Aku masuk kerja seperti biasa. Melaksanakan rutin harian aku. Sediakan air dalam bilik dia. Kemudian aku kembali ke meja aku untuk mulakan kerja aku. Aku cuba untuk melupakan peristiwa semalam. Berlagak seolah-olah aku tidak tahu, tak dengar atau tak nampak. Supaya aku dapat merawat hati sendiri. Aku cuba untuk sibukkan diri sendiri. Sebolehnya cuba untuk tidak bersua muka dengan dia hari ini. Tapi itu mustahil untuk aku elak. Selaku PA aku adalah orang yang paling rapat dalam soal kerja. Jadi, aku perlu bersedia untuk berdepan dengan dia.
“Good morning dear” aku dapat SMS daripada dia. Tapi aku biarkan sepi tanpa balasan. Mungkin bukan untuk aku. Salah hantar mungkin. Aku teruskan kerja tanpa sebarang gangguan. Aku pun tidak pasti dia sudah masuk atau belum. Menjelang tengah hari aku masih belum nampak batang hidung dia. Maksudnya dia tak datang hari ni. Hati aku jadi sayu sendiri. Terasa semakin menjauh. Terasing sendiri. Pilu hati tak siapa yang tahu. Hendak diluah tak tahu kepada siapa yang perlu dikongsikan. Akhirnya berdiam diri cara terbaik. Menjeruk rasa sendiri.
Selesai solat Zohor aku terus mengadap kerja yang tak pernah habis. Memang kerja aku kadang-kadang terlalu banyak. Tambahan pula akhir bulan. Akaun nak close. Projek pun kena pantau setiap hujung bulan. Kena siapkan report bulanan. Statistic. Segala macam lagi. Gaji masuk, kerja pun masuk. Hai… nasib badan. Dah nama pun kuli. Kerja tetap kerja. Nak tak nak kena buat juga. Dalam sedar tak sedar sudah pun pukul 4 petang. Lagi satu jam masa balik. Bebanan kerja banyak juga membantu aku untuk melupakan perkara yang berlaku semalam. Mungkin ini cara yang terbaik untuk melupakan perkara yang lepas. Sibukkan diri sendiri dengan benda lain. Daripada fikirkan benda yang membuatkan hati terluka sendiri. Lagi pun hari ni boss tak masuk. Sekurang-kurangnya aku dapat juga melupakan peristiwa tu.
Tepat pukul 5 petang aku terus keluar dari pejabat. Bergegas ke tempat parking. Mahu pulang segera. Aku rasakan perut kurang selesa. Mana tidaknya sejak pagi dia tidak menjamah makanan. Hanya minum air masak sepanjang hari. Nampak gayanya gastric menyerang lagi. Bukan dia tak mahu makan tengah hari tadi. Tapi perut langsung tak lapar. Malah dia leka dengan kerja-kerja yang bertimbun. Kesudahannya sakit sendiri. Kalau Mommy tahu, pasti bising. Bersedia untuk tadah telinga Nurul Nissa.
“Nissa, are you ok?” dia muncul di sisi kereta aku. Tangannya sempat menghalang dari aku tutup pintu. Mata dia menikam anak mata aku. Tajam merenung ke dalam anak mata aku.
“Ok. Saya nak balik ni” aku berlagak tenang. Kawal nada suara yang dah bergetar hebat. Mata aku larikan ke tempat lain. Enjin kereta aku hidupkan. Supaya dia faham yang aku mahu cepat beredar dari tempat tu.
“Muka you pucat. You tak sihat ke?” tapak tangan dia sentuh dahi aku. Mata dia masih melekat di muka aku. Pandang aku tanpa berkelip.
“Saya ok, sihat. Oklah, saya gerak dulu. Nak balik ni” aku tarik pintu kereta supaya dia faham dan tarik tangan dia tu. Sesak nafas aku bila berdepan dengan dia. Kalau boleh biarlah aku tak jumpa dia buat masa terdekat ni. Aku nak ruang yang besar untuk aku bernafas lega. Selesa dan bebas. Hati aku sakit bila terkenang peristiwa petang semalam. Entah mengapa. Aku rasa sesak dada menghimpit-himpit sehingga aku sukar untuk bernafas.
“Nissa, I ada buat you marah ke? I ada buat salah?” dia soal aku. Tangannya masih menghalang pintu kereta aku.
“Tak. Saya gerak dulu. Nanti jammed. Assalamualaikum” terpaksa aku tolak tangan dia. Kalau dibiarkan memang mustahil aku rasa. Jadi, aku perlu bertegas dengan dia. Bukan bertolak ansur lagi. Aku dah penat. Cepat-cepat aku kunci pintu. Dia ketuk cermin kereta aku. Lepas tu bagi isyarat turunkan cermin. Tapi aku cepat-cepat lambai dan keluar dari parking. Aku cuba tahan dari melihat dia dari cermin pandang belakang. Jelas wajah kecewa yang masih setia berdiri di situ. Biarlah, aku pun ada hati dan perasaan. Kalau asyik menjaga hati orang sampai mati hati dan perasaan sendiri yang merana.
Sampai je rumah cepat-cepat dia meluru masuk ke dalam bilik. Bersihkan diri dan turun semula ke bawah. Apa lagi makan la. Perut pun dah lapar ni. Seharian dia tak menjamah makanan. Kena ada tenaga nak gaduh dengan big boss. Nasib baik hari ni dia tak kacau aku. Selamat tenaga aku. Jadi, kena kumpul tenaga untuk esok hari. Harus kuat dan bertenaga untuk berdepan dengan makhluk seperti big boss aku tu. Sabar je lah!
“Yuyu tak makan eh tadi?” sapa Mak Som. Tangannya lincah tuang air oren ke dalam gelas. Kemudia dia duduk di sisi Nissa. Seronok dia lihat anak majikannya berselera menjamah makanan yang dia sediakan.
“Makan. Tapi lapar lagi. Tengah ada selera ni baik Yuyu makan. Rugi tolak makanan yang Mak masak ni. Tak lena malam ni” hehe… dia gelak untuk tutup rahsia.
“Ada-ada saja kamu ni. Tambah lagi. Makan sampai kenyang tau” Mak Som makin galak sendukkan lauk dalam pinggan Nissa.
“Mak. Stop! Nanti Yuyu ambik sendiri. Meh sini, makan sekali. Teman orang makan. Boleh sembang-sembang” Nissa capai pinggan kosong dan isi nasi. Lauk yang ada dia masukkan dalam pinggan Mak Som.
“Banyak kerja hari ni?” Mak Som memulakan bicara. Mereka sama-sama menjamu selera. Makan sambil bersembang.
“Macam biasa” dia masih galak suap nasi ke mulut. Makan dia berselera malam ni. Ayam masak lemak cili padi, sambal udang dengan petai, ikan kering, sambal belacan, ulam kacang botol. Membuka selera. Memang terbaik dari dapur. Hihihi…
“Amboi, makan tak ajak Mommy” Mommy muncul di pintu dapur. Sudah lengkap dengan baju tidur. Mungkin dah siap mandi. Wangi pula tu. Amboi, Mommy siapa tu?
“Kata on diet” sengaja dia mengusik Mommy. Pinggan yang masih kosong diisi dengan nasi. Kemudian dia letak depan Mommy. Mereka bertiga makan dengan berselera. Diselang seli gelak tawa. Ada saja topik yang mencuit hati masing-masing.
“Yuyu, kerja macam mana? Ada jumpa aunty Rosni?” Mommy buka bicara. Mereka masih di meja makan. Sedagkan Mak Som sudah bergerak ke sinki. Kemas meja makan. Lauk yang masih bersisa dia masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
“Macam biasa. Mana ada jumpa dah dengan singa betina tu. Hari-hari mengadap singa jantan sekarang ni” selamba dia bercerita. Sambil mimum air oren yang masih bersisa. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki malam ni. Kenyang perut.
“Apa cakap macam tu. Tak baik tau tak” Mommy cubit tangan Nissa. Geram dengan anak perempaun yang tak sayang mulut tu. Ikut sedap dia ke nak panggil orang macam tu. Kalau sahabatnya Rosni dengar apa yang dia fikir nanti. Mesti dituduh tak pandai mendidik anak.
“Sakit la” dia gosok tangan yang berbekas merah kesan cubitan berbisa sungguh jari mu itu duhai Mommyku sayang. Huhuhu… sakit tau. Cis, mengada-ngada!
“Mommy tak suka Yuyu cakap macam tu. Tak elok orang dengar anak dara cakap kasar. Mommy tak pernah ajar anak Mommy cakap macam tu” Mommy dah start ceramah percuma dah. Dia dah mula dah. Bersedia Nurul Nissa.
“Macam tu? Macam mana ya?” hehe… dia tayang gigi. Sengaja mengusik Mommy. Bukan apa, dia malas nak bincang pasal kerja kalau dengan Mommy dia. Sebab dia mesti salah punya. Tak pernah betul pun kalau melibatkan Puan Rosni dengan singa jantan tu. Huh!
“Nurul Nissa! Memang nak kena budak ni” Mommy dah naik angin dah melayan perangai anak daranya seorang tu. Marah tu kalau sebut nama penuh aku. hehe…
“Iya Mommy. Ada apa. Yuyu kat sini je. Jangan la jerit kuat-kuat. Yuyu tak pekak lagi la” hihi… dia suka kalau Mommy marah begitu.
“Memang nak kena budak bertuah ni. Saja cari penyakit malam ni. Nak kena budak ni. Eee… geram betul Mommy” dicubit tangan Nissa.
“Datang dekat-dekat. Yuyu geletek Mommy. Ha, datang-datang. Mari-mari” dia acukan kedua-dua tangannya dan gerak-gerakkan jari-jari ke arah Mommy. Sebab kelemahan Mommy adalah dia tak suka orang geletek dia. Dia tu penggeli orangnya. Haha…
“Berani-berani dia main ugut Mommy. Geram betul!” Mommy tak jadi datang dekat. Terus terbantut niat dia nak mencubit anak daranya.
“Mommy, makin marah makin cantik tau. Suka Yuyu tengok muka Mommy macam ni. Comel sangat-sangat” hihi… galak dia mengusik Mommy. Riuh rendah ruang dapur. Mereka beriringan ke ruang depan. Dia baring atas riba Mommy. Nak bermanja. Jari Mommy menari-nari mengusap rambutnya. Asyik sekali bila dibelai begitu.
“Udah-udah tu. Masuk waktu Maghrib ni. Tak elok. Jom naik solat” Mak Som leraikan kekalutan dua beranak itu. Kami berpandangan kemudian ketawa kami pecah lagi. Kan dah kena bebel degan Mak Nenek. Haha…
Aku masuk bilik. Menunaikan tuntutan Ilahi. Solat Maghrib. Aku capai Al-Quran dan terjemahan. Aku baca dua tiga helai sementara menunggu Isyak. Tenang dan lapang dada aku. Bila dah ada masalah baru ingat nak mengaji bagai. Hai, Nurul Nissa. Bagus betul. Amalkan selalu ya. Bila susah baru nak ingat DIA. Manusia, selalu lalai dan lupa. Aku le tu. Siapa lagi?
Selesai solat Isyak. Aku on balik handset aku tu. Hah, tu dia. Berderet miss call dari dia. Massage lagi. Dasyat. Dasyat. Sebab aku tak berapa rajin nak baca semua massage dia. Jadi aku delete je. Aku dah tahu dah ayat dia. ‘Sorry dear’. ‘Please pick up my call’. ‘Please reply my message’. ‘Are you ok’. ‘Don’t forget take your diner’. ‘Miss you dear’. Arghhhh… pergi jahanam dengan semua tu. Aku benci. Benci. Aku hanya memberontak dalam hati. Tak berani nak luahkan sebab aku takut Mommy dan Mak Som risau.
“Yuyu, ada call” Mak Som menjerit dari tingkat bawah. Ala , malas nak keluar dari bilik ni. Nak baring-baring je. Siapa la rajin sangat nak call aku malam-malam ni. Esok tak boleh ke?
“Mak, tanya sape?” dia pun laung dari tangga tingkat atas. Malas nak turun. Aku tunggu Mak Som tanya orang di talian tu. Lama betul. Nak tanya siapa je pun. Mak Som ni pun.
“Hasrul, ada hal katanya” Mak Som gamit aku supaya turun ke bawah. Ala … tak nak cakap dengan dia. Tak nak dengar suara dia. Katakana tak nak! Eh, iklan rokok tu. Hehe…
“Cakap Yuyu dah tidur” aku cakap slow, tangan dua-dua aku rapatkan dan tekat kat pipi sambil sengetkan kepala sikit. Ala-ala gaya tidur. Ceh, dan-dan nak menipu tu.
“Dia dah dengar suara Yuyu tadi. Jangan nak mengada-ngada. Turun!” mak oit, marah nampak. Ini sudah lebih. Harus bagi rasuah lebih ni. Mommy pun dah tak nak geng dengan aku. Mak pun dah tak nak geng. Sob... sob… beginilah nasib, anak yatim. Tak berbapa, tiada tempat menumpang kasih dan sayang. Sob… sob… sedih aku. Pilu.
“Hello” aku mengalah juga. Kesian Mak tunggu lama. Suara aku cuba buat-buat biasa. Jangan ada nada dingin, sedih, kecewa or whatever. Control.
“Assalamulaikum” cittt pooo daaaa... baik la kononnya. Meluat pulak aku rasa.
