33
“Nurul
Nissa” Izwan Rizal sentuh bahunya. Dia tahu Nurul Nissa sedang menangis.
Bahunya terhenjut-henjut menatahan tangis. Rasa sakit menghimpit dadanya bila
melihat keadaan Nurul Nissa sebegitu rupa. Oh, Tuhan. Kesiankanlah Nurul Nissa.
“You
sakit ke? I panggilkan doctor ya” Dia labuhkan duduk di birai katil. Cuba
mencuri pandang wajah Nurul Nissa yang membelakangnya.
“Nissa,
you sakit ke? Tolong cakap, jangan diam bila saya tanya” Izwan Rizal dah panic.
Dia pegang bahu Nurul Nissa supaya toleh ke arahnya.
Nurul
Nissa akur, dia berkalih mengadap Izwan Rizal. Jelas ketara wajah itu
kerisauan. Nurul Nissa duduk bersandar di kepala katil. Air mata semakin galak
jatuh ke pipinya. Masih enggan berhenti walaupun dia tahan. Dengan lafaz
Alhamdulillah, Nurul Nissa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas
di atas muka bumi ini. Dia ketapkan bibirnya. Menahan dari terus menangis.
“Menangislah”
Izwan Rizal sapu air mata yang mengalir lesu di pipinya. Kemudian dia tarik
Nurul Nissa ke dalam dakapanya agar dia rasa tenang. Sesekali dia tepuk
belakang Nurul Nissa, dia belai rambut hitam lurus itu. Biar dia rasa tenang
dan selamat bila berada di sisinya.
“I
am so sorry” Izwan Rizal berbisik sayu. Kesian Nurul Nissa. Kerana kecuaian dia
Nurul Nissa terpaksa terlantar sakit.
“I’m
miss my Mom” Nurul Nissa tersedu-sedu di bahu Izwan Rizal. Sungguh dia amat
rindukan Mommy. Sanggat rindukan belaian Mommy.
“You
nak balik KL ke?” Izwan Rizal renggankan pelukannya. Dia tatap wajah Nurul
Nissa.
“No,
I don’t want” Nurul Nissa geleng kepala beria-ia. Dia tak nak jejakkan kaki ke
bumi Kuala Lumpur dalam masa terdekat ni. Dia belum bersedia untuk kembali ke
rumah Mommy.
“Ok
then. I call your Mom and will ask her to come. It’s ok?” dia pujuk Nurul
Nissa. Kemudian dia senyum bila melihat Nurul Nissa anggukkan kepala tanda
bersetuju.
“That’s
my girl” dia belai kepala Nurul Nissa dengan penuh kasih dan sayang.
“Take
some rest” dia baringkan Nurul Nissa. Tarik selimut sampai ke aras dada.
Matanya tak lepas daripada menatap seraut wajah itu.
“Can
I go home?” Nurul Nissa mengiring ke kiri. Mengadap Izwan Rizal yang masih
setia di bangku.
“Not
yet. Ok, time to sleep” Izwan belai rambut Nurul Nissa lagi.
“Can
you do me a favor?” Nurul Nissa pandang wajah Izwan Rizal dengan penuh harapan.
Mata bundarnya kelihatan bening sekali. Tidak ada serinya.
“Anything
for you my dear” Izwan Rizal senyum sambil angguk kepala. Dia renung ke dalam
anak mata Nurul Nissa. Sayu dan pilu sekali pandangannya. Sarat dengan seribu
persoalan.
“Please
stay here with me. Don’t leave me alone” Nurul Nissa tarik tangan Izwan Rizal
yang sedang usap kepalanya. Dia genggam tangan itu sehabis daya dan seolah-olah
enggan dilepaskan lagi. Dia takut, dia risau jika dia bangun tiada sesiapa di
sisinya nanti.
“My
pleasure my dear, princes. Please close your eye. Sleep tight” dia cium dahi
Nurul Nissa. Terasa hangat kucupannya itu. Nurul Nissa pejam mata. Hangat dan
ada getar halus yang bertandang.
Dia
tidur buat kesekelian kalinya. Badannya masih lemah. Dia perlukan rehat yang
cukup. Tiup air dan darah masih belum di buka. Bahang panas dari badan Nurul
Nissa juga masih belum kebah sepenuhnya. Dia masih lagi demam. Kesiannya dia.
