Thursday, 14 March 2013

ITU JANJI 28


28

Nurul Nissa memandu kereta Apak. Toyota Caldina beb. Memang bergaya sakan dengan harta Apak. Hihi… you all ada? Eh, riak lak aku ni. Pada hal bukan harta sendiri tu. Berlagak tak hingat.
Dia singgah di Pekan Satok. Ramai perniaga tempatan yang sibuk mempromosikan barangan jualan masing-masing. Riuh dan gamat sekali. Dari satu gerai ke satu gerai dia jelajah. Dia berhenti di gerai yang menjual barangan kraftangan. Yes, gerai ini menjadi tumpaun dia. Banyak yang memikat hatinya. Itu nak, ini nak. Ah sudah… semua dia nak. Macam mana ni? Kapak la dia kalau macam ni. Ades…
Selesai membeli barangan kraftangan yang dia rasakan paling unik dan berpatutan, dia menuju ke pasar basah pula. Sayur dan buah-buahan memang segar dan beraneka pilihan. Jauh lebih murah dan paling best semua fresh! Terbaik dari lading. Ok, benda yang wajib aku angkut bila sampai ke pasar basah ni ialah… Ikan Terubuk Masin. Memang terbaik!
Dia senyum sepanjang perjalanan balik. Cukup untuk hari ini. Esok-esok tak tahu lagi apa saja yang dia nak borong. Hehe… shopping merupakan terapi minda yang paling mujarab dia rasakan. Itu aku ler. Kau orang aku tak tahu. So, kalau aku rasa aku stress. Siap sedia ler duit aku akan mengalir keluar. Laju je aku capai semua barang tanpa fikir banyak. Habis ler, botak kepala sape yang sudi jadi suami aku. Hehe… kau orang pun mesti ada cara sendiri nak kurangkan stress kan? Pokoknya, aku dapat kurangkan stress aku ni. Hilang sikit pun jadi ler. Daripada duduk memendam rasa, ada baiknya aku habiskan sedikit duit aku ni. Alah, setakat belanja kat Pasar Satok tak adanya habis sampai beribu kot. Hehe…
Sebaik saja dia masuk area Santubung ada roadblock la pulak dah. Memang dia dah kalut. Apa tah lagi dia tak pakai sit belt ni. Masak kau Nurul Nissa! Sape suruh tak pakai. Sempat dia marah diri sendiri. Huhu… habis ler…
“Cik, sila bagi IC dan lessen” minta Pegawai PDRM yang bertugas. Dia hulur IC dan lessen. “Wow, handsomenya dia. Tinggi orangnya. Sampai terbingkok-bongkok dia kat cermin kereta Caldina dia ni. Kulit mesti putih melepak ni. Sebab muka dia merah membahang. Kerja tengah panas pun tak hitam cik abang ni? Bibir dia sederhana. Tak nipis, tak juga tebal. Kumis nipis terletak kemas. Cantik terukir. Mesti rajim trim ni. Mata dia tak nampak la pulak. Sebab dia pakai cermin mata hitam” oit… sempat lagi ya Nurul Nissa ni. Gatai!
“Datang bercuti ke?” Tanya Pegawai tu. Nada dan suara dia mendatar je.
“A’ah” Nurul Nissa iayakan je la. Malas nak bersoal jawab.
“Kenapa tak pakai sit belt?” tegas bunyinya. Oit Mak kau! Terkezut Mak!
“Saya… emm… saya…” Nurul Nissa gugup. Tau takut. Baru kena sergah sikit dah gelabah. Haha…
“Drive sendiri mesti dah biasa dengan tempat ni” dia buka cermin mata hitam dia tu. Tu pun setelah dia arahkan kereta parking kat tepi jalan ni. Takut mengganggu aliran traffic mungkin.
“Dulu saya study sini” Nissa keluar dari kereta. Bersandar di pintu pemandu. Rasa kurang sopan pula kalau bercakap dari dalam kereta. Iya idak?
