Monday, 17 December 2012

ITU JANJI 1

“Anak Mummy nampak je cam tu. Rambut panjang. Seluar koyak sana sini. Tapi solat tak tinggal. Puasa tiap-tiap hari Isnin dan Khamis” ucap Puan Rosni.
Ni ler rupa anak teruna Puan Rosni tu. Agak-agak kau orang caya tak muka cam ni baik? huhu.... 
            ‘Erkkk… baik apa cam tu? Cam tak berapa nak baik je’ bisik Nissa dalam hati.
            Itu peristiwa tiga bulan lepas. Minggu pertama Nissa bekerja di sana. Bekerja sebagai Admin Executive. Masih banyak yang dia perlu belajar. Bertanya dan terus bertanya. Maklum saja ini kerja pertama selepas Nissa graduate daripada UNIMAS. Universiti Malaysia Sarawak. Nun di bumi Kenyalang sana. Jauh terpisah oleh Laut Cina Selatan tu. Aceh, belajar geografi lak.
            “Nissa! You understand or not what I talking about. I said fax this one. Then this document need to currier” Puan Rosni menghempaskan document di atas meja Nurul Nissa. Tersentak dia dengan jerit pekik Puan Rosni yang tiba-tiba itu.
            “Erkk… Puan. Sorry” hanya itu yang mampu Nissa katakan.
            ‘Salah ke? Bukan ke dia yang suruh currier dan fax benda yang sama. Adoi, orang tua nih. Marah tak agak-agak. Malu beb. Semua orang tengok’ bebel Nissa.
             “You make a same mistake” bebel Puan Rosni lagi.
            ‘Tak habis-habis lagi ke. Agak-agak la. Tau la marah. Jangan sampai jatuhkan air muka orang lain. Malu. Memalukan’ Nissa mengetap bibir merahnya.
            “Buat apa lagi tu. Jadi patung? Dah bisu? Dah kaku? Cepat buat apa yang saya suruh” meletus lagi suara Puan Rosni.
            “Emmm…” Nissa cepat-cepat berlalu.
            “Opocot” Nissa tersadung. Dengan tidak sengaja dia terpaut pada seseorang.
            “Erk… sorry” Nissa tunduk malu.
            ‘Apa malang hari ini. tak pasal-pasal kena marah. Malu satu hal. Ni terpeluk anak teruna orang pulak. Adoi, malunya. Mana nak letak muka ni?’ Nissa mengutuk dalam diam. Hari ini serba tak kena. Ada saja yang salah di mata Puan Rosni.
            “Lain kali jalan tengok depan. Mata ada, pakai!” bebel lelaki itu terus berlalu.
            “Hek eleh. Poyo. Orang minta maaf baik-baik, belagak lak dia” degus Nissa.
            Selesai melaksanakan tugas yang Puan Rosni berikan. Nissa pantas ke meja kerjanya. Dia duduk dan mengadap computer. ‘Haus la pulak. Minum jap’ Nissa berjalan ke arah pantry. Meneguk air sambil mengadap arah sinki.
            “Emmm… elok sangat. Minum tak pandai nak duduk? Tak de bontot agaknya” bidas satu suara.
            “Eh, biar la. Suka hati kita la. Nak minum berdiri ke. Minum duduk ke. Minum sambil baring ke. Kita punya pasal la” bidas Nissa dan terus berlalu.
            “Buatkan I milo. Kurang manis. Buat suam-suam” arah suara itu lagi.
            Nissa berhenti melangkah. Dia pusingkan badannya. Mengadap arah suara itu. matanya tajam menatap wajah bersih lelaki itu. Lelaki yang dia terpeluk sebentar tadi.
            “Kalau saya malas” jawab Nissa berani. Matanya tajam menikam mata lelaki itu.
            “Tetap kena buat. Hantar ke bilik Puan Rosni” arahnya lagi dan terus berlalu.
            “Hishhh… geram!! Mamat poyo” degus Nissa.
