Monday, 17 December 2012

ITU JANJI 20


“Mom dah siap? Jom” Nurul Nissa siap kemas kain baju Puan Malissa. Selepas seminggu duduk di hospital akhirnya keluar juga hari ini. Alhamdulillah. Semua selamat. Mommy dia pun sudah beransur sihat.
“Jom” Puan Malissa duduk atas kerusi roda. Belum kuat untuk berjalan ke tempat parking.
“Mom nak singgah mana-mana dulu? Yuyu boleh berhenti” Nurul Nissa memandu perlahan. Sesekali dia menjeling ke arah Mommynya yang bersandar lesu. Masih kelihatan lemah. Wajahnya juga masih pucat. Entah kenapa tiba-tiba darah tinggi Mommy naik mendadak. Dia pitam dan terus di kerjarkan ke hospital. Risau memikirkan perangai dia ke?
“Balik terus. Mom nak rehat” mata masih pejam. Dia malas ke mana-mana. Kepala dia merangka-rangka rancangan untuk menyatukan anaknya dengan Hasrul merangkap anak sahabat baiknya, Puan Rosni.
Sampai saja di rumah, kelihatan kereta menjalar di perkarangan rumah. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta big boss. Huh, macam tak ada muka orang lain? Dia parking kereta kemudian dia ke sebelah pintu penumpang. Membuka pintu untuk Mommy keluar. Dia papah Mommy perlahan-lahan. Tetamu di depan dia tidak endahkan. Malas dia pedulikan tetamu yang tidak di undang itu.
“Rosni, dah lama sampai. Maaf kami lambat. Jemput masuk” Puan Malissa menjemput sahabat baiknya masuk ke dalam rumah. Eh, tak perasan la pula Puan Rosni ada sekali. Ades, mesti dia cakap aku kurang ajar sebab tidak menghormati tetamu.
“Puan Rosni, jemput masuk” Nurul Nissa tunduk bersalam dan cium tangan bekas majikannya itu. Kemudian dia ke ruang dapur.
Pantas dia capai jug untuk membancuh air. Tanpa fikir panjang dia bancuh air Sunquick. Lagi pun cepat. Dia buka peti sejuk dan keluarkan ais. Gelas di susun atas dulang. Kemudian dia periksa kuih untuk di hidang. Nampaknya ada kek coklat saja dalam peti ais. Dia potong dan susun atas pinggan. Kemudian dia susun atas dulang.
“Hasrul, cuba tengok apa yang Nissa buat kat dapur sana. Tolong dia ya” Puan Rosni memberi arahkan kepada anak terunanya. Sejak sampai dia hanya berdiam diri. Tapi matanya tidak lepas merenung wajah Nurul Nissa.
Ada apa-apa yang boleh I tolong?” soal Hasrul.
“Thanks, but no thanks” jawab Nurul Nissa. Dulang berisi gelas dia angkat. Jug dan piring kek dia hanya memandang kosong. Alamak, mana muat tangan? Tangan ada dua je ni? Tak apa, bawak dulang gelas dulu. Lepas tu masuk ambil jug air dengan kek ni.
“Biar I tolong bawa jug dengan kek ni. Jom” Hasrul capai jug dan piring kek. Dia faham Nurul Nissa dari riak muka dia tu.
“Eh, tak payah. Nanti I masuk ambil. You ke depan je” Nurul Nissa letak kembali dulang gelas atas meja. Jug dan piring kek dia capai di tangan Hasrul.
“Ok” Hasrul bagi Nurul Nissa. kemudian dia capai dulang gelas dan dia terus keluar dari ruang dapur. Malas dia bergaduh dengan Nurul Nissa pasal benda remeh ni.
“Eh, you. Jangan la. Nanti apa kata Puan Rosni” Nurul Nissa mengekor juga. Dekat tangan dia masih pegang jug air dan piring kek. Hailah. Sabar saja la. Hasrul terus melangkah tanpa endahkan bebelan Nurul Nissa.
“Susah-susah je” Puan Rosni menjeling anak bujangnya. Senyum segaris antara Puan Rosni dan Puan Malissa. Tak sabar benar nak bermenantu.
“Jemput minum puan. Alamak, Mom. Yuyu lupa. Jap, Yuyu buat air panas ya” Nurul Nissa kalut sebab nak cepat punya pasal. Dia terlupa Mommynya tak boleh minum ais.
