Monday, 17 December 2012

ITU JANJI 16


Selepas kejadian aku malu-malu kucing tu. Kami masing-masing busy. Aku dengan kerja aku yang tak pandai nak habis. Lepas satu-satu urgent cases yang aku terpaksa siapkan. Dengan tender yang aku kena study sebelum buat memo. Mana ada masa untuk aku dengan dia berpoya-poya. Time lunch pun aku selalu skip. Tapi dia selalu tolong beli untuk aku. Wah, very understanding boss aku tu. Dan keadaan ni sedikit sebanyak mengurangkan rasa malu aku dekat dia. Tapi jujur aku rindu dengan dia. Aku tengok dia, dia tengok aku dari jauh. Memang kami tak ada masa langsung seperti selalu. Sebab minggu ni banyak kerja kena siapkan. Sabarlah duhai hati. Seminggu ni je kalau nak busy pun. Lepas ni aku harap semua berjalan seperti biasa.
Sepupu aku call aku. Dia minta aku jumpa dia sekejap kat lobby office. Sebenarnya aku keberatan untuk turun bawah. Walaupun time lunch. Tapi aku betul-betul banyak kerja. Kekangan kerja memang memaksa aku untuk memberi komitment sepenuhnya. Setelah dia memujuk akhirnya aku turun ke lobby office. Jumpa sekejap tak jadi masalah. Boleh juga aku hilangkan stress. Asyik mengadap kerja je. Hehe…
Aku salam dengan Abang Lokman seperti selalu. Dia tarik aku dan peluk aku seperti selalu. Gaya kami masa zaman kanak-kanak. Dan aku rasa benda macam tu dah tak sesuai. Sebab aku dan dia dan besar. Masing-masing dah dewasa untuk melakukan perbuatan seperti tu. Jika dengan muhrim mungkin aku tak keberatan. Tapi dia selaku abang sepupu dan dia masih sah nikah. Batal air sembahyang kot. Hai, Abang Lokman. Kalau orang lain nampak bukan ke boleh menimbulkan fitnah. Bahaya!
Ini rupa Abang Lokman. Merangkap sepupu Nurul Nissa. handsome orangnya. hehe... 
Ada apa nak jumpa Yuyu?” aku bertanya mesra. Malah aku guna ganti nama Yuyu sebagai panggilan manja aku di kalangan keluarga.
“Abang nak jumpa Yuyu punya susah. Kalah nak jumpa Perdana Menteri. Dah la Abang baru balik. Bila dah mula kerja lagi susah nak jumpa. Yuyu dah makan? Jom Abang belanja” dia merungut-rungut sebab susah bertemu aku. Memang benar, dah seminggu dia dapat tahu Abang Lokman balik ke Malaysia. Itu pun Mommy yang bagitahu. Ikutkan dia, memang sejak seminggu ni hidup dia tak berapa nak terurus. Mana ada masa nak ambil tahu benda remeh macam ni. Tambahan pula Abang Lokman balik Malaysia selepas 10 tahun menetap di Dubai. Katanya kerja Planta Minyak. Wah, mesti banyak duit dia kan? Hehe…
“Minggu ni Yuyu busy sangat-sangat. Project baru tengah running. So, Yuyu kena prepared apa yang perlu. Lain kali kita keluar ya. I promise, I swear” aku angkat tangan kanan aku gaya orang sedang bersumpah. Senyum aku tak lupa untuk menambah perisa. Manis! Hehe…
“Yuyu nakal macam dulu jugak. Macam budak-budak. Dah layak jadi mak orang pun perangai tak ubah-ubah” dia cubit pipi kiri aku. Kemudian dia gosok kepala aku dua tiga kali. Macam selalu dia buat dulu. Masih layan aku macam budak-budak. Maklum saja aku manja sebab tak ada kakak, tak ada abang, apa lagi adik. Jadi dia tempat aku menumpang manja. Dia abang, dia kakak yang selalu melindungi aku.
