Monday, 1 April 2013

ITU JANJI 33


33


“Nurul Nissa” Izwan Rizal sentuh bahunya. Dia tahu Nurul Nissa sedang menangis. Bahunya terhenjut-henjut menatahan tangis. Rasa sakit menghimpit dadanya bila melihat keadaan Nurul Nissa sebegitu rupa. Oh, Tuhan. Kesiankanlah Nurul Nissa.
“You sakit ke? I panggilkan doctor ya” Dia labuhkan duduk di birai katil. Cuba mencuri pandang wajah Nurul Nissa yang membelakangnya.
“Nissa, you sakit ke? Tolong cakap, jangan diam bila saya tanya” Izwan Rizal dah panic. Dia pegang bahu Nurul Nissa supaya toleh ke arahnya.
Nurul Nissa akur, dia berkalih mengadap Izwan Rizal. Jelas ketara wajah itu kerisauan. Nurul Nissa duduk bersandar di kepala katil. Air mata semakin galak jatuh ke pipinya. Masih enggan berhenti walaupun dia tahan. Dengan lafaz Alhamdulillah, Nurul Nissa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Dia ketapkan bibirnya. Menahan dari terus menangis.
“Menangislah” Izwan Rizal sapu air mata yang mengalir lesu di pipinya. Kemudian dia tarik Nurul Nissa ke dalam dakapanya agar dia rasa tenang. Sesekali dia tepuk belakang Nurul Nissa, dia belai rambut hitam lurus itu. Biar dia rasa tenang dan selamat bila berada di sisinya.
“I am so sorry” Izwan Rizal berbisik sayu. Kesian Nurul Nissa. Kerana kecuaian dia Nurul Nissa terpaksa terlantar sakit.
“I’m miss my Mom” Nurul Nissa tersedu-sedu di bahu Izwan Rizal. Sungguh dia amat rindukan Mommy. Sanggat rindukan belaian Mommy.
“You nak balik KL ke?” Izwan Rizal renggankan pelukannya. Dia tatap wajah Nurul Nissa.
“No, I don’t want” Nurul Nissa geleng kepala beria-ia. Dia tak nak jejakkan kaki ke bumi Kuala Lumpur dalam masa terdekat ni. Dia belum bersedia untuk kembali ke rumah Mommy.
“Ok then. I call your Mom and will ask her to come. It’s ok?” dia pujuk Nurul Nissa. Kemudian dia senyum bila melihat Nurul Nissa anggukkan kepala tanda bersetuju.
“That’s my girl” dia belai kepala Nurul Nissa dengan penuh kasih dan sayang.
“Take some rest” dia baringkan Nurul Nissa. Tarik selimut sampai ke aras dada. Matanya tak lepas daripada menatap seraut wajah itu.
“Can I go home?” Nurul Nissa mengiring ke kiri. Mengadap Izwan Rizal yang masih setia di bangku.
“Not yet. Ok, time to sleep” Izwan belai rambut Nurul Nissa lagi.
“Can you do me a favor?” Nurul Nissa pandang wajah Izwan Rizal dengan penuh harapan. Mata bundarnya kelihatan bening sekali. Tidak ada serinya.
“Anything for you my dear” Izwan Rizal senyum sambil angguk kepala. Dia renung ke dalam anak mata Nurul Nissa. Sayu dan pilu sekali pandangannya. Sarat dengan seribu persoalan.
“Please stay here with me. Don’t leave me alone” Nurul Nissa tarik tangan Izwan Rizal yang sedang usap kepalanya. Dia genggam tangan itu sehabis daya dan seolah-olah enggan dilepaskan lagi. Dia takut, dia risau jika dia bangun tiada sesiapa di sisinya nanti.
“My pleasure my dear, princes. Please close your eye. Sleep tight” dia cium dahi Nurul Nissa. Terasa hangat kucupannya itu. Nurul Nissa pejam mata. Hangat dan ada getar halus yang bertandang.
Dia tidur buat kesekelian kalinya. Badannya masih lemah. Dia perlukan rehat yang cukup. Tiup air dan darah masih belum di buka. Bahang panas dari badan Nurul Nissa juga masih belum kebah sepenuhnya. Dia masih lagi demam. Kesiannya dia. Saya minta maaf Nurul Nissa. I’m really sorry to being you like this. If I know, I swear I didn't cook that devil soup. Dia raup mukanya. Perasaan takut itu masih terasa. Biarpun Nurul Nissa sudah sedar dan melepasi tahap kritikal. Namun, dia masih terbayang bagaimana keadaan Nurul Nissa malam tadi. Ya Allah, selamtakna dia daripada sebarang musibah. Aamiin.
