“Alamak. Arghhhhh…. Mommy. Mommy” sambil melopat turun katil. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Mentang-mentang ‘bendera Jepun’ ikut suka hati dia nak bangun lewat. Kalut tak tentu pasal. Mula gelabah. Capai itu tak kena, capai ini tak kena. Alih-alih terjerit-jerit. Dah macam orang gila dah. Tau pun panic bangun lewat. Biasa Mommy kejut bukan main liat nak bangun. Rasakan Nurul Nissa!
“Nurul Nissa!” panggil suara bila dia sampai ke meja kerja. Tu dia, sedang berdiri tegak. Mata tak usah cerita. Dah gaya nak makan orang dah tu. Habisla aku!
“Sorry, I’m late” nak tak nak je keluar suara. Takut. Dah buat salah kan . Terima je la. Kena marah pun nak buat macam mana. Dah memang dia yang salah.
“Come to my office. Now!” tinggi suara dia. Muka pun dah merah. Apa kes? Aku tahu aku salah. Datang lambat. Tapi kenapa marah macam aku dah buat salah besar je. Huhu… sedih.
Lepas aku simpan handbag aku dalam laci. Aku sempat capai buku nota dan pen. Staff-staff lain sibuk sok sek-sok sek. Mesti pasal aku kena marah tu. Ceh, pandai-pandai je. Perasan sungguh kau ni Nurul Nissa. Aku buat tak tahu, terus ke bilik encik boss. Sepanjang jalan aku sempat baca doa-doa yang terlintas di fikiran aku. Main baca je. Keadaan terdesak punya pasal. Hai, bala depan mata ni oit. Mau tak putus nyawa.
Lepas aku ketuk pintu dia tiga kali. Masih tak ada sahutan dari dalam. Aku ketuk makin kuat. Sampai sakit jari aku ni. Geram punya pasal, pintu tempat aku lepaskan geram. Sabar je la. Pekak apa boss aku ni. Huh, geram pulak aku rasa. Buang masa je dok tercongok depan pintu ni. Ingat aku ni apa? Pak Guard? Marah punya pasal, aku ketuk pintu kuat-kuat. Dah gaya cam orang nak pecah rumah pun ya. Gila ganas aku pagi ni. Aku redah je masuk. Tanpa punggu boss suruh aku masuk. Buat sakit hati je. Rupa-rupanya dia tengah cakap dengan someone else kat telifon. Geram aku. Nak je aku hempuk kepala dia dengan buku nota aku ni. Sabar je. Tahan. Sabar. Tarik nafas. Hembus. Tarik, hembus. Sabar-sabar.
Dia guna mata dia bagi isyarat suruh aku duduk kat kerusi depan dia tu. Aku pasrah je. Tarik kerusi dan duduk depan dia. Dia masih bercakap kat telifon. Tapi mata dia tak lepas dari pandang aku. Aku dah jadi serba salah. Malu bila boss pandang je aku macam tu. Jantung aku pun dah mula bekerja keras. Terus terencat semangat aku nak marah boss aku tadi.
Aku jadi hairan bin ajaib sebab aku langsung tak dengar butir bicara yang boss aku tu. Pada hal aku duduk depan dia. Suara dia slow gila babas. Kalah orang berbisik dalam selimut. Entah apa yang dia cakap, dengan siapa. Memang aku tak boleh nak tangkap. Aku langsung tak dengar. Teruk betul. Sesekali dia raup muka dia. Tapi mata dia tak lepas dari pandang wajah aku. Ini buat aku makin pelik. Ada apa yang tak kena ke dengan muka aku hari ni? Ada tahi mata ke? Ada air liur basi lagi? Atau apa? Automatik tangan aku sentuh muka aku sendiri. Aku sentuh dua-dua belah mata aku. Ok. Aku sentuh bibir aku. Ok jugak. Aku betulkan rambut aku mana tahu tak kemas ke apa. Semua ok.
