Tuesday, 26 March 2013

ITU JANJI 32



32


“Mommy… Mommy…” Nurul Nissa gelisah. Dia menagis sayu, dia rindukan belaian seorang ibu. Dia rindukan belaian Mommy. Teramat merindui Mommynya itu.

“Nissa, bangun sayang” Mak berendam air mata. Tidak dapat dibendung perasaan sedih bila melihat anak angkatnya lemah dan tidak bermaya.

“Abang, kita nak buat apa ni?” Mak dapatkan Apak. Sejak dari tadi dia menangis tanpa henti. Bila mendapat panggilan daripada Mak Cik Midah, mereka bergegas pulang.

“Doktor tengah checkup tu. Bawa bersabar” Apak masih bersikap cool. Relax berdepan dengan masalah ni. 

“Izwan, cuba kamu bagi tahu kami apa yang dah berlaku?” Puan Maria dah tinggi suara. Dia berkejar ke mari bila mendapat berita Nurul Nissa jatuh pengsan.

“Nothing. Ijal masak sup ayam. Dia ada makan sebelum dia ambil ubat” Izwan Rizal bagi penjelasan entah ke berapa kali. Ulang tayang jawapan yang sama.

“Kamu taruk apa lagi dalam sup ayam tu?” Puan Maria bersoal jawab. Dah gaya polis pencen dah.

“Ayam, sotong, udang, ubi kentang, mushroom. Itu je” Izwan Rizal dah cuak. Kenapa?

“Dia ada allergic dengan sentence food tak?” Puan Maria ajukan soalan kepada Mak.

“Seriously, I don’t know” Mak dah menangis, tak berhenti-henti dari tadi.

“We should ask her Mom” Puan Maria bagi cadangan.

“I worry she got allergic with some food” Mak dah merapu dah.

“Better you call right now” Puan Maria mundar mandir dalam bilik Nurul Nissa. Memang dia risau melihat keadaan Nurul Nissa yang terbaring kaku dengan bibir membiru dan suhu badan sejuk mendadak. Apa yang menjadi kebimbangannya, jika benar Nurul Nissa ada alahan pada makanan ia boleh membawa maut.

“Assalamualaikum, kakak. Saya ni. Kakak sihat?” Mak membuka kata. Serba salah sebenarnya.

“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, sihat. Kamu sekeluarga sihat? Nurul Nissa macam mana kat sana? Degil tak dia kat sana tu?” Puan Malissa rancak bertanya. Ada debar di dada. Seolah-olah ada sesuatu menimpa anaknya. Ada perkara tak elok berlaku ke? Nurul Nissa ok ke? Atau ada perkara lain?

“Semua sihat. Ni kak, saya nak tanya. Nissa ada alah dengan apa-apa makanan ke?” Mak direct to the point. Tak nak lenggahkan masa.

“Ada tu ada. Tapi dia memang tak jamah makanan kalau ada udang or sotong. Dia alah dengan makanan laut. Kenapa ni?” debaran semakin kencang. Pasti ada sesuatu yang terjadi kepada anak tunggalnya. Ya Allah, lindungi anakku.

“Tak ada apa. Dia demam ni. I ada masakkan sup campur. Ada taruk ayam, sotong, udang, sayur. Lepas dia makan ubat dia muntah tak berhenti. Sekarang dia pengsan ni. Tu yang buat I risau ni” Mak buka cerita. Dia memang rasa serba salah sekarang. Tapi ada baiknya dia menceritakan perkara sebenar. Bimbang jika ada perkara tak elok berlaku ke atas Nurul Nissa.

“Ya Allah. Cepat bawa dia ke hospital. Jangan tangguh-tangguh. I risau racun dah serang darah dia” Mommy dah panic. Suara dia dah menggigil menahan tangis. Takut sekiranya benda yang tak diingini berlaku. Nauzubillah hu min zalik.

Secara saintifik, sensitive-secara-bilazim (hypersensitive) badan membabtitkan 3 komponen asas iaitu allergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibody (terutamnya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel ‘mast’ dan basofil (sejenis sel darah putih). Ia terjadi apabila pengidap mengalami masalah alahan memakan sesuatu kemponen allergen makanan, system kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsang untuk menghasilkan lgE tertentu terhadap komponen makanan itu.

Ia menyebabkan berjuta-juta antibody mengalir dalam saluran darah, sebelum antibody itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel ‘mast’. Sel ‘mast’ boleh dapati dalam tubuh kita terdedah kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Befofil dan sel ‘mast’ menghasilkan dan menyimpan bahan seperti ‘histamine’ (bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan dan menyebabkan berbagai-bagau symptom alahan.

Faktor yang mempengaruhi alahan ialah cirri-cir protein, jumlah pengambilan, jenis dan tahap tindak balas system imun, senstitiviti organ sasaran dan kecenderungan genetic. Makanan yang menyebabkan alahan ialah putih telur, susu lembu, soya, gandum, kacang tanah, buah-buah citrus, biji bijian, ikan, sotong, reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan dan coklat tapi jarang.

“Kakak, saya minta maaf sebab tak jaga dia sebaik mungkin” Mak dah menangis sayu. Allahuakbar. Nurul Nissa, Mak minta maaf sebab tak jaga kamu baik-baik.

“Cepat bawa dia ke hospital. Tolong cepat” Mommy dah menangis hiba di hujung talian sana. Tak dapat dia bayangkan anakny sedang bertarung nyawa. Kalau dekat dia akan pergi dapatkan puterinya itu.

“Ya. Assalamulaikum” Mak putuskan talian. Laju dia dapatkan Apak dan yang lain.

“Apak, mari kita hantar dia ke hospital. Dia keracunan makanan. Memang dia ada alah dengan sea food” Mak dah pangku kepala Nurul nissa. Titik peluh di dahi Nurul Nissa dia sapu. Dingin dan semakin membiru bibir itu kelihatan.

“Aunty, biar saya yang angkat dia. Saya minta maaf sebab saya dia jadi macam ni” Izwan Rizal tampil ke depan. Dia rasa risau, sekiranya berlaku perkara tidak elok pasti dia akan menyesal. Dia tidak dapat maafkan dirinya sendiri.

“Cepat Apak” Mak dah arahkan Apak supaya turun menghidupkan enjin kereta. Kalut suasana dalam bilik Nurul Nissa.

“Mak Cik Midah, jangan balik dulu. Tolong jagakan anak-anak saya” Mak sempat berpesan kepada pembantu dia.

“Mak, adik ank ikut” si bongsu dah ikut sekaki. Eh, budak bertuah ni. Time ni pun dia nak buat perangai.

“Adik duduk rumah ya” Mak cuba pujuk si bongsu. Sambil hantar isyarat supaya Mak Cik Midah bawa si bongsu masuk ke dalam rumah.

“Kakak kenapa? Adik takut” si bongsu dah meraung. Risau dia melihat keadaan kakak angkatnya yang terbaring kaku.

“Adik, jangan macam ni. Duduk rumah ya” Mak dah tak larat nak pujuk si bongsu.

“Aunty, kenapa dengan muka Nurul Nissa ni?” Izwan Rizal dah panic. Seluruh muka Nurul Nissa berbintik merah.

“Ya Allah” Mak dah panicl. “Abang, cepat!” Mak menjerit. Ya Allah, apa sudah jadi dengan keadaan Nurul Nissa?

“Aunty” Izwan Rizal panggil Mak. Suara dia mendatar. Kepala Nurul Nissa dia pangku. Nafas Nurul Nissa semakin perlahan. Badannya bertambah dingin. Ya, Allah. Tolong selamatkan dia. Tidak putus-putus dia memohon doa untuk keselamatan Nurul Nissa.

Hospital terdekat di Daerah Santubong ialah Normah Medical Specialist Centre. Apak terus memecut laju. Dia dikejarkan ke bahagian kecemasan. Mak dan Apak uruskan segala macam pendaftaran. Dia sekadar terduduk kaku di kerusi. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Terkejut. Takut. Menyesal. Atau apa perasaannya sekarang ni. Dia pun tak tahu. Apa yang pasti dia amat risaukan keselamatan Nurul Nissa.

“Aunty dengan Uncle balik la dulu. Biar saya yang temankan dia” Izwan Rizal memecah kesunyian antara mereka.

“Tak apa. Aunty tunggu sini” Mak tundukkan wajahnya. Jelas kerisauan di raut wajah itu. Apak masih berwajah tenang. Tapi siapa tahu gelora di dalam.

“Saya betul-betul minta maaf” Izwan Rizal tahan getaran di dadan. Risau tentang keselamtan Nurul Nissa. Dia sedang bertarung nyawa di dalam sana.

“What will be will be. Sama-sama kita doakan semuanya selamat” Apak mengeluh berat. Nampaknya dia gagal menjaga Nurul Nissa seperti yang Malissa amanahkan kepadanya.

Izwan Rizal berlalu dari situ. Jiwanya tidak tenang saat ini. Dia perlukan ruang. Lapangkan dadanya yang sedang berkecamuk. Dia risau. Dia takut jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pasti dia akan menyesal sepanjang hayatnya. Sungguh dia amat takut menghadapi kemungkinan itu. Ya Allah, jauhkan dia dari sebarang musibah. Pelihara dia dari bahaya. Aamiin. Dia terus berdoa.

Lama dia berteleku di atas sejadah. Mengadap Maha Pencipta. Mengadu kepada-Nya. Dia perlukan seseorang dan dia lebih tenang bila dia bersujud kepada Kekasih-Nya. Rasa ringan beban yang sedang dia pikul. Rasa reda getaran di dadanya. Lega bila dapat mengadu kepada Yang Maha Mendengar.