“Abang, Yuyu kena naik dulu. Lain kali kata sembang ya” aku minta diri. Seperti biasa aku salam tangan dia dan tunduk kucup jari dia. Lepas tu dia peluk aku sebelum dia gosok kepala aku dua tiga kali. Aku tahu dia sayang aku dan aku sayang dia. Sayang aku untuk dia sebagai adik dan abang. Tak lebih dari itu.
Aku naik dan terus sambung kerja. Memang aku rasa nak gila mengadap kerja yang sama. Tiap-tiap hari kena buat benda yang sama. Kalau boleh aku nak cepat-cepat habiskan projek ni. Dah tak sanggup dah aku nak hadap benda ni. Seminggu hidup aku tunggang langgang sebab projek ni. Kalau cepat siapkan baru aku rasa aman dan damai. Tengah aku asyik membaca laporan dalam file, boss panggil aku masuk bilik dia. Ala, tak boleh tengok aku senang sikit. Dalam masa seminggu ni kali pertama dia kacau hidup aku. Aku rasa ada benda penting kot.
“What the hell going on? You give such a stupid thing. Then you aspect me to fine out this. Next time do your work properly. Jangan dok dating je” dia hempas file depan aku. Terkejut aku dengan suara dia tu. Dah lama aku tak tengok dia marah macam ni. Masa awal-awal dulu aku selalu la tengok muka dia marah-marah. Tapi dah lama dah dia buang perangai tak elok dia tu. Tapi hari ni perangai dia tu datang balik. Apa kesalahan aku dah buat sampai dia naik angin macam ni. Dan apa kena mengana kerja aku dengan dating yang dia cakap tadi? Dia nampak ke aku dengan Abang Lokman kat lobby office tadi? Ah, sudah.
“Sorry boss. Saya ada buat salah ke? Report yang mana satu?” aku beranikan diri. Bukan apa, dia tengah marah. Takkan aku nak lawan juga. So, baik aku layankan saja. Jangan melawan.
“Jangan nak pura-pura tak tahu. Nurul Nissa, kalau you nak kerja. Better you do your work. Jangan menyusahkan hidup I” dia membebel lagi. Muka dah naik merah dah. Marah betul dengan aku ni. Kesalahan apa yang aku dah lakukan sampai dia naik angin macam ni sekali. Ah sudah. Aku nak buat apa ni? Pengsan aci tak? Ishkkk… macam tak ada modal lain je. Sob… sob… sedih ni.
“Boss, kalau saya ada buat silap saya minta maaf. Tolong bagi tahu saya apa yang saya dah buat?” dah nak pecah dah dada sebab menahan getaran. Mesti kesalahan besar. Maklum saja, minggu ni dia betul-betul banyak kerja. Bukan satu dua. Tapi lebih dari 10 tender yang ada atas meja. Mungkin dia tersalah buat memo dan review. Mungkin juga dia ada melakukan kesalahan ejaan atau apa? Cuba cakap, bagi tahu supaya dia boleh baiki. Ini tak tahunya nak marah je. Mengamuk tak ingat dunia. Bukan ke setiap kesalahan kita boleh betulkan balik.
“Maaf. Maaf. Maaf. Itu saja yang you tahu. Listen to me Nurul Nissa. Let’s finish it” dia tarik aku dan cium bibir aku rakus. Sepantas kilat. Aku langsung tak jangka dia akan buat macam tu dekat aku. Sungguh boss aku sudah melampau.
“Stop it” aku tolak dia sekuat hati. Tangan aku melayang ke pipi dia. Memang boss aku sudah melampau. Atas kesalahan apa yang aku buat sampai aku kena tanggung dengan badan aku sebagai galang gantinya. Dia fikir aku perempuan murah sehingga boleh di bawa ke bilik-bilik hotel untuk puaskan nafsu dia?
