Monday, 17 December 2012

ITU JANJI 17

“Assalamulaikum” dia memberi salam sebelum melangkah masuk. Cuak bila kereta Nurul Nissa tidak kelihatan di dalam garaj. Dia ke sini dengan harapan Nurul Nissa sudah pulang ke rumah. Masa dia terjaga tadi dia mencari-cari kelibat Nurul Nissa. Tapi hampa. Bila tiba di rumah dia bertambah hampa. Nampaknya Nurul Nissa tidak pulang ke rumah. Ke mana dia membawa diri? Hari sudah lewat malam. Panggilan tidak berjawab. Massage tidak berbalas. Bertambah risau dengan kehilangan Nurul Nissa.
“Mommy, Nissa tak balik lagi?” dia tunduk mencium tangan Puan Malissa. Memang dia tidak sabar-sabar lagi untuk bertanya. Risau dengan keadaan kekasih hati yang sedang merajuk.
“Belum. Kenapa?” Mommy melabuhkan punggung di atas sofa. Matanya tidak lepas memandang wajah kusut anak muda di depannya itu. Pasti ada yang tidak kena antara dia dan anaknya. Hatinya terdetik sesuatu yang tidak enak. Apa yang dibimbangkan mungkin terjadi.
“Saya call dia tak jawab. Message pun tak balas. Dari siang tadi dia keluar takkan tak sampai-sampai lagi? Mommy tahu dia pergi mana-mana tak?” dia meraup muka. Kusut fikirannya mengenagkan kehilangan Nurul Nissa. Dia pergi macam tu je. Entah ke mana harus dia tuju. Untuk mencari dia di mana lagi kalau bukan di rumah ini.
“Dia tak ada bagitahu apa-apa pulak. Biasa kalau balik lambat dia akan call Mom. Cuba cerita apa yang dah berlaku ni?” Puan Malissa menyoal tanpa selindung lagi. Bukan dia tidak suka dengan anak muda ini. Tapi dia risaukan keselamatan anak daranya. Malam-malam begini macam-macam boleh berlaku. Itu yang dia bimbangkan. Walaupuan dia tahu anak daranya tidak akan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Tapi perasaan seorang ibu tidak dapat dibendung dari memikirkan perkara yang tidak elok.
“Biasa dia ke mana kalau dia ada masalah?” Hasrul terus bertanya tanpa menjawab soalan yang diajukan tadi.
“Masalah apa ni. Cuba cerita” suara dia kedengaran tegas. Dia mula risau sesuatu yang tidak elok berlaku ke atas anak daranya. Pasti ada yang tidak kena.
“Petang tadi ada salah faham. Lunch hour Nissa ada jumpa someone kat lobby office. When I asking she told her cousin, Abang Lokman. But I refuse and temperate because both of them very close. Hug and kiss at lobby. Can you imagine?  She never allows me to touch and hug her. Never! But that guy. Oh god. What I doing, I don’t know” dia tunduk sambil kedua-dua tangan memegang kepalanya. Dia kusut.
“Mommy tahu Hasrul cemburu tadi. See, you never trust her. When she tries to explants you never listen. Hasrul, trust is keys in relationship. How much you love her, how much you care about her. But if you not trust her, both of you cannot move on” Puan Malissa tepuk bahu Hasrul. Memberi sedikit nasihat supaya dia mendapat kekuatan. Kurangkan rungsing anak muda itu. Dia nampak ada kekesalan di wajah itu.
“What should I do? Dia kat mana? Saya nak cari dia kat mana?” sayu suaranya. Dia tak tahu apa yang dia perlu buat. Ke mana tempat yang harus dia tuju. Dia buntu.
Puan Melissa menuju ke telifon. Mendail dan bercakap dengan seseorang. Kemudian dia kembali duduk di depan Hasrul. Melihat anak muda yang dalam keadaan rungsing. Dia tahu Hasrul sayangkan anaknya. Tapi dia juga risau jika mereka berjumpa dalam masa terdekat ni akan menambahkan kekusutan. Jadi lebih baik dia biarkan anaknya tenangkan diri. Memberi mereka ruang untuk berfikir secara waras. Bila berjauhan baru mereka boleh fikir tanpa di pengaruhi sesiapa.