Saya minta maaf Nurul Nissa. I’m really sorry to being you like this. If I know,
I swear I didn't cook that devil soup. Dia raup mukanya. Perasaan takut itu
masih terasa. Biarpun Nurul Nissa sudah sedar dan melepasi tahap kritikal.
Namun, dia masih terbayang bagaimana keadaan Nurul Nissa malam tadi. Ya Allah,
selamtakna dia daripada sebarang musibah. Aamiin.
“Izwan,
bangun” Mak tepuk bahu Izwan Rizal yang terlena di sisi Nurul Nissa. Dia senyum
bila melihat sikap Izwan Riza yang sanggup menjaga Nurul Nissa dari malam tadi.
“Balik
rehat dulu” Mak sambung ayatnya tadi bila Izwan membuka mata.
“Dah
lama sampai?” Izwan Rizal bangkit dari kerusi. Dia bersalaman dengan Mak dan
Apak.
“Kamu
dah makan belum?” Mak bertanya lagi. Mak berkalih duduk di sisi Nurul Nissa
pula. Kemudian dia tekapkan jari dia ke dahi Nurul Nissa. Sebelah tangan dia tekap
ke dahi sendiri. Dia ulang 2, 3 kali benda yang sama. Nak check suhu badan
Nurul Nissa. Hai, dah gaya doktor dah Mak ni. Macam-macam.
“Belum
lagi. Jap lagi saya turun beli” Izwan Rizal melabuh duduk di depan Apak.
“Kenapa
tak makan lagi? Dah pukul berapa ni? Kamu makan dulu” Apak mencelah. Dia
kerling jam di tangan kirinya. Sudah pukul 12 tengah hari. Memang dia tak rasa
lapar pun sejak malam tadi.
“Tak
ada apa. Lagi pun saya risau nak tinggal dia sorang-sorang. Alang-alang aunty
dengan uncle ada ni boleh saya turun jap” Apak pandang anak muda di depannya
ini. Lega bila ada anak muda ini. Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab
berjaya mencuri hatinya.
“Makan
ni. Aunty ada bawa bekal ni. Mommy dengan Daddy kamu ada datang?” Mak keluarkan
container dari dalam beg. Segala jenis lauk pauk dia keluarkan.
“Susahkan
aunty je. Mommy dengan Daddy tak datang lagi. Tak sure pulak dia orang nak
datang pukul berapa” Izwan Rizal senyum melihat Mak lincah keluarkan berbagai
jenis lauk.
“Jap
lagi sampai la tu. Kamu makan dulu. Alas perut tu. Jangan di biar kosong. Nissa
baik, kamu pulak yang sakit” Mak dah membebel entah apa-apa.
“Ni,
kamu ada bagi tahu dia orang tak yang kamu tidur sini malam tadi?” tangan Mak
lincah sendukkan lauk pauk dalam pinggan Izwan Rizal.
“Ada”
dia sambut pinggan nais yang Mak hulurkan. Nasi putih, ayam masak lemak, sayur
campur, sambal belacan. Membuka selera dia.
“Assalamulaikum”
aunty Maria bagi salam. Dia bersalaman dengan Mak dan labuhkan duduk di sisi
Nurul Nissa. Tatap wajah pucat itu dengan penuh kasih sayang. Dia sudah jatuh
sayang dengan gadis di depannya ini.
“You
dah makan?” Mak tanya kawannya itu.
“Dah.
Macam mana dengan Nurul Nissa hari ni?” aunty Maria pandang wajah Mak.
“Dah
ok sikit. Alahamdulillah” Mak senyum segaris. Lega jelas di wajah itu.
“Izwan,
lepas makan kamu balik dulu. Cuba bawak-bawak berehat” aunty Maria dah pun
keluarkan arahan kepada anak terunanya.
“Nissa
pun dah ok hari ni. Tak perlu la kamu temankan dia. Nurse ada boleh tengokkan
dia nanti” Mak menyampuk. Kesian juga melihat keadaan Izwan Rizal yang tidak
terurus. Masih sarungkan baju dan seluar malam tadi. Mesti dia tak selesa
dengan tak makan dan mandi.
Lepas
tu suasana sunyi sepi. Nak kata apa lagi. Tak kan la time-time ni pun dia nak
melawan. Ada baiknya dia berdiam diri dulu. Lepas makan, balik rumah, rehat
dulu. Mandi ke apa dulu. Lepas tu baru fikir. Nak datang sini ke nak apa ke
ikut suka dia la.
Memang
kalau diikutkan hati, dia tak langsung berenggan dengan Nurul Nissa buat masa
ni. Bukan dia tak yakin dengan nurse yang bertugas di sini. Tapi entah la,
kalau boleh biar dia ada. Dia boleh tengok sendiri dengan mata kepalanya. Jika
dengan cara ini buat dia lega baik dia temankan Nurul Nissa di sini. Biar dia
sendiri yang tengok apa yang tak kena dengan Nurul Nissa. Sakit ke, sihat ke
biar ada depan mata dia. Wah, gitu!
Dia
pandang Mak dengan Mommy rancak bersembang. Hubungan akrab mereka jelas
kelihatan seolah-olah mereka adalah sebuah keluarga. Persahabatan mereka tetap
utuh walaupun mereka berdua jauh terpisah oleh jarak dan masa. Namun, mereka
berdua sentiasa berberhubung antara satu sama lain.
Apak
pula hilang entah ke mana. Selepas mendapat panggilan telifon, Apak terus minta
diri. Busy sangat dengan kerjanya. Sama macam Daddy. Selalu busy dengan urusan
business dia tu. Itu salah satu sebab dia tak suka berkecimpung dalam dunia
business. Ini la sebabnya. Busy tak kira masa. Busy tak kira keadaan. Sekarang
Nurul Nissa terlantar sakit. Macam mana esok-esok kalau dia busy dengan
bussines. Mesti dia pun tak dapat nak temankan Nurul Nissa agaknya. Kalau boleh
memang dia nak elak dari berkecimpung dalam dunia perniagaan keluarganya ni.
Tapi, itu yang menjadi satu masalah. Dia anak tunggal! Siapa lagi kalau bukan
dia yang kena ambil alih nanti.
Aku
duduk mengadap Nurul Nissa. Lena betul dia tidur. Sampai tak sedar langsung
keadaan sekelilingnya. Wajah pucat itu tetap cantik pada pandangan matanya. Dia
tetap menjadi tumpuannya. Dia tetap berjaya membuat hatinya gundah. Nurul
Nissa, siapa dia sebenarnya? Siapakah gadis ini? Dia memiliki tarikan yang maha
hebat sehingga dia boleh jatuh cinta pandang pertama. Tanpa diundang ia terus
datang bertandang. Nurul Nissa, dia seru nama itu berkali-kali. Senang sekali
dengan perasaan ini. Membelai perasaannya.
“Jom
balik” aunty Maria ajak anak terunanya.
“I
balik dulu. Ada apa-apa bagi tahu I ya” aunty Maria cium pipi kiri dan kanan
Mak. Dan aku Tanya mampu pandang Nurul Nissa yang masih dalam lena. Mana boleh
buat lebih-lebih depan Mommy dengan Mak ni. Nak kena penagkung try la buat
perangai tak elok. Aku tak nak! Amboi, kat belakang boleh ya? Ikut mazhab mana
boleh? Dosa tetap dosa ingat tu!
Lepas
salam dengan Mak kami terus gerak balik. Aku terpaksa juga melangkah dengan
berat hati. Memang agak keberatan nak ikut cakap Mommy tadi. Tapi aku rasa
perlu balik dulu. Mandi dan tukar baju dulu. Takkan nak tunggu Nurul Nissa
dalam keadaan busuk macam ni. Jatuh la saham dia nanti. Eh, dan-dan dia nak
melawa depan Nurul Nissa. Kawan tu dok sakit, tak ada maknanya nak berchinta
bagai. Sabar je lah!
Kami
tunggu kat lobby hospital ni. Mommy tak driving, sebab Daddy pun tak ikut sama.
So, dia guna lomosin hotel. Emm… Nampak gayanya aku kena la ikut Mommy balik ke
hotel ni. Ades, malam ni tak dapat nak teman Nurul Nissa ke ni? Jangan la…
rindu la kat dia nanti. Huhu… eh, boleh lak. Dah pandai rindu-rinduan dah
sekarang ni.
“Mom,
Daddy ada meeting lagi ke?” Izwan tegur Mommy yang leka dengan handset di
tangannya. Amboi, busy bebenor dia.
“Ada.
Dari pagi tadi tak habis-habis meetingnya. Nak harap kamu? Macam tunggu kucing
bertanduk” wah, siap selitkan peribahasa lagi. Aunty Maria dah mula dah sesi
‘mencuci otak’ anak terunnya.
