Wednesday, 20 March 2013

ITU JANJI 30



30


“Nurul Nissa. Nurul Nissa, bangun” Mak ketuk pintu bilik bertalu-talu. Cepat-cepat aku bingkas berdiri. Alamak, dah pukul berapa ni? Dia dah mula dah. Kelam kabut tak tentu pasal. Mak la ni. Terkejut aku. Eh, sempat lagi salahkan orang. Diri sendiri salah tak pernah nak mengaku!

“Mak, ok. Dah bangun dah” dia sahut panggilan Mak. Barulah berhenti aktiviti mengetuk pintu oleh Mak. Adeh, sama macam Mommy!

Halamak, sejuk gila ni. Pukul 5am. Dah masuk waktu subuh. Nak ambik wuduk pun sejuk semacam. Apa lagi nak mandi time-time ni. Ades… apa-apa hal solat dulu. Mandi nanti-nanti la. Lepas breakfast ke.  Hehe… euwww… busuk punya budak! Eleh, kata kita lak. Macam ler you all tak pernah buat. Selagi tak naik matahari, selagi tu ler kau orang tak mandi kan? Kan? Eleh, ngaku je ler. Tak payah nak sopan sangat ya. Hihi…

Lepas solat subuh aku duduk di beranda bilik aku ni. Menikmati permandangan matahari terbit. Permandangan mengadap laut yang sangat cantik ok! Aku rasakan time tengok matahari terbit dan matahari terbenam adalah saat romantic. Tapi setakat hari ni, aku masih menikmati saat-saat romantic ciptaan Allah swt ni seorang diri. Merakam sejuta kesyukuran dengan nikmat yang Allah pinjamkan ke atas aku. Alhamdulillah, syukur.

Bayu pantai berlagu merdu. Ombak semakin rancak membelai pantai. Kedinginan pagi mencekam dada. Dia memeluk tubuhnya untuk menghangatkan badannya. Cantiknya Ya Allah. Sempurna ciptaan Mu, Ya Allah. Tidak ada tolak bandingannya. Terukir cantik di dada bumi.

“Izwan Khuzairi” dia pejamkan mata sambil menyeru segaris nama itu. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. Dia ingin terbang pulang ke pangkuannya. Dia ingin sekali. Tapi dia tidak berdaya.

“Nurul Nissa, cepat siap. Kita dah nak gerak ni” Mak ketuk pintu sekali lagi. Rajin betul Mak main ketuk-ketuk pintu ya. Hehe… aku kerling jam. Eh, awal lagi kot dah nak gi ke? Tapi memang kena gi awal kot. Perjalanan pun dah ambik masa dalam 1 jam or 1 ½ jam. Kalau lewat dah tak seronok nak shopping. Kat sana panas yang amat ok!

Cepat-cepat dia capai towel. Mandi dan bersiap. Dia sarungkan jeans half dan baju t. Ni pakaian rasmi dia la ni. Kiranya simple-simple sudah. Ok siap! Rambut dia biarkan lepas bebas. Rambut baru katakan. Hehe… laju dia turun menuju ke ruang dapur. Semua dah siap terhidang di atas meja. Tunggu makan je. Kelibat Mak dan Apak tidak kelihatan. Adik-adik pun tidak kelihatan. Entah ke mana dia orang pagi-pagi ni.

Aku ke ruang dapur. Pun tak ada orang. Aik? Sunyi je rumah ni. Mana semua orang pergi eh? Awal lagi kot. Ke mana je dia orang ni eh? Boring la aku sorang-sorang. Nak kata aku bangun lewat, mustahil. Awal lagi kot. Pukul 5am. Sekarang baru pukul 6am. Mana la dia orang ni?

“Nurul Nissa, you belum siap?” tegur suara dari arah belakang. Terkejut aku! Aku toleh kea rahnya. Dia senyum je tengok muka aku. Suka eh dia dapat tengok muka aku terkejut beruk cam ni.

“Kenapa tak siap lagi?” dia menapak menghampiri aku yang masih berdiri kaku. Tegap langkahnya. Teratur sekali. Memang dia lelaki handsome. Kalau kau orang nak tahu macam mana rupa dia. Ada la iras-iras pelakon cerita Suits DIVA 702 si Gabriel Macht tu. Muka handsome dan nakal! Hehe…


 Handsome tak Incik Izwan Rizal kita ni? hehe... handsome kan dia? tapi nakal yang amat!


