Monday, 17 December 2012

Amuk-Itu Janji(HQ Audio)

ITU JANJI 22



Dia menjeling jam dalam bilik. Baru pukul 5.45 pagi. Dia bangkit dan menuju ke bilik air. Membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Selesai solat dia buka sliding door. Duduk di atas buaian. Dia spray pokok kaktus. Ada 6 jenis yang berbeza. Itu pun dia beli semasa ke Cameron Highland.
Dingin pagi dan suasana masih gelap. Kabus pun masih tebal. Dia gerakkan kaki perlahan-lahan. Buyaian bergerak perlahan. Menikmati matahari terbit adalah kegemarannya. Sungguh besar kuasa Ilahi. Menjadikan siang dan malam. Putaran bumi, matahari dan planet lain di paksi yang betul.
Dia spray pokok kaktus yang dia beli di Cameron Highland. Masih kecil. Entah besar entah tidak pokok ni. Dia senyum sendiri. Kaki dia tolak perlahan, angina dingin menyapa lembut. Embun dan kamus semakin menghilang pergi. Tak lama lagi mentari pasti menunjukkan dirinya. Saat ini dia akan rakamkan dengan ucapan Alhamdulillah syukur kerana masih berpeluang menikmati kurniaan Allah.
Syukur kerana dia masih dapat nikmati nikmat yang Allah berikan. Pancanindera yang sempurna. Mata masih boleh melihat. Hidung yang masih deria bau. Kaki tangan masih berfungsi dengan baik. Telinga masih mendengar. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu dia ucapkan melaikan Alhamdulillah.
Saat cahaya matahai menunjukkan diri. Nurul Nissa berdiri. Dia tersenyum dan terus tersenyum. Allahuakbar. Sungguh besar kuasa-Mu Ya Allah. Cahaya oren, di atas langit membuatkan dia semakin asyik. Sungguh indah ciptaan Allah swt. Dia rakamkan keindahan alam dengan penuh kesyukuran dengan memuji Maha Pencipta, Allah swt. Tiada Tuhan selain Allah swt.
Dia turun ke ruang dapur. Menjengguk Mak Munah. Sibuk betul dia kat dapur tu. Dah macam tak ada kerja lain Mak Munah ni. Asal masuk dapur je dia masak. Asal masak je aku masuk dapur. Eh, memang la. Dah kerja dia tukang masak. Takkan dia nak menyanyi pulak kat dapur ni. Hai...
‘Duduk dulu. Mak tak siap lagi’ Mak Munah tarik kerusi supaya Nurul Nissa duduk. Cawan dan piring dia letak di depan Nurul Nissa. Air Nescafe semerbak. Pergh...
‘Mak masak apa?’ Nurul Nissa berdiri di sisi Mak Munah. Kerusi yang Mak Munah tarik dia tak endahkan. Suka sangat layan dia macam tu. Tau la dia nak duduk sendiri. Mak Munah suka layan dia macam ni. Segan tau.
‘Nasi lemak. Sambal sotong, kerang, udang, ayam masak merah” Mak Munah senyum segaris.
“Banyaknya” Nurul Nissa kerutkan kening. Gila, sape nak makan banyak-banyak tu. Mereka bertiga je pun. Buat apa masak banyak-banyak?
“Mak masak sikit-skit je. Cuma banyak jenis lauk je. Sebab Mak tak tahu Puan Rosni dengan anak dia suka makan apa. Tu Mak masak semua jenis. Senang dia orang pilih nanti. Kalau Nissa, Mak dah tahu. Sambal kerang dia tu tak boleh tinggal” Mak Munah lincah buat kerja. Sesekali dia melirik kepada Nurul Nissa yang masih berdiri kaku di sisi dia. Hai, budak bertuah ni. Mamai lagi ke apa ni?
“Eh, lupa’ dia garu kepala. Dia buka peti sejuk. Capai buah apple dan jus manggo. Dia ambil gelas dan duduk atas kerusi. Mak Munah sekadar perhati gelagat Nurul Nissa. Dia budak baik. Tak pernah dia mengarah itu ini. Selagi dia boleh buat sendiri, dia buat sendiri. Lihat sekarang ni. Dia tak minta dilayan. Dia boleh buat sendiri. Ambil sendiri tanpa banyak bunyi.
“Mak senyum kenapa?” Nurul Nissa tegur Mak Munah yang tersenyum sambil geleng kepala. Pelik betul dengan Mak Munah ni.
“Pukul berapa bangun tadi?” Mak Munah tanya tanpa menoleh. Tangannya licah mengacau sambal tumis. Pergh, semerbak bau. Serentak mereka berdua bersin. Lepas tu mereka tergelak.
“Subuh tadi Yuyu dah bangun dah. Mak, mesti best ni. Sampai terbersin Yuyu. Hehe…” dia tayang gigi. Tangannya gosok hidung. Bau tak usah cerita. Bayangkan sendiri macam mana bau kalau buat sambal tumis. Malas aku nak cerita details sangat.
“Baru tahu ke? Mak memang terror masak sambal tumis tau” Mak Munah angkat kening. Nada pun bangga je. Ceh, berlagak tu.
“Eleh, naik lift tekan sendiri nampak” Nurul Nissa jucuk pinggan Mak Munah. Melatah orang tua tu. Hahaha… tu baru sikit dia usik. Kalau Mommy lagi la. Nak sentuh pinggan sikit pun tak boleh. Geli katanya.
“Sudah-sudah. Mak denda tak kasi makan sambal kerang baru tahu” Mak Munah main ugut-ugut nampak.
Ala, orang main-main je. Kedekut mati berulat tau” dia duduk atas kerusi tadi. Mulut sengaja di muncungkan. Merajuk la kononnya. Ceh!
“Pandai-pandai reka cerita. Ustaz mana yang ajar tah” Mak Munah sembunyikan ketawa. Dia tahan senyum. Seronok dapat usik Nurul Nissa. Makin dia merajuk makin galak dia menyakat. Kalau Puan Malissa ada lagi best. Ada kawan nak kenakan dia.
“Apa pulak orang buat cerita. Memang betul pun dah mati berulat. Dalam kubur nanti ada ulat makan. Betul” beria-ria dia bercerita. Siap buat gaya ulat badan dia lagi. Apa daaa… macam budak-budak.
“Makan Yuyu kot. Mak dia tak makan. Sebab Mak orang-orang beriman” Mak Munah tak mahu kalah. Makin panjang muncung Nurul Nissa. Suka-suka!
“Mak!” dia hentak kaki. Malas dia nak kawan dengan Mak Munah. Pagi-pagi dah buat orang hangin. Tak nak kawan!
“Orang merajuk tak boleh makan nasi lemak dengan sambal kerang” Mak Munah melaung bila Nurul Nissa ke taman. Merajuk la tu! Apa punya pernagai tu. Sikit-sikit nak merajuk. Kurang kasih sayang betul dia ni. Maklum la, anak tunggal. Daddy pun dah tak ada. Abang, kakak, adik pun tak ada.
Dia labuhkan punggun di kolam ikan. Ini tempat kegemaran arwah Daddy. Dia tabur makanan ikan mengikut sukatan yang betul. Seronok melihat ikan-ikan berebut-rebut makan makanan yang dia berikan. Matanya tak lepas dari memerhati ikan-ikan berenang riang. Tak ada masalahkah ikan-ikan ini? Selalu gembira dalam dunia mereka. Berada dalam kelompok yang sama jenis. Sama keturunan. Sama bangasa. Apa yang membezakan mereka cuma saiz mereka. Ada anak, bapak, ibu, adik, kakak, abang, sepupu, saudara. Mereka satu keluarga. Nurul Nissa tersenyum lagi.
Aku ni ada Mommy je. Daddy dah lama pergi tinggalkan kami berdua. Mak Munah dan Mommy tempat aku menumpang kasih. Abang, kakak, adik beradik jauh sekali. Saudara mara pun tak ada. Mommy dan Daddy anak tunggal. Aku pun anak tunggal. Hai, kecilnya keluarga kami ni. Mana nak meriah. Arwah atuk dengan nenek pun dah lama pergi. Sunyi hidup macam aku ni.