“Wah, bukan main lagi kalau dengan I. tapi dengan jantan tadi boleh pulak berpeluk-peluk. Depan staff I pula tu. Semua orang nampak Nurul Nissa. I buat dalam bilik I. Tak ada siapa yang nampak. Kenapa? You tak suka. You nak lebih dari tu? I boleh buat kalau you nak” dia semakin berani menapak ke arah aku. Mata dia penuh dengan amarah. Merah seperti orang mabuk. Hilang akal. Hanya nafsu mengusai diri saat ini. Air mata aku mengalir deras. Begitu rendah dia meletakkan maruah diri aku. Serendah di tapak kakinya. Sehingga dia memijak-mijak maruah dan harga diri aku. Sampai hati. Aku berundur ke belakang, bersedia untuk keluar dari bilik dia. Aku takut sesuatu yang tidak diingini berlaku.
“Mana you nak lari. I belum selesai dengan you” dia tarik aku. Melayang badan aku ke dalam pelukannya. Deruan nafas dia tidak teratur. Seperti sukar untuk bernafas. Tangan dia pantas menekan kunci bilik. Sekarang aku berada dalam keadaan bahaya. Maruah diri aku dalam pertaruhan. Untuk berdepan dengan orang tidak berfikiran waras seperti boss aku sekarang amat sukar. Untuk aku menyerah kalah tidak sesekali. Akan aku pertahankan maruah dan harga diri aku. Bukan untuk dia dan bukan untuk sesiapa. Hanya untuk suami aku selayaknya. Aku akan pelihara dengan nyawa aku sendiri.
Dia rakus mencium bibir aku. Langsung dia tidak hiraukan air mata aku yang jatuh ke pipi. Rontaan aku semakin lemah. Aku tak berdaya untuk melawan kudrat dia. Apa lagi yang mampu aku lakukan. Hanya berdoa kepada yang Esa. Diharap kembalikan fikiran boss aku. Supaya dia kembali waras. Dapat menilai perbuatan yang sedang dia lakukan ini.
“Allah” perkataan yang aku keluarkan sebelum dunia aku gelap gelita. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Sungguh aku tidak berdaya untuk melawan dia.
“Nurul Nissa. Can you hear me?” panggil satu suara. Sayup-sayup di telinga aku. Aku buka mata. Kelam. Gelap. Berbalam-balam. Imej di depan aku juga tidak berapa jelas. Suara itu sayup di telinga aku. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Badan aku ringan melayan. Seolah-olah sedang terbang. Selebihnya aku langsung tidak ingat apa-apa.
“Doctor, can you explain why she look like this? Anything wrong?” boss bertanya bertubi-tubi kepada doctor yang merawat.
“Don’t worry. She needs some rest. She looks stress. Maybe you should give her leave. Release tension, went to vacation. Relax. Spend time together. Try to understand each other. Do not push her. You maybe make she stress” doctor merawat memberi sedikit nasihata. Dia melihat muka mereka bersilih ganti. Muka pucat perempuan itu di renung simpati. Melihat muka cemas lelaki membuat dia tertanya-tanya apa hubungan mereka berdua. Sejak dari tadi tangan si lelaki tidak melepaskan tangan si perempuan. Sebelah tangan lagi membelai rambut si perempuan yang sedang baring di atas sofa dalam biliknya. Walaupun mereka bercakap, tetapi lelaki tidak kalihkan pandangan ke tempat lain. Hanya merenung wajah yang sedang berbaring lesu. Mukanya juga kelihatan keruh. Menanggung beban. Risau melihat keadaan kekasih hati mungkin. Untuk bertanya lebih lanjut dia tidak berani.
“Your wife?” terlepas juga soalan yang berlegar dalam kepala dia. Bukan nak busy body. Tapi untuk bercakap lebih lanjut. Mana tahu ada maklumat yang dia perolehi nanti.