“UiTM ke?” teka Pegawai tadi. Berdasarkan name tag yang tersemat di dadanya jelas terpampang nama Izwan Rizal. Ada 3 oaku atas bahu dia. Oh, muda-muda dah jadi Chief Inspector ke Assistant Superintendent of Police. Wah, muda-muda dah ada pangkat Encik ni. Dasyat juga Incik Izwan Rizal ni ya. Eh… gatai kuasa 2. Hehe…
“UNIMAS” Nurul Nissa jawab sepatah. Asal study sini je cakap UiTM. Apa UNIMAS tak de class ke? Eh… marah lak. Hehe… mata dia halakan ke jalan utama. Pemandu-pemandu lain dah pandang dia pelik. Or simpati sebab dia kena tahan dengan Incik Polis ni. Adusss…
“Tinggal kat Kota Damansara. Masih muda. Ya, muda dari saya. Dan…” lama dia berjeda sebelum dia sambung. IC dan lessen masih dia teliti. Tilik macam apa je. “Dan cantik” kemudian mata dia menikam ke dalam anak mata Nurul nissa. Senyum segaris dia lemparkan. Gulp… Nurul Nissa tertelan air liur sendiri. Apakah?
“Awak tahu apa kesalahan awak? Dai tanya dengan nada tegas. Matanya masih tidak berkalih ke arah lain. Renung je anak dara orang apa kes? Nurul Nissa angguk 2, 3 kali. Ya, dia salah sebab tak pakai sit belt tadi. Hadoi…
“Ada no fon?” tanya pegawai tadi. Muka masih serious.
“Hah?” Nurul Nissa tayang muka blur. Apa hal?
“No fon awak” pegawai tadi minta nombor telifon dia tanpa berselindung. Apa yang peliknya muka dia serious je. Gila ke apa dia ni?
“Saya tak pakai handset. Saya bagi nombor Apak saya boleh?” dalam hati dah berbakul-bakul dia sumpah seranah. Gatal!
“Mustahil. Zaman sekarang budak umur 1 tahun pun dah pakai handset. Inikan pula you yang dah besar panjang ni. Cantik pula tu” dia dah berdiri betul-betul depan Nurul Nissa sambil peluk tubuh. Eleh, ingat handsome sangat ke buat macam tu? Memang tak lah!
“Apa yang mustahilnya. Dah memang I tak ada handset!” Nurul Nissa dah naik suara. Meluat dan hilang sabar betul ni. Oh, please lah encik polis oit!
Nada dering Xylophonr dari dalam kereta mengejutkan Nurul Nissa. Oh ya, dia dah tak pakai dah Nokia 3310. Sekarang dah upgrade dan up to date ok! Iphone 5 tau. Kau orang ada? Hihi… dan-dan nak berlagak pun. Sempat lagi tu. Sudah-sudah aku merapu meraban kat sini. Pokoknya aku dah memalukan diri sendiri tau. Hadoi, kantoi la pulop! Dia senyum tutup perasaan malu. Kena cover beb!
Encik Polis dah senyum sambil hantar isyarat gotcha! Padan dengan muka aku! Nak menipu last-last kantoi sendiri. Siang-siang hari lak tu. Tak agak-agak. Huhu…
Dia pick up the phone. Sebab tertera nama Apak. Sah, Apak dengan Mak dah risau tu. Harus kena bebel kalau aku tak pick up call ni. Get ready!
“Assalamualaikum Apak” dia bagi salam. Kemudian dia diam. Dengar Apak membebel kat hujung sana. Diam je. Patuh dan akur je la.
“Yes, I’m back. See you at home” dia tekan end call. Tuan Pegawai dah pandang dia semacam. Apa hal?
“Your number please” eh tak berputus asa lagi tu. Muka simpati habis. Tapi aku rasa muka dia tu nak mintak penampar free dari aku ni. Huh!
