Thursday, 25 April 2013

ITU JANJI 40

40 

Hampir sebulan dia di sini. Ketenangan yang dia cari masih juga belum dia temui. Semakin dia cuba untuk melupakan. Semakin kuat dan kerap ia menjelma. 

Mommy pun sudah berangkat pulang. Katanya rindu dengan rumah mereka. Ia lah, rumah tu arwah Daddy yang hadiahkan. Mesti Mommy rindu. Paling tidak pun Mommy boleh habiskan masa di sana. Dalam rumah itu tersimpan memori indah Mommy bersama arwah Daddy. 

Aku masih menjadi pelarian cinta yang tak berkesudahan. Tak ada penghujungnya. Masih di sini. Mengharap pada yang tak pasti. Tetap juga berdegil. Membeku. 

Abang Lokman langsung tak menghubungi aku. Entah kenapa dengan abang sepupu aku tu. merajuk dengan aku ke? Atau busy bekerja. Aku fikir yang baik-baik je la. Maklum saja dia pun baru juga balik Malaysia. Mesti banyak benda yang dia nak uruskan. 

Mommy ada cerita yang Abang Lokman dah bekerja dengan Petronas. Kat menara PWTC tu. Jadi Pengarah katanya.  Wah! Kata Mommy lagi, Abang Lokman dah jemu kerja kat planta minyak. Ok, aku iyakan je. Bagus la. Umur dah 33 tahun dah. Cuba kalau dah ada isteri, ada anak. Takkan asyik kena tinggal je kan? 

Pasal Hasrul, Mommy dah tak cerita langsung. Sejak peristiwa aku mengamuk macam orang gila tu. sampai pecah kepala. Memang Mommy dah tak sebut nama dia. Aku lak berat je mulut nak bertanya. Rindu sebenarnya. Tapi itu lah... 

Izwan pun dah jarang datang bertandang. Call tu ada la sekali sekala. Bila dia tak ada ni, rasa lain je. Bila dia ada lagi rasa lain macam. Eh, dah angau ke aku ni? 

"Mak" dia panggil Mak yang asyik dan leka membelek pokok bunga. 

"Iya" Mak dongak. Hamboi, berkebun siap pakai sunglasses tu. cayalah! Hihi... 

"Boring la" aku tayang muka masam. Memang boring. Bila la adik-adik aku nak cuti sekolah ni? 

"Keluar la jalan" Mak bagi keizinan untuk keluar jalan-jalan. Tapi nak keluar dengan sape? Tak ada kawan. 

"Mana ada kawan" dia cebik bibir. 

"Ajak anak Mak Cik Midah. Boleh tolong Mak beli barang dapur ya" Mak bagi idea. Ceh, ada udang di sebaik mee Megi. 

"Ok" aku setuju je. Ada jugak orang temankan aku. 

"Pergi siap. Nanti Mak call Mak Cik Midah" Mak dah cuci tangan. 

"Sekarang ke?" Dia blur. Wah, Mak. Caya lah! Cepat, pantas, tangkas, cerdas, lazat di makan begitu saja. Aku merapu lagi. 

"Ya Allah. Nurul Nissa, tadi kata boring. Ni Mak nak hilangkan boring kamu la ni" Mak dah membebel. Sabar-sabar, kita bincang. 

"Ingat petang sikit. Kalau nak gi sekarang ok la" dia malas nak melawan. Ikutkan je. 

"Cepat siap" Mak melenggang kangkung masuk dalam rumah. Aku mengekor la. Apa lagi. 

"Sila, Cik Nurul Nissa" anak Mak Cik Midah bukakan pintu kereta untuk aku. Aku jadi pelik. Dah la sit belakang. Apa kes? 

Aku tak endahkan dia. Aku buka pintu sebelah driver. Aku masuk dan siap-siap pakai sit belt. Wah, berdisiplin ya kamu hari ni. 

"Cik Nurul Nissa. Kenapa duduk depan?" Dia buka pintu kereta ni. Eh, dia ni. Aku cepuk karang. Banyak bunyi lak dia. 