“Izwan, bangun” Mak tepuk bahu Izwan Rizal yang terlena di sisi Nurul Nissa. Dia senyum bila melihat sikap Izwan Riza yang sanggup menjaga Nurul Nissa dari malam tadi.
“Balik rehat dulu” Mak sambung ayatnya tadi bila Izwan membuka mata.
“Dah lama sampai?” Izwan Rizal bangkit dari kerusi. Dia bersalaman dengan Mak dan Apak.
“Kamu dah makan belum?” Mak bertanya lagi. Mak berkalih duduk di sisi Nurul Nissa pula. Kemudian dia tekapkan jari dia ke dahi Nurul Nissa. Sebelah tangan dia tekap ke dahi sendiri. Dia ulang 2, 3 kali benda yang sama. Nak check suhu badan Nurul Nissa. Hai, dah gaya doktor dah Mak ni. Macam-macam.
“Belum lagi. Jap lagi saya turun beli” Izwan Rizal melabuh duduk di depan Apak.
“Kenapa tak makan lagi? Dah pukul berapa ni? Kamu makan dulu” Apak mencelah. Dia kerling jam di tangan kirinya. Sudah pukul 12 tengah hari. Memang dia tak rasa lapar pun sejak malam tadi.
“Tak ada apa. Lagi pun saya risau nak tinggal dia sorang-sorang. Alang-alang aunty dengan uncle ada ni boleh saya turun jap” Apak pandang anak muda di depannya ini. Lega bila ada anak muda ini. Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab berjaya mencuri hatinya.
“Makan ni. Aunty ada bawa bekal ni. Mommy dengan Daddy kamu ada datang?” Mak keluarkan container dari dalam beg. Segala jenis lauk pauk dia keluarkan.
“Susahkan aunty je. Mommy dengan Daddy tak datang lagi. Tak sure pulak dia orang nak datang pukul berapa” Izwan Rizal senyum melihat Mak lincah keluarkan berbagai jenis lauk.
“Jap lagi sampai la tu. Kamu makan dulu. Alas perut tu. Jangan di biar kosong. Nissa baik, kamu pulak yang sakit” Mak dah membebel entah apa-apa.
“Ni, kamu ada bagi tahu dia orang tak yang kamu tidur sini malam tadi?” tangan Mak lincah sendukkan lauk pauk dalam pinggan Izwan Rizal.
“Ada” dia sambut pinggan nais yang Mak hulurkan. Nasi putih, ayam masak lemak, sayur campur, sambal belacan. Membuka selera dia.
“Assalamulaikum” aunty Maria bagi salam. Dia bersalaman dengan Mak dan labuhkan duduk di sisi Nurul Nissa. Tatap wajah pucat itu dengan penuh kasih sayang. Dia sudah jatuh sayang dengan gadis di depannya ini.
“You dah makan?” Mak tanya kawannya itu.
“Dah. Macam mana dengan Nurul Nissa hari ni?” aunty Maria pandang wajah Mak.
“Dah ok sikit. Alahamdulillah” Mak senyum segaris. Lega jelas di wajah itu.
“Izwan, lepas makan kamu balik dulu. Cuba bawak-bawak berehat” aunty Maria dah pun keluarkan arahan kepada anak terunanya.
“Nissa pun dah ok hari ni. Tak perlu la kamu temankan dia. Nurse ada boleh tengokkan dia nanti” Mak menyampuk. Kesian juga melihat keadaan Izwan Rizal yang tidak terurus. Masih sarungkan baju dan seluar malam tadi. Mesti dia tak selesa dengan tak makan dan mandi.
Lepas tu suasana sunyi sepi. Nak kata apa lagi. Tak kan la time-time ni pun dia nak melawan. Ada baiknya dia berdiam diri dulu. Lepas makan, balik rumah, rehat dulu. Mandi ke apa dulu. Lepas tu baru fikir. Nak datang sini ke nak apa ke ikut suka dia la.
