Oh ya. Susulan daripada peristiwa tu. Aku dapat cuti rehat selama dua hari. Kaki aku cedera hari Rabu malam. Jadi hari Khamis, Jumaat aku cuti sakit. Pastu tambah Sabtu dan Ahad. ‘Jadi berapa hari adik-adik? Empatkan, pandai pun’ hai, sah la aku dah tak berapa nak betul. Aku rasa berjangkit dengan big boss aku la ni. Sebab aku rasa dia semenjank dua menjak ni tak berapa nak betul. ‘Eh, penyakit tak betul ni sejenis virus yang boleh merebak melalui udara ke? Atau melalui sentuhan? Atau melalui jangkitan air liur? Tak pun melalui persetubuhan? Atau tak ada jawapan di atas. Sebab setahu aku tak ada la pulak sepanjang aku belajar subjek sains penyakit tak betul boleh berjangkit. Kalau keturunan itu berkemungkinan besar jugak. Tapi apa kaitan keturunan aku dengan big boss. Sah-sah aku bukan adik dia, kakak dia jauh sekali. Sebab aku lagi muda dari dia. Nak jadi mak dia, mustahil tu. Sebab aku tak kahwin dengan bapak dia. Jadi tak ada kena mengena dengan penyakit keturunan. Sah aku merapu lagi.
Oklah, oklah. Meh la aku cerita. Sebab apa aku cakap encik boss aku tak betul dan aku pun berjangkit jadi tak betul. Sebabnya, semenjak dua menjangk ni. Big boss aku selalu sangat call aku. Sampai je office terus call cakap dia dah sampai. Pastu masuk waktu tengah hari dia call lagi. Cakap dia ada luch dengan client dia. Pastu petang call lagi. Cakap dia tak masuk office sebab ada kerja kat luar. Tak cukup dengan call dia boleh datang rumah aku tiap-tiap hari. Aku naik hairan bin ajaib dengan big boss aku. Apasal dia jadi cam tu. Aku pelik campur aneh. Tapi ia benar. Percayalah. Aku tak tipu. Aku rasa macam aku pulak boss dia. Siap buat laporan lengkap apa yang dia nak buat hari-hari. Pelik la pulak aku rasa. Sebab sebelum ni, aku yang selalu ingatkan dia pasal meeting. Pasal lunch dengan client. Pasal itu, pasal ini. Tup-tup, aku dapat cuti sakit dua hari terus pandai buat sendiri. Kalau macam ni, cuti sakit setahun pun aku nak. Haha… Nauzubillah, mintak dijauhkan. Sakit, mati ni bukan boleh buat main oit.
Kau orang rasa, selama ni dia sengaja nak menguji tahap ingatan aku kan? Sengaja nak uji tahap kesabaran aku melayan kerenah dia sepanjang masa. Ke dia sengaja nak menyusahkan hidup aku eh? Atau dia cuba untuk menarik perhatian aku? Wah, yang last tu tak boleh blah. Tau dek boss mampus kena gelak free. Huhuhu… ‘baik aku padamkan saja kobar asmaraku, yang putih itu takkan ada. Yang aku pinta, tulus hati mu’ hah, keluar lirik lagu Kriss Dayanti aka KD. Haha… gila!
Mommy aku pun dah semakin hari semakin mesra melayan encik boss aku. Ewah, bukan main lagi Mommy aku. Siap boleh bergurau senda bagai. Yang encik boss tu pun satu hal. Kalau dengan aku. Huh, 24 jam serious manjang. Muka ketat je. Kering je. Tak ada perasaan langsung. Tak ada nafsu apa boss aku ni? Ehem, jangan salah faham ya. Nafsu bukan merujuk kepada tut je ok. Maksud aku, nafsu ketawa. Nafsu gembira. Sedih ke. Tapi nafsu yang tut pun aku tak pernah nampak. Dia tengok perempuan macam tak ada perasaan. Client perempuan punya la cun, seksi lagi. Dia boleh buat tak tau je. Kalau dengan aku? Tak usah cerita. Hari-hari jumpa tak pernah ada feeling-feeling ni. Aku rasalah, dia tak ada kot nafsu tut. Hehehe… sebabnya nafsu yang aku selalu nampak ialah nafsu dia marah aku. Naik angin dengan aku. Tapi yang aku hairannya, dengan orang lain dia layan elok je. Boleh je dia cakap elok-elok. Bagitau baik-baik. Part aku je. Mulalah dia nak naik angin. Nak marah tak tentu pasal. Padahal aku tak buat salah apa pun. Sedih tau tak! Dah macam anak tiri tau. ‘Eh, jap-jap. Sejak bila tah dia jadi bapak aku’ huh, tak hinggin ada bapak cam tu! Katakan tak nak! Dah macam iklan rokok pulak.
