35
Izwan duduk berteleku dalam kereta. Tak tahu hala tujunya.
Dia sendiri tak tahu apa sudah jadi dengan dirinya. Rasa kecewa yang teramat
sangat.
Aduh, pengsan aci tak?
Dan akhirnya dia akur lalu menapak masuk. Kakinya berat
melangkah. Tapi jiwanya memberontak Untuk menatap seraut wajah itu. Lama dia
berdiri kaku. Pandang wajah ayu itu dengan sejuta rasa. Terus tatap wajah lena
itu. Tangannya ringan Untuk terus membelai rambut Nurul Nissa. Sukar benar
Untuk dia mendekati gadis ini.
"Nurul Nissa, siapa awak?" Dia menompang dagu.
Terus menatap wajah itu.
Dan akhirnya berlalu tanpa sahutan. Dia terlena di birai
katil. Badannya penat. Dia perlukan rehat. Seharian dia melayan Nurul Nissa.
Sebentar tadi dia melayan perasaan gundah bila ada lelaki lain di samping Nurul
Nissa. Penat dia dengan semua ni. Penat Dan lelah menghadapi soal hati Dan
perasaan.
Matanya tidak lepas dari menatap seraut wajah yang sedang
elok terlentok lena diulit mimpi. Dia kerling jam. Baru pukul 5am. Begitu
pulas dia tidur. Nurul Nissa senyum segaris. Dia berpatah balik rupanya.
Ingatkan dah tak sudi tunggu dia malam ni.
Dia senang dengan Izwan Rizal. Dia selesa bila bersama.
Tapi dia tak pernah meletakkan harapan yang tinggi menggunung Untuk bersamanya.
Soal hati Dan perasaan memang sukar Untuk dia ungkapkan. Apatah lagi soal masa
depannya. Sukar Untuk dia berpaling semudah itu kerana segaris nama itu telah
terpahat kukuh.
Izwan, saya tak tahu Dan saya tak pasti dengan perasaan
awak kepada saya. Jika benar apa telaan saya, tolong jangan letakkan harapan
menggunung. Kelak awak akan kecewa. Cinta, Kasih Dan sayang saya telah di
berikan kepada tunang saya. walaupun ia amat menyakitkan bila cinta didustai.
Biarkan masa berlalu Dan membawa bersama kisah silam saya.
Rasanya 6 bulan ni saya cuba untuk berlari sejauh mungkin. Menghilangkan diri
tanpa jejak. Saya pergi meninggalkan kenangan duka di sana. Jika diizinkan
Allah, saya ingin melupakan kenangan lalu yang banyak duka Dan noda.
Izwan, rasanya saya tak layak untuk berdamping dengan awak.
Seiring dan sejalan pun rasa tidak sesuai. Apa lagi untuk bersama dengan awak.
Ada baiknya kita sekadar berkawan. Saya selesa dengan awak. Saya senang bersama
awak. Dan saya rasa gembira Dan seronok bila bersama awak.
Nurul Nissa.... Izwan seru nama itu sepenuh perasaan. Lama
sudah dia terjaga. Bila terasa sentuhan halus membelai rambutnya. Jari Nurul
Nissa yang menari-nari halus membelai membuatkan dia yakin dengan perasaannya.
Bertambah yakin dengan perasaan Nurul Nissa terhadapnya. Tapi bagaimana jika
telaannya salah? Jika hanya dia yang bertepuk sebelah tangan?
"Dah lama kenal Nurul Nissa?" Abang Lokman santai
di atas sofa. Mommy Nissa sibuk menelek anaknya.
"Baru lagi" Izwan Rizal jawab sepatah. Matanya di
hala ke arah Nurul Nissa.
"Kau suka dia?" Abang Lokman juga menghala kepada
Nurul Nissa.
"Suka, cinta Dan sayang" Izwan toleh
sekilas.
"Sebelum kau kenal dia. Aku terlebih dahulu hadir
dalam hidup dia" Abang Lokman bersuara tegas. Ok, sekarang dia rasa
terancam. Benar telaannya. Izwan cuba mendekati Nissa.
"Masa bukan penentunya. Hati Dan perasaan yang paling
utama" Izwan senyum. Tapi Senyumannya sinis.
"Dan hubungan kami lebih kukuh" Abang Lokman
enggan mengalah.
"Atas tiket sepupu? Oh common, marry because of family
arrangement are not working" Izwan ketawa yang sengaja di buat-buat.
"Listen, she's a special one. Nobody can hurt her.
Accepted you!" Abang Lokman tahan suara. Boleh bertumbuk juga ni.
"Because of that I hold her hand until the end"
mereka berbalas pandang. Tajam menikam.
"Over confident. I like! But most important thing, I
never let her go!" Abang Lokman senyum sinis. Saja nak sakitkan hati Izwan
Rizal.
"She have own life. Just let her choice. The best man
win" dia tak mahu kalah. Perang mulut antara mereka berdua di kawal sebaik
mungkin.
"Good luck!" Abang Lokman jeling tajam. Huh, tak
reti mengalah rupanya!
"Good luck to you two" Izwan senyum sinis. Wait
and see.
"Lokman, jom temankan aunty jumpa doktor. Aunty nak
tanya something" Mommy ajak Abang Lokman.
"Kamu boleh tunggu Nissa sekejap?" soal Mommy
dituju kepada Izwan.
"Sure" Izwan jawap pantas. Wah, bukan main
bersemangat. Maklum saja nak beli hati bakal Mak mertua. Hihi... Abang Lokman
dah cebik bibir. Menyampah dengan Izwan. Macam budak-budak!
"You ok?" Izwan menapak ke arah Nurul
Nissa.
"Ok" Nissa jawab endah tak endah.
"Much better?" Izwan tarik kerusi Dan duduk di
depan Dia.
"Ok" dia jawab sepatah tanpa perasaan.
"Selesa tak bilik ni?" nak cari modal bersembang
sebenarnya.
"Ok" Nissa capai majalah vogue yang Mommy beli
tadi. Dia selak tanpa perasaan.
"Makan sini best?" masih tak jemu untuk
berbual-bual.
"Ok" tangannya masih sibuk menyelak helaian
majalah itu. Izwan senyum. Semua ok. Nampak sangat nipu nye. Punya la dia tak
suka makanan hospital.
"Jom kahwin" Izwan tanya spontan.
"Ok" Nurul Nissa masih seperti tadi. Selak muka
surat tanpa perasaan.
"Kahwin jom" Izwan tanya lagi. Dia senyum geli
hati dengan gelagat Nurul Nissa.
"Ok" Nurul Nissa jawab tanpa perasaan.
"Are you sure, you agree to marry me" Izwan tanya
Nurul Nissa yang masih bersikap dingin.
"Ok. Ok. Ok" Nurul Nissa tutup kasar majalah di
tangannya.
"Will you marry me" Izwan senyum.
"Hah!?" Naik suara dia. Gila! Nasib baik tak
melompat dari katil ni.
"Itu la. Orang tanya dia main jawab je. Semua ok. Kan
dah ter-setuju nak kahwin dengan I" Izwan senyum. Hai, comel muka dia bila
blur macam ni.
"Mana ada" dia berdalih. Gila nak kahwin dengan
dia. Aku ni masih tunangan orang.
"Tadi tu" dia usik Nurul Nissa. Dah merah dah
muka dia bila kena sakat macam tu. malu!
"Gila" Nurul Nissa jeling tajam.
"Saya memang gila. Gilakan awak" Izwan senyum,
mata kiri dia kenyetkan. Gatal!
"Haha..." Nurul Nissa gelak yang di buat-buat.
Dia jeling Izwan hujung mata.
"Jangan jeling macam tu. Tergoda I" Izwan cuit
dagu Nurul Nissa. Hiss... Tangan tu tak reti duduk diam. Merayap sana, merayap
sini. Gari tangan tu baru tau. Biasa ni!
"Abang Lokman tu sepupu belah Mommy ke Daddy
you?" Izwan menopang dagu. Tatap wajah Nurul Nissa tanpa jemu.
"Mommy. Tu pun saudara angkat. Mommy dengan arwah
Daddy anak tunggal" Nissa duduk bersila.
"Oh... No wander la" Izwan berbisik Untuk diri
Sendiri sebenarnya.
"Kenapa?" Nissa kerutkan kening dia.
"You suka dia?" Izwan terlepas cakap. Sepatutnya
tanya you sayang dia.
"Suka? Apa jenis soalan ni?" Nurul Nissa dah
tayang muka blur.
"Ya. Suka, sayang" Izwan cover line.
"Mesti lah. Dia je saudara yang I ada" Nurul
Nissa senyum gembira. Oh, ini bahaya!
"Cinta?" Izwan cuba korek rahsia. Aduhai, jantung
dah berdegup laju. Jangan la dia cakap dia cintakan sepupu angkat dia tu. Mati
kerkejut jugak aku hari ni. Huhu...
"Apa you merepek ni. Nak cinta apa dengan sepupu
Sendiri" Nurul Nissa ketawa geli hati.
"Correction, sepupu angkat ok!" Izwan nak buat
muka serious tahap dewa. Lagi kan sepupu sah nikah, ini kan pula sepupu
angkat!
"Abang Lokman dah macam Abang I. Apa la" Nurul
Nissa dapat kesan tanda-tanda cemburu di situ.
"So, you tak akan kahwin dengan dia? Walaupun kena
paksa?" Izwan mencelah. Matanya berkilau, gembira bila Nissa tak ada hati
pun dengan Si Lokman tu.
"Pelik la you ni. Tadi ajak I kahwin. Sekarang tanya I
nak kahwin dengan Abang Lokman tak. Apa la" Nurul Nissa dah membebel Tah apa-apa
Tah.
Fuhhh... Dia lega. Tarik nafas, hembus. Leganya. Gembira
sangat. Harap-harap semuanya ok. Berjalan seperti yang dia rancang. Kena pakat
dengan Mommy ni. Harus cepat bertindak. Kalau tak melepas ler. Gigit jari
nanti.
"Jangan kahwin dengan dia tau" Izwan seolah-oleh
memberi pesanan.
"Memang tak lah" Nurul Nissa pantas jawab. Apa ke
hal nak kahwin dengan Abang Lokman.
"Thanks dear" Izwan capai tangan nissa Dan
kucup.
Nurul Nissa terkedu. Tergaman. Terdiam. Terkelu. Terkejut.
Ter... Ter... Apa lagi Tah. Aduhai, apa kena dengan Izwan ni? Yang organ
dalaman aku pun satu Hal. Dok dup dap- dup dap dari tadi. Aduh, Sakitnya. Tak
semena dia tekapkan tangannya ke dada. Nak bagi jantung dia duduk diam-diam.
Haha... Gilak!
Izwan ukir senyuman paling manis Buat Nurul Nissa. Alahai,
kencing manis juga aku ni. Asyik bagi senyuman manis bergula tu. ades, pengsan
aci tak? Hihi...
"Yuyu, petang ni dah boleh balik" Mommy menapak
masuk. Rasa kurang enak bila melihat Izwan begitu leka menatap wajah anaknya.
Apa dah jadi ni?
Abang Lokman jeling tajam kepada Izwan. Semakin terancam.
Nurul Nissa semakin jauh dari dirinya. Dia harus bertindak. Sampai bila dia
harus menjadi pemuja dalam diam. Sudah tiba masanya Untuk dia meluahkan.
"Yuyu, rehat dulu. Abang nak kemas barang. Petang
nanti boleh balik Rumah" Abang Lokman mencelah. Dia duduk di birai katil.
Kelibat Izwan yang berada di atas kerusi di sisi katil dia tak endahkan.
"Yes. Finally" Nurul Nissa senyum gembira. Nakal!
Abang Lokman usap kepala Nissa, senyum tak lekang dari bibir dia.
Puan Malissa perhatikan mereka bertiga silih berganti. Ada
sesuatu yang tak kena di antara mereka. Wajah keruh Izwan, wajah tegang Lokman.
Pastia ada sesuatu antara mereka bertiga yang dia terlepas pandang.
"Aunty dengar Mommy dengan Daddy kamu ada sini
ya?" Puan Malissa ajukan soalan kepada Izwan Rizal.
"A'ah. Ada. Daddy ada meeting" Izwan menapak lalu
melabuh duduk di atas sofa bertentangan dengan Puan Malissa.
"Dia orang stay mana?" Dia ajukan soalan. Saja
nak bersembang. Nak kenal juga hati budi lelaki ni.
"Merdeka palaces. Semalam Mommmy ada datang. Hari ni
tak tau datang ke tak. Kalau tak boleh jumpa" Izwan senyum segaris.
"Ya ke. In shaa Allah. Kalau ada rezeki jumpa la
kan" dia balas senyuman kepada Izwan.
Lokman jeling tanda meluat. Huh, ada hati nak tunjuk baik
konon. Blah la wey! Mak Ucu kenal aku dari kecil lagi tau. Aku tak heran pun.
Nak bodek, ko bodek la Mak Ucu tu. ada aku kesah? Dah macam budak-budak si
Lokman ni. Hai...
"Kamu Kerja apa?" Mommy makin rancak bersoal
jawab.
"PDRM" dia jawab sepatah. Rasa rendah diri berada
di kalangan mereka.
"Alhamdulillah. Besar fadilatnya. Menjaga keamanan Dan
kerenteraman Negara" Puan Malissa senyum manis. Bangga dengan anak muda
ini.
"Syukur Alhamdulillah. Rezeki saya" Izwan senyum
lagi. Lega bila Puan Malissa tidak menghina pekerjaannya.
"Dah lama kenal Nissa?" dia tarap mata anak muda
ini dalam-dalam.
"Baru lagi" Izwan serba tak kena. Takut
sebenarnya.
"Patents Kerja apa?" Puan Malissa korek
rahsia.
"Running own business. Kecil-kecil je" dia
senyum. Kecil-kecil apa nyer? Import export spare part kapal terbang,
helicopter, kapal Laut. Gila tak gila business kecil-kecil family Izwan
ni.
"Syukur dengan rezeki Allah bagi" Puan Malissa
senyum lagi. Dia suka dengan anak muda ini. Merendah diri orangnya.
"Aunty lama Kat sini?" Sekadar berbahasa. Matanya
melirik ke arah Nurul Nissa yang sedang rancak berbual dengan Lokman. Hisss...
Panas hati!
"Tengok keadaan. Aunty ingat nak bawa balik dia
sekali" Puan Malissa pandang anak daranya itu. Tak tahu macam mana lagi
cara Untuk memujuk Nurul Nissa.
"Duduk lama sikit. Boleh saya bawa berjalan
nanti" Izwan toleh ke arah Puan Malissa. Sakit hati je tengok Nissa Dan
Lokman.
"In shaa Allah. Aunty bukan ada kerja pun. Boleh je
nak stay lama" pandangan masih melekat di wajah Nurul Nissa.
Risau dengan anaknya ini. Hasrul dah macam orang gila kat
sana. Tiap-tiap hari ulang alik ke Rumah mereka mencari Nurul Nissa. Majlis
yang sepatutnya berlangsung tergendala gara-gara Nurul Nissa kemalangan.
Tiba-tiba dia hilangkan diri. Mana tak gila Hasrul di buat anaknya ini.
* sorry sebab tak berapa nak sempat nak post new chapter.
BILA DIA ORG NAK JUMPA YA.
ReplyDeletebaby mio - any idea? nak jumpa kat mana dan bila? jeng... jeng... hehe...
ReplyDelete