Rindu dengan Daddy. Kalau Daddy ada mesti Daddy teman dia kat taman ni. Sambil bergurau, sambil ketawa, sambil usik mengusik, sambil bermain kejar-kejar. Dia rindukan arwah Daddy. Rindu yang mencekam dada. Kini sudah tiada lagi galak tawa Daddy. Tiada lagi usik mengusik. Tiada lagi kenangan itu semua. Ya Allah, tempatkan arwah Daddy di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Dia sapu air mata yang mengalir lesu di pipinya. Rindu kepada arwah tidak pernah surut. Dia sentiasa rindukan belaian dari seorang ayah. Sungguh dia rindukan kehadiran Daddy. Sob… sob…
Hasrul perhati Nurul Nissa. Gadis yang manja. Suka merajuk. Suka dipujuk. Dia cepat meragam. Cepat marah. Tapi dia juga cepat sejuk. Gadis yang suka memandam rasa. sekarang dia sedang memendam rasa. menangis di tepi kolam seorang diri. Entah adap yang dia fikir, dia rasa. hanya dia yang tahu. Dia menangis kerana gembira, kerana sedih atau kerana rindu. Tidak ada siapa yang tahu. Itu Nurul Nissa, gadisku! Hasrul berbisik sendiri. Dia dambakan gadis ini untuk menjadi suri dalam hidupnya. Insyaallah.
Nurul Nissa mendaki tangga menuju ke biliknya. Dia nak kemas bilik. Berehat di dalam bilik sementara tunggu Mommy dan tetamu yang lain bangun. Dia duduk bersila di depan rak buku. Banyak koleksi novel yang dia kumpul. Tersusun cantik dalam rak. Masih elok. Sebab dia tak suka melipat helaian novel. Dia guna penanda buku. Sebab tu novel dia dalam keadaan cantik. Seperti baru. Walaupun berkali-kali dia ulang baca.
Entah berapa banyak duit dia habis untuk kumpul novel ni. Bagus tu memang bagus. Membaca amalan mulia. Ia dak? Hehe… tapi baca buku yang bermanafaat. Berilmu dan berinformasi. Ada pengajarannya. Supaya dapat baiki diri. Dapat memberi pengajaran dan sempadan. Selesai melihat koleksi novel, dia beralih ke meja belajar. Tak ada apa yang menarik. Hanya laptop Apple. Sudah lama dia tidak sentuh. Maklum saya busy. Balik rumah terus collapse. Hari minggu pun dia malas nak buat apa-apa. kerjanya apa lagi duduk depan tv mengadap kartun. Hehe…
Dia capai CD lagu. Koleksi lagu-lagu cinta zaman dulu-dulu. Layan lagu Santa Esmerald “You’re Everything”, George Benson “Nothing Gonna Change My Love”, Brian Adams “I’ll Be Right Here Waiting”, Fugees “Killing Me Softly”, dan banyak lagi lagu-lagu jiwang. Wah, layan best ni. Terus dia masukkan ke dalam dvd player. Volume sederhana. Nak mampus pasang kuat-kuat. Mengamuk Puan Malissa tu. Tak pasal-pasal kena dengar tazkirah percuma. Percuma! Tak payah susah-susah nak bayar. Puan Malissa bagi percuma je. Free of charge!
Baring atas katil. Oh, selesanya. Seronok dapat bermalas-malas macam ni. Jam di dinding baru pukul 7.30 pagi. Awal lagi. Sambung tidur pun best ni. Ala, dia orang pun bukan bangun lagi tu. Kalau dah bangun pun takkan dah nak makan. Paling tidak pun pukul 8 pagi. Kiranya dia ada 30 minit lagi la untuk bermalas-malas dalam bilik ni. Nak tolong Mak Munah. Tak nak, sebab dia tak nak kawan dengan Mak Munah. Orang merajuk bukannya nak pujuk kita ni. Tak nak kawan!

ITU JANJI 21


Makan malam mereka meriah dengan cerita Puan Rosni dan Mommy. Masing-masing sibuk dengan rancangan mereka. Tidak lain dan tidak bukan, majlis pernikahan dan persandingan mereka berdua. Rasa janggal pula berbincang pasal majlis nikah kahwin ni. Dari majlis nikah, ke majlis persandingan, melalut ke tempat honeymoon, menimang cucu. Hai, belum apa-apa dan berangan Mommy dengan Puan Rosni.
Hasrul sesekali mencuri pandang Nurul Nissa yang duduk berdepan dengannya. Takkan nak main mata terang-terangkan. Depan Mommy Nissa dengan Mommy dia sendiri. Nak cari penyakit buat perangai tak senonoh depan-depan. Mana dia berani. Dia dan Nissa masing-masing berdiam diri. Sesekali mereka tersenyum melihat orang-orang tersayang tersenyum bahagia.
“Hasrul, tambah lagi. Makan banyak-banyak” Puan Malissa cuit Nissa supaya melayan Hasrul makan. Hakalah, nak makan pun kena layan bagai. Ambik je la. Nak malu-malu kenapa? Nissa mencebik bibir kepada Hasrul. Hasrul jegilkan mata menghantar isyarat “What?” Ceh…
“Mom, Yuyu dah kenyang” Nurul Nissa siram tangan dia dengan air basuh tangan. Kemudian dia lap tangan dan mulut. Lama betul dia orang makan malam. Dah dekat 1 jam. Masing-masing tak nak berganjak dari meja makan. Sampai bila nak siap tah? Masing-masing dah berhenti makan, tapi masih juga duduk tak nak berganjang dari meja makan. Ini tak boleh jadi. Sampai kesudah tak bangun. Baik dia cabut. Hehe…
“Jom kita ke depan. Nissa, bawa buah dengan air ke depan. Kita sambung kat sana jom” Puan Malissa pimpin tanggan Puan Rosni ke depan. Mereka beriringan ke ruang rehat. Dah macam pasangan kekasih dah gayanya. Siap berpimpin tangan bagai. Mommy sapo tu? Ishk…
“I tolong” Hasrul bawa buah dan berdiri di sisi Nurul Nissa.
“Thanks” Nurul Nissa terus atur langkah ruang rehat. Hasrul pantas berjalan beriringan dengan Nurul Nissa. Mengada-ngada.
Kelihatan Mommy dan Puan Rosni masih rancak berbual. Entah apa saja mereka bualkan. Tak habis-habis. Dari tadi lagi dok pot pet, pot pet. Sesekali berhenti minum lepas tu sambung lagi. Hadoi, apa saja dia orang ni.
“Mommy ingat kita buat majlis merisik, tunang dan nikah terus. Buat hari yang sama. Lepas tu esok baru sanding” Puan Rosni mengulas butir bicara.
“I rasa akad nikah kita tak payah buat besar-besar. Panggil saudara mara terdekat. Buat majlis ringakas sudah. Sanding baru kita buat besar-besar. Panggil semua” Mommy pula menyambung. Senyum tak lekang di bibir mereka berdua.
Eh, hello. Suka suki dia orang je buat keputusan. Tak tanya kita pun. Setuju ke tidak ke. Suka ke tak suka ke. Main taram je. Asal boleh je dia orang ni. Hamboi, seronok nampak. Yang kita duduk tercongok kat depan ni apa? Jadi patung cendana? Bunga bonsai? Badut sarkas? Apa nak buat ni? Nak bantah? Macam mana caranya? Nak lawan? Macam mana jalannya? Nak tolak? Macam mana ayatnya? Adus!
Si Hasrul ni diam je dari tadi. Nak harap dia? Tak usah mimpi la Nurul Nissa oit. Dia pun sama je dengan dia orang ni. Jadi geng. Elok sangat! Aku je la yang berhaluan kiri. Nak bantah pun tak ada yang sudi jadi penyokong aku. Last-last aku pun diam sama. Nanti bincang dengan Mommy. Sekarang tak sesuai. Karang apa pula kata Puan Rosni. Malu muka Mommy. So, duduk diam-diam. Sabar banyak-banyak. Buat-buat tak dengar. Buat-buat tak layan. Biarkan mereka.
“Sayang, I miss you” Hasrul berbisik menyapa telinga Nurul Nissa. Apa kes? Nissa jeling menghantar isyarat “Apa kes?” Hasrul membalas dengan kenyitkan mata kiri dia. Nissa balas dengan jegilkan mata. Gatal!
“Malam ni tidur sini. Dah lewat ni. Lagi pun esok bukan kerja” Mommy beri idea bernas, bijak, brilliance, claver! Oh no! Mom!
“Tak susahkan ke ni?” Puan Rosni senyum meleret. Eleh, belakon ke Puan Rosni oit. Kalau nak tidur sini, cakap je la nak tidur sini. Malu-malu kucing pulak! Eh, terkutuk pula. Sorry. Tak sengaja. Hehe…
“Rul ok tak ni?” Mommy ajukan soalan kepada Hasrul. Eleh, tanya konon. Nyampah!
“Eh, ok je. Rul ikut je mana-mana pun” hak alah, wayang betul. Bagus-bagus. Amalkan selalu ya boss. Memang cemerlang wayang boss ni.
“Nissa, pergi siapkan bilik mana yang perlu” Mommy dah keluarkan arahan. Ala, aku jugak yang kena.
“Tadi Yuyu dah kemas Mom” Nurul Nissa jawab malas. Malas dia nak layan lebih-lebih. Dia ingat ni hotel ke? Nak check in kena ada housekeeping kemaskan bilik? Punya cun aku ni, layak jadi housekeeping je? Tak patut-tak patut.
“Nissa” Mommy tegur aku dengan jelingan maut dia. Adus, menikam jantung. Sesak nafas aku dengan isyarat Mommy. Tapi aku buat-buat tak layan. Buat-buat tak faham. Hehe…
“Yuyu keluar jap” Nurul Nissa melangkah ke taman. Berkaki ayam. Berjalan atas rumput. Kemudian dia duduk di atas buaian. Kakinya dia tolak berlahan-lahan. Angin malam menyapa wajahnya. Sejuk, dingin, segar. Dia pejam mata menikmati kenikmatan angin malam.
Puan Rosni jeling anak terunanya. Isyarat supaya keluar ikut Nurul Nissa. Untung ada Mommy yang sangat-sangat memahami. Suka sangat kendengkan anak dia tu. Mengekor je kerjanya. Tak boleh tengok orang senang sikit mula nak mengekor.
Hasrul pandang wajah Nurul Nissa, polos. Ayu. Cantik. Jelita. Anggun. Dia memang makhluk ciptaan Allah swt yang sesempurna kejadian. Wajahnya putih bersih. Hidung mancung terbentuk. Keningnya lebat terukir cantik. Alis matanya melentik sempurna. Bibirnya nipis, kecil, comel dan merah merkah. Dagu lekuk di tengah. Rambutnya panjang lurus. Dia sangat sempurna di matanya. Alhamdulillah, syukur.
Dia melabuhkan punggung di atas buyaian. Duduk di sebelah Nurul Nissa. matanya masih tidak lepas dari menatap kejadian indah di depannya. Apa nak jadi ni. Zinar mata tu. Tengok anak dara orang dengan nafsu. Berdosa tau. Astarfirullahalazim. Dia berisytifar.
“Nurul Nissa” dia panggil perlahan. Dia pandang wajah itu. Matanya masih tertutup. Tidur ke budak bertuah ni?
“Sayang” dia saja mengusik. Nak tengok reaksi Nurul Nissa. Sebab dia cukup tak suka bila dia bahasakan dirinya sayang. Masih seperti tadi. Sah, dia tidur. Hai, duduk pun dia boleh terlelap. Boleh dia tidur kat sini. Asal boleh je dia ni.
“Sayang, bangun. Masuk tidur dalam bilik” Hasrul usap kepala Nurul Nissa yang tersengguk-sengguk. Comel sangat!
“Mommy, jangan kacau Yuyu” Nurul Nissa tepis tanggan Hasrul. Teruk punya perangai.
“Sayang, bangun. Dah, masuk tidur dalam bilik” Hasrul menahan tawa melihat gelagat Nurul Nissa. Ada saja benda yang mencuit hati dia. Comel sangat-sangat.
“Jangan kacau Yuyu, Yuyu nak tidur” Nurul Nissa tepis tangan Hasrul menjauh dari kepala dia.
“Nurul Nissa bin … masuk bilik saya sekarang. Sekarang!” Hasrul keraskan suara dia. Sengaja dia mengusik nak lihat reaksi Nurul Nissa.
“Yes boss. Yes!” dia terus berdiri. Mata dia terbuka luas. Akhirnya pecah ketawa Hasrul melihat gelagat Nurul Nissa. Punya kuat pengaruh dia di pejabat sehingga dalam tidur pun Nurul Nissa takutkan dia. Memang dia tak dapat menahan ketawa dia. Sampai keluar air mata. Keras perut menahan ketawa.
“Boss ni kenapa?” Nurul Nissa naik angin. Geram dia dengan Hasrul yang permainkan dia. Bukan main seronok dia gelakkan aku. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Buah nyor buah kepala, tak apa.
“So sweet” Hasrul cubit pipi Nurul Nissa yang masih berdiri kaku. Tangan Hasrul ditepis kasar. Geram betul dengan Hasrul. Dia hentak kaki dua tiga kali sambil genggam penumbuk. Ikutkan hati nak je dia bagi penumbuk sulung dia kat muka boss dia ni. Sebab apa aku panggil penumbuk sulung? Sebab sebelum ni aku tak pernah bagi penumbuk aku ni kat sape-sape lagi. Aku rasa malam ni nak je aku bagi kat boss aku ni. Hishhhh…
“Sorry. Sorry” Hasrul angkat kedua-dua belah tangan dia. Tanda dia menyerah kalah. Merajuk susah nak pujuk ni. Karang tak pasal-pasal tercetus ‘Perang Dingin’. Mati kutu dia nak memujuk nanti. Dah la dia jenis tak reti nak pujuk rayu ni.
“Nyampah. Sakit hati” Nurul Nissa terus masuk ke dalam rumah. Masuk dalam bilik dan terus kunci pintu. Peduli apa dengan pandangan Mommy dan Puan Rosni. Pandangan boss dia lagi dia tak peduli. Baik dia tidur.
Bunyi telifon dia tak pedulikan. Siapa lagi kalau bukan boss yang sengal tu. Tak habis-habis nak sakitkan hati. Tak habis-habis nak cari pasal. Tak cukup-cukup lagi ke dia nak dera mental aku ni? Dia matikan telifon. Puas hati. Tak ada gangguan. Boleh dia tidur dengan aman. Tak ada gangguan dari boss sengal tu. Menyemak je. Dah la datang rumah orang. Tak malu!
“Nurul Nissa, sayang dah tidur ke? Buka pintu sayang. Mommy bawa susu ni” bertalu-talu ketukan di pintu biliknya. Ala, baru nak lelap.
“Yuyu tak nak minum. Yuyu nak tidur” Nurul Nissa malas nak buka pintu. Dia nak tidur.
“Buka Mom cakap” Puan Malissa hilang sabar melayan pernagai anak daranya seorang ni. Degilnya, subhanallah.
“Mom, Yuyu tak nak. Yuyu tak nak la” Nurul Nissa menjerit-jerit tak nak. Diala dia cukup tak suka minum susu. Boleh Mommy main paksa minum susu tu. Kalau dia tak betul-betul sakit gastric. Sah la dia tak minum susu.
“Ya Allah. Degilnya. Buka pintu ni. Mom nak masuk” naik suara dia. Hilang sabar dengan perangai Nurul Nissa ni.
“Tak nak” Nurul Nissa berkeras. Hilang mengantuk dia gara-gara bertegang urat dengan Mommy. Kacau betul Mommy ni.
“Nissa nak Mom buka guna kunci spear ke?” Puan Malissa main ugut. Bukan boleh bertolak ansur dengan anaknya ini. Sudah dia tahu sangat perangai budak bertuah ni.
“Mom” Nurul Nissa mengalah juga. Dia buka pintu dan keluarkan kepala dia. Badan masih dalam bilik. Tak nak bagi Mommy masuk. Nanti makin lama kalau dibiarkan.
“Minum sikit” gelas susu dia suakan ke muka Nurul Nissa. Dia jelerkan lidah. Buat muka nak muntah. Tak suka!
“Minum!” Puan Malissa keraskan suara walupun suara dia perlahan. Kena paksa dengan anak dia ni. Banyak main Nurul Nissa ni. Berat tangan dia capai gelas susu. Dia telan dua tiga teguk. Kemudian dia tolak kepada Mommynya. Sambil geleng kepala. Tak sanggup dia telan. Takut termuntah balik. Sia-sia makan malam tadi. Sayang tau.
“Good night, sayang Mommy” Nurul Nissa cium pipi kiri kanan dan dahi Mommy. Puan Malissa pun buat benda yang sama. Dia peluk erat anaknya. Senyum segaris sebelum Nurul Nissa tutup daun pintu.
Hasrul sekadar memerhati gelagat dua beranak tu. Manja sungguh. Nak minum susu pun kena pujuk macam budak-budak. Tapi budak-budak bukan ke suka minum susu ni? Ni mak budak, liat sungguh minum susu. Puan Malissa sabar melayan karenah Nurul Nissa. Agaknya dia pun kena banyak bersabar nak melayan Nurul Nissan anti. Hai, habisla macho dia kalau hari-hari kena memujuk Nurul Nissa.
Namun dia tersenyum bahagia. Melihat sifat manja Nurul Nissa, buat dia senyum sendiri. Dia manja. Bukan mengada-ngada seperti perempuan yang dia kenal. Dia jauh lebih baik dari perempuan yang dia kenal. Dalam manja dia berdikari. Dia pandai bawa diri dia. Pembawakan dia masih mengawal batas-batas pergaulan. Susah untuk di damping. Apa lagi untuk miliki. Dia istimewa. Dia yang terbaik untuk dirinya.
Hasrul masuk dalam bilik. Senyum di bibir makin lebar. Indahnya dunia dia. Tak sabar untuk memiliki gadis itu. Hanya Nurul Nissa yang dia inginkan. Datang berapa ramai perempuan pun dia yakin dan pasti dengan dirinya kini. Dia hanya inginkan gadis itu untuk mendampingi dirinya. Hanya gadis itu yang dia impikan siang dan malam.
Nurul Nissa masih terkebil-kebil dia atas katil. Matanya enggan lelap. Entah hantu mana yang merasuk dia. Masih degil tak mahu tidur. Sudah berkali-kali dia pejam mata. Paksa supaya lelap. Tapi nampak gayanya masih juga enggan lelap. Dia bangkit, sliding door dia buka luas. Dingin angina malam dia tidak endahkan. Dia duduk di atas buaiyan rotan. Memandang langit yang penuh dengan lautan bintang. Cahaya bulan menambahkan seri malam ini.
Kedinginan malam mencekam diri. Dia masuk dan tutup kembali sliding door. Menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Ada baiknya dia solat sunat dan membaca alquran. Ada juga faedahnya. Dapat juga pahala dari duduk melangut tak tentu pasal. Baik dia buat sesuatu yang berfaedah. Dapat juga tenangkan hati dia yang sedang gundah.
Selesai solat sunat. Dia berdiri sekali lagi. Tunaikan solat istikarah. Supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah untuk dia memilih suami yang tepat.
“Ya Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku memohon kepada Mu Ya Allah. Berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu. Sekiranya dia jodoh ku yang telah Engkau tetapkan untuk aku. Aku pohon supaya Engakau bukakan pintu hati aku untuk menerima dia dalam hidup aku. Engkau dekatkan dia dengan diri aku. Engkau permudahkan segala urusan kami berdua untuk mendirikan masjid. Engkau kurniakan kasih sayang kepada kami berdua. Sekiranya dia bukan jodoh aku. Maka aku memohon kepada Mu supaya Engkau jauhkan diri dari hidup aku. Engkau lenyapkan perasaan kasih dan sayang antara kami berdua. Engkau tunjukkan jalan kepada kami berdua. Supaya kami dapat mencari jalan masing-masing. Ya Allah, Engakau maha mengetahui segala isi langit dan bumi. Aku memohon kepada Mu Ya Allah. Makbulkan doa hamba Mu yang lemah lagi hina ini. Supaya jalan yang akan aku lalui di redhai Mu. Amin. Amin. Amin’
Nurul Nissa duduk berteleku di atas sejadah. Dia membuka helaian Al-Quran. Dia mulakan dengan surah Al-Fatihah. Di susuli dengan surah-surah lazim. Lapang hatinya. Tenang jiwanya. Allahuakbar. Maha Suci Allah. Tiada ‘novel’ seindah Al-Quran. Tidak ‘nyanyian’ semerdu mengaji. Alhamdulillah. Syukur.
Dingin malam itu dia terlena juga. Tidur dengan memuji keagunagn Allah swt. Tenang dan damai sekali. Dia mimpi seorang lelaki yang imamkan solat mereka. Berpakain serba putih. Kusyuk solat mereka. Selesai mengamimkan doa. Imam tadi menoleh untuk bersalam. Hasrul! Ya dia yang imamkan aku. Adakah dia khalifah aku yang akan membimbing aku dan anak-anak aku kelak? Diakah orangnya?
Nurul Nissa terjaga dari tidur saat azan subuh berkumandang. Allahuakbar. Sayu dan mendayunya. Waktu dingin pagi bergema suara azan subuh. Dia duduk di atas katil. Bersyitifar beberapa kali. Mengigati mimpi malam tadi. Jika ini petunjukkan dia redha. Dia terima jika jodoh mereka telah tertulis di luh mahfus. Dia terima seadanya.

ITU JANJI 20


“Mom dah siap? Jom” Nurul Nissa siap kemas kain baju Puan Malissa. Selepas seminggu duduk di hospital akhirnya keluar juga hari ini. Alhamdulillah. Semua selamat. Mommy dia pun sudah beransur sihat.
“Jom” Puan Malissa duduk atas kerusi roda. Belum kuat untuk berjalan ke tempat parking.
“Mom nak singgah mana-mana dulu? Yuyu boleh berhenti” Nurul Nissa memandu perlahan. Sesekali dia menjeling ke arah Mommynya yang bersandar lesu. Masih kelihatan lemah. Wajahnya juga masih pucat. Entah kenapa tiba-tiba darah tinggi Mommy naik mendadak. Dia pitam dan terus di kerjarkan ke hospital. Risau memikirkan perangai dia ke?
“Balik terus. Mom nak rehat” mata masih pejam. Dia malas ke mana-mana. Kepala dia merangka-rangka rancangan untuk menyatukan anaknya dengan Hasrul merangkap anak sahabat baiknya, Puan Rosni.
Sampai saja di rumah, kelihatan kereta menjalar di perkarangan rumah. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta big boss. Huh, macam tak ada muka orang lain? Dia parking kereta kemudian dia ke sebelah pintu penumpang. Membuka pintu untuk Mommy keluar. Dia papah Mommy perlahan-lahan. Tetamu di depan dia tidak endahkan. Malas dia pedulikan tetamu yang tidak di undang itu.
“Rosni, dah lama sampai. Maaf kami lambat. Jemput masuk” Puan Malissa menjemput sahabat baiknya masuk ke dalam rumah. Eh, tak perasan la pula Puan Rosni ada sekali. Ades, mesti dia cakap aku kurang ajar sebab tidak menghormati tetamu.
“Puan Rosni, jemput masuk” Nurul Nissa tunduk bersalam dan cium tangan bekas majikannya itu. Kemudian dia ke ruang dapur.
Pantas dia capai jug untuk membancuh air. Tanpa fikir panjang dia bancuh air Sunquick. Lagi pun cepat. Dia buka peti sejuk dan keluarkan ais. Gelas di susun atas dulang. Kemudian dia periksa kuih untuk di hidang. Nampaknya ada kek coklat saja dalam peti ais. Dia potong dan susun atas pinggan. Kemudian dia susun atas dulang.
“Hasrul, cuba tengok apa yang Nissa buat kat dapur sana. Tolong dia ya” Puan Rosni memberi arahkan kepada anak terunanya. Sejak sampai dia hanya berdiam diri. Tapi matanya tidak lepas merenung wajah Nurul Nissa.
Ada apa-apa yang boleh I tolong?” soal Hasrul.
“Thanks, but no thanks” jawab Nurul Nissa. Dulang berisi gelas dia angkat. Jug dan piring kek dia hanya memandang kosong. Alamak, mana muat tangan? Tangan ada dua je ni? Tak apa, bawak dulang gelas dulu. Lepas tu masuk ambil jug air dengan kek ni.
“Biar I tolong bawa jug dengan kek ni. Jom” Hasrul capai jug dan piring kek. Dia faham Nurul Nissa dari riak muka dia tu.
“Eh, tak payah. Nanti I masuk ambil. You ke depan je” Nurul Nissa letak kembali dulang gelas atas meja. Jug dan piring kek dia capai di tangan Hasrul.
“Ok” Hasrul bagi Nurul Nissa. kemudian dia capai dulang gelas dan dia terus keluar dari ruang dapur. Malas dia bergaduh dengan Nurul Nissa pasal benda remeh ni.
“Eh, you. Jangan la. Nanti apa kata Puan Rosni” Nurul Nissa mengekor juga. Dekat tangan dia masih pegang jug air dan piring kek. Hailah. Sabar saja la. Hasrul terus melangkah tanpa endahkan bebelan Nurul Nissa.
“Susah-susah je” Puan Rosni menjeling anak bujangnya. Senyum segaris antara Puan Rosni dan Puan Malissa. Tak sabar benar nak bermenantu.
“Jemput minum puan. Alamak, Mom. Yuyu lupa. Jap, Yuyu buat air panas ya” Nurul Nissa kalut sebab nak cepat punya pasal. Dia terlupa Mommynya tak boleh minum ais.
“Tak apa. Ambilkan Mom air suam” arah Puan Malissa.
“Jemput minum. Yuyu masuk jap” Nurul Nissa terus menuju ke ruang dapur. Capai mug untuk isi air suam.
“I tak minum Sunquick. Buatkan Nestlo boleh?” Hasrul masuk ke ruang dapur. Nurul Nissa tak banyak soal. Dia capai mug dan bancuh Nestlo. Dia malas nak bersoal jawab. Bergaduh jauh sekali. Dia tak ada mood.
“Eh, jangan taruk susu banyak sangat. Nanti manis. Air kurang sikit I nak letak ais” Hasrul menengur setiap tindak tanduk Nurul Nissa. sebenarnya dia nak menarik perhatian Nurul Nissa supaya bercakap dengan dia. Marah pun dia sanggup asalkan Nurul Nissa sudi bercakap dengan dia. Tapi nampak gayanya Nurul Nissa patuh, ikut segala arahan yang dia berikan. Sebelum ni dia banyak melawan. Pantang orang arah itu ini. Rindunya dengan ‘Nurul Nissa’ yang dulu. Ceria dan gembira bukan ‘Nurul Nissa’ yang ini. Muram dan lesu.
Walaupun dia senyum di depan orang lain. Tapi dia nampak senyuman itu tak semanis senyuman dulu. Kadang-kadang dia seperti hanyut dalam dunia dia sendiri. Dia tengelam dalam ramai. Dia sunyi dalam keriuhan. Dia pilu dalam kegembiraan. Dia menangis dalam tawa. Begitu bencikah Nurul Nissa kepada dirinya? Tidak ada maaf lagi ke untuk dirinya? Dia mengeluh lagi.
“Mom, Puan Rosni saya naik dulu ya. Nak hantar beg Mommy jap” Nurul Nissa duduk beberapa saat bersama tetamu mereka. Tapi nampaknya dia tak betah duduk berlama-lama di situ. Dia rasakan seperti orang asing. Tidak tahu untuk mencelah, kekok dan tidak selesa.
“Eh, kan berat beg tu. Hasrul tolong hantarkan” arah Puan Rosni lagi. Hai, orang tua ni. Sengaja nak kendengkan anak dia dengan aku la tu.
“Tak apa. Yuyu, eh… Nissa boleh angkat sendiri” Nurul Nissa tergagap-gagap. Sejak bila dia ada penyakit gagap ni? Dalam hati dah berdebar la tu.
“I tolong hantar. Jom” Hasrul pantas berdiri dan capai beg dari tangan Nurul Nissa. Dia sudah menuju ke tangga. Dia berhenti sekejap menoleh kepada Nurul Nissa yang masih kaku berdiri. Hai, Nissa. Riak tidak selesa jelas di wajahnya. Tapi Hasrul tidak ambil peduli itu semua. Dia perlu bertindak untuk jernihkan keadaan.
Nurul Nissa terpaksa akur sekali lagi. Dia malas nak melawan, membantah dan bergaduh. Penat dia melayan semua orang. Letih dia menjaga hati semua orang. Hati dia, perasaan dia tak ada siapa pun yang peduli. Dia menangis, dia sedih, dia kecewa, dia terluka, dia marah, dia benci. Semua sendirian. Tak ada siapa pun yang tahu dan ambil tahu. Semua sendirian. Dia rasa terasing. Dia rasa terpencil.
“Look, Nissa. I’m sorry what I done before. Please, forgive me” Hasrul berdiri di depan Nurul Nissa. Dia cuba capai tangan tapi Nurul Nissa mengelak.
“You turun dulu. I nak ke bilik I sekejap” Nissa terus meninggalkan Hasrul terkontang-kanting di depan bilik Mommynya.
“Nissa, pandang mata I. I tak tahu macam mana lagi cara untuk dapatkan kemaafan dari you. Tolong maafkan I” Hasrul merayu. Dia melutut depan Nurul Nissa. Jika itu harga yang terpaksa dia bayar. Dia sanggup rendahkan martabat dia.
“Bangun. Jangan macam ni. Apa kata Mommy you tengok nanti” Nurul Nissa dah gelabah dengan tindakan Hasrul.
“I tak akan bangun selagi tidak ada kata maaf dari you” Hasrul terus melutut. Kepalanya didongak mencari mata Nurul Nissa.
“Bangun dulu” Nurul Nissa mula panic. Dia tarik-tarik baju t-shirt Hasrul.
“No, I tak akan bangun. I perlukan kemaafkan dari you” Hasrul masih berkeras. Dia perlukan kemaafkan dari Nurul Nissa sekarang juga. Barulah lega hatinya.
“Suka hatilah. Malas nak layan” Nurul Nissa terus ke biliknya. Panas hati dia dengan Hasrul ni. Mana nak layan permintaan Mommy, mana nak layan perangai boss dia ni?
“Nurul Nissa. I tahu I banyak buat salah. Banyak buat you marah, sakit hati, sedih. Tapi percayalah, I tak ada niat. I really love you”  Hasrul masih melutut. Matanya tajam menikam mata Nurul Nissa. Mencari sinar cinta di sebalik mata itu.
“Boss, saya dah maafkan boss. Tolong bangun dan sila ke depan. Nanti apa kata Mommy dan Puan Rosni” Nurul Nissa memeluk tubuh sambil bertentang mata dengan Hasrul. Ada getaran halus dia rasakan. Dia senang dengan perasaan ini. Adakah ini dinamakan cinta? Perasaan cinta antara dua hati, dua jiwa?