Oh ya, pasal kereta aku yang tertinggal kat office hari tukan. Big boss aku hantarkan kat rumah tau. Driver dia follow dia la dari belakang. Wah, kelas kau Jah! Sanggup dia drive sendiri sebab nak hantar kereta aku tu. Terharu la juga time tu. Baik la pulak boss aku ni. Nak benci tak jadi la. Nak marah tu still ada la. Sebab dia tak pandai nak minta maaf. Yang dia tahu. ‘sorry-sorry’. Aku tau la maksud ‘sorry’ tu maaf. Tapi ‘sorry’ tu macam tak ada keikhlasan nak minta maaf dari hati kecil yang suci dan murni. Amboi, ayat aku. Bombastic la pulak. Tapi serious. I tell you, if kita nak minta maaf. Kenalah dengan ikhlas. Bukan setakat nak keluarkan ayat ‘sorry’ pastu buat lagi. Then say ‘sorry’ again.
Seperti biasa aku masuk kerja. Cuti sakitkan dua hari je. Cukup-cukupla aku ponteng kerja. Karang bertambah tak betul otak big boss aku tu. Tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali tak betul nanti. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut (merujuk kepada tak betul tadi ya) aku pun dengan rela hatinya masuk kerja. Lagi pun kecederaan kaki aku dah ok sangat-sangat. Bukan setakat berjalan, dah boleh berlari bekejaran dah pun. Terlebih ok sudah. Hehe…
Sampai je kat meja aku. Aku tengok file bersusun-susun atas meja. Siap ada nota lagi. Dari siapa lagi kalau bukan dari big boss aku tu. Ada tiga layer semuanya. Wah, macam kek lapis la pulak. Ada tiga layer berlainan colour lagi tu. Kalau di susun ketiga-tiga lapisan file tadi. Sah, orang tak nampak aku. Sebabnya file tu tinggi macam gunung Kinabalu. Eh, melampau lak. Macam gunung Santubong. Wah, melampau jugak tu. Apa yang penting, aku nak bagitau memang file tu banyak! Boss aku akan meneruskan seksaan dia terhadap aku. Uwaaaaaaa… tak mo-tak mo… habislah…
Tanpa berlengah lagi, aku terus selak file yang ada atas meja aku satu persatu. Wah, semangat gila nak buat kerja. ‘Spirit-spirit come to me’ eh, tu bukan ke ayat yang selalu skrip cerita hantu yang nak panggil roh-roh orang yang dah mati. Alah, yang guna duit syiling tu. Kan, kan? Mak oi, ni cerita seram ke novel cinta ni. Tiba-tiba masuk part seram la pulak. Sorry-sorry. Salah part ya adik-adik. Jangan takut. Ini cerita cinta. Hehe...
Aku jeling jam atas meja aku. Dah dekat pukul 12 tengah hari rupanya. Gila gigih aku buat kerja. Air pun aku tak sempat minum tau. Makan jauh sekali. Patut la perut aku bernyanyi-nyanyi riang. Rupanya minta diisi. Oh, sabarlah duhai perutku yang kempis ini. Sabarlah sayang sekejap lagi aku akan makan sepuas hati. Sikit je lagi kerja ni. Sebenarnya aku sedang bagi moral support kat diri aku sendiri. Karang tak pasal-pasal aku collapse kat sini. Pastu masuk paper Harian Metro nak-nak tajuk headline lagi. “Seorang wanita bekerjaya yang cun telah ditemui mati akibat kelaparan” perghhh… wanita bekerjaya cun tak boleh blah. Sure boss aku nangis baca tajuk tu. Haha… gila!
Aku heran bin ajaib. Aku tak nampak pulak big boss aku hari ni. Batang hidung pun tak nampak. Apa tah lagi bayang dia. Aneh ni. Biasanya, hidup aku tak tenang. Mesti dia kacau aku nak buat kerja. Dengki punya boss! Kalau nak ajak main pun janganlah dalam office boss oi. Nak main kat taman la. Nak-nak main pekek terlolong cam tu. Nak mintak file pun dia menjerit macam perempuan nak bersalin tau. Silap-silap kalah perempuan nak bersalin kalau nak lawan dengan big boss aku tu. Punyala aku panic, rupa-rupanya nak mintak file je. Tak pun nak minta aku fax surat. Nak mintak aku buat copy. Adoi, tertekan hidup aku dapat boss cam tu. Sabar jelah!
Dalam aku duduk mengutuk dia tiba-tiba dia buka pintu bilik dia. ‘Opocot mak kau meletup’ terkejut beruk aku. Beruk tengok aku terkejut pun boleh nangis agaknya. Ingat dia tak ada dalam bilik. Rupanya dia bertapa dalam bilik sepanjang pagi. Baru je aku kutuk dah muncul. Menyesal pulak sebut-sebut nama dia. Tiap kali aku sebut nama dia. Sure dia muncul punya. Dah macam aku seru-seru nama dia. Dasyat juga jampi aku ni. Hehe… apa pulak masuk bab jampi ni. Syirik tau. Dosa besar tu. Masuk neraka.
Eh, eh, big boss aku datang la. Ah sudah, kenapa jantung aku berdebar-bedar ni. Setahu aku, aku tak ada sakit jantung, lemah jantung, jantung berlubang atau seangkatan dengannya. Kenapa agaknya jantung aku berdegup deras ni? Sebab aku mengutuk boss aku dan aku takut dia tahu ke? Atau aku takut dia mengganggu ketenteraman awam aku. Atau aku takut dia marah-marah tak bertempat. Atau semua di atas. Tak lain dan tak bukan. Semua! Huhu… derita hidup aku.
“Ehem, ehem…” encik boss berdehem dua tiga kali. Saja nak tarik perhatian aku. Nak suruh aku layan dia. Kesian diakan, kurang kasih sayang rupanya. Sikit-sikit nak tarik perhatian aku. Sekali aku tarik rambut tu baru padan muka. Huh, geram aku!
“Nissa, come lunch with me” ajak encik boss macam selalu tu. Tapi hari ni nada dia berlainan sedikit daripada hari-hari biasa. Kiranya hari ni nada suara dan intonasi suara dia agak luar biasa. Eh, dah macam cikgu vocal la pulak aku ni.
“Boss, sorry. Nissa banyak kerja. Kalau keluar mesti lambat balik. Kalau lambat balik, tak siap kerja saya ni. Kalau tak siap kerja, saya kena stay back. Kalau saya stay back sure saya balik lambat. Kalau balik lambat sure saya takut duduk sorang-sorang kat office. Tak nak saya” fuh, panjang gila alasan aku bagi. Biar encik boss fikir sikit. Ingat senang-senang ke aku nak melepak tak tentu pasal. Aku banyak kerja tau tak! Diualangi banyak kerja!
“Ehem. Emmm…” encik boss berdehem lagi. ‘sakit tekak ke bang?’ mata dia tak lepas dari pandang aku. ‘Apa kes pulak dia ni? Dah gila ke boss aku ni?’ Aku pelik dengan perangai big boss aku ni.
“Anyway, I ada benda nak bincang. Penting” tu dia ayat intro encik boss setelah sekian lama dia menyepikan diri. Ewah. Aku malas nak layan. Sebab aku banyak kerja. Lagipun aku nak keluar makan ni. Perut aku lapar gila. Kalau dia ada berdiri kat sini semua kerja aku tak menjadi. Mula serba tak kena. Serba salah tau. Malu pun ya jugak.
“Ala, boss. Petang nanti la bincang. Lepas boss masuk lunch ke” aku menolak lagi. Cara aku menolak ajakkan boss aku agak ketara ya. Sebab aku bagi banyak alasan secara terang-terang. Aku bukan apa. Aku malas nak jadi ‘pacat’. Asyik melekat kat betis boss aku tu. Karang tak pasal-pasal wujud gossip yang aku hisap darah boss sendiri. Tak nak aku! Tak rela you.
“Ok then” big boss aku mengalah. Terus masuk bilik dia. Aik, tak jadi keluar ke? Merajuk la tu. Konon-konon tak nak makan. Mogok lapar. Oh, please la encik boss. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Geramnya aku! Nak je aku marah dia. Pulas-pulas telinga dia. Tak sudah-sudah buat perangai cam tu. Dan dengan rasa bersalah dan rendah dirinya aku pun terpaksa bertolak-ansur dengan boss aku untuk kesekelian kalinya. Sabarlah duhai hati. Aku juga yang terpaksa mengalah dalam bab ni.
Aku ketuk la pintu bilik dia. Yalah, takkan nak main redah je. Karang dia tak ready macam mana? Malas aku nak bayangkan. Lantak dialah nak buat apa pun. Dah bilik diakan? Apa nak dikisahkan. Janji aku buat kerja aku. Tak usah nak fikir benda-benda lain. Tak adanya faedah pun.
Masa aku melangkah masuk dalam bilik big boss aku ni. Aku tengok dia tengah cakap dengan handset dia. Bisik-bisik bagai. Macam la aku nak dengar sangat apa yang dia dok sembang tu. Kurang kerja aku nak buat kerja tak bermoral macam tu. Aku masuk dalam ni pun sebab dia dah suruh aku masuk. Kalau tak aku tunggu je kat luar sana.
Aku ni berdiri kaku kat depan dia. Boleh dia tak pelawa pun aku duduk. Paling tak pun, bagi la isyarat suruh aku duduk. Kenapalah aku ni selalu sangat bodohkan diri sendiri. Kalaulah aku tak ubah fikiran tadi. Sah-sah aku dah selamat keluar dari office ni menuju ke kedai mamak nun di seberang jalan. Dah kenyang agaknya perut aku ni. Dah la tengah lapar. Pastu terpaksa pulak jadi patung cendana kat dalam bilik ni. Pembetulan, sebenarnya bukan terpaksa, tapi aku yang suka rela nak masuk bilik ni. Sebab boss aku ni memang suka buat aku jadi serba-salah.
Aku sakit ulu hati. Atau nama saintifiknya ‘Gastric’ mula menyerang. Adus, sakitnya tak terkata. Aku rasa peluh dah pun merintik keluar kat dahi aku. Aku lap dengan tangan aku. Sabar Nissa, sabar. Tekak aku pun dah rasa tak sedap. Mula la rasa loya. Angin dalam badan la ni.
“Sorry boss. I keluar jap” cepat-cepat aku pulas tombol pintu. Kalau tahan sesaat dua aku takut termuntah je kat dalam bilik ni. Tak pasal-pasal aku kena jadi cleaner tak bertauliah.
“Wait, wait” dah dia buat dah. Aku tak hirau. Aku jalan je. Menonon ke toilet. Tak tahan sangat dah ni. Memang dah hujung-hujung dah ni. Sikit je lagi nak keluar. Belum kaki aku melangkah dalam toilet perempuan, tangan boss capai tangan aku. Dan secara tak sengajanya aku termuntah atas kasut dia. ‘Ha, sape suruh tahan aku tadi. Kan dah tahu sebab dan akibatnya’.
“Erk, sorry. Maaf, saya tak sengaja” aku tayang muka tak bersalah. Nak buat macam mana lagi. Dah termuntahkan. Mana boleh tarik balik. Alamak, aku tengok muka encik boss dah berubah merah. Habislah aku. Confirm kena marah ni. Nak buat apa ni? nak lari? Mana sempat. Habislah.
Dia tarik aku masuk toilet. ‘Eh, jap-jap. Boss masuk toilet perempuanlah. Mana boleh? Toilet lelaki sebelah sana encik boss oit’. Lepastu dia tolak badan aku ke singki. Dia capai tissue dan lap bibir aku. Adoi, jangan layan saya macam ni boss. Nanti saya terpikat, susah nanti. Aku sedar yang tindakan boss aku di luar batasan. Cepat-cepat aku ambik tissue dari tangan dia. Biar aku lap sendiri.
“Boss keluar dulu” aku mintak dia keluar dari situ. Aku tau sekarang waktu lunch. Tak ada staff. Jadi, aku tak nak ada mata-mata yang melihat dan membuat andaian sendiri. Aku cukup takut dengan gossip macam tu. Mintak dijauhkan dari benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah.
“I tunggu kat luar. Ada apa-apa jerit je” pesan encik boss sebelum dia melangkah keluar. Lega hati aku. Sebab jantung aku tak berhenti bergetar dari tadi. Apa kena dengan jantung aku ni. Sebab aku sendiripun tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Cepat-cepat aku cuci mulut aku. Kumur dua tiga kali. Nasib baik muntah air je. Sebab angin je tu. Aku tak makan lagi. Bayangkan kalau aku baru lepas makan nasi bariani, air tembikai. Tak usahlah kau orang bayangkan. Jijik tau.
Lepas aku kumur mulut. Lutut aku dah tak berapa nak kuat berdiri. Last-last dunia aku jadi gelap gelita. Oh, bukan masa depan aku yang gelap gelita ya. Jangan salah faham erti kata dunia aku gelap gelita kat atas tu.
Aku buka je mata, dunia aku dah berubah. Ewah ayat aku. Biasanya bilik aku bukan macam ni. Semua serba putih ni. Tempat apa pulak ni? Dah jadi angle ke aku ni? Iskh-ishk perasan tak sudah-sudah aku ni. Hidup aku dan perasan tak dapat dipisahkan lagi. Bagai aur dengan tebing, bagai kuku dan kulit, bagai irama dan lagu. Stop-stop, merapu meraban je kerja aku ni. Entah bila nak siap cerita ni kalau aku dok main-main.
“Boss” aku panggil big boss aku. Terlentok atas kerusi sebelah aku ni. Ala, kesianlah pulak aku tengok gaya dia tidur tu. Dah la dia tinggi macam galah. Tidur pulak sambil duduk. Kau orang bayangkan sendirilah macam mana gaya dia tidur atas kerusi.
“Boss” aku tepuk bahu big boss aku perlahan. Aku duduk atas katil. Kaki aku juntai ke bawah. Sebab aku tak berapa nak tinggi. Jadi kaki aku tergantung la. Hehe… Aku sempat sentuh jarum kat tangan aku tu. Sakit la pulak. Nak cabut takut. Huhu… sakit. Tolong la bukak benda ni. tak nak aku pakai jarum ni. Dah la tak cantik. Tercucuk kat tangan aku. Sakit pulak tu. Pakai gelang emas ke, gelang berlian ke. Nak la jugak.
“Buat apa tu?” tanya big boss aku. Garang siot. Terkejut aku. ingat tak bangun lagi. Rupanya dia dok perati aku dok gosok jarum sambil mengomel-ngomel dari tadi.
“Sakit” aku tanyang muka seposen. Pergelangan tangan aku sua kat big boss. Mintak belas kasian sebenarnya. Harap-harap dia tolong aku cabut jarum ni. Sakit sangat-sangat. Dah la aku takut darah. Silap-silap aku tengok darah boleh pengsan ni.
“Baring sana. Jangan nak pergi mana-mana. Tak habis-habis buat orang risau. I ni, risau dah nak gila tau tak!” marah gila big boss aku. Muka dia dah bertukar jadi merah. Silap-silap boleh jadi hijau. Bertukar jadi Hulk.
“Boss, tangan saya sakit ni” aku merengek-rengek. Dah macam budak-budak. Manja pulak time sakit ni. Nak nangis dah aku ni. Dah la kena marah.
“Mana tak sakit. Duduk diam-diam. Melawan je” dia marah sekali lagi. Garangnya. Selalu dia marah aku tak takut. Tapi hari ni, aku takut sangat-sangat.
“Orang sakit tau tak! Lagi nak marah” huhu… aku nagis. Sengaja belakangkan big boss aku. sakit hati aku. bukannya nak pujuk aku ke apa. Lagi kena marah lagi la.
“Sorry” boss aku bersuara lirih. Menyesallah tu. Taupun.
Aku lelap buat ke berapa kali tah. Entah apa gaya aku tidur pun aku tak pasti. Sebab aku lena sangat-sangat. Tak ingat apa pun. Tak fikir apa pun. Otak aku betul-betul kosong. Sebab tu aku rasa puas sangat-sangat tidur. Tak ada sebarang mimpi yang menggangu lena aku. Segar rasanya lepas bangun dari tidur. Jarum kat tangan aku dah tak ada. ‘Doktor dah buka kot’. Baru je aku nak turun dari katil, nak gi toilet. Tiba-tiba big boss aku masuk. Entah apa yang ada kat tangan dia aku tak ambik pusing. Sebab aku betul-betul tak tahan. Nak terkucil. Pastu nak mandi ke. Badan aku melekit. Bau hamis dah macam bau kambing. Patut la ada pepatah ‘takut air macam kambing’ memang sesuai la pepatah tu.
“Nak pergi mana tu?” tanya big boss aku. Dia tahan aku dari bangun.
“Nak go toilet” aku jawab soalan dia tanpa perasaan. Sebab otak aku dok focus nak gi toilet. Nak kencing. Nak mandi. ‘Tolong jangan lengahkan masa aku boleh tak boss?’ geram aku!
“Buang air kat sini je. Nanti I panggilakn nurse” big boss aku dengan confidentnya jawab. ‘Hoi boss, ingat aku ni orang lumpuh ke? Dah tak boleh nak jalan sendiri gi toilet’ geram aku. Kot ya pun nak layan aku, agak-agak la sama. Ni dah lebih!
“No way! I boleh jalan sendiri la” aku bantah sekeras-kerasnya. Aku dah tak tahan sangat ni. Tolong jangan banyak soal jawab boleh tak boss? Aku gerak laju gi toilet. Bukan jauh mana pun. Dalam berapa tapak je. Maklum jelah, wad aku ni first class tau. Siap ada sofa bagai. Selesa gila wa cakap lu! Hehe… ayat rock keluar lak.
Aku mandi-mada. Bersihkan diri aku yang berbau hamis-hamis kambing tu. Tapi satu aku lupa nak bawak masuk tadi. Benda penting gila. Towel, baju nak salin. Arghhhh… macam mana boleh lupa benda penting tu? Nampaknya memori otak aku semakin tumpul. Huk..huk… nak buat apa ni? takkan nak bertapa dalam toilet ni? dan pilihan yang aku ada ialah. Mintak tolong encik boss aku. Tolong apa? Tolong hulurkan towel, dan baju aku. aku mana ada baju lain. Pakai je la baju ni. uwaaaa… tapi aku malu.
“Boss, ooo boss” aku panggil slow-slow. Sebab aku malu sebenarnya.
“Big boss. Pekak ke hapa ni? Hadoi” aku membebel. Merapu-meraban dah. Sebab aku geram gila. Nak mintak tolong kat sape lagi selain dia. Aku terpaksa tau tak? Kalau tak, aku pun tak hingin tau nak mintak tolong dengan boss aku tu.
Big boss aku tersengeh-sengeh kat belakang pintu. Sengaja menyorok. Saja nak main-mainkan aku la tu. Seronok sangat dia kalau dapat kenakan aku. Agaknya kalau sehari dia tak kenakan aku. Boleh sawan agaknya. Aku ni dah macam toys bagi dia. Ala, alat mainan tu. Ha, macam tu la dia buat aku. ikut suka dia nak buat apa. Nak marah, nak tengking, nak maki, nak apa je la. Ikut suka dia je.
“Boss? Mana ni? Orang nak mintak tolong saat darurat ni. Susah betul la dia ni. Boss ni memang nak kena ni. Sekali aku debik baru tau” aku tak habis-habis membebel, kutuk dia. hehe…
“Hah, ngumpat I la tu. Tak habis-habis mulut tu nak mengata boss sendiri. Derhaka tau tak? Berdosa.” tiba-tiba boss muncul depan pintu toilet. Tersegeh-sengeh tayang gigi dia kat aku. Terkejut aku. Dia suka popup macam tu. Kalau aku ada sakit jantung terus gol. ‘Jap-jap, ada ke patut. Derhaka kat boss berdosa. Kau orang rasa ada ke?’ fikir jap.
“Boss, mintak tolong sikit” aku malas nak layan. Baik aku straight to the point.
“Apa?” dia angkat kening dua, tiga kali. pandang je muka aku. Tunggu aku jawab soalan dia tu.
“Tolong ambikkan towel?” ah, keluarpun ayat tu. Dia sengeh je kat aku. Usha tajam je tengok aku. ‘Apa tengok-tengok!’ huh, otak kuning, hijau, hitam, kelabu, pink. Arghhhhhhhhh…. Aku malu!
Lepas aku siap mandi. Siap-siap ala kadar. Perut aku pun dah mula rasa lapar. Nak balik rumah boleh tak? Aku dah sihat dan kuat. Aku pitam tadi sebab aku gastric je tu. Pastu muntah sebab angin dalam perut aku keluar. Selalu sangat dah aku mengalami nasib macam tu. Tapi hari ni silap timing la pulak. Sekali termuntah kat kaki boss daaa… Sah-sah dia panic tiba-tiba aku pengsan dalam toilet office. Jadi, aku sampai ke sini. Kalau aku, tidur dua, tiga jam ok la. Tak usah sampai ke hospital bagai. Hadoi, boss aku ni memang la. Panic tak tentu pasal.
“Boss, lapar” aku tayang muka seposen.
“Ni, makan la” dia tunjuk makanan hospital yang terhidang atas meja. ‘Euww, tak selera makanan kat hospital ni. Tak nak!’
Aku geleng kepala dua, tiga kali. Sambil buat muka, ‘tak nak’. Harap-harap dia faham la. Aku nak makan something. Bukan makanan ni. Terbantut selera aku. Aku bukan nak cakap makanan hospital tak sedap. Tapi aku memang tak boleh masuk. Tekak aku ni mengada-ngada. Tambah pulak dengan bau-bau ubat kat hospital ni. Pastu tengok pulak macam-macam penyakit dalam ni. Sah aku tak selera nak makan. I cannot stand!
“Nak balik” aku cakap dengan boss macam kanak-kanak rabena yang nak balik dari sekolah. Aku betul-betul nak balik. Nak makan. Lapar ni.
“Mana boleh balik. Stay here” bantah big boss aku. ‘Eh, suka hati dia je nak keputusan bagi pihak aku. Aku ni masih berupaya, tak payah nak on behalf-on behalf ni. Aku boleh buat decision sendiri la’
“Sape nak stay sini. I nak balik. Sekarang!” hah, kan aku dah naik angin. Aku capai handbag aku. Menonon je nak keluar dari bilik tu. Tak boleh jadi. Aku kena larikan diri dari cengkaman big boss aku yang kejam ni. Cis, drama gila. Hehe…
“Nissa, look. Please lisent here. You tak ok lagi. Just stay here. Take some rest” dia pujuk aku. Tarik aku dan dudukkan atas katil. Suruh aku baring, rehat. Oh My Goodness! Aku nak pengsan sekali lagi aci tak? Bukan sebab pening ke hapa. Tapi sebab aku tergoda dengan layanan first class boss aku ni. Apa, ingat wad je first class. Layanan boss aku pun first class tau. Kau orang menyampah eh baca ayat poyo aku ni? Aku tau, kau orang jeles kan-kan? Haha…
“Boss, saya lapar” aku merengek. Eh, sejak bila aku jadi mengada-ngada macam ni. Aku pun tak tahu. Geli pulak bila aku fikir balik.
“Makan la. Ke nak I suapkan?” big boss aku sua hidangan hospital depan aku. huhu… aku tak nak makan. Tolong jangan paksa aku.
“Tak nak” aku geleng kepala. Sumpah, aku tak lalu. Tak selera. Nak balik rumah. Mommy, tolong Nissa please. I need you mom!
“Makan la. Macam mana nak baik kalau liat sangat nak makan. Perut you jangan biar kosong. Dah la ada gastric, degil lagi tu. Tak nak dengar cakap orang. Degil tak sudah-sudah. Macam budak-budak!” bebel big boss aku dengan emosi. Wah, kalah Mommy aku tau.
“I say no. I don’t want” aku tolak tepi. Memang aku tak nak. Paksa macam mana pun aku takkan makan lah. Dia tak kenal lagi aku sape. Dalam kepala ada batu tau.
“Eeee….” Big boss aku geram. Menyirap je dengan perangai aku. Aku tau dia dah hilang sabar tu. Buatlah macam mana pun. Aku memang tak akan makan punya. Aku nak balik. Nak keluar dari hospital ni. Dan yang paling penting aku nak makan. Lapar!
“Bos, saya lapar” aku gosok perut aku. Tayang muka sedih sikit. Huhu… lapar sangat-sangat. Nak mamam. Tolong aku. karang tak pasal-pasal mati kebulur aku.
“You memang degilkan? Suka melawankan?” dia kawal suara dia. tapi dari nada suara dia, aku tahu dia bengang sangat-sangat. Aku hanya mampu senyum je.
“Tunggu sini. Jangan pergi mana-mana” big boss aku bagi arahan. Lepas tu dia blah macam tu je. Tak cakap pun nak pergi mana. Teruk betul. Alang-alang dia tak ada. Baik aku boloskan diri. Apa lagi, lari la. Apa-apa pun makan dulu. Lepastu balik rumah. Tidur. Hehe… Lepas aku tinjau keadaan untuk pastikan line clear, aku terus melarikan diri. Oh ya, sebelum tu. Aku pergi kaunter la. Settle bill dulu. Mana boleh blah macam tu je kan. Berdosa tau. Lepas semua settle aku terus cabut. Nasib baik teksi berderet-deret kat luar. Kalau tak jenuh la aku nak menapak. Dahla perut lapar ni.
Aku pun singgah makan kat warung dekat-dekat area rumah aku. Makan sampai lebam. Kenyang perut aku. Nikmatnya dapat makan. Kat Malaysia ni aku rasa tak ramai yang mati sebab kebuluran. Tapi mati sebab kenyang mungkin ramai. Silap-silap aku pun salah seorang daripada mangsa nahas mati kekenyangan. Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari sebarang kecelakaan. Pastu aku gerak balik rumah. Dalam kepala otak aku tak ada benda lain. Selain daripada tidur. Terbayang tilam aku yang empuk tu. Oh, tak sabarnya aku nak lending.
Sampai je depan pintu pagar rumah aku. eh, pembetulan. Rumah Mommy aku sebenarnya. Sebab arwah Daddy aku bagi rumah tu kat Mommy. Aku menumpang je. Hehe… Cuba teka apa yang aku nampak? Tak lain dan tak bukan. Jaguar putih menjalar kat tempat parking. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta big boss aku tu. Ceh, siap parking bagai. Baik punya port dia.
Lepas aku bagi salam. Aku masuk je la. Selamba je. Rumah aku kan? Buat macam rumah sendiri la. Buat apa nak segan ya dak? Aku kerling kat sofa tetamu. Eh, tak ada orang pun kat situ. Aik, aku naik hairan. Pelik campur aneh. Mana semua orang ya? Yang paling aku hairan, mana big boss aku ya? Ke driver dia yang datang? Tapi buat apa datang sini? Dah salah rumah ke? Aneh-aneh ni.
“Hah, tercegat kat depan pintu kenapa?” Mommy aku tegur aku. Eh, dari mana Mommy, tiba-tiba muncul. Terkejut aku. Aku salam tangan Mummy, tunduk mencium tangan Mommy kesayangan aku. Seperti selalu aku akan cium kedua-dua belah pipi Mummy. Rutin biasa yang aku tak pernah tinggal. Mommy je keluarga yang aku ada. Daddy dah lama tinggalkan kami. Tak ada adik, tak ada kakak mahupun abang untuk menumpang kasih sayang. Oh, syahdu pulak aku rasa. Sunyinya hidup sebagai anak tunggal. Nasib baik Mommy selalu ada di sisi aku.
“Dari mana? Dah makan?” Mommy cium pipi aku bertalu-talu. Aku tahu Mommy sayang sangat-sangat kat aku. Kasih Mommy tak bersempadan.
“Dah” aku angguk-angguk kepala beberapa kali. “Mom, Yuyu naik atas ya. Nak mandi, solat dan tidur” hehe… aku tanyang gigi putih aku.
“Mandi dan solat je. Jangan nak tidur petang-petang ni. Lepas tu turun bawah” Mommy beri arahan. Ala, baru je berangan nak lending atas tilam aku tu. Terencat niat aku yang suci murni ni.
Masuk je dalam bilik aku terus capai towel. Mandi-mandi. Bersihkan diri. Nak solah Asar. Nak solat kenalah wangi-wangi. Kenalah cun-cun. Kan nak mengadap Maha Pencipta. Lepas je siap menunaikan ibadat wajib. Aku bermalas-malas atas tilam empuk aku. Selesanya dapat longgarkan urat saraf aku ni. Badan penat terasa melayang pergi.
“Nissa, oh Nissa” ketukan pintu tidak dia hiraukan. Malas nak layan. Mata tengah mengantuk. Berat je nak angkat kelopak mata.
“Masyaallah, budak bertuah ni. Kan Mommy dah pesan tadi. Tak elok tidur lepas Asar. Bangun Nissa” tepukkan lembut di bahu tidak aku hiraukan. Malah aku kalihkan kepala dan letak atas riba Mommy. Aku dapat rasakan jari Mommy membelai rambut panjang aku. Bestnya dapat bermanja dengan Mommy macam ni.
“Yuyu sayang Mommy” aku peluk pinggan Mommy erat. Selesa berada dalam pangkuan Mommy.
“Yuyu, Yuyu. Dah besar panjang pun nak manja macam ni. Dah kahwin macam mana la anak Mommy ni? Kalau Mommy tak ada macam mana nanti?” usapan jari Mommy berhenti di kepala aku. Jari tadi kalih ke pipi gebu aku pula. Mata aku terbuka luas. Ayat yang paling aku tak suka.
“Mom, how could you. Please don’t say this word. Yuyu tak suka! Yuyu janji akan jaga Mommy sampai bila-bila” aku duduk lalu peluk tubuh Mommy. Aku tak sanggup bayangkan jika Mommy tinggalkan aku seorang diri. Aku tak sanggup. Hidup seorang diri. huhu… tak nak.
“Sayang Mommy” aku cium pipi Mommy aku. Mungkin aku banyak susahkan hati. Sebab kadang-kadang aku degil. Tak dengar cakap Mommy.
“Tau, Mommy pun sayang Nissa. Dah, jom turun bawah. Jangan nak terperap dalam bilik je. Tu, boss awak ada kat bawah tu. Tak elok biar tetamu sendirian” Mommy cuit hidung aku. Tangan aku di tarik mintak turun dari katil. Ala…
“Pergi dapur. Tolong Mak Som kat dapur. Nak jadi apa ni. Kerja dapur tak lulus-lulus” bebel Mommy. Dia dah mula dah. Aku buka apa. Malas tu tak. Cuma, time aku nak tolong. Mak Som halau aku keluar dari dapur. Baru nak ambik mug, Mak Som dah capai dari tangan aku. Belum aku cakap nak tolong potong sayur ke apa ke. Awal-awal dah suruh aku duduk. Tengok je teknik dan kemahiran Mak Som. Kau orang rasa aku salah ke dalam bab ni? Pasal fail kerja dapur sebab aku tak pernah di beri peluang nak belajar ok. Setakat nak cuci pinggan, cuci cawan dan gelas tu je. Bab tu aku terror le. Hehe… aci la kan?
No comments:
Post a Comment