“You buat apa kat sini?” Nurul Nissa jelling hujung mata. Hehe… malu nak tengok lebih-lebih. Handsome sangat kot. Ades…

“Dah pergi mandi sana. Bau masam” dia belai kepala Nurul nissa. Senyuman tak lekang dari bibir dia. Sungguh dia jatuh sayang dengan gadis depannya ini. Comelnya dia ni! Geram Izwan Rizal. Rasa nak cubit-cubit pipi gebu milik Nurul Nissa. Orang tua cakap, nak tengok wajah perempuan tu cantik ke tak. Kena tengok wajah dia time dia baru bangun tidur. Wajah asli tanpa secalit makeup. Kalau cantik, confirm cantik ler. Hehe… iya idak?

Nurul Nissa berkerut kening dah tayang muka pelik. Sampai berkerut-kerut kening dia. Hairan bin ajaib dengan kemunculan Encik Izwan Rizal kita ni. Dah la pagi-pagi buta. Dia buat apa kat sini? Dah kurang kerja ke dia ni sampai pagi-pagi buta dah bertandang rumah orang.

“You tak nak ikut we all ke?” Izwan Rizal masih seronok melayang karenah Nurul Nissa tu. Hai, comelnya dia ni. Tak jemu dipandang. Makin dipandang makin comel pula tu.

“Gi mana?” dia buat dah perangai dia. Blur tak habis-habis. Tayang muka blur cam tu.

“Tak nak ikut sudah. You duduk rumah sorang-sorang” Izwan Rizal dah melangkah meninggalkan Nurul Nissa yang masih terkebil-kebil.

“You all nak gi mana?” Nurul Nissa berlari-lari anak untuk menghalang langkah Izwan Rizal. Hiss… geram betul la dengan dia ni.

“Dah, naik mandi. Apa anak dara malas mandi pagi ni” dia terus langkah. Sengaja dera Nurul Nissa. Eh, hello… cik abang oit. Orang dah mandi ok! Punya la orang wangi cam ni pun dia boleh kata kita masam dan tak mandi. Dah kenapa, tak boleh nak beza ke rupa orang mandi dengan muka orang tak mandi?

“Jawab la dulu. You all nak gi mana?” Nurul Nissa dah naik suara. Kaki dia dah pun jejak tempat parking kereta.

“Nissa, dah siap ke belum?” Mak dah tegur aku. Oh, Mommy! Semua orang ada kat garaj ni. Huhu… malu aku tau tak! Bengong punya Izwan Rizal ni. Sengaja la tu. Huhu… malu… laju aku berlari ke tingkat atas. Malu punya pasal la nih! Sengal kau ni Nurul Nissa! Tak habis-habis malukan diri sendiri. Huhu…

Lepas dia capai handbag, dia turun ke bawah. Dia orang dah duduk di meja makan. Baru nak sarapan rupanya dia orang ni. Apa lagi, jom makan. Hihi… pemalas punya anak dara! Bangun tidur terus makan. Masaknya malas, tahu makan je. Apa nak jadi dengan anak dara zaman sekarang ni hah? Sape nak tolong aku jawab? Hehe…

“Nurul Nissa, jemput makan” pelawa aunty Maria. Eh, ni rumah Mak ke rumah aunty Maria ni. Eh, aku aku yang salah masuk rumah? Ke aku yang salah ni? Eh, tetamu lak yang layan tuan rumah. Eh, aku dah confuse. Huhu…

Izwan Rizal dah letak sepinggan nasi lemak depan aku. Lepas tu dia tolong tuangkan air dalam cawan aku ni. Aik? Aku tengok je apa yang dia buat tu. Pelik ni. Kenapa tetamu yang layan tuan rumah ni? Aku pandang Mak nak mintak jawapan percuma. Tapi sayang, Mak tak tengok pun muka aku yang cun nih. Huhu… samapai hati Mak!