“Nurul Nissa binti Ahmad Faizul Iskandar. Do you marry me?” Hasrul masih melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin. Matanya masih setia menjamah wajah Nurul Nissa. Satu pandangan lembut menusuk kalbu.
“Boss, tolong jangan buat macam ni” Nurul Nissa menggeleng kepala beberapa kali. Dia enggan percaya. Enggan terima bahawa cadangan Mommy supaya dia bernikah dengan bossnya semakin hampir. Nampaknya dia tidak dapat mengelak lagi.
“Nissa, please” Hasrul merayu. Mukanya penuh mengharap.
“Kita bincang kemudian. I perlukan masa” akhirnya Nurul Nissa terpaksa mengalah.
“Simpan cincin ini. I tunggu jawapan dari you” Hasrul menghulur cincin kepada Nurul Nissa. Dia masih setia melutut seperti tadi. Nurul Nissa geleng kepala enggan terima cincin yang di hulurkan. Dia tidak layak. Tidak bersedia.
“Please” Hasrul enggan mengalah. Dengan berat hati Nurul Nissa terpaksa mengalah sekali lagi. Ya Allah, jika ini jodoh ku, maka Engkau permudahkan penyatuan kami berdua. Amin. Doa Nurul Nissa dalam hati.
Hasrul cuba berdiri, tapi kakinya kebas kerana melutut terlalu lama. Dia terduduk kembali. Kaki dia luruskan. Tak tahan kebas kakinya. Mukanya berkerut-kerut menahan kaki kebas. Dia masih duduk untuk meredakan kebas. Nurul Nissa terkaku melihat keadaan Hasrul dalam kepayahan. Dia tunduk dan papah Hasrul ke sofa di ruang menonton. Masing-masing masih diam membisu. Cincin di tangan Nurul Nissa masih kukuh dalam gengaman. Dia bermain-main dengan cincin itu. Cantik, berlian permata satu dan berbentuk hati. Simple tapi sangat menarik untuk dipandang. Tak jemu bila dia memandang dan berkali-kali dia pandang cincin di tangannya.
“I dah ok. Thanks” Hasrul memecahkan suasana sepi. Dia menjeling Nurul Nissa dari ekor mata. Rindu untuk menatap seraut wajah ini. Rasa lapang dadanya. Nurul Nissa senyum segaris. Kemudian dia tunduk enggan bertentang mata.
“I really miss you” Hasrul membisikan kata hatinya. Dia meronta-ronta untuk memeluk Nurul Nissa. Tapi dia melawan nafsunya. Bimbang Nurul Nissa merajuk. Dia tak nak keruhkan keadaan. Dia perlu pulihkan hubungan ini. Nurul Nissa tidak beriak. Masih seperti tadi. Tidak ada perasaan yang beriak di raut wajah itu. Tenang dan bersahaja.
“Boss turun dulu. Nanti saya menyusul. Saya nak ke bilik sekejap. Nak hantar beg saya ni” Nurul Nissa berdiri dan terus melangkah ke biliknya. Ada debar di dada. Sebab itu dia enggan berlama-lama duduk bersama Hasrul. Bimbang aka nada aksi yang tidak sepatutnya.
Nurul Nissa masuk ke dalam bilik. Dia duduk di birai katil. Tangan di lakapkan ke dadanya. Terasa getarannya. Debarannya masih terasa. Sakit menghimpit dadanya. Tapi perasaan ini amat indah. Bersatu dalam nadi, system saraf, jantung, hati, darah dan semua.
Dia solat Asar sebelum dia kembali turun. Jika ikutkan hati dia mahu berehat di bilik. Dia penat sepanjang seminggu ini. Bergegas pulang dari Janda Baik, kemudian dia menunggu Mommy di hospital. Dia menghayungkan langkah ke ruang tamu utama. Kelihatan Mommy dan Puan Rosni berbual-bual. Sesekali mereka bergelak tawa. Dia mencari-cari kelibat Hasrul yang tidak kelihatan.
“Mom, Pn Rosni. Maaf lambat turun. Tadi Nissa solat Asar” Nurul Nissa memulakan bicara. Takkan nak duduk diam bisu je kan?
“Mom belum solat lagi. You nak solat jom” Puan Malissa mengajak sahabatnya.
“Yuyu, cuba tanya Hasrul dia nak solat tak. Ajak dia masuk” Puan Malissa memberi arahan lagi. Nurul Nissa sekadar mengangguk kepala. Akur dengan arahan Mommynya.
Dia keluar mencari Hasrul. Kelihatan dia duduk di atas buyaian. Tanpa berlengah dia terus mengatur langkah. Mommy dan Puan Rosni hilang ke dalam bilik Mommy mungkin.
“Boss nak solat Asar?” Nurul Nissa berdiri di sebelah Hasrul.
“Emm…” dia terus berdiri.
“Solat dalam bilik tetamu. Nanti saya ambilkan kain dan sejadah” Nurul Nissa pantas melangkah masuk ke dalam rumah.
“Yuyu, ambilkan towel. Bagi Hasrul pinjam baju Yuyu. Nanti kita makan malam sekali” Puan Malissa menghulurkan towel yang ada di tangannya. Erk? Pinjam baju? Makan malam? Ah sudah. Nampak gayanya lama lagi la dia orang kat sini.
“Mom…”
“Yuyu” Puan Malissa geleng kepala. Isyarat dia tak mahu Nurul Nissa bersoal jawab. Nak tak nak terpaksa juga dia akur dengan arahan Puan Malissa. Nurul Nissa letak sehelai baju t dan seluar miliknya. Towel dan sejadah dia sertakan sekali. Pandai-pandai dia la nak sesuaikan diri sendiri. Takkan tak tahu nak buat apa. semua aku nak kena layan. Dia siapa? Huh! Dia melangkah ke ruang dapur. Bukan nak menolong tapi nak kacau orang buat kerja. Hehe…
Mak Munah lincah di dapaur. Entah apa yang dia masak. Bau macam asam pedas. Bau kangkung belacan. Macam bau ayam masak merah. Sayur campur. Ulam. Sambal belacan. Wah, semua aku suka. Mak Munah memang terbaik dari ladang. Eh, salah. Mak Munah terbaik dari dapur. Tak sabar nak makan ni. Best-best! Cam nak lompat bintang sambil bersorak hip… hip… hurray. Tapi tak boleh, control. Karang Puan Rosni dengan anak teruna dia cakap aku gila. Tak pasal-pasal dia orang angkut aku ke Tanjung Rambutan. Tak sanggup aku!
“Mak” aku peluk pinggan Mak Munah diri belakang. Dagu aku letak atas bahu Mak Munah. Gaya nak membodek. Nak minta try lauk tu. Macam biasa aku jadi quality control. Lepas tak lepas kena dengar komen aku dulu. Tapi sebenarnya aku main hentam je. Semua aku bantai. Sedap tak sedap lain cerita. Kurang masin ke, terlebih masin ke, manis ke, masam ke. Aku bantai je. Semua aku sapu bersih. Hehe…
“Duduk sana. Rimas Mak” Mak Munah tepuk tangan Nurul Nissa yang melingkar di pinggan dia. Manja!
“Maaakkk” dia sengaja panggil Mak Munah dengan suara yang lemak merdu.
“Apa?” Mak Munah tahan senyum di bibir. Sengaja buat-buat tak faham. Melayan Nurul Nissa buat hidup dia ceria sentiasa. Seminggu dia tak ada kat rumah ni buat hidup dia dengan Puan Malissa sunyi.
“Nak” dia nganga mulut supaya Mak Munah suap dia. Nak manja-manja. Ke mengada-ngada Nurul Nissa oit. Dah besar panjang pun nak minta suap bagai.
“Tangan ada buat apa? Makan sendiri” sindir Hasrul. Dah lama dia perhati gelagat Nurul Nissa. Manja yang amat.
“Sibuk je dia kenapa tah. Orang bukan minta dia yang suapkan kita. Orang minta Mak yang suapkan” Nurul Nissa cebik bibir bawah dia, mata dia jeling ke atas. Meluat. Menyampah.
“Memang tak lah kalau I yang nak suapkan. Dah tua Bangka nak minta orang suap-suap” Hasrul angkat kening dengan Mak Munah. Sengaja bakar Nurul Nissa. Dia tak ada geng. Haha…
“Tak nak sudah. Orang pun tak hingin. Huh!” Nurul Nissa hentak kaki sebelum dia keluar dari ruang dapur. Ke mana lagi tempat yang dia tuju kalau bukan dalam bilik.
“Nurul Nissa” Puan Malissa menegur perangai anak tunggalnya. Tak habis-habis dengan merajuknya. Ada saja yang dia nak jadikan isu. Nurul Nissa tidak endahkan panggilan Mommynya. Dia terus mendaki tangga untuk ke bilik. Panas hati betul.
“Nissa, jom solat sama” panggil Mommy. Pintu bilik di ketuk dua tiga kali. Masih tidak ada sahutan. Puan Malissa pulas tombol dan melangkah masuk. Bunyi air di bilik mandi menandakan Nurul Nissa sedang mandi. Dia duduk di atas katil. Melihat keadaan sekeliling bilik anak gadisnya. Kemas dan teratur.
“Solat sama” Puan Malissa terus melangkah keluar dari bilik Nurul Nissa.
“Cepat siap” Puan Malissa memberi arahan bila melihat Nurul Nissa masih berdiri kaku.
Nurul Nissa pantas kenakan baju tidur dan pakai telekung. Kemudian dia berlari ke bilik solat. Saat kaki dia cecah bilik solat. Kedengaran suara syahdu iqamad. Hasrul berdiri di depan mengepalai kami selaku imam untuk solat maghrib kami. Terasa menusuk kalbu suarah lazim yang didendangkan olehnya. Tenang dan kusyuk sekali. Selesai kami solat maghrib. Dia pusing mengadap kami. Mata kami sempat beradu seketika. Sebelum Puan Rosni memberi surah yassin. Kami baca surah yassin sementara tunggu isyak. Alhamdulillah. Kami sempurnakan bacaan yassin disusuli dengan solat isyak. Usai solat isyak dia tunduk mencium tangan kemudian kucup dahi Puan Rosni. Indahnya permandangan yang aku sedang saksikan sekarang ni. Kasih anak kepada ibunya. Tangan Mommy dia cium hormat. Kemudian tangan Mak Munah. Tiba giliran aku dia hanya meletakkan tapak tangan dia di atas kepala aku yang masih beralas dengan telekung sembahyang. Saat tu aku rasakan satu sentuhan yang maha hebat. Bergetar jantung aku saat menerima sentuhan itu. Terus menusuk ke jantung.
Saat mata mereka beradu, satu perasaan yang aneh mengalir ke dalam nadi mereka. Nurul Nissa dapat rasakan gataran yang hebat. Tapi getaran ini menyenangkan. Terasa senang sekali. Bahasa mata antara mereka sukar untuk di mengertikan. Sinaran mata Hasrul gambarkan dia yang dia benar-benar cintakan Nurul Nissa.
Mommy dan Puan Rosni bersama-salaman. Bereka tersenyum melihat kedua-dua anak mereka. Dalam hati mereka berdoa supaya mereka dapat bersatu sebagai suami isteri yang sah. Impian mereka untuk satukan anak-anak mereka amat besar. Harapan mereka amat tinggi.

ITU JANJI 19


Hasrul terpaksa juga kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Nurul Nissa di Janda Baik. Berat hati dia nak meninggalkan Nurul Nissa. Tuntutan kerja memaksa dia kembali. Mommy sudah bising. Dia tinggal kerja, tinggal meeting penting sebab ke sana semata-mata nak memujuk Nurul Nissa. Gayanya dia gagal pujuk gadis itu. Hai, apa nak jadi dengan nasib dia ni? Dia mengeluh entah ke berapa kali.
“Hasrul, kamu ni kenapa? Dari tadi Mom tengok duduk termenung sana, termenung sini. Dalam bilik meeting tadi kamu boleh melamun entah ke mana. Susah hati Mom macam ni. Macam mana kamu nak handle projek kalau diri kamu sendiri pun kamu tak boleh nak handle?” Pn Rosni dah mula membebel.
“Mom, please don’t start” dia meraup muka dua tiga kali. Kusut dengan masalah dia dengan Nurul Nissa. Masalah projek lagi. Ni tambah dengan masalah Mommy. Sakit kepala dia.
“Bila Mom cakap tak nak dengar. Buat kepala sendiri. Tak ada masalah cari masalah” Pn Rosni membebel-bebel. Geram dia melihat anak lelaki tunggalnya itu. Masalah dengan Nurul Nissa pun tak selesai-selesai lagi. Geram betul.
“Mom, please” dia pandang wajah Mommy dengan pandangan sayu. Hati dia rungsing memikirkan Nurul Nissa. Masalah tender tidak begitu rumit. Ramai staff yang sedia membantu. Tapi masalah Nurul Nissa dia pun tak tahu siapa yang boleh menolongnya.
“Mom bukan nak campur tangan dalam masalah kamu berdua. Tapi kalau di biarkan makin jauh Nurul Nissa nanti” Pn Rosni menepuk bahu kiri anak tunggalnya. Dia geleng kepala melihat keadaan anaknya itu. Kusut masai. Bab kerja dia puji kebolehan anaknya itu. Tapi masuk bab hati dan perasaan memang dia tak boleh nak handle. Totally out!
“Mom, why not you try force. She never refuse when Mom ask her to do something. Am I right? Please Mom” dia merayu. Memang tak ada jalan lain selain menggunakan kuasa Mommy dia.
“No way” Pn Rosni enggan campur tangan dalam hal mereka. Biar dia ajar anak dia ni. Supaya lebih menghormati perempuan. Ilmu agama sudah cukup dia berikan. Entah di mana silapnya dia pun tak tahu.
“Mom, nak menantu tak ni?” nada ugut sambil jeling Mommy.
“Eh, mesti la nak. Tapi Mom tak nak tolong” Pn Rosni terus keluar dari bilik anak bujangnya itu. Bimbang jika berlama-lama hati dia jadi lembut.
“Mom!” dia membentak. Geram dengan Mommy dia. Langsung tak nak bantu. Arghhh… Pn Rosni tersenyum sendiri. Biar Hasrul usaha. Ingat senang nak nikah kahwin ni. Pandai sangat cari pasal. Tak sabar-sabar. Gelojoh sangat. Melepas baru padan muka!
“Lissa, you tahu anak I bukan main susah hati lagi tu. Kesian pula I tengok. Nissa macam mana?” Pn Rosni mula buka cerita. Minum petang bersama sahabat baik dia.
“Budak-budak muda. Biarkan dia orang. Kita tunggu dan lihat. Nissa macam tu la. Tak nak balik sini. Duduk bertapa kat Janda Baik tu. Geram betul!” Pn Malissa pula mengadu perangai anak daranya.
“Sorang kepala angin, sorang lagi kepala batu. Langsung tak nak bertolak ansur. Apa nak jadi dengan anak-anak kita ni?” soal Pn Rosni. Dia mengeluh fikirkan anak bujang yang panas baran. Kepala angin. Suka sangat melenting. Langsung tak boleh kawal panas baran. Nurul Nissa pun sama. Degil! Hai, susah.
“I rasa kita kena buat sesuatu. Anak I tu, degil. Ikut kepala sendiri je. Buka nak fikir orang lain” Pn Malissa memberi cadangan. Memang perlu mereka campur tangan.
“You ada idea?” Pn Rosni letak cawan. Memberi sepenuh perhatian kepada Pn Malissa.
“Apa kata, bla... bla… bla…” strategy diatur. Mereka mula merancang. Demi anak mereka. Harapan mereka supaya anak-anak bersatu sebagai suami isteri. Kedua-dua mereka tersenyum penuh makna.
Hasrul resah gelisah. Telifon tidak berjawab. Message tidak berbalas. Nurul Nissa benar-benar merajuk. Sudah seminggu dia di sana. Dia tidak endah langsung dengan arahan supaya dia masuk bekerja. Langsung tak takut! Dah macam-macam ugutan dia buat. Cara memujuk tak jalan. Tapi nampak gaya ugut pun tak jalan. Punya keras kepala orang bernama Nurul Nissa. Dia sengaja nak menguji kesabaran dan iman ke ni?
“Cik Nissa, Pn Malissa masuk hospital” Mak … sampaikan berlari-lari keluar menuju ke taman. Nurul Nissa sedang berbaring atas Gazebo kayu.
“Hah! Bila? Kenapa? Oh my goodness!” dia bingkas bangun. Terkejut. Mula dia cakap lintang pukan. Risau sungguh dia. Seminggu dia tinggalkan rumah. Bila Mommy pujuk supaya dia pulang, dia langsung buat tak tahu. Sekarang apa dah jadi? Tidak! Katakan tidak!
“Mak … saya balik sekarang” Nurul Nissa berlari ke bilik, kunci kereta dan handbag dia capai dan pantas membolos ke dalam kereta. Dia pecut selaju mungkin. Risau sungguh dengan keadaan Mommy. Menyesal pula meninggalkan Mommy sendirian di rumah.
“Mommy…” Nurul Nissa peluk dan cium dahi, kedua-dua belah pipi kiri dan kanan. Sedih dan pilu bila melihat keadaan Mommy terbaring lesu.
“Yuyu minta ampun. Yuyu minta maaf. Mommy cepat sembuh. Jangan buat Yuyu risau” tak dapat dia bendung lagi air mata dari mengalir. Sungguh dia risaukan keadaan kesihatan Mommynya.
“Nurul Nissa, anak Mommy dah lama sampai?” Puan Malissa belai pipi anak kesayangannya. Menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi gebu anaknya itu.
“Mommy, Yuyu minta ampun dan maaf” Nurul Nissa capai tangan Mommynya dan mengucup syahdu. Semakin lebat air matanya.
“Sayang, jangan nangis. Mommy ok” Puan Malissa belai rambut anak gadisnya. Dia senyum segaris.
“Yuyu janji dengan Mom. Yuyu tak tinggal Mom lagi. Yuyu janji” Nurul Nissa menangis tersedu-sedu. Menyesal dengan tindakannya itu.
“Sudah-sudah. Mommy dah ok. Jangan risau. Tak nak sedih-sedih macam ni” Puan Malissa cubit pipi Nurul Nissa. Kesian pula melihat anak gadisnya menangis beria-ria. Manja!
“Mom, Yuyu sayang Mom. Jangan tinggalkan Yuyu” Nurul Nissa menangis mendayu-dayu. Sesak dadanya. Bagai nak pecah dada menanggung risau.
“Mana ada Mom tinggal Yuyu? Yuyu yang tinggalkan Mom” Puan Malissa sangkal ayat Nurul Nissa tadi. Sengaja mengusik anaknya itu.
“Mom, Yuyu minta ampun dan maaf. Yuyu silap. Yuyu salah sebab tinggal Mom sorang-sorang kat rumah” air mata yang mula kering kembali mengalir. Nurul Nissa sebak. Sedih. Pilu.
“Minta maaf ampun dan maaf tunggu raya la” Puan Malissa mengusik lagi.
“Mom, Yuyu menyesal tinggal Mom. Yuyu janji, Yuyu tak buat lagi. Sumpah” dia angkat tangan kanan gaya ikrar.
“Janji” tanya Puan Malissa.
“Janji” dia angguk kepala berkali-kali. Dah gaya ayam makan padi.
“Nak ikut cakap Mom” duga Puan Malissa lagi.
“Ya, Yuyu ikut semua Mom suruh. Yuyu janji asalkan Mom sihat” Nurul Nissa laju bersetuju. Tanpa fikir banyak.
“Betul ni? Jangan menyesal. Memang tak boleh tarik balik kalau dah janji” Puan Malissa sengaja bertanya untuk mendapat persetujuan anaknya.
“Yuyu tak menyesal. Asalkan Mom sihat” penuh yakin dia jawab. Tanpa ragu-ragu.
“Mom minta Yuyu kahwin dengan Hasrul” akhirnya Puan Malissa sampaikan hasrat hati dia dan Puan Rosni.
“Mom, no way! Yuyu sanggup buat apa saja, termasuk serahkan nyawa Yuyu untuk Mom. Tapi bukan kahwin dengan lelaki tu. No way Mom!” Nurul Nissa sudah berdiri. Dia mundar mandir di sisi katil Puan Malissa.
“Yuyu dah janji. Tadi Yuyu cakap akan tunaikan apa saja demi Mom. See, sekarang Yuyu dah berubah fikiran. Sudah lah, tinggalkan Mom. Biarkan Mom sorang-sorang. Nak mati ke nak hidup ke biarkan je Mom. Jangan ambik peduli lagi pasal Mom. Yuyu pergi lah” Puan Malissa mula memainkan peranan drama air mata.
“Mom, please. Jangan buat Yuyu macam ni” Nurul Nissa kembali duduk di sisi Puan Malissa. Dia cuba peluk Mommynya. Tapi di tepis oleh Puan Malissa. Sedih kembali bertandang. Dugaan apa yang sedang dia hadapi sekarang ni.
“Mom tak nak paksa. Yuyu pergi lah. Mom tahu jaga diri Mom” Puan Malissa pejam mata. Enggan bersoal jawab dengan Nurul Nissa lagi.
“Mom, look at me please” Nurul Nissa usap tangan Puan Malissa. Risau bila melihat rajuk Mommy dia ni.
“Pergi lah. Mom tak nak paksa. Itu je permintaan Mom. Kahwin dengan Hasrul. Kalau Yuyu tak dapat tunaikan, Mom tak nak paksa. Yuyu pergi lah. Jangan risaukan pasal Mom” Puan Malissa berkalih dan baring membelakangkan Nurul Nissa. Sebenarnya dia tak sampai hati melihat wajah anak gadisnya dalam keadaan tertekan begitu. Selama ni dia tidak pernah memaksa Nurul Nissa. Semua kehendak dan keinginannya akan dia cuba turuti. Tapi bila soal jodoh pertemuan dia terpaksa memaksa anaknya ini.
“Mom, please. Jangan buat Yuyu macam ni. Kalau Yuyu di beri pilihan. Yuyu rela beri nyawa Yuyu untuk Mom dari berkahwin dengan dia. Yuyu pohon supaya Mom faham keadaan Yuyu” Nurul Nissa teresak-esak menangis. Dia sedih, pedih, sakit. Dugaan apakah ini?
“Mom tak nak paksa. Yuyu dah buat keputusan. Semua terserah kepada Yuyu. Jika apa-apa berlaku kepada Mom, jangan sesekali Yuyu menyesal” Puan Malissa juga sedih bila mendengar rayuan anak kesayangannya ini.
“Mom, jangan cakap macam ni. Yuyu sayang Mom. Yuyu sanggup buat apa saja untuk Mom. Please jangan macam ni. Baiklah, Yuyu terima. Yuyu setuju. Yuyu harap Mom sihat. Yuyu tak sanggup tengok Mom macam ni. Yuyu tak rela Mom sakit sebab Yuyu” Nurul Nissa memeluk Puan Malissa. Air mata semakin lebat.
Hasrul di luar setia menjadi penonton terasa pilu. Tidak ada secebis kasih dan sayang Nurul Nissa kepada dirinya. Terasa jauh hati bila mendengar pengakuan Nurul Nissa. Sanggup memberi nyawa kepada Puan Malissa semata-mata untuk menolak perkahwinan mereka. Begitu sekali Nurul Nissa tidak sudi. Pedih hatinya. Cinta Nurul Nissa bukan untuknya. Dia melangkah meninggalkan bilik Puan Malissa dengan seribu perasaan. Kecewa, sedih, pilu, terluka, marah dan bermacam-macam perasaan.