“Assalamulaikum” dia beri salam. Nampaknya Nurul Nissa dah melepasi zon kritikal. Dia di tempatkan ke dalam bilik persenderian. Namun, nafasnya masih lemah. Wajahnya yang membiru tadi sudah kembali asal. Tapi masih jelas kelihatan pucat dan bintik merah di wajah itu masih ada. Alhamdulillah, syukur.

“Kamu balik dulu. Esok datang lagi” Mak minta Izwan Rizal beransur pulang.

“Aunty, uncle. Izinkan saya jaga Nurul Nissa malam ni” Izwan Rizal tunjukkan kesungguhannya untuk temani Nurul Nissa.

Mak ajak Apak balik. Keadaan Nurul Nissa pun semakin stabil. Izwan pun ada untuk menjaga Nurul Nissa. Memang Mak perlu balik, nak tengok anak-anak tak ada siapa yang tolong jagakan mereka. Kesian dia orang kena tingga tadi.

“Ada apa-apa cepat call Apak dengan Mak” Apak tepuk bahu Izwan Rizal. Lepas tu mereka bersalam, Apak dan Mak beransur pulang.

“Hello Mommy. Ijal kat hospital ni. Esok Ijal balik” Izwan Rizal call Mommy. Bagi tahu dia memang tak balik malam ni. Nanti risau pula orang tua tu.

“Kamu dengan sape kat sana?” Puan Maria dah bersoal jawab.

“Sorang je. Teman dia sini. Dia pun demam lagi ni. Tapi dah ok sikit. Tak apa, nanti oaring call lagi” Izwan Rizal malas nak bersoal jawab. Tak larat dah ni.

Dia raup wajahnya. Berserabut. Macam-macam dia rasa. Letik dan poenat dia sepanjang hari ni. Lelah dengan kejutan yang tak dia jangka. Tak sanggup dia hadapi, ia melibatkan nyawa. Nyawa seseorang yang mula bertapak dalam hatinya.

Jika ini dinamakan cinta pandang pertama. Ya, dia akui kewujudan istilah itu. Kerana dia sedang mengalaminya. Dia sedang laluinya kini. Tapi mungkinkah atas dasar tanggungjawab? Atau rasa bersalah menebal dalam diri? Jika benar, kenapa dia sanggup ponteng kerja selama 2 hari? Semata-mata untuk menjaga Nurul Nissa yang sedang terlantar sakit ini?

Dia renung seraut wajah ini. Masih lena diulit mimpi. Tidurlah sayang. Semoga hari esok memberi sinar baru dalam hidup kami berdua. Jika pertemuan antara mereka berdua adalah jalan menuju bahagia. Maka izinkan aku untuk menyentuh cintamu itu. Izinkan aku untuk menjadi yang halal untukmu. Itu janjiku kepada mu, Nurul Nissa.

Dan akhirnya dia terlena. Badannya penat. Tapi otaknya lebih penat bekerja hari ini. Macam-macam dia fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Dan dia tak berdaya untuk menolong mahupun dia tanggung kesakitan yang sedang dilalui Nurul Nissa.

Nurul Nissa gelisah ke kiri dan kanan. Serba tak kena. Panas membahang dadanya. Mommy! Nurul Nissa seru nama itu berulang kali. Dia amat perlukan Mommy sekarang ni. Sangat-sangat perlukan Mommy di sisinya. Ini kali pertama dia terlantar sakit tanpa ditemani Mommy. Dan aku menangis sayu. Tewas lagi dengan ujian Allah swt.

# Terima kasih kepada yang sudi bersama2 'Itu Janji' dan sabar tunggu entry seterusnya. harap2 ada kelapangan untuk saya terus menyambung 'Itu Janji' ok. 