"Cepat la. Terhegeh-hegeh!" Aku membebel. Pintu kereta tu aku hempas. Jahanam harta Apak di kerjakan aku! 

Anak Mak Cik Midah redho. Dia masuk dan duduk di sit pemandu. Harus lah. Takkan nak duduk belakang lak. Sape yang nak drive nanti. Aku? Memang tak lah! Amboi, sejak bila jadi berlagak ni Nurul Nissa oit! 

Aku bukan apa. Budak ni layan aku macam Mem besar buat apa? Dok panggil aku, Cik Nurul Nissa. Cik Nurul Nissa. Apa ke halnya! Aku ajak dia teman aku jalan-jalan. Bukan mintak dia escort aku! Ajak jadi kawan aku. Bukan jadi bodyguard aku! Ada faham! Huh! 

"Nama sape?" dia ajukan soalan. Tangan dia dok ralit main game dalam iPhone 5 ni. Eh, nak jugak mention iPhone 5 dia tu! Cisssss... 

"Kamal Ashraf" tenang je dia memandu. Nak kata laju tak jugak. Nak kata slow macam siput pun tak. Kira ok la. 

"Umur?" dia dah start busy body. 

"27" dia jawab sepatah. Eh, budak ni orang tanya sepatah dia jawab sepatah. 

"Still study or working already?" Nampak macam budak baik je ni. Mesti hantu buku ni. 

"Both" dia jawab sepatah. Aku cepuk jugak dia ni! 

"Study mana? Corse apa? Kerja mana?" Hah, sekali dia tanya banyak-banyak terus. Tengok dia nak jawab macam mana. Hihi... Jahat kau ni Nurul Nissa. 

"UNIMAS. Engineering. Majoring in electronic. Working as Reachers Assistant at UNIMAS also" tenang je dia jawab. Rasa cam nak je cepuk dia ni. Dengki punya budak! 

"Ooo..." dia angguk kepala. Konkonon faham la. 

"Cik Nurul Nissa nak ke mana dulu?" dia toleh. Itu pun jap je. Mana boleh pandang lama-lama. Tengah driving ni. 

"Entah. Biasa Mak awak shopping kat mana ya?" Dia pun kurang arif dan bijak sana dalam bab beli barang dapur. 

"Biasa kat pasar je" dia jawab selamba. 

"Ok, ke sana je lah" Nurul Nissa malas nak fikir. Bukan nak beli barangan sangat pun. Nak jalan je lebih ni. 

"Cik Nurul Nissa, kita ke pasar Kuching ya. Kat Gambir Rood" dia buat cadangan.

Ni la permandangan Gambir Rood. 

Eh, budak ni. Rimas aku! Asyik panggil Cik Nurul Nissa. Cik Nurul Nissa. Aku cepuk kang! Macam formal sangat panggilan tu. 

"Just call me Nissa. Can you?" Dia pandang budak tu. 

"Ok, Cik Nissa" dia jawab sambil angguk kepala. Pulak dah. Cik Nissa lak. 

"Nissa. Bukan Cik Nissa" dia buat pembetulan. 

"Ya, baik lah" nak tak nak je dia jawab. Sebab Mak dah pesan kena panggil Cik Nurul Nissa. 

"Awak turun sini ya. Saya cari parking jap" dia berhenti tepi jalan. 

Nissa keluar dari perut kereta. Tak tahu nak hala ke arah mana. Last-last dia terpacak depan kedai ikan. Tak tahu nak buat apa. Pandang kiri kanan. Masing-masing sibuk pilih ikan. 

Dia perhatikan keadaan sekeliling. Ikan apa tah yang dok melompat-lompat dalam tong tu. sekali ikan melompat, setapak dia undur. Takut sangat kalau ikan tu terbang melayang. Lepas tu gigit dia. Huhu... Takut! Bengong punya Nurul Nissa ni. Boleh dia fikir macam tu. otak kartun betul dia ni. 

"Dah pilih ke?" Kamal Ashraf tegur dia. Dari tadi dia perhatikan gelagat Nurul Nissa. Geli hati pun ya. 

