Thursday, 25 April 2013

ITU JANJI 40

40 

Hampir sebulan dia di sini. Ketenangan yang dia cari masih juga belum dia temui. Semakin dia cuba untuk melupakan. Semakin kuat dan kerap ia menjelma. 

Mommy pun sudah berangkat pulang. Katanya rindu dengan rumah mereka. Ia lah, rumah tu arwah Daddy yang hadiahkan. Mesti Mommy rindu. Paling tidak pun Mommy boleh habiskan masa di sana. Dalam rumah itu tersimpan memori indah Mommy bersama arwah Daddy. 

Aku masih menjadi pelarian cinta yang tak berkesudahan. Tak ada penghujungnya. Masih di sini. Mengharap pada yang tak pasti. Tetap juga berdegil. Membeku. 

Abang Lokman langsung tak menghubungi aku. Entah kenapa dengan abang sepupu aku tu. merajuk dengan aku ke? Atau busy bekerja. Aku fikir yang baik-baik je la. Maklum saja dia pun baru juga balik Malaysia. Mesti banyak benda yang dia nak uruskan. 

Mommy ada cerita yang Abang Lokman dah bekerja dengan Petronas. Kat menara PWTC tu. Jadi Pengarah katanya.  Wah! Kata Mommy lagi, Abang Lokman dah jemu kerja kat planta minyak. Ok, aku iyakan je. Bagus la. Umur dah 33 tahun dah. Cuba kalau dah ada isteri, ada anak. Takkan asyik kena tinggal je kan? 

Pasal Hasrul, Mommy dah tak cerita langsung. Sejak peristiwa aku mengamuk macam orang gila tu. sampai pecah kepala. Memang Mommy dah tak sebut nama dia. Aku lak berat je mulut nak bertanya. Rindu sebenarnya. Tapi itu lah... 

Izwan pun dah jarang datang bertandang. Call tu ada la sekali sekala. Bila dia tak ada ni, rasa lain je. Bila dia ada lagi rasa lain macam. Eh, dah angau ke aku ni? 

"Mak" dia panggil Mak yang asyik dan leka membelek pokok bunga. 

"Iya" Mak dongak. Hamboi, berkebun siap pakai sunglasses tu. cayalah! Hihi... 

"Boring la" aku tayang muka masam. Memang boring. Bila la adik-adik aku nak cuti sekolah ni? 

"Keluar la jalan" Mak bagi keizinan untuk keluar jalan-jalan. Tapi nak keluar dengan sape? Tak ada kawan. 

"Mana ada kawan" dia cebik bibir. 

"Ajak anak Mak Cik Midah. Boleh tolong Mak beli barang dapur ya" Mak bagi idea. Ceh, ada udang di sebaik mee Megi. 

"Ok" aku setuju je. Ada jugak orang temankan aku. 

"Pergi siap. Nanti Mak call Mak Cik Midah" Mak dah cuci tangan. 

"Sekarang ke?" Dia blur. Wah, Mak. Caya lah! Cepat, pantas, tangkas, cerdas, lazat di makan begitu saja. Aku merapu lagi. 

"Ya Allah. Nurul Nissa, tadi kata boring. Ni Mak nak hilangkan boring kamu la ni" Mak dah membebel. Sabar-sabar, kita bincang. 

"Ingat petang sikit. Kalau nak gi sekarang ok la" dia malas nak melawan. Ikutkan je. 

"Cepat siap" Mak melenggang kangkung masuk dalam rumah. Aku mengekor la. Apa lagi. 

"Sila, Cik Nurul Nissa" anak Mak Cik Midah bukakan pintu kereta untuk aku. Aku jadi pelik. Dah la sit belakang. Apa kes? 

Aku tak endahkan dia. Aku buka pintu sebelah driver. Aku masuk dan siap-siap pakai sit belt. Wah, berdisiplin ya kamu hari ni. 

"Cik Nurul Nissa. Kenapa duduk depan?" Dia buka pintu kereta ni. Eh, dia ni. Aku cepuk karang. Banyak bunyi lak dia. 

"Cepat la. Terhegeh-hegeh!" Aku membebel. Pintu kereta tu aku hempas. Jahanam harta Apak di kerjakan aku! 

Anak Mak Cik Midah redho. Dia masuk dan duduk di sit pemandu. Harus lah. Takkan nak duduk belakang lak. Sape yang nak drive nanti. Aku? Memang tak lah! Amboi, sejak bila jadi berlagak ni Nurul Nissa oit! 

Aku bukan apa. Budak ni layan aku macam Mem besar buat apa? Dok panggil aku, Cik Nurul Nissa. Cik Nurul Nissa. Apa ke halnya! Aku ajak dia teman aku jalan-jalan. Bukan mintak dia escort aku! Ajak jadi kawan aku. Bukan jadi bodyguard aku! Ada faham! Huh! 

"Nama sape?" dia ajukan soalan. Tangan dia dok ralit main game dalam iPhone 5 ni. Eh, nak jugak mention iPhone 5 dia tu! Cisssss... 

"Kamal Ashraf" tenang je dia memandu. Nak kata laju tak jugak. Nak kata slow macam siput pun tak. Kira ok la. 

"Umur?" dia dah start busy body. 

"27" dia jawab sepatah. Eh, budak ni orang tanya sepatah dia jawab sepatah. 

"Still study or working already?" Nampak macam budak baik je ni. Mesti hantu buku ni. 

"Both" dia jawab sepatah. Aku cepuk jugak dia ni! 

"Study mana? Corse apa? Kerja mana?" Hah, sekali dia tanya banyak-banyak terus. Tengok dia nak jawab macam mana. Hihi... Jahat kau ni Nurul Nissa. 

"UNIMAS. Engineering. Majoring in electronic. Working as Reachers Assistant at UNIMAS also" tenang je dia jawab. Rasa cam nak je cepuk dia ni. Dengki punya budak! 

"Ooo..." dia angguk kepala. Konkonon faham la. 

"Cik Nurul Nissa nak ke mana dulu?" dia toleh. Itu pun jap je. Mana boleh pandang lama-lama. Tengah driving ni. 

"Entah. Biasa Mak awak shopping kat mana ya?" Dia pun kurang arif dan bijak sana dalam bab beli barang dapur. 

"Biasa kat pasar je" dia jawab selamba. 

"Ok, ke sana je lah" Nurul Nissa malas nak fikir. Bukan nak beli barangan sangat pun. Nak jalan je lebih ni. 

"Cik Nurul Nissa, kita ke pasar Kuching ya. Kat Gambir Rood" dia buat cadangan.

Ni la permandangan Gambir Rood. 

Eh, budak ni. Rimas aku! Asyik panggil Cik Nurul Nissa. Cik Nurul Nissa. Aku cepuk kang! Macam formal sangat panggilan tu. 

"Just call me Nissa. Can you?" Dia pandang budak tu. 

"Ok, Cik Nissa" dia jawab sambil angguk kepala. Pulak dah. Cik Nissa lak. 

"Nissa. Bukan Cik Nissa" dia buat pembetulan. 

"Ya, baik lah" nak tak nak je dia jawab. Sebab Mak dah pesan kena panggil Cik Nurul Nissa. 

"Awak turun sini ya. Saya cari parking jap" dia berhenti tepi jalan. 

Nissa keluar dari perut kereta. Tak tahu nak hala ke arah mana. Last-last dia terpacak depan kedai ikan. Tak tahu nak buat apa. Pandang kiri kanan. Masing-masing sibuk pilih ikan. 

Dia perhatikan keadaan sekeliling. Ikan apa tah yang dok melompat-lompat dalam tong tu. sekali ikan melompat, setapak dia undur. Takut sangat kalau ikan tu terbang melayang. Lepas tu gigit dia. Huhu... Takut! Bengong punya Nurul Nissa ni. Boleh dia fikir macam tu. otak kartun betul dia ni. 

"Dah pilih ke?" Kamal Ashraf tegur dia. Dari tadi dia perhatikan gelagat Nurul Nissa. Geli hati pun ya. 

"Belum" dia cover muka dia. Supaya kelihatan natural. Muka confident la konkonun. Pada hal blur je. Tak tahu pun nak buat apa. Wayang betul kau ni ya Nissa. 

"Nak ikan apa?" Dia tanya Nissa yang tercenggang tu. nampak sangat muka dia jakun. Mesti tak pernah masuk pasar budak ni! Memang tak syak lagi. 

"Any idea?" Dia tanya Kamal Ashraf. 

"Nak masak apa?" 

"Entah. Masak sambal kot" dia main hentam saja lah labu. 

"Beli ikan kembung la" Kamal Ashraf bagi cadangan. 

"Ok. Awak pilih la" dia hulur bakul kepada Nurul Nissa. Hihi... Saja je nak uji tahap kemahiran Nurul Nissa kenal ke tidak jenis ikan ni. 

"Ok" ceh, confident je dia. Lepas tu gigih pilih ikan. Itu pun dia main agak je. Pilih je ikan yang dia agak kembung. Sesuai dengan nama ikan kembung. Haha... 

"Berapa?" dia tanya Pak Cik yang jual ikan tu. 

"Awak nak beli ikan ni ke?" dia tahan Nissa dari membayar ikan yang dia pilih tu. 

Aik? Nissa pandang dia pelik. Kenapa lak? Ikan kembung kan? Betul la tu. ke ikan apa tu? Aku kenal pun ikan terubuk masin. Ikan keli, haruan, ikan merah. Tu je la. Ikan lain memang tak kenal. Tu baru bab ikan. Belum masuk bab sayur-sayuran lagi tu. Adeh.... 

"Tu ikan selayang. Bukan ikan kembung" ayarkkkk... Salah ke? Mana nak taruk muka ni? Huhu... Malu! 

"Eh, ini boleh masak Kari" dia cover malu. Mommy! 

"Kari guna ikan tongkol baru best" Kamal Ashraf sengaja nak tengok reaksi Nissa. Tak nak ngaku lagi tu. 

"Ya ke?" Muka dia dah merah. Malu! 

