“Mom, esok Nissa ingat nak pergi Janda Baik. Boleh tak?” tanya Nissa ketika bersarapan bersama Puan Lisa.
“Tak boleh. Nak buat apa kat sana ?” Puan Lisa malas melayan anak tunggalnya itu. Pasti ada saja rancangannya.
“Nissa nak gi juga. Hari ni Nissa gi sana ” nekad Nissa. Dia perlu mencari ketenangan. Lagi pun sudah lama dia tidak menjengguk kediaman keluarga mereka di sana . Sudah lama di tinggalkan.
“Buat apa kat sana ? Bukannya ada sape pun” bebel Puan Lisa. Sudah faham benar dengan pernagai anak tungglnya itu. Jika itu katanya, maka itu yang akan dia lakukan. Bukan dia tidak faham. Bukan dia tidak tahu. Sudah masak benar dengan perangai anak tunggalnya itu. Hanya Nissa zuria mereka. Hanya Nissa yang arwah tinggalkan. Harta yang amat bernilai itu.
“Nissa nak lepak-lepak. Tenangkan perasaan. Kalau Nissa sakit jiwa, jadi gila, tekanan perasaan cam mana. Mummy jugak yang susahkan?” Nissa mencipta alasan.
“Ala hai, besar sangat masalahnya ya. Kalahkan Perdana Menteri. Fikirkan masalah Negara. Selesaikan masalah rakyat” peril Puan Lisa.
“Hehehe… belum lagi Mom. Insyaallah Nissa jadi wakil rakyat” Nissa bergurau.
“Tapi Nissa nak pergi sana tau. Hari ni Nissa gi” Nissa masih dengan keputusannya. Dia nekad.
“Mummy ikut boleh” sengaja Puan Lisa menewarkan dirinya sendiri. Selebihnya dia bimbang keselamatan Nissa di sana . Maklum saja Nissa perempuan. Pasti dia risau keselamatan anak tunggalnya itu.
“Tak mau. Nanti Mom kacau ketenteraman Nissa kat sana ” Nissa nak menyendiri. Mencari ruang untuk dirinya sendirina.
“Eh, bertuah punya anak. Ada ke patut tak nak bagi Mom ikut?” bebel Puan Lisa. Geram sungguh dengan Nissa.
“Mom, bagi la peluang Nissa rehatkan diri. Tenangkan jiwa Nissa ni” pujuk Nissa manja. Dia cuba untuk membeli hati Mummnya. Mana tau, terjual.
“Nissa tau tak, rumah tu dah lama tak ada orang tinggal. Lagi pun, Nissa tu perempuan. Macam mana Mom tak risau” bebel Puan Lisa lagi.
“Eh, kan Pak Mat dengan Mak Senah ada?” Nissa cuba memujuk lagi. Pembantu rumah mereka ada di sana untuk menjaga rumah mereka.
‘Alamak, ya tak ya juga kan ’ Puan Lisa terlupa bahawa Pak Mat dan Mak Senah ada di sana . Menjaga kediaman mereka.
“Mom, don’t worry. I will be ok. Trust me” Nissa cuba meyakinkan Puan Lisa.
“Nissa. Promise me. After 1 week you came back here. Then go back to office” Puan Lisa memberi syarat. Meletakkan syarat kepada anaknya itu.
“Erkk… should I?” Nissa terperangkap dalam rancnagannya sendiri. Nak menarik diri sudah terlambat.
“No. You must be” jawab Puan Lisa tegas dan berlalu ke sinki untuk meletakkan pinggan dan cawan yang digunakan. Dia membiasakan diri dengan berbuat begitu. Walaupun mereka ada pembantu rumah. Namun, bagi Puan Lisa. Tidak salah untuk mengangkat sendiri pinggan dan gelas yang telah di gunakan. Dia mendidik Nissa supaya tidak manja dengan kemewahan yang mereka miliki.
“Mom” Nissa menghampiri Puan Lisa. Cuba untuk memujuk lagi. Jika di beri peluang, memang dia tidak sanggup untuk bekerja di sana lagi. Bekerja di bawah satu bumbung dengan Hasrul Khuzairi yang angkuh dan sombong itu.
“Kerja sana ” pintas Puan Lisa.
“No way” jawab Nissa.
“Yes way” jawab Puan Lisa selamba.
“No way” dia tak mahu mengalah.
“Yes” Puan Lisa bertegas.
“No… No… No” dia tekan suara dia berkali-kali. Marah benar.
“Yes, Yes, Yes” Puan Lisa tidak mahu mengalah. Berbalah mulut dengan anaknya. Geram betul hati melihat gelagat anaknya. Panas hati dengan sikap keras kepala Nurul Nissa. Ikut siapa tah.
“No” dia geleng kepala.
“Yes” Puan Lissa angguk kepala.
“No” Puan Lisa pasang perangakap.
“Yes” opos, dia terlepas cakap. Ades… kantoi.
“Mom!” bengang Nissa dengan Mommynya. Seperti memaksa dirinya sahaja.
“Nissa pergi dulu. If ada sape-sape tanya mana Nissa. Mummy cakap je Nissa tak ada sini. Nissa pergi jauh” sambil meranga-rawang tangannya gaya jauh sangat dia pergi.
“Sape nak tanya tah” Puan Lisa mencebik. Bukan dia tak tahu siapa yang Nissa maksudkan itu. Hasrul Khuzairi yang sering mencari Nissa. Memujuk supaya Nissa bekerja semula. Majikannya siapa lagi.
“Tak ada sape-sape la. Nissa pergi dulu” tangan Puan Lisa di kucup penuh hormat. Kemudian menghadiahkan ciuman kedua-dua belah pipi Mummynya. Tanda kasih dan sayangnya.
“Hati-hati” pesan Puan Lisa. Dia melambai-lambai tangan kepada anak kesayangannya itu. Anak itu tidak pernah menyusahkan dirinya. Nissa tidak pernah menimbulkan masalah. Mudah membesarkan Nissa. Walaupun kadang-kadang keras kepala, tapi Puan Lisa tahu. Faham benar dengan anaknya. Marahnya tak lama. Rajuknya tak panjang. Tidak simpan dalam hati. Tidak pernah menyimpan dendam dengan orang lain. Dia pandai bawa diri sendiri.
No comments:
Post a Comment