“Mom,
Ijal bukan tak nak. Tapi…” dia mengeluh lagi. Kalau masuk bab ni yang dia tak
gemar ni. Kena kerja dengan Daddy sendiri pulak tu. Tak nak la! Sekali salah
channel lak.
“Mom
tak nak cakap banyak. Kalau kamu rasa kamu dah ready, bagi tahu Mommy” aunty
Maria sudah mati kata. Tak tahu bagai mana caranya lagi dia nak pujuk anak
bujangnya. Dia kesian sebenarnya. Kalau nak dipaksa lebih-lebih pun. Biar la
dulu dia dengan minat dan kerjayanya itu. Nanti-nanti tahu la dia uruskan
company keluarga tu.
“Doakan
Ijal berubah angin dalam masa terdekat ya” Izwan pandang wajah kasih seorang
ibu. Dia hormat dan kasih kepada Mommy. Tapi dia juga silap sebab selalu
melawan. Gemar benar dia bertelagah hal yang berkaitan dengan soal ambil alih
company ni.
Bukan
dia tak kesian dengan Daddy. Siang malam bertungkus-lumus uruskan syarikat
mereka seorang diri. Sampai Daddy pun tak ada masa untuk diri sendiri. Apa tah
lagi masa dnegan Mommy. Tengok sekarang ni, Mommy datang sendiri. Tak ada masa
nak teman Mommy. Kesian Daddy. Berkejar ke sana sini untuk meeting. Jumpa
client tak kira masa dan tempat. Dari semenanjung Daddy dan Mommy fly ke
Sarawak semata-mata nak jumpa client. Tak ke itu juga di kira satu pengorbanan.
Emmm…
Sepanjang
perjalanan dia diam je. Mommy pun dah sibuk dengan handset dia. Entah apa yang
dai buat pun tak tahu la. Leka benar dengan handset dia tu. Dari tadi tak
berhenti-henti. Sekejap ada massage masuk. Lepas baca terus reply. Busy
memanjang Mommy ni. Dah gaya macam businesswoman dah. Macam mana tu? Daddy
dengan Mommy je yang beria-ia nak majukan business family. Dia?
“Kalau
rasa nak balik kuartes, cakap dengan driver tu” Mommy jelling hujung mata. Anak
dia kelihatan gelisah di tempat duduknya. Dia nampak tu semua. Jelas dan ketara
benar. Risau sangat kena paksa kerja dengan Daddy dia tu. Orang lain bukan main
seronok kalau ada company sendiri. Ini lain pula ceritanya. Siap kena paksa pun
tak jalan-jalan. Tak tahu nak guna cara macam mana lagi dah.
“Memang
Ijal nak balik pun. Bukan ada baju pun kat bilik Mom tu” laju dia jawab. Lega
rasanya. Kalau boleh dia tak nak singgah hotel Mommy dan Daddy. Rimas kat sana
lama-lama. Silap-silap boleh perang dengan Daddy.
“Kamu
ni risau terserempak dengan Daddy or kamu risau tak boleh temankan Nurul Nissa
malam ni?” Mommy jelling lagi. Tak sudah-sudah tengok jam kat tangan tu. Huh!
“Mana
ada” dia berdalih. Halamak oit, kantoi sudah. Dia control senyum.
“Eleh,
macam Mom tak tahu. Daripada raut wajah kamu tu Mom dah boleh agak” Mommy
senyum sinis. Peril anak bujangnya. Lagi mau sorok ke?
“Mom,
orang cakap tak ada-tak ada la” Izwan Rizal berdalih lagi. Seboleh-boleh nak
elak tu. Menipu la selalu, amalkan ya Izwan Rizal.
“Kamu
suka dia ke?” Mommy Tanya direct je. Memang tak ada selindung-selindung.
“Hah!
Sape?” naik suara dia. Terkejut punya pasal ni. Memang tak sangka kot Mommy
akan tanya soalan macam tu. Apa daaa… malu la aku nak jawab. Mommy ni pun…
“Mom
suka dia. Baik budaknya. Cantik. Pandai. Lemah lembut. Mom suka” aunty Maria
senyum je pandang Izwan Rizal. Pancing anaknya, mana tau dia nak berkongsi
rahsia. Boleh juga dia korek-korek rahsia hati anaknya ni.
“Motif?”
Izwan senyum je. Macam dia tak faham apa yang Mommy nak sampaikan tu.
“Kalau
kamu tak suka, Mom ingat nak kenalkan dia dnegan anak kawan Mom” anty Maria
sembunyi senyum.