            “Apa dia?” lelaki itu menoleh ke arah Nissa.
            “Erkkk… tak ada apa. Hehehehe…” Nissa cover malu.
            Nak tak nak Nissa terpaksa juga membuat air milo yang di minta tadi. Bukan minta. Order. Lebih kepada arahan. Paksaan. Siap request lagi. Tak nak manis. Suam-suam. Ajuk Nissa dengan memek muka yang sengaja di buat-buat.
            Pantas Nissa menghantar ke bilik Puan Rosni. Cepat-cepat dia beredar dari situ. berlama-lama di situ bukan mendatangkan untung. Silap-silap kena marah free je. Pasti ada saja yang tidak kena di mata Puan Rosni. Ada saja. Itu salah. Ini tak kena. Yang tu tak betul. Ini bukan macam ni. Dia saja yang betul agaknya. Orang lain semua salah. Dia ingat dia siapa? Company ni bapak dia punya agaknya. Nissa tak habis-habis membebel dari tadi. Geram masih bersisa.
            “Nissa. Masuk bilik saya” arahan daripada Puan Rosni. Dengan malas Nissa melangkah masuk. Buku nota dan pen pasti dia angkut ke hulu ke hilir. Pernah juga dia lupa bawa nota dan pen. Alih-alih kena marah free dengan Puan Rosni.
            “You can remember what I say? Do you think you good enough? No need to write down?” bebel Puan Rosni. Sejak hari itu dan seterusnya Nissa pasti angkut nota dan pen. Nak-nak kena jumpa Puan Rosni. Harimau betin. Erkk...
            “Yes, Puan Rosni. What can I do?” tanya Nissa. Kaku di sisi meja. Menunggu arahan seterusnya. Lelaki di depan Puan Rosni langsung tidak di pandang walaupun sekilas. Tak hingin pandang.
            “Today Mr Hasrul Khuzairi will join use. After this, you work under him. As a Personal Assistant” terang Puan Rosni.
            “Rul, she Nurul Nissa. Nissa Mr Hasrul Khuzairi” perkenalkan Puan Rosni secara formal.
            “Hi, Nissa menangangkat tangannya. Isyarat peace. Tak sangka dengan tindakan spontanya itu. Mana boleh salam, dosa. Bukan muhrim.
            “Emm… will work together right” Hasrul Khuzairi menghulurkan tangannya kepada Nissa. Lambat-lambat Nissa menyambut tangan itu. Menjaga air muka sebenarnya. Jika tidak tak hingin dia berjabat tangan. Tak rela. Tak sudi. Apa lagi mereka akan bekerjasama. Oh tidak. Mustahil.
            “Puan Rosni. After this, do I need doing what I doing before? Because before this I work under Puan Rosni” tanya Nissa lambat-lambat. Takut untuk bertanya. Tapi jika tak bertanya silap haribulan dia kena buat dua kerja. Kerja dengan Puan Rosni pun tak terbuat. Inikan pula nak handle lelaki poyo ni. Huh!
            “After this you just work under Mr Hasrul Khuzairi. Not under me anymore. Understand?” Puan Rosni memberi kata putus.
            ‘Elok la tu. Tak kerja dengan singa betina. Kerja dengan singa jantan pulak’ kutuk Nissa dalam hati.
            Ala…” Nissa mengeluh. Tak sedar keluhan dia terpacul keluar daripada bibir nipisnya itu.
            “Why? What do you main ‘ala’. What kind the word ‘ala’ emm??” tanya Hasrul Khuzairi. Bakal bos barunya ini. Nadanya sedikit tegas.
            “Eh, tak. Bukan. Salah. Tu…” gugup Nissa. Sudah hilang ayat. Otaknya tidak sempat mengarang ayat-ayat fantastastik untuk memberi alasan logic.
            “Apa-apa. Tak. Bukan. Salah. Apa?” tanya lelaki itu tidak berpuas hati.