“My answer is no. big N.O” aku siap eja lagi no tu. Gila tak gila kau ni Nurul Nissa. Dah la buat salah. Sekarang ni melawan lak dia. Eh, hello… correction, minta no fon dengan kesalahan tak pakai sit belt langsung tak ada kaitan kot. So, if nak saman. Just di it! Jangan dok gatai nak minta no fon bagai.
“Ok then. This is my number. Anything just make a call” dia bagi kad dia kat aku. Eleh, macam best je. Tapi dia dah bagi tu, aku ambik je la. Simpan or buang lain cerita.
“Ok, anything else? I nak balik ni. Apak I dah bising tu” Nurul Nissa dah buka pintu kereta. Buang masa je lama-lama kat tepi jalan ni. Dah la panas!
“Nurul Nissa, you hutang your phone number” dia tahan pintu kereta dengan tangan dia.
“Whatever” Nurul Nissa julingkan mata ke atas. Tak kuasa nak layan. Memang la Tuan Izwan Risal ni handsome amat. Tapi tak bererti dia senang-senang nak bagi no fon dia. Memang tak lah!
“One day you will come to me” dia senyum segaris. Confident je dia. Poyo!
“Oh, really? Then will we wait and see” Nurul Nissa tak mahu kalah. Melawan!
“Just wait. Trust me” senyum dia semakin lebar. Oh, handsomenya dia!  Oit, sempat lagi tu. Cover Nurul Nissa. Apa daaa…
“Ok then” Nurul Nissa trik pintu kereta sekuat hati. Huh! Menyemak je.
Tuan Izwan Rizal ketuk tingkap kereta sambil bagi isyarat trurunkan cermin. Memang tak lah! Lepas tu dia hantar lagi isyarat pakai sit belt. Eleh, kecoh lak dia nih. Bolayan!
Dia pecut kereta menghala ke Villa mereka. Panas hati tadi rasa semakin berkurang. Rasa nak je dia bagi sebijik dua ayat sinis tadi. Tapi rasa malas la pulak. Tak ada mood nak layan. Nak gaduh pun malas je.
Oh ya, satu lagi terapi minda aku selalin daripada shopping. Pandu kereta laju-laju. Memang layan habis. Nak-nak time jalan lengan. Memang terbaik nak pecut laju-laju. You all jangan dok tiru gaya aku ni. Karang jadi apa-apa aku jugak yang dipersalahkan. Bahaya. Aku tak nak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa kat kau orang semua. Tak nak aku.
Sampai je Villa aku angkat barang-barang masuk. Adik-adik aku mana tah menghilang. Baru je niat aku nak buli budak-budak bertuah tu. Hampes betul! Tak membantu langsung aku dalam kesukaran ni. Hehe…
Dalam aku dok terkial-kial angkat barang. Aku dengar suara Apak. Oh, dah balik rupanya. Patut la cari aku tadi. Mesti dia perasan kereta Caldina dia kena rembat dengan aku. Hihi… nasib baik aku bawak Caldina dia ni. Kalau buat gila aku bawak Hummer tu lagi best kot. Cis, bergaya dengan harta Apak lak.
“Banyaknya shopping” entah dari mana Mak datang. Tup-tup tercongok depan aku ni. Kus semangat aku.
“Adalah sikit” dia tunduk cium tangan Mak. Cun Mak, nak gi mana la tu? Hamboi…
“Cantik-cantik ni nak ke mana?” Nurul Nissa tegur Mak.
“Apak ajak keluar. Katanya nak jumpa kawannya yang baru sampai” Mak betulkan tudung di kepalanya. Mak memang cantik! Bergaya dalam busana muslimah. Kelihatan morden walaupun Mak memakai tudung. Siapa kata wanita bertudung tak boleh bergaya? Eh… aku? Belum sampai seru… alasan!
“Pergi siap” Mak bagi arahan.
“Bersiap nak ke mana?” Nurul Nissa dah buat muka blur.
“Kita keluar la. Adik-adik pun tengah bersiap kat atas tu. Cepat siap” lepas cakap Mak terus berlalu ke ruang depan. Cari Apak la tu.