“Balik rumah dulu. Jangan risau. Nissa selamat. Bagi dia masa. Bagi ruang untuk diri sendiri. Jangan terlalu mendesak. Tenang-tenangkan diri dulu, baru kita duduk berbincang” Puan Melissa terpaksa merahsiakan tempat persembunyian anaknya. Bukan dia tidak tahu kedudukan anak daranya itu. Tak ke mana, alih-alih ke Janda Baik juga dia tuju. Di situ juga dia bersembunyi. Sudah dia agak, sudah dia jangka. Sebab tu dia minta pembantu mereka tengok-tegokkan anaknya sepanjang dia berada di sana.
“Tolong sampaikan salam saya pada dia. Saya minta maaf. Saya benar-benar menyesal dengan apa yang terjadi siang tadi. Saya harap sangat-sangat dapat jumpa dia dan terangkan apa yang terjadi semua salah saya” lirih nada suaranya. Semangatnya hilang, melayang entah ke mana. Pergi bersama jasad Nurul Nissa.
“Jangan risau. Mommy kenal anak Mommy. Dia perlukan masa. Lepas dia reda, dia balik la. Balik dan rehat. Jaga diri, jaga kesihatan” Mommy memberi sedikit jaminan kepada anak muda itu, biar lega sedikit. Suapaya tidak sarat dengan beban yang dia tanggung.
“Please be inform anything happened” dia salam dan terus melangkah keluar. Penat dia seharian fikirkan masalah dia dengan Nurul Nissa. Dia pelukan rehat. Memberi ruang untuk Nurul Nissa dan dirinya sendiri. Dia harap ruang itu tidak akan menjarakkan hubungan mereka. Tapi menguatkan lagi perasaan mereka yang masih samar. Harapannya supaya dalam ruang ini mereka sedar kehadiran masing-masing. Supaya mereka berdua lebih menghargai antara satu sama lain. Betapa mereka memerlukan antara satu sama lain.
Malam sunyi mencekam dada. Sakit dadanya bila mengenangkan peristiwa siang tadi. Dia gagal mengawal amarahnya. Dia gagal membendung sifat cemburu yang melampaui batas sehingga dia sanggup perlakukan perbuatan tidak bermoral. Mencumbui Nurul Nissa. Memaksa dia melayan nafsu serakahnya. Sungguh dia menyesal dengan apa yang terjadi. Dia tidak waras, dia hilang pertimbangan. Malah dia tidak sedar apa yang dia lakukan tadi. Bila nafsu mengusai diri, akal fikiran mula dikuasai nafsu. Bila hati penuh cemburu sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.  
Dia cuba menghubungi telifon Nurul Nissa. Sabar menunggu dengan penuh harapan Nurul Nissa sudi menyahut panggilan daripadanya. Tapi sunyi tanpa sahutan. Dia cuba beberapa kali sehingga dia terpaksa berputus asa. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Tapi matanya langsung tidak mengantuk. Masih degil untuk tidur. Badanya memang lemah tidak bermaya. Tapi matanya masih degil. Mungkin fikiran tidak tenang, hatinya gundah menyebabkan dia enggan tidur. Duhai hati, sabarlah. Penyelesaian sudah tidak berguna lagi. Apa yang dia harapkan supaya Nurul Nissa sudi memaafkan dirinya. Itu saja.
“Puan, saya rasa Nurul Nissa demam ni. Saya jumpa dia sedang baring di taman. Tolong datang Puan. Saya tak tahu nak buat apa ni. Pak Mat pun tak ada ni” Mak Munah telifon selepas Isyak. Mungkin dia baru tiba di Vila keluarga mereka.
“Minta tolong sape-sape dulu. Saya datang sekarang” Puan Melissa sudah panic. Dia tak tahu untuk buat apa. Risau dengan keadaan anak tunggalnya itu. Memandu sendirian waktu malam, dia tidak berani. Memanggil teksi juga dia takut. Dan pilihan yang dia ada Hasrul. Itu saja pilihan yang dia ada saat ini. Pantas dia menghubungi anak muda itu. Dengan penuh harapan dapat membantu anaknya dalam kesusahan.
“Hasrul, datang cepat. Nissa demam. Kita kena cepat sampai” bila talian di sambungkan tanpa berlengah dia terus memberi arahan. Memang dia sedang risaukan anaknya. Jika dia miliki sayap, sudah lama dia terbang ke sana.
“Mommy kenapa ni? Cuba bagi tahu saya apa yang terjadi kepada Nissa?” dia bingkas bangun. Melompat dari katil gara-gara terkejut kerana mendapat panggilan daripada Mommy Nurul Nissa. Mendengar suara cemas itu bertambah risau. Mungkin sesuatu yang tidak elok berlaku. Ya Allah, dia risau sangat-sangat.
“Nissa kat mana sekarang? Apa dah berlaku?” matanya bulat. Baru saja terlelap sebab memikirkan keadaan kekasih hati. Risau tidak dapat dia gambarkan. Mendengar suara serak di hujung talian membuatkan jantungnya bergetar hebat. Sungguh dia risau.
“Please say something” dia risau bila Mommy mula menangis. Pasti ada yang tak kena. Ya Allah, jangan apa-apa yang terjadi kepada dia.
“Yuyu. Dia demam teruk. Meracau-racau. Dia tidur kat taman” akhirnya Mommy cakap juga. Tapi tunggang tebalik cerita dia. Panic punya pasal.
“Ok, saya datang sekarang. Saya datang. Sabar Mommy” dia capat kunci kereta dan wallet. Buka pintu dan terus turun ke bawah. Memang dia nak cepat. Risau.
“Dia buka kat rumah Mommy. Dia kat Janda Baik” Mommy bagitahu dalam tangis.
“Ok, saya ke sana. Mommy tunggu kat rumah. Jangan risau. Nanti saya call Mommy” kaki dia pantas melangkah. Turun tangga satu persatu. Dadanya nak pecah kerana fikirkan keadaan Nurul Nissa. Entah bagai mana keadaan dia. Debaran semakin rancak setiap kali fikirkan keadaan dia di sana. Jika dia memiliki sayap. Ingin dia terbang mendapatkan Nurul Nissa. Sungguh dia resah gelisah.
“Hasrul dah sampai mana?” dari tadi Mommy tidak berhenti menghubungi telifonnya. Boleh dikatakan setiap 5 minit Mommy akan telifon. Bertanya dia sampai di mana. Risau benar hati seorang ibu.
“Dah sampai Genting Sempah Mom. Jap lagi Rul call. Jangan risau. Mommy jangan risau” Hasrul terus memecut laju. Belum 1 jam dia dah sampai di Genting Sempah. Bayangkan macam mana dia bawa kereta. Dari Kota Damansara dia membelah jalan raya. Dia tidak hiraukan kepekatan malam. Dalam kepala dia hanya ingatkan Nurul Nissa. Dia ingin cepat sampai. Dia perlu cepat.
Sampai je depan pintu Villa Kasih dia terus berhentikan kereta. Cepat-cepat dia keluar dan menuju ke arah pintu pagar yang tak berkunci. Berlari-lari dia ke pintu utama. Suasana dalam rumah terang dengan cahaya lampu. Peluh di dahi dia sapu dengan tangan. Dadanya semakin berdebar kencang. Kalut dia memberi salam dan terus meluru masuk. Tidak sempat menunggu orang datang menjemput dia masuk ke dalam rumah.
“Nurul Nissa mana?” dia terjah ruang tamu. Kelihatan lelaki dan perempuan duduk di ruang tamu. Masing-masing diam membisu.
“Dia ada dalam bilik. Demam tak kebah lagi. Risau Mak …. Dah telifon PuanMelissa. Katanya dalam perjalanan. Anak ni siapa?” tanya Mak …. Matanya tak lepas dari pandangan anak muda di depannya.
“Saya Hasrul. Majikan temapat dia bekerja. Mommy tak dapat datang. Jadi saya wakil untuk datang ke mari. Boleh saya jenguk dia di bilik?” dia berdiri di hujung kerusi. Tak ada hati untuk melabuh duduk. Dia risau, kalau boleh dia mahu berjumpa dengan Nurul Nissa secepat mungkin. Kalau boleh dia perlu tengok keadaannya. Agar lega hatinya.
“Mari kita naik sama-sama” ajak Mak … dia mendahului melangkah ke bilik Nurul Nissa. Wajahnya ada kerisauan. Mungkin dia juga risau melihat keadaan anak majikannya.
“Mak… ada bagi dia makan ubat tak?” dia tanya untuk menghilangkan sedikit rasa gemuruh, risau, bimbang.
“Belum. Nak bagi macam mana. Dia langsung tak sedar. Tadi pun Pak … dengan Mak … yang bawa masuk. Kami jumpa dia dekat taman sana. Tengah berbaring kat taman. Itu pun Puan Melissa yang telifon. Kalau tak kami tak tahu Yuyu datang ke mari” Mak … bercerita.
“Ya Allah, apa dia buat kat taman sampai tertidur? Dia selalu buat saya risau” Hasrul mengusap mukanya. Risau dia dengan keadaan Nurul Nisaa. Ada saja benda yang tak masuk akal yang dia buat. Macam mana dia boleh tidur di atas rumput kawasan taman rumah ni. Memang tak masuk akal. Tak terfikir dengan akalnya.
“Entah la. Nasib baik Puan telifon. Kalau tak pagi esok baru jumpa jawabnya” jawab Mak… dia memang tak tahu apa nasib anak majikannya.
“Ya Allah, saya tak nak bayangkan benda macam tu Mak … risau saya” cepat-cepat dia memotong ayat Mak … tak mahu dia banyangkan apa yang bakal terjadi nanti.
“Masuklah. Dia ada dalam bilik tu. Tengah tidur. Tadi Mak … dah tukar baju dia. Dah lap badan dia. Tapi panas badan tak kurang-kurang. Demam dia tak kebah-kebah” Mak … tolak daun pintu dan melangkah masuk.
“Saya tengok jap. Lepas tu saya bawa ke klinik” dia terus melangkah masuk. Ya Allah, selamatkan dia. Janganla jadi apa-apa. Dia berdoa dalam hati. Melihat keadaan Nurul Nissa terbaring lesu membuatkan jantungnya berhenti berdegup. Sungguh dia risau. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya pantas melekap ke dahi Nurul Nissa. ‘Panas’ dia toleh ke arah Mak … ingin bertanya sesuatu.
“Mak … siap-siap. Saya bawa dia ke klinik. Panas sangat ni. Risau saya” dia terus cempung Nurul Nissa. Dia perlu cepat. Bimbang sesuatu yang tak kena.
“Mak … ambil purse Nurul Nissa. Nanti nak daftar kena guna IC dia” sempat dia berpesan. Sebelum dia melangkah keluar. Sampai di kereta kelihatan Pak … sudah membuka pintu kereta. Dia baringkan Nurul Nissa di bahagian tempat duduk penumpang. Maklum saja kereta sport. Ada dua pintu je. Hai, menyesal pula bawa kereta ni.
“Kamu hantar je dia. Mak … dengan Pak … tunggu di rumah” wallet di tangan dia hulurkan kepada Hasrul. Macam mana dia nak ikut. Nak masuk macam mana. Cantik je tapi dua orang je boleh naik. Hai…
“Kat mana? Saya bukan biasa tempat ni” Hasrul meminta simpati. Nurul Nissa di sebelah dijeling. Dahinya merintik peluh. Kesian dibiarkan begitu.
“Alah, dari sini dah tak jauh. Dekat je. Ada sing bord. Ikut je. Cepat-cepat” Mak … memberi arahan. Di juga risau melihat keadaan anak majikannya itu.
Tergak-agak Hasrul memecut kereta dalam kepekatan malam sukar untuk dia kenal pasti jalan ke klinik. Demi Nurul Nissa dia gagahkan diri. Dia kuatkan semagat. Dia cekalkan diri. Tak sampai 15 minit dia sampai di perkarangan klinik. Sempat dia menarik nafas lega. Tapi perkarangan klinik sunyi sepi. Berkali-kali dia mengetuk pintu tapi masih tiada sahutan. Hati dia mula panas. Marah kerana dalam keadaan genting begini dia sukar mengawal kemarahannya. Kemudian dia terbaca notis di papan tanda. Oh, rupanya kena panggil doctor di kuarters. Dia membaca nama dan no rumah dan terus dia berlari ke kawasan kuarters di sebelah klinik. Selepas memberi salam beberapa kali dan mengetuk pintu. Baru keluar seorang doctor lelaki. Dia melepaskan nafas lega. Syukur sangat-sangat. Selepas dia meminta doctor untuk melihat keadaan Nurul Nissa dia berkejar ke kereta semua. Melihat keadaan Nurul Nisaa yang masih tidak bergerak. Nafasnya turun naik begitu lemah. Sesekali keningnya berkerut-kerut.
