Sepanjang perjalanan aku diam kat depan. Big boss pun diam kat sit belakang. Masing-masing diam je. Lepastu tangan aku macam biasa, gatal nak buka radio. Tukar chanel ikut suka hati aku. Dah macam kereta aku sendiri. Sebab aku boring. Macam naik sampan. Sunyi sepi. Boring tau. I cannot stand! Aku boleh mati sebab terpaksa berdepan dengan makhluk bisu dan berada dalam dunia bisu.
“Pak Wan, kita nak gi mana ni?” aku bisik dengan Pak Wan selaku driver big boss aku. Sebab aku boring ni. Nak ajak big boss aku sembang, kirim salam je la. Dia tu tak ada perasaan, hati batu, kepala angin.
“Tropicana, Damansara Utama” jawab Pak Wan. Dia pun cakap gaya berbisik. Haha… tiru aku la tu. Atau Pak Wan pun takut kat big boss yang poyo tu. Lepas tu aku gelak. Tapi gaya slow je la. Nak mampus kalau gelak kuat-kuat. Singa ada kat belakang tu. Karang tak pasal-pasal aku dengan Pak Wan kena fire.
“Pak Wan, best tak bawak kereta besar tiap hari?” aku saja ajak Pak Mat sembang dengan aku. Aku bukan apa. Aku boring ni. Jalan pun boleh tahan jammed. Aku rasa jalan Damansara Utama, Lebuhraya Damasara – Puchong (LDP) ni tak pernah lenggang kot. Tension aku. Nasib bukan aku yang drive. Kalau aku, dah lama aku maki hamun orang yang bawak kereta jenis tak ada law. Nak masuk nak keluar tak bagi signal. Aku pantang betul. Silap hari bulan, sepanjang jalan aku bunyikan hon. Hahah… gilo!
“Nak cuba ke?” pelawa Pak Wan. Hamboi, macam kereta dia pulak ya. Suka-suki je nak bagi aku bawak kereta big boss aku yang garang nak mampus nih. Oh, terima kasih je la.
“Eh, tak nak la Nissa. Karang big boss marah” aku tayang gigi. Mana boleh kutuk boss depan-depan. Di buatnya dia dengar habis la aku. Jam-jam tu dia maki-hamun aku. Aku tahu sangat dah. Ikut perangai siapa la boss aku ni? Oh, bab ikut perangai tu aku rasa ikut Puan Rosni. Sebab bekas majikan aku pun lebih kurang dia ni. Sama sangat-sangat. Maklum je la, ibu borek anak rintik. Hehe… pepatah baru okeh. Adik-adik jangan nak tiru pepatah, peribahasa dalam ini cerita. Karang tak pasal-pasal fail exam. Aku tak nak tanggung. Hehe…
“Kalau nak cuba apa salahnya” Pak Wan senyum segaris. Hamboi, senyum perli ke senyum sindir tu? Ke senyum-senyum kambing. Hehe… serious aku takut nak bawak kereta big boss aku ni. You all tahu kereta apa yang dia selalu bawak kalau nak jumpa client dia? Porsche Cayenne Turbo. Tau berapa nilai dia? RM940,000 tau. Kalau tak datang angin dia nak naik kereta Bentley Brooklands. Harga kereta Bentley dia yang dok tersadai kat garaja office tu ialah RM1, 245, 000.00. perghhh… Test dia semua gempak-gempak. Mana pandang kereta buatan Malaysia ni. Huh, tak bangga langsung dengan barangan buatan Malaysia . ‘Belilah barangan buatan Malaysia ’ Aceh, kempen lak aku ni.
“Pak Wan, syyyyyy… diam. Nanti big bos dengar. Mampus saya” aku letak jari kat bibir aku. Geram pulak aku dengan Pak Wan ni. Buatnya big boss aku dengar, nanti apa pula dia fikir. Materialistic, pisau cukur, kaki kikis, mata keranjang? Ah, semua tu bukan aku!
“Pak Wan, bagi je dia drive. Hari ni Pak Wan rehat” big boss aku bersuara mendatar. Eleh, curi-curi dengar la tu. Dosa tau tak? Huh!
“Terima kasih je la. Karang tak pasal-pasal rosak pulak kereta mahal ni” aku jawab. Hah, menjawab Nurul Nissa. Jangan tak jawab. Mana tak naik angin orang tua tu, kalau asyik menjawab je kerjanya.
“Balik I nak you yang drive” arah encik boss dengan selamba. Lepas tu dia diam kat belakang. Arghhhhhhhhhhh…. Aku rasa nak makan orang sekarang jugak!
Aku pandang Pak Wan dan Pak Wan pun toleh tengok aku. Pandang aku dengan pandangan simpati. Huhu… apa nak jadi, dah nasib aku dapat boss sengal macam ni. Nak kata apa lagi? Perlu ke aku menjawab? Atau berdiam diri sahaja? Balik aku yang kena drive? Oh, tidak. Sungguh aku tidak percaya. Orang cun macam aku jadi driver kepada big boss yang poyo, berlagak dan sombong nak mampus tu, tapi handsome? Handsome? Ops! Tidakkkkkkkk… Huhu…
Sampai je aku terus keluar. Aku tutup pintu kereta mewah dia kuat-kuat. Lepas geram ni. Aku tengah tunjuk perasaan tau tak? Huh! Aku geram betul dengan dia ni. Kalau aku boss boleh aku lukut-lukut kepala dia. Lepas tu aku pulas-pulas telinga dia. Tak cukup dengan tu aku rota kaki tangan dia. Uwaaaa… aku boleh gila lama-lama macam ni. Darah tinggi pun boleh kena ni. Aku tau big boss tengah jeling tengok perangai tak semengah aku ni. Ah, lantak la. Aku pun ada juga perasaan nak marah. Sekali-sekala nak juga tunjuk perasaan. Ingat dia je ada perasaan ‘tak elok’ macam tu. Aku ada juga tau. Saja tak nak tayang. Karang jatuh saham aku!
“Don’t act like stupid person” dah keluar ayat sinis dari encik boss yang baik budiman tu. Hamboi, sedap bahasa bang. Mengata aku tak agak-agak. Tak pe, tak pe! Sabar Nissa, sabar!
Lepas tu aku ikut dia dari belakang. Malas aku nak jalan saing dengan dia. Aku tak nak kawan dengan dia. Tak nak cakap dengan dia. Siap la dia, tak ada sape nak kawan. Sebab aku je yang selalu kawan dengan dia pun. Sape nak kawan dengan orang macam tu kalau bukan aku ni? Aku pun terpaksa ok! Huh! Tak nak kawan! Never ever! Ewah, merajuk sangat la kan? Tengah marah semua ayat tak elok keluar dari mulut. Cuba angin baik. Semua di puji, big boss baik, big boss handsome, big boss caring, big bos bla, bla, bla… malas aku nak tulis. Penat! Hehe…
Jumpa je client dia, seperti biasa ada makan-makan, minum-minum. Dan aku sepanjang perjumpaa tu aku duduk diam. Tukang catat apa yang dia orang dok bincang. Lepas tu aku buat hal sendiri. Malas aku nak masuk campur. Bukan dapat untung pun. Big boss aku lain la. Company bapak dia mesti la dia dapat untung. Sebab tu dia kerja kuat. Berbaloi la dengan hasil yang dia buat tu kan?
“Why you keep a silent?” big boss bisik dengan aku. Aku pandang dia sekilas. Lepas tu aku angkat kening double jerk. Malas nak jawab. Sebab aku tak ada mood nak gaduh dengan dia sekarang. Lagi pun client dia ada lagi ni. Orangnya boleh tahan. Cun. Seksi pulak tu. Aku naik malu pandang pakaian dia. Buka sana-sini. Ades, malu aku.
“Your PA quit form beginning. Good PA actually, she done a job properly. I like the way she’s. Easy for use that right?” si manis menawan tu cakap dalam loghat mat salleh celup yang sengaja di buat. Oh, please. Naik menyampah aku tengok dia ni. Kaki di silangkan dan sengaja gesel kat kaki big boss aku. Ingat aku tak nampak apa yang dia buat. Nak menggoda la tu. Geli aku! Tak usah ler buat macam tu. Kalau dah hati berkenan mesti big boss aku nak.
Aku pandang bis boss aku, aku senyum segaris. Sebenarnya aku terasa hati dengan ayat cik adik manis ni. Nampak sangat aku tak diperlukan kat sini. Aku ni pengacau je antara mereka berdua. Oh, sedih rasanya. Namun, aku tetap diamkan diri. Aku berlagak setenang yang mungkin. Maruah kena jaga beb. Mana boleh melenting tak tentu pasal. Karang dia cakap aku ni ‘over sensitive’ lak. So, aku terus kerja aku dengan berdiam diri seribu bahasa. Aku tak mampu untuk angkat muka pandang wajah ‘cik adik manis’ mahupun encik boss ni. Oh, duhai hati. Sabarlah. Sekejap lagi kita akan balik. Sabar-sabar. Aku pujuk hati sendiri supaya jangan menangis di dalam sana.
“By the way, she’s not only my PA. She also my future wife” aku tahu suara siapa, tak lain dan tak bukan. Suara big boss aku. Apakah? Future wife apa kejadahnya? Tolong jangan buat lawak boleh tak? Tanggan aku dah menggigil peggang pen dan buku nota. Aku tak tahu sama ada perlu ke tak aku angkat muka, tengok wajah encik boss dan wajah cik adik manis tu? Aku tak tahu apa yang patut aku buat? Tolong aku? Kalau aku pengsan boleh tak?
Kemudian aku dapat rasa jari big boss aku capai tangan aku yang tengah menggigil tu. Dia bawak ke riba dia. Aku dapat rasa tatutan jari dia di jari aku. Aku angkat muka perlahan. Aku pandang muka big boss aku. Dia senyum segaris. Manis sekali senyuman dia. Kemudian aku larikan mata aku. Aku dapat rasakan jantung aku berlari laju. Oh, sesak dada aku. Kemudian aku pandang wajah ‘cik adik manis’ wajah dia berubah rupa. Matanya bulat merenung aku. Mungkin dia tak percaya, atau mungkin dia rasa serba-salah sebab ayat tadi. Atau dia marah?
Aku tak dapat membaca riak dia buat masa ni. Sebab aku sendiri tak dapat membaca perasaan aku. Aku keliru, apa yang sedang berlaku sebenarnya? Kenapa tiba-tiba big boss aku keluarkan kenyataan melampau sebegitu rupa? Adakah dia berniat untuk permainkan perasaan aku di depan ‘cik adik manis’ ini. Atau dia sekadar ingin melepaskan diri dari usikan nakal ‘cik adik manis’ ini? Atau dia juga berperasaan seperti aku? Oh, aku tak tahu. Aku tak tahu yang mana satu niat sebenar big boss aku.
Lepas tu aku tak berapa ingat apa yang berlaku kat situ. Sebab aku masih bingung. Mereng kejap kepala otak aku. Memang tak boleh nak proses data dan input dengan betul. Apa yang pasti aku ingat ‘cik adik manis’ bangun dan terus berlalu. Tak salam dan langsung tak pandang wajah aku. Tahu la aku tak berapa nak cun macam dia tu. Tapi at list say good bye la. Ini tak main blah cam tu je. Tak patut betul. Oh ya, lupa nak bagi tahu. Lepas big boss aku capai jari aku, aku tarik balik perlahan-lahan. Memang pada mulanya dia tak nak lepas. Tapi aku masih ingat dosa pahala. So, aku berkeras tarik juga, dan dia akhirnya akur. Tahu pun hormat orang encik boss ni. Lagi pun aku dan dia bukan sape-sape kan. Dosa tetap dosa. Ingat tu!
“Nissa, sorry for this” big boss bersuara. Aku sibukkan diri, masukkan buku nota dan document yang aku bawa tadi. Sebenarnya aku dah tak sanggup nak layan sesak nafas aku ni. Jantung aku asyik berlari laju dari tadi. Penat aku rasa.
“Never mind, just forget it” aku jawab tanpa toleh pun. Kalau boleh jangan ungkin lagi benda ni boleh tak? Aku malu tau.
“Nurul Nissa, listen! I main it when I say it” tegas nada suara dia. Lepastu dia pegang kedua-dua bahu aku supaya mengadap dia. Ya Allah, makin kuat degupan jantung aku. Masyaallah, apa dah jadi dengan aku ni?
“Sorry, I can’t accept what type is joke like this” aku tepis tangan dia. Kemudian aku berdiri dan bersedia untuk melangkah. Aku perlu tamatkan benda mengarut ni secepat mungkin. Aku tak nak terbawa-bawa sampai ke office. Kalau boleh biar ia tamat di sini sahaja. Sampai di sini. Tak berbangkit di kemudian hari. Aku takut.
“Here what I want to say. Nissa, will you marry me? Dah sudah dia melutut depan aku pulak dah. Apa aku nak buat ni? Orang dah pandang dan berbisik sesama sendiri. Aku tak tahu nak buat apa. Pergi dari situ, tinggalkan big boss aku yang dah gila tu. Atau apa yang perlu aku buat? Tolong…..
“Boss ni kenapa? Bangun, orang semua tengok tu. Tak malu ke?” aku tarik dia bangun. Adus, muka aku dah panas. Malu gila bila semua orang pandang. Kenapa dia buat kerja gila hari ni. Kalau nak bergurau pun agak-agak la sama. Benda macam ni mana boleh di buat main. Nikah kahwin ni benda penting oit. Mana aci main melamar gaya mat salleh ni. Hai, pengaruh duduk over sea la ni. Anak sapo la nih? Sampaikan lupa ada budaya kita orang Melayu ni.
“Nope! Say you will marry me first. Say it Nissa, please” pandangan mata dia penuh mengharap. Masih setia melutut depan aku. Apa aku nak buat ni? Aku dengar suara-suara yang minta aku setuju. Suara yang minta aku terima. Suara yang membisikkan yang big boss aku romantic. Oh, ini semua kerja gila. Mana boleh aku bagi jawapan penting macam tu je. Kena fikir dulu. Kena buat solat istikarah dulu. Kena tanya Mommy dulu. Banyak benda aku kena ambil kira sebelum buat keputusan. Bukan dengan cara macam ni.
“Boss, please don’t force me. I need some time to think about this. I need ask my Mom. We got adat and budaya. Please don’t propose me like way we are western people. I muslim, boss also muslim. So, please think first before make a decision” aku terangkan dia secara halus. Aku mencangkung sebelah dia. Tak sanggup tengok big boss aku melutut macam tu. Terasa rendah maruah dia di depan aku. Aku tak nak orang melutut begitu sekali untuk aku.
“Nissa, please being my wife. Stay beside me” dia masih mengharap jawapan aku. Kemudian aku angguk kepala. Senyum segaris. “Insyaallah” ayat tu mampu aku ucapkan saat ni. Sebab aku tak tahu apa yang akan berlaku esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan. Aku tak tahu sama ada aku telah di ciptakan untuk dia, dan dia telah di ciptakan untuk aku. Jodoh Allah adalah rahsia. Tidak ada siapa pun yang tahu.
Walaupun ada riak kecewa di rauk wajah boss, akhirnya dia akur juga. Dia berdiri. Mata-mata yang memandang masing-masing bertepuk tangan. Semua mengucapkan tahniah. Aku malu sendiri. Entah kenapa perlu ada yang menyaksikan propose encik boss kepada aku. Dia hanya senyum, senyuman semakin lebar saat dia menatap wajah aku. Ada sinar bahagia dalam mata itu. Senyuman itu seakaan mengundang bahagia dalam diri boss. Aku tak tahu sejak bila ia bermula. Tapi aku pasti perasaan dia juga sama dengan aku. Ingin bercinta dan dicintai.
Sepanjang jalan pulang ke pejabat masing-masing mendiamkan diri. Oh ya, aku tak jadi driver ok. Sebab big boss pun tak bangkitkan isu tu. So, aku dapat menarik nafas lega. Walaupun debaran sebentar tadi masih terasa hingga kini. Aku tak tahu sampai bila jantung aku akan kembali tenang. Aku letak jari aku di dada. Sakit sekali, tapi perasaan ini sungguh indah. Bahagia. Entahlah, sukar untuk aku gambarkan. Kalau you all pernah mengalami perasaan seperti ini, pasti dapat bayangkan saat aku sekarang.
“Nissa, think about this. Be informing your Mom. I will discuss latter” pijak je bangunan office dia ucap ayat ni. Muka dia tak ada perasaan. Serious je. Mungkin dia tak nak staff perasan perubahan dia. Emm, pandai juga dia cover. Tadi bukan main lagi. Dah la time lunch, pick hour kot. Malu aku. Hadoi… aku hanya mampu angguk kepala. Aku tak nak menjanjikan apa-apa. Dan aku tak nak meletakkan apa-apa harapan. Aku takut aku yang akan kecewa.
Aku terus ke meja kerja aku. Aku perlu tenangkan diri. Dada aku dah makin stabil. Nampaknya kerja keras jantung aku hari ni. Banyak cubaan test tahap kesihatan jantung aku. Nasib baik ok, kalau tak terus kojol aku dengan kejutan yang tak di sangka-sangka. Lepas aku ok, aku ke surau. Tunaikan solat zohor. Aku perlu mengadap Maha Pengcipta. Mengadu kepada-Nya. Diharap Dia akan memberi petunjuk dan hidayah. Lama aku berteleku di atas sejadah. Aku perlukan ketenangan jiwa saat membuat keputusan besar begini. Ia melibatkan masa depan aku. Nikah kahwin bukan perkara yang boleh di buat main. Aku tahu perasaan aku kepada boss. Ada sayang ada suka, tapi belum sampai tahap cinta. Kerana cinta aku akan serahkan kepada suami aku kelak. Namun, aku masih tertanya-tanya. Apa perasaan boss terhadap aku. Sedangkan sebelum ni selalu cari pasal. Suka marah-marah tak tentu hala. Tiba-tiba hari ni melamar aku.
“Nissa, boss cari you” ucap Mala. Aku baru je nak tenang-tenagkan fikiran dah kena kacau dengan big boss lagi.
Aku terus capai buku nota dan pen. Dalam hati aku berdoa tak ka nada lagi kejutan untuk hari ini. Aku takut aku tak tahan dengan dugaan ni. Sampai depan pintu aku terus ketuk seperti biasa. Aku perlu berlagak seperti biasa. Anggap perkara tadi tak berlaku. Aku tanam dalam diri aku. Aku kena berlagak seperti biasa. Berdepan dengan boss seperti hari-hari sebelumnya.
“Have a sit” ucap dia tanpa menoleh ke arah aku. Busy dengan laptop. Lepas tu, dia hulur selonggok buku depan aku. Nak tak nak aku capai. Tebalnya bukan main lagi. Lepas tu aku baca sekilas. Weeding catologe. Hah? Aku pandang big boss aku. Nak mencari jawapan ni. Apa ke jadahnya nak bagi benda ‘alah’ ni?
“Choose what dress you like. Then we try latter” dia bagi juga jawapan aku tunggu tu. Nampaknya isu ni masih lagi di panjangkan. Ini tidak boleh jadi. Aku perlu buat sesuatu.
“Boss, I’m not ready yet. Can we disucss latter” aku try berdiplomasi dengan dia. Mana tau dia nak dengar usul aku ni.
“I know. I give you time to think. But we need prepared. Just chose your part, make a suit dress for our weeding. The rest I will done for us” dia tatap muka aku dalam-dalam. Ayat dia penuh dengan perancangan. Macam semua telah dia rancang dengan teliti. Aku keliru. Sejak bila? Sejak bila dia sukakan aku? Dia langsung tak tunjukkan perasaan suka dia selama ni. Apa yang dia tahu, marah aku. Tengking aku depan-depan staff lain. So, sejak bila dia suka aku? Atau aku tak sedar selama ni dia marah, dia tengking sebab dia sengaja nak tarik perhatian aku? Ah, mustahil! Memang tak masuk akal.
“I think first” aku letak cateloge tadi. Aku jadi tak sedap hati dengan kelakuan encik boss hari ni. Dia sungguh lain. Sejak pagi tadi, masa sarapan kat rumah aku lagi. Lepas tu kami lepak di The Curve. Sehingga dia melamar aku. Aku rasa dia sangat lain. Bukan big boss aku yang aku kenal sebelum ini. Dia orang lain. Memang lain sangat-sangat. Dia buat aku jadi takut dan risau.
“Nurul Nissa” dia panggil aku. Dan aku suka cara dia panggil nama aku sekarang. Lembut je. Menusuk ke dalam jantung aku. Oh, aku sudah jatuh cinta. Aku renung ke dalam anak mata dia. Aku ingin mencari sinar cinta dari panahan mata itu. Aku ingin mencari ketulusan cinta dalam renungan redup itu. Aku ingin mencari kejujuran dan ketulusan dari sinaran mata itu. Dan aku rasa aku telah menenuinya. Renungan redup itu cukup mendamaikan aku. Cukup memberi getaran yang maha hebat. Sabar duhai hati.
“Kenapa saya?” aku ajukan soalan yang aku kira aku perlu tahu. Aku perlu mencari jawapan. Kenapa dia memilih aku sebagai teman hidupnya. Kenapa dia melamar aku untuk menjadi yang halal untuknya. Kenapa dia memilih aku untuk berdamping dengan dirinya. Kenapa dia memilih aku untuk menemani hidupnya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Hanya dia yang ada jawapan itu. Dan aku perlu tahu. Aku perlu jawapan itu.
“Nissa, jangan tanya saya soalan tu. Saya tak dapat jawab” ucap big boss perlahan. Mata dia tak lari dari menikam anak mata aku. Redup sekali panahan mata itu. Aku dapat rasakan ketulusan dari kata-kata dia.
“Boss, saya tak kaya. Saya tak cantik. Saya tak pandai. Kita tak sepadan. Kita banyak perbezaan. Dan perbezaan itu adalah kelemahan diri saya jika bergandingan dengan boss. Tolong fikirkan sekali lagi. Saya takut boss akan menyesal dengan keputusan ini” akhirnya aku punya kekuatan untuk meluahkannya.
“Saya tidak mencari kesempurnaan untuk menjadi pendamping saya. Saya tidak mencari wanita cantik untuk menemani saya. Saya juga tidak mencari perempuan yang bijak untuk sehidup semati dengan saya. Malah saya tidak mengejar kekayaan untuk membina hidup bahagia bersama” dia membalas tenang. Setenang raut wajahnya. Pertama kali aku melihat wajah tenang boss sepanjang aku bekerja di sini. Sungguh aku terharu dengan ayat yang dia tuturkan sekarang.
“Nissa, insyaallah. Saya tidak akan menyesal dengan keputusan yang saya buat hari ini. Dan saya juga tidak akan sesekali menyesal memilih awak sebagai isteri saya” dia sambung ayat tadi. Nafasnya di hembus tenang. Lega mungkin dapat meluahkan isi hatinya. Dan aku terpaku sekali lagi. Aku terdiam tanpa suara.
“Ambil berapa banyak masa yang awak perlukan. Saya akan tunggu” tenang dia tuturkan ayat itu. Mungkin dia lihat aku gelisah mencari kata. Aku masih ragu dengan keputusannya.
“Saya tak tahu. Saya keliru. Saya…” aku tak tahu nak cakap apa lagi. Sungguh aku hilang kata untuk membalas sekarang. Jika dulu aku tidak pernah mengaku kalah. Aku yang suka menjawab. Aku yang suka melawan. Aku yang suka mencipta alasan. Tapi hari ni aku kaku.
“Nissa, saya tak nak keputusan hari ini. Fikir la dulu. Ambil masa. Saya tak akan memaksa. Cataloge tu awak simpan. Tiba masanya nanti awak bagi keputusannya” suaranya mendatar. Kecewa mungkin.
“Boss, biar masa yang menetukannya. Jika kita telah diciptakan antara satu sama lain. Insyaallah kita akan disatukan nanti” aku senyum segaris. Memberi sedikit kelegaan kepada dirinya. Tapi aku tidak menjanjikan apa-apa harapan. Biarkan masa yang tentukan nanti.
“Saya keluar dulu” aku minta diri. Rasanya tidak apa yang penting selain dari perbincangan kataloge ni. Cukup la kejutan untuk hari ini. Banyak sangat yang aku lalui dalam masa satu hari. Hanya dalam masa satu hari aku dan big boss aku lalui banyak kejutan. Dan yang paling terkejut tentunya aku. Aku tidak jangkakan perkara sebegini berlaku. Dilamar di hadapan kalayak ramai dengan gaya romantisnya. Kejutan yang tidak aku jangkakan sama sekali.
“Nissa, saya tunggu berita gembira” ucapnya sebelum aku melangkah keluar. Besar benar harapan dia untuk menyunting aku sebagai ratu hidupnya. Biarlah masa yang tentukan segalanya. Aku hanya berdoa segalanya berjalan lancar.
Aku duduk tenang di meja aku. Berteleku tanpa berbuat apa-apa. Fikiran aku kosong sekarang. Entah apa yang perlu aku fikirkan sekarang ini. Banyak yang berlegar-legar dalam minda aku. Sehingga aku terpaksa mengosongkan semua benda yang ada dalam kepala aku. Keadaan sekeliling aku tidak pedulikan langsung. Tidak menarik minat aku untuk mengambil tahu keadaan sekeliling aku. Aku perlukan ruang untuk tenangkan diri buat masa ini.
“Nissa, hey. Kenapa dengan you ni?” Mala menyentuh bahu aku. Aku tersentak. Terkejut dengan teguran Mala.
“Hah?” aku terkebil-kebil melihat Mala. Sahabat aku sejak mula-mula aku melangkah masuk bekerja di sini. Dia sahabat yang paling aku senangi.
“Kenapa ni? Dari tadi diam je. Risau I” Mala sentuh bahu aku. Aku pandang muka Mala. Kemudian senyum. Duhai sahabat, rupanya dia perasan akan perubahan aku.
“Tak ada apa-apa. I ok. Jangan risau” aku tutup rasa gelisah dengan ketawa yang sengaja aku buat-buat. Kemudian aku kemas meja aku yang sedikit berselerak dengan kertas kerja yang aku tak sempat usik dari tadi.
“Boss marah you ke? Mala soal aku simpati. Sebab dia cukup arif, keluar je dari bilik boss mesti kena marah. Hai, perihatin sungguh sahabat aku ni. Kalau la dia tahu boss melamar aku, harus kecoh satu bangunan ni.
“Tak ada la. Kenapa you tanya?” aku cuba alih topik. Terlepas cakap mampus aku kena gelak dengan Mala. Benda tak jadi lagi. Lain la aku dah jadi bini dia. Boleh la aku nak buat announcement. Benda dah sah, dah jadi.
“Hey, you tanya I kenapa? Nissa, cuba you tengok jam pukul berapa sekarang? Dah pukul enam tau tak” siap eja lagi pukul enam tu. Sabar je lah.
“Lah, tak perasan dah pukul enam rupanya. You dah nak balik ke?” aku tayang gigi. Hehe… kantoi. Sah lama aku melayan perasaan tadi.
“I nak balik ni. You tak nak balik lagi ke?” Mala dah siap kemas meja kerja dia. Computer pun dah shouts down. Handbag pun dah ada kat tangan. Wah, cekap bab balik ni ya. Bukan main lagi. Laju je.
“Jap lagi. Lepas solat I balik. You balik la dulu” aku terus ke surau untuk solat asar. Nak solat kat rumah sah tak sempat. Nak layan jalan jamm lagi. Baik aku solat kat office siap-siap. Tak ada la terkejar-kejar nanti.
Lepas je solat aku terus capai handbeg dan melangkah keluar dari office. Pukul 6.30 petang. Lampu bilik encik boss masih menyala. Nampaknya dia tak balik lagi. Perlu ke aku ke bilik dia? Atau balik terus? Arghhhhh… tak manis rasanya, lebih baik aku balik saja. Itu pilihan yang terbaik aku rasakan. Lagi pun staff dah balik. Tak elok untuk aku berlama-lama di sini.
“Nissa, baru nak balik ke?” tegur suara tu. Dan aku cukup kenal dengan suara lelaki itu. Aku toleh melihat dia yang sedang manghampiri aku. Aku kaku di meja kerja aku. Aku pandang dia. Nampak santai sahaja. Kemeja dia lipat tangan sehingga ke siku. Tie pun dia dah buka.
“A’ah, dah nak balik. Boss tak balik lagi?” aku sekadar berbahasa. Kekok pula aku rasa. Tak tahu nak cakap apa dah.
“Balik la. Sampai nanti bagi tahu. Hati-hati” dia pegang pipi aku kemudian dekatkan wajahnya ke muka aku. Alamak, dia nak kiss aku ke ni? Cepat-cepat aku menapak ke belakang. Takut aku dengan kelakuan pelik dia ni. Hari ni aku rasa boss aku lain sangat-sangat. Kenapa dia jadi lelaki romantik sangat ni?
“Sorry” dia raup wajah dia. Kemudian dia menghilang dalam bilik dia. Fuh, lega aku. Aku pegang dada aku. Mak oit, berdegup kencang. Gila ke boss aku ni? Dah hilang akal agaknya. Nak kiss orang tak tentu pasal. Eee… seram aku.
No comments:
Post a Comment