            “Maaf. Saya tak bermaksud. Saya tak biasa kerja under majikan lelaki. Saya dah biasa kerja dengan Puan Rosni. Tu yang susah sikit” nah, itu dia ayat yang mampu otak aku karang saat ini. Alasan yang paling logic la tu.
            “Lama-lama biasa la” ucap lelaki itu bersahaja. Nissa pandang wajah bersih lelaki itu. Tidak berkelip matanya. Lama.

            “Jangan pandang I cam tu. Nanti tak lena you malam ni” peril Hasrul Khuzairi tanpa berselindung.
            “Erkk… tak” Nissa cepat-cepat melarikan wajahnya ke tempat lain. Membuang pandangan ke arah lain.
            “You ni ada darah gemuruh eh” tanya Hasrul Khuzairi.
            ‘Eh, tak ada kena mengena langsung. Apa jenis soalan ni?’ tanya Nissa dalam hati. ‘Agaknya kot’ Dia sempat mengiayakan pula. 
            “Ehem… Nissa. You can go now. After this bawa Mr Hasrul Khuzairi kenalkan dengan staff” arah Puan Rosni.
            ‘A’ah. Ya tak ya. Puan Rosni ada di antara kami tadi. Lupa pula ada orang lain. Ingat berdua dengan singa jantan tu. Rupanya singa betina ada sama. Cam ner leh lupa eh’ Nissa menggaru kepala yang tak gatal.
            “Buat apa lagi tu. Dah keluar” arah Puan Rosni lagi.
            ‘Eleh, menghalau lak dia. Cam la aku nak sangat berlama-lama dalam bilik ni. Dalam sangkar singa ni’ Nissa membebel-bebel. Kemudian kakinya pantas menghayungkan langkah ke arah pintu.
            “Tarik jangan tolak” tegur Hasrul Khuzairi apabila melihat Nissa terkial-kial membuka pintu bilik Puan Rosni.
            ‘Hish… tau la. Saje nak malukan aku’ Nissa geram dengan bakal bosnya itu. ada saja yang tak kena. Ada saja yang nak di tegur. Sama dengan Puan Rosni. Pasti ada saja yang hendak ditegur. Sama. Saling tak tumpah. Mereka berdua sama sahaja. Tak habis-habis menyusahkan aku. Gurtu Nissa dalam hati.
            “Cik Nissa. You dah lunch? Jom temankan I” ajak Hasrul Khuzairi.
            “Eh, dah. Dah. Saya dah kenyang. En Hasrul Khuzairi sila la ya” jawab Nissa sopan. Uwekkk… nak termuntah. Plastic. Bombastic. Fantstik. Huh, tak hingin dia bersopan sebegitu rupa. Kirim salam je la.
            “I tak biasa tempat ni. Boleh you temankan I? Just for today” pinta Izwan Rizal ikhlas. Ikhlas ker? Tah-tah ada udang di sebalik mee.
            ‘Alamak. Nak bagi alasan apa eh?’ ligat Nissa berfikir. Otanya seolah-olah malas pula berfikir. Seperti tidak mahu berfungis pula saat ini. geram betul.
            “Jap ya” Nissa mencapai handbag di dalam laci. Kemudian dia menekan profiles dan memilih ringtone. Konon-konon ada incoming call. Hahaha… bijak kan.
            “Saya ada call. Jap ya” Nissa menjauh konon-konon menjawab panggilan. Bercakap beberapa saat. Berlakon habis. Padahal bercakap seorang diri. Dah macam orang gila. Biar gila sekarang daripada gila temankan bos dia makan. Huh, tak nak!
            “Sorry En Hasrul Khuzairi. Saya ada hal. Saya kena pergi sekarang” ucap Nissa dan terus berlalu meninggalkan bosnya tanpa sempat bersuara. ‘Hahaha… selamat’ ketawa Nissa dalam hati.

***          
           
            “Nissa, masuk bilik saya sekarang” arah Hasrul Khuzairi melalui intercom.
            ‘Mak… mampus. Apa lagi yang tak kena ni’ tanya Nissa kepada dirinya sendiri.
            “You pergi mana? Lambat masuk?” tanya Hasrul Khuzairi sinis.
            ‘Eh, apa hal mamat nih? Menyibuk hal orang lak dia’ kutuk Nissa. Nak je dia sembur depan-depan. Tapi fikirkan akalnya masih waras. Nak mampus kena fired jam-jam tu jugak la jawabnya.
            “Oh, tadi saya ada hal. Ada apa ya En Hasrul Khuzairi” jawab Nissa selamba. Saja buat-buat tak faham. Sedangkan dalam hati macam bom nak meletup. Panas je.
            “Emm… suka hati you kan. Nak masuk office pukul berapa. Nak keluar pukul berapa. Agaknya ni office bapak you yang punya” sindir Hasrul Khuzairi sinis.
            ‘Nih dah lebih ni. Main bapak-bapak ni yang sensitive ni’ angin je Nissa.
            “En Hasrul Khuzairi, if nak marah saya. Marah je saya. Jangan nak libatkan bapak saya dalam hal ni. Saya tak suka” jawab Nissa tanpa berselindung lagi.
            “Memang pun. Sebab bapak you tak pandai ajar agaknya you jadi cam ni. Suka hati nak buat apa” sindir Hasrul Khuzairi sekali lagi.
            “Eh, En Hasrul Khuzairi. Saya pantang babitkan bapak or family saya dalam hal ni. If nak marah saya. Marah saya je. Jangan nak libatkan family saya boleh tak?” sudah meninggi suara Nissa. Amarahnya tidak dapat di bendung lagi. Sungguh dia pantang melibatkan family dia dalam hal ni. Pantang benar dia.
            “Suka hati I la nak libatkan sape. Yang you nak hangin ni kenapa?” Hasrul Khuzairi sengaja menyimbah minyak ke dalam api. Semakin terbakar la Nissa.
            “Teruk betul bahasa En Hasrul Khuzairi. Agaknya orang kaya memang cam ni ya. Suka hina orang lain. Suka menjatuhkan maruah orang lain kan?” bidas Nissa dan terus berlalu. Puas hati dia. Biar bos dia tahu yang dia bukan mudah di buli sesuka hati.
            “Nissa! If you tak boleh terima teguran you boleh blah dari sini” lancar Hasrul Khuzairi menuturkan ayat itu. Dia sakit hati. Panas hatinya apabila Nissa melawan kata.
            “Ok, fine. Bye” jawab Nissa pintu bilik Hasrul Khuzairi di hempas kuat. Tanda dia protes. Tanda dia marah. Melepaskan geramnya.
            “Nissa!!” teriak Hasrul Khuzairi dari dalam bilik. Geram sungguh. Nissa seolah-olah sengaja mencabar kewibawaan dirinya.
            “Maria. Mana Nissa?” tanya Hasrul Khuzairi kepada penyambut tetamu syarikat mereka.
            “Nissa dah balik bos. Oh ya, dia tinggalkan ni untuk bos. Katanya tak sempat nak bagi. Dia minta saya pass kan” Maria menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada Hasrul Khuzairi.
            “Thanks” jawab Hasrul Khuzairi dan terus berlalu ke biliknya. Sampul surat itu di buka. Membaca isi kandungan surat tersebut. Buntang matanya melihat ayat yang tertera di atas kertas putih itu.
            Resign letter notice 24 hours. Effective date by today. ‘Ya Allah’ terpacut ayat itu daripada bibir Hasrul Khuzairi. Sungguh dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Nissa. Dia sangkakan Nissa hanya marah. Tapi tidak sangka dia akan meninggalkan syarikat dalam keadaan sebegitu rupa.
            “Mom, I need you’re help” serbu Hasrul Khuzairi ke dalam bilik Puan Rosni.
