Kemurungan yang melampau. Itu yang dapat gambarkan keadaan Nurul Nissa. Sejak peristiwa malam tu, dia berubah menjadi seorang murung dan pendiam. Seolah-olah dia berada di dalam dunia yang berbeza.
Sesekali Izwan datang melawat. Maklum saja dia terpaksa bekerja. Sudah terlalu lama dia ponteng. Kesian dengan rakan setugas yang lain.
Mommy masih setia menemani dia. Melayan dia dengan penuh kasih dan sayang. Dia amat bersyukur dengan anugerah yang tidak terhingga. Dikurniakan seorang bonda yang sangat pengasih dan penyanyang.
Abang Lokman sudah berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Selepas kejadian malam dia tumbuk Izwan, keesokkan harinya dia pulang ke Kuala Lumpur. Balik pun tergesa-gesa. Tak sempat pun mereka berjumpa.
Aunty Maria dan Daddy Izwan pun dah balik ke Kuala Lumpur. Itu pun sempat jumpa sekejap je. Masing-masing asyik menangis bila peluk dan cium dia. Dia pun tak faham kenapa semua orang tunjuk reaksi macam tu.
Mommy tak usah cerita. Tiap-tiap hari menangis. Sambil senyum pun dia boleh mengalirkan air mata. Entah kenapa dia pun tak faham. Manja betul Mommy ni.
Nasib baik sehari semalam je dia kena tahan kat wad. Tak sempat nak rasa boring pun. Nasib baik. Kalau tak jenuh dia kena tahan hidung dengan bau-bau ubat yang membuatkan dia semakin lemah. Semakin tak sihat.
Dia cuba untuk maniskan wajah bila berada di kalangan ahli keluarga. Tak nak mereka risau sebenarnya. Kesian Mommy, Mak dan Apak. Masing-masing menjaga dia sebaik mungkin. Sampaikan tutur kata mereka pun tersusun cantik. Indah sekali bahasanya. Sampai begitu sekali mereka menjaga hati dan perasaan dia.
Jadi dengan alasan apa lagi untuk dia terus berputus asa begini. Dia perlu menjalani hidup normal seperti manusia lain. Bergaul dengan masyarakat dan bukan sekadar duduk terperuk dalam rumah Mak dan Apak ni.
"Hari ni Yuyu buat apa?" Mommy tegur Nissa yang leka mengadap pantai.
"Tak ada buat apa pun. Mom dari mana?" dia pandang Mommy sekilas.
"Tak ada ke mana pun" dari dalam rumah dia nampak anaknya asyik termenung. Entah apa lagi yang sedang dia fikirkan.
"Mom nak mandi pantai tak?" dia pandang wajah Mommy dengan perasaan teruja. Best juga ni kalau dapat mandi pantai.
Lagi pun dah lama dia tak buat aktiviti ni. Last hari tu la. Mandi dengan adik-adik. Tapi budak-budak tu dah masuk asrama. Boring la dia duduk sorang-sorang. Apak asyik busy manjang. Nasib baik ada Mak dan Mommy. Boleh juga hilang boring. Kalau tak mati kutu dia duduk sorang-sorang dalam rumah besar gedabak ni.
Tapi kadang-kadang Mak dengan Mommy busy dengan aktiviti dia orang. Kalau tak masak. Bertapa kat taman. Telek bunga sampai lebam. Aku? Memang kena heret sekali dengan aktiviti dia orang tu. sekadar menjadi pemerhati je la. Macam mana aku boleh terjebak pun tak tahu la. Boring!
"Hari ni Mak nak try buat durian crape" Mak duduk depan Mommy. Aku tarik kerusi dan duduk sebelah Mommy. Intai resepi tu.
Bahan-bahan senang je:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
½ sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perwarna kuning telur
Untuk filling:
1 cawan whipping cream. Pukul sampai kental dan gebu.
Isi durian yang telah dilenyek. Benda wajib ni. Kalau tak
ada durian tak jadi Durian Crepe. Takkan nak lenyek buah betik lak. Ye dak?
Cara-cara:
Masuk tepung, santan dan air. Gaul dalam mixer. Pastu masuk
telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sampai sebati.
Tapis adunan tadi untuk dapatkan kulit crepe yang halus
mulus.
Panaskan non-stic pan dengan api kecil. Oleskan butter sikit
dan masukkan adunan tadi.
"Best ke?" Mommy ajukan soalan. Dia pun tak pernah cuba.
"Kena la try dulu. Baru tahu best ke tak" Mak selak buku resepi dia.
"Bahan-bahan dah ada?" Mommy tanya lagi.
"Alamak! Tak ada" Mak tepuk dahi. Macam mana boleh lupa ni?
"Yuyu jom siap jom" Mommy dah bangkit dari kerusi dia.
"Mana?" dia tayang muka blur. Pelik betul. Tadi beria nak try resepi baru. Tup-tup ajak ke mana tah.
"Siap cepat" Mak pun dah berlalu ke dalam bilik. Aku masih tercenggang. Apa kes ni?
"Mom nak gi mana" dia mengekor je langkah Mommy. Masing-masing dok jom-jom. Nak ke mana tak cakap lak.
"Ya la. Nak gi mana?" Dia hadang laluan Mommy. Geram betul. Orang dok tanya dia bukan nak jawab.
"Shopping jom" ceria bukan main muka Mommy bila sebut perkataan shopping tu. hamboi, seronok dia nak gi shopping ya?
"Tadi cakap nak masak. Sekarang nak shopping lak. Mana satu tah" dia membebel-bebel lak.
"Budak bertuah ni! Kena shopping dulu. Bahan-bahan tak ada" Mommy cubit kedua-dua belah pipi dia. Geram! Boleh dia bebelkan kita? Bertuah betul!
"Dah. Sana. Cepat siap!" Mommy tolak badan dia. Sabar je lah!
"Kita nak gi mana?" Dia keraskan badan. Masih nak bersoal jawab.
"Kedai lah. Mana lagi? Cepat la Nurul Nissa ooo..." Mommy dah malas nak layan.
"Mom!" Nurul Nissa hentak kaki. Boleh Mommy tutup pintu bilik dia tu. sampai hati!
Cepat-cepat dia mendaki anak tangga. Bersiap alakadar. Jeans dan T-shirt siap! Dia turun balik dan duduk di ruang rehat. Tunggu Mommy Dan Mak. Apa ke lama beno siap nye. Tadi bukan main minta aku siap cepat. Nah, sekarang sape yang lambat? Jawab-jawab!
"Jom" Mak muncul. Wah, bergaya tak hingat!
"Siap semua?" Mommy tanya. Mak oit, dia orang nak gi mana sebenarnya ni? Pakaian tip-top!
"Yuyu drive ya" Mak bagi kunci. Aku sambut je la. Takkan nak mintak Mak or Mommy lak yang drive kan?
Aku tekan alarmed kereta. Ok, kereta BMW 6-Series Gran Coupe. Pergh... Bergaya dengan harta Apak tak hingat! Tapi aku rasa ni kereta Mak. Sebab Mak je yang selalu bawak kereta ni bila dia keluar. Dasyat!
Aku start button. Hidupkan enjin kereta. Sistem tengah check keadaan kereta. Dari tekanan angin tayar, minyak hitam, battery kereta, cermin, bonnet depan dan belakang, apa lagi. Oh ya, sit belt. Itu paling penting. Sebab selagi aku tak click selagi tu la system dok warning suruh aku pakai sit belt. Bagus! Sebab aku ni lupa atau lebih tepatnya malas nak tarik dan click sit belt ni.
Mommy duduk depan dengan aku. Mak macam biasa. Gaya ala datin kat belakang tu. hamboi, selesa dia ya. Seronok ada orang yang drive ya
"Nak gi mana dulu Mak-Mak Datin?" Dia tanya. Jeling sekilas kat Mak kat sit belakang tu.
"Parkson boleh?" Mommy pusing badan dia. Tanya Mak kat belakang.
"Mana-mana je lah" Mak jawab endah tak endah. Eh, dia orang ni. Tak discuss dulu ke sebelum gerak tadi. Main redah je. Asal boleh je dia orang ni.
"Yuyu gi Parkson je lah. Kita cari barang kat sana. Kalau tak da, boleh ke Sarawak Plaza" Mommy dah pun buat kata putus.
Aku iyakan saja. Terus meluncur ke bandar Kuching. Sebaik parking Mak dan Mommy bergegas keluar dari kereta. Tak tunggu pun aku ni. Sabar je lah. Aku mengekor je langkah dia orang tu. entah mana dia orang nak tuju. Aku pun tak dapat nak kenal pasti.
Ok, dia orang masuk market. So, betul la dia orang nak beli bahan-bahan buat durian crape. Aku ingat nak datang shopping. Mommy sorong troli. Aku ambik dari Mommy dan tolak ikut langkah mereka. Aku tukang ikut. Bukan tahu pun nak beli apa. So, aku serahkan pada yang pakar.
Siap memborong kami minum jap. Lepas tu terus gerak balik. Gila cepat. Lebih kurang 1jam je kot. Bagus betul dia orang ni. Biasa kalau keluar shopping mesti sehari suntuk. Dari buka mall sehingga nak tutup. Cam tak caya je. Hihi... Bagus betul.
"Yuyu dah pakai sit bet?" Mommy tanya aku.
"Dah, kenapa Mom?" Aku pandang sekilas Mommy duduk di sebelah aku.
"Tadi ada kereta nyalakan lampu. Ada roadblock kot" Mommy jawab pertanyaan aku.
"Oh" lepas tu aku drive macam biasa. Buat apa nak takut. Bukan ada buat salah pun.
Masuk je Daerah Santubung, sah ada roadblock kat depan tu. aku slow. Kurangkan kelajuan. Seorang Pegawai tahan dan minta aku ke tepi jalan. Aku turunkan cermin kereta. Aduh, apa lagi yang tak kena ni? Sempat aku membebel.
"Bagi lesen dan IC" minta Pegawai tadi. Hai, tak ada skrip lain ke dia orang ni? Izwan hari tu cakap macam ni la. Sebijik! Hihi...
Dia capai handbag dan cari purse dia. Dia cari celah-celah kad yang elok tersusun tu. aik, tak ada? Oh, Mommy! Help! Dia toleh ke arah Mommy sambil tayang muka cuak. Habis la aku kali ni!
"Kenapa?" Mommy tanya aku.
"Sila bagi lesen dan IC Cik" minta Pegawai itu sekali lagi.
"Mom, lesen dengan IC Yuyu tak ada" aku dah gelabah. Huk... Huk... Habis la.
"Mom ada simpan tak?" Dia tanya lagi. Memang dia tak ingat langsung. Last dia tengok minggu lepas. Tu pun masa kena tahan dengan Izwan. Lepas tu dia tak ingat.
"Masa bila pulak Mom simpan" Puan Malissa geleng kepala.
"Memang tak ada ke?" Mak mencelah. Dia capai purse aku. Selak satu persatu slot kat aku.
"Ada tak?" Mommy tanya.
"Tak ada" Mak jawab sambil pandang Nurul Nissa.
Mommy! Oh tidak. Aku bawa kereta tanpa lesen dan IC? Kau ni sengal Nurul Nissa. Benda penting macam tu pun kau boleh lupa taruk mana? Arghhhh... Tension dia!
"Cik, saya boleh keluarkan surat saman kalau Cik lenggahkan masa saya. Sila bagi lesen dan IC" Pegawai itu bersuara tegas.
"Mommy, Mak" aku dah cuak. Pandang muka Mommy Dan Mak silih berganti. Huhu... Tolong!
"Eh, jap. Jangan saman ya. Kita bincang" Mak dah keluar dari kereta. Nak bincang dengan Pegawai tu. huhu... Tolong jangan saman saya!
Lepas tu Mommy pun keluar sama. Aku je yang duduk dalam kereta. Takut nak keluar. Kaki tangan dah sejuk semacam je. Mengigil sebab takut punya pasal. Huhu...
Aku tengok Mak busy bercakap dengan telifon dia. Mommy dengan Pegawai polis tadi sedang berbual. Berbincang pasal apa aku tak nak ambik tahu. Sebab aku tengah takut ni.
best nak lg.
ReplyDeletebaby mio - TQ.. sabar ya.
Delete