Aku tengok boss senyum segaris. Mungkin dia perhati gelagat aku yang serba tak kena tu. Aku dah naik boring. Panggil aku tapi dia dok sibuk cakap dengan telifon. Apa aku nak buat dalam bilik dia ni? Buang masa? Tatap wajah handsome dia tu? Dengar perbualan dia dengan orang dalam telifon tu? Langsung aku tak hingin! Semua sekali aku tak nak. Macam la dia tu handsome sangat! Aku pun tak hingin la nak mengadap muka dia 24 jam. Banyak lagi kerja aku nak buat. Nak curi dengar perbualan dia dalam telifon tu pun lagi tak bermoral. Tak kot aku nak buat benda tak bermoral macam tu.
Akhirnya dia letak juga ganggan telifon tu. Dia capai file dan buat-buat busy. Langsung tak endah aku kat depan mata dia ni. Aku jadi pelik. Apa kena dengan dia ni? Tadi dia juga yang panggil aku masuk. Sekarang dia boleh buat-buat tak tahu. Ini boleh mendatangkan marah ni. Dah macam orang bodoh dah aku ni. Suka hati dia je nak buat apa pun. Aku tahu dia boss aku. Tapi ini sudah lebih. Melampau la kalau gini gayanya. Nak kena dia ni. Siap dia.
“Boss, kenapa panggil saya tadi?” aku beranikan diri tanya dia. Kalau tak sampai kesudah dia macam tu. Buat aku macam tunggul kayu.
“Nothing” dia jawab selamba. Senyum segaris. Lepas tu tunduk tengok file kat meja dia tu. Buat-buat busy. Kejap ambik file tu, kejap belek file ni. Lepas tu tulis atas keras. Lepas tu taip laptop dia. Arghhhhhhhhhh… aku dah bertukar jadi hijau. Nak makan budak!
“May I go out now” cepat dia bingkas bangun. Makin lama dia kat dalam bilik ni. Makin banyak dia kumpul dosa. Banyak saham dia bawak ke akhirat nanti. Tak tertanggung dosa sesama manusia ni. Tak nak aku!
“Nurul Nissa” dia raih pinggan Nissa sebelum sempat dia buka pintu. Kedua-dua tangan dia lekapkan di dinding bilik. Ok, sekarang dia berada dalam kedudukan yang sangat tidak selesa. Seperti dikepung. Dipagar. Dihadang. Or whatever. Sungguh aku takut untuk menatap mata boss saat ini. Dia tahu, yang dia akan kalah jika berlawan mata dengan boss. Sebagai langkah selamat. Dia tundukkan wajah. Deru nafas boss semakin hampir di pipi. Dada semakin bergetar hebat. Dia kuatkan hati. Menyerang jika boss lakukan tindakan yang tidak bermoral.
“Don’t never ever make me hurt. Please dear” dia berbisik di cuping telinganya. “Nurul Nissa, I… errkkk… I…” dia tergagap-gagap. Seolah-olah cuba menahan rasa.
“Ops, sorry” ada makhluk buka pintu bilik boss. Fuh, selamat. Tapi maruah aku tercalar sebab ada orang lain tengok aku dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Kalau dia sampaikan kepada orang, habisla aku. Boleh jadi gossip gempak. Kalah gossip artis kat Malaysia ni. Habisla aku. Nak baut apa ni? Aku tak tahu nak buat apa. Gila betul.
“Masuk” boss dah lepaskan tangan dia dari menghalang aku. Dia raup muka sebelum dia melangkah ke arah sofa. Aku masih kaku berdiri di tempat tadi. Nak pandang dia langsung tak berani. Jantung aku tak tahu melompat ke mana. Sampai aku sendiri tak rasa jantung sendiri. Memang memalukan.
“Shafiq, have a sit. Nissa come here. We need to talk” boss memberi arahan. Aku akur dan menapak duduk di sofa. Muka aku dah rasa tebal. Panas. Malu tak usah cerita.