"Ini ikan kembung" dia tunjuk kepada Nurul Nissa. Uwaa... Malu. 

"Beli apa lagi?" Lepas selesai shopping ikan. Kami bergerak ke gerai sayur. Dan seperti biasa aku memang tak terror bab shopping barang dapur. So, dengan muka tak malu aku mintak je la budak tu belikan. Tak nak malukan diri sendiri. 

Settle beli sayur. Kami beli buah. Lepas tu. seberang jalan untuk beli rempah. Macam-macam ada. Dari serbuk Kari, kurma, serbuk kunyit, kismis, buah kurma. Macam-macam ada. Aku macam biasa. Menjadi pemerhati. Mana aku tau. Hihi... Sesekali dia bagi tahu benda apa tu. bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, macam-macam la. Aku angguk kepala je la. Malu aku! 


Bermacam-macam rempah yang ada jual kat sana. hehe... aku je tak tahu jenis dan kegunaannya. 

"Tunggu jap. Saya ambil kereta" aku berdiri di tepi jalan raya. Bukan main banyak barang yang tersusun depan aku ni. Gila shopping. Aku tukang tengok je ya. Yang shopping ni budak bertuah tu. Semua barang ni Kamal Ashraf yang beli bukan aku. 

Dia parking depan aku. Angkat barang masuk bonnet kereta. Lepas tu dia masuk tempat pemandu. Nak mula nak gerak balik. Aku rasa haus lak. Tinjau keadaan jap. Ada pun kedai jual air. Tapi macam biasa aku minum air mineral je. Air lain aku kurang. Tengah aku bagi isyarat nak ke sana jap. Tiba-tiba... Bang! 

Berasap kereta belakang. Bonnet kereta Apak pun dah kemek. Ya Allah! Nurul Nissa tutup mulut dia yang tengah ternganga ni. Apa dah jadi ni? Mommy! Aku rasa nak meraung sekuat hati. Mengigil kepala lutut aku. Dan akhirnya aku terjelupuk jatuh. Mata aku masih membulat. Pandang je kereta yang tengah berasap tu. tak tahu nak buat apa. 

Tuesday, 23 April 2013

ITU JANJI 39



39

Mereka masing-masing berbalas tabik. Perghhhh... Sangat bergaya dengan baju kulit yang tersarung di badan dia tu. oh, handsomenya dia ni! Oit, dan-dan ya kamu ni Nurul Nissa. Tadi Konkonon takut la apa la. Nah, sekarang menggatal lak dia. Cucuk mata tu karang.

Dia berpaling. Dup... Jantung aku berhenti berdegup. Fuh, nasib baik berdegup balik. Tapi tak normal. 1000 detik per saat. Perghhh... Laju tak hingat. Langkah dia teratur. Menapak satu per satu ke arah aku. Mata aku membulat. Mulut aku ternganga. Cis, hilang terus tahap ke-cun-an aku depan dia. Huhu...
Dia gamit aku mintak keluar dari kereta.  Oh ya, aku masih dalam kereta. Aku buka pintu kereta dan mula nak keluar. Eh, tersangkut lak. Kenapa tak boleh nak keluar ni. Adeh, aku tepuk dahi. Sit belt lupa nak buka. Haha... Sengal kau ni Nurul Nissa.


Dia dah senyum meleret tengok gelagat aku yang sengal ni. Aduh, handsomenya dia dengan bercermin mata hitam terletak elok atas hidung dia tu.


"Before driving didn't check whether you’re driving lessen and IC with you or not?" dia dah tayang muka serious. Oh, please la. Nak wayang tak habis-habis.


"Nope" aku tayang gigi aku yang putih tersusun cantik. Tak takut!


"OMG! If anything happens?" dia berbisik. Slow gila suara dia. Mesti risau tu. hihi...


"Nothing happens ok. Just around here" dia buat-buat relax.


"Kenapa you ni degil sangat" dia membebel pulak dah. Eh, kan dah tak berapa nak handsome kalau marah cam ni. Haha... Dan lagi aku merapu.


"Benda penting macam tu pun dia boleh lupa. Langsung tak cakna pasal diri sendiri" dia sambung membebel.


"Mana tau benda tu tak ada. Biasa ada je kat dalam purse I tu" dia menjawab. Siap berpeluk tubuh lak tu. hamboi, lawan tauke nampak!


"Nah" dia capai tangan aku dan letak IC dan lesen aku tu. Aik? Mana dia dapat ni? Aku pandang muka dia. Harap-harap dia faham la.


"You dah sihat" dia tak faham rupanya. Tak jawab pun. Tapi dia tanya aku sihat ke tak. Dia buka cermin mata hitam dia tu. Pandang je muka aku. Atau lebih tepat lagi pandang dahi aku yang berplaster ni.


"Ok je. Mana dapat ni" dia ubah topik. Segan bila dia renung aku macam tu.


"Ada orang bagi. Maklum saja orang tu sombong. Minta no phone pun tak bagi. Boleh blah macam tu je" dia bermuka serious balik. Cermin mata hitam dia pakai balik.


"I bagi no phone tu ingat nak call sebab lesen dengan IC hilang. Tapi haram. Sampai ke sudah tak call pun" dia buang pandangan ke tempat lain. Kecil hati ni tau tak!


"Eh, ya ke?" Dia garu kepala. Blur jap.


Izwan malas nak layan. Dia menapak ke arah Mommy dan Mak. Lepas cakap sesuatu dia jumpa dengan kawan dia lak.  Tu pun cakap apa tah. Tepuk-tepuk bahu lagi banyak dari cakap kot.
Mak dan Mommy dah masuk dalam kereta. Aku tengok lagi Izwan. Dia pakai sarung tangan kulit. Lepas tu pakai helmet. Start motor terus blah macam tu je. Eh, tak say good bye pun kat kita. Huhu... Tah hapa-hapa je dia ni. Sedih aku! Dah la lama tak jumpa. Boleh dia blah cam tu je. 




"Yuyu, cepat. Panas ni" Mommy dah bising. Sungguh la tak memahami gelora jiwa anak Mu ini.


Lepas tu terus menuncur laju. Balik rumah la. Nak ke mana lagi. Tu Mak Cik berdua tu dari tadi dok pot-pet-pot-pet. Tak reti nak diam. Isu utama semestinya berkaitan dengan lesen Dan IC aku. Tapi aku diamkan diri je. Malas nak layan. Makin dilayan makin menjadi. Dah faham sangat dah.


"Naik solat dulu. Lepas tu turun. Kita buat sama-sama" Mak keluarkan arahan.


Mommy hilang ke ruang dapur. Simpan barang dulu. Aku nak tolong tapi dia tak bagi. So, melenggang kangkung je la. Hehe... Mak cam biasa. Terus menonon masuk dalam bilik utama dia tu.
Aku terus daki anak tangga. Masuk je terus capai towel. Panas, nak berendam lama-lama. Mesti best ni. Hehe..
.

Siap je solat zohor aku turun bawah. Intai dia orang kat ruang dapur. Tak ada pun. Aik? Jadi ke tak nak buat durian crepe ni? Iyo-iyo ooo je dia orang ni.
Macam biasa port aku kat beranda. Mengadap laut yang terbentang luas. Rasa tenang jiwa aku bila dapat hirup kedinginan bayu. Sejuk meresap ke dalam sanubari.


Mommy berdiri sambil melihat anaknya. Dia mengeluh berat. Kesian dengan nasib anaknya. Entah bagaimana caranya untuk dia kurangkan beban yang terpaksa dia tanggung.


"Yuyu, jom" dia gamit anaknya. Tak nak biarkan Nurul Nissa terus hanyut dalam mainan perasaannya.


"Ingat tak jadi buat" dia dapatkan Mommy.


"Jom. Perli kita lak" Mommy cebik bibir. Dalam hati dia berdoa supaya Nurul Nissa peroleh kebahagiaan dalam hidup.


Mak siap keluarkan segala jenis alatan. Penuh meja. Ni macam mana nak buat ni. Mommy dah pakai apron. Amboi, berapron bagai. Sabar je lah! Kalau tak jadi juga durian crepe ni aku tak tahu nak kata apa. Hihi...


"Yuyu" Mommy hulur apron kat aku. Mintak aku pakai jugak. Ok, aku pasrah. Ambil dan pakai. Walawey, dah rupa chef dah aku ni. Hihi...


Chef sangat! Kerja dapur haram tak tahu apa pun. Sudip dengan senduk pun belum tentu kenal. Gula dengan garam pun entah-entah tak tau nak beza. Oit, stop-stop! Jatuh la saham aku. Ni kes dengki ke apa ni? Saja nak kenakan aku la tu.


"Tolong ayak tepung gandum tu" Mak dah bagi arahan.
Aku ambik plastic tepung gandung. Tercenggang jap. Tak tahu nak buat apa. Aku pandang Mak dengan Mommy yang tengah busy asingkan isi dengan bijik durian. Gigih betul dia orang berdua tu. sunyi sepi ruang dapur ni. Hihi...


"Mak, tepung ni nak buat macam mana?" Aku tanya Mak. Serentak Mak dan Mommy dongak kepala. Lepas tu senyum meleret. Eh, kenapa?


"Sukat dulu. Tu tengok resepi sana" Mak bagi arahan.


Lepas tu Mak sembang dengan Mommy. Entah apa yang mereka sembang pun aku tak tahu. Hal orang tua. Malas aku nak pasang telinga. Aku tengah busy ni. Nak sukat tepung gandum ni. Hehe... Gimik je lebih aku ni. Jangan dok caya sangat.


Lepas berjaya aku sukat dan ayak tepung tu. Itu pun berzaman nak siapnya. Kalau dah tak ada skill memang payah nak buat kerja dapur. Kena la terima hakikat yang aku ni tak ada talent nak jadi Surirumahtangga sepenuh masa. Huhu... Sedih!


Mak dengan Mommy memang lincah bab kerja dapur ni. Eh jap. Semua kerja uruskan rumahtangga dia orang cekap. Sambil memasak, sempat basuh kain. Bab bercucuk tanam pun dia orang hebat. Aku? Adeh, segan rasanya. Umur dah masuk 29 tahun pun tak tau nak buat kerja rumah.


"Turn Yuyu lak" Mommy tolak badan aku supaya dekat dengan dapur. Dari tadi asyik je tengok kelincahan Mak dan Mommy buat crepe. Ah sudah, kena buat jugak ke ni?


"Ambil satu senduk ni. Masuk dalam pan tu. lepas tu ratakan. Macam Mak dan Mommy buat tadi" Mommy ajar aku.


Ok, baik lah. Aku buat. Try Nurul Nissa. Yakin boleh! Sekali aku buat tak menjadi. Dua kali tak jadi jugak. Masuk kali ke-3, aku dah give up. Hangin je. Pasal apa tak nak jadi ni? Tengok Mak dengan Mommy buat senang je.


"Tak nak la. Asyik tak jadi je" dia dah undur ke belakang. Memang down gila ni. Mak dengan Mommy senyum je. Mengutuk aku dalam hati ke apa tu? Eh, tak baik fitnah Nurul Nissa.


"Memang la. Mula-mula belajar adat la tu. try lagi" Mommy tolak badan aku. Huhu... Tak berputus asa dia orang ni.


"Mom" aku geleng kepala. Tanda tak nak buat dah.


"Macam mana nak pandai kalau cepat putus asa?" Mommy siap bercekak pinggan lagi. Marah ke Kak? Hehe…


Lepas tu aku gigih menebar crepe. Menebar? Belasah je la. Dan akhirnya berjaya. Yes! Akhirnya. Mak dengan Mommy terlebih excited aku rasa. Siap bergive me five lagi dia orang berdua tu. seronok sangat bila anak dara dia berjaya buat sehelai crepe. Sehelai ke? Emm... Fikir jap! Lantak ah. Malas aku nak fikir.
Penat rupanya memasak ni ya. Berpeluh-peluh dah ni. Berapa banyak la kalori yang aku bakar sepanjang kat dapur ni. Tak payah nak berexercise bagai. Duduk je kat dapur ni ha.


Siap je semua, Mommy simpan dalam peti ais. Mak kata makan sejuk-sejuk lagi best. Kami iya kan je. Otai katakan. Lepas tu kami bersurai. Masuk balik masing-masing.


Siap mandi. Aku solat Asar. Lepas tu aku lepak je dalam bilik aku yang serba canggih ni. Memang best. View terbaik. Malam boleh tengok bulan dan bintang. Mengadap pantai dari dalam bilik dia ni. Memang best. Terbaik punya. Apak cakap dia design untuk aku. Wah, terharu gila.


"Nurul Nissa" Mommy ketuk pintu bilik. Pantang betul kalau aku duduk bertapa dalam bilik. Risau aku sedih-sedih. Hai lah, Mommy aku ni.


"Yes Mom" aku buka pintu bilik. Mommy menapak masuk. Duduk di birai katil.


"Jom turun bawah. Minum petang sama" Mommy ajak aku turun bawah.


"Apak dah balik?" aku berlabuh duduk sebelah Mommy.


"Belum. Jap lagi sampai la tu. jom" Mommy tarik tangan aku. Aku ikut je la langkah Mommy.


Mak dah siap hidang untuk minum petang. Mommy dah duduk sebelah Mak. Aku pun apa lagi. Ambik kedudukan depan Mommy. Sebab kerusi Apak tak boleh usik. Tu tempat Apak je tak boleh sesiapa pun duduk. Termasuk wife dia iaitu Mak.


"Apak balik pukul berapa?" aku tanya Mak. Harus la tanya Mak. Kan Apak tu husband dia. Takkan aku nak tanya Mommy. Sah Mommy tak tahu.


"Jap lagi sampai la tu" Mak tengok jam tangan dia.


"Makan ni. Cuba rasa" Mak suap durian crepe kat aku. Siap ternganga-nganga mulut Mak. Sabar je lah!


"Sedap" siap pejam mata nak nikmati punya pasal. Best oo...


"Mak lak" aku suap Mak. Lepas tu Mommy. Senyum je dia orang. Aku lagi la rasa bahagia di kelilingi orang tersayang. Aku bersyukur sangat-sangat.


"Apak?" Nganga tahan mulut kat aku. Eh, main suap-suap lak dia orang ni.


"Banyak kerja hari ni?" lepas Mak cium tangan Apak, tu perkataan pertama yang akan Mak tanya. Setiap hari tanpa gagal.


"Macam biasa" Apak kucup dahi Mak. Lepas tu berlabuh duduk di takhta dia tu. wah, bahagianya pasangan ni. Tak lokek tunjukkan kasih sayang.


"Hari ni buat apa?" Apak masih tak berkalih pandangannya. Pandang wajah isteri dia yang cun melecun tu.


"Ni, try resepi baru. Nissa yang buat ni. Kami jadi kitchen assistant je" Mak senyum meleret.


"Really? Mesti try ni" Apak capai durian crepe satu. Dia gigit dan kunyah perlahan. Aku dah suspend. Rupa macam tak ada perasaan je. Best ke idak tu?


"Best tak?" Aku dah tak sabar nak tunggu reaksi Apak. Lambat betul la.


"Ok" Apak ambil satu ketul lagi. Pun macam tu muka dia. Dan seketul lagi. Selamat 3 ketul. Tapi cakap ok je.


"Mom, best tak?" Dia berkalih pada Mommy yang sedang asyik mengunyah.


"Ok" eh, macam pakat je bagi jawapan tu. ok, ok.
Tapi aku rasa dah terlebih ok. Sedap, enak, lazat, best, good, better, apa lagi? Eh, sempat lagi kau nak perasan ya Nurul Nissa. Setakat buat durian crepe yang tak adventure tu, apa la sangat. Cis, ada unsur dengki di situ ya. Kau orang dengki ke apa ni? Eh, marah lak dia!


"Apak masuk dulu" Apak angkat 2 ibu jari dia. Tanda good ke ok tu? Aku tak faham. Tapi aku pun bengong tiru Apak.


"Sedapkan?" Aku tak puas hati lagi. Nak juga dengar kata-kata pujian. Hok oloh, poyo betul budak ni.


"Kalau tak sedap, Apak tak makan sampai 3 biji" Mak bagi jawapan yang mampu buat aku senyum manis. Hak alah, perasan.


"Macam tu eh. Tapi tak puji pun" dia tayang muka comel. Memang comel pun. Hihi...


"Macam ni pun ada?" Mommy cebik bibir dia. Dah faham sangat dah. Baru buat durian crepe. Itu pun dah give up. Agaknya kalau dia buat rendang mahu kecoh satu Malaysia.


"Ala, jangan malu, jangan segan. Kalau rasa nak puji tu. puji je la" hihi... Dia usik Mommy.


"Banyak bunyi lak dia. Makan cepat" Mak menyampuk. Sabar je lah. Alhamdulillah. Syukur sebab Nurul Nissa dah kembali. Senyum dan bergurau. Lega bila melihat dia gembira.


Apak senyum meleret. Pandang dari jauh. Melihat Nurul Nissa begini buat dia rasa bahagia. Semoga ada mentari yang terus menerangi hidup Nurul Nissa. Apak berdoa dalam hati. 



Sunday, 21 April 2013

ITU JANJI 38

38

Kemurungan yang melampau. Itu yang dapat  gambarkan keadaan Nurul Nissa. Sejak peristiwa malam tu, dia berubah menjadi seorang murung dan pendiam. Seolah-olah dia berada di dalam dunia yang berbeza. 

Sesekali Izwan datang melawat. Maklum saja dia terpaksa bekerja. Sudah terlalu lama dia ponteng. Kesian dengan rakan setugas yang lain. 

Mommy masih setia menemani dia. Melayan dia dengan penuh kasih dan sayang. Dia amat bersyukur dengan anugerah yang tidak terhingga. Dikurniakan seorang bonda yang sangat pengasih dan penyanyang. 

Abang Lokman sudah berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Selepas kejadian malam dia tumbuk Izwan, keesokkan harinya dia pulang ke Kuala Lumpur. Balik pun tergesa-gesa. Tak sempat pun mereka berjumpa. 

Aunty Maria dan Daddy Izwan pun dah balik ke Kuala Lumpur. Itu pun sempat jumpa sekejap je. Masing-masing asyik menangis bila peluk dan cium dia. Dia pun tak faham kenapa semua orang tunjuk reaksi macam tu. 

Mommy tak usah cerita. Tiap-tiap hari menangis. Sambil senyum pun dia boleh mengalirkan air mata. Entah kenapa dia pun tak faham. Manja betul Mommy ni. 

Nasib baik sehari semalam je dia kena tahan kat wad. Tak sempat nak rasa boring pun. Nasib baik. Kalau tak jenuh dia kena tahan hidung dengan bau-bau ubat yang membuatkan dia semakin lemah. Semakin tak sihat. 

Dia cuba untuk maniskan wajah bila berada di kalangan ahli keluarga. Tak nak mereka risau sebenarnya. Kesian Mommy, Mak dan Apak. Masing-masing menjaga dia sebaik mungkin. Sampaikan tutur kata mereka pun tersusun cantik. Indah sekali bahasanya. Sampai begitu sekali mereka menjaga hati dan perasaan dia. 

Jadi dengan alasan apa lagi untuk dia terus berputus asa begini. Dia perlu menjalani hidup normal seperti manusia lain. Bergaul dengan masyarakat dan bukan sekadar duduk terperuk dalam rumah Mak dan Apak ni. 

"Hari ni Yuyu buat apa?" Mommy tegur Nissa yang leka mengadap pantai. 

"Tak ada buat apa pun. Mom dari mana?" dia pandang Mommy sekilas. 

"Tak ada ke mana pun" dari dalam rumah dia nampak anaknya asyik termenung. Entah apa lagi yang sedang dia fikirkan. 