Thursday, 21 March 2013

ITU JANJI 31


31

“Nurul Nissa, bangun makan ubat ni” Mak hulur ubat demam, ubat batuk, dan antibiotic, vitamin C. Aku pandang sekilas. Huhu… tak suka makan ubat.
“Mak taruk situ dulu. Jap lagi Nissa makan” aku tak larat nak angkat kepala ni. Berat semacam je. Gara-gara kena hujan semalam la ni. Hai, kena hujan 2, 3 titik pun dah demam bagai. Manja betul! Eh, suka suki je cakap kita manja. Orang tengah sakit ni tau tak! Eh, emosi lak aku ni. Sorry.
Cuba kau orang bayangkan, cuaca elok panas, tiba-tiba hujan lebat. Memang la boleh jatuh demam aku ni. Agaknya berasap kepala aku semalam. Memapau la tu! Huhu… tapi aku tengok adik-adik aku elok je dia orang. Tak demam pun. Tu, Mak dengan aunty Maria pun, ok ke. Sihat walafiat je dia orang semua. Aku sorang je yang demam. Pelik tapi percaya la ia benar. Sebabnya aku sorang yang demam ni. Tapi kan, sape kita nak persoalkan sakit demam ni. Semua tu kan kuasa Allah swt. Aku redha. Sakit ni boleh hapuskan dosa-dosa kecil tau.
Memang aku tak larat sangat ni. Nak buka mata pun tak larat. Mak dah bising sebab aku degil tak nak makan. Apak lagi la bising. Membebel je kat aku ni. Kalah Mak yang perempuan tu tau. Lagi-lagi kena marah sebab aku tak nak makan ubat. Asyik tidur je. Aku tadah je telinga aku ni. Tak larat nak cakap. Nak melawan jauh sekali. Memang aku tak larat sangat ni. Huhu… Mommy!
Hai, time ni mula la aku rasa rindu gila kat Mommy. Time sakit demam ni la aku rindu. Huhu… sedihnya. Masa sakit ni la aku nak bermanja dengan Mommy pun. Nak mengada-ngada lebih pun time sakit ni la. Marah-marah Mommy pun marah-marah saying gitu. Huhu… bukan aku nak cakap Mak dengan Apak ni marah-marah geram, marah-marah benci. Tak! Tapi dengan Mommy jugak aku nak mengada-ngada lebih pun. Oh, Mommy!
Masuk je time lunch Mak masuk bawa apa tah kat tangan dia tu. Minta aku makan sebelum makan ubat tu. Aku tak diam je. Tak minat nak ambik tahu. Sebab aku memang tak ada selera nak makan sekarang ni. Aku duduk di birai katil. Nak bangun mandi sebenarnya. Melekit dah badan aku ni. Mak pulak tak kasi aku on aircond or kipas. Kata Mak lagi nak kasi aku berpeluh. Bagi keluar peluh penyakit tu. Ya ke? Aku iyakan je la. Nasib baik Mak tak buka sekali bumbung bilik aku ni. Kalau tak, renting aku kepanasan. Ok, aku pasrahkan diri je la. Bukan larat sangat nak melawan time ni.
Aku rasa kepala aku berat lagi ni. Tapi aku gagahkan diri, nak bangun ke bilik air ni. Mandi dulu apa-apa pun. Kasi segar sikit badan aku ni. Nasib baik la aku tengah ‘cuti’. Kalau tak, dah terbabas berapa waktu dah ni. Huhu… memang tak larat sangat ni. Aku bukan mengada-ngada tau. Aku betul-betul sakit ni.
Sampai dalam bilik air, aku capai berus gigi. Gosok gigi pun sambil duduk tau. Agak-agak kalau boleh baring aku baring jugak ni. Hadoi, Nurul Nissa ni lah. Apa nak jadi dengan budak ni? Baru demam sikit dah tak larat nak uruskan diri sendiri. Macam mana Mommy tak risau bila aku jauh dari dia. Ini la kot yang selalu Mommy risaukan pasal aku ni. Langsung tak boleh uruskan diri sendiri.
Ok, aku kena kuatkan semangat. Takkan nak susahkan Mak dengan Apak lak. Aku baru je nak berdiri. Tu pun aku pegang sinki ni. Hai, dah rupa orang tau dah aku ni. Manjakn sangat diri tu. Sebab tu jadi lebik! Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa pun tak boleh! Aku bebelkan diri aku sendiri. Sengah bagi moral support ni. Sebab aku rasa cam tak guna je. Semua benda aku tak boleh nak buat. Aku kuatkan semangat untuk berdiri. Tapi kepala aku dah pening. Last-last aku tak ingat apa dah.
“Dah bangun?” sapa satu suara di sisi kiri aku ni. Aku toleh ke arah dia. Dia pun senyum je sambil pandang aku. Aik?
“Macam mana hari ni? Kepala pening lagi tak?” dia soal aku lagi. Eh, dah gaya macam doctor dah dia ni. Dah tukar bidang je bang?
“Nak makan tak?” dia Tanya aku lagi. Aku diam je. Terkebil-kebil mata aku pandang dia. Bingung lagi sebenarnya. Aku terlupa sesuatu ke? Hah! Dia tarik selimut sampai tutup kepala. Dia raba badannya. Ok, masih lengkap berbaju. Lega.
“You buat apa tu?” Izwan Rizal dah pelik dengan reaksi Nurul Nissa. Tiba-tiba berselubung macam tu.
“Erkk… nothing” Nurul Nissa senyum. Erkkk… sengau dan serak suaranya. Huhu… dia duduk bersandar di kepala katil. Sengan lak bila ada orang tengok dia berbaring atas katil. Nak-nak lelaki. Ades, malu aku.
“Dah kebah dah” dia lekapkan tapak tangan dia ke dahi Nurul Nissa. Cepat-cepat dia elak. Apa ke halnya pulak dia ni?
“Dah, jom makan dulu. Lepas tu makan ubat ya” dia gosok kepala Nurul Nissa yang masih kelihatan binggung.
“Nak gi toilet ke?” dia Tanya lagi bila Nampak Nurul Nissa enggan jamah bubur nasi di depan dia tu. Renung je. Bukan nak makan.
Dia angguk 2, 3 kali. Tak larat nak cakap. Tekak pun perit semacam ni. Memang dia rasa nak terkucil ni. Nak cuci muka. Gosok gigi. Oh ya, aku rasa sehari semalam kot aku pengsan. Gila teruk ke demam panas aku ni? Nasib baik taka pa-apa. Kalau teruk, harus aku dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak. So, kiranya keadaan aku ok la kan? Sebab aku stay kat rumah je ni.
Izwan Rizal papah aku ke bilik air. Dia sangkut towel kat bahu kiri dia. Hihi… kelakar je aku tengok dia ni. Hai, abang PDRM dah bertukar uniform pulak dah. Sekarang dia jadi doctor aku. Hihi… untung aku dapat doctor handsome!
“Jangan kunci pintu. Kalau 30 minit you tak keluar I akan masuk” dia pesan sebelum dia tutup rapat pintu bilik air. Apakah? 30 minit? Harus aku kena cepat siap. Dibuatnya dia betul-betul masuk naya aku!
Baru je aku nak buka baju, dia dah ketuk pintu bilik air lagi. Hisss… apa lagi tu? Aku tak layan. Nak mandi pun tak senang la. Malas aku nak layan dia tu. Aku dah la nak cepat siap ni. Dibuatnya aku lambat macam mana? Kau orang faham-faham sendiri la kan. Segan aku nak story. Hihi…
“Nurul Nissa, can you hear me?” dia ketuk bertalu-talu pintu tu. Hadoi dia nih!
“Ya, orang dengar. Orang nak mandi ni. Jangan la kacau” Nurul Nissa keluarkan kepala di sebalik pintu. Nampak jelas kelegaan di wajah dia. Apa la, itu pun nak cemas bagai.
Dia basahkan rambut. Shampoo dan lumur shower gel. Masa dia sabunkan tangan kiri, rasa pedih. Sakit kat pergelangan tangan dia tu. Cepat-cepat dia buka shower. Bilas badan dia. Lepas je siap, dia keringkan rambut. Alamak, lupa bawa baju tukar. Biasa dia bersiap dalam bilik je. Ni Izwan Rizal ada ni macam mana ni? Tak kan aku nak keluar dengan berkemban? Ades.
“Ehem… awak, minta tolong sikit” Nurul Nissa gamit Izwan Rizal yang sedang elok bersantai atas sofa dalam bilik aku ni. Hamboi, bukan main seronok dia lepak dalam bilik kita ya. Dah la tekak sakit ni. Susah payah dia keluarkan suara dia yang tak berapa nak merdu ni. Ades, sakit tekak aku.
Dia main angkat-angkat kening lak. Aku gamit lagi. Beria-ia aku gamit baru dia bangun dan menapak ke arah aku ni. Sabar je lah dia nih! Kalau tak nak tolong baik keluar je dari bilik beradu aku ni. Aku nak bersiap pun susah ni. Dah jadi satu kerja lak aku kena tebalkan muka aku ni. Geram betul aku dengan dia ni.
“Emm… saya nak keluar ni” Nurul Nissa lontarkan suara yang seksi dengan seksanya. Dia dah gelisah dah kat dalam ni.
“Dah tu?” dia tanya dengan muka tak ada perasaan bersalahnya. Eh, dia ni. Aku cepuk kang! Nasib baik aku tak berapa nak larat nak gaduh ni.
“Awak keluar jap. Saya nak siap ni” Nurul Nissa jawab lurus dan bendul. Malas dia nak banyak soal jawab. Sakit tekak ni. Nanti-nanti nak bersoal jawab pun ya. Sekarang aku nak bersiap. Tak ada mood nak cakap banyak. Tekak pun tengah sakit ni.
“Keluar je la. Baju saya dah pilih tu, ada atas katil” dia terus berlalu keluar. Mommy! Dia tolong pilihkan baju aku? Huhu…
Aku tinjau keadaan dulu sebelum langkah keluar. Aku pasti keadaan selamat cepat-cepat aku keluar. Aku tuju ke pintu bilik. Terus aku tekan lick. Bahay! Dibuatnya dia serbu masuk time aku tengah bersiap macam mana? Usah ler deme bayangkan. Malu aku. Sebab dia tu bukan boleh kira sangat. Ikut suka dia je.
Cepat-cepat aku bersiap. Lagi pun bukan nak gi jalan-jalan. Duduk rumah je pun. Pakai je baju yang Incik Izwan Rizal pulihkan ni. Shot pants dengan baju t sudah. Lepas bersiap aku turun ke bawah. Dah ringan sikit kepala aku ni. Lega lepas mandi. Tempat tidur aku dah kemas. Cadar dan selimut pun elok je berlipat. Mesti Pak Cik tu yang tolong kemaskan tadi. Hehe…
Aku turun ke tingkat paling bawah. Sunyi sepi je rumah ni. Mana semua orang ni? Pelik betul. Asal aku bangun je mesti tak ada orang. Asal tak ada orang je aku bangun tak ada orang. Hai, mana la dia orang ni? Boring la aku macam ni. Dah la tak berapa nak sihat ni. Kalau tak, boleh aku merayap ke Kuching.
“You nak makan?” Izwan Rizal muncul dari dapur. Berapron bagai. Hihi… masak apa tu? Beria benor gayanya. Hihi…
“Masak apa?” Nurul Nissa dah laju melangkah ke ruang dapur. Lapar ni.
“Sup ayam” dia buka periuk. Perghhh… semerbah bau. Bertambah lapar perut aku ni.
“Nak makan sekarang ke?” dia tarik kerusi depan Nurul Nissa.
“Orang lain mana?” tak menjawab soalan nampaknya. Matanya meninjau kawasan. Kosong je. Eh, mana la dia orang ni?
“Mak dengan Apak keluar bawa adik-adik beli barang sekolah” dia jawab tanpa perasaan.
“Hah?” aku dah panic. Gila apa dia ni? Boleh dia melepak kat dalam rumah ni, dengan aku je? Lelaki dan perempuan? Duduk berdua-duaan? Tak takut kena tangkap khalwat ke? Gila la dia ni. Dah tu dia sedap-sedap melepak dalam bilik aku. Bilik anak dara. Diulangi bilik anak dara! Uwaaa… Mommy, dia ni memang gila!
“Tinggal kita berdua?” siap dengan gaya tangan tunjuk ke muka aku dan dia berulang kali. Sengal kau ni Nurul Nissa! Dia dah berdiri tegak. Mak… Apak… sampai hati tinggal Nissa sorang-sorang. Huhu…
“Iya” dia jawab endah tak endah. Busy la konkonon dengan sup ayam atas dapur tu. Dia ni betul-betul gila!
“Gila!” Nurul Nissa menonon keluar ke ruang tamu. Dia buka pintu utama terus ke tepi kolam renang. Panas hati melayan orang gila macam tu. Arghhh… dalam hati dah merungut macam-macam. Membebel entah apa-apa tah. Kembang kempis hidung dia tahan marah punya pasal. Sakit kepala aku ni. Hadoi… dia pegang kepala dia.
“Eh, Cik Nissa dah ok ke?” tegur satu suara. Aik? Makhluk mana lak ni?
“Awak siapa?” Nurul Nissa dah berdiri balik. Oit, seram aku. Kenapa dalam rumah Mak dengan Apak ramai orang boleh keluar masuk ikut suka hati je ni. Aku pandang dia pelik. Sape la pulak ni? Dia buat apa kat dalam rumah ni? Aduh, sakit kepala aku! Banyak betul tanda soal yang keluar dalam kepala otak aku ni.
“Saya, Mak Cik Midah. Pembantu Puan dan Tuan. Sebulan sekali saya dating berkemas” Mak Cik Midah hulurkan tangan tanda perkenalan. Ooo… ini orangnya.
“Oh, maaf saya lupa. Mak ada cakap. Tapi saya lupa. Dah lama ke Mak Cik sampai?” Nurul Nissa tunduk mengucup tanda hormat.
“Dari pagi tadi lagi. Puan ada pesan minta saya tengokkan Cik Nissa. Katanya Cik demam teruk semalam. Sampai pengsan dalam bilik air. Itu yang kena inject sebotol air malam tadi. Tu Encik Izwan tolong jagakan” Mak Cik Midah beria cerita. Oh, patut ler tangan dia pedih masa mandi tadi. Kena inject rupanya.
Izwan Rizal senyum melihat Nurul Nissa berwajah lega. Kalut betul dia ni. Risau sangat orang duduk berdua-duaan dalam rumah ni. Aku pun tak gila lagi nak duduk dengan dia. Tak nak aku kena kahwin dengan cara tak elok macam tu. Malu keluarga je. Dosa pun dapat. Malu pun dapat. Hai, Nurul Nissa. Apa ke bendul dia ni!
“Mak Cik tinggal kat mana?” Nurul Nissa duduk di tepi kolam renang. Kalau sihat boleh swimming. Mak Cik Midah dah busy dengan kerja dia. Sapu sampah kot. Nampak macam tu la gayanya. Tak nak layan aku sembang ke?
“Tu, Pasir Panjang. Dekat je” Mak Cik Midah muncungkan mulut dia. Eh, macam ler seksi buat mulut macam tu. Hihi…
“Kamu dah makan ke belum?” Mak Cik Midah duduk sebelah dia. Sedap mata memandang. Mesti zaman muda cantik Mak Cik Midah ni. Confirm punya. Dah tua pun masih cantik.
“Belum” Nurul Nissa senyum segaris. Tau pun nak rehat Mak Cik Midah ni. Ingat tau buat kerja memanjang. Lapar tu lapar juga tapi tak ada selera nak makan.
“Encik Izwan dari semalam dating jagakan Cik Nissa. Risau betul dia bila Puan bagitahu Cik Nissa jatuh pengsan dalam bilik air” Mak Cik Midah buka cerita.
“Puan minta tolong bawa ke Hospital Umum Sarawak, tapi dia panggilkan doctor ke mari. Katanya bahaya kalau jadi apa-apa dalam perjalanan” sambung dia lagi. Amboi, Mak Cik Midah beria beno dia cerita.
“Badan kamu panas betul semalam. Puan pun dah risau. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik pagi tadi dah kurang. Tadi pun Puan tak nak keluar. Tapi Encik Izwan cakap dia boleh tolong tengokkan Cik Nissa. Lagi pun Mak Cik Midah pun ada” amboi, Mak Cik Midah. Ni sesi up saham Encik izwan ke apa ni? Dari tadi asyik puji dia je. Menyampah aku! Eh, orang dah tolong bukan nak berterima kasih. Bertuah punya budak.
“Jemput makan my princes” dia letak dulang hidangan atas meja.
“Jom makan. Lepas tu makan ubat” dia letak sup ayam depan Nurul Nissa. Air laici kang panas yang masih berasap tu. Dia pandang tanpa perasaan. Huhu… terharu sebenarnya. Inga la pulak time dia demam kat Janda Baik. Time tu Hasrul yang tolong jagakan dia. Masakkan dia bubur nasi. Uwaa… miss him so much!
“Hey, whats wrong?” Izwan pegang jari Nurul Nissa. Menangis pulak dah.
“Eh, tak ada apa-apa. Mata saya masuk habuk ni” Nurul nissa lap air mata dia. Dia berdalih dan cepat-cepat dia keringkan air mata dan air hidung.
Izwan Rizal pandang Nurul Nissa. Sayu rasa hatinya bila melihat mutiara jernih yang mengalir lesu jatuh di pipi Nurul Nissa. Hati dia sakit. Entah mengapa dia marah. Tapi marahkan siapa? Dia tak tahu dia marahkan siapa? Dia marahkan untuk apa? Perasaan marah itu datang dengan sendirinya. Ingin sekali dia salami isi hati gadis di depannya ini. Berkongsi rasa duka itu. Agar dia lega. Jika diizinkan dia ingin hapuskan duka itu. Itu janjinya!
“Dah makan ni” Izwan Rizal suakan sudu sup ayam ke mulut Nurul Nissa. Bulat matanya merenung tindakan spontan Izwan tu. Terkejut dengan tindakan yang tidak diduga.
Nurul Nissa geleng kepala. Enggan buka mulut. Tapi Izwan tetap berdegil. Terus dia suakan ke mulutnya. Lambat-lambat dia buka mulut. Matanya tidak lepas dari menatap wajah Izwan Rizal. Gigih dia melayan aku. Huhu… terharu. Nak sambung nangis aci tak?
Izwan Rizal hadiahkan sebuah senyuman. Manis sekali senyumannya. Panahan matanya menusuk ke jantung. Lembut membelai. Membuatkan perutnya kecut. Debaran dalam dada bergetar hebat.
“Emm… biar saya makan sendiri” Nurul Nissa tarik mangkuk sup di depan dia. Lepas tu dia tadah tangan kanan untuk minta sudu dari tangan Izwan Rizal.
“Makan ubat ni” Izwan Rizal tolak ubat ke depan. Itu pun selepas dia habiskan semangkuk sup ayam. Berat hati Nurul Nissa capai ubat tu. Aduhai, memang dia tak suka makan ubat!
“Cepat makan. Macam mana nak sihat kalau makan ubat pun asyik mengelat je” dia membebel tah apa-apa. Ok, aku pasrah. Aku telan ubat batuk dulu. Ubat jenis syrup memang aku tak suka! Dia minum ubat batuk tapi tak lepas.
Huk… huk… muntak balik apa yang dia makan tadi. Segala isi perut dah pun selamat dia keluarkan. Mommy! Tereksanya aku rasa time ni. Dah la sakit tekak. Perit tekak sebab banyak muntak. Sampai tak ada benda yang nak keluar dah ni. Memang habis semua sekali. Kan aku dah cakap. Aku tak suka telan ubat jenis syrup. Uwaaa… tak suka!
“Are you ok?” Izwan Rizal dah panic. Nurul Nissa muntak seteruk itu. Ya Allah.
“Ya Allah. Nurul Nissa, are you ok?” dia dah kalut. Dia tarik Nurul Nissa dekat dengannya. Kelihatan wajah itu lemah sekali. Dia duduk melutut di depan Nurul Nissa. Merah padam muka dia menahan perit. Air mata dah merembis keluar. Huhu…
“Nissa, bangun. Mari saya bawa ke bilik” Izwan Rizal dah papah dia supaya berdiri. Dia paut kemas ke tangan Izwan Rizal. Kaki dia dah tak berapa nak kuat. Terasa lingkaran tangan sasa di pinggannya untuk menyokong dia berdiri. Sob… sob… 