Memang kalau diikutkan hati, dia tak langsung berenggan dengan Nurul Nissa buat masa ni. Bukan dia tak yakin dengan nurse yang bertugas di sini. Tapi entah la, kalau boleh biar dia ada. Dia boleh tengok sendiri dengan mata kepalanya. Jika dengan cara ini buat dia lega baik dia temankan Nurul Nissa di sini. Biar dia sendiri yang tengok apa yang tak kena dengan Nurul Nissa. Sakit ke, sihat ke biar ada depan mata dia. Wah, gitu!
Dia pandang Mak dengan Mommy rancak bersembang. Hubungan akrab mereka jelas kelihatan seolah-olah mereka adalah sebuah keluarga. Persahabatan mereka tetap utuh walaupun mereka berdua jauh terpisah oleh jarak dan masa. Namun, mereka berdua sentiasa berberhubung antara satu sama lain.
Apak pula hilang entah ke mana. Selepas mendapat panggilan telifon, Apak terus minta diri. Busy sangat dengan kerjanya. Sama macam Daddy. Selalu busy dengan urusan business dia tu. Itu salah satu sebab dia tak suka berkecimpung dalam dunia business. Ini la sebabnya. Busy tak kira masa. Busy tak kira keadaan. Sekarang Nurul Nissa terlantar sakit. Macam mana esok-esok kalau dia busy dengan bussines. Mesti dia pun tak dapat nak temankan Nurul Nissa agaknya. Kalau boleh memang dia nak elak dari berkecimpung dalam dunia perniagaan keluarganya ni. Tapi, itu yang menjadi satu masalah. Dia anak tunggal! Siapa lagi kalau bukan dia yang kena ambil alih nanti.
Aku duduk mengadap Nurul Nissa. Lena betul dia tidur. Sampai tak sedar langsung keadaan sekelilingnya. Wajah pucat itu tetap cantik pada pandangan matanya. Dia tetap menjadi tumpuannya. Dia tetap berjaya membuat hatinya gundah. Nurul Nissa, siapa dia sebenarnya? Siapakah gadis ini? Dia memiliki tarikan yang maha hebat sehingga dia boleh jatuh cinta pandang pertama. Tanpa diundang ia terus datang bertandang. Nurul Nissa, dia seru nama itu berkali-kali. Senang sekali dengan perasaan ini. Membelai perasaannya.
“Jom balik” aunty Maria ajak anak terunanya.
“I balik dulu. Ada apa-apa bagi tahu I ya” aunty Maria cium pipi kiri dan kanan Mak. Dan aku Tanya mampu pandang Nurul Nissa yang masih dalam lena. Mana boleh buat lebih-lebih depan Mommy dengan Mak ni. Nak kena penagkung try la buat perangai tak elok. Aku tak nak! Amboi, kat belakang boleh ya? Ikut mazhab mana boleh? Dosa tetap dosa ingat tu!
Lepas salam dengan Mak kami terus gerak balik. Aku terpaksa juga melangkah dengan berat hati. Memang agak keberatan nak ikut cakap Mommy tadi. Tapi aku rasa perlu balik dulu. Mandi dan tukar baju dulu. Takkan nak tunggu Nurul Nissa dalam keadaan busuk macam ni. Jatuh la saham dia nanti. Eh, dan-dan dia nak melawa depan Nurul Nissa. Kawan tu dok sakit, tak ada maknanya nak berchinta bagai. Sabar je lah!
Kami tunggu kat lobby hospital ni. Mommy tak driving, sebab Daddy pun tak ikut sama. So, dia guna lomosin hotel. Emm… Nampak gayanya aku kena la ikut Mommy balik ke hotel ni. Ades, malam ni tak dapat nak teman Nurul Nissa ke ni? Jangan la… rindu la kat dia nanti. Huhu… eh, boleh lak. Dah pandai rindu-rinduan dah sekarang ni.
“Mom, Daddy ada meeting lagi ke?” Izwan tegur Mommy yang leka dengan handset di tangannya. Amboi, busy bebenor dia.
“Ada. Dari pagi tadi tak habis-habis meetingnya. Nak harap kamu? Macam tunggu kucing bertanduk” wah, siap selitkan peribahasa lagi. Aunty Maria dah mula dah sesi ‘mencuci otak’ anak terunnya.