“Angkat dia masuk ke dalam. Saya nak periksa” arah doctor muda itu. Suara serak-serak. Maklmu saja baru bangun tidur. Kesian dia kena on call malam ni. Dah nama pun kerja kena la jalankan tanggungjawabkan?
Hasrul hanya memerhati doctor memeriksa nadi dan bacaan tekanan darah Nurul Nissa. Sesekali dia mecatat di buku laporan. Untuk rujukan dia mungkin. Bacaan suhu badan juga dia ambil. Selepas itu dia keluar dari bilik rawatan. Entah ke mana dia tak pasti. Sebab doctor tu kurang bercakap. Dia hanya membuat kerja dia. Selebihnya dia sekadar menjadi pemerhati.
“Dia demam panas ni. Saya masukkan air. Dalam 1 jam lagi boleh bawa dia balik. Awak boleh rehat dulu” doctor kembali dengan sebotol air untuk di masukkan ke dalam badan Nurul Nissa. Kemudian dia membuat suntikan. Sekejap saja sudah selesai kerjanya. Memang pantas dan cekap doctor muda ini bekerja. Jika diperhatikan mungkin tidak banyak pengalaman kerana usia masih muda. Tapi tak semestinya usia menjadi ukuran seseorang cekap melaksanakan tugasnya. Sekarang terbukti sudah, doctor muda ini cekap kendalikan kes kecemasan.
“Terima kasih” Hasrul senyum segaris. Dia melabuhkan punggun di sebelah
Nurul Nissa. Melihat keadaan lemah Nurul Nissa membuatkan dia bertambah menyesal dengan perbuatannya siang tadi. Entah kenapa dia gagal mengawal perasaan cemburu bila melihat ada lelaki lain mendekati Nurul Nissa. Dia cemburu. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa memendang apatah lagi memenggang Nurul Nissa. Kerana Nurul Nissa miliknya. Haknya.
“Macam mana dia boleh demam panas ni. Suhu badan dia tinggi. Demam panas ni bahaya jika dibiarkan. Bimbang jadi perkara lain” tanya doctor. Tangannya masih menulis laporan kesihatan Nurul Nissa.
“Saya pun tak pasti. Sebab pembantu kami yang telifon saya. Saya baru je samapai. Menurut pembantu kami, mereka jumpa dia terbaring di taman. Selebihnya kami tak tahu” cerita Hasrul serba ringkas.
“Oh, tak tahan embun la ni. Kat sini cuaca sejuk. Suhunya tak sama dengan suhu kat bandar sana” doctor itu senyum segaris. 
“Risau saya, nasib baik tak teruk sangat” Hasrul meluahkan kelegaannya. Kemudian dia senyum. Matanya kembali kepada Nurul Nissa. Wajah pucat itu di renung penuh kasih dan sayang. Dia yakin dengan perasaannya. Dia sayangkan gadis di depannnya ini. Dia cinta.
“Tak tahu juga encik. Saya hanya tolong sekadar yang termampu. Selebihnya kena rujuk kepada hospital. Semetara waktu ni saya rasa makan ubat yang saya bagi ni dulu. Kemudian encik kena bawak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut” doctor itu memberi penjelasan.
“Iya saya faham. Tengok keadaan dia, kalau esok demam dia kebah. Saya bawa balik je. Ada apa-apa senang. Kat sini saya bukan biasa sangat. Tak tahu nak hala ke mana” Hasrul rancak bercerita. Kalau boleh dia ingin tahu pasal keadaan Nurul Nissa. Tak apa, bawa balik dan rujuk kepada doctor pakar lebih mudah. Bukan dia tidak percaya dengan doctor di depannya ini. Tapi mengikut doctor muda ni, keadaan dia Cuma demam panas dan perlu di rujuk kepada doctor pakar. Jadi dia ambil keputusan berdiam diri dari bertanya perihal kesihatan Nurul Nissa.
