34
“Mommy
nak singgah dulu ke?” Tanya Izwan Rizal.
“Tak
payah. Kuarters bujang buat apa? Bukan boleh minum pun” Mommy saja peril dia.
Sindir suruh cepat-cepat kahwin la tu. Sabar je lah!
“Eh,
kat hotel Mom dah kurang air dah ke?” dia peril Mommy dia pula. Hihi…
“Kamu
ni nak kena nih. Suruh take over business tak nak. Suruh kahwin pun tak nak.
Apa yang kamu nak hah?” aunty Maria dah bising dah. Dia dah mula tu. Geram
betul dengan perangai anak bujang sorang ni. Hisss… cepuk karang. Ada jugak
yang kena ni.
“Nak
Mommy boleh?” dia tergelak tengok muka Mommy dah masam. Marah la tu. Dia peluk
Mommy dia ketat-ketat. Saja nak menyakat Mommy dia sorang ni.
“Hisss…
tepi sana. Rimas Mom. Sana-sana” aunty Maria tepis tangan Izwan Rizal yang elok
melingkar di pinggan dia ni.
“Ala-la,
sayang I ni merajuk ya. Meh sini bucuk-bucuk” dia ketatkan pelukan ke pinggan
Mommy dia tu. Makin masam muka Mommynya. Hihi… nakal!
“Eh
bertuah. Malu orang Nampak. Nanti apa kata dia orang. Mak Datin dengan gigolo
berpelukan di tepi jalan. Eee… tak nak Mom! Tak rela you” Mommy siap buah aksi
geli. Dia cubit pipi anaknya yang sedang tersenyum nakal.
Izwan
Rizal semakin galak ketawa melihat gelagat Mommynya itu. Sabar je lah. Gigolo?
Hadoi, tak agak-agak. Tapi itu la, Mommy dia ni cun boleh tahan oit, body
bergetah lagi ni tau. Mantap you. Silap hari bulan kalah anak-anak dara zaman
sekarang ni. Kalau orang cakap mereka pasangan kekasih gelap pun orang percaya
agaknya. Mana tak, Mommy ala Mak Datin, bergaya, kaya pula tu. Orang pandang
dia selaku lelaki yang gagah perkasa ni pun dengan pandangan sinis je. Hehe…
“Mom
balik dulu. Jangan lupa makan. Makin susut Mom tengok” aunty Maria peluk anak
terunanya. Sayang dengan anak tunggalnya ini. Sebab tu dia turunkan saja apa
yang Izwan buat selama ni. Asalkan tidak bercanggah dengan agama.
“Mak
Datin tak ada. I tak ada selera nak makan tau. Tak ada orang yang temankan I
ni” masih seronok dia menyakat aunty Maria.
“Kamu
ni dah kenapa? Kemaruk sangat nak berbini agaknya! Dah, masuk sana. Rehat dulu”
aunty Maria pukul-pukul manaj tangan Izwan Rizal yang melingkar dia bahu dia
ni.
“Iya
la. Tak sudi pandang muka kita yang tak berapa nak handsome ni” Izwan Rizal
capai tangan Mommy dan tunduk hormat lalu dia kucup tangan itu.
“Lama
dia berdiri di tepi jalan. Melambai kepada Mommy sehingga kereta hilang dari
pandangannya. Lepas tu, baru dia menapak ke kuarters bujang. Ini kawasan
kuarters pegawai berpangkat, memang selesa. Bukan dia tak mampu beli rumah
sendiri. Tapi orang bujang wajib tinggal di kuarters. Nak tak nak dia terpaksa
la duduk sini.
Selesai
mandi. Dia berehat sambil baring atas sofa ruang tamu. Dia pejamkan mata. Wajah
Nurul Nissa menjelma lagi. Tak semena bibir dia tersenyum. Dia bayangkan wajah
mulus itu tersenyum, tapi senyumannya tidak ada serinya. Mata itu menyimpan
seribu rasa, ada duka, ada kecewa. Raut wajahnya tenang tapi penuh misteri dan
rahsa. Siapakah Nurul Nissa? Siapakah gadis ini?
Akhirnya
Izwan terlena bertemankan bayangan Nurul Nissa. Lena sekali dia di temani wajah
itu. Rasa enak di buai mimpi indah bertemankan wajah Nurul Nissa. Wajah itu
berlegar-legar di sekelilingnya. Ada di mana-mana. Memandangnya dengan senyuman
manis. Matnya melirik manja ke arahnya. Dan paling dia sakit bila melihat wajah
ayu itu menangis sayu dalam pelukannya. Nurul Nissa. Hanya segaris nama itu
yang berjaya menambat hatinya.
Siapakah
pemilik nama Nurul Nissa ini? Dia hanya mengetahui serba sedikit tentang diri
gadis itu. Dia berasal dari Kota Damansara, berusia 29 tahun. Seorang anak
angkat dari keluarga kaya raya. Berkulit putih, memiliki sepasang mata yang
sangat memukau, berbibir seksi. Suara yang lunak. Sederhana tinggi dan berbadan
ramping. Semua ciri fizikal dia berjaya huraikan. Tetapi dia masih
tertanya-tanya siapa gadis ini? Ingin sekali dia mengenali dengan lebih dekat.
“Assalamulaikum”
dia menapak masuk ke dalam bilik kelas pertama yang menempatkan Nurul Nissa.
“Waalaikumussalam,
masuk la” Mak pelawa tetamu itu duduk di sisi katil Nurul Nissa.
“Dia
tidur, dari tadi lagi. Badannya lemah sangat tu” Mak membuka cerita.
“Saya
minta maaf kak. Kalau jadi benda tak elok kemarin saya tak tahu macam mana nak
berdepan dengan akak” Mak dah start drama air mata. Alahai…
“Benda
nak jadi. Saya Cuma risaukan dia. Harap-harap racun dalam badan dia dah natural”
Mommy usap bahu Mak.
“Oh
ya. Ini anak saudara saya. Lokman” Mommy kenalkan Abang Lokman kepada Mak.
“Ingat
siapa tadi. Handsome orangnya” Mak tersenyum manis. Handsome budaknya. Anak
saudara Malissa, maksudnya sepupu Nurul Nissa la ni ya.
“Biasa-biasa
je aunty” Abang Lokman tersenyum manis. Segan dia bila dipuji begitu.
“Kakak
nak balik rehat dulu ke?” Mak ajukan soalan.
“Tak
apa. Malam ni saya temankan Nurul Nissa” Mommy pandang wajah anak
kesayangannya.
“Rehat
la dulu. Baru je sampai dah nak stay sini” Mak pujuk Mommy supaya balik
berehat.
“Tak
apa. Saya rindu dengan Nurul Nissa. Kalau boleh malam ni akak nak spend time together”
Mommy tetap dengan keputusannya. Degil! Anak dengan Mak sama degilnya.
“Mak
Ucu balik rehat dulu. Biar saya yang temankan Yuyu” Abang Lokman tawarkan diri.
“Kamu
pun baru sampai. Kita balik rehat dulu. Nanti kita dating balik” Mak pujuk
lagi. Mesti mereka penat dan perlukan rehat.
“Kalau
itu kata kamu, iya lah. Kita balik rehat dulu” Mommy akhirnya aku juga.
Mereka
terus pulang ke rumah Mak dan Apak di Pasir Pandak. Lagi pun Mak membantah
keras bila Mommy suarakan hajatnya untuk menginap di hotel. Kata Mak, rumah
mereka dah cukup besar untuk mereka tinggal. Tak perlu sewa hotel bagai. Duduk
je kat rumah mereka tu. Lagi pun senang kalau Mommy nak melawat Nurul Nissa.
Nurul
Nissa buka mata. Dia kecilkan anak mata kerana silau lampu bilik. Suhu bilik
yang dingin terasa ke tulang hitam. Sejuk sekali. Dia perhatikan keadaan
sekeliling. Kosong! Izwan Rizal tak ada di mana-mana. Tak semena air matanya
merembis keluar. Dia dah janji nak tunggu aku! Dia dah janji! Dia janji tak nak
tinggal aku sorang-sorang kat sini! Mana dia pergi? Dia tipu. Dia tak ada pun.
Dia tinggal aku sorang-sorang. Beria-ia dia nangis.
“Ya
Allah. Nurul Nissa. Awak sakit ke?” Izwan dapatkan Nurul Nissa yang sedang
memeluk lutut sambil tersedu. Terkejut dia bila melihat keadaan Nurul Nissa
begitu. Entah apa lagi yang tak kena.
“Awak
pergi mana? Awak tinggalkan saya sorang-sorang. Saya takut” Nurul Nissa depakan
tangan dia untuk memeluk Izwan. Wajah dia lega bila nampak kelibat Izwan Rizal.
“I
balik jap. Mandi dan tukar baju dulu. Kenapa nangis ni” Izwan daptakna Nurul
Nissa dan dia peluk badan ramping itu kemas.
“I
ingat you dah tinggalkan I sorang-sorang” Nurul Nissa meluahkan kebimbangan
dia.
“I
balik jap je. Kan I dah datang ni. Dah, tak mau nangis-nangis” Izwan sapu air
mata yang mengalir lesu di pipi Nurul Nissa. Sakit dada dia bila melihat dia
dalam keadaan sedih.
“Feel
better today?” Izwan usap rambut Nurul Nissa. Dia belai dengan penuh kasih
sayang.
“Much
better, I want go home” Nurul Nissa capai tangan Izwan yang sedang usap kepala
dia. Dia tayang muka penuh berharap. Nak balik rumah. Please!
“Not
yet dear. You need to stay here” Izwan tak akan compromise dalam bab ni. Ia
melibatkan nyawa Nurul Nissa. Tak jadi apa-apa nanti.
“Until
when?” dia dah peluk tubuh sendiri. Tanda protest. Merajuk ni.
“When
you ok” Izwan pegang kedua-dua pipi Nurul Nissa supaya pandang wajahnya.
Olo-lo.-lo… merajuk lak dia.
“But,
I feel good enough. Boring tau kat sini. Nak balik!” Nurul Nissa dah merengek
macam budak-budak tak cukup umur. Dia buat dah pernagai dia.
“No.
I said no. Cannot sayang” Izwan masih sabar melayan karenah Nurul Nissa.
Nurul
Nissa tepis tangan Izwan Rizal yang sedang usap kepala dia. Terus dia baring
membelakangkan Izwan. Tak berkesan taktik dia tu. Tak tahu nak buat macam mana
lagi. Langsung tak seronok tinggal kat hospital ok!
Izwan
mengekek ketawa bila melihat gelagat Nurul Nissa. Comel sangat dia! Boleh dia
merajuk macam tu. Aduhai, rasa nak peluk dan cuim dia ni. Sabar je lah! Manja
sangat-sangat. Sakit-sakit macam ni pun degil lagi tu.
“Nurul
Nissa” dia pegang bahu Nurul Nissa supaya pusing mengadap dia. Tapi di tepi
kasar oleh Nurul Nissa. Makin galak dia ketawa. Comelnya dia ni.
Huh,
menyakitkan hati je. Bukan betul-betul nak pujuk aku ni! Nurul Nissa mendegus
marah. Orang merajuk dia boleh gelakkan.
“Meh
la sini, I nak pujuk la ni. I bukan reti bab nak pujuk rayu ni” Izwan Rizal
cuit bahu Nurul Nissa yang masih membelakangkannya.
“Tak
nak!” Nurul Nissa tepis tangan Izwan lagi. Dia jarakkan badan dia supaya jauh
dari Izwan yang dok cuit-cuit bahu dia tu. Sengal!
“Nurul
Nissa” Izwan seru nama dia. Ni manja ke mengada-ngada ni.
“Listen.
You dalam pemerhatian. Still need observed. If semua ok, you boleh balik. Ok
dear” Izwan maish juga dalam mood memujuk.
“Ok,
esok pagi I promise I tanya doctor bila you discharge ok?” Izwan dah mati kutu.
Tak tahu macam mana lagi caranya nak memujuk Nurul Nissa.
“No
need, thanks” Nurul Nissa betul-betul merajuk ni.
“Ok
then. Tell me what should I do? Run away like that?” Izwan dah naik suara.
Geram dengan sikap Nurul Nissa yang ambil mudah soal kesihatan diri sendiri.
Dia ni dah separuh nyawa bila tengok keadaan Nurul Nissa macam tu. Sape tak
hangin?
“I
don’t know what I should handle you. Degil!” dia merunggut pula. Huhu… sampai
hati cakap kita degil. Sob… sob… memang degil pun!
“Assalamulaikum”
dia menapak masuk dengan langkah teratur.
“Waalaikumussalam”
Izwan toleh ke arah suara itu. Dia berdiri dan hulurkan tangan untuk berjabat
salam.
“Lokman”
Abang Lokman perkenalkan dirinya.
“Izwan
Rizal” dia sambut dengan segaris senyuman. Banyak persoalan menerjah mindanya.
“Abang,
bila sampai?” Nurul Nissa pantas menoleh ke arah Abang Lokman. Tak jadi merajuk
ke kak?
“Petang
tadi. Mommy pun datang tau” Abang Lokman usap kepala Nurul Nissa. Dia capai
tangan itu dan tunduk mengucup hormat. Seperti biasa Abang Lokman akan peluk
erat. Izwan Rizal terkedu. Abang?
“Yuyu
rindu abang” Nurul Nissa menangis sayu.
“Hey,
don’t cry dear. I’m here right” Abang Lokman duduk di birai katil mengadap
Nurul Nissa yang sedang bersandar di kepala katil. Dia tatap seraut wajah pucat
dan tidak bermaya itu.
“Where’s
Mom?” dia lentokkan kepala di bahu Abang Lokman. Nak minta perhatian
sebenarnya.
“She’s
need some rest. We all stay at Mak and Apak house” Abang Lokman belai kepala
Nurul Nissa. Senang dengan sikap manjanya ini.
“How’s
your day today?” tangannya masih usap kepala Nurul Nissa.
“Great.
Can I go home?” dia dongak mencari sepasang mata milik Abang Lokman.
“Sure,
of courses. But, promise me one more thing” Abang Lokman senyum, nak pujuk
Nurul Nissa bukan perkara mudah.
“I’m
promise” Nurul Nissa pantas bersetuju.
“Make
sure you take a rest, take a medicine, eat well and be a good girl. Can you?”
Abang Lokman cuit hidung Nurul Nissa dengan jari telunjuknya.
“Yes,
I am” Nurul Nissa angguk kepala.
“Ok
then. Did you take a diner?” Abang Lokman renung ke dalam anak mata Nurul
Nissa. Hai, mesti tak makan lagi ni. Nasi atas meja tak berusik pun. Ubat pun
mesti tak makan lagi tu. Hai…
Ini rupa Abang Lokman. Sepupu kepada Nurul Nissa. Handsome kan dia ni? Adeh!
“Izwan,
tolong uruskan budak bertuah ni. Degil tak sudah-sudah. Macam mana nak balik
ni. Kalau perlu paksa je. Degil sangat!” Abang Lokman tegur Izwan yang
seolah-olah mengasingkan diri. Dia Nampak mereka bukan main mesra tadi.
“Makan
sikit ya” Izwan Rizal suakan sudu nasi ke mulutnya.
“Tak
nak!” dia tolak tangan Izwan menjauh dari bibir dia.
“Nurul
Nissa. Makan sikit pun jadi la. Buat alas perut tu” dia masih berlembut. Abang
Lokman bersantai di atas sofa menyaksikan pasangan itu. Hatinya tak keharuan.
“Tak
nak makan. Tak suka makanan hospital” Nurul Nissa bersandar di kepala katil.
Degil tak sudah-sudah.
“Ok
fine. You nak makan apa?” Izwan mengalah. Pinggan nasi dia letak di sisi meja.
“Emmm…
asam pedas” ya dia teringin nak makan asam pedas ikan pari. Sedapnya.
“Ok
then. I belikan” Izwan bangkit. Dia terus menapak keluar. Sabar dia melayan
karenah Nurul Nissa.
“Yuyu,
kenapa buat macam tu?” Abang Lokman tegur Nurul Nissa. Kesian dia tengok Izwan
kena buli dengan Nurul Nissa. Sabar je dia melayan.
“Yuyu
tak ada selera nak makan” Nurul Nissa bela diri.
“Yuyu
ada apa-apa ke dengan dia tu?” Abang Lokman bertanya terus tenang memang tak
selindung-selindung.
“Ada
apa-apa?” dia kerutkan kening, tanda tak faham.
“You
all bercinta ke?” Abang Lokman berterus terang. Kalau berkias dengan Nurul
Nissa ni, sampai kesudah pun dia tak faham. Sampai lusa pun belum tentu
selesai. Jenis lurus bin bendul ni susah.
“Hah,
bercinta apa lak!” dia pandang muka Abang Lokman pelik.
“Bercinta.
Abang tengok dia layan Yuyu macam puteri raja tau” Abang Lokman siap buat gaya
sambil bengkokkan 2 ibu jari dia tu. Sambil senyum penuh makna. Sabar je lah!
“Biasa
je. Abang lama kat sini?”dia tukar chanel dah.
“Tengok
keadaan. Amboi, kita baru sampai hari ni dah tanya bila nak balik. Menghalau
nampak!” Abang Lokman tanyang muka marah. Huh, tak handsome ok!
Izwan
menyaksikan kemesraan antara mereka dari luar. Rasa janggal pula bila berada di
antara mereka sekarang ni. Rasa berba tak kena. Nak duduk kekok, nak bersembang
rasa canggung. Tak tahu nak buat apa. Rasa macam orang bodoh je bila sekadar
menjadi pemerhati dari luar.
“Nurse,
tolong hantarkan ke bilik 1A” dia hulurkan bungkusan nasi putih dan asam pedas.
Kemudian dia terus bergerak dari situ. Mengikut langkah kaki tanpa arah tujuan.
Jiwanya kosong seiring dengan hatinya. Kosong tanpa perasaan.
“Cik,
ada pesanan ni” nurse tadi hulurkan bungkusan kepada Nurul Nissa.
“Siapa?”
Nurul Nissa sekadar pandang bungkusan tu, berat tangannya untuk menyambut. Dia
biarkan saja apabila Abang Lokman yang menyambut bungkusan itu.
“Dia
Cuma minta saya hantarkan” nurse terus berlalu pergi.
“Makan
sikit. Asyik termenung je” Abang Lokman dah hiding asam pedas ikan pari.
Dia
sekadar melihat tanpa perasaan. Selera dia hilang entah ke mana. Sesekali dia
pandang pintu utama. Tunggu jika Izwan Rizal kembali. Tapi sayang dia tak juga
kunjung tiba. Dia pergi macam tu je. Sob… sob… sedihnya. Tiba-tiba rasa sedih.
Terlebih emosi lak.
“Makan
sikit” Abang Lokman suakan sudu ke bibirnya. Dia geleng kepala. Hilang sudah
selera makan dia.
“Jangan
degil boleh tak! Makan sikit” Abang Lokman tetap suakakan sudu ke mulutnya.
Terpaksa dia buka mulut. Itu pun sikit ke nasi yang masuk.
“Yuyu
tunggu dia ke?” Abang Lokman pandang wajah keruh Nurul Nissa.
“Yuyu
nak rehat. Abang balik dulu ya” Nurul Nissa terus baring membelakangkan Abang
Lokman tanpa menjawab soalan.
“Yuyu”
Abang Lokman pengang bahu Nurul Nissa. Ada perasaan kurang enak menyerap ke
jantungnya. Entah mengapa dia dapat rasakan Nurul Nissa semakin jauh darinya.
“Abang,
please don’t say anything. Just go. Leave me alone” Nurul Nissa masih enggan
bercakap. Abang Lokman mendegus marah. Hampa dengan sikap Nurul Nissa. Sikap
endah tak endah buat dia kecewa sendiri. Sukarnya untuk dia memiliki gadis ini.
Dan akhirnya dia terpaksa akur.
BEST NAK LG.
ReplyDeletenext week ok. in shaa Allah. Saturday and Sunday i try my best. draft dah ada. cuma tak ada masa nak type.
ReplyDelete