Wednesday, 20 March 2013

ITU JANJI 30



30


“Nurul Nissa. Nurul Nissa, bangun” Mak ketuk pintu bilik bertalu-talu. Cepat-cepat aku bingkas berdiri. Alamak, dah pukul berapa ni? Dia dah mula dah. Kelam kabut tak tentu pasal. Mak la ni. Terkejut aku. Eh, sempat lagi salahkan orang. Diri sendiri salah tak pernah nak mengaku!

“Mak, ok. Dah bangun dah” dia sahut panggilan Mak. Barulah berhenti aktiviti mengetuk pintu oleh Mak. Adeh, sama macam Mommy!

Halamak, sejuk gila ni. Pukul 5am. Dah masuk waktu subuh. Nak ambik wuduk pun sejuk semacam. Apa lagi nak mandi time-time ni. Ades… apa-apa hal solat dulu. Mandi nanti-nanti la. Lepas breakfast ke.  Hehe… euwww… busuk punya budak! Eleh, kata kita lak. Macam ler you all tak pernah buat. Selagi tak naik matahari, selagi tu ler kau orang tak mandi kan? Kan? Eleh, ngaku je ler. Tak payah nak sopan sangat ya. Hihi…

Lepas solat subuh aku duduk di beranda bilik aku ni. Menikmati permandangan matahari terbit. Permandangan mengadap laut yang sangat cantik ok! Aku rasakan time tengok matahari terbit dan matahari terbenam adalah saat romantic. Tapi setakat hari ni, aku masih menikmati saat-saat romantic ciptaan Allah swt ni seorang diri. Merakam sejuta kesyukuran dengan nikmat yang Allah pinjamkan ke atas aku. Alhamdulillah, syukur.

Bayu pantai berlagu merdu. Ombak semakin rancak membelai pantai. Kedinginan pagi mencekam dada. Dia memeluk tubuhnya untuk menghangatkan badannya. Cantiknya Ya Allah. Sempurna ciptaan Mu, Ya Allah. Tidak ada tolak bandingannya. Terukir cantik di dada bumi.

“Izwan Khuzairi” dia pejamkan mata sambil menyeru segaris nama itu. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Dia ingin terbang pulang ke pangkuannya. Dia ingin sekali. Tapi dia tidak berdaya.

“Nurul Nissa, cepat siap. Kita dah nak gerak ni” Mak ketuk pintu sekali lagi. Rajin betul Mak main ketuk-ketuk pintu ya. Hehe… aku kerling jam. Eh, awal lagi kot dah nak gi ke? Tapi memang kena gi awal kot. Perjalanan pun dah ambik masa dalam 1 jam or 1 ½ jam. Kalau lewat dah tak seronok nak shopping. Kat sana panas yang amat ok!

Cepat-cepat dia capai towel. Mandi dan bersiap. Dia sarungkan jeans half dan baju t. Ni pakaian rasmi dia la ni. Kiranya simple-simple sudah. Ok siap! Rambut dia biarkan lepas bebas. Rambut baru katakan. Hehe… laju dia turun menuju ke ruang dapur. Semua dah siap terhidang di atas meja. Tunggu makan je. Kelibat Mak dan Apak tidak kelihatan. Adik-adik pun tidak kelihatan. Entah ke mana dia orang pagi-pagi ni.

Aku ke ruang dapur. Pun tak ada orang. Aik? Sunyi je rumah ni. Mana semua orang pergi eh? Awal lagi kot. Ke mana je dia orang ni eh? Boring la aku sorang-sorang. Nak kata aku bangun lewat, mustahil. Awal lagi kot. Pukul 5am. Sekarang baru pukul 6am. Mana la dia orang ni?

“Nurul Nissa, you belum siap?” tegur suara dari arah belakang. Terkejut aku! Aku toleh kea rahnya. Dia senyum je tengok muka aku. Suka eh dia dapat tengok muka aku terkejut beruk cam ni.

“Kenapa tak siap lagi?” dia menapak menghampiri aku yang masih berdiri kaku. Tegap langkahnya. Teratur sekali. Memang dia lelaki handsome. Kalau kau orang nak tahu macam mana rupa dia. Ada la iras-iras pelakon cerita Suits DIVA 702 si Gabriel Macht tu. Muka handsome dan nakal! Hehe…


 Handsome tak Incik Izwan Rizal kita ni? hehe... handsome kan dia? tapi nakal yang amat!


“You buat apa kat sini?” Nurul Nissa jelling hujung mata. Hehe… malu nak tengok lebih-lebih. Handsome sangat kot. Ades…

“Dah pergi mandi sana. Bau masam” dia belai kepala Nurul nissa. Senyuman tak lekang dari bibir dia. Sungguh dia jatuh sayang dengan gadis depannya ini. Comelnya dia ni! Geram Izwan Rizal. Rasa nak cubit-cubit pipi gebu milik Nurul Nissa. Orang tua cakap, nak tengok wajah perempuan tu cantik ke tak. Kena tengok wajah dia time dia baru bangun tidur. Wajah asli tanpa secalit makeup. Kalau cantik, confirm cantik ler. Hehe… iya idak?

Nurul Nissa berkerut kening dah tayang muka pelik. Sampai berkerut-kerut kening dia. Hairan bin ajaib dengan kemunculan Encik Izwan Rizal kita ni. Dah la pagi-pagi buta. Dia buat apa kat sini? Dah kurang kerja ke dia ni sampai pagi-pagi buta dah bertandang rumah orang.

“You tak nak ikut we all ke?” Izwan Rizal masih seronok melayang karenah Nurul Nissa tu. Hai, comelnya dia ni. Tak jemu dipandang. Makin dipandang makin comel pula tu.

“Gi mana?” dia buat dah perangai dia. Blur tak habis-habis. Tayang muka blur cam tu.

“Tak nak ikut sudah. You duduk rumah sorang-sorang” Izwan Rizal dah melangkah meninggalkan Nurul Nissa yang masih terkebil-kebil.

“You all nak gi mana?” Nurul Nissa berlari-lari anak untuk menghalang langkah Izwan Rizal. Hiss… geram betul la dengan dia ni.

“Dah, naik mandi. Apa anak dara malas mandi pagi ni” dia terus langkah. Sengaja dera Nurul Nissa. Eh, hello… cik abang oit. Orang dah mandi ok! Punya la orang wangi cam ni pun dia boleh kata kita masam dan tak mandi. Dah kenapa, tak boleh nak beza ke rupa orang mandi dengan muka orang tak mandi?

“Jawab la dulu. You all nak gi mana?” Nurul Nissa dah naik suara. Kaki dia dah pun jejak tempat parking kereta.

“Nissa, dah siap ke belum?” Mak dah tegur aku. Oh, Mommy! Semua orang ada kat garaj ni. Huhu… malu aku tau tak! Bengong punya Izwan Rizal ni. Sengaja la tu. Huhu… malu… laju aku berlari ke tingkat atas. Malu punya pasal la nih! Sengal kau ni Nurul Nissa! Tak habis-habis malukan diri sendiri. Huhu…

Lepas dia capai handbag, dia turun ke bawah. Dia orang dah duduk di meja makan. Baru nak sarapan rupanya dia orang ni. Apa lagi, jom makan. Hihi… pemalas punya anak dara! Bangun tidur terus makan. Masaknya malas, tahu makan je. Apa nak jadi dengan anak dara zaman sekarang ni hah? Sape nak tolong aku jawab? Hehe…

“Nurul Nissa, jemput makan” pelawa aunty Maria. Eh, ni rumah Mak ke rumah aunty Maria ni. Eh, aku aku yang salah masuk rumah? Ke aku yang salah ni? Eh, tetamu lak yang layan tuan rumah. Eh, aku dah confuse. Huhu…

Izwan Rizal dah letak sepinggan nasi lemak depan aku. Lepas tu dia tolong tuangkan air dalam cawan aku ni. Aik? Aku tengok je apa yang dia buat tu. Pelik ni. Kenapa tetamu yang layan tuan rumah ni? Aku pandang Mak nak mintak jawapan percuma. Tapi sayang, Mak tak tengok pun muka aku yang cun nih. Huhu… samapai hati Mak!

“Lepas breakfast kita gerak ya” dia cakap dengan Nurul Nissa. Macam pujuk budak-budak kecik la pulak. Aku buat-buat tak dengar. Malu pun ya jugak ni. Huhu…

“Apak, betul ke tak nak join kami ni?” dia Tanya Apak yang duduk di kepala meja. Ketua keluargakan. Harus ler duduk di kepala meja. Sesuai dengan title ketua keluarga tu. Ketua, kepala. Kepala, ketua? Eh… aku merapu lagi. Aku tengok Mak tu rajin layan Apak, letak itu ini dalam pinggan Apak. Hai, bagus betul pasangan kita ni. Seronok aku tengok Mak dengan Apak ni. Tak lokek mereka tunjukkan kasih sayang masing-masing.

“Apak ada meeting. Next time Apak join ya” Apak senyum je tengok aku. Lepas tu dia pandang balik wife dia tu. Mak ler, sape lagi. Hai, untung betul Mak ni. Dah la Apak tu handsome orangnya, baik, penyayang, peramah, kaya. Aku pun kalau yang macam arwah Daddy dan Apak ni la. Setia pada yang satu. Hehe… sempat lagi tu.

Lepas tu aku ngap! Makan sampai kenyang. Harus aku kumpul tenaga, nak gi shopping ni beb! Bukan calang-calang tempat aku nak shopping ni. Kat Sarikei, Sarawak ni. Jauh perjalanan oit. Banyak nak guna tenaga pula tu. Sape kata shopping ni tak berfaedah? Banyak oit. Selain terapi minda, aktiviti shopping juga merupakan exercises. Hihi… kalau dah berjalan memang tak ingat dunia. Bila balik rumah baru rasa lenguh badan. Kau orang pun sama kan-kan? Eleh, malu-malu nak ngaku lak. Pigi daaa…

Dia orang dok menyembang apa tah. Aku malas nak campur. Lagi pun aku bukan minat sangat nak sembang benda merepek ni. Buang air liur aku je. Hihi... eleh, yang dia dok merapu meraban ni berfaedah sangat la kan? Sabo je la…

Lepas makan-makan, aku pun tolong Mak berkemas. Jangan tak tahu. Mak tak hired pembantu rumah tau. Semua Mak uruskan sendiri. Dari memasak, kemas rumah, dobi baju. Semua Mak uruskan sendiri tau. Paling tak pun sebulan sekali ada orang datang tolong Mak. Tu pun untuk berkemas. Masak memasak memang Mak tak kasi. Mak kata air tangan isteri untuk jamu suami dan anak-anak lebih afdal. Cayalah Mak. Memang terbaik!

Pembantu yang datang tu pun sebab nak tolong Mak mop lantai. Sapu serawang, cuci longkang, potong pokok, cuci swimming pool. Apa lagi eh? Pokok pangkalnya semua kerja berat yang memerlukan tenaga, pembantu Mak yang settlekan. Lagi pula, pembantu yang Mak panggil tu tak tinggal sekali dengan mereka tau. So, memang ada privacy la mereka anak beranak. Esok-esok kalau aku dah kahwin. Aku pun nak macam ni la. Baru ada privacy kami laki bini. Hehe… tak habis-habis aku berangan.  

Sepanjang perjalanan aku diam je. Dah la kena duduk kat depan ni dengan Encik Izwan Rizal kita tu. Katanya nak aku jadi copilot dia. Kan aku biasa dengan tempat ni. Dulukan aku pernah study sini. Eleh, alas an. Megada-ngada betul dia ni. Dia tu kerja kat sini ok! Lagi la biasa dengan tempat ni. Yang mengada mintak aku jadi copilot dia tu kenapa tah. Kalau nak ngorat aku ni cakap je la. Tak usah ler cari helah macam-macam. Kan senang cerita. Haha… kau perasan lagi Nurul Nissa oit!

Cantiknya permandangan di sepanjang perjalanan ke Sarikei. Hutan menghijau, berbukit bakau kiri dan kanan. Cuaca redup mengiringi perjalanan kami. Dingin sekali. Dia buang pandangan ke sisi. Kelihatan Izwan Rizal memandu tenang, tidak ada sepatah perkataan antara mereka sepajang perjalanan ini. Lokek benar dia dengan lelaki ini. Jual mahal walaupun Izwan Rizal sudah mula berjinak-jinak menghulurkan salam perkenalan.

Entah mengapa dia rasa selesa bila bersama lelaki ni. Tapi sedikit perasaan meluat jika kenangkan sikap buaya dan miang keladi. Pengalaman dengan Hasrul khizairi buat dia rasa benci dengan lelaki jenis buaya. Tapi kenapa dia rasa selesa dengan Izwan Rizal? Biarpun mereka baru 3 kali bersua muka. Mungkin juga kerana dia anak kepada kawan Mak dan Apak. Namun, dia tetap nafikan perasaan senang itu, dia pun tidak tahu mengapa dia bersikap dingin begini.

“Nissa, bangun. Kita dah sampai ni” dia tepuk pipi Nurul Nissa. Tak boleh buat kawan. Ingat boleh bersembang nak hilangkan mengantuk. Tapi harammm… boleh dia buat tahi mata. Sabar je lah dia nih!

Nurul Nissa gosok mata, sebelum dia buka kelopak matanya. Berkerut kening menahan silau. Dia kalih ke kiri. Pintu kereta dah terbuka dan kelihatan Izwan Rizal tersenyum manis. Hai, murah benar senyuman dia tu. Kalau hari hari dia senyum macam ni boleh kencing manis aku! Hehe…

Mak, aunty Maria dan adik-adik dah meninjau kawasan. Amboi dia orang, laju je ya. Nabis baik Encik Izwan Rizal kita ni tak tinggal aku dalam kereta. Kalau tak mati lemas aku kat dalam ni. Nauzubillah… mintak dijauhkan daripada perkara tak elok.

Aku keluar dari perut kereta Toyota Alphad. Mengeliat 2, 3 kali. Ni pun kereta Apak lagi ya. Sebab kami pergi bersama dan Apak tak benarkan aku driving. So, Apak dengan berbesar hati memberi kami bawak mpv dia ni. Sumbat semua sekali dan pak supirnya Encik Izwan Rizal kita tu. Hehe…

Mak oit, panasnya cuaca kat sini. Membahang. Boleh migraine aku macam ni. Fuh, belum apa-apa dah berpeluh. Baru pukul 8.30 kot. Dah gini cuacanya. Kau orang bayangkan sendiri ler kalau pukul 12 tengah hari. Matahari terpacak atas kepala. Mendidih otak aku. Huhu…

“Mak nak cari apa dulu?” aku jalan ke arah Mak. Izwan Rizal aku tinggalkan. Dia tengah kunci kereta tu. Alah, pandai-pandai la dia. Tak kan aku nak kena tunggu dia kot.

“Nissa nak cari apa?” Mak Tanya aku balik. Ades… orang Tanya dia dulu. Mana aci Mak main ngelat.

“Kain kot” kita orang jalan beriringan. Lepas tu Mak tinggalkan aku, dia pergi dapatkan aunty Maria. Adik-adik aku tah mana hilang. Teruk betul budak-budak ni. Tak tunggu pun aku.

“Nak cari apa?” dia tegur Nurul Nissa yang kelihatan terpinga-pinga. Berdiri tegak di tengah jalan.

“Kain kot. Entah la. Tak tahu lagi. Tengok-tongok dulu la” Nurul Nissa tahan jari dia atas kepala. Silau. Dah la dia ni tinggi. Hisss…

“Nah” dia pakaikan topi atas kepala Nurul Nissa. Fuh, lega. Hilang rasa panas. Tapi still silau lagi ni. Sunglasses tak ada ke? Hehe… hamboi, bagi betis nak peha lak dia. Mengada!

“Thanks” Nurul Nissa singgah dari satu kedai ke satu kedai. Tengok-tengok dulu. Mana tau ada yang berkenan di hati. Baru boleh rembat.

Si Izwan Rizal tu mengekor je dari tadi. Orang sibuk pilih dia pun sama naik. Orang nak yang itu, dia bagi yang ini. Orang mintak yang lain, dia mintak yang itu. Ada je yang tak kena di mata dia. Kain tu corak macam Mak-Mak. Tak sesuai dengan aku katanya. Warna gelap macam baju orang tua. Tak sesuai dengan aku yang muda belia nih. Cerewet! Arghhh… tension aku. Alih-alih aku tak beli apa pun lagi.

Dia lap peluh dengan tapak tangan. Panas membahang makin terasa. Topi atas kepala dia tanggalkan dan dia kipaskan ke wajahnya yang tengah membahang ni. Ya Allah, ni baru panas atas dunia. Belum azab api neraka.

“You nak air tak?” Tanya Izwan Rizal yang masih setia di sisinya. Wah… jangan jealous you all.

“Boleh juga” bagus juga tu. Tekak pun tengah haus ni.

“Panasnya cuaca hari ni” Izwan Rizal lap peluh di dahi dia. Muka dia pun dah membahang merah. Oh, handsomenya dia. Oit, gatai eh kau ni Nurul Nissa!

“Nak air apa?” dia capai air 100 plus.

“Mineral water” tak nak air manis-manis. Panas ni. Tekak pun tengah haus. Minum air cool plain memang best. Boleh legakan tekak dia ni.

“Nah” Izwan Rizal hulurkan. Dia sambut nak tak nak. Ni buka mineral water. Ni air minuman. Huhu… tak nak yang ni. Nurul Nissa renung je botol air dalam tangan dia tu.

“Kenapa tak minum?” tanya Izwan Rizal, pelik dia bila tengok Nurul Nissa renung je air tu. Bukan boleh hilang haus kalau setakat renung je air macam tu.

“Ni air minuman. Bukan mineral water” dia bagi balik kat Izwan Rizal. Tak nak minum la. Terus dia menonon melangkah keluar dari kedai tu. Eh, megada-ngada betul dia ni!

“You ni kenapa? Minum je la. Hydration baru tahu. Ambik dan minum” dia berdiri depan Nurul Nissa. Tajam renungannya. Mengada!

Dia capai dengan separuh hati. Minum sikit buat syarat. Yarkkk… tak sedap! Kau orang tahu kan bezakan air minuman dengan air mineral? Memang lain sangat-sangat. Hai, Nurul Nissa sejak bila jadi mengada-ngada ni? Ni tak lain tak bukan, berjangkit dengan big boss la ni! Eh, salahkan big boss lak. Sorry.

“Minum je la. Kat Afrika nun lagi teruk. Air longkang pun dia orang sanggup minum” Izwan Rizal dah membebel tah apa-apa. Euww… air longkang? Tapi betul apa. Kat sana kan susah nak dapatkan bekalan air bersih. Ades, insaf jap. Huhu…

Lepas tu aku berjaya habiskan sebotol air minuman. Emm.. boleh pun. Saja mengada-ngada Nurul Nissa ni. Hilang juga haus aku ni. Cuaca makin panas. Aku nampak Mak dengan aunty Maria dah bimbit beg plastic kiri dan kanan. Wah, dia orang dah banyak shopping. Aku tak beli apa pun lagi ni. Ini tak boleh jadi ni! Harus aku cepat melancarkan misi bershopping. Wah, semangat sudah datang. Hihi…

Aku berjalan ke kedai yang menjual telkung. Pilih punya pilih aku ambik la satu. Bersulam biru torquiest. Lepas tu aku ambik untuk Mommy dan Mak satu sorang. Sulaman merah hati. Lepas buat tawar menawar aku pun bayar la. Oh ya, itu pun Encik Izwan Rizal yang deal ya. Dasyat juga skill tawar menawar dia ni. Hihi… ada guna juga bawak dia ni. Jimat duit aku. Haha…

Aku ke kedai lain, jual kain pasang lak. Ok, aku dah pun pilih satu. Pun warna biru torquiest. Buat baju kebaya cantik ni! Sulaman penuh dengan manic dan labuci. Cantiknya. Kiranya aku terpikat pandang pertama ni. Terus aku sambar. Aku beli satu untuk aku dan aunty Maria. Anak teruna dia cakap Mommy dia suka color hijau. Ok then, aku tapow 2 helai.

Aku jalan lagi. Berhenti kedai jual bear. Ok, aku masuk lagi. Aku pilih untuk adik-adik aku tu. Wah, semangat aku shopping nampaknya. Kiranya berkesan juga aku minum air tadi. Hehe… dapat tenaga luar biasa ni.

“Buat apa beli ni? Macam budak-budak!” dia dah membebel tah apa-apa kat aku ni. Eleh, kecoh la Pak Cik nih! Aku cepuk kang. Malas aku nak layan. Aku tak hirau apa yang dia dok bebel tu.

“Ni dapat RM10 tak?” aku dah capai seekor bear. Pak Cik tu tak nak kasi. Aku tengok Izwan Rizal. Nak minta tolong dia tawar menawar untuk aku ni. Tapi dia buat derkkk je. Huh!

“Saya buka beli untuk saya la. Ni untuk adik-adik!” hah, kan dah naik suara aku kat dia. Dan dah kena marah free-free je dengan aku.

Dia jeling aku sekalias. Tapi dia tetap tolong aku tawar menawar. Kiranya boleh harap juga dia ni. Hehe… tapi itu la, aku kena banyak bersabar dengan perangai dia yang jenis ikut kepala dia sendiri je tu. Aku tak peduli, peduli apa aku. Janji apa yang aku hajati tercapai. Hehe… aku beli 2 ekor bear untuk adik kedua dan si bongsu. Spongbob 1, Patric 1 untuk adik-adik lelaki aku. Lepas tu aku capai lagi satu Schin Chan. Tu aku nak kasi kat Pak Cik ni. Hihi… diakan nakal macam Chin Chan tu ha.

Cuba kau orang bayangkan tangan aku dah pun penuh dengan barang entah-apa-apa ni. Berat pulak tu. Hampes punya Pak Cik Tua! Tak tolong pun aku angkat benda alah ni. Berat tau tak! Eh, marah orang lak. Dia yang nak beli. Huhu… dalam dok terkial-kial aku angkut barang-barang ni. Hujan turun la pulak dah. Lebat gila. Huhu…habis la aku. Basah la aku. Aku dah tak tahu nak lari ke mana dengan barang penuh kat tangan ni. Uwaaa… sedih!

“Nurul Nissa, sini saya pegang. Awak ambik payung ni” dia dah ambik barang tah apa-apa tu dari tangan aku. Nak tak nak aku kena la sambut payung kat tangan dia tu. Eh, baru je ngumpat dia tadi. Sorry. Aku tengok je dia. Terharu la jugak. Huhu… Thanks. Aku payungkan dia tapi dia ni tinggi sangat. Naik lenguh tangan aku ni. Last-last dia jugak yang pegang payung tu. Dengan barang aku yang tak berapa nak berfaedah ni. Huhu… aku terharu sekali lagi.

Kami berteduh bawah pondok kosong ni. Tapi makin ramai orang yang tumpang berteduh. Dah pun penuh sesak dengan manusia. Aku dah mula rasa tak selesa. Ada yang bergesel-gesel dengan aku. Gatal! Aku rapat kat Izwan. Dia perasan aku tak selesa dengan keadaan tempat tu. Dia tarik aku kat depan dia. Memang time ni aku rasa dia amat melindungi aku dari usikan nakal lelaki bawah pondok tu. Huhu… terima kasih sekali lagi.

“Awak, dia orang kat mana?” aku toleh sikit. Dia berdiri tegak kat belakang aku ni. Terasa panas bahang badan dia ni. Oh Tuhan, berdebar jantung aku.

“Ada, dia orang dah masuk dalam kereta” dia tunduk sikit berbisik ke cuping telinga aku. Adus… makin berdebar jantung aku.

“Jom kita ke kereta” aku capai payung. Rasa berdebar bukan main lagi ni. Harus aku elakkan benda yang tak sepatutnya. Huhu… segan aku tau.

“Jap lagi. Tunggu reda sikit” dia tarik pinggan aku supaya masuk balik. Oh, makin dekat melekat kat badan dia. Huhu… aku terpaksa ok! Sebab kalau aku ke depan sikit lagi mesti kena tempias hujan.

Ades, peluh menitik di dahi aku ni. Dalam cuaca hujan pun aku boleh berpeluh. Panic punya pasal la ni. Huhu… hangat kat dalam ni. Ades… kerja keras jantung aku hari ni. Dah lama aku tak rasa getaran macam ni. 

Friday, 15 March 2013

ITU JANJI 29


29

Lama gila aku kena tahan dalam salon tadi. Meh aku story kat hang pa. mula-mula aku cuci rambut. Lepas cuci rambut, aku buat treatment. Lepas buat treatment, aku cutting style apa tah. Kata jururunding tu memang kena dengan muka aku yang cute ni. Eh… ter-puji diri sendiri la lak. Hihi…

Settle set rambut. Aku kena masuk dalam bilik satu lagi. Nak gi mana lak ni? Ah sudah… eleh, aku saje je buat-buat suspend. Kasi kau orang tertanya-tanya sikit. Hehe… aku duduk tercongok dalam bilik ni. Tunggu sape puna aku tak tahu. Lepas tu dating la pulak makhluk Allah yang tak berapa nak jantan. Lembut semacam je aku tengok. Ades… kalah aku yang perempuan sejati ni tau! Malu aku, memang cun habis la makhluk depan aku ni.
Oh, tahu la aku. Rupanya dia ditugaskan untuk makeover aku ni haaa… oh, teruk bebeno ke muka aku ni siap kena makeover bagai? Sob… sob… sedih tau. Memang hari ni aku kena pasrahkan diri. Redho itu pasrah, pasrah itu berserah…huhu…
Mak dengan kawan dia pun tak ketinggalan tu, menyibuk sama. Ada je yang dia nak tepek kat muka aku ni. Ades… dia orang memang otai dalam bab ni. So, aku iyakan je apa yang dia orang cakap tu. Otai katakana. Iyo la tu. Habis ler, macam mana la rupa aku ni?
Lepas settle semua, ngam-ngam pukul 7 malam. Hai, tak solat ke Nurul Nissa? Eh, aku cuti. Hehe… alas an ler tu. MasyaAllah, sumpah. Aku cuti ni. Sebab tu mood aku tak berapa nak betul. Asyik bad mood je. Moody manjang. Gila tak gila kita orang besiap. Mak aku ler yang merlaram. Eh, Mak pulak… aku la yang dasyat. Hehe…
Aku siap sarungkan night dress yang Mak sponsor tadi. Rupa aku entah la. Aku sendiri pun belum tengok cermin. Kata Mak, pantang larang tak boleh tengok cermin selagi belum siap semuanya. Ok, aku iyakan lagi. Otai… hehe… lepas tu kami keluar dari salon. Tunggu kat lobby shopping mall Tun Jugah. Tunggu Apak kot. Aku pun tak tahu kita orang tunggu sape sebenarnya. Hehe… sengal!
 oh, cantiknya aku malam ni... hahaha... perasan lagi. 
ala-ala princes ok! ko orang jealous eh? 

Mak dah senyum meleret. Apa ke halnya pulak Mak aku ni? Senyum-senyum dari tadi. Buang tabiat apa orang tua ni? Aku tengok dia happy semacam je ni. Aneh betul. Mesti ada something ni. Aku syah mesti ada punta. Tak caya tengok la nanti. Bukan boleh jangka Mak aku ni. Dah sama dah macam gaya Mommy aku dah dia.
You all tahu kita orang diner kat mana? Emm.. ya betul! Pandai pun. Kat mana lagi kalau buka kat Hotel Merdeka Palece tu. Jemu aku tau tak! Asyik makan, makanan hotel je. Hai Nurul Nissa, tak reti nak bersyukur langusng ya kamu ni. Orang lain nak jejak hotel pun tak pernah, apatah lagi nak makan kat hotel ni. Cuba bawak-bawak bersyukur dengan nikmat yang ada ni. Ini tidak, asyik nak mengeluh je kerjanya.
Kau orang tahu sape join diner kita orang selain kawan Apak dan Mak suami isteri? Anak dia orang pun join sama. Dan kau orang tahu sape anak dia orang tu? Oh, Tuhan… begitu kecil ke dunia ni sampai aku terjumpa makhluk Allah ni sebanyak 2 kali pada hari yang sama?
Kau orang kenal orang yang aku maksudkan? Ya, tidak syak lagi. Makhluk Allah itu adalah Incik Polis yang sengal tu. Siapa lagi kalau bukan makhluk Allah yang sorang tu. Makhluk yang menyakitkan hati dan menyampah tu. Oh, tolonglah! Kalau aku tahu aku kena duduk semeja dengan makhluk ni. Taubat aku tak dating! Hissss… geram aku nengok muka dia. Menyakitkan hati je. Eeee….
Mamat poyo lagi sengal. Izwan Rizal. 

“Nurul Nissa, kenalkan anak aunty. Izwan Rizal” kawan Mak kenalkan anak teruna dia tu. Eleh, poyo! Macam la aku nak sangat berkenalan dengan dia tu. Huh! Eh, marah lak. Hehe…
Dia senyum meleret. Bibir dia bergerak-gerak tanpa keluarkan bunyi “I tell you”. Tah apa-apa tah. Nak cakap yang aku akan datang jumpa dia la tu. Oh, please eh. Tolong sikit. Bukan aku yang datang jumpa dia. Dia tu yang datang jumpa aku ok! Dapat? You got what I main?
“Dia kerja sini dah lama dah. Tak reti-reti nak balik Semenanjung. Entah apa yang seronok kat sini aunty pun tak tahu la” Aunty Maria a.k.a Emak kepada Incik Izwan Rizal tu. ‘Dia seronok kat sini Mak cik, sebab boleh tahan anak dara orang, lepas tu minta no telifon. Itu yang dia tak nak balik tu’ aku mengomel sendiri. Huh! Karang aku cakap kan malu dia. Hehe…
“Kerja kat mana pun sama je” dia jawab selamba. Macam tu cakap dengan Mak dia? Apa daaa… reject! Hihi… macam la dia nak buat bini. Perasan kau Nurul Nissa.
“Masa muda ni la nak cari pengalaman. Tinggal tempat orang. Kenal budaya luar. Ramai kawan” Apak bagi sokongan nampak. Emmm…
“I bukan tak suka dia kerja PDRM tu. Tapi company I sape nak handle? I ni bukan kuat sangat nak handle sorang-sorang. Umur pun dah senja” uncle Harun a.k.a Bapak Incik Izwan Rizal mencelah. Kendur suara dia. Ala, kesian la pulak.
“Mom, Dad… tiba masanya nanti saya akan balik. Buat masa sekarang tolong izinkan saya teruskan tugas saya” dia letak sudu dan garfu atas meja. Nada suara dia nyata tegas. Wah, begitu jelas kewibawaan dia. Oit Nurul Nissa, dan-dan ya kamu ni. Gatal punya budak! Sekali aku cepuk kang. Terus terkangkan dalam longkang. Apa daaaa… kata tak suka. See, sekarang ni macam dah ter-suka la pulak. Apa kes ni?
Lepas dia cakap macam tu. Masing-masing diam seribu bahasa. Adik-adik aku pun sama diam. Budak-budak pun faham apa yang berlaku di meja makan ni. Apa daaa… sunyi sepi meja makan kami. Boring gila kot makan dengan dia orang ni. Nak gaduh anak beranak pun agak-agak la sama. Time kat meja makan ni la dia orang nak bertikam lidah. Tak elok gaduh depan rezeki. Hai…
“Lama aunty kat sini?” Nurul Nissa buka cerita. Rasa tak seronok bila anak beranak tayang muka masam depan rezeki ni.
“Tak lama, dalam 2, 3 hari je. Uncle ada hal kat sini. Kebetulan dah sampai sini, aunty ajak jumpa” Puan Maria maniskan wajahnya.
“Auty selalu ke datang sini?” makin rancak pula dia bersoal jawab. Hihi…
“Tak pun. Jarang sangat. Itu yang ajak Mak jumpa ni. Dah lama sangat tak kumpul macam ni” Puan Maria senyum lagi. Manis senyumannya. Huh, tak macam Incik Izwan tu. Nyampah! Eh, tiba-tiba lak orang tu tak da buat salah apa pun. Hehe…
“So, esok plan ke mana?” eh, over lak dia ni. Kalah Mak yang dah lama tak jumpa. Peramah yang amat kamu ni Nurul Nissa!
“Entah, tak tahu nak ke mana lagi. Any idea?” Puan Maria pandang Mak dan aku silih berganti. Lah, orang Tanya dia, dia Tanya kita balik. Cam ni pun ada ka?
“Mak jom gi Sarikei. Please” aku dah angkat sembah dengan Mak. Dah lama kot tak gi sana. Overacting lak aku ni. Hehe…
“Esok Apak ada meeting. Next time kita pergi” Apak tak bagi keizinan kat aku ni. Ala…
Aku pandang Mak sambil tayang muka simpati. Nak merajuk lebih-lebih mana berani. Depan orang luar ni. Jatuh le saham aku nanti. Control Nurul Nissa, control. Huhu… bertabahlah duhai hati. Sabar banyak-banyak ya. Aku pujuk diri sendiri.
“Esok kamu kerja ke?” tanya Puan Maria kepada anak terunanya.
“Esok off day. Tadi dah duty. Tahan orang yang tak reti nak pakai sit belt” eh, Incik Izwan Rizal jawab sambil senyum sinis kat aku ni. Dan-dan dia nak sindir aku kan? Dia baham aku depan Mak Ayah dia, dan paling penting dia kenakan aku depan Mak dengan Apak. Mampus kalau Apak tahu. Ades… tak apa! Hari ni, hari dia. Esok, lusa, tulat, tulin… hari aku lak. Tunggu la time tu!
“Nissa, esok kita pergi sama ya. Anak aunty boleh hantar kita” Puan Maria memang terbaik! Hurry… aku senyum meleret. Seronok amat nih. Eh, jap-jap. Anak dia yang hantar kami? That’s main Pak Cik tua tu ada sekali la ya? Eee… nyampah! Tak suka!
“Erkk… Nissa boleh drive sendiri. Kan Apak kan?” aku cuba nasib untuk dapatkan sokongan daripada Apak. Nak pinjam kereta Apak kan? Harus ler aku tanya dulu. Dibuatnya dia tak kasi aku pinjam kereta dia yang berderet kat dalam garaj tu cam ner? Kau orang nak kasi pinjam ke kereta kau orang kat aku ni? Hehe…
“Nissa nak pergi dengan sape?” Apak tanya aku. Serious je muka dia. Mak oit, garang siot. Seriau aku! Apak ni pun, pinjam kereta sebijik pun tak bagi ke?
“Pergi dengan Mak and aunty Maria” dia senyum confident. Harus la maniskan muka. Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan gula dalam senyuman. Eh, betul ke tu? Ah… lantak ah. Malas aku nak fikir. Busy nak bodek Apak ni.
“Ok then. Esok pergi dengan Izwan je. Tak payah nak drive” Apak dah pun buat keputusan. Kata putus dah dia keluarkan. Masing-masing diam je. Termasuk aunty Maria dan Mak. Huhu… sedih…
“Ala…” aku muncungkan mulut. Merajuk sebenarnya. Protest pun ya jugak ni. Tak suka tumpang-tumpang orang. Apa tah lagi dengan dia tu. Huh, tak suka!
“Take it or live leave it. If you willing to go, just take it” sura Apak dah tegas tu. Ya ler-ya ler orang ikut. Pasrah lagi nampaknya. Emm… mengeluh Nurul Nissa jangan tak mengeluh. Hisss… budak bertuah nih!
“Ya la” dia tunduk mengadap piring disert. Coklat moist! Oh My God, Hazwan Khuzairi… nama itu juga yang terlintas dalam kepalanya. Sukar benar dia melupakan segaris nama itu. Tak semena air mata dia menitik. Sakitnya dada menghimpit pilu. Sesak nafas, tak tertanggung rasa rindu kepadanya. Oh, Tuhan.
“Nissa” Mak pengang tangan aku yang sedang menggigil tu. Mak renung ke dalam anak mata aku. Wajah itu jelas risau. Risau kerana aku tiba-tiba berkelakuan pelik begini.
“Nurul Nissa, Apak bukan tak izinkan kamu dirve sendirian. Tapi Apak risau. Sebab tu Apak tak bagi” Apak pujuk aku. Lah… aku bukan merajuk sebab tu.
“Apak, Nissa faham” Nurul Nissa rasa bersalah buat Apak terkilan dengan sikap aku ni.
Mak renung ke dalam anak mata aku. Pasti Mak dapat membaca isi hati aku sekarang ni. Oh Mak, terima kasih Mak. Aku rasa nak je meranung sambil panggil nama Mommy. Huhu… bayangan Hasrul Khuzairi tak pernah jauh darinya. Dia sentiasa ada di mana-mana, terus menghantui hidupnya.
Aku senyum segaris. Cuba maniskan wajah di depan mereka. Terutamanya kepada Mak dan Apak. Aku tak nak mereka terasa hati dengan reaksi aku tadi. Entah kenapa emosi aku serta merta berubah bila kenangkan segaris nama itu.
Air mata aku habuspakn. Biarkan duka itu tersemat kukuh di dalam sana. Agar tidak seorang pun yang tahu. Biarkan ia sebati dalam jiwa kau. Aku ke sini untuk melupakan dia. Cuba untuk melupakan kenangan lalu. Sudah cukup-cukup sudah aku terseksa kerana kenangan lalu. Aku perlu menjalani hidup aku sendiri. Bahagia perlu di cari bukan hanya sekadar menunggu ia datang.
“Kakak, mintak air” adik bongsu aku selamatkan keadaan. Aku sneyum sebelum capai gelas dan hulurkan kepada dia. Aku kawal air mata sehabis daya.
Izwan Rizal tajam menikam wajah Nurul Nissa. Ada sesuatu yang diayang dia tidak tahu tentang Nurul Nissa. Dia senyum tapi nyata senyuman itu tidak aad serinya. Dia seolah-olah hanyut dalam dunianya sendiri. Siapakah gadis ini? Ingin sekali dia kenali gadis ini dengan lebih dekat lagi. Pertama kali dia bersua muka siang tadi. Hatinya sudah terpikat. Dia bukan lelaki yang jenis suka meminta no telifon perempuan semasa dia menjalankan tugas. Entah mengapa hari ini dia begitu berani dengan Nurul Nissa. Ya dengan Nurul Nissa sahaja, sepanjang dia bekerja. Dia sendiri tidak tahu. Apakah ini dinamakan jodoh?
“Maaf, saya ke toilet jap ya” Mak bangkit dari kerusi. Terus menghala ke toilet. Kemudian Puan Maria pun menyusul. Aku masih busy melayan adik bongsu aku tu, ada saja benda yang dia nak. Sengaja nak tarik perhatian aku ni. Budak bertuah ni. Macam-macam. Mengada-ngada betul. Sekali aku cepuk kang.
“Lama ke you bercuti kat sini?” Izwan Rizal dah berkalih duduk kat sit Mak tadi.
“Tak tahu lagi. Depends, if rasa nak stay lama I stay la. Kalau tak, I balik la” Nurul Nissa jawab acuh tak acuh. Malas nak layan.
“Nak shopping apa esok?” dia cuba cari topic untuk berbual dengan Nurul Nissa.
“Tak tahu lagi” dia jawab nak tak nak.
“Dah tu buat aoa pergi jauh-jauh kalau tak tahu nak shopping apa?” dia pandang Nurul Nissa dengan pandangan pelik.
“Eh, suka hati kita la. Busy body betul dia ni” Nurul Nissa dah merungut.
“Orang tanya pun marah ke? Orang nak kawan je pun. Kedekut gila” Izwan Rizal membebel tah apa-apa. Nurul Nissa jelling tajam. Sape tah nak kawan dengan dia tu.
Mak dengan aunty Maria ke mana la. Hai… tak reti-reti nak balik ke dia orang ni? Apak dengan uncle pun masih rancak bersembang. Adik-adik aku pun ghaib ke mana la. Tinggal aku dengan mangkuk hayung ni. Hadoi… badan aku dah penat semacam dah ni. Dari pagi tadi kot asyik merayap. Nangantuknya.
“Boringkan diner dengan family?” dia ajukan soalan untuk aku. Aku padnang dia sekilas. Handsome dia malam ni. Santai dengan baju t berkolar dan jeans.
“I seronok bila kumpul macam ni” Nurul Nissa pandang Apak lalu dia senyum. Teringat arwah Daddy. Rindunya belaian seorang ayah.
“I malas nak diner dengan family sebab ni la. Tak habis-habis minta I put notice. Balik kerja dengan dia orang” Izwan Rizal mengeluh. Kelihatan wajah keruh dan dia mengeluh keras. Pelik betulkan? Kerja sendirikan best?
“At list your parents still by your side. You luck than me” Nurul Nissa senyum segaris, sumbing dia rasakan.
“I’m lonely. Tak ada saudaramara. Abang, kakak, adik jauh sekali. Sunyi gila hidup i. dunia I dengan my Mom. Dan keluarga angkat I ni” dia buang padnangan ke ruang ball room.
“I tak ada kawan, sahabat jauh sekali” Nurul Nissa sambung ayat dia lagi. Ades, sedih la pulop.