Ala… leceh betul la nak keluar lagi. Ah la penat ni. Baru je sampai rumah nak kena keluar lagi. Kalau tak nak ikut aci tak ya? Agak-agak Mak dengan Apak bising tak ek? Emm…
“Kakak, cantik tak?” sambil pusing-pusing depan muka aku ni. Pening kepala aku! Adik bongsu aku ni memang la mulut becok. Bising je budak ni. Sabar je la. Karang aku cepuk kang.
“Cantiknya dia” Nurul Nissa peluk adik angkatnya. Ini bukan lakonan ya. Ini betul-betul kejadian. Adik angkat aku memang cantik dan handsome. Ikut ganetik Mak dengan Apak. Haruslah mereka cantik dan handsome. Kalau anak aku tak usah cerita la ya. Confirm cute cam aku ni. Haha… kenapa kau orang jealous eh? Hihi…
“Kenapa kakak tak siap lagi?” tanya si bongsu lagi.
“Ala, akak penat penat ni. Baru je balik, nak kena keluar lagi. Next time je la akak ikut ya” Nurul Nissa beri alasan. Memang dia malas dah nak keluar ni.
“Kenapa?” eh, banyak tanya budak tanya pulak budah bertuah ni. Karang aku lengsing kang.
“Dah siap?” Mak jenguk adik-adik.
“Lah, kenapa tak siap lagi? Cepat Apak dah lama tunggu tu” Mak dah membebel tah apa-apa tah. Adik-adik aku laju je berlari turun. Perghhh… takut betul dia orang ni bila dengar nama Apak. Dasyat betul! Next time boleh petik nama Apak ni. Hehe…
“Mak, next time je la Nissa ikut. Penat la. Baru je balik dah nak kena keluar lagi” dia labuhkan duduk di kerusi ruang menonton.
“Jom la. Apa kata kawan Apak nanti. Dia baru je sampai sini. Kesian la dia nanti” Mak pujuk aku lagi. Ades…
“Ala… penat la” dia cuba nak berdalih lagi. Cari helah tak nak ikut.
“Jap je. Jom la” Mak tetap pujuk aku. Ades… kena gi jugak ke ni?
“Pergi siap” Mak dah pun bagi arahan mandatory. Wah, dasyat jugak Mak ni. Boleh lak dia main paksa-paksa orang ya. Ok, aku ikutkan je la. Banyak bunyi pun bukan boleh nak mengelak. Iya idak?
Lepas bersiap ala kadar. Pakai jeans dengan blouse. Kiranya paling pantas dah tu. Wah, sepantas kilat sangat la kan. Ada la jugak dalam 30 minit kot dia bersiap tadi. Nasib ler, sape suruh bagi tahu last minute. Hihi… kesian dia orang kena tunggu aku.
Kami terus gerak ke Merdeka Palaces Hotel and Suites, Jalan Tun Abang Hj Openg, Kuching Sarawak. Loh, kat sini rupanya. Ingat kat mana la tadi. Hihi… eh, kan kat Kuching harus lah area sini je pun. Sengal punya budak!
“Mak, kenapa datang awal sangat” aku jeling jam di tangan. Baru pukul 1 petang. Kata nak diner sama. Apa kejadahnya diner pukul 1 petang. Luch pun ngam-ngam kot. Ades… nasib baik aku ni bukan jenis lurus bin bendul. Kalau tak, harus aku pakai night dress. Haha…
“Kita lunch dulu” Mak jawab soalan aku tadi. Dah ku sangka. Aceh…
“Lunch sini” aku tanya Mak lagi. Apa best sangat ke menu buffet kat sini? Eh, jangan salah faham ya. Bukan tak best lunch kat hotel ni. Tapi aku macam pelik je. Apa barang datang jauh-jauh then lunch kat hotel ni. Makan kat luar baru best. Kena lak masakan Sarawak. Perghhh… terbaikkk…
Ayam Penyet terbaik adalah dari Sarawak. Memang best ooo… kedai Rasa-Rasa nama kedai tu. Best, caya lah. Aku tak tipu. Kalau you all nak pergi sana, senang je. Cari land mark Swinburne University of Technology, Jalan Simpang Tiga, Kuching Sarawak. Best wa cakap lu! Eh, ter-rock la pulop. Hihi…
But serious I tell you. Ayam Penyet kat sana memang terbaik. Best ooo… kalau kedai tu tutup sekarang aku tak dapat kenal pasti la pulak. Nanti la aku roger member yang duduk Kuching, Sarawak ya. Mana tahu depa ada info yang hangpa perlukan. Hehe…
“Kenapa?” Mak dah tanyang muka pelik. Ala hai, Mak aku ni. Comelnya dia. Aku senyum je la. Nak cakap apa lagi. Pasrah je la.
