. 
"Saya ni bekerja. Jika Cik Nissa perlukan khidmat saya, saya sentiasa bersedia" tenang saja jawapan yang dia lontarkan 
"Aku nak kau jauhi dia. Kalau tak nahas kau. Lebih dari tu aku boleh buat" Izwan ugut pula. Apa jenis polis ni. Main ugut lak. Tak patut betul. 
“Pesan dengan Cik Nurul Nissa jangan dekati saya. Ada orang marah" dia tinggalkan Izwan yang tercenggang dengan jawapannya. 
Huh, berlagak! Sombong! Bongkak! Angkuh! Sifat mazmumah yang dibenci Allah. Kamal Ashraf senyum sinis. Tak terlintas sekumit rasa pun untuk mendekati Nurul Nissa. Apa tah lagi untuk memilikinya. Dia sedar siapa dia. Keluarga dan keturunannya. Bagai langit dan bumi. 

2 comments:

  1. Nak lagi bila nissa akan jumpa dng encik tunang.

    ReplyDelete