“Ok then, first thing first. Shafiq, please keep the secret. Whatever you see, whatever I will tell you. I and Nurul Nissa will marry soon. So, no issues come up. Nurul Nissa, you go out first. We talk later on” aku sempat jeling Shafiq yang dok terangguk-angguk. Wajah boss aku langsung tak berani pandang. Nak marah punya pasal. Cepat-cepat aku keluar.
“Shafiq, I dengan Nissa ada problem. I harap you simpan rahsia ni. Ok, kita teruskan perbincangan kita” dia ke meja kerja dan memulakan perbincangan seperti tidak ada apa yang berlaku. Shafiq merupakan salah seorang Jurutera syarikat. Dia banyak menguruskan dan menjayakan projek syarikat. Orangnya cekap dan agak pendiam. Masih bujang. Memiliki package yang lengkap berbekalkan wajah handsome, berkerjaya dan bijak. Siapa tak pandanga memang bukan perempuan normal. Sebabnya ramai bunga yang terpikat dengan kumbang ini. Wah, sesi up saham Shafiq nampak. Bodek ke kak? Hehe…
Sampai di meja kerja. Nurul Nissa terus buat kerja. Walaupun dalam hati masih berdebar. Tapi dia kuatkan semangat. Cuba berlagak biasa. Memang kalut sungguh hari ni. Bangun lewat. Kelam-kabut datang kerja. Jumpa dengan boss, masuk bilik dia dapat kejutan dengan gangguan 18SX. Kena tangkap pula dengan Shafiq. Oh, jantung aku bekerja kuat sepanjang pagi ni. Kesian dia. Sob… sob… sedih betul.
Hampir 1 jam baru aku nampak Shafiq keluar dari bilik boss. Lama gila dia orang bincang. Agak-agak topic aku tertangkap aku termasuk dalam perbincangan tadi kot. Sebab tu lama. Ades. Aku nak pangsan. Tak bermoral punya boss. Boleh dia buat kerja tak bermoral dalam office. Kena tangkap dengan staff sendiri pulak tu. Uwaaa… malu aku.
Kat mana aku nak taruk muka aku ni. Huhu…
Kat mana aku nak taruk muka aku ni. Huhu…
“Nissa, boss panggil” Shafiq sempat singgah di meja kerja aku. Dia kenyitkan mata. Sambil tersenyum nakal. Hamboi. Nakal betul mata dia. Cakap dengan boss baru tahu. Huh!
Aku jeling jam kat meja aku tu. Baru pukul 10 pagi. Hai, lambatnya masa bergerak hari ni. Dah macam-macam perkara dah berlaku hari ni. Macam masa pun berpakat sama dengan boss, buli aku. Uwaa… tak sanggup. Cepatla masa berlalu. Nak balik rumah. Nak tidur. Lepas tu, bangun pagi esok. Anggap semua yang berlaku ni sebagai mimpi. Oh, sungguh aku rasa nak putar balik masa. Kalau aku ada kuasa, kalau aku ada mesin masa. Tak pun ada ada poket Doremon, akan aku keluarkan mesin masa. Apa aku merapu ni? Perkataan ‘kalau’ paling tidak disukai. ‘Kalau’ seolah-olah cuba menidakkan qada dan qadar yang Allah swt tetapkan. Aku berishtifar. Masyaallah. Subhanallah. Allahhuakbar. Sedar ketelanjuran aku.
Sampai je depan bilik boss, pintu bilik dia ternganga luas. Agak hairan. Biasa bilik dia tutup 24 jam. Nak privacy kononnya. Kalau tak, susah nak buat kerja. Huh, alasan! Aku ketuk jugak la pintu bilik dia tu. Walaupun aku dah nampak muka dia yang dok tersengeh-sengeh pandang aku datang bilik dia tu. Nyampah! Apa lagi benda yang spastic yang dia nak buat ni? Bersedia Nurul Nissa. Anything can be happened. Wah gitu!
“Coming and please close the door. Better lock. Anyone can not enter my room, before they knock the door right?” dia senyum meleret. Senyum jahat aku agak.
“Have a sit dear” dia pelawa aku duduk depan meja kerja dia. Maksudnya dia nak bincang pasal kerja. Kalau dia ajaka duduk di sofa aku boleh agak yang dia nak bincang pasal personal. Aku dah boleh bezakan dah cara dia bekerja. So, aku pun bersedia mental dan fizikal untuk bersiap sedia untuk terima tugasan yang dia bakal bagi. Bersedia Nurul Nissa!
“Ini tender projek baru kita. Minggu depan kita akan bentangkan. I nak you tolong semak, baca, faham dan kaji betul-betul. Lepastu kita disucss. Ok?” dia bagi file warna merah dekat aku. Aku sambut separuh hati. File merah tandanya urgent. Harus aku ambil perhatian dengan file ni. So, tugas aku akan bertambah lagi. Masa seminggu untuk aku buat research. Ok, pasti boleh Nurul Nissa. Yakin boleh!
“Ok” aku jawab sepatah. Hati aku cekalkan. Jiwa aku tabahkan. Seminggu. Masa ni aku mesti busy gila. Mesti buat betul-betul. Tak boleh silap. Aku ingatkan diri sendiri.
“Ok, awak boleh keluar” selesai perbincangan aku. Aku menarik nafas lega. At list dia tak sentuh bab personal. Bincang hal kerja saja. Kira ok sangat-sangat. Nasib baik.
“Dear, I’m sorry an accident this morning. Sorry dear” dia dah beralih dan duduk di birai meja. Tepi aku. Sepantas kilat dia capai jari aku. Dia angkat rapat ke bibir dia. Tapi cepat-cepat aku tahan. Euw… geli aku. Melampau, mengambil kesempatan. Pantang sungguh! Argh…
“Erk, boss. Saya keluar dulu ya” cepat-cepat aku bangun. Tak sanggup aku berlama-lama dalam bilik boss aku ni? Tidakkkk… gatal tak sudah-sudah.
“Nissa, please” dia nak halang laluan aku. Tapi kali ni aku lebih pantas. Cepat-cepat aku boloskan diri keluar dari bilik dia. Fuh, selamat aku kali ni. Hehe… aku gelak jahat. Nak mampus gelak depan dia?
Sampai kat meja aku campak file tu atas meja kerja aku. Masih banyak file tersusun atas meja aku. Ok, aku harus gigih buat kerja. Tanpa berlenggah aku terus capai satu file. Aku baca dan teliti sebelum aku buat rumusan. Lepastu aku buat memo. Jadi memo yang aku sediakan mesti betul dengan isu kandungan yang ada dalam file tu. Kalau salah, maka salah semua sekali. Kalau dah projek bungkus. Boss aku mesti marah aku. Silap-silap dengan aku-aku sekali kena bungkus. Kalau dah kena bungkus aku tak ada kerja.
“Nissa, 12.30 noon. Lunch time” boss dah tercegak depan meja kerja aku.
“Boss, saya tak keluar hari ni. Banyak kerja nak kena siapkan ni” aku langsung tak dongak. Mata aku masih dekat file. Memang aku busy. Kalau aku keluar makan sah-sah balik lambat. Buang masa aku je. Baik aku duduk office siapkan kerja. Kalau lapar nanti aku bancuh air. Makan biskut kering pun jadi buat alas perut.
“Common. Eat first, and then continue. Come” dia tutup file yang aku tengah baca tu. Terus terencat kerja aku. Ni aku pantang orang kalau aku tengah buat kerja. Suka hati dia je. Aku tengah semangat buat memo dia boleh potong stim aku. Geram betul!
