32
“Mommy… Mommy…” Nurul Nissa gelisah. Dia menagis sayu, dia
rindukan belaian seorang ibu. Dia rindukan belaian Mommy. Teramat merindui
Mommynya itu.
“Nissa, bangun sayang” Mak berendam air mata. Tidak dapat
dibendung perasaan sedih bila melihat anak angkatnya lemah dan tidak bermaya.
“Abang, kita nak buat apa ni?” Mak dapatkan Apak. Sejak
dari tadi dia menangis tanpa henti. Bila mendapat panggilan daripada Mak Cik
Midah, mereka bergegas pulang.
“Doktor tengah checkup tu. Bawa bersabar” Apak masih bersikap
cool. Relax berdepan dengan masalah ni.
“Izwan, cuba kamu bagi tahu kami apa yang dah berlaku?”
Puan Maria dah tinggi suara. Dia berkejar ke mari bila mendapat berita Nurul
Nissa jatuh pengsan.
“Nothing. Ijal masak sup ayam. Dia ada makan sebelum dia ambil
ubat” Izwan Rizal bagi penjelasan entah ke berapa kali. Ulang tayang jawapan
yang sama.
“Kamu taruk apa lagi dalam sup ayam tu?” Puan Maria bersoal
jawab. Dah gaya polis pencen dah.
“Ayam, sotong, udang, ubi kentang, mushroom. Itu je” Izwan
Rizal dah cuak. Kenapa?
“Dia ada allergic dengan sentence food tak?” Puan Maria
ajukan soalan kepada Mak.
“Seriously, I don’t know” Mak dah menangis, tak
berhenti-henti dari tadi.
“We should ask her Mom” Puan Maria bagi cadangan.
“I worry she got allergic with some food” Mak dah merapu
dah.
“Better you call right now” Puan Maria mundar mandir dalam
bilik Nurul Nissa. Memang dia risau melihat keadaan Nurul Nissa yang terbaring
kaku dengan bibir membiru dan suhu badan sejuk mendadak. Apa yang menjadi
kebimbangannya, jika benar Nurul Nissa ada alahan pada makanan ia boleh membawa
maut.
“Assalamualaikum, kakak. Saya ni. Kakak sihat?” Mak membuka
kata. Serba salah sebenarnya.
“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, sihat. Kamu sekeluarga
sihat? Nurul Nissa macam mana kat sana? Degil tak dia kat sana tu?” Puan
Malissa rancak bertanya. Ada debar di dada. Seolah-olah ada sesuatu menimpa
anaknya. Ada perkara tak elok berlaku ke? Nurul Nissa ok ke? Atau ada perkara
lain?
“Semua sihat. Ni kak, saya nak tanya. Nissa ada alah dengan
apa-apa makanan ke?” Mak direct to the point. Tak nak lenggahkan masa.
“Ada tu ada. Tapi dia memang tak jamah makanan kalau ada
udang or sotong. Dia alah dengan makanan laut. Kenapa ni?” debaran semakin
kencang. Pasti ada sesuatu yang terjadi kepada anak tunggalnya. Ya Allah,
lindungi anakku.
“Tak ada apa. Dia demam ni. I ada masakkan sup campur. Ada
taruk ayam, sotong, udang, sayur. Lepas dia makan ubat dia muntah tak berhenti.
Sekarang dia pengsan ni. Tu yang buat I risau ni” Mak buka cerita. Dia memang
rasa serba salah sekarang. Tapi ada baiknya dia menceritakan perkara sebenar.
Bimbang jika ada perkara tak elok berlaku ke atas Nurul Nissa.
“Ya Allah. Cepat bawa dia ke hospital. Jangan
tangguh-tangguh. I risau racun dah serang darah dia” Mommy dah panic. Suara dia
dah menggigil menahan tangis. Takut sekiranya benda yang tak diingini berlaku.
Nauzubillah hu min zalik.
Secara saintifik, sensitive-secara-bilazim (hypersensitive)
badan membabtitkan 3 komponen asas iaitu allergen makanan (bahan yang
menyebabkan alahan), antibody (terutamnya immunoglobulin E) dan sel tertentu
seperti sel ‘mast’ dan basofil (sejenis sel darah putih). Ia terjadi apabila
pengidap mengalami masalah alahan memakan sesuatu kemponen allergen makanan,
system kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsang untuk menghasilkan lgE
tertentu terhadap komponen makanan itu.
Ia menyebabkan berjuta-juta antibody mengalir dalam saluran
darah, sebelum antibody itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke
dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel ‘mast’. Sel ‘mast’ boleh
dapati dalam tubuh kita terdedah kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru
dan gastrousus. Befofil dan sel ‘mast’ menghasilkan dan menyimpan bahan seperti
‘histamine’ (bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan dan
menyebabkan berbagai-bagau symptom alahan.