            Ada apa?” tanya Puan Rosni kehairanan melihat anak terunanya.
            “Nissa” sambil menghulurkan surat perletakan jawatan yang Nissa berikan.
            “What? Apa dah jadi ni? Kenapa? Mana dia?” tanya Puan Rosni bertalu-talu.
            “Dah balik” jawab Hasrul Khuzairi sambil menundukkan wajahnya.
            “Hasrul Khuzairi. What are you doing hah?” tinggi suara Puan Rosni.
            “Nope. Rul tak buat apa-apa. Dia yang terlebih emosi. Mana Rul tau” jawab Hasrul Khuzairi yang masih berselindung.
            “Jangan tipu Mummy. Sepanjang Nissa kerja dengan Mummy dia tak pernah macam ni. Mummy marah dia macam mana pun dia tak sampai resign. Cakap dengan Mom. Apa Hasrul dah buat?” Puan Rosni berdiri di sisi Hasrul Khuzairi yang sedang menunduk memandang kasutnya. Takutla tu.
            “Hasrul marah dia. Sebab dia masuk lambat time lunch tadi. Tiba-tiba dia angin satu badan. Dia marah-marah. Hasrul cakap la. If dia tak nak terima teguran just let go. Resign. Hasrul tengah marah. Memang la cakap macam tu. Dia pun, bukan nak minta maaf. Dah salah, tak nak mengaku. Nak bertekak dengan Rul. Mau Rul tak angin satu badan. Melawan no satu” cerita Hasrul Khuzairi yang cuba selindung hal sebenarnya.
            “Takkan sebab tu je dia berhenti. Mom rasa ada sebab lain ni?” fikir Puan Rosni sambil mundar mandir dalam bilik itu.
            “Hasrul Khuzairi, call Nissa sekarang. Suruh dia jumpa Mom” arah Puan Rosni.
            “Takdenya dia nak pickup call” jawab Hasrul Khuzairi.
            “Call sekarang” arah Puan Rosni tegas.
            Pantas tangan Hasrul Khuzairi mencapai ganggan telifon office dalam bilik Puan Rosni. Lama tak berangkat. Sekali, dua kali, tiga kali, dan beberapa kali dia mencuba tapi hanya sia-sia. Usahanya gagal. Nissa tidak menjawab. Pasti dia cuba mengelak daripada menjawab panggilan daripada office.
            “Call guna hanset” arah Puan Rosni lagi.
            ‘Eh, beria benar orang tua ni. Cam menantu lari daripada rumah lagaknya’ bisik Hasrul Khuzairi apabila melihat reaksi Puan Rosni yang begitu kalut dengan perletakan jawatan Nissa.
            “Cepat!” jerkah Puan Rosni apabila melihat Hasrul Khuzairi masih termenung jauh.
            Pantas jari Hasrul Khuzairi menekan-nekan no Nissa. Telifon BlackBerry Torch di tekapkan di telinganya. Masih juga tidak berangkat. ‘Merajuk betul ni’ desis hati Hasrul Khuzairi. Sebenarnya dia menyesal kerana marah Nissa tidak tentu pasal. Tiba-tiba marah, tiba-tiba hina ayah Nissa. Entah mengapa hatinya panas. Nissa menolak pelawaanya untuk lunch. Nissa mengelak apabila dia cuba menghampiri. Nissa sengaja menghindar apabila dia mendekati.
            “Tak dapat” jawab Hasrul Khuzairi hampa.
            “Hish, budak bertuah. Mana dia pergi ni. Siap dia” bebel Puan Rosni. Kemudian dia mencapai handsetnya. Mendail no Nissa. Tak sampai beberapa saat panggilannya berjawab.
            “Nissa kat mana? Datang office saya sekarang” arah Puan Rosni. Seperti tidak berlaku apa-apa. Seolah-olah dia tidak tahu perang yang tercetus antara Hasrul Khuzairi dan Nissa. Dia sengaja menggunakan kuasa yang ada untuk memanggil Nissa pulang ke office. Hanya itu saja cara yang dia ada. Kerana dia tahu, Nissa tidak pernah ingkar dengan arahanya. Tidak pernah berkata tidak. Tidak pernah berkata tidak boleh. Walaupun dia sering di marahi, sering di tengking. Namun, Nissa tidak pernah mengambil hati. Nissa tidak pernah menyimpan dalam hati. Dia tetap bersikap professional. Tidak mencampuri urusan pribadi dengan urusan kerja.
            “Nissa dah resign” bisik Nissa antara dengar dan tidak. Takut sebenrnya.
            “Who accept you’re resigning letter? You should send notice 1 month. If not, you’re salary burn. I don’t pay you’re salary this month” ugut Puan Rosni.
            “Oh, it’s ok. Never mind. About my salary, should be ok. Thanks Puan Rosni. Sorry if I get anything wrong before this. Please forgive my whole mistake” ucap Nissa lembut. Dia tahu, tindakannya menghantar surat perletakan jawatan tidak beretika. Tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Tapi dia tiada pilihan lain. Dia malas berdepan dengan Hasrul Khuzairi. apatah lagi untuk berdepan dengan Puan Rosni cuba dielakkan.
            Majikannya itu baik sebenarnya. Walaupun mulutnya kadang kala membingitkan telinga. Menyesakkan dada apabila taufan meladan. Tapi Puan Rosni tidak pernah menghina keluarganya. Tidak pernah sekali pun Puan Rosni melibatkan keluarganya walaupun dalam keadaan marah sekalipun. Tapi hari ini, Hasrul Khuzairi telah mencalarkan maruah keluarganya. Menghina ayahnya yang tidak pandai mendidik dan mengajar dia. Mana mungkin dia terima hinaan sedemikian rupa. Mana mungkin dia terima kutukan terhadap ayahnya. Kerana ayahnya aman di sana. Bersemadi di dunia berbeza. Itu membuatkan hatinya tersayat pilu. Menghina orang yang telah tiada. Mengcaci orang yang aman di sana. Sungguh tidak dapat diterima akal.
            “Nissa. Esok masuk kerja seperti biasa. Kerja under saya mulai esok” tegas Puan Rosni bersuara dan terus meletakkan telifon.
            “Erkk… saya” belum sempat Nissa menjawab panggilan terus di matikan.
            ‘Adoi, apa nak buat ni?’ Nissa bertanya sendiri.
            “Pergi tak. Pergi tak. Pergi tak” Nissa mendaki anak-anak tangga satu persatu sambil menghitung sama ada mahu pergi atau tidak kerja esoknya.
            “Hish, Nissa. Pening kepala Mummy. Duduk diam-diam boleh tak?” bebel Puan Lisa. Melihat telatah anak tunggalnya yang dari tadi turun naik tangga. Rimas dia rasakan.
            “Mom, cam mana ni? Esok nak pergi ke tak ni?” Nissa menghampiri Mummynya. Dia merebahkan kepalanya ke riba Mummy. Sambil mendongak melihat kipas berpusing ligat. Matanya terkebil-kebil melihat arah putaran kipas itu. ‘Hish, pening kepala’
            “Pergi je la. Yang nak berhenti tu pasal apa?” Puan Lisa memberi pendapat.
            “Tak nak la. Nissa nak duduk rumah. Goyang kaki. Hehehe…” jawab Nissa berlucuan. Malas sebenarnya untuk pergi kerja. Sekali sekala nak juga lepak-lepak di rumah. Merayau. Shopping. Alangkah seronoknya.
            “Elok sangat la tu. Elok la. Lepak la. Karang kena tapak nih baru tau” Puan Lisa menunjukkan tapak kakinya. Geram dengan anak tunggalnya yang suka bermain-main. Suka sangat ambil mudah tentang semua benda.

No comments:

Post a Comment