“Boss dah kenapa? Nak makan pergi je la. Saya banyak kerja ni” aku halau dia. Aku buka balik file yang dia tutup tadi. Nak sambung buat kerja. Busy ni tau tak? Arghhh… nak je aku makan orang. Makan dia ni. Huh!
“Nurul Nissa!” dia dah naik suara. Siap bercekak pinggan lagi. Marah kat aku la tu. Macam la aku buat salah besar. Tak nak makan je pun. Oh jap. Aku tak nak teman dia makan. Ya itu kesalahan aku. Kesalahan? Oh please. Tak logic langsung.
“Iya boss. Ada apa? Saya belum pekak lagi boss. Tolong jangan jerit macam tu. Sakit telinga saya” aku jawab acuh tak acuh. Malas aku nak gaduh dengan dia ni. Makin aku lawan makin dia galak marahkan aku. Baik aku buat bodoh. Tak payah nak lawan sangat dia tu. Biar je dia gaduh sorang-sorang.
“Pack now. I said now!” dah sudah dia naik angin. Marah betul ni. Dah merah muka sampai ke telinga pun merah sama. Uwaaa… aku jadi kecut perut. Takut aku. mata dia tak usah cerita. Bulat renung aku. Mak oit, tak nak teman makan pun naik angin sampai macam ni sekali. Menakutkan sungguh. Boss sapo ni?
“Iyala. Orang tak nak makan pun marah. Bising macam apa je” aku sempat membebel-bebel. Aku capai handbag aku dalam laci. Terpaksa tau tak!
“Jangan degil boleh tak. Awak tu kalau tak makan nanti kena gastric. Kalau sakit saya jugak yang susah. Suruh makan pun macam nak gi berperang” dia merungut sambil berjalan mendahului aku. Wah, bukan main lagi dia membebel. Dah cukup syukur aku ikut dia ni. Eee… geram pulak aku rasa. Karang aku masuk balikkan. Masuk balikkan. Ha… nak je aku masuk.
Aku terkial-kial membontot dia. Dah macam apa dah aku rasa. Macam kerbau kena cucuk hidung pun ya. Eh, tak sesuai. Aku budak cun. Mana sesuai nak disamakan dengan kerbau. Tak sesuai langsung. Tapi aku nak gambarkan yang aku ni terpaksa rela. Apa salah aku. Apa dosa aku dapat boss macam dia ni. Nak kata terlebih concerned dengan staff tak jugak. Sebab aku je dia kisahkan aku makan ke tidak. Staff lain dia tak kisah pun. Kau orang rasa kenapa ya? Sebab aku cun kot? Ke sebab aku single? Or sebab aku PA dia? Entah?
“Boss, jangan lewat-lewat. Saya banyak kerja ni” aku ingatkan dia. Sebab kalau aku keluar makan dengan dia ni. Kalau tak cukup dua jam tak sah. Makan dah la jauh-jauh. Kat hotel bagai. Services tak usah cerita. Bukan aku cakap services hotel lembab. Tapi faham-faham sendiri ya. Aku asal aci je. Makan kat mana pun tak kisah. Janji bersih dan halal.
“Makan kat mana?” dia tanya aku. Pucuk dicita ulam mendatang. Wah, peribahasa lak aku ni. Hehe… aku ternampak McDonalds. Ting, aku dapat idea.
“Pak Samad, drive thru McD. Lagi cepat” aku bagi arahan kat driver boss. Wah, dan-dan aku buat keputusan tanpa minta pendapat boss. Hehe… sabar je la.
“McD?” dia buat muka pelik. Kan aku dah cakap. Dia ni susah di atur. Makan pun susah. Masuk mulut, kunyah, telan. Itu pun susah ke? Hai, susah betul hidup dia ni. Semua benda dia nak sempurna. Makan, minum, baju, seluar, kerja. Semua nak teratur. Susah hidup aku macam ni! Jauh benar beza aku dengan dia. Macam mana kami nak hidup bersama ya? Benda simple, mudah macam ni pun dia dah tak boleh terima. Apa lagi bab-bab lain. Hai… nasib-nasib.
“Set lunch. Double Cheeseburger. Soft drink, change to milo. Large, please” semangat aku order. Tak tanya pun boss aku nak makan apa. Lantak dia la nak makan apa. Menu ada depan mata. Pilih je la. Bukan susah pun. Takkan aku nak ajar jugakan? Haha… aku gelak jahat.
“Give it 3 set. Thanks” sempat dia jeling aku kat sit belakang ni. Aku cebik bibir sambil ngumpat dia ‘boss tiru aku’. haha… mesti dia tak ada idea tu. Main hentam je tu. Aku tahu sangat dah. Tapi aku tetap respect dia. Dia ingat juga kat Pak Samad. Itu aku tak dapat nafikan. Perangai bagus dia yang satu tu.
Dah siap ambik order dan bayar. Pak Samad ambik dan hulur kat aku di sit belakang ni. Aku ambik la. Takkan nak suruh boss aku pangku. Tak sampai hati nak buli dia. Hehe… Kami bergerak balik office. Gila cepat. Tak sampai 30 minit aku keluar hari ni. Bagus-bagus. Boleh aku siapkan kerja cepat-cepat. Cayalah idea bijak aku ni.
“Nissa, bagi Pak Samad burger dengan air tu. Awak dan saya punya bawak naik. Kita makan kat atas je” dia keluarkan arahan. Lepas tu dia terus tinggalkan aku. Hampeh punya boss. Ingat nak tolong bawa burger ni. Aku terkial-kial. Dengan bawak air lagi. Burger lagi. French Fries lagi. Tak bertimbang rasa betul. Huh! Sampai je kat lift aku terkial-kial nak tekan butang lift. Nak naik office. Sedih betul hidup aku dapat boss cam ni. Kejam! Aku baru je nak tekan butang naik. Tup-tup ada jari lain yang dah tekan. “Thanks” aku ucap sepatah tanpa menoleh pun. Sebab aku malas nak beramah mesra time ni. Otak aku dok fikir, kerja-kerja.
Lepas tu pintu lift terbuka. Aku bolos masuk. Nak tekan tingkat 8 pun terkial-kial. Lepastu orang sebelah aku yang masuk sama dengan aku tolong tekankan. Bagus. Kebetulan pulak nak baik level sama. “Thanks again” aku ucap sekali lagi. Pun malas nak toleh. Tak penting pun. Aku rasa la. Sebab aku nak cepat ni. Aku dapat rasa ada tangan ambil stand air kat tangan aku. Aik? Aku pelik. Cepat-cepat aku toleh. Lah… boss rupanya. Hehe… aku senyum. Baru je ngumpat dia. Rupanya dia yang tolong tadi. Ades… tarik balik aci tak?
“Masuk makan dalam bilik saya” dia bagi arahan. Hak ala, baru je nak buat kerja sambil makan. Boleh duduk kat tempat aku sendiri. Sambil makan sambil buat kerja. Alih-alih makan sambil mengadap muka dia. Baru je nak happy sebab tak payah makan sambil mengadap muka dia hari ni. Sekali dia ajak makan sama jugak. Kat dalam bilik dia pulak tu. Tak nak!
“Boss, saya makan kat tempat saya je la. Boleh buat kerja sambil makan” aku berterus terang je la. Buat apa nak takut dengan diakan?
“What?” dia buat muka pelik. Apa masalahnya. Makan sambil buat kerja. Kau orang tak biasa ke makan sambil buat kerja? Mesti pernahkan? Kan? Dia nilahkan. Semua nak pelik.
“Makan sambil buat kerja” aku siap buat gaya makan tangan suap ke mulut dengan sebelah lagi tangan menaip. Konon-konon makan sambil buat kerja. Hehe…
“No. Masuk bilik I. Makan dulu baru sambung buat kerja” dia bawa makanan dalam bilik dia. Ala, dia ni. Suka paksa-paksa aku. Semua keputusan dia buat aku kena ikut. Mana aci.
“Boss, nanti bilik boss bau. Kita makan kat pantry je. Meh saya bawa ke pantry” aku cuba pujuk dia. Tak elok aku rasa nak makan dengan dia. Dalam bilik dia pula tu. Nanti apa kata staff lain. Aku segan sebenarnya. Dahlah tiap-tiap hari aku teman dia makan kat luar. Alih-alih hari ni makan bersama dalm bilik. Ades.
“Nurul Nissa. Cepat you makan, cepat you mula kerja” dia dah buka balutan burger dia. Dah nak suap ke mulut. Tapi dia terbantut. Sebab dia tengok aku tengah ‘masak’ burger aku tu. Aku buka sos cili, aku taruk atas daging burger. Aku buka black paper aku tabur lagi. Lepastu aku taruk balik. Baru je aku nak suap, dia ambil dari tangan aku. Apa main rampas-rampas burger orang ni? Apa kes?
“Saya nak yang ni. You buat yang ni” dia tukar dengan aku punya. Apa punya boss la. Ada juga makhluk macam ni. Nasib-nasib. Asyik kena buli je aku ni.
“Pedas” dia minta air dengan aku. Aku hulur kat dia. Kesin aku tengok. Dah berair mata dia. Kesian. Dah tahu tak tahan pedas, makan black paper buat apa? Saja cari penyakit. Aku taruk sos cili dan bagi kat dia. Burger kat tangan dia tu aku ambik. Lepas tu aku terus makan. Aku suka pedas. Dia tak suka pedas. See, kat sini pun dah berbeza kami berdua.
“Kenapa makan yang I punya? Kan I dah makan tu” dia buat muka pelik dah. Itu pun nak jadi isu. Makan je la diam-diam. Huh! Aku buat tak layan. Sebab aku malas nak jawab soalan yang tak berapa nak cerdik tu. Aku makan sampai habis burger aku. Alhamdulillah. Kenyang dah. Aku pandang dia. Dia tengah makan French Fries. Selera betul dia makan. Aku dah kenyang. Tak boleh nak masuk dah benda lain. Air pun aku minum sikit je. Kenyang sangat dah.
“Makan banyak sikit. Biar gemuk. Baru best nak peluk” dia sumbat French Fries dalam mulut aku. Aku tak nak nganga. Dia tolak jugak. Main paksa-paksa lak. Nak makan tu makan je la. Aku buka mulut sebab dia beria-ia benar tolak kat mulut aku ni. Apa la dia ni. Suka sangat paksa aku makan. Aku dah kenyang. Mana boleh masuk dah.
“Apa comot mulut ni. Makan macam budak-budak” dia lap bibir aku dengan jari dia. Cepat-cepat aku larikan muka aku. Aku ambil tissue lap sendiri. Muka aku dah panas. Malu kot. Jantung aku tak usah cerita. Dah berdegup kencang dah. Memang berdebar habis. Lepas tu kami diam. Aku dah habis makan sebenarnya. Tapi suruh aku teman dia makan. Tapi lambat je dia makan. Nak habiskan French Fries pun terhegeh-hegeh. Macam sengaja makan lambat-lambat. Sabar je la. Boring aku tengok dia makan. Kalah pengantin baru makan beradat. Huh! Dari dapat pahala terus dapat dosa dah aku ni. Mana taknya. Asyik merungut je. Kutuk dia dalam hati. Mengumpat satu hal. Makin banyak la catatan buku sebelah kiri aku ni. Huhu…
“Ngantuknya” aku menguap beberapa kali. Boring punya pasal. Mana taknya. Makan berjam-jam. Aku dah lama habis dia belum habis-habis lagi. Burger aku ni dah siap hadam dah. Silap-silap siap proses jadi bahan kumbahan ni. Dia masih dok makan lagi. Geram pula aku tengok dia ni. Sengaja menguji kesabaran aku ke apa ni? Aku hempuk kepala tu baru tau.
“Tidur la sekejap. Ada masa lagi. Nanti I kejutkan” dia bagi idea bagus. Wah, bestnya. Dapat tidur sebarang dua tiga minit. Bestnya. Tapi, jap. Aku nak tidur depan dia ni? Oh, no. Tidak! Aku sedar pun dia suka ambil kesempatan, apa lagi kalau aku tidur. Mesti lagi seronok dia Ambil kesempatan kat aku. bahaya dia ni. Harus aku berwaspada.
Aku capai majalah atas meja kopi tu. Selak dua tiga helai. Tak ada minat aku nak teruskan. Pasal business. Langsung tak best. Aku capai majalah lain. Pun sama. Business lagi. Boring betul. Cuba majalah Mingguan Wanita ke, Nona ke, Majalah Vouge ke, paling best kalau boss sediakan novel. Sah, aku tak buat kerja lain. Mengadap novel je kerja aku. hehe…
“Boring je. Semua magazine business” aku merungut-rungut. Jari aku selak dengan perasaan tak minat. Apa yang best sangat pasal majalah ni. Aku tak minat langsung. Nak beli lagi la tak. Bagi aku baca free pun belum tentu aku sudi. Kalau upah lain la. Haha…
“Nanti I belikan. Nak magazine apa?” dia dah jadi lurus bin bendol dah. Aku main-main dia boleh take serious. Alahai, kesian boss aku ni.
“Eh, tak apa. Saya saja je. Sebab saya tengah boring ni. Tak tau nak buat apa. Boss dah siap makan belum? Saya nak keluar ni. Banyak kerja nak kena buat. Dari tadi boss makan. Tak habis-habis lagi ke? Lambat la boss makan. Kalah pengantin baru tau” hah, aku dah terbebel kat dia. Ter ok. bukan aku sengaja nak membebel. Tapi aku dah boring sangat-sangat ni.
“Teman makan boss handsome macam saya ni pun you boleh boring? Tak patut betul you ni. Kalau perempuan lain, dia orang sengaja tahan I lama-lama. Katanya tak puas nak tatap wajah handsome I ni” boss senyum bangga. Hak alah. Poyo je dia ni. Perasan betul. Macam ni pun ada.
“Poyo” aku cebik bibir kat boss. Mata aku sengaja juling ke atas. Lepas tu dia boleh bantai gelak kat aku. Dah la gelak macam orang hilang akal. Kuat pula tu. Dah gaya macam orang jahat dalam filem Tamil. Cam tu la gayanya. Tapi sebenarnya aku suka tengok dia macam ni. Senyum, bergelak tawa. Aku suka bila dia dalam keadaan santai macam ni. Sebab bila dia kerja, muka dia langsung tak ada riak. Kadang-kadang muka dia nampak tegang, stress, masam. Bila dia senyum dan ketawa. Aku rasa ada kelainan. Satu pandangan yang indah di depan mata aku. Sungguh indah kejadian makhluk Allah swt ciptakan. Dia cukup sempurna pada padangan mata aku. Seorang lelaki yang berkerjaya, tenang berdepan dengan masalah, berkeyakinan bila berurus niaga. Dia begitu sempurna pada pandangan mata aku.
Pandangan mata kami beradu. Dia merenung aku lembut. Senyuman masih tak lekang di bibir dia. Senyum sambil memandang aku. Jantung aku makin kencang. Teruk betul tahap kesihatan aku sejak akhir-akhir ini. Harus aku pergi check. Mana tahu aku kena serangan jantung. Parah aku kalau macam ni. Muka aku dah rasa panas membahang. Mesti dah merah ni. Aku sure sangat. Malu punya pasal. Teruk betul boss ni. Tak pandai jaga mata. Cucuk mata tu karang. Terus jadi Kasim Selamat. Baru tak nakal.
No comments:
Post a Comment