“Tak apa. Ambilkan Mom air suam” arah Puan Malissa.
“Jemput minum. Yuyu masuk jap” Nurul Nissa terus menuju ke ruang dapur. Capai mug untuk isi air suam.
“I tak minum Sunquick. Buatkan Nestlo boleh?” Hasrul masuk ke ruang dapur. Nurul Nissa tak banyak soal. Dia capai mug dan bancuh Nestlo. Dia malas nak bersoal jawab. Bergaduh jauh sekali. Dia tak ada mood.
“Eh, jangan taruk susu banyak sangat. Nanti manis. Air kurang sikit I nak letak ais” Hasrul menengur setiap tindak tanduk Nurul Nissa. sebenarnya dia nak menarik perhatian Nurul Nissa supaya bercakap dengan dia. Marah pun dia sanggup asalkan Nurul Nissa sudi bercakap dengan dia. Tapi nampak gayanya Nurul Nissa patuh, ikut segala arahan yang dia berikan. Sebelum ni dia banyak melawan. Pantang orang arah itu ini. Rindunya dengan ‘Nurul Nissa’ yang dulu. Ceria dan gembira bukan ‘Nurul Nissa’ yang ini. Muram dan lesu.
Walaupun dia senyum di depan orang lain. Tapi dia nampak senyuman itu tak semanis senyuman dulu. Kadang-kadang dia seperti hanyut dalam dunia dia sendiri. Dia tengelam dalam ramai. Dia sunyi dalam keriuhan. Dia pilu dalam kegembiraan. Dia menangis dalam tawa. Begitu bencikah Nurul Nissa kepada dirinya? Tidak ada maaf lagi ke untuk dirinya? Dia mengeluh lagi.
“Mom, Puan Rosni saya naik dulu ya. Nak hantar beg Mommy jap” Nurul Nissa duduk beberapa saat bersama tetamu mereka. Tapi nampaknya dia tak betah duduk berlama-lama di situ. Dia rasakan seperti orang asing. Tidak tahu untuk mencelah, kekok dan tidak selesa.
“Eh, kan berat beg tu. Hasrul tolong hantarkan” arah Puan Rosni lagi. Hai, orang tua ni. Sengaja nak kendengkan anak dia dengan aku la tu.
“Tak apa. Yuyu, eh… Nissa boleh angkat sendiri” Nurul Nissa tergagap-gagap. Sejak bila dia ada penyakit gagap ni? Dalam hati dah berdebar la tu.
“I tolong hantar. Jom” Hasrul pantas berdiri dan capai beg dari tangan Nurul Nissa. Dia sudah menuju ke tangga. Dia berhenti sekejap menoleh kepada Nurul Nissa yang masih kaku berdiri. Hai, Nissa. Riak tidak selesa jelas di wajahnya. Tapi Hasrul tidak ambil peduli itu semua. Dia perlu bertindak untuk jernihkan keadaan.
Nurul Nissa terpaksa akur sekali lagi. Dia malas nak melawan, membantah dan bergaduh. Penat dia melayan semua orang. Letih dia menjaga hati semua orang. Hati dia, perasaan dia tak ada siapa pun yang peduli. Dia menangis, dia sedih, dia kecewa, dia terluka, dia marah, dia benci. Semua sendirian. Tak ada siapa pun yang tahu dan ambil tahu. Semua sendirian. Dia rasa terasing. Dia rasa terpencil.
“Look, Nissa. I’m sorry what I done before. Please, forgive me” Hasrul berdiri di depan Nurul Nissa. Dia cuba capai tangan tapi Nurul Nissa mengelak.
“You turun dulu. I nak ke bilik I sekejap” Nissa terus meninggalkan Hasrul terkontang-kanting di depan bilik Mommynya.
“Nissa, pandang mata I. I tak tahu macam mana lagi cara untuk dapatkan kemaafan dari you. Tolong maafkan I” Hasrul merayu. Dia melutut depan Nurul Nissa. Jika itu harga yang terpaksa dia bayar. Dia sanggup rendahkan martabat dia.
“Bangun. Jangan macam ni. Apa kata Mommy you tengok nanti” Nurul Nissa dah gelabah dengan tindakan Hasrul.
“I tak akan bangun selagi tidak ada kata maaf dari you” Hasrul terus melutut. Kepalanya didongak mencari mata Nurul Nissa.
“Bangun dulu” Nurul Nissa mula panic. Dia tarik-tarik baju t-shirt Hasrul.
“No, I tak akan bangun. I perlukan kemaafkan dari you” Hasrul masih berkeras. Dia perlukan kemaafkan dari Nurul Nissa sekarang juga. Barulah lega hatinya.
“Suka hatilah. Malas nak layan” Nurul Nissa terus ke biliknya. Panas hati dia dengan Hasrul ni. Mana nak layan permintaan Mommy, mana nak layan perangai boss dia ni?
“Nurul Nissa. I tahu I banyak buat salah. Banyak buat you marah, sakit hati, sedih. Tapi percayalah, I tak ada niat. I really love you”  Hasrul masih melutut. Matanya tajam menikam mata Nurul Nissa. Mencari sinar cinta di sebalik mata itu.
“Boss, saya dah maafkan boss. Tolong bangun dan sila ke depan. Nanti apa kata Mommy dan Puan Rosni” Nurul Nissa memeluk tubuh sambil bertentang mata dengan Hasrul. Ada getaran halus dia rasakan. Dia senang dengan perasaan ini. Adakah ini dinamakan cinta? Perasaan cinta antara dua hati, dua jiwa?
“Nurul Nissa binti Ahmad Faizul Iskandar. Do you marry me?” Hasrul masih melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin. Matanya masih setia menjamah wajah Nurul Nissa. Satu pandangan lembut menusuk kalbu.
“Boss, tolong jangan buat macam ni” Nurul Nissa menggeleng kepala beberapa kali. Dia enggan percaya. Enggan terima bahawa cadangan Mommy supaya dia bernikah dengan bossnya semakin hampir. Nampaknya dia tidak dapat mengelak lagi.
“Nissa, please” Hasrul merayu. Mukanya penuh mengharap.
“Kita bincang kemudian. I perlukan masa” akhirnya Nurul Nissa terpaksa mengalah.
“Simpan cincin ini. I tunggu jawapan dari you” Hasrul menghulur cincin kepada Nurul Nissa. Dia masih setia melutut seperti tadi. Nurul Nissa geleng kepala enggan terima cincin yang di hulurkan. Dia tidak layak. Tidak bersedia.
“Please” Hasrul enggan mengalah. Dengan berat hati Nurul Nissa terpaksa mengalah sekali lagi. Ya Allah, jika ini jodoh ku, maka Engkau permudahkan penyatuan kami berdua. Amin. Doa Nurul Nissa dalam hati.
Hasrul cuba berdiri, tapi kakinya kebas kerana melutut terlalu lama. Dia terduduk kembali. Kaki dia luruskan. Tak tahan kebas kakinya. Mukanya berkerut-kerut menahan kaki kebas. Dia masih duduk untuk meredakan kebas. Nurul Nissa terkaku melihat keadaan Hasrul dalam kepayahan. Dia tunduk dan papah Hasrul ke sofa di ruang menonton. Masing-masing masih diam membisu. Cincin di tangan Nurul Nissa masih kukuh dalam gengaman. Dia bermain-main dengan cincin itu. Cantik, berlian permata satu dan berbentuk hati. Simple tapi sangat menarik untuk dipandang. Tak jemu bila dia memandang dan berkali-kali dia pandang cincin di tangannya.
“I dah ok. Thanks” Hasrul memecahkan suasana sepi. Dia menjeling Nurul Nissa dari ekor mata. Rindu untuk menatap seraut wajah ini. Rasa lapang dadanya. Nurul Nissa senyum segaris. Kemudian dia tunduk enggan bertentang mata.
“I really miss you” Hasrul membisikan kata hatinya. Dia meronta-ronta untuk memeluk Nurul Nissa. Tapi dia melawan nafsunya. Bimbang Nurul Nissa merajuk. Dia tak nak keruhkan keadaan. Dia perlu pulihkan hubungan ini. Nurul Nissa tidak beriak. Masih seperti tadi. Tidak ada perasaan yang beriak di raut wajah itu. Tenang dan bersahaja.
“Boss turun dulu. Nanti saya menyusul. Saya nak ke bilik sekejap. Nak hantar beg saya ni” Nurul Nissa berdiri dan terus melangkah ke biliknya. Ada debar di dada. Sebab itu dia enggan berlama-lama duduk bersama Hasrul. Bimbang aka nada aksi yang tidak sepatutnya.
Nurul Nissa masuk ke dalam bilik. Dia duduk di birai katil. Tangan di lakapkan ke dadanya. Terasa getarannya. Debarannya masih terasa. Sakit menghimpit dadanya. Tapi perasaan ini amat indah. Bersatu dalam nadi, system saraf, jantung, hati, darah dan semua.
Dia solat Asar sebelum dia kembali turun. Jika ikutkan hati dia mahu berehat di bilik. Dia penat sepanjang seminggu ini. Bergegas pulang dari Janda Baik, kemudian dia menunggu Mommy di hospital. Dia menghayungkan langkah ke ruang tamu utama. Kelihatan Mommy dan Puan Rosni berbual-bual. Sesekali mereka bergelak tawa. Dia mencari-cari kelibat Hasrul yang tidak kelihatan.
“Mom, Pn Rosni. Maaf lambat turun. Tadi Nissa solat Asar” Nurul Nissa memulakan bicara. Takkan nak duduk diam bisu je kan?
“Mom belum solat lagi. You nak solat jom” Puan Malissa mengajak sahabatnya.
“Yuyu, cuba tanya Hasrul dia nak solat tak. Ajak dia masuk” Puan Malissa memberi arahan lagi. Nurul Nissa sekadar mengangguk kepala. Akur dengan arahan Mommynya.
Dia keluar mencari Hasrul. Kelihatan dia duduk di atas buyaian. Tanpa berlengah dia terus mengatur langkah. Mommy dan Puan Rosni hilang ke dalam bilik Mommy mungkin.
“Boss nak solat Asar?” Nurul Nissa berdiri di sebelah Hasrul.
“Emm…” dia terus berdiri.
“Solat dalam bilik tetamu. Nanti saya ambilkan kain dan sejadah” Nurul Nissa pantas melangkah masuk ke dalam rumah.
“Yuyu, ambilkan towel. Bagi Hasrul pinjam baju Yuyu. Nanti kita makan malam sekali” Puan Malissa menghulurkan towel yang ada di tangannya. Erk? Pinjam baju? Makan malam? Ah sudah. Nampak gayanya lama lagi la dia orang kat sini.
“Mom…”
“Yuyu” Puan Malissa geleng kepala. Isyarat dia tak mahu Nurul Nissa bersoal jawab. Nak tak nak terpaksa juga dia akur dengan arahan Puan Malissa. Nurul Nissa letak sehelai baju t dan seluar miliknya. Towel dan sejadah dia sertakan sekali. Pandai-pandai dia la nak sesuaikan diri sendiri. Takkan tak tahu nak buat apa. semua aku nak kena layan. Dia siapa? Huh! Dia melangkah ke ruang dapur. Bukan nak menolong tapi nak kacau orang buat kerja. Hehe…
Mak Munah lincah di dapaur. Entah apa yang dia masak. Bau macam asam pedas. Bau kangkung belacan. Macam bau ayam masak merah. Sayur campur. Ulam. Sambal belacan. Wah, semua aku suka. Mak Munah memang terbaik dari ladang. Eh, salah. Mak Munah terbaik dari dapur. Tak sabar nak makan ni. Best-best! Cam nak lompat bintang sambil bersorak hip… hip… hurray. Tapi tak boleh, control. Karang Puan Rosni dengan anak teruna dia cakap aku gila. Tak pasal-pasal dia orang angkut aku ke Tanjung Rambutan. Tak sanggup aku!
“Mak” aku peluk pinggan Mak Munah diri belakang. Dagu aku letak atas bahu Mak Munah. Gaya nak membodek. Nak minta try lauk tu. Macam biasa aku jadi quality control. Lepas tak lepas kena dengar komen aku dulu. Tapi sebenarnya aku main hentam je. Semua aku bantai. Sedap tak sedap lain cerita. Kurang masin ke, terlebih masin ke, manis ke, masam ke. Aku bantai je. Semua aku sapu bersih. Hehe…
“Duduk sana. Rimas Mak” Mak Munah tepuk tangan Nurul Nissa yang melingkar di pinggan dia. Manja!
“Maaakkk” dia sengaja panggil Mak Munah dengan suara yang lemak merdu.
“Apa?” Mak Munah tahan senyum di bibir. Sengaja buat-buat tak faham. Melayan Nurul Nissa buat hidup dia ceria sentiasa. Seminggu dia tak ada kat rumah ni buat hidup dia dengan Puan Malissa sunyi.
“Nak” dia nganga mulut supaya Mak Munah suap dia. Nak manja-manja. Ke mengada-ngada Nurul Nissa oit. Dah besar panjang pun nak minta suap bagai.
“Tangan ada buat apa? Makan sendiri” sindir Hasrul. Dah lama dia perhati gelagat Nurul Nissa. Manja yang amat.
“Sibuk je dia kenapa tah. Orang bukan minta dia yang suapkan kita. Orang minta Mak yang suapkan” Nurul Nissa cebik bibir bawah dia, mata dia jeling ke atas. Meluat. Menyampah.
“Memang tak lah kalau I yang nak suapkan. Dah tua Bangka nak minta orang suap-suap” Hasrul angkat kening dengan Mak Munah. Sengaja bakar Nurul Nissa. Dia tak ada geng. Haha…
“Tak nak sudah. Orang pun tak hingin. Huh!” Nurul Nissa hentak kaki sebelum dia keluar dari ruang dapur. Ke mana lagi tempat yang dia tuju kalau bukan dalam bilik.
“Nurul Nissa” Puan Malissa menegur perangai anak tunggalnya. Tak habis-habis dengan merajuknya. Ada saja yang dia nak jadikan isu. Nurul Nissa tidak endahkan panggilan Mommynya. Dia terus mendaki tangga untuk ke bilik. Panas hati betul.
“Nissa, jom solat sama” panggil Mommy. Pintu bilik di ketuk dua tiga kali. Masih tidak ada sahutan. Puan Malissa pulas tombol dan melangkah masuk. Bunyi air di bilik mandi menandakan Nurul Nissa sedang mandi. Dia duduk di atas katil. Melihat keadaan sekeliling bilik anak gadisnya. Kemas dan teratur.
“Solat sama” Puan Malissa terus melangkah keluar dari bilik Nurul Nissa.
“Cepat siap” Puan Malissa memberi arahan bila melihat Nurul Nissa masih berdiri kaku.
Nurul Nissa pantas kenakan baju tidur dan pakai telekung. Kemudian dia berlari ke bilik solat. Saat kaki dia cecah bilik solat. Kedengaran suara syahdu iqamad. Hasrul berdiri di depan mengepalai kami selaku imam untuk solat maghrib kami. Terasa menusuk kalbu suarah lazim yang didendangkan olehnya. Tenang dan kusyuk sekali. Selesai kami solat maghrib. Dia pusing mengadap kami. Mata kami sempat beradu seketika. Sebelum Puan Rosni memberi surah yassin. Kami baca surah yassin sementara tunggu isyak. Alhamdulillah. Kami sempurnakan bacaan yassin disusuli dengan solat isyak. Usai solat isyak dia tunduk mencium tangan kemudian kucup dahi Puan Rosni. Indahnya permandangan yang aku sedang saksikan sekarang ni. Kasih anak kepada ibunya. Tangan Mommy dia cium hormat. Kemudian tangan Mak Munah. Tiba giliran aku dia hanya meletakkan tapak tangan dia di atas kepala aku yang masih beralas dengan telekung sembahyang. Saat tu aku rasakan satu sentuhan yang maha hebat. Bergetar jantung aku saat menerima sentuhan itu. Terus menusuk ke jantung.
Saat mata mereka beradu, satu perasaan yang aneh mengalir ke dalam nadi mereka. Nurul Nissa dapat rasakan gataran yang hebat. Tapi getaran ini menyenangkan. Terasa senang sekali. Bahasa mata antara mereka sukar untuk di mengertikan. Sinaran mata Hasrul gambarkan dia yang dia benar-benar cintakan Nurul Nissa.
Mommy dan Puan Rosni bersama-salaman. Bereka tersenyum melihat kedua-dua anak mereka. Dalam hati mereka berdoa supaya mereka dapat bersatu sebagai suami isteri yang sah. Impian mereka untuk satukan anak-anak mereka amat besar. Harapan mereka amat tinggi.

No comments:

Post a Comment