Faktor yang mempengaruhi alahan ialah cirri-cir protein,
jumlah pengambilan, jenis dan tahap tindak balas system imun, senstitiviti
organ sasaran dan kecenderungan genetic. Makanan yang menyebabkan alahan ialah
putih telur, susu lembu, soya, gandum, kacang tanah, buah-buah citrus, biji
bijian, ikan, sotong, reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan dan
coklat tapi jarang.
“Kakak, saya minta maaf sebab tak jaga dia sebaik mungkin”
Mak dah menangis sayu. Allahuakbar. Nurul Nissa, Mak minta maaf sebab tak jaga
kamu baik-baik.
“Cepat bawa dia ke hospital. Tolong cepat” Mommy dah
menangis hiba di hujung talian sana. Tak dapat dia bayangkan anakny sedang
bertarung nyawa. Kalau dekat dia akan pergi dapatkan puterinya itu.
“Ya. Assalamulaikum” Mak putuskan talian. Laju dia dapatkan
Apak dan yang lain.
“Apak, mari kita hantar dia ke hospital. Dia keracunan
makanan. Memang dia ada alah dengan sea food” Mak dah pangku kepala Nurul
nissa. Titik peluh di dahi Nurul Nissa dia sapu. Dingin dan semakin membiru
bibir itu kelihatan.
“Aunty, biar saya yang angkat dia. Saya minta maaf sebab
saya dia jadi macam ni” Izwan Rizal tampil ke depan. Dia rasa risau, sekiranya
berlaku perkara tidak elok pasti dia akan menyesal. Dia tidak dapat maafkan
dirinya sendiri.
“Cepat Apak” Mak dah arahkan Apak supaya turun menghidupkan
enjin kereta. Kalut suasana dalam bilik Nurul Nissa.
“Mak Cik Midah, jangan balik dulu. Tolong jagakan anak-anak
saya” Mak sempat berpesan kepada pembantu dia.
“Mak, adik ank ikut” si bongsu dah ikut sekaki. Eh, budak
bertuah ni. Time ni pun dia nak buat perangai.
“Adik duduk rumah ya” Mak cuba pujuk si bongsu. Sambil
hantar isyarat supaya Mak Cik Midah bawa si bongsu masuk ke dalam rumah.
“Kakak kenapa? Adik takut” si bongsu dah meraung. Risau dia
melihat keadaan kakak angkatnya yang terbaring kaku.
“Adik, jangan macam ni. Duduk rumah ya” Mak dah tak larat
nak pujuk si bongsu.
“Aunty, kenapa dengan muka Nurul Nissa ni?” Izwan Rizal dah
panic. Seluruh muka Nurul Nissa berbintik merah.
“Ya Allah” Mak dah panicl. “Abang, cepat!” Mak menjerit. Ya
Allah, apa sudah jadi dengan keadaan Nurul Nissa?
“Aunty” Izwan Rizal panggil Mak. Suara dia mendatar. Kepala
Nurul Nissa dia pangku. Nafas Nurul Nissa semakin perlahan. Badannya bertambah
dingin. Ya, Allah. Tolong selamatkan dia. Tidak putus-putus dia memohon doa
untuk keselamatan Nurul Nissa.
Hospital terdekat di Daerah Santubong ialah Normah Medical Specialist Centre. Apak
terus memecut laju. Dia dikejarkan ke bahagian kecemasan. Mak dan Apak uruskan
segala macam pendaftaran. Dia sekadar terduduk kaku di kerusi. Dia tak tahu apa
yang perlu dia buat. Terkejut. Takut. Menyesal. Atau apa perasaannya sekarang
ni. Dia pun tak tahu. Apa yang pasti dia amat risaukan keselamatan Nurul Nissa.
“Aunty dengan Uncle balik la dulu. Biar saya yang temankan
dia” Izwan Rizal memecah kesunyian antara mereka.
“Tak apa. Aunty tunggu sini” Mak tundukkan wajahnya. Jelas
kerisauan di raut wajah itu. Apak masih berwajah tenang. Tapi siapa tahu gelora
di dalam.
“Saya betul-betul minta maaf” Izwan Rizal tahan getaran di
dadan. Risau tentang keselamtan Nurul Nissa. Dia sedang bertarung nyawa di
dalam sana.
“What will be will be. Sama-sama kita doakan semuanya
selamat” Apak mengeluh berat. Nampaknya dia gagal menjaga Nurul Nissa seperti
yang Malissa amanahkan kepadanya.