“Lepas breakfast kita gerak ya” dia cakap dengan Nurul Nissa. Macam pujuk budak-budak kecik la pulak. Aku buat-buat tak dengar. Malu pun ya jugak ni. Huhu…

“Apak, betul ke tak nak join kami ni?” dia Tanya Apak yang duduk di kepala meja. Ketua keluargakan. Harus ler duduk di kepala meja. Sesuai dengan title ketua keluarga tu. Ketua, kepala. Kepala, ketua? Eh… aku merapu lagi. Aku tengok Mak tu rajin layan Apak, letak itu ini dalam pinggan Apak. Hai, bagus betul pasangan kita ni. Seronok aku tengok Mak dengan Apak ni. Tak lokek mereka tunjukkan kasih sayang masing-masing.

“Apak ada meeting. Next time Apak join ya” Apak senyum je tengok aku. Lepas tu dia pandang balik wife dia tu. Mak ler, sape lagi. Hai, untung betul Mak ni. Dah la Apak tu handsome orangnya, baik, penyayang, peramah, kaya. Aku pun kalau yang macam arwah Daddy dan Apak ni la. Setia pada yang satu. Hehe… sempat lagi tu.

Lepas tu aku ngap! Makan sampai kenyang. Harus aku kumpul tenaga, nak gi shopping ni beb! Bukan calang-calang tempat aku nak shopping ni. Kat Sarikei, Sarawak ni. Jauh perjalanan oit. Banyak nak guna tenaga pula tu. Sape kata shopping ni tak berfaedah? Banyak oit. Selain terapi minda, aktiviti shopping juga merupakan exercises. Hihi… kalau dah berjalan memang tak ingat dunia. Bila balik rumah baru rasa lenguh badan. Kau orang pun sama kan-kan? Eleh, malu-malu nak ngaku lak. Pigi daaa…

Dia orang dok menyembang apa tah. Aku malas nak campur. Lagi pun aku bukan minat sangat nak sembang benda merepek ni. Buang air liur aku je. Hihi... eleh, yang dia dok merapu meraban ni berfaedah sangat la kan? Sabo je la…

Lepas makan-makan, aku pun tolong Mak berkemas. Jangan tak tahu. Mak tak hired pembantu rumah tau. Semua Mak uruskan sendiri. Dari memasak, kemas rumah, dobi baju. Semua Mak uruskan sendiri tau. Paling tak pun sebulan sekali ada orang datang tolong Mak. Tu pun untuk berkemas. Masak memasak memang Mak tak kasi. Mak kata air tangan isteri untuk jamu suami dan anak-anak lebih afdal. Cayalah Mak. Memang terbaik!

Pembantu yang datang tu pun sebab nak tolong Mak mop lantai. Sapu serawang, cuci longkang, potong pokok, cuci swimming pool. Apa lagi eh? Pokok pangkalnya semua kerja berat yang memerlukan tenaga, pembantu Mak yang settlekan. Lagi pula, pembantu yang Mak panggil tu tak tinggal sekali dengan mereka tau. So, memang ada privacy la mereka anak beranak. Esok-esok kalau aku dah kahwin. Aku pun nak macam ni la. Baru ada privacy kami laki bini. Hehe… tak habis-habis aku berangan.  

Sepanjang perjalanan aku diam je. Dah la kena duduk kat depan ni dengan Encik Izwan Rizal kita tu. Katanya nak aku jadi copilot dia. Kan aku biasa dengan tempat ni. Dulukan aku pernah study sini. Eleh, alas an. Megada-ngada betul dia ni. Dia tu kerja kat sini ok! Lagi la biasa dengan tempat ni. Yang mengada mintak aku jadi copilot dia tu kenapa tah. Kalau nak ngorat aku ni cakap je la. Tak usah ler cari helah macam-macam. Kan senang cerita. Haha… kau perasan lagi Nurul Nissa oit!

Cantiknya permandangan di sepanjang perjalanan ke Sarikei. Hutan menghijau, berbukit bakau kiri dan kanan. Cuaca redup mengiringi perjalanan kami. Dingin sekali. Dia buang pandangan ke sisi. Kelihatan Izwan Rizal memandu tenang, tidak ada sepatah perkataan antara mereka sepajang perjalanan ini. Lokek benar dia dengan lelaki ini. Jual mahal walaupun Izwan Rizal sudah mula berjinak-jinak menghulurkan salam perkenalan.

Entah mengapa dia rasa selesa bila bersama lelaki ni. Tapi sedikit perasaan meluat jika kenangkan sikap buaya dan miang keladi. Pengalaman dengan Hasrul khizairi buat dia rasa benci dengan lelaki jenis buaya. Tapi kenapa dia rasa selesa dengan Izwan Rizal? Biarpun mereka baru 3 kali bersua muka. Mungkin juga kerana dia anak kepada kawan Mak dan Apak. Namun, dia tetap nafikan perasaan senang itu, dia pun tidak tahu mengapa dia bersikap dingin begini.

“Nissa, bangun. Kita dah sampai ni” dia tepuk pipi Nurul Nissa. Tak boleh buat kawan. Ingat boleh bersembang nak hilangkan mengantuk. Tapi harammm… boleh dia buat tahi mata. Sabar je lah dia nih!

Nurul Nissa gosok mata, sebelum dia buka kelopak matanya. Berkerut kening menahan silau. Dia kalih ke kiri. Pintu kereta dah terbuka dan kelihatan Izwan Rizal tersenyum manis. Hai, murah benar senyuman dia tu. Kalau hari hari dia senyum macam ni boleh kencing manis aku! Hehe…

Mak, aunty Maria dan adik-adik dah meninjau kawasan. Amboi dia orang, laju je ya. Nabis baik Encik Izwan Rizal kita ni tak tinggal aku dalam kereta. Kalau tak mati lemas aku kat dalam ni. Nauzubillah… mintak dijauhkan daripada perkara tak elok.

Aku keluar dari perut kereta Toyota Alphad. Mengeliat 2, 3 kali. Ni pun kereta Apak lagi ya. Sebab kami pergi bersama dan Apak tak benarkan aku driving. So, Apak dengan berbesar hati memberi kami bawak mpv dia ni. Sumbat semua sekali dan pak supirnya Encik Izwan Rizal kita tu. Hehe…

Mak oit, panasnya cuaca kat sini. Membahang. Boleh migraine aku macam ni. Fuh, belum apa-apa dah berpeluh. Baru pukul 8.30 kot. Dah gini cuacanya. Kau orang bayangkan sendiri ler kalau pukul 12 tengah hari. Matahari terpacak atas kepala. Mendidih otak aku. Huhu…

“Mak nak cari apa dulu?” aku jalan ke arah Mak. Izwan Rizal aku tinggalkan. Dia tengah kunci kereta tu. Alah, pandai-pandai la dia. Tak kan aku nak kena tunggu dia kot.

“Nissa nak cari apa?” Mak Tanya aku balik. Ades… orang Tanya dia dulu. Mana aci Mak main ngelat.

“Kain kot” kita orang jalan beriringan. Lepas tu Mak tinggalkan aku, dia pergi dapatkan aunty Maria. Adik-adik aku tah mana hilang. Teruk betul budak-budak ni. Tak tunggu pun aku.

“Nak cari apa?” dia tegur Nurul Nissa yang kelihatan terpinga-pinga. Berdiri tegak di tengah jalan.

“Kain kot. Entah la. Tak tahu lagi. Tengok-tongok dulu la” Nurul Nissa tahan jari dia atas kepala. Silau. Dah la dia ni tinggi. Hisss…

“Nah” dia pakaikan topi atas kepala Nurul Nissa. Fuh, lega. Hilang rasa panas. Tapi still silau lagi ni. Sunglasses tak ada ke? Hehe… hamboi, bagi betis nak peha lak dia. Mengada!

“Thanks” Nurul Nissa singgah dari satu kedai ke satu kedai. Tengok-tengok dulu. Mana tau ada yang berkenan di hati. Baru boleh rembat.

Si Izwan Rizal tu mengekor je dari tadi. Orang sibuk pilih dia pun sama naik. Orang nak yang itu, dia bagi yang ini. Orang mintak yang lain, dia mintak yang itu. Ada je yang tak kena di mata dia. Kain tu corak macam Mak-Mak. Tak sesuai dengan aku katanya. Warna gelap macam baju orang tua. Tak sesuai dengan aku yang muda belia nih. Cerewet! Arghhh… tension aku. Alih-alih aku tak beli apa pun lagi.