“Eh,
suka-suka dia je nak kendengkan Nurul Nissa dengan orang. Macam la Nissa nak.
Tah-tah dia dah ada special boyfriends” laju dia jawab. Ini boleh mendatangkan
marah ni.
“Mom
dah risik dah. Dia single and available. Memang boleh sangat la kalau nak
kenalkan dengan anak kawan Mommy tu” aunty Maria bersemangat cerita.
“Mom
ni sejak bila jadi match maker ni?” Izwan Rizal dah rasa tak berapa nak best
ni. Mana boleh! Kacau betul Mom ni!
“Sejak
semenjak dua menjak ni. Kamu kenal Adam kan? Anak uncle Sulaiman tu. Hah,
sesuai sangat dengan Nurul Nissa ni” dia dah main petik nama Adam la pulak dah.
Kasi dramiatik ini cerita. Wah…
“Adam?
Oh no way Mom! Don’t tell me that person is Adam the crocodile land. It’s that
guy?” Izwan dah cuak. Habis la Nurul Nissa kalau jadi isteri Adam.
“Yes,
he is. That person is Adam bin Tan Sri Sulaiman” aunty Maria makin galak
kenakan anaknya. Haha… tau takut. Muka tu nampak sangat cuaknya. Tapi tak nak
ngaku lagi tu. Kalau dah suka tu, cakap je la suka. Melepas baru padan dengan
muka!
“No
way Mom!” dia dah naik suara. Hamboi, marah ke bang? Hihi…
“Ya
Allah. Budak bertuah. Terkejut Mom” aunty Maria urut dada dia. Jelingan maut
dia hadiahkan untuk anak bujangnya. Hamboi, semangat dia marah kita ya. Tapi dalam
hati dia seronok sebenarnya. Berjaya juga dia buat anak bujangnya naik angin. Suka
la tewww…
“Adam
tu bagus budaknya. His claver you know. He also can handle the family company. Kaya.
Handsome pulak tu” aunty Maria tambah perisa. Kasi anak dia naik angin lagi. Hehe…
padan dengan muka! Ego sangat tu kenapa?
“Alah,
handle company pun kira bagus ke? The big issues is he is crocodile land” Izwan
Rizal mendegus marah. Merah padam muka dia tahan marah punya pasal. Lepas tu
suka-suki dia je bagi gelaran crocodile land kat orang tu. Apa daa…
“Ok
what. Credibility dia boleh handle company besar macam tu. Makin maju sejak dia
yang pegang. Untung Nurul Nissa dapat suami macam dia tu. Cerah masa depan”
aunty Maria tak habis-habis nak uji tahap ‘suka’ anak dia ni. Tak nak mengaku
lagi tu.
“Eh,
yang Mom sibuk nak recommend kat si Adam tu kenapa? Ni, anak Mom ni bujang lagi
tau. Tak kahwin-kahwin lagi ni. Tak nak pulak dia recommend. Sibuk nak
kendengkan dengan si buaya darat tu kenapa?” dia dah merungut-rungut dengan
sikap Mommy dia tu.
“Lah,
tadi Mom tanya Ijal kata tak suka” aunty Maria senyum sinis. Haha… jerat dah
mengena.
“Bila
masa orang cakap tak suka Nissa?” dia dah cebik bibir. Merajuk la tu. Apa punya
budak. Tak padan dengan lelaki. Merajuk je kerjanya.
“Dah
tu, kamu suka dia?” senyum aunty Maria semakin lebar. Haha… dah masuk pernagkap
dah. Haha…
“Gila
tak suka! Punya cun dia tu” alamak oit. Sekali terlepas cakap daaa… ades,
kantoi sudah. Dia ketap bibir bawah. Hadoi…
“Apa
dia? Mom tak dengar” aunty Maria dah toleh 30 darjah mengadap muka anak
bujangnya. Seronok bila dengar anak bujang dia suka dengan Nurul Nissa. Alhamdulillah.
Hai, dah bau-bau dah nasi minyak ni. Tak sabar nak sambut menantu ni. Berkenan betul
dia dengan Nurul Nissa tu.
# kalau rindu Nurul Nissa, Hasrul Khuzairi, Izwan Rizal, Adam dan Abang Lokman. Rajin-rajin la melawat dia orang kat sini ya. Terima Kasih. Kita jumpa next chapter ya.
bila lah dia org nak berjumpa ya.
ReplyDeleteentah... any idea x baby mio? hehe...
ReplyDelete