“Soon” dia balas sepatah. Riak muka dia menunjukkan dia tidak berapa selesa dengan pertanyaan doctor separuh abad itu. Walaupun dia doctor peribadi keluarga mereka. Itu tidak bermakna dia boleh ambil tahu secara details. Dia tidak selesa berkongsi. Tapi fikirkan keadaan Nurul Nissa yang tiba-tiba pengsang membuatkan separuh nyawanya melayang sama. Tanpa berfikir panjang dia terus menghubungi doctor keluarga mereka.
“Don’t worry. She will be ok. But need send her to my hospital. We need proper check. Weather her have serious ill or not. Make sure by today. Ok then. Bye” doctor berjabat tangan dan menepuk bahu lelaki muda itu sebelum keluar dari bilik.
Dia kembali duduk. Menatap wajah pucat yang sedang baring atas sofa dalam biliknya. Suhu penghawa dingin dia naikkan sedikit. Memegang jari Nurul Nissa dengan penuh pengharapan supaya wanita itu bangun segera. Sungguh dia risau melihat keadaan dia begitu. Dia membuka blazer dan letakkan di atas dada Nurul Nissa. Supaya lebih hangat. Jam di tangan dikerling. Baru menujukkan pukul 3 petang. Masih ada 2 jam untuk pulang.
Melihat kerja bertimbun di atas meja. Memang dia banyak kerja yang perlu dia selesaikan. Tapi hati dia, semangatnya hilang entah ke mana. Hanya Nurul Nissa yang dia fikirkan saat ini. Rasa menyesal apa yang dia lakukan ke atas Nurul Nissa. Mungkin dia terlebih cemburu. Ya, dia memang cemburu bila melihat lelaki lain memeluk dan membelai kepala Nurul Nissa. Tambahan pula Nurul Nissa bersalam dan tunduk mencium tangan lelaki itu. Lagak suami isteri. Di depan kalayak ramai. Staff memandang dan berbisik-bisik sesama mereka. Membuat hati dia bertambah panas. Sedangkan dia dilarang sama sekali untuk melakukan perbuatan melebihi batas. Tapi lelaki tadi benar-benar mencabar dia. Tanpa berfikir panjang dia memaksa Nurul Nissa. Dan akhirnya gadis ini terbaring kaku, diam membisu. Apa sudah jadi dengan dia? Kenapa dia sanggup bertindak biadap terhadap Nurul Nissa. Ya Allah.  
Dia sandarkan kepala di atas sofa dan terus terlena sama. Ingin merehatkan diri. Tangan Nurul Nissa masih digenggam erat. Enggan melepaskan darinya. Sungguh dia sayang dan cintakan gadis ini. Sepenuh hati, tidak bersyarat. Dia yakin kini. Kasih dan cintanya hanya untuk Nurul Nissa. Kerana dia hanya miliki insan yang bernama Nurul Nissa. Menemani sepanjang hayatnya dan kasih sehingga ke syurga Insyaallah.
Nurul Nissa terasa ngilu ulu hati. Lapar perutnya. Memang dari pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Tambahan pula selera makannya hilang sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan segera. Dia buka mata. Bestnya tidur. Menggeliat seperti bayi baru bangun dari tidur. Tapi bila mata dia terbuka. Baru dia perasan keadaan jauh berbeza, bukan dalam bilik tidur dia di rumah. Dia duduk atas sofa. Kot yang melekat di dadanya jatuh merurut ke kaki. Dia capai dan letak di sisi. Dia melihat boss sedang tidur dalam keadaan duduk. Tak semena peristiwa tadi terlintas di fikirannya. Terus dia bangun dan menapak keluar.
Tenang Nissa. Tak ada apa yang berlaku. Kau masih lengkap berpakain. Masih ok. Dia tak buat apa-apa yang tak elok. Anggap ini satu mimpi. Tidak ada apa yang berlaku. Nurul Nissa terus menapak keluar menuju ke kereta dan memandu pulang. Sampai di depan pagar rumah. Dia berhenti. Membelok dan keluar dari kawasan perumahan mereka. Dia belum bersedia untuk balik ke rumah. Dia perlukan sedikit ruang untuk bertenang.