“Dah lama doctor bertugas di sini?” Hasrul berbual kosong. Saja mencari ruang untuk bersembang. Lagi pun waktu sejam agak panjang jika di biarkan sunyi tanpa bercerita.
“Baru lagi. Ada 5 tahun. Isteri saya orang sini. Saya orang Kelantan. Dah rezeki kat sini” doctor muda itu membuka cerita.
“Oh, lama juga tu. Selalu ke ada kes kecemasan macam ni?” Hasrul bertanya ramah. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana terpaksa kejutkan doctor muda itu di waktu pagi.
“Tak selalu. Kadang-kadang sangat. Lagi pun kalau on call memang kena selalu stand by. Tak kira masa orang nak sakit ni” doctor muda itu senyum.
“Maaf dah menyusahkan doctor. Saya ingat nak bawa balik ke KL. Tapi pembantu kami suruh bawa ke sini. Katanya risau dalam perjalanan balik bertambah teruk demamnya” dia bercerita lagi.
“Tak ada apa yang nak di susahkan. Dah nama pun tugas saya. Demam panas ni jangan di biarkan. Melarat jadi benda lain nanti” doctor memberi nasihat.
“Ya ke? Saya tak pernah ambil tahu pun pasal benda ni” dengan berminat Hasrul bertanya. Mana tahu nanti Nurul Nissa tiba-tiba demam macam ni.
“Demam panas yang dihadapi oleh wanita yang hamil memang merisaukan. Kalau boleh cuba elakkan demam panas ketika hamil. Demam sebenrnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Kebisaannya suhu badan normal ialah 37°C. Jika melebihi tahap 37°C akan dikira mengalami demam. Ia mungkin tidak memudaratkan bayi dalam kandungan tapi terhadap kesihatan ibu. Tapi jika ibu demam panas melebihi 39°C selama 3 kali berturut-turut mungkin disebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing, berkemungkinan memberi risiko kepada bayi mengalami sawan. Mungkin juga menyebabkan pembentukan fizikal bayi terbantut. Jadi encik pastikan menjaga kesihatan isteri encik” ulas doctor muda panjang lebar. ‘Isteri’ wah, suka-suka.
“Inysaallah saya akan jaga sebaik mungkin” dalam senyum dia terus menatap wajah Nurul Nissa. ‘Isteri’ jika diizinkan Allah, dia pasti akan menjaga amanah ini sebaik mungkin.
“Biasalah, orang perempuan. Ada masalah sikit mula jatuh sakit, demam. Sebab terlampau fikirkan masalah” doctor seolah-olah dapat membaca kemulut mereka berdua.
“Itu yang saya risaukan. Bila ajak berbincang dia bawa diri ke sini. Macam mana nak selesai masalah kalau tak nak duduk berbincang. Merajuk je bawak diri. Lepas tu demam, bukan ke menyusahkan diri sendiri. Saya tak tahu la nak buat apa” dia seolah-olah meluahkan perasaan.
“Sebab tu kita sebagai lelaki dan suami kena fikir dulu sebelum buat sesuatu. Kadang-kadang benda remeh pun dia orang ambik serious. Kena pandai jaga hati dia orang ni. Dia orang sensitive. Jiwa mudah terusik. Kalau kita anggap benda tu remeh, tapi tidak bagi dia orang. Pandai-pandai memujuk la” kata-kata nasihat dari doctor muda kepada Hasru.
“Saya pun tak terfikir sampai ke sini dia bawa diri. Jenuh saya mencari rumah Mommy dia. Alih-alih demam macam ni baru pembantu dia call saya. Saya ni dah nak gila risau pasal dia. Kalau jadi apa-apa dekat dia saya tak tahu nak jawab apa dengan Mommy dia nanti” dia meraup muka. Tangannya meraba dahi Nurul Nissa. Sudah kurang haba panas. Alhamdulillah.
