Pukul 7.45 malam big boss aku dah terpacak kat depan rumah. Hai, tak solat Maghrib ke bang? Ke ‘cuti’? Kikiki… Janji pukul 8 tapi datang awal kenapa tah. Exited sangat ke nak diner dengan I ni? Cis, perasan kau Nissa! Mommy sebenarnya baru juga balik. Rupanya dia dengan Puan Rosni pergi tempah kad kahwin kami. Patut la tak ada kat rumah petang tadi. Dan encik boss aku pula berani-berani dia lepak rumah aku. Duduk berdua-duaan dengan aku ni. Gatal sungguh dia tu! Nasib baik dia tak ambik kesempatan ke apa tadi. Oh ya, mungkin dia tahu aku tengah ‘cuti’ kot. Hehe… selamat aku! Alah, kalau orang jahat nak rogol mana kira tengah ‘cuti’ ke apa. Main redah je. Fuh, nasib aku baik nampaknya.
Aku pakai evening dress warna hitam, tak over sangat. So, dia nak bawak aku makan kat warung pun kira aci lagi la. Lain lah kalau aku pakai gaun malam yang vogue. Harus aku menangis kalau dia bawa aku ke warung. Tapi dia mana layan warung ni. So, tak perlu risau pasal etika berpakaian. Seperti biasa big boss aku santai dengan kemeja putih dan seluar jeans hitam. Dia pakai apa pun namapak handsome. Orang dah handsome, pakai apa pun kena. Hai, bakal suami siapa tu? Kikiki… sempat lagi tu! Puji juga tu. Ingat pandai mengeji ke big boss dia tu. Rupanya dalam diam dah pandai memuji sekarang ni ya? Kikiki…
Leka dia bersembang dengan Mommy. Tepat jam 8 malam, dia terus minta diri. Hai, pandai dia ambil hati Mommy. Nak ajak anak dara orang keluar siap duduk bersembang, minta izin bagai. Bab tu aku puji. Dia cukup menjaga tutur kata dengan orang yang lebih tua dari dia. Hormat Mommy aku sama seperti dia hormatkan Puan Rosni. Extra mark aku bagi dalam bab tu. Bab-bab lain aku tak tahu lagi. Sebab sepanjang aku kenal dia, memang aku selalu sumpah yang isteri malang dapat suami tamper macam tu. Dah la kering, harap muka je handsome tapi tak ada perasaan. Sekali bakal suami aku la. Hambik kau!
Dia bawa aku makan kat One World Hotel. Aku tak tahu berapa kali aku keluar masuk hotel ni. Tu pun big boss yang bawa atas urusan kerja. Tapi malam ni lain sikit, ni date kita orang selepas dia sah tanda aku sebagai bakal isteri dia. So, aku pun rasa lain juga la. Satu lagi aku paling geram dengan dia ni. Asyik nak pegang tangan aku. Turun dari kereta terus pimpin aku, dah macam aku ni orang buta. Tak tahu nak jalan arah mana. Lepas tu duduk di meja makan, tangan dia gatal sekali lagi nak usap tangan aku atas meja tu. Sekali aku jegilkan mata sekali dia berhenti buat benda gatal tu. Hai berani betul dia sekarang ni.
Makan malam kami sunyi sepi. Memang boring gila. Dah la dia pakai cermin mata hitam malam-malam buta. Dalam hotel pula tu. Gila apa dia ni? So, aku tak tahu dia sedang pandang aku, tengok aku, atau mata dia tengok apa. Aku jadi serba tak kena. Sehingga la sampai hidangan terakhir. Desert ais crim. Aku suka sangat! Lepas tu aku terus ngap tak hinagat dia. Sedang syok aku makan ais crim tu. Aku tergigit benda keras. Cepat-cepat aku luah balik atas napkin. Mata aku bulat pandang wajah big boss. Dia senyum segaris. Lah, senyum pula dia. Dia ambil lap dan melutut depan aku untuk kali ke dua.
“Will you marry me?” dia tanya perlahan dengan gaya romatis habis. Ah, sudah aku jadi gelabah. Tak tahu nak buat apa ni. Dada aku berdegup kencang. Dah mula dah. Aku pandang mata dia. Pandangn redup tu aku yang aku suka.
“Yes, I do” bibir aku tuturkan ayat tu. Tulus dan ikhlas dari hati aku. Ya, aku setuju menjadi isteri dia dunia dan di akhirat insyaallah. Dia sarungkan cincin white gold di jari manis aku. Sedang elok terletak. Satu kucupan hinggap di jari aku. lama sekali. Saat tu, aku dapat rasakan ada satu getaran di dada aku. Menusuk ke jantung aku. Dan akhirnya air mata aku menitis setitik, dua titik dan menjadi semakin lebat. Aku terharu dengan layanan dia. Aku tersentuh dengan cara dia memikat hati aku. Segala kekurangan dia telah aku tutup. Aku hanya nampak segala kebaikan dia. Kerana dia bakal suami aku.
“Don’t cry dear” dia sapu air mata di pipi aku. Sekali lagi hati aku tersentuh. Semakin lebat ia gugur membasahi pipi aku. Aku pegang jari dia, tenung anak mata dia. Ketulusan hati jelas di mata itu. Aku dapat rasakan.
“Thanks a lot” aku senyum segaris sambil sapu air mata di pipi aku. Dia lelaki romantik yang aku kenali. Hanya dia yang aku mahu. Ewah, dan-dan tukar statement.
“Nissa, thanks” dia cium jari aku sekali lagi. Tersarung cincin di jari manis aku. Kini aku dan dia telah mengikat janji untuk bersama-sama melangkah ke jinjiang pelamin. Insyaallah.
“Boss, saya rasa saya tengah bermimpi” aku tergelak sendiri. Mungkin aku rasa benda ni tak masuk akal. Dalam masa sehari dunia aku berubah 360. Sukar untuk aku percaya.
“Can you do me a favor?” tanya boss serious. Dia renung wajah aku lama. Tunggu jawapan aku. dan aku angguk tanpa sepatah kata.
“Call me hubby. Can you?” dia senyum segaris. Kening dia angkat menanti jawapan aku.
“Hah? No way!” aku geleng kepala. Gila apa nak panggil dia hubby? Tak pernah di buat orang. Dia bukan suami aku lagi. Kalau dah jadi suami isteri tak ada masalah.
“Abang?” dia tawar menawar. Lepas tu dia senyum menunggu jawapan aku. oh, handsomenya dia. Jangan senyum macam tu dengan perempuan lain. Jealous aku tau. Makan hati kalau dapat suami handsome macam ni. Kalau yang jenis setia tak apa. tapi kalau yang jenis pantang tengok perempuan dahi lincin yang buat aku tak senang duduk. Bahaya oit.
“Encik Hasrul?” aku pula yang main-main. Tak pernah kami bergurau senda begini. Selalu aku yang suka menjawab, suka melawan. Tapi hari ni kami sama-sama bergurau senda. Oh, indahnya cinta. Aku di bius cinta, lagu duet Melly dan Yusri tu. Kikiki…
“Hasrul” dia setuju. Kemudian dia senyum lebar. Bahagia mungkin untuk menikmati hari bahagia bersama. Sebulan dari sekarang. Bila ingat masa tu, aku mula rasa cuak. Sudah bersedia ke nak pikul tanggungjawab sebagai isteri? Hai…
“Yuyu” dia panggil aku. hah? Mana boleh guna nama tu. Tu nama manja aku guna dengan Mommy dan Daddy je. Suka hati dia je.
“Nama tu untuk someone special only. My Mom and late Daddy” aku bantah keras.
“Someone special? Ok” dia terus diam. Lepas tu dia sedut air sampai habis. Lepas settle bill, dia terus ajak aku balik. Memang dia diam terus lepas aku cakap someone special tu. Aik, takkan merajuk? Kan dah mention someone special Mom dan Dad je. Yang dia nak over sensitive tu kenapa? Pelik betul. Benda tu pun nak merajuk bagai. Sabar je lah!
Hantar je aku dia terus gerak balik. Memang dia diam habis. Langsung tak nak menyembang dengan aku. Susah la, benda kecik macam tu pun nak merajuk. Masam muka bagai. Oh, sejak bila big boss aku pandai merajuk ni? Susah aku macam ni. Nak kena layan rajuk dia sepanjang masa. Hadoi. Teruk tau tak orang tua merajuk. Paling tak boleh aku terima tak bercakap tu. Mogok cakap la kononya, jadi bisu terus baru tahu. Huh!