Akhirnya dia sampai di Janda Baik. Di sini dia tenang, di sini dia rasa selamat. Dan di sini dia rasa lapang. Rumah ini, tempat ini. Segala-galanya di sini. Hidup dia lebih selesa bila berada di sini. Ya, hanya di sini tempat yang dia ingin singgah. Biar jauh dari kesibukan kota. Biarpun jauh dari pembangunan. Meskipun tiada apa yang ada di sini. Tapi di sini juga dia jejaki.    
Dia duduk di bangku. Mengadap taman. Kemudian dia baring melihat bulan dan bintang. Terasa lapang fikiran. Memang dia malas untuk fikirkan apa-apa. Kosongkan minda dari sebarang masalah. Memang dia gemar baring di taman. Di rumah Mommy pun dia gemar melakukan aktiviti begini. Baring sambil mendongak ke langit. Menikmati malam yang indah dengan simbahan cahaya bulan dan bintang. Sungguh indah ciptaan-Nya.
Sedang asyik dia menikmati keindahan malam. Air mata dia mengalir lesu. Mengenangkan peristiwa siang tadi. Dia menghormati lelaki itu. Dia sayangkan lelaki itu. Dan dia mula sedar yang dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu. Tetapi dia tidak sangka lelaki itu sanggup memijak maruah dirinya serendah itu. Sehingga sanggup mencabul kehormatan dirinya sendiri. Sampai hati dia perlakukan dirinya seperti itu. Di mana hilanganya sikap kemanusianan lelaki itu. Selama ni, dia melayan dengan kasar dan dingin. Selama ni dia suka marah-marah dan mengeluarkan kata kesat sehingga mengguris hati. Tetapi dia lebih rela begitu daripada lelaki itu permainkan maruah dirinya.
Air mata mengalir lesu. Terus jatuh membasahi pipi. Menangislah jika itu melapangkan dada. Menangislah duhai hati. Biarkan ia menangis. Terus menangis dan menangis. Jika ia jalan terbaik untuk memberi sedikit kelegaan. Biarkan ia terus mengalir keluar. Supaya air mata ini memberi kekuatan. Memberi sedikit semangat untuk dirinya. Jika ia dapat menghapus duka di hati. Maka biarlah ia terus mengalir. Agar tenang dan lapang. Lama dia menangis, terus berada dalam keadaan baring di atas rumput. Bertemankan cahaya bulan dan bintang. Matanya pedih kerana banyak menangis. Walaupun air mata sudah kering di pipi, namun hatinya merintih pilu.
“Mommy” dia seru nama Mommy kesayangannya. Sungguh dia perlukan belaian seorang ibu saat ini. Ingin sekali dia pulang ke rumah dan meluahkan segala masalahnya. Ingin sekali dia pulang dan berkongsi masalah bersama-sama. Menangis dalam pelukkan Mommy. Baring atas riba Mommy. Dibelai dan dimanja jika dia ada masalah, bila dia susah hati, bila fikirannya celaru, bila fikirannya kacau. Dia rindukan Mommy saat ini.
“Mom, Yuyu benci dia. Yuyu tak suka dia. Yuyu marah dia. Yuyu tak nak tengok muka dia. Mom, please I need you” huhu… dia menangis lagi.
Siapa yang harus dia persalahkan? Diri sendiri? Abang Lokman? Atau boos dia, Hasrul Kuzairi? Siapa? Adakah salah dia kerana berjumpa dengan abang sepupunya. Bertemu dengan Abang Lokman sehingga tercetus kejadian ini? Atau salah Abang Lokman yang tidak pandai mengawal tingkah laku? Atau dia yang salah kerana tidak menegur batas-batas pergaulan mereka? Atau semua ini salah boss kerana melampaui batas? Salah boss kerana gagal mengawal nafsu? Salah boss kerana mengambil kesempatan di atas kelemahan dirinya? Atau sebab apa?

No comments:

Post a Comment