“Sabar la. Adat berumahtangga. Ada pahit manisnya. Insyaallah tak ada apa-apa” doctor itu memberi kata semangat. Dia kerling jam di dalam bilik rawatan. Hampir 1 jam mereka bersembang. Hilang mengantuknya tadi.
“Doktor dah lama kahwin?” tanya soalan bersifat peribadi. Saja berbual kosong. Lagi pun dia rasa selesa berbual dengan doctor muda ini. Orangnnya handsome. Masih muda.
“Baru juga, masuk 3 tahun. Saya jumpa dengan isteri saya di sini la. Saya mula bertugas tahun 2007. Berkenalan dan berkahwin” cerita dia serba ringkas.
“Dah jodohkan, dah berapa orang anak?” dia bertanya lagi.
“Belum ada rezeki lagi. Insyaallah, ada rezeki saya nanti. Sama-sama kita doakan ya” ucap doctor tu tenang.
“Insyaallah. Belum siap ke doctor?” dia mengalih topic. Lagi pun sudah melencong jauh perbualan mereka ni. Bimbang pula doctor itu tidak selesa bercerita soalan peribadi.
“Sekejap lagi. Oh ya. Ini ubat. Saya bekalkan untuk 1 minggu. Arahan ada saya tulis. Kalau boleh habiskan. Jangan lupa bawa dia berjumpa doctor” dia letakkan ubat dalam plastic dan serahkan kepada Hasrul. Kemudian dia pantas periksa suhu badan. Dia tanggalkan jarum.
“Alhamdulillah. Dah turun sikit suhu ni. Mungkin dia penat. Tapi jangan bimbang. Lepas dia sedar, bagi dia makan sikit sebelum makan ubat” pesan doctor itu.
“Terima kasih doctor. Terima kasih banyak-banyak” Hasrul bersalam dengan doctor. Kemudian dia menghulur sedikit sumbangan tanda terima kasih tidak terhingga.
“Jagan macam ni encik. Saya ni bertugas bukan untuk mendapat imbuhan macam ni. Gaji saya dah cukup untuk memampung saya dengan isteri. Saya tolong ikhlas kerana tugas saya” doctor muda itu menolak sumbangan Hasrul dengan tertib.
“Saya serba salah sebab susahkan doctor. Kalau macam tu terima kasih banyak-banyak. Nanti jumpa kita makan sekali. Saya belanja doctor dengan isteri ya. Insyaallah” ucap Hasrul. Malu sebenarnya kerana sumbangan dia berikan di tolak oleh doctor itu. Bagus doctor muda ni. Menjalankan tugas tanpa meminta balasan. Amanah dia melaksanakan tugasnya.
“Insyaallah. Jaga isteri encik baik-baik. Layankan saja karenah dia. Biasalah orang tengah merajuk” sempat pula dia menepuk bahu Hasrul sambil tersenyum.
Tanpa berlengah Hasrul mencepung Nurul Nissa, doctor tolong membuka pintu kereta. ‘Pasti bukan calang-calang orang ni. Berkereta mewah. Sumbangan yang dia hulurkan tadi pun bukan RM10, RM20. Tapi mau cecah ratusan ringgit. Hai, orang kaya pun ada masalah rupanya. Duit berkepuk-kepuk bukan menjamin kebahagian. Tengok sendiri, isteri merajuk sampai membawa diri ke sini. Demam pula tu. Hai, dunia-dunia’ doctor muda itu bermonolog bila melihat kereta mewah milik Hasrul.
“Terima kasih doctor” Hasrul sempat bersalam sebelum dia memecut laju. Nurul Nissa masih lena tidur. Hai, sampai tidak sedar apa yang berlaku. Doctor cucuk jarum pun tak sedar apa. Demam betul dia ni. Harap-harap pagi esok sihat la dia.
Sampai je di rumah dia membawa masuk ke dalam bilik. Kemudian dia baring di atas sofa dalam bilik Nurul Nissa. Badannya juga penat. Dia perlukan rehat. Sekurang-kurangnya dia lega bila Nurul Nissa ada di depan matanya. Kelibat Mak … dan Pak … kelihatan di ruang tamu. Sudah tertidur mereka berdua.

No comments:

Post a Comment