Baru je nak layan mood romantik, sekali angin dia bertukar arah. Terus terencat saat romantik tadi. Potong stim betul la dia ni. Aku bukan tak nak bagi dia guna nama tu, sebab aku nak dia panggil aku dengan panggilan lain. Bukan dengan panggilan tu. As a husband, aku nak dia guna panggilan lain yang orang lain tak boleh panggil aku dengan nama tu. Ayang? Sayang? Dinda? Honey? Ha, macam tu. Kalau dia panggi Yuyu dah sama macam Mommy aku panggil aku. Nak datang perbezaan celah mananya?
Aku capai hanset aku. Dail nombor big boss aku. Lama aku tunggu tak bersambut sampai masuk voice mail box tau. Rugi kredit aku. Lepas tu aku cuba lagi, pun sama. Hai, merajuk sakan dia ni. Sampai aku call pun tak nak angkat ni. Apa kes ni, agak-agak la nak merajuk pun. Aku nak pujuk la ni. Nak minta maaf. Angkat la fon tu! Tiga kali cubaan, dia masih tak angkat. Aku mula putus asa. Malas aku nak layan rajuk dia. Lantak la. Aku salin baju, terus tidur.
Aku masuk kerja seperti biasa. Rutin harian aku kemas bilik encik boss. Aku langkah masuk je dalam bilik dia. Aku pandang susuk tubuh yang baring kat sofa. Bila aku amati betul-betul aku dah dapat agak siapa tu. Hai, merajuk sampai bawa diri ke office encik abang ni. Apa punya perangai aku tak tahu la. Esok-esok dah kahwin kalau buat macam ni aku tak tahu la. Kalau merajuk tidur office tak apa lagi. Di buatnya tidur rumah bini muda, mau aku mengamuk. Nauzubillah. Mintak simpang.
“Boss, boss” aku tepuk bahu dia perlahan. Hai, tidur mati ke apa dia ni. Dah nak masuk pukul 8 pagi dah ni. Jap lagi budak-budak office masuk tak ke malu.
“Boss, bangun!” aku naikkan volume suara, aku tepuk kuat kat bahu dia. Bagi rasa sakit. Baru nak bangun agaknya. Hai, kalau ikut hati aku. Nak je aku siram dengan air mineral ni. Baru dia mengelait. Nasib baik tangan dia tak kena muka aku. Tak senonoh punya budak!
“You buat apa kat bilik I ni?” dia soal aku pelik. Dia dah pun berada dalam keadaan duduk sambil betulkan rambut dia yang dah kusut masai. Aku tengok dah macam orang gila dah. Dengan baju renyuk seribu. Parah betul rajuk big boss aku ni. Hai, dia buat perangai tak berapa nak cerdik.
Rambut kusut macam ni pun dia still nampak handsome kan? hai... angau betul! hehe...
Rambut kusut macam ni pun dia still nampak handsome kan? hai... angau betul! hehe...
“Tidur sini ke malam tadi? Orang call banyak kali kenapa tak angkat, risau tahu tak?” kau membebel. Soalan dia aku ajukan dengan soalan balik. Aku bukan apa, ada juga risau lepas dia hantar aku balik tu. Dah la dia diam tak nak cakap dengan aku. Bila aku call tak nak angkat. Mau tak risau kenangkan pernagai dia ni. Bertuah punya budak! Dia langsung tak layan aku. Dia capai handset, blazer dan keluar macam tu je. Masyaallah. Dia ni kan, sengaja menguji tahap kesabaran aku sebenarnya.
“Boss ni kenapa? Dah bisu? Saya tanya ni boleh dia buat tak tahu je” aku berdiri depan dia. Berani sangat la kononya. Dia tolak aku ke tepi. Sebab aku halang laluan dia nak keluar tu. Dengan beraninya aku capai tangan dia. Terus dia berhenti. Tegak berdiri mangadap aku. Alamak, apa aku dah buat ni. Aku jadi takut.
“Sorry, I not main it” aku lepas tangan dia. Tunduk kaku di situ. Dada aku hanya Tuhan yang tahu. Mengalunkan rentak laju tak seimbang.
“Nissa, you know I really love you. Form bottom in my heart, deep inside” dia pegang dada dia. Suara dia perlahan berbisik ke telinga aku. Dan aku dapat rasakan dia meletakkan dagu dia di atas kepala aku. Tangan dia mula berani melingkar di pinggan aku. Sebelum kucupan di dahi, di pipi dan berhenti di bibir aku. Sungguh aku terbuai dengan perasaan ini. Tapi kami masih bukan yang halal. Dosa tetap dosa, yang haram tetap haram. Aku cuba jarakkan diri aku. jika dia tidak sedar akan telanjuran kami, jadi aku perlu ingatkan.
“Boss, saya keluar dulu” aku menahan getar suara. Muka aku rasakan bahangnya. Pasti merah menyala saat ini. Aku terus melangkah walaupun aku dengar dia memanggil nama aku. Lagi lama aku kat dalam ni aku takut kami berdua hilang kawalan. Betul orang tua selalu pesan, orang bertunang ni darah manis. Tak elok selalu berjumpa. Takut benda yang tak elok berlaku.
Lepas tu dia keluar. Balik ke rumah mungkin. Mesti la balik mandi. Dari semalam duduk office, agak-agak la nak terus kerja dengan muka tak mandinya. Lepas beberapa minit dia pergi. Satu massage masuk dalam handset aku. “I’m going back. Take a shower. See you lunch time. Love you dear” aku senyum baca massage dari dia. Walaupun simple, tapi hati aku berbunga riang. Bahagia sangat-sangat. Aku ketap bibir, masih terasa hangatnya kucupuan dia sebentar tadi. Aku jadi malu sendiri dengan apa yang berlaku.
‘Nissa, kerja. Jangan dok berangan je’ aku marah diri aku sendiri. Makin dilayan makin menjadi aku ni. Hai, susah dapat penyakit angau ni ya. Begini rasanya bila dilamun cinta. Asyik kerkenang-kenangkan dirinya sahaja. Semua indah-indah belaka. Sabar je lah!
Aku siapkan kerja yang terbengkalai secepat mungkin. Sementara big boss tak masuk lagi. Jadi jiwa aku pun tenang nak buat kerja. Kalau dia ada aku rasa serba tak kena. Nak-nak dia panggil masuk bilik dia. Mengadap muka dia 24 jam, lagi buat aku hilang punca. Aku tahu dia handsome. Jadi, tak perlu kot dia nak aku pandang je wajah dia 24 jam. Sampai aku tak boleh buat kerja lain. Teruk betul!
Pukul 12.30 tengah hari baru nampak batang hidung dia. Lepas tu dia minta aku hantar air mineral ke bilik dia. Aku akur. Ambil sebotol mineral dan gelas bersih sebelum hantar ke bilik dia seperti biasa. Selepas mendapat arahan masuk, baru aku tolak daun pintu yang berat nak mampus ni. Habis tenaga aku nak tolak pintu kebal ni. Aku letak atas meja depan dia. Dia capai dan terus minum. Haus sangat la tu. Kat luar panas, dah nama pun tengah hari.
“Nissa, lunch together” dia bagi arahan sebelum dia sibuk menyemak file atas meja dia. Aku angguk kepala sebelum keluar dari bilik tu. Busy sangat dia, sampai tak sudi nak pandang aku. huhu… sedih rasanya.
Aku sambung kerja aku. malas nak layan perasaan. Bukan dapat apa-apa faedah pun. Buat sakit hati je. Kita yang terlebih, dia biasa je. Relax je aku tengok. Buat malu diri sendiri je. Nanti orang kata aku yang terhegeh-hegeh. Tak ke memalukan diri sendiri. Sedar tak sedar dah pun pukul 1.00 petang. Kerja aku pun dah hampir siap. Jadi masuk lunch nanti tak ada la penat sangat nak kejar dateline. Sebab dah hamper siap semuanya. Tunggu semak dan print proposal je. Lepas tu boleh rehatkan otak aku. hehe…
Sempat aku kerling bilik big boss aku aka bakal suami aku tu. Eawah, gatal nak jugak mention. ‘Dah pukul satu ni. Tak reti-reti nak keluar makan ke? Tadi beria ajak lunch sama’ aku membebel dalam hati. Bukan apa, perut aku dah lapar ni. Dah la pagi tadi tak sempat nak sarapan. Tu pun gara-gara tidur lewat sebab risaukan big boss. Aku lambat bangun pagi ni. Sekarang dah pun pukul 1.00 petang. Belum jamah apa-apa pun lagi. ‘Dia ni nak keluar ke tak nak?’ aku geram, tahap kesabaran aku tak berapa nak tebal ni. Dah nipis sangat dah. Hangin je!
“Nissa, sorry our lunch cancel. I got appointment. See you letter” lepas tu dia terus blah macam tu je. Oh May Good! Aku rasa nak makan orang sekarang jugak! Terus hilang selera makan. Dah tak ada nafsu dah nak makan. Sedih kot. Huhuhu… sampai hati dia.
Hari ini memang aku tak keluar ke mana-mana. Aku duduk bertapa dalam office. Buat kerja sampai siap. Pukul 5 petang pun batang hidung big boss tak juga muncul. Dan aku balik rumah dalam keadaan perut lapar. Memang aku tengah mogok lapar. Saja nak seksa diri sendiri. Aku pun tak faham kenapa aku jadi macam ni. Sebelum ni ok je. Tak kisah pun dia nak masuk office ke tak nak masuk ke. Nak lunch sama ke tak ke. Sejak dia melamar, aku jadi mengada-ngada pasal apa entah. Hai, hati. Jangan la kau layankan sangat. Kelak akan kecewa. Merana siapa yang menanggung? Aku jugak! Uwaaa… sedih sangat-sangat.
Sampai je rumah aku daki anak tangga. Masuk bilik. Kunci pintu. Murah benar air mata aku kenapa la. Aku menangis kerana dia? Emosi aku tak berapa nak betul sekarang ni. Aku pun tak faham. Entah apa yang sedih sangat sampai aku menangis beria-ia pun aku tak tahu. Tapi aku rasa nak menangis je. Untuk apa dan kenapa aku pun tak pasti. Lepas aku menangis aku rasa lega sikit. Mata aku pun dah sembab. Merah kalah mata hantu dalam cerita “Kekasihku Seru” eh ada ke tajuk cerita tu. Ala, cerita yang Misya Omar nyanyi lagu tema tu. Tajuk ‘Pulangkan’.
Lepas mandi dan solat. Aku duduk bertapa dalam bilik. Malas nak turun makan. Malas nak sembang dengan Mommy dengan keadaan mata aku bengkak, hidung merah ni. Nanti banyak pula soalnya. Tak apa, hari ni aku benar-benar mogok lapar. Seharian aku tak jamah makanan. Minum pun air masak je. Apa nak jadi-jadi la. Aku betul-betul marah dengan diri aku sendiri. Layankan sangat perasaan tu. Kan sendiri yang merana. Sudah diingatkan beberapa kali, tetapi degil juga. Tengok sekarang siapa yang susah. Diri sendiri juga yang merana. Dia sendiri yang tanggung. Tak adanya dia nak ambil kisah pasal aku ni.
Ketukan di pintu bilik aku tak peduli. Aku tahu pasti Mommy ajak makan malam. Pukul 8 malam, time kami makan malam bersama. Masa ini aku dan Mommy berkongsi cerita sepanjang hari. Cerita di tempat kerja, cerita jiran-jiran, cerita pasal kawan-kawan, cerita dalam tv pun jalan. Semua benda kami kongsi bersama-sama. Ada saja cerita yang melucukan untuk kami kongsi. Ada cerita untuk melepaskan amarah. Macam-macam la.
“Yuyu, jom keluar makan. Mommy dah siap hidang ni” Mommy ketuk sekali lagi pintu bilik aku.
“Mom, malam ni Yuyu diet. Mom makan la” aku jawab dari dalam tanpa buka pintu bilik. Memang buat masa sekarang aku tak nak jumpa Mommy atau siapa-siap. Mata aku tengah bengkak dan merah ni. Malu kalau orang nampak. Lepas tu terus diam. Tak ada ketukan di pintu lagi. Lega rasa hati aku. baru aku nak tenangkan diri, bunyi pula handset kesayangan aku tu. Tak lain dan tak bukan panggilan dari big boss aku. aku biarkan sekali, dua kali dan kali ketiga baru angkat. Ok, ada kesunnguhan di situ.
“Assalamualaikum” aku bagi salam. Dapat sahutan dari hujung sana. Alhamdulillah, dia sudi mendokan kesejahteraan untuk aku.
“Dah makan?” dia soal aku. santai gaya dia cakap. Macam tak ada apa-apa berlaku antara aku dan dia pagi tadi. Seolah-olah dia tak bersalah membatalkan makan tengah hari. Emm…
“Dah” aku jawab sepatah. Tak berminat untuk panjangkan perbualan. Kalau boleh aku nak tamatkan secepat mungkin.
“You sihat? Kenapa suara lain je. I tanya your Mom tadi. Dia cakap sejak balik kerja you tak keluar dari bilik. Kenapa? Ada masalah ke?” dia bertanya dengan gaya perihatin la sangat.
“I ok, sihat. Malam ni I diet” aku menipu. Terpaksa ok!
“Keluar jap. I ada kat rumah you ni” dia pujuk aku. hah? Dia ada kat sini, buat apa datang sini? Balik la rumah dia. Menyemak rumah aku ni kenapa? Teruk betul dia ni.
“Tak larat la. Jumpa esok je la. Ok good nite” aku putuskan talian dan aku offkan handset aku. Tak nak diganggu buat masa ni. Memang aku tak ada hati nak jumpa dia atau sesiapa sahaja. Aku nak rehat, tenangkan otak aku yang bercelaru ni. Aku perlukan ruang untuk aku bersendiri. Memang cara aku agak kurang ajar, kurang sopan dan tak patut. Tapi aku tak ada pilihan lain. Kalau aku keluar, maknanya aku kena tanyang muka aku dengan mata yang merah dan sembab ni? Mesti Mommy banyak soal.
Ketukan bertalu-talu pintu bilik aku tak pedulikan. Aku diamkan diri. Pura-pura tidur. Malam itu aku tidur dalam keadaan perut lapar yang teramat sangat. Jangan la gastric aku menyerang. Nanti aku akan susahkan Mommy. Kesian pula aku dengan Mommy kalau aku sakit. Tak pasal-pasal risau pula orang tua tu. Pukul 12 tengah malam aku terjaga. Memang tak boleh tahan sangat-sangat. Perut aku perlu diisi. Aku keluar dari bilik perlahan-lahan. Turun tangga dan terus ke dapur. Terhendap-hendap dah macam gaya penyamun dah aku ni. Aku bancuh air hot coklat dan makan roti dua, tiga keeping. Pedih ulu hati aku bila masuk makanan dan air. Lepas tu aku cari ubat aku, baik aku telan sekarang dari sakit esok. Bak kata orang ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Hehe…
Lepas makan, aku cuci mug aku. Lepas tu aku lepak depan tv. Cahaya samar dari laman rumah sudah cukup untuk aku. Jadi aku malas nak buka lampu utama. Lepas satu, satu chanel aku tukar. Semua tak menarik minat aku. Ya lah, dah pukul 12 lebih. Kalau ada cerita best pun siapa yang nak tengok. Aku tutup tv, menapak naik ke bilik aku. Aku rebahkan badan terus hanyut. Aku rasa effect daripada ubat yang aku makan tu. Sah, memang tidak syak lagi. Haha…
Aku bangun awal pagi, tolong Mommy aku kat dapur. Nak ambik hati punya pasal. Malam tadi dah buat salah, hari ni kena la ambik hati dia. Lepas je sarapan, aku terus ke tempat kerja. Mommy pun tak banyak soal jawab dengan aku. Dia tak buka topic pun pasal big boss datang ke sini or what ever. So, aku anggap benda tu dah settle setakat tu je.
Aku sampai awal office hari ni. Semangat aku datang kerja. Cepat-cepat aku kemas bilik big boss. Lepas tu aku duduk di meja aku. Buka e-mail dan baca jika ada isu yang penting. Biasanya kalau penting aku akan terus buat. Takut lupa. Kalau client tanya pasal benda-benda yang simple aku boleh reply sendiri. Tak perlu tinggu approver daripada big boss. Kecuali benda tu melibatkan isu besar aku kena la dapat pengesahan dia dulu. Lepas dapat green light baru aku send siap dengan attach file sekali. Bagi details berkaitan isu berbangkit. Senangkan kerja aku? Sekali aku silap, mampus aku kena baboo dengan big boss aku. Siap kena hantar appologize letter kat client bagai. Bisalah, dah nama pun kerja. Kalau tak silap bukan manusia la tu. Lagikan roboot pun buat silap walaupun dah diprogramkan. Inikan pula kita manusia biasa.
Sedang aku leka menaganalisis file projek. Ada suara yang berdehem sebelah aku. Emmm, tak tengok pun aku tahu. Dari wangian perfume dia pun aku dah boleh kenal. Nak-nak gaya dehem dia tu. Kenal sangat-sangat. Aku dongak, tengok muka dia sekilas. Tengah tunggu arahan dia ni. Kalau tak ‘Nissa, masuk bilik saya sekarang’ tak pun ‘Nissa hantar mineral water ke bilik saya’ atau ‘Nissa, ada pesanan untuk saya?’ antara ayat-ayat yang biasa sangat dia guna pakai. Aku dah boleh hafal dah. Tak advanture langsungkan?
“Masuk bilik saya sekarang” hah, kan aku dah cakap. Dia guna ayat sama je. Masuk bilik saya sekarang, aku ajuk dia cakap. Pagi-pagi dah panggil masuk bilik. Apa kes?
“Duduk” aku tarik kerusi duduk depan dia. Blazer dia tanggalkan. Kemudian dia on laptop dia. Aircond bilik aku awal-awal dah on. Maklum la, bilik dia kena sentiasa sejuk. Bagi hati dia yang panas tu sejuk sikit. Hehe… aku buka nota aku, pen pun aku dah ready. Nak tulis apa-apa tugasa yang aku kena buat. Prepared latter tu kerja wajib aku. Memo pun kerja aku jugak tu. Selain kerja buat air dan jadi asscort dia time dia nak keluar jumpa client.
“Malam tadi kenapa tak makan? Mogok lapar?” dia tanya aku soalan peribadi nampaknya. Mata dia tajam pandang aku. Apa pandang-pandang nak kena cungkil biji mata agaknya. Biar jadi Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku. Baru padan muka. Suka hati la orang nak makan ke tak nak makan ke. Yang dia nak susah tu kenapa? Sibuk je!
“Diet” aku bagi alasan yang biasa kaum wanita guna. Malam tak boleh makan. Nanti cepat naik badan. So, malam biasanya kaum wanita akan diet. Huh, sanggup tu.
“Tyapical answer. Do you take a breakfirst?” dia soal aku lagi. Wajah dia masih seperti tadi. Riak serious manjang. Datang bulan ke apa big boss aku ni?
“Yes” aku jawab juga soalan yang tak berapa nak cerdik tu.
“Take milk?” dia soal macam aku kanak-kanak raibena.
“No. dislike milk anymore” aku bagi alasan.
“Then, follow me” dia tarik aku keluar dari bilik dia. Terus ke pantry. Dia buka peti sejuk. Ambil satu kotak susu berperisa coklat. Dia bagi kat aku. Cepat-cepat aku gelang kepala. Aku hantar isyarat, ‘tak nak’.
“Minum sampai habis” dia bagi arahan sekali lagi. Dengan berat hati aku ambil. Aku sedut perlahan-lahan. Mula-mula aku tak boleh nak telan. Aku jelir lidah nak muntah. Dia jegilkan mata. Aku telan juga. Punyalah susah payah aku nak habiskan sekotak air susu Dutchlady berpelisa coklat tu. Nasib baik perisa coklat. Cuba susu putih yang pure. Sah aku muntah hijau. Tak sanggup aku nak telan. Lepas berpuas hati aku habiskan sekotak susu, baru dia beredar dari pantry. Gila! Tak ada kerja agaknya. Paksa-paksa orang minum susu dah ada gaya macam doctor. Mesti dulu cita-cita nak jadi doctor tapi tak tercapai. Kesian dia.
Lepas aku campak kotak dalm bakul sampah. Aku gi kat sinki, kumur mulut aku puas-puas. Ah, tak suka-tak suka! Macam mana tah aku boleh minum tadi. Takut? Tak kot. Seram? Lagi la tak, sebab dia bukan hantu aku nak seram bagai. Hormat? Emmm, boleh jadi la. Sebab aku hormat dia kot aku habiskan susu tadi. Oh, tidak… selamat air susu masuk perut aku pagi ni.
“Berani muntah la baik” suara garau tegur aku dari belakang. Cis, tak guna punya big boss. Boleh dia tinjau apa yang aku buat. Arghhhh… aku nak gila melayan perangai dia ni. Lepas aku lap mulut aku dengan tissue, aku jeling dia sebelum aku keluar dari pantry. Menyemak je duduk dalam tu lama-lama. Panas hati aku tau tak!!!
“Tau takut. Derhaka tu hukumnya berdosa tau tak?” sempat dia membebel kat aku. Aku tahu dia ada kat belakang aku dari bunyi derap kaki dia tu. Hamboi, sedapnya bahasa. Dari mana tah dia belajar derhaka dengan boss hukumnya berdosa. Ajaran sesat mana dia belajar ni? Adik-adik jangan dok percaya dengan ayat dia ni. Sebab dia mereng, tak center, tak betul, skru otak dia tertanggal, sewel, mangkuk hayung, kuali, sudu, garfu... arghhhh… aku ke dia yang gila sekarang ni? Siapa nak tolong jawabkan?
Aku pusing badan. Terkejut dia sebab aku tiba-tiba pusing 180 darjah. Kau orang fikir la macam mana kedudukan aku sekarang. Semua belajar matametikkan? Pergi ambik ukur sudut sana. Jangan nak malas sangat. Kata nak jadi pandai. Kenala rajin buat latihan. Haha.. gila!
“Tak takut, hormat je” aku jawab sebelum aku pusing balik badan aku dalam kedudukan asal tadi. Hah, jadi berapa pusingan sudut yang aku dah buat? 360 darjah ke? Atau 180 darjah? Kau orang kira sendiri. Malas aku nak bagi jawapan bocor kat sini. Ingat senang aku nak bagi free-free je. Bayar-bayar! Haha… aku tahu la kau orang beli novel aku ni. Kira bayar. Tapi aku tetap malas nak bagi jawapan. Kau orang cari sendiri.
“Menjawab-menjawab. Cium karang baru tahu” dia mengomel kat belakang aku tu. Apa ingat aku pekak badak sangat ke tak boleh dengar apa yang dia dok bebelkan tu. Kalau dah kuat macam nak buat announcement, nak bagi satu bangunan dengar tak payah la. Aku malas nak layan boss sengal macam dia ni. Lebih baik aku buat-buat pekak badak.
Aku duduk kat tempat aku, dia masih berdiri depan meja aku tu. Aik, apa kes? Aku saja buat-buat tak nampak. Pada hal menyemak je kat sini. Nak sangat berdirikan, berdiri la sampai kesudah. Aku malas nak layan. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Ada baiknya aku buat-buat tak tahu. Buat-buat tak sedar kewujudan dia kat depan aku ni. Anggap dia halimunan. Tak wujud, tak ada rupa, tak ada bentuk, tak ada warna mahupun bau. Aceh, apa kena mengena ntah bab halimunan dengan benda-benda tu semua. Aku mengarut lagi kat sini.
Tak sampai pun 10 minit dia berdiri kat sini. Lepas tu gerak masuk bilik dia. Hai, dah boring ke bang buat benda yang tak berapa nak berfaedah ni? Kiki… aku gelak jahat. Padan muka! Ingat nak tunjuk kuat la kononnya. Sekali belum apa-apa dah pancit. Hai, kesian dia. Aku pura-pura simpati je ni. Bukan betul-betul. Ayat kesian aku tu ayat perli sinis-sinis manja tau. Hahaha… lantak dia la, malas aku nak layan. Buat kerja lagi bagus. Akukan ‘busy’. Kikiki…
No comments:
Post a Comment