"Belum" dia cover muka dia. Supaya kelihatan natural. Muka confident la konkonun. Pada hal blur je. Tak tahu pun nak buat apa. Wayang betul kau ni ya Nissa. 

"Nak ikan apa?" Dia tanya Nissa yang tercenggang tu. nampak sangat muka dia jakun. Mesti tak pernah masuk pasar budak ni! Memang tak syak lagi. 

"Any idea?" Dia tanya Kamal Ashraf. 

"Nak masak apa?" 

"Entah. Masak sambal kot" dia main hentam saja lah labu. 

"Beli ikan kembung la" Kamal Ashraf bagi cadangan. 

"Ok. Awak pilih la" dia hulur bakul kepada Nurul Nissa. Hihi... Saja je nak uji tahap kemahiran Nurul Nissa kenal ke tidak jenis ikan ni. 

"Ok" ceh, confident je dia. Lepas tu gigih pilih ikan. Itu pun dia main agak je. Pilih je ikan yang dia agak kembung. Sesuai dengan nama ikan kembung. Haha... 

"Berapa?" dia tanya Pak Cik yang jual ikan tu. 

"Awak nak beli ikan ni ke?" dia tahan Nissa dari membayar ikan yang dia pilih tu. 

Aik? Nissa pandang dia pelik. Kenapa lak? Ikan kembung kan? Betul la tu. ke ikan apa tu? Aku kenal pun ikan terubuk masin. Ikan keli, haruan, ikan merah. Tu je la. Ikan lain memang tak kenal. Tu baru bab ikan. Belum masuk bab sayur-sayuran lagi tu. Adeh.... 

"Tu ikan selayang. Bukan ikan kembung" ayarkkkk... Salah ke? Mana nak taruk muka ni? Huhu... Malu! 

"Eh, ini boleh masak Kari" dia cover malu. Mommy! 

"Kari guna ikan tongkol baru best" Kamal Ashraf sengaja nak tengok reaksi Nissa. Tak nak ngaku lagi tu. 

"Ya ke?" Muka dia dah merah. Malu! 

"Ini ikan kembung" dia tunjuk kepada Nurul Nissa. Uwaa... Malu. 

"Beli apa lagi?" Lepas selesai shopping ikan. Kami bergerak ke gerai sayur. Dan seperti biasa aku memang tak terror bab shopping barang dapur. So, dengan muka tak malu aku mintak je la budak tu belikan. Tak nak malukan diri sendiri. 

Settle beli sayur. Kami beli buah. Lepas tu. seberang jalan untuk beli rempah. Macam-macam ada. Dari serbuk Kari, kurma, serbuk kunyit, kismis, buah kurma. Macam-macam ada. Aku macam biasa. Menjadi pemerhati. Mana aku tau. Hihi... Sesekali dia bagi tahu benda apa tu. bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, macam-macam la. Aku angguk kepala je la. Malu aku! 


Bermacam-macam rempah yang ada jual kat sana. hehe... aku je tak tahu jenis dan kegunaannya. 

"Tunggu jap. Saya ambil kereta" aku berdiri di tepi jalan raya. Bukan main banyak barang yang tersusun depan aku ni. Gila shopping. Aku tukang tengok je ya. Yang shopping ni budak bertuah tu. Semua barang ni Kamal Ashraf yang beli bukan aku. 

Dia parking depan aku. Angkat barang masuk bonnet kereta. Lepas tu dia masuk tempat pemandu. Nak mula nak gerak balik. Aku rasa haus lak. Tinjau keadaan jap. Ada pun kedai jual air. Tapi macam biasa aku minum air mineral je. Air lain aku kurang. Tengah aku bagi isyarat nak ke sana jap. Tiba-tiba... Bang! 

Berasap kereta belakang. Bonnet kereta Apak pun dah kemek. Ya Allah! Nurul Nissa tutup mulut dia yang tengah ternganga ni. Apa dah jadi ni? Mommy! Aku rasa nak meraung sekuat hati. Mengigil kepala lutut aku. Dan akhirnya aku terjelupuk jatuh. Mata aku masih membulat. Pandang je kereta yang tengah berasap tu. tak tahu nak buat apa. 

2 comments: