Thursday, 18 April 2013

ITU JANJI 37



37

"You ok?" tanya Izwan. Bila melihat kelibat Nurul Nissa. 

"Ok" dia pandang sekilas. Malu sebenarnya. Mata, hidung dan bibir dia merah sebab banyak menangis siang tadi. Aduh, malunya. 

"Hidung awak merah macam badut sarkas" dia senyum meleret. Sabar je lah! Ingat nak cakap apa tadi. 

"Event I badut sarkas, for sure I'm the cute and the only one" menjawab Nurul Nissa! 

"Already know. No need to mention" Izwan cuit hidung dia dengan hujung jari telunjuknya. 

"As usual" dia berlalu ke ruang rehat. Mana semua orang ya? Mommy dengan Mak pun tak kelihatan. Susah kalau rumah terlampau besar ni. Nak panggil pun susah. Nak cari lagi la payah. Last-last dia duduk je di ruang rehat ni. Dari balcony ni dia dapat menikmati angin malam. Melihat bulan dan bintang. Yang paling best dapat melihat air laut yang menghempas pantai. Datang dan pergi silih berganti. 

"Nurul Nissa. Siapa you sebenarnya?" Izwan berdiri tegap. Menghalang pandangan Nurul Nissa. 

"What do you main?" Nissa terpaksa dongak kepalanya. 

"I really to know how am you?" sekarang dia dah pun melutut di depan Nissa. Oh tidak! Bayangan Hasrul menjelma dalam diri Izwan. Cepat-cepat dia berdiri. Kakinya pantas menghayungkan langkah. 

"Nurul Nissa" dia sempat capai tangannya. Dia terperangkap lagi dengan mainan perasaan. 

Ya Allah. Aku tak mampu menepis bayangan Hasrul. Dia ada di mana-mana. Sedang tersenyum gembira. Senyuman yang mengusik jiwanya. Senyum bahagia. Wajahnya yang sedang marah-marah sayang. Wajahnya yang sedang menggoda. Ya Allah. Dia pejam mata serapat-rapatnya. Ingin mengusir bayangan Hasrul. 

"Nissa, I’m really loving you" Izwan bisikkan kata keramat itu ke telinganya. Terasa lingkaran menjalar di pinggan rampingnya. Hembusan nafas panas kian terasa. 

Dia buka mata. Wajah Izwan terbentang di depan matanya. Bukan bayangan Hasrul. Bukan wajah tunang yang amat dia rindui. Dia tolak badan Izwan menjauh lalu berlari meninggalkan ruang itu. Bersembunyi di dalam biliknya dan melepaskan segala yang terbuku di dada. Dia amat rindukan Hasrul Khuzairie! Jiwanya menjerit nyaring. 

Ya Allah. Ya Allah. Izwan raup wajahnya berkali-kali. Apa yang telah dia lakukan? Kenapa dia ikutkan sangat nafsu? Apa kata Nissa nanti? Suka mengambil kesempatankah? Atau dia sudah hilang akal? 

Hasrul... Mana awak? Awak kat mana? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak dah buang saya ke? Awak tak cintakan saya lagi ke? Dah bencikan saya ke? Hasrul... Saya rindukan awak. Saya nak sangat berada di samping awak. Hasrul... Saya seru nama awak berulang kali. Awak tetap juga tak muncul. Awak di mana?! Dia campak bantal, selimut dan cadar. Berselerak dia kerjakan. 

Mommy... Mommy... Daddy... Yuyu tak tahan dengan semua ni. Lebih baik Yuyu mati dari terus menanggun rindu. Yuyu benci diri sendiri. Yuyu bodoh. Masih juga harapkan Hasrul kembali. Masih juga rindukan dia. Yuyu masih cintakan dia. Yuyu sayangkan dia. Yuyu bodoh. Yuyu benci diri Yuyu sendiri. 

"Nurul Nissa buka pintu ni sayang" Mommy ketuk bertalu-talu. Risau dengan keadaan anaknya. Tangisan sayu dan bising membuatkan dia risau. 

"Sayang. Buka pintu. Mom nak masuk ni" Puan Malissa masih memujuk anaknya. Tiada sahutan dari dalam. Hanya tangisan yang kedengaran. 

"Jangan buat Mom risau. Buka pintu ni sayang" ketukan bertalu-talu. 

"Buka pintu ni cepat. Sebelum Mom buka dengan kunci spear" dia tak tahan sabar. Nissa masih juga berdegil. 

"Leave me alone!" dia campak apa saya barang yang dia capai. Memang dia tidak terkawal. Emosi menguasai dirinya. 

"Mom kata buka. Buka!" Puan Malissa naik suara. Panic punya pasal. 

"I said. Leave me alone!" Nissa campak pasu bunga ke dinding. Hancur berderai. Dan serpihannya mercik ke dahinya. Darah merah mula mengalir. Dia jatuh terduduk. Tangannya meraba dahi bila darah merah mula menitik jatuh. Bau hamis mencucuk hidungnya. Matanya mula berpinar. Loya dan pening. 

"Nissa... Sayang... Buka pintu ni" Mommy terus ketuk pintu bertalu-talu. 

"Kakak, kenapa ni?" Mak mendapatkan Mommy. 

"Kunci spare mana?" dah naik suara Mommy. Panic punya pasal. 

"Kenapa?" Izwan tergesa-gesa dapatkan Mommy dan Mak. 

"I tanya kunci spare mana?" Mommy dah menjerit. Dia panic sebab tidak ada sebarang bunyi dari dalam bilik. Jantungnya berdegup laju. Jangan apa-apa menimpa anaknya itu. 

Mak berlari ke bilik utama untuk dapatkan kunci bilik Nissa. Mommy dah meraung kat luar bilik. Menangis tak henti-henti dari tadi. Dia tak sedap hati. Memang dia tak selesa sekarang ni. Pasti ada yang tak kena. Jiwa seorang ibu dapat rasa sesuatu yang buruk menimpa anaknya ini. 

"Buka cepat" Mommy bagi arahan bila melihat kelibat Mak yang datang dengan segugus kunci. Tergopoh-gapah dapatkan Mommy. Satu persatu Mak try tapi masih juga gagal membuka pintu bilik Nissa. Dengan tangan yang mengigil memang menyukarkan pergerakannya. 

"Bagi I" Mommy ambil gugusan kunci dari tangan Mak. Nak masukkan ke dalam lubang kunci pun tak dapat. Gara-gara tangan yang sedang mengigil. Izwan ambil kunci dari tangan Mommy. Tenang saja dia cuba satu persatu kunci yang ada di tangannya. 

"Nurul Nissa" Mommy tolak badan Izwan ke tepi bila pintu berjaya di buka. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaannya saat ni. 

"Ya Allah anak aku!" Mommy terduduk depan Nissa. Bilik berselerak dengan bantal, cadar, serpihan kaca dan segala macam lagi. 

"Tepi semua. Biar saya yang angkat" Izwan cempung Nurul Nissa. 

"Ambilkan towel bersih. Tutup luka dulu" Izwan bagi arahan. 

Mommy dah meraung. Menangis tak mampu buat apa-apa. Sekadar menjadi pemerhati dalam bilik ni. Kelibat Mak mundar-mandir mencari towel. Masuk dalam toilet untuk ambil air suam. Kaca dan barang yang bersepah dia tolak ke tepi. Takut jika ada yang terkena serpihan kaca nanti. 

"Aunty, jom" Izwan pegang bahu Mommy yang masih terduduk kaku. 

Mak papah Mommy untuk berdiri. Mereka mengekor dari belakang Izwan. Lemah sekali kaki Mommy untuk melangkah. Ya Allah banyaknya dugaan anakku ini. Ya Allah, tolong selamatkan dia Ya Allah. 

"Mak Ucu, kenapa ni? Yuyu kenapa?" Abang Lokman berlari anak bila melihat kelibat Izwan menggendong Nurul Nissa yang berlumuran darah. 

"Apa kau buat hah! Sial kau ni!" Abang Lokman cekak kolar baju Izwan sebaik dia baringkan Nurul Nissa dalam kereta. 

"Kau apa hal?" Izwan tolak Abang Lokman. Sepantas kilat melayang penumbuk di muka Izwan. Dia sapu kasar bibir dia. Berdarah! 

Izwan Rizal mara. Dia genggam penumbuk. Bersiap sedia untuk menghantar serangan balas. Gigi dia ketap kuat tanda geram teramat sangat. Memang dia tak puas hati sekarang ni. Boleh bertumbuk juga malam ni. 

"Sudah. Izwan, Lokman! Kamu ni kenapa? Nissa tu dah separuh nyawa. Kamu boleh nak bertumbuk kat sini!" Aunty Maria bersuara nyaring. Bukan dia nak sebelahkan anak dia. Tapi melihat keadaan Nurul Nissa yang banyak kehilangan darah, itu lagi penting. 

"I'm not done yet!" Izwan tumbuk bumbung kereta untuk melepaskan amarahnya. Kalau ikut hati dah lunyai dia kerjakan Lokman ni. Mampus dia kerjakan. 

"Tolong hantar dia dulu" Mak merayu. Mommy dah tak upaya nak buat apa-apa. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Sekadar memandang Nurul Nissa. 

Izwan boloskan diri ke dalam kereta. Mak, Mommy dan Mommy Nissa sama-sama ikut. Laju dia membelah jalan raya. Sesekali dia pandang site mirror. Mommy Nissa masih menangis. Risau dengan keadaan anaknya. Ibu mana yang tak risau bila berdepan dengan ajal dan maut. 

Selepas mendapat rawatan di unit emergency. Doktor bagi tahu yang luka dia tak dalam. Cuma badan dia lemah sebab banyak kehilangan darah. Lagi pun dia masih lemah sebab keracunan makanan. Baru je keluar petang tadi dah kena masuk balik malam. Kesian dia. Banyak betul dugaannya. 

"Izwan, pergi sana. Luka bibir kamu tu" aunty Maria arahkan Izwan mendapatkan rawatan. Semakin jelas bengkak dan lebam di bibir anaknya. 

"Sikit je ni" Izwan sentuh hujung bibir kanan dia. Sakit! Tak guna Lokman. Kau main kasar dengan aku ya! 

"Sini Mom tengok" aunty Maria dapatkan anaknya. Di sisi dia seorang jururawat  menatang dulang. Alat-alat perubatan dan bermacam jenis ubat. 

"Nurse ni bibir dia luka. Boleh tolong tengokkan?" Aunty Maria minta pertolongan jururawat itu. Lah, ingat nak buat sendiri. Gaya bukan main dah. Sekali minta tolong nurse daaa... 

"Sikit je ni. Tahan ya" lincah dia tekapkan bibir Izwan dengan kapas. Pedih! Huhu... Sakit kot. Pecah bibir aku di kerjakan Lokman. 

"Mel, jangan risau" aunty Maria dapatkan Mommy Nissa. Dari tadi dia diam seribu bahasa. 

"I tak tahu mana silapnya. Apa dosa I sampai anak I menderita begini" Puan Malissa akhirnya menangis lagi. 

"Ini dugaan. Bahagian you, bahagian I tak tahu macam mana lagi" aunty Maria peluk sahabatnya. 

"Ya Allah, kesian anak I. Kenapa dia yang kena tanggung ini semua?" Puan Malissa menangis sayu.

"Jangan sesekali kita persoalkan takdir yang Allah tetapkan. Kita sebagai umatnya harus redha" aunty Maria usap belakang Mommy. Sedih melihat keadaan sahabatnya. 

4 comments:

  1. kesian dkt nissa...tpi bile dorang nk jumpa? lme lgi ke?tak sbr nih.pape pown best..teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama lagi. Sebab baru 6 bulan dia larikan diri. Any idea?

      Delete
  2. Replies
    1. Hihi... Thanks sbb setia bersama Itu Janji.

      Delete