“Tak jawab dosa” eh boleh gelak pulak dia kat hujung sana . Grrr…
“Ada apa boss? Setahu saya esok boss tak ada apa-apa meeting pagi esok. Kenapa ya? Ada urgent cases ke?” aku berlagak biasa. Ala-ala pekerja dengan majikan. Eh, betulla. Dia boss, maknanya majikan. Dan aku pekerja. Betulla tu. Pasal apa nak berlagak-berlagak bagai. Iya dak?
“Nurul Nissa” dia seru nama aku. Lembut ditepi telinga aku. Sah aku gila. Guna telifon memangla kat telinga. Ades…
“Atau boss kena outstation? Ke esok cancel meeting. Or boss nak saya set meeting lain ke?” aku terus tanya dia. Semua bab kerja. Be professional. Good try!
“Nurul Nissa, please listen” suara dia naik sikit. Apa kes nak marah-marah orang?
“I call handset kenapa tak jawab? I massage kenapa tak relpy? Are you ok?” suara dia kendur balik. Sama seperti tadi.
“Oh, handset dalam bilik. Tak dengar. Tak reply sebab saya tak ada kredit. Kenapa boss, ada masalah kat office ke?” aku buat-buat selamba. Buat-buat tak faham.
“I told you. Register bill. I bayar. Tak nak dengar. Degil sangat ni kenapa?” suara dia naik balik. Aik?
“Boss, kenapa? Ada masalah kat office ke? Kalau ada, esok saya masuk awal. Boleh baiki mana yang salah” aku alih topik. Malas nak layan sebenarnya.
“Nurul Nissa, please don’t you never ever dare make me worry about you. Promise me please” aik? Tak menjawab soalan pun. Orang tanya lain dia jawab lain. Aneh-aneh.
“Boss, are you ok? Banyak sangat ke salah? Esok saya betulkan balik. Don’t worry” aku buat-buat tak faham. Tolong, jagan janggu hidup aku. huhu…
“I’m talking about use. You and me. Bukan pasal kerja. Bukan pasal office. Bukan pasal tender or whatever. About you and me!” pulak dah, suara dia dah tinggi. Marah sangat la tu.
“Kenapa?” apa punya soalan aku pun tak tahu. Bodoh pulak aku rasa pergi tanya soalan tak berapa nak cerdik ni. Ades… Nissa kau menang sengal!
“Hari ni sehari I tak tengok you. Tak jumpa dengan you. Dekat parking tadi pun sempat jumpa sekejap je. Bila I call you tak angkat. Bila I massage you tak balas. Jangan buat I risau” dia mengeluh. Suara dia kendur. Macam merayu pun ya. Entah, aku pun tak tahu nak kategori dalam kategori mana. Sebab aku malas nak fikir. Buat penat otak je.
“Apa boss ni. Kan boss ada kerja kat luar. Saya kena jaga office. Pasal call dengan massage tu. Sorry la. Sebab tak ada kredit nak return call or reply massage boss. Kenapa boss? Ada apa ni call malam-malam? Risau saya ada buat silap ke pasal tender tadi?” dia masih mengawal diri. Kawal suara dan kawal emosi. Sabar-sabar Nurul Nissa. Sabar.
“Nissa, I miss you. I really miss you dear”, Aik? Aku jadi pelik. Apa pulak dengan dia ni. Krisis identity ke apa ni? Jangan macam-macam boss. Karang ada juga orang kena maki malam ni. Dah la mood aku tak berapa nak elok ni.
“Boss, are you ok?” aku soal dia. Sebab aku dah rasa semacam ni. Getaran makin kuat. sakit dada aku. Sesak nafas aku ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi ni. Nampak gayanya memang aku cepat la dapat sakit jantung.
“No, I’m not ok” pulak dah? Apa aku nak buat ni? Buat apa ni? Gatal sangat tanya tu kenapa. Kan dah cari penyakit. Pandai-pandai la Nissa oi.
“Dah pergi klinik? Jumpa doktor belum? Dah makan ubat belum?” aku tanya soalan yang ‘bijak’ memang aku bijak sebab aku malas nak layan boss aku ni.
“Sayang, please stop play around. I really miss you dear” suara membisikkan kata-kata seperti sedang merayu-rayu pula. Ades! Pecah dada aku macam ni. Sakitnya, jantung aku makin kuat bekerja keras. Aku lekapkan tangan aku kat dada. Nak bagi jantung aku duduk diam-diam. Hadoi, sakit dada aku. Sungguh!
“Ehem, boss Mommy I panggil. Kita jumpa esok je la. Ok, good night” cepat-cepat aku letak ganggan telifon. Aku tak kuat nak melayan kepala otak boss aku yang tak berapa nak betul malam ni. Sebenarnya, aku merajuk. Cemburu. Marah. Erk? Kenapa?
No comments:
Post a Comment