"Mom nak mandi pantai tak?" dia pandang wajah Mommy dengan perasaan teruja. Best juga ni kalau dapat mandi pantai. 

Lagi pun dah lama dia tak buat aktiviti ni. Last hari tu la. Mandi dengan adik-adik. Tapi budak-budak tu dah masuk asrama. Boring la dia duduk sorang-sorang. Apak asyik busy manjang. Nasib baik ada Mak dan Mommy. Boleh juga hilang boring. Kalau tak mati kutu dia duduk sorang-sorang dalam rumah besar gedabak ni. 

Tapi kadang-kadang Mak dengan Mommy busy dengan aktiviti dia orang. Kalau tak masak. Bertapa kat taman. Telek bunga sampai lebam. Aku? Memang kena heret sekali dengan aktiviti dia orang tu. sekadar menjadi pemerhati je la. Macam mana aku boleh terjebak pun tak tahu la. Boring! 

"Hari ni Mak nak try buat durian crape" Mak duduk depan Mommy. Aku tarik kerusi dan duduk sebelah Mommy. Intai resepi tu.

Bahan-bahan senang je:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
½ sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perwarna kuning telur
Untuk filling:
1 cawan whipping cream. Pukul sampai kental dan gebu.
Isi durian yang telah dilenyek. Benda wajib ni. Kalau tak ada durian tak jadi Durian Crepe. Takkan nak lenyek buah betik lak. Ye dak?
Cara-cara:
Masuk tepung, santan dan air. Gaul dalam mixer. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sampai sebati.
Tapis adunan tadi untuk dapatkan kulit crepe yang halus mulus.
Panaskan non-stic pan dengan api kecil. Oleskan butter sikit dan masukkan adunan tadi. 

"Best ke?" Mommy ajukan soalan. Dia pun tak pernah cuba. 

"Kena la try dulu. Baru tahu best ke tak" Mak selak buku resepi dia. 

"Bahan-bahan dah ada?" Mommy tanya lagi. 

"Alamak! Tak ada" Mak tepuk dahi. Macam mana boleh lupa ni? 

"Yuyu jom siap jom" Mommy dah bangkit dari kerusi dia. 

"Mana?" dia tayang muka blur. Pelik betul. Tadi beria nak try resepi baru. Tup-tup ajak ke mana tah. 

"Siap cepat" Mak pun dah berlalu ke dalam bilik. Aku masih tercenggang. Apa kes ni? 

"Mom nak gi mana" dia mengekor je langkah Mommy. Masing-masing dok jom-jom. Nak ke mana tak cakap lak. 

"Ya la. Nak gi mana?" Dia hadang laluan Mommy. Geram betul. Orang dok tanya dia bukan nak jawab. 

"Shopping jom" ceria bukan main muka Mommy bila sebut perkataan shopping tu. hamboi, seronok dia nak gi shopping ya? 

"Tadi cakap nak masak. Sekarang nak shopping lak. Mana satu tah" dia membebel-bebel lak. 

"Budak bertuah ni! Kena shopping dulu. Bahan-bahan tak ada" Mommy cubit kedua-dua belah pipi dia. Geram! Boleh dia bebelkan kita? Bertuah betul! 

"Dah. Sana. Cepat siap!" Mommy tolak badan dia. Sabar je lah! 

"Kita nak gi mana?" Dia keraskan badan. Masih nak bersoal jawab. 

"Kedai lah. Mana lagi? Cepat la Nurul Nissa ooo..." Mommy dah malas nak layan. 

"Mom!" Nurul Nissa hentak kaki. Boleh Mommy tutup pintu bilik dia tu. sampai hati! 

Cepat-cepat dia mendaki anak tangga. Bersiap alakadar. Jeans dan T-shirt siap! Dia turun balik dan duduk di ruang rehat. Tunggu Mommy Dan Mak. Apa ke lama beno siap nye. Tadi bukan main minta aku siap cepat. Nah, sekarang sape yang lambat? Jawab-jawab! 

"Jom" Mak muncul. Wah, bergaya tak hingat! 

"Siap semua?" Mommy tanya. Mak oit, dia orang nak gi mana sebenarnya ni? Pakaian tip-top! 

"Yuyu drive ya" Mak bagi kunci. Aku sambut je la. Takkan nak mintak Mak or Mommy lak yang drive kan? 

Aku tekan alarmed kereta. Ok, kereta BMW 6-Series Gran Coupe. Pergh... Bergaya dengan harta Apak tak hingat! Tapi aku rasa ni kereta Mak. Sebab Mak je yang selalu bawak kereta ni bila dia keluar. Dasyat!




Aku start button. Hidupkan enjin kereta. Sistem tengah check keadaan kereta. Dari tekanan angin tayar, minyak hitam, battery kereta, cermin, bonnet depan dan belakang, apa lagi. Oh ya, sit belt. Itu paling penting. Sebab selagi aku tak click selagi tu la system dok warning suruh aku pakai sit belt. Bagus! Sebab aku ni lupa atau lebih tepatnya malas nak tarik dan click sit belt ni. 

Mommy duduk depan dengan aku. Mak macam biasa. Gaya ala datin kat belakang tu. hamboi, selesa dia ya. Seronok ada orang yang drive ya

"Nak gi mana dulu Mak-Mak Datin?" Dia tanya. Jeling sekilas kat Mak kat sit belakang tu. 

"Parkson boleh?" Mommy pusing badan dia. Tanya Mak kat belakang. 

"Mana-mana je lah" Mak jawab endah tak endah. Eh, dia orang ni. Tak discuss dulu ke sebelum gerak tadi. Main redah je. Asal boleh je dia orang ni. 

"Yuyu gi Parkson je lah. Kita cari barang kat sana. Kalau tak da, boleh ke Sarawak Plaza" Mommy dah pun buat kata putus. 

Aku iyakan saja. Terus meluncur ke bandar Kuching. Sebaik parking Mak dan Mommy bergegas keluar dari kereta. Tak tunggu pun aku ni. Sabar je lah. Aku mengekor je langkah dia orang tu. entah mana dia orang nak tuju. Aku pun tak dapat nak kenal pasti. 

Ok, dia orang masuk market. So, betul la dia orang nak beli bahan-bahan buat durian crape. Aku ingat nak datang shopping. Mommy sorong troli. Aku ambik dari Mommy dan tolak ikut langkah mereka. Aku tukang ikut. Bukan tahu pun nak beli apa. So, aku serahkan pada yang pakar. 

Siap memborong kami minum jap. Lepas tu terus gerak balik. Gila cepat. Lebih kurang 1jam je kot. Bagus betul dia orang ni. Biasa kalau keluar shopping mesti sehari suntuk. Dari buka mall sehingga nak tutup. Cam tak caya je. Hihi... Bagus betul. 

"Yuyu dah pakai sit bet?" Mommy tanya aku. 

"Dah, kenapa Mom?" Aku pandang sekilas Mommy duduk di sebelah aku. 

"Tadi ada kereta nyalakan lampu. Ada roadblock kot" Mommy jawab pertanyaan aku. 

"Oh" lepas tu aku drive macam biasa. Buat apa nak takut. Bukan ada buat salah pun. 

Masuk je Daerah Santubung, sah ada roadblock kat depan tu. aku slow. Kurangkan kelajuan. Seorang Pegawai tahan dan minta aku ke tepi jalan. Aku turunkan cermin kereta. Aduh, apa lagi yang tak kena ni? Sempat aku membebel. 

"Bagi lesen dan IC" minta Pegawai tadi. Hai, tak ada skrip lain ke dia orang ni? Izwan hari tu cakap macam ni la. Sebijik! Hihi... 

Dia capai handbag dan cari purse dia. Dia cari celah-celah kad yang elok tersusun tu. aik, tak ada? Oh, Mommy! Help! Dia toleh ke arah Mommy sambil tayang muka cuak. Habis la aku kali ni! 

"Kenapa?" Mommy tanya aku. 

"Sila bagi lesen dan IC Cik" minta Pegawai itu sekali lagi. 

"Mom, lesen dengan IC Yuyu tak ada" aku dah gelabah. Huk... Huk... Habis la. 

"Mom ada simpan tak?" Dia tanya lagi. Memang dia tak ingat langsung. Last dia tengok minggu lepas. Tu pun masa kena tahan dengan Izwan. Lepas tu dia tak ingat. 

"Masa bila pulak Mom simpan" Puan Malissa geleng kepala. 

"Memang tak ada ke?" Mak mencelah. Dia capai purse aku. Selak satu persatu slot kat aku. 

"Ada tak?" Mommy tanya. 

"Tak ada" Mak jawab sambil pandang Nurul Nissa. 

Mommy! Oh tidak. Aku bawa kereta tanpa lesen dan IC? Kau ni sengal Nurul Nissa. Benda penting macam tu pun kau boleh lupa taruk mana? Arghhhh... Tension dia! 

"Cik, saya boleh keluarkan surat saman kalau Cik lenggahkan masa saya. Sila bagi lesen dan IC" Pegawai itu bersuara tegas. 

"Mommy, Mak" aku dah cuak. Pandang muka Mommy Dan Mak silih berganti. Huhu... Tolong! 

"Eh, jap. Jangan saman ya. Kita bincang" Mak dah keluar dari kereta. Nak bincang dengan Pegawai tu. huhu... Tolong jangan saman saya! 

Lepas tu Mommy pun keluar sama. Aku je yang duduk dalam kereta. Takut nak keluar. Kaki tangan dah sejuk semacam je. Mengigil sebab takut punya pasal. Huhu... 

Aku tengok Mak busy bercakap dengan telifon dia. Mommy dengan Pegawai polis tadi sedang berbual. Berbincang pasal apa aku tak nak ambik tahu. Sebab aku tengah takut ni. 

Tiba-tiba muncul sebijik motor R1 parking depan kereta BMW Mak. Dia turun dari motor dan menapak gagah ke arah Mommy dan Mak. Dia buka sarung tangan. Kemudian dia buka helmet. Oh, man! Dia sangat bergaya ok!