Dia lap peluh dengan tapak tangan. Panas membahang makin terasa. Topi atas kepala dia tanggalkan dan dia kipaskan ke wajahnya yang tengah membahang ni. Ya Allah, ni baru panas atas dunia. Belum azab api neraka.

“You nak air tak?” Tanya Izwan Rizal yang masih setia di sisinya. Wah… jangan jealous you all.

“Boleh juga” bagus juga tu. Tekak pun tengah haus ni.

“Panasnya cuaca hari ni” Izwan Rizal lap peluh di dahi dia. Muka dia pun dah membahang merah. Oh, handsomenya dia. Oit, gatai eh kau ni Nurul Nissa!

“Nak air apa?” dia capai air 100 plus.

“Mineral water” tak nak air manis-manis. Panas ni. Tekak pun tengah haus. Minum air cool plain memang best. Boleh legakan tekak dia ni.

“Nah” Izwan Rizal hulurkan. Dia sambut nak tak nak. Ni buka mineral water. Ni air minuman. Huhu… tak nak yang ni. Nurul Nissa renung je botol air dalam tangan dia tu.

“Kenapa tak minum?” tanya Izwan Rizal, pelik dia bila tengok Nurul Nissa renung je air tu. Bukan boleh hilang haus kalau setakat renung je air macam tu.

“Ni air minuman. Bukan mineral water” dia bagi balik kat Izwan Rizal. Tak nak minum la. Terus dia menonon melangkah keluar dari kedai tu. Eh, megada-ngada betul dia ni!

“You ni kenapa? Minum je la. Hydration baru tahu. Ambik dan minum” dia berdiri depan Nurul Nissa. Tajam renungannya. Mengada!

Dia capai dengan separuh hati. Minum sikit buat syarat. Yarkkk… tak sedap! Kau orang tahu kan bezakan air minuman dengan air mineral? Memang lain sangat-sangat. Hai, Nurul Nissa sejak bila jadi mengada-ngada ni? Ni tak lain tak bukan, berjangkit dengan big boss la ni! Eh, salahkan big boss lak. Sorry.

“Minum je la. Kat Afrika nun lagi teruk. Air longkang pun dia orang sanggup minum” Izwan Rizal dah membebel tah apa-apa. Euww… air longkang? Tapi betul apa. Kat sana kan susah nak dapatkan bekalan air bersih. Ades, insaf jap. Huhu…

Lepas tu aku berjaya habiskan sebotol air minuman. Emm.. boleh pun. Saja mengada-ngada Nurul Nissa ni. Hilang juga haus aku ni. Cuaca makin panas. Aku nampak Mak dengan aunty Maria dah bimbit beg plastic kiri dan kanan. Wah, dia orang dah banyak shopping. Aku tak beli apa pun lagi ni. Ini tak boleh jadi ni! Harus aku cepat melancarkan misi bershopping. Wah, semangat sudah datang. Hihi…

Aku berjalan ke kedai yang menjual telkung. Pilih punya pilih aku ambik la satu. Bersulam biru torquiest. Lepas tu aku ambik untuk Mommy dan Mak satu sorang. Sulaman merah hati. Lepas buat tawar menawar aku pun bayar la. Oh ya, itu pun Encik Izwan Rizal yang deal ya. Dasyat juga skill tawar menawar dia ni. Hihi… ada guna juga bawak dia ni. Jimat duit aku. Haha…

Aku ke kedai lain, jual kain pasang lak. Ok, aku dah pun pilih satu. Pun warna biru torquiest. Buat baju kebaya cantik ni! Sulaman penuh dengan manic dan labuci. Cantiknya. Kiranya aku terpikat pandang pertama ni. Terus aku sambar. Aku beli satu untuk aku dan aunty Maria. Anak teruna dia cakap Mommy dia suka color hijau. Ok then, aku tapow 2 helai.

Aku jalan lagi. Berhenti kedai jual bear. Ok, aku masuk lagi. Aku pilih untuk adik-adik aku tu. Wah, semangat aku shopping nampaknya. Kiranya berkesan juga aku minum air tadi. Hehe… dapat tenaga luar biasa ni.

“Buat apa beli ni? Macam budak-budak!” dia dah membebel tah apa-apa kat aku ni. Eleh, kecoh la Pak Cik nih! Aku cepuk kang. Malas aku nak layan. Aku tak hirau apa yang dia dok bebel tu.

“Ni dapat RM10 tak?” aku dah capai seekor bear. Pak Cik tu tak nak kasi. Aku tengok Izwan Rizal. Nak minta tolong dia tawar menawar untuk aku ni. Tapi dia buat derkkk je. Huh!

“Saya buka beli untuk saya la. Ni untuk adik-adik!” hah, kan dah naik suara aku kat dia. Dan dah kena marah free-free je dengan aku.

Dia jeling aku sekalias. Tapi dia tetap tolong aku tawar menawar. Kiranya boleh harap juga dia ni. Hehe… tapi itu la, aku kena banyak bersabar dengan perangai dia yang jenis ikut kepala dia sendiri je tu. Aku tak peduli, peduli apa aku. Janji apa yang aku hajati tercapai. Hehe… aku beli 2 ekor bear untuk adik kedua dan si bongsu. Spongbob 1, Patric 1 untuk adik-adik lelaki aku. Lepas tu aku capai lagi satu Schin Chan. Tu aku nak kasi kat Pak Cik ni. Hihi… diakan nakal macam Chin Chan tu ha.

Cuba kau orang bayangkan tangan aku dah pun penuh dengan barang entah-apa-apa ni. Berat pulak tu. Hampes punya Pak Cik Tua! Tak tolong pun aku angkat benda alah ni. Berat tau tak! Eh, marah orang lak. Dia yang nak beli. Huhu… dalam dok terkial-kial aku angkut barang-barang ni. Hujan turun la pulak dah. Lebat gila. Huhu…habis la aku. Basah la aku. Aku dah tak tahu nak lari ke mana dengan barang penuh kat tangan ni. Uwaaa… sedih!

“Nurul Nissa, sini saya pegang. Awak ambik payung ni” dia dah ambik barang tah apa-apa tu dari tangan aku. Nak tak nak aku kena la sambut payung kat tangan dia tu. Eh, baru je ngumpat dia tadi. Sorry. Aku tengok je dia. Terharu la jugak. Huhu… Thanks. Aku payungkan dia tapi dia ni tinggi sangat. Naik lenguh tangan aku ni. Last-last dia jugak yang pegang payung tu. Dengan barang aku yang tak berapa nak berfaedah ni. Huhu… aku terharu sekali lagi.

Kami berteduh bawah pondok kosong ni. Tapi makin ramai orang yang tumpang berteduh. Dah pun penuh sesak dengan manusia. Aku dah mula rasa tak selesa. Ada yang bergesel-gesel dengan aku. Gatal! Aku rapat kat Izwan. Dia perasan aku tak selesa dengan keadaan tempat tu. Dia tarik aku kat depan dia. Memang time ni aku rasa dia amat melindungi aku dari usikan nakal lelaki bawah pondok tu. Huhu… terima kasih sekali lagi.

“Awak, dia orang kat mana?” aku toleh sikit. Dia berdiri tegak kat belakang aku ni. Terasa panas bahang badan dia ni. Oh Tuhan, berdebar jantung aku.

“Ada, dia orang dah masuk dalam kereta” dia tunduk sikit berbisik ke cuping telinga aku. Adus… makin berdebar jantung aku.

“Jom kita ke kereta” aku capai payung. Rasa berdebar bukan main lagi ni. Harus aku elakkan benda yang tak sepatutnya. Huhu… segan aku tau.

“Jap lagi. Tunggu reda sikit” dia tarik pinggan aku supaya masuk balik. Oh, makin dekat melekat kat badan dia. Huhu… aku terpaksa ok! Sebab kalau aku ke depan sikit lagi mesti kena tempias hujan.

Ades, peluh menitik di dahi aku ni. Dalam cuaca hujan pun aku boleh berpeluh. Panic punya pasal la ni. Huhu… hangat kat dalam ni. Ades… kerja keras jantung aku hari ni. Dah lama aku tak rasa getaran macam ni. 

1 comment: