30
“Nurul Nissa. Nurul Nissa, bangun” Mak ketuk pintu bilik
bertalu-talu. Cepat-cepat aku bingkas berdiri. Alamak, dah pukul berapa ni? Dia
dah mula dah. Kelam kabut tak tentu pasal. Mak la ni. Terkejut aku. Eh, sempat
lagi salahkan orang. Diri sendiri salah tak pernah nak mengaku!
“Mak, ok. Dah bangun dah” dia sahut panggilan Mak. Barulah
berhenti aktiviti mengetuk pintu oleh Mak. Adeh, sama macam Mommy!
Halamak, sejuk gila ni. Pukul 5am. Dah masuk waktu subuh.
Nak ambik wuduk pun sejuk semacam. Apa lagi nak mandi time-time ni. Ades…
apa-apa hal solat dulu. Mandi nanti-nanti la. Lepas breakfast ke. Hehe…
euwww… busuk punya budak! Eleh, kata kita lak. Macam ler you all tak pernah
buat. Selagi tak naik matahari, selagi tu ler kau orang tak mandi kan? Kan?
Eleh, ngaku je ler. Tak payah nak sopan sangat ya. Hihi…
Lepas solat subuh aku duduk di beranda bilik aku ni.
Menikmati permandangan matahari terbit. Permandangan mengadap laut yang sangat
cantik ok! Aku rasakan time tengok matahari terbit dan matahari terbenam adalah
saat romantic. Tapi setakat hari ni, aku masih menikmati saat-saat romantic
ciptaan Allah swt ni seorang diri. Merakam sejuta kesyukuran dengan nikmat yang
Allah pinjamkan ke atas aku. Alhamdulillah, syukur.
Bayu pantai berlagu merdu. Ombak semakin rancak membelai
pantai. Kedinginan pagi mencekam dada. Dia memeluk tubuhnya untuk menghangatkan
badannya. Cantiknya Ya Allah. Sempurna ciptaan Mu, Ya Allah. Tidak ada tolak
bandingannya. Terukir cantik di dada bumi.
“Izwan Khuzairi” dia pejamkan mata sambil menyeru segaris
nama itu. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Dia ingin terbang pulang ke
pangkuannya. Dia ingin sekali. Tapi dia tidak berdaya.
“Nurul Nissa, cepat siap. Kita dah nak gerak ni” Mak ketuk
pintu sekali lagi. Rajin betul Mak main ketuk-ketuk pintu ya. Hehe… aku kerling
jam. Eh, awal lagi kot dah nak gi ke? Tapi memang kena gi awal kot. Perjalanan
pun dah ambik masa dalam 1 jam or 1 ½ jam. Kalau lewat dah tak seronok nak
shopping. Kat sana panas yang amat ok!
Cepat-cepat dia capai towel. Mandi dan bersiap. Dia
sarungkan jeans half dan baju t. Ni pakaian rasmi dia la ni. Kiranya
simple-simple sudah. Ok siap! Rambut dia biarkan lepas bebas. Rambut baru
katakan. Hehe… laju dia turun menuju ke ruang dapur. Semua dah siap terhidang
di atas meja. Tunggu makan je. Kelibat Mak dan Apak tidak kelihatan. Adik-adik
pun tidak kelihatan. Entah ke mana dia orang pagi-pagi ni.
Aku ke ruang dapur. Pun tak ada orang. Aik? Sunyi je rumah
ni. Mana semua orang pergi eh? Awal lagi kot. Ke mana je dia orang ni eh?
Boring la aku sorang-sorang. Nak kata aku bangun lewat, mustahil. Awal lagi
kot. Pukul 5am. Sekarang baru pukul 6am. Mana la dia orang ni?
“Nurul Nissa, you belum siap?” tegur suara dari arah
belakang. Terkejut aku! Aku toleh kea rahnya. Dia senyum je tengok muka aku.
Suka eh dia dapat tengok muka aku terkejut beruk cam ni.
“Kenapa tak siap lagi?” dia menapak menghampiri aku yang
masih berdiri kaku. Tegap langkahnya. Teratur sekali. Memang dia lelaki
handsome. Kalau kau orang nak tahu macam mana rupa dia. Ada la iras-iras
pelakon cerita Suits DIVA 702 si Gabriel Macht tu. Muka handsome dan
nakal! Hehe…
Handsome tak Incik Izwan Rizal
kita ni? hehe... handsome kan dia? tapi nakal yang amat!
“You buat apa kat sini?” Nurul Nissa
jelling hujung mata. Hehe… malu nak tengok lebih-lebih. Handsome sangat kot.
Ades…
“Dah pergi mandi sana. Bau masam” dia
belai kepala Nurul nissa. Senyuman tak lekang dari bibir dia. Sungguh dia jatuh
sayang dengan gadis depannya ini. Comelnya dia ni! Geram Izwan Rizal. Rasa nak
cubit-cubit pipi gebu milik Nurul Nissa. Orang tua cakap, nak tengok wajah
perempuan tu cantik ke tak. Kena tengok wajah dia time dia baru bangun tidur.
Wajah asli tanpa secalit makeup. Kalau cantik, confirm cantik ler. Hehe… iya
idak?
Nurul Nissa berkerut kening dah tayang
muka pelik. Sampai berkerut-kerut kening dia. Hairan bin ajaib dengan
kemunculan Encik Izwan Rizal kita ni. Dah la pagi-pagi buta. Dia buat apa kat
sini? Dah kurang kerja ke dia ni sampai pagi-pagi buta dah bertandang rumah
orang.
“You tak nak ikut we all ke?” Izwan
Rizal masih seronok melayang karenah Nurul Nissa tu. Hai, comelnya dia ni. Tak
jemu dipandang. Makin dipandang makin comel pula tu.
“Gi mana?” dia buat dah perangai dia.
Blur tak habis-habis. Tayang muka blur cam tu.
“Tak nak ikut sudah. You duduk rumah
sorang-sorang” Izwan Rizal dah melangkah meninggalkan Nurul Nissa yang masih
terkebil-kebil.
“You all nak gi mana?” Nurul Nissa
berlari-lari anak untuk menghalang langkah Izwan Rizal. Hiss… geram betul la
dengan dia ni.
“Dah, naik mandi. Apa anak dara malas
mandi pagi ni” dia terus langkah. Sengaja dera Nurul Nissa. Eh, hello… cik
abang oit. Orang dah mandi ok! Punya la orang wangi cam ni pun dia boleh kata
kita masam dan tak mandi. Dah kenapa, tak boleh nak beza ke rupa orang mandi
dengan muka orang tak mandi?
“Jawab la dulu. You all nak gi mana?”
Nurul Nissa dah naik suara. Kaki dia dah pun jejak tempat parking kereta.
“Nissa, dah siap ke belum?” Mak dah
tegur aku. Oh, Mommy! Semua orang ada kat garaj ni. Huhu… malu aku tau tak!
Bengong punya Izwan Rizal ni. Sengaja la tu. Huhu… malu… laju aku berlari ke
tingkat atas. Malu punya pasal la nih! Sengal kau ni Nurul Nissa! Tak
habis-habis malukan diri sendiri. Huhu…
Lepas dia capai handbag, dia turun ke
bawah. Dia orang dah duduk di meja makan. Baru nak sarapan rupanya dia orang
ni. Apa lagi, jom makan. Hihi… pemalas punya anak dara! Bangun tidur terus
makan. Masaknya malas, tahu makan je. Apa nak jadi dengan anak dara zaman
sekarang ni hah? Sape nak tolong aku jawab? Hehe…
“Nurul Nissa, jemput makan” pelawa aunty
Maria. Eh, ni rumah Mak ke rumah aunty Maria ni. Eh, aku aku yang salah masuk
rumah? Ke aku yang salah ni? Eh, tetamu lak yang layan tuan rumah. Eh, aku dah
confuse. Huhu…
Izwan Rizal dah letak sepinggan nasi
lemak depan aku. Lepas tu dia tolong tuangkan air dalam cawan aku ni. Aik? Aku
tengok je apa yang dia buat tu. Pelik ni. Kenapa tetamu yang layan tuan rumah
ni? Aku pandang Mak nak mintak jawapan percuma. Tapi sayang, Mak tak tengok pun
muka aku yang cun nih. Huhu… samapai hati Mak!
“Lepas breakfast kita gerak ya” dia
cakap dengan Nurul Nissa. Macam pujuk budak-budak kecik la pulak. Aku buat-buat
tak dengar. Malu pun ya jugak ni. Huhu…
“Apak, betul ke tak nak join kami ni?”
dia Tanya Apak yang duduk di kepala meja. Ketua keluargakan. Harus ler duduk di
kepala meja. Sesuai dengan title ketua keluarga tu. Ketua, kepala. Kepala,
ketua? Eh… aku merapu lagi. Aku tengok Mak tu rajin layan Apak, letak itu ini
dalam pinggan Apak. Hai, bagus betul pasangan kita ni. Seronok aku tengok Mak
dengan Apak ni. Tak lokek mereka tunjukkan kasih sayang masing-masing.
“Apak ada meeting. Next time Apak join
ya” Apak senyum je tengok aku. Lepas tu dia pandang balik wife dia tu. Mak ler,
sape lagi. Hai, untung betul Mak ni. Dah la Apak tu handsome orangnya, baik,
penyayang, peramah, kaya. Aku pun kalau yang macam arwah Daddy dan Apak ni la.
Setia pada yang satu. Hehe… sempat lagi tu.
Lepas tu aku ngap! Makan sampai kenyang.
Harus aku kumpul tenaga, nak gi shopping ni beb! Bukan calang-calang tempat aku
nak shopping ni. Kat Sarikei, Sarawak ni. Jauh perjalanan oit. Banyak nak guna
tenaga pula tu. Sape kata shopping ni tak berfaedah? Banyak oit. Selain terapi
minda, aktiviti shopping juga merupakan exercises. Hihi… kalau dah berjalan
memang tak ingat dunia. Bila balik rumah baru rasa lenguh badan. Kau orang pun
sama kan-kan? Eleh, malu-malu nak ngaku lak. Pigi daaa…
Dia orang dok menyembang apa tah. Aku
malas nak campur. Lagi pun aku bukan minat sangat nak sembang benda merepek ni.
Buang air liur aku je. Hihi... eleh, yang dia dok merapu meraban ni berfaedah
sangat la kan? Sabo je la…
Lepas makan-makan, aku pun tolong Mak
berkemas. Jangan tak tahu. Mak tak hired pembantu rumah tau. Semua Mak uruskan
sendiri. Dari memasak, kemas rumah, dobi baju. Semua Mak uruskan sendiri tau.
Paling tak pun sebulan sekali ada orang datang tolong Mak. Tu pun untuk
berkemas. Masak memasak memang Mak tak kasi. Mak kata air tangan isteri untuk
jamu suami dan anak-anak lebih afdal. Cayalah Mak. Memang terbaik!
Pembantu yang datang tu pun sebab nak
tolong Mak mop lantai. Sapu serawang, cuci longkang, potong pokok, cuci
swimming pool. Apa lagi eh? Pokok pangkalnya semua kerja berat yang memerlukan
tenaga, pembantu Mak yang settlekan. Lagi pula, pembantu yang Mak panggil tu
tak tinggal sekali dengan mereka tau. So, memang ada privacy la mereka anak
beranak. Esok-esok kalau aku dah kahwin. Aku pun nak macam ni la. Baru ada
privacy kami laki bini. Hehe… tak habis-habis aku berangan.
Sepanjang perjalanan aku diam je. Dah la
kena duduk kat depan ni dengan Encik Izwan Rizal kita tu. Katanya nak aku jadi
copilot dia. Kan aku biasa dengan tempat ni. Dulukan aku pernah study sini.
Eleh, alas an. Megada-ngada betul dia ni. Dia tu kerja kat sini ok! Lagi la
biasa dengan tempat ni. Yang mengada mintak aku jadi copilot dia tu kenapa tah.
Kalau nak ngorat aku ni cakap je la. Tak usah ler cari helah macam-macam. Kan
senang cerita. Haha… kau perasan lagi Nurul Nissa oit!
Cantiknya permandangan di sepanjang
perjalanan ke Sarikei. Hutan menghijau, berbukit bakau kiri dan kanan. Cuaca
redup mengiringi perjalanan kami. Dingin sekali. Dia buang pandangan ke sisi.
Kelihatan Izwan Rizal memandu tenang, tidak ada sepatah perkataan antara mereka
sepajang perjalanan ini. Lokek benar dia dengan lelaki ini. Jual mahal walaupun
Izwan Rizal sudah mula berjinak-jinak menghulurkan salam perkenalan.
Entah mengapa dia rasa selesa bila
bersama lelaki ni. Tapi sedikit perasaan meluat jika kenangkan sikap buaya dan
miang keladi. Pengalaman dengan Hasrul khizairi buat dia rasa benci dengan
lelaki jenis buaya. Tapi kenapa dia rasa selesa dengan Izwan Rizal? Biarpun
mereka baru 3 kali bersua muka. Mungkin juga kerana dia anak kepada kawan Mak
dan Apak. Namun, dia tetap nafikan perasaan senang itu, dia pun tidak tahu
mengapa dia bersikap dingin begini.
“Nissa, bangun. Kita dah sampai ni” dia
tepuk pipi Nurul Nissa. Tak boleh buat kawan. Ingat boleh bersembang nak
hilangkan mengantuk. Tapi harammm… boleh dia buat tahi mata. Sabar je lah dia
nih!
Nurul Nissa gosok mata, sebelum dia buka
kelopak matanya. Berkerut kening menahan silau. Dia kalih ke kiri. Pintu kereta
dah terbuka dan kelihatan Izwan Rizal tersenyum manis. Hai, murah benar
senyuman dia tu. Kalau hari hari dia senyum macam ni boleh kencing manis aku!
Hehe…
Mak, aunty Maria dan adik-adik dah
meninjau kawasan. Amboi dia orang, laju je ya. Nabis baik Encik Izwan Rizal
kita ni tak tinggal aku dalam kereta. Kalau tak mati lemas aku kat dalam ni.
Nauzubillah… mintak dijauhkan daripada perkara tak elok.
Aku keluar dari perut kereta Toyota
Alphad. Mengeliat 2, 3 kali. Ni pun kereta Apak lagi ya. Sebab kami pergi
bersama dan Apak tak benarkan aku driving. So, Apak dengan berbesar hati
memberi kami bawak mpv dia ni. Sumbat semua sekali dan pak supirnya Encik Izwan
Rizal kita tu. Hehe…
Mak oit, panasnya cuaca kat sini.
Membahang. Boleh migraine aku macam ni. Fuh, belum apa-apa dah berpeluh. Baru
pukul 8.30 kot. Dah gini cuacanya. Kau orang bayangkan sendiri ler kalau pukul
12 tengah hari. Matahari terpacak atas kepala. Mendidih otak aku. Huhu…
“Mak nak cari apa dulu?” aku jalan ke
arah Mak. Izwan Rizal aku tinggalkan. Dia tengah kunci kereta tu. Alah,
pandai-pandai la dia. Tak kan aku nak kena tunggu dia kot.
“Nissa nak cari apa?” Mak Tanya aku
balik. Ades… orang Tanya dia dulu. Mana aci Mak main ngelat.
“Kain kot” kita orang jalan beriringan.
Lepas tu Mak tinggalkan aku, dia pergi dapatkan aunty Maria. Adik-adik aku tah
mana hilang. Teruk betul budak-budak ni. Tak tunggu pun aku.
“Nak cari apa?” dia tegur Nurul Nissa
yang kelihatan terpinga-pinga. Berdiri tegak di tengah jalan.
“Kain kot. Entah la. Tak tahu lagi.
Tengok-tongok dulu la” Nurul Nissa tahan jari dia atas kepala. Silau. Dah la
dia ni tinggi. Hisss…
“Nah” dia pakaikan topi atas kepala
Nurul Nissa. Fuh, lega. Hilang rasa panas. Tapi still silau lagi ni. Sunglasses
tak ada ke? Hehe… hamboi, bagi betis nak peha lak dia. Mengada!
“Thanks” Nurul Nissa singgah dari satu
kedai ke satu kedai. Tengok-tengok dulu. Mana tau ada yang berkenan di hati.
Baru boleh rembat.
Si Izwan Rizal tu mengekor je dari tadi.
Orang sibuk pilih dia pun sama naik. Orang nak yang itu, dia bagi yang ini.
Orang mintak yang lain, dia mintak yang itu. Ada je yang tak kena di mata dia.
Kain tu corak macam Mak-Mak. Tak sesuai dengan aku katanya. Warna gelap macam
baju orang tua. Tak sesuai dengan aku yang muda belia nih. Cerewet! Arghhh…
tension aku. Alih-alih aku tak beli apa pun lagi.
Dia lap peluh dengan tapak tangan. Panas
membahang makin terasa. Topi atas kepala dia tanggalkan dan dia kipaskan ke
wajahnya yang tengah membahang ni. Ya Allah, ni baru panas atas dunia. Belum
azab api neraka.
“You nak air tak?” Tanya Izwan Rizal
yang masih setia di sisinya. Wah… jangan jealous you all.
“Boleh juga” bagus juga tu. Tekak pun
tengah haus ni.
“Panasnya cuaca hari ni” Izwan Rizal lap
peluh di dahi dia. Muka dia pun dah membahang merah. Oh, handsomenya dia. Oit,
gatai eh kau ni Nurul Nissa!
“Nak air apa?” dia capai air 100 plus.
“Mineral water” tak nak air manis-manis.
Panas ni. Tekak pun tengah haus. Minum air cool plain memang best. Boleh
legakan tekak dia ni.
“Nah” Izwan Rizal hulurkan. Dia sambut
nak tak nak. Ni buka mineral water. Ni air minuman. Huhu… tak nak yang ni.
Nurul Nissa renung je botol air dalam tangan dia tu.
“Kenapa tak minum?” tanya Izwan Rizal,
pelik dia bila tengok Nurul Nissa renung je air tu. Bukan boleh hilang haus
kalau setakat renung je air macam tu.
“Ni air minuman. Bukan mineral water”
dia bagi balik kat Izwan Rizal. Tak nak minum la. Terus dia menonon melangkah
keluar dari kedai tu. Eh, megada-ngada betul dia ni!
“You ni kenapa? Minum je la. Hydration
baru tahu. Ambik dan minum” dia berdiri depan Nurul Nissa. Tajam renungannya.
Mengada!
Dia capai dengan separuh hati. Minum
sikit buat syarat. Yarkkk… tak sedap! Kau orang tahu kan bezakan air minuman
dengan air mineral? Memang lain sangat-sangat. Hai, Nurul Nissa sejak bila jadi
mengada-ngada ni? Ni tak lain tak bukan, berjangkit dengan big boss la ni! Eh,
salahkan big boss lak. Sorry.
“Minum je la. Kat Afrika nun lagi teruk.
Air longkang pun dia orang sanggup minum” Izwan Rizal dah membebel tah apa-apa.
Euww… air longkang? Tapi betul apa. Kat sana kan susah nak dapatkan bekalan air
bersih. Ades, insaf jap. Huhu…
Lepas tu aku berjaya habiskan sebotol
air minuman. Emm.. boleh pun. Saja mengada-ngada Nurul Nissa ni. Hilang juga
haus aku ni. Cuaca makin panas. Aku nampak Mak dengan aunty Maria dah bimbit
beg plastic kiri dan kanan. Wah, dia orang dah banyak shopping. Aku tak beli
apa pun lagi ni. Ini tak boleh jadi ni! Harus aku cepat melancarkan misi
bershopping. Wah, semangat sudah datang. Hihi…
Aku berjalan ke kedai yang menjual
telkung. Pilih punya pilih aku ambik la satu. Bersulam biru torquiest. Lepas tu
aku ambik untuk Mommy dan Mak satu sorang. Sulaman merah hati. Lepas buat tawar
menawar aku pun bayar la. Oh ya, itu pun Encik Izwan Rizal yang deal ya. Dasyat
juga skill tawar menawar dia ni. Hihi… ada guna juga bawak dia ni. Jimat duit
aku. Haha…
Aku ke kedai lain, jual kain pasang lak.
Ok, aku dah pun pilih satu. Pun warna biru torquiest. Buat baju kebaya cantik
ni! Sulaman penuh dengan manic dan labuci. Cantiknya. Kiranya aku terpikat
pandang pertama ni. Terus aku sambar. Aku beli satu untuk aku dan aunty Maria.
Anak teruna dia cakap Mommy dia suka color hijau. Ok then, aku tapow 2 helai.
Aku jalan lagi. Berhenti kedai jual
bear. Ok, aku masuk lagi. Aku pilih untuk adik-adik aku tu. Wah, semangat aku
shopping nampaknya. Kiranya berkesan juga aku minum air tadi. Hehe… dapat
tenaga luar biasa ni.
“Buat apa beli ni? Macam budak-budak!”
dia dah membebel tah apa-apa kat aku ni. Eleh, kecoh la Pak Cik nih! Aku cepuk
kang. Malas aku nak layan. Aku tak hirau apa yang dia dok bebel tu.
“Ni dapat RM10 tak?” aku dah capai
seekor bear. Pak Cik tu tak nak kasi. Aku tengok Izwan Rizal. Nak minta tolong
dia tawar menawar untuk aku ni. Tapi dia buat derkkk je. Huh!
“Saya buka beli untuk saya la. Ni untuk
adik-adik!” hah, kan dah naik suara aku kat dia. Dan dah kena marah free-free
je dengan aku.
Dia jeling aku sekalias. Tapi dia tetap
tolong aku tawar menawar. Kiranya boleh harap juga dia ni. Hehe… tapi itu la,
aku kena banyak bersabar dengan perangai dia yang jenis ikut kepala dia sendiri
je tu. Aku tak peduli, peduli apa aku. Janji apa yang aku hajati tercapai.
Hehe… aku beli 2 ekor bear untuk adik kedua dan si bongsu. Spongbob 1, Patric 1
untuk adik-adik lelaki aku. Lepas tu aku capai lagi satu Schin Chan. Tu aku nak
kasi kat Pak Cik ni. Hihi… diakan nakal macam Chin Chan tu ha.
Cuba kau orang bayangkan tangan aku dah
pun penuh dengan barang entah-apa-apa ni. Berat pulak tu. Hampes punya Pak Cik
Tua! Tak tolong pun aku angkat benda alah ni. Berat tau tak! Eh, marah orang
lak. Dia yang nak beli. Huhu… dalam dok terkial-kial aku angkut barang-barang
ni. Hujan turun la pulak dah. Lebat gila. Huhu…habis la aku. Basah la aku. Aku
dah tak tahu nak lari ke mana dengan barang penuh kat tangan ni. Uwaaa… sedih!
“Nurul Nissa, sini saya pegang. Awak
ambik payung ni” dia dah ambik barang tah apa-apa tu dari tangan aku. Nak tak
nak aku kena la sambut payung kat tangan dia tu. Eh, baru je ngumpat dia tadi.
Sorry. Aku tengok je dia. Terharu la jugak. Huhu… Thanks. Aku payungkan dia
tapi dia ni tinggi sangat. Naik lenguh tangan aku ni. Last-last dia jugak yang
pegang payung tu. Dengan barang aku yang tak berapa nak berfaedah ni. Huhu… aku
terharu sekali lagi.
Kami berteduh bawah pondok kosong ni.
Tapi makin ramai orang yang tumpang berteduh. Dah pun penuh sesak dengan
manusia. Aku dah mula rasa tak selesa. Ada yang bergesel-gesel dengan aku.
Gatal! Aku rapat kat Izwan. Dia perasan aku tak selesa dengan keadaan tempat
tu. Dia tarik aku kat depan dia. Memang time ni aku rasa dia amat melindungi
aku dari usikan nakal lelaki bawah pondok tu. Huhu… terima kasih sekali lagi.
“Awak, dia orang kat mana?” aku toleh
sikit. Dia berdiri tegak kat belakang aku ni. Terasa panas bahang badan dia ni.
Oh Tuhan, berdebar jantung aku.
“Ada, dia orang dah masuk dalam kereta”
dia tunduk sikit berbisik ke cuping telinga aku. Adus… makin berdebar jantung
aku.
“Jom kita ke kereta” aku capai payung.
Rasa berdebar bukan main lagi ni. Harus aku elakkan benda yang tak sepatutnya.
Huhu… segan aku tau.
“Jap lagi. Tunggu reda sikit” dia tarik
pinggan aku supaya masuk balik. Oh, makin dekat melekat kat badan dia. Huhu…
aku terpaksa ok! Sebab kalau aku ke depan sikit lagi mesti kena tempias hujan.
Ades, peluh menitik di dahi aku ni.
Dalam cuaca hujan pun aku boleh berpeluh. Panic punya pasal la ni. Huhu… hangat
kat dalam ni. Ades… kerja keras jantung aku hari ni. Dah lama aku tak rasa
getaran macam ni.
best nak lg.
ReplyDelete