Dan akhirnya kami menjamu selera di hotel Merdeka Palaces Hotel and Suites ni. Sementara nak tunggu diner tu. Apa lagi aktiviti yang ada selain dari bershopping. Aku? Memang tak la. Pagi tadi dah shopping kot. Agak-agak la sama asyik nak shopping manjang. Kot ya pun terapi minda, kena la tengok poket jugak. Kalau tebal tak apa la. So, aku tukang tengok dengan tukang cuci mata. Lagi pun aku tak berapa ada mood nak shopping ni. Eh, iyo la tu…
“Nissa, try baju ni” Mak hulurkan persalinan night dress warna silver. Simple. Cantik. Rekaannya, panjang meleret. Wah, ala-ala princes lak. Tapi bahagian bahu dan dada sedikit terdedah la pulak. Aku dah rasa tak berapa nak best ni. Nak kena pakai baju ni ke malam ni. Ades… pengsan aku macam ni.
“Cuba la. Mak belanja ni. For diner to night” Mak dah tolak aku supaya masuk dalam fitting room. Eh Mak ni, main kasar lak dia.
Aku kena pasrah sekali lagi. Try night dress ni. Oh, cantiknya terletak elok di badan aku yang ramping ni. Sedang elok je. Just nice. Memang kena sangat-sangat dengan kulit aku yang putih melepak ni. Hihi… perasan lagi.
“Dah ke belum” Mak dah ketuk pintu fitting room aku ni. Ishkkk… roboh jugak ni nanti.
“Dah” dia jawab sepatah. Tak ada mood betul sekarang ni.
“Keluar, Mak nak tengok” Mak ketuk lagi pintu tu. Eh, apa kena dengan Mak angkat aku ni? Yo-yo ooo je. Dia lak yang overacting ni. Perangai sama cam Mommy aku dah Mak ni. Ades…
Aku keluarkan kepala di sebalik pintu. Macam malu lak nak tonjolkan diri. Ceh, since when Nurul Nissa jadi manusia pemalu ni? Hihi… tak sesuai ok! Mak tarik tangan aku. Ala, kan dah tertonjolkan diri tu. Hehe… segan bila Mak tilik aku atas bawah, depan belakang. Tak cukup dengan tu, dia boleh tawaf aku 2, 3 kali. Ishkkk… Mak nih pun, dan kenapa? Teringin nak naik haji ke Mak angkat aku dok tawaf aku pasai apa?
“Cantiknya” kawan Mak puji aku. Ades, malu den! Mak senyum meleret. Banggala tu ada anak cun macam aku ni. Hehe… eh, ter-riak la pulop!
“Ok, jom” Mak tarik tangan aku. Kena pasrah lagi nampaknya. Menonon je Mak dengan kawan dia tu. Tarik tangan aku supaya ikut dia orang. Oh, Mak masuk salon la pulak dah. Hadoi, aku dapat rasakan ada aura negative di sekeliling aku. Dari senyuman Mak aku dapat rasakan ada makna tersurat mahu pun yang tersirat. Chewah…
ini ler rupa night dress aku tu. 
sangat seksi ok! 

                                                       ni kasut dan clutch yang Mak sponsor. 
@-@
dear all... lama tak post kan. so sorry. 

1 comment: