Monday, 15 April 2013

ITU JANJI 35


35

Izwan duduk berteleku dalam kereta. Tak tahu hala tujunya. Dia sendiri tak tahu apa sudah jadi dengan dirinya. Rasa kecewa yang teramat sangat. 
Aduh, pengsan aci tak?

Dan akhirnya dia akur lalu menapak masuk. Kakinya berat melangkah. Tapi jiwanya memberontak Untuk menatap seraut wajah itu. Lama dia berdiri kaku. Pandang wajah ayu itu dengan sejuta rasa. Terus tatap wajah lena itu. Tangannya ringan Untuk terus membelai rambut Nurul Nissa. Sukar benar Untuk dia mendekati gadis ini. 

"Nurul Nissa, siapa awak?" Dia menompang dagu. Terus menatap wajah itu. 

Dan akhirnya berlalu tanpa sahutan. Dia terlena di birai katil. Badannya penat. Dia perlukan rehat. Seharian dia melayan Nurul Nissa. Sebentar tadi dia melayan perasaan gundah bila ada lelaki lain di samping Nurul Nissa. Penat dia dengan semua ni. Penat Dan lelah menghadapi soal hati Dan perasaan. 

Matanya tidak lepas dari menatap seraut wajah yang sedang elok terlentok lena diulit mimpi. Dia kerling jam. Baru pukul 5am. Begitu pulas dia tidur. Nurul Nissa senyum segaris. Dia berpatah balik rupanya. Ingatkan dah tak sudi tunggu dia malam ni. 
Dia senang dengan Izwan Rizal. Dia selesa bila bersama. Tapi dia tak pernah meletakkan harapan yang tinggi menggunung Untuk bersamanya. Soal hati Dan perasaan memang sukar Untuk dia ungkapkan. Apatah lagi soal masa depannya. Sukar Untuk dia berpaling semudah itu kerana segaris nama itu telah terpahat kukuh. 
Izwan, saya tak tahu Dan saya tak pasti dengan perasaan awak kepada saya. Jika benar apa telaan saya, tolong jangan letakkan harapan menggunung. Kelak awak akan kecewa. Cinta, Kasih Dan sayang saya telah di berikan kepada tunang saya. walaupun ia amat menyakitkan bila cinta didustai. 
Biarkan masa berlalu Dan membawa bersama kisah silam saya. Rasanya 6 bulan ni saya cuba untuk berlari sejauh mungkin. Menghilangkan diri tanpa jejak. Saya pergi meninggalkan kenangan duka di sana. Jika diizinkan Allah, saya ingin melupakan kenangan lalu yang banyak duka Dan noda. 
Izwan, rasanya saya tak layak untuk berdamping dengan awak. Seiring dan sejalan pun rasa tidak sesuai. Apa lagi untuk bersama dengan awak. Ada baiknya kita sekadar berkawan. Saya selesa dengan awak. Saya senang bersama awak. Dan saya rasa gembira Dan seronok bila bersama awak. 
Nurul Nissa.... Izwan seru nama itu sepenuh perasaan. Lama sudah dia terjaga. Bila terasa sentuhan halus membelai rambutnya. Jari Nurul Nissa yang menari-nari halus membelai membuatkan dia yakin dengan perasaannya. Bertambah yakin dengan perasaan Nurul Nissa terhadapnya. Tapi bagaimana jika telaannya salah? Jika hanya dia yang bertepuk sebelah tangan? 
"Dah lama kenal Nurul Nissa?" Abang Lokman santai di atas sofa. Mommy Nissa sibuk menelek anaknya. 
"Baru lagi" Izwan Rizal jawab sepatah. Matanya di hala ke arah Nurul Nissa. 
"Kau suka dia?" Abang Lokman juga menghala kepada Nurul Nissa. 
"Suka, cinta Dan sayang" Izwan toleh sekilas. 
"Sebelum kau kenal dia. Aku terlebih dahulu hadir dalam hidup dia" Abang Lokman bersuara tegas. Ok, sekarang dia rasa terancam. Benar telaannya. Izwan cuba mendekati Nissa. 

"Masa bukan penentunya. Hati Dan perasaan yang paling utama" Izwan senyum. Tapi Senyumannya sinis. 
"Dan hubungan kami lebih kukuh" Abang Lokman enggan mengalah. 
"Atas tiket sepupu? Oh common, marry because of family arrangement are not working" Izwan ketawa yang sengaja di buat-buat. 
"Listen, she's a special one. Nobody can hurt her. Accepted you!" Abang Lokman tahan suara. Boleh bertumbuk juga ni. 
"Because of that I hold her hand until the end" mereka berbalas pandang. Tajam menikam. 
"Over confident. I like! But most important thing, I never let her go!" Abang Lokman senyum sinis. Saja nak sakitkan hati Izwan Rizal. 
"She have own life. Just let her choice. The best man win" dia tak mahu kalah. Perang mulut antara mereka berdua di kawal sebaik mungkin. 
"Good luck!" Abang Lokman jeling tajam. Huh, tak reti mengalah rupanya! 
"Good luck to you two" Izwan senyum sinis. Wait and see. 
"Lokman, jom temankan aunty jumpa doktor. Aunty nak tanya something" Mommy ajak Abang Lokman. 
"Kamu boleh tunggu Nissa sekejap?" soal Mommy dituju kepada Izwan. 
"Sure" Izwan jawap pantas. Wah, bukan main bersemangat. Maklum saja nak beli hati bakal Mak mertua. Hihi... Abang Lokman dah cebik bibir. Menyampah dengan Izwan. Macam budak-budak! 
"You ok?" Izwan menapak ke arah Nurul Nissa. 
"Ok" Nissa jawab endah tak endah. 
"Much better?" Izwan tarik kerusi Dan duduk di depan Dia. 
"Ok" dia jawab sepatah tanpa perasaan. 
"Selesa tak bilik ni?" nak cari modal bersembang sebenarnya. 
"Ok" Nissa capai majalah vogue yang Mommy beli tadi. Dia selak tanpa perasaan. 
"Makan sini best?" masih tak jemu untuk berbual-bual. 
"Ok" tangannya masih sibuk menyelak helaian majalah itu. Izwan senyum. Semua ok. Nampak sangat nipu nye. Punya la dia tak suka makanan hospital. 
"Jom kahwin" Izwan tanya spontan. 
"Ok" Nurul Nissa masih seperti tadi. Selak muka surat tanpa perasaan. 
"Kahwin jom" Izwan tanya lagi. Dia senyum geli hati dengan gelagat Nurul Nissa. 
"Ok" Nurul Nissa jawab tanpa perasaan. 
"Are you sure, you agree to marry me" Izwan tanya Nurul Nissa yang masih bersikap dingin. 
"Ok. Ok. Ok" Nurul Nissa tutup kasar majalah di tangannya. 
"Will you marry me" Izwan senyum. 
"Hah!?" Naik suara dia. Gila! Nasib baik tak melompat dari katil ni. 
"Itu la. Orang tanya dia main jawab je. Semua ok. Kan dah ter-setuju nak kahwin dengan I" Izwan senyum. Hai, comel muka dia bila blur macam ni. 
"Mana ada" dia berdalih. Gila nak kahwin dengan dia. Aku ni masih tunangan orang. 
"Tadi tu" dia usik Nurul Nissa. Dah merah dah muka dia bila kena sakat macam tu. malu! 
"Gila" Nurul Nissa jeling tajam. 
"Saya memang gila. Gilakan awak" Izwan senyum, mata kiri dia kenyetkan. Gatal! 
"Haha..." Nurul Nissa gelak yang di buat-buat. Dia jeling Izwan hujung mata. 
"Jangan jeling macam tu. Tergoda I" Izwan cuit dagu Nurul Nissa. Hiss... Tangan tu tak reti duduk diam. Merayap sana, merayap sini. Gari tangan tu baru tau. Biasa ni!
"Abang Lokman tu sepupu belah Mommy ke Daddy you?" Izwan menopang dagu. Tatap wajah Nurul Nissa tanpa jemu. 
"Mommy. Tu pun saudara angkat. Mommy dengan arwah Daddy anak tunggal" Nissa duduk bersila. 
"Oh... No wander la" Izwan berbisik Untuk diri Sendiri sebenarnya. 
"Kenapa?" Nissa kerutkan kening dia. 
"You suka dia?" Izwan terlepas cakap. Sepatutnya tanya you sayang dia. 
"Suka? Apa jenis soalan ni?" Nurul Nissa dah tayang muka blur. 
"Ya. Suka, sayang" Izwan cover line. 
"Mesti lah. Dia je saudara yang I ada" Nurul Nissa senyum gembira. Oh, ini bahaya! 
"Cinta?" Izwan cuba korek rahsia. Aduhai, jantung dah berdegup laju. Jangan la dia cakap dia cintakan sepupu angkat dia tu. Mati kerkejut jugak aku hari ni. Huhu... 
"Apa you merepek ni. Nak cinta apa dengan sepupu Sendiri" Nurul Nissa ketawa geli hati. 
"Correction, sepupu angkat ok!" Izwan nak buat muka serious tahap dewa. Lagi kan sepupu sah nikah, ini kan pula sepupu angkat! 
"Abang Lokman dah macam Abang I. Apa la" Nurul Nissa dapat kesan tanda-tanda cemburu di situ. 
"So, you tak akan kahwin dengan dia? Walaupun kena paksa?" Izwan mencelah. Matanya berkilau, gembira bila Nissa tak ada hati pun dengan Si Lokman tu. 
"Pelik la you ni. Tadi ajak I kahwin. Sekarang tanya I nak kahwin dengan Abang Lokman tak. Apa la" Nurul Nissa dah membebel Tah apa-apa Tah.
Fuhhh... Dia lega. Tarik nafas, hembus. Leganya. Gembira sangat. Harap-harap semuanya ok. Berjalan seperti yang dia rancang. Kena pakat dengan Mommy ni. Harus cepat bertindak. Kalau tak melepas ler. Gigit jari nanti. 
"Jangan kahwin dengan dia tau" Izwan seolah-oleh memberi pesanan. 
"Memang tak lah" Nurul Nissa pantas jawab. Apa ke hal nak kahwin dengan Abang Lokman. 
"Thanks dear" Izwan capai tangan nissa Dan kucup. 
Nurul Nissa terkedu. Tergaman. Terdiam. Terkelu. Terkejut. Ter... Ter... Apa lagi Tah. Aduhai, apa kena dengan Izwan ni? Yang organ dalaman aku pun satu Hal. Dok dup dap- dup dap dari tadi. Aduh, Sakitnya. Tak semena dia tekapkan tangannya ke dada. Nak bagi jantung dia duduk diam-diam. Haha... Gilak! 
Izwan ukir senyuman paling manis Buat Nurul Nissa. Alahai, kencing manis juga aku ni. Asyik bagi senyuman manis bergula tu. ades, pengsan aci tak? Hihi... 
"Yuyu, petang ni dah boleh balik" Mommy menapak masuk. Rasa kurang enak bila melihat Izwan begitu leka menatap wajah anaknya. Apa dah jadi ni? 
Abang Lokman jeling tajam kepada Izwan. Semakin terancam. Nurul Nissa semakin jauh dari dirinya. Dia harus bertindak. Sampai bila dia harus menjadi pemuja dalam diam. Sudah tiba masanya Untuk dia meluahkan. 
"Yuyu, rehat dulu. Abang nak kemas barang. Petang nanti boleh balik Rumah" Abang Lokman mencelah. Dia duduk di birai katil. Kelibat Izwan yang berada di atas kerusi di sisi katil dia tak endahkan. 
"Yes. Finally" Nurul Nissa senyum gembira. Nakal! Abang Lokman usap kepala Nissa, senyum tak lekang dari bibir dia. 
Puan Malissa perhatikan mereka bertiga silih berganti. Ada sesuatu yang tak kena di antara mereka. Wajah keruh Izwan, wajah tegang Lokman. Pastia ada sesuatu antara mereka bertiga yang dia terlepas pandang. 


"Aunty dengar Mommy dengan Daddy kamu ada sini ya?" Puan Malissa ajukan soalan kepada Izwan Rizal. 
"A'ah. Ada. Daddy ada meeting" Izwan menapak lalu melabuh duduk di atas sofa bertentangan dengan Puan Malissa. 
"Dia orang stay mana?" Dia ajukan soalan. Saja nak bersembang. Nak kenal juga hati budi lelaki ni. 
"Merdeka palaces. Semalam Mommmy ada datang. Hari ni tak tau datang ke tak. Kalau tak boleh jumpa" Izwan senyum segaris. 
"Ya ke. In shaa Allah. Kalau ada rezeki jumpa la kan" dia balas senyuman kepada Izwan. 
Lokman jeling tanda meluat. Huh, ada hati nak tunjuk baik konon. Blah la wey! Mak Ucu kenal aku dari kecil lagi tau. Aku tak heran pun. Nak bodek, ko bodek la Mak Ucu tu. ada aku kesah? Dah macam budak-budak si Lokman ni. Hai... 
"Kamu Kerja apa?" Mommy makin rancak bersoal jawab. 
"PDRM" dia jawab sepatah. Rasa rendah diri berada di kalangan mereka. 
"Alhamdulillah. Besar fadilatnya. Menjaga keamanan Dan kerenteraman Negara" Puan Malissa senyum manis. Bangga dengan anak muda ini. 
"Syukur Alhamdulillah. Rezeki saya" Izwan senyum lagi. Lega bila Puan Malissa tidak menghina pekerjaannya. 
"Dah lama kenal Nissa?" dia tarap mata anak muda ini dalam-dalam. 
"Baru lagi" Izwan serba tak kena. Takut sebenarnya. 
"Patents Kerja apa?" Puan Malissa korek rahsia. 
"Running own business. Kecil-kecil je" dia senyum. Kecil-kecil apa nyer? Import export spare part kapal terbang, helicopter, kapal Laut. Gila tak gila business kecil-kecil family Izwan ni. 
"Syukur dengan rezeki Allah bagi" Puan Malissa senyum lagi. Dia suka dengan anak muda ini. Merendah diri orangnya. 
"Aunty lama Kat sini?" Sekadar berbahasa. Matanya melirik ke arah Nurul Nissa yang sedang rancak berbual dengan Lokman. Hisss... Panas hati! 
"Tengok keadaan. Aunty ingat nak bawa balik dia sekali" Puan Malissa pandang anak daranya itu. Tak tahu macam mana lagi cara Untuk memujuk Nurul Nissa. 
"Duduk lama sikit. Boleh saya bawa berjalan nanti" Izwan toleh ke arah Puan Malissa. Sakit hati je tengok Nissa Dan Lokman. 
"In shaa Allah. Aunty bukan ada kerja pun. Boleh je nak stay lama" pandangan masih melekat di wajah Nurul Nissa. 
Risau dengan anaknya ini. Hasrul dah macam orang gila kat sana. Tiap-tiap hari ulang alik ke Rumah mereka mencari Nurul Nissa. Majlis yang sepatutnya berlangsung tergendala gara-gara Nurul Nissa kemalangan. Tiba-tiba dia hilangkan diri. Mana tak gila Hasrul di buat anaknya ini. 

* sorry sebab tak berapa nak sempat nak post new chapter. 

2 comments:

  1. baby mio - any idea? nak jumpa kat mana dan bila? jeng... jeng... hehe...

    ReplyDelete