Izwan Rizal berlalu dari situ. Jiwanya tidak tenang saat
ini. Dia perlukan ruang. Lapangkan dadanya yang sedang berkecamuk. Dia risau.
Dia takut jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pasti dia akan menyesal
sepanjang hayatnya. Sungguh dia amat takut menghadapi kemungkinan itu. Ya
Allah, jauhkan dia dari sebarang musibah. Pelihara dia dari bahaya. Aamiin. Dia
terus berdoa.
Lama dia berteleku di atas sejadah. Mengadap Maha Pencipta.
Mengadu kepada-Nya. Dia perlukan seseorang dan dia lebih tenang bila dia bersujud
kepada Kekasih-Nya. Rasa ringan beban yang sedang dia pikul. Rasa reda getaran
di dadanya. Lega bila dapat mengadu kepada Yang Maha Mendengar.
“Assalamulaikum” dia beri salam. Nampaknya Nurul Nissa dah
melepasi zon kritikal. Dia di tempatkan ke dalam bilik persenderian. Namun,
nafasnya masih lemah. Wajahnya yang membiru tadi sudah kembali asal. Tapi masih
jelas kelihatan pucat dan bintik merah di wajah itu masih ada. Alhamdulillah,
syukur.
“Kamu balik dulu. Esok datang lagi” Mak minta Izwan Rizal
beransur pulang.
“Aunty, uncle. Izinkan saya jaga Nurul Nissa malam ni”
Izwan Rizal tunjukkan kesungguhannya untuk temani Nurul Nissa.
Mak ajak Apak balik. Keadaan Nurul Nissa pun semakin
stabil. Izwan pun ada untuk menjaga Nurul Nissa. Memang Mak perlu balik, nak
tengok anak-anak tak ada siapa yang tolong jagakan mereka. Kesian dia orang
kena tingga tadi.
“Ada apa-apa cepat call Apak dengan Mak” Apak tepuk bahu
Izwan Rizal. Lepas tu mereka bersalam, Apak dan Mak beransur pulang.
“Hello Mommy. Ijal kat hospital ni. Esok Ijal balik” Izwan
Rizal call Mommy. Bagi tahu dia memang tak balik malam ni. Nanti risau pula
orang tua tu.
“Kamu dengan sape kat sana?” Puan Maria dah bersoal jawab.
“Sorang je. Teman dia sini. Dia pun demam lagi ni. Tapi dah
ok sikit. Tak apa, nanti oaring call lagi” Izwan Rizal malas nak bersoal jawab.
Tak larat dah ni.
Dia raup wajahnya. Berserabut. Macam-macam dia rasa. Letik
dan poenat dia sepanjang hari ni. Lelah dengan kejutan yang tak dia jangka. Tak
sanggup dia hadapi, ia melibatkan nyawa. Nyawa seseorang yang mula bertapak
dalam hatinya.
Jika ini dinamakan cinta pandang pertama. Ya, dia akui
kewujudan istilah itu. Kerana dia sedang mengalaminya. Dia sedang laluinya
kini. Tapi mungkinkah atas dasar tanggungjawab? Atau rasa bersalah menebal
dalam diri? Jika benar, kenapa dia sanggup ponteng kerja selama 2 hari?
Semata-mata untuk menjaga Nurul Nissa yang sedang terlantar sakit ini?
Dia renung seraut wajah ini. Masih lena diulit mimpi.
Tidurlah sayang. Semoga hari esok memberi sinar baru dalam hidup kami berdua.
Jika pertemuan antara mereka berdua adalah jalan menuju bahagia. Maka izinkan
aku untuk menyentuh cintamu itu. Izinkan aku untuk menjadi yang halal untukmu.
Itu janjiku kepada mu, Nurul Nissa.
Dan akhirnya dia terlena. Badannya penat. Tapi otaknya
lebih penat bekerja hari ini. Macam-macam dia fikirkan kemungkinan yang bakal
berlaku. Dan dia tak berdaya untuk menolong mahupun dia tanggung kesakitan yang
sedang dilalui Nurul Nissa.
Nurul Nissa gelisah ke kiri dan kanan. Serba tak kena.
Panas membahang dadanya. Mommy! Nurul Nissa seru nama itu berulang kali. Dia
amat perlukan Mommy sekarang ni. Sangat-sangat perlukan Mommy di sisinya. Ini
kali pertama dia terlantar sakit tanpa ditemani Mommy. Dan aku menangis sayu.
Tewas lagi dengan ujian Allah swt.
# Terima kasih kepada yang sudi
bersama2 'Itu Janji' dan sabar tunggu entry seterusnya. harap2 ada kelapangan
untuk saya terus menyambung 'Itu Janji' ok.
best nak lg.
ReplyDeletesabar ya. lately sy busy sgt2
ReplyDelete