“Mom, Ijal bukan tak nak. Tapi…” dia mengeluh lagi. Kalau masuk bab ni yang dia tak gemar ni. Kena kerja dengan Daddy sendiri pulak tu. Tak nak la! Sekali salah channel lak.
“Mom tak nak cakap banyak. Kalau kamu rasa kamu dah ready, bagi tahu Mommy” aunty Maria sudah mati kata. Tak tahu bagai mana caranya lagi dia nak pujuk anak bujangnya. Dia kesian sebenarnya. Kalau nak dipaksa lebih-lebih pun. Biar la dulu dia dengan minat dan kerjayanya itu. Nanti-nanti tahu la dia uruskan company keluarga tu.
“Doakan Ijal berubah angin dalam masa terdekat ya” Izwan pandang wajah kasih seorang ibu. Dia hormat dan kasih kepada Mommy. Tapi dia juga silap sebab selalu melawan. Gemar benar dia bertelagah hal yang berkaitan dengan soal ambil alih company ni.
Bukan dia tak kesian dengan Daddy. Siang malam bertungkus-lumus uruskan syarikat mereka seorang diri. Sampai Daddy pun tak ada masa untuk diri sendiri. Apa tah lagi masa dnegan Mommy. Tengok sekarang ni, Mommy datang sendiri. Tak ada masa nak teman Mommy. Kesian Daddy. Berkejar ke sana sini untuk meeting. Jumpa client tak kira masa dan tempat. Dari semenanjung Daddy dan Mommy fly ke Sarawak semata-mata nak jumpa client. Tak ke itu juga di kira satu pengorbanan. Emmm…
Sepanjang perjalanan dia diam je. Mommy pun dah sibuk dengan handset dia. Entah apa yang dai buat pun tak tahu la. Leka benar dengan handset dia tu. Dari tadi tak berhenti-henti. Sekejap ada massage masuk. Lepas baca terus reply. Busy memanjang Mommy ni. Dah gaya macam businesswoman dah. Macam mana tu? Daddy dengan Mommy je yang beria-ia nak majukan business family. Dia?
“Kalau rasa nak balik kuartes, cakap dengan driver tu” Mommy jelling hujung mata. Anak dia kelihatan gelisah di tempat duduknya. Dia nampak tu semua. Jelas dan ketara benar. Risau sangat kena paksa kerja dengan Daddy dia tu. Orang lain bukan main seronok kalau ada company sendiri. Ini lain pula ceritanya. Siap kena paksa pun tak jalan-jalan. Tak tahu nak guna cara macam mana lagi dah.
“Memang Ijal nak balik pun. Bukan ada baju pun kat bilik Mom tu” laju dia jawab. Lega rasanya. Kalau boleh dia tak nak singgah hotel Mommy dan Daddy. Rimas kat sana lama-lama. Silap-silap boleh perang dengan Daddy.
“Kamu ni risau terserempak dengan Daddy or kamu risau tak boleh temankan Nurul Nissa malam ni?” Mommy jelling lagi. Tak sudah-sudah tengok jam kat tangan tu. Huh!
“Mana ada” dia berdalih. Halamak oit, kantoi sudah. Dia control senyum.
“Eleh, macam Mom tak tahu. Daripada raut wajah kamu tu Mom dah boleh agak” Mommy senyum sinis. Peril anak bujangnya. Lagi mau sorok ke?
“Mom, orang cakap tak ada-tak ada la” Izwan Rizal berdalih lagi. Seboleh-boleh nak elak tu. Menipu la selalu, amalkan ya Izwan Rizal.
“Kamu suka dia ke?” Mommy Tanya direct je. Memang tak ada selindung-selindung.
“Hah! Sape?” naik suara dia. Terkejut punya pasal ni. Memang tak sangka kot Mommy akan tanya soalan macam tu. Apa daaa… malu la aku nak jawab. Mommy ni pun…
“Mom suka dia. Baik budaknya. Cantik. Pandai. Lemah lembut. Mom suka” aunty Maria senyum je pandang Izwan Rizal. Pancing anaknya, mana tau dia nak berkongsi rahsia. Boleh juga dia korek-korek rahsia hati anaknya ni.
“Motif?” Izwan senyum je. Macam dia tak faham apa yang Mommy nak sampaikan tu.
“Kalau kamu tak suka, Mom ingat nak kenalkan dia dnegan anak kawan Mom” anty Maria sembunyi senyum. 
“Eh, suka-suka dia je nak kendengkan Nurul Nissa dengan orang. Macam la Nissa nak. Tah-tah dia dah ada special boyfriends” laju dia jawab. Ini boleh mendatangkan marah ni.
“Mom dah risik dah. Dia single and available. Memang boleh sangat la kalau nak kenalkan dengan anak kawan Mommy tu” aunty Maria bersemangat cerita.
“Mom ni sejak bila jadi match maker ni?” Izwan Rizal dah rasa tak berapa nak best ni. Mana boleh! Kacau betul Mom ni!
“Sejak semenjak dua menjak ni. Kamu kenal Adam kan? Anak uncle Sulaiman tu. Hah, sesuai sangat dengan Nurul Nissa ni” dia dah main petik nama Adam la pulak dah. Kasi dramiatik ini cerita. Wah…
“Adam? Oh no way Mom! Don’t tell me that person is Adam the crocodile land. It’s that guy?” Izwan dah cuak. Habis la Nurul Nissa kalau jadi isteri Adam.
“Yes, he is. That person is Adam bin Tan Sri Sulaiman” aunty Maria makin galak kenakan anaknya. Haha… tau takut. Muka tu nampak sangat cuaknya. Tapi tak nak ngaku lagi tu. Kalau dah suka tu, cakap je la suka. Melepas baru padan dengan muka!
“No way Mom!” dia dah naik suara. Hamboi, marah ke bang? Hihi…
“Ya Allah. Budak bertuah. Terkejut Mom” aunty Maria urut dada dia. Jelingan maut dia hadiahkan untuk anak bujangnya. Hamboi, semangat dia marah kita ya. Tapi dalam hati dia seronok sebenarnya. Berjaya juga dia buat anak bujangnya naik angin. Suka la tewww…
“Adam tu bagus budaknya. His claver you know. He also can handle the family company. Kaya. Handsome pulak tu” aunty Maria tambah perisa. Kasi anak dia naik angin lagi. Hehe… padan dengan muka! Ego sangat tu kenapa?
“Alah, handle company pun kira bagus ke? The big issues is he is crocodile land” Izwan Rizal mendegus marah. Merah padam muka dia tahan marah punya pasal. Lepas tu suka-suki dia je bagi gelaran crocodile land kat orang tu. Apa daa…
“Ok what. Credibility dia boleh handle company besar macam tu. Makin maju sejak dia yang pegang. Untung Nurul Nissa dapat suami macam dia tu. Cerah masa depan” aunty Maria tak habis-habis nak uji tahap ‘suka’ anak dia ni. Tak nak mengaku lagi tu.
“Eh, yang Mom sibuk nak recommend kat si Adam tu kenapa? Ni, anak Mom ni bujang lagi tau. Tak kahwin-kahwin lagi ni. Tak nak pulak dia recommend. Sibuk nak kendengkan dengan si buaya darat tu kenapa?” dia dah merungut-rungut dengan sikap Mommy dia tu.
“Lah, tadi Mom tanya Ijal kata tak suka” aunty Maria senyum sinis. Haha… jerat dah mengena.
“Bila masa orang cakap tak suka Nissa?” dia dah cebik bibir. Merajuk la tu. Apa punya budak. Tak padan dengan lelaki. Merajuk je kerjanya.
“Dah tu, kamu suka dia?” senyum aunty Maria semakin lebar. Haha… dah masuk pernagkap dah. Haha…
“Gila tak suka! Punya cun dia tu” alamak oit. Sekali terlepas cakap daaa… ades, kantoi sudah. Dia ketap bibir bawah. Hadoi…
“Apa dia? Mom tak dengar” aunty Maria dah toleh 30 darjah mengadap muka anak bujangnya. Seronok bila dengar anak bujang dia suka dengan Nurul Nissa. Alhamdulillah. Hai, dah bau-bau dah nasi minyak ni. Tak sabar nak sambut menantu ni. Berkenan betul dia dengan Nurul Nissa tu. 

# kalau rindu Nurul Nissa, Hasrul Khuzairi, Izwan Rizal, Adam dan Abang Lokman. Rajin-rajin la melawat dia orang kat sini ya. Terima Kasih. Kita jumpa next chapter ya. 

2 comments: