“Good morning” Nurul Nissa ceria melangkah ke meja makan. Hari ini dia mengenakan baju kurung moden berwarna biru laut. Makeup nipis di wajahnya menambahkan seri.
“Awal bangun. Ceria pula tu” usik Mak Mah. Selaku pembantu rumah mereka. Sudah sedia maklum dengan perangai Nurul Nissa yang suka bangun lewat. Kelam kabut ke tempat kerja tanpa sarapan. Sudah berkali-kali ditegur tapi tetap sama.
“Mak Mah tahu, Yuyu mimpi best malam tadi” sengaja dia mengusik.
“Tak tahu” Mak Mah permainkan Nissa. Sengaja mengusik. Sehari dia tak melihat wajah cemberut Nissa, dia rasa kurang lengkap harinya. Rajuk Nissa tak lama. Sudah arif benar.
“Tak suka la macam ni. Tak nak makan. Orang merajuk ni” sambil memeluk tubuh. Sengaja dia muncungkan bibir dia. Kononnya minta dipujuk. Pagi-pagi dah mengada-ngada Nissa ni ya. Hai…
“Mah Mah pujuk la. Mommy tak nak” usik Mommy pula. Dia perhatikan wajah mulus anak kesayangannya. Peristiwa malam tadi menerjah kembali. Sungguh dia risaukan anaknya itu. Ibu mana yang tak risau keselamatan anak dara. Bimbang kedua-dua mereka tersilap langkah.
“Mom!” muncungnya semakin panjang. Geram pula tidak ada yang sudi memujuk. Kesudahannya dia yang diusik. Itu la, niat tak baik. Kan sendiri yang kena usik.
“Sudah-sudah. Cepat makan. Karang lewat pula. Cuba tengok jam tu. Dah pukul berapa ni? Layan sangat rajuk tu. Karang muka berkedut baru tahu” bebel Mommy. Tangannya pantas mencedok bihun goreng ke dalam pinggan anak kesayannya itu.
“Sampai hati cakap muka kita berkedut” dia pegang kedua-dua pipi dia sambil buat muka sedih. Minta simpati la kononnya. Mengada-ngada betul budak ni. Sekali aku cepuk baru tau.
“Sudah-sudah. Jangan nak mengada-ngada. Awak tu dah tua. Jangan nak buat perangai budak-budak” marah Mommy lagi. Dia rasakan Nurul Nissa perlu bersikap matang. Sudah tiba masanya untuk dia bertegas dengan anak kesayangnya. Bimbang orang mengambil kesempatan.
“Tak nak makan. Orang merajuk ni” dia terus bangun, salam dan cium Mommy sebelum melangkah keluar rumah.
“Merajuk pun kena cakap ke?” kedengaran ketawa Mommy dan Mak Mah di ruang makan. Sakit hati. Bukan nak memujuk. Kena sindir ada la. Pagi-pagi dah tak ada mood.
“Lapar la pulak. Menyesal tak makan bihun goreng tadi” tangannya mengosok perut bernyanyi riang. Tadi mengada lagi. Merajuk konon. Kan dah rugi. Siapa yang lapar? Aku jugak!
Sampai kat office dia terus on aircond dan computer. Check e-mail kot-kot ada yang urgent. Mana la tahu tiba-tiba ‘singa’ tu ada meeting tergempak. Konon-konon penting sangat tu. Sampai tak sempat-sempat nak tunggu. Jam-jam tu bagi, jam-jam tu juga nak. Tak ke haru hidup aku. Setelah dia pastikan tiada apa yang penting melainkan perutnya yang lapar. Jadi ada baiknya dia pergi menikmati secawan kopi sambil bersantai-santai di pantry. ‘Ewah, nak datang kerja ke nak bersaintai-santai Nurul Nissa oit’.
Sambil minum kopi dengan penuh santai di pantry. Tanpa hiraukan staff lain yang berduyung-duyung masuk kerja. Leka dia dengan secawan kopi. Seronok pula bersantai. Dah macam lepak kat kedai kopi. Seronok bukan main lagi ya. Hamboi. Tak hingat dunia. Tak sedar ada yang merhati dia. Fikiran melayan entah ke mana. Itu akibatnya.
“Buatkan kopi untuk I” dia tarik kerusi di depan Nurul Nissa. Hah, kan dah kantoi degan boss sendiri. Curi tulang lagi. Tapi dalam bab ni, dia bukan curi tulang. Curi daging kot. Melampau sangat. Time kerja boleh melepak-lepak macam tu.
“Hah! Errr… boss dah lama sampai. Tak perasan tadi” hehe… kantoi.
“Kopi please” big boss minta kopi. Dah gaya aku ni buka kedai kopi dah. Ingat aku ni apa? Tukang bancuh kopi ke? Punya cun aku ni, layak jadi pembancuh kopi je? Huhu… sedih!
“Ala ” aku muncungkan mulut aku. Malas betul nak bancuh air, untuk diri sendiri pun malas. Tapi tadi terpaksa sebab aku lapar gila.
“Jangan buat macam tu. Nanti I cium” dia ugut Nissa. Memori malam tadi cepat-cepat dia padamkan. Gelora jiwa dia saat melihat Nissa buat mulut macam tu. Bergetar iman dia.
“Suka hati kita la. Mulut kita. Bukan pinjam dia punya pun” dia bebel-bebel sambil buat kopi. Terpaksa kot buat juga. Kalau tak selagi tu boss akan minta. Dah faham benar dah. Jadi nak tak nak, dia kena buat. Malas nak layan. Tak nak buat pun, last-last kena buat juga. Daripada membuang masa dan tenaga bergaduh. Ada baiknya dia terus buat.
“Nissa, I sad don’t do that. Nanti I cium” dia dah berdiri belakang Nissa. Jantung semakin kencang. Dah sudah. Apa dah jadi ni.
“Suka hati la” Nissa tak endahkan. Malas dia nak layan big boss pagi ni. Dah la pagi tadi merajuk dengan Mommy dan Mak Mah tak reda lagi. Rajuk dia yang tak dipujuk. Ni nak cari pasal degan big boss pula. Hai, sakit hati betul. Saat dia toleh belakang terus cuppp… big boss kiss. Bulat mata dia. Terkejut. Tergaman dengan tindakan big boss. Nasib baik cawan kat tangan dia sempat big boss sambut. Kalau tidak selamat dua-dua kena air kopi panas.
“Thanks dear. Sweet, just nice” big boss hirup air kopi tanpa perasaan lepas dia kiss aku. Eh, hello. Yang awak kiss ni anak dara orang tau tak. Bukannya patung!
“Mengada” tangannya sempat tolak badan big boss supaya jauh dari dia. Dia ketap bibir dengan perasaan geram yang amat sangat. Suka-suka dia nak kiss anak dara orang. Gatal betul. Belum apa-apa dah berani buat benda tak elok.
“I’m sorry dear. Tadi I dah warning jangan buat. Tapi you buat juga, kan dah kena kiss” dia raih pinggan Nissa supaya dekat dengannya. Dia senyum segaris. Sakitnya hati aku! Karang ada juga orang makan kasut pagi ni.
“Eh, hello. Ingat I ni apa? Suka hati dia je nak kiss orang. Nak pegang-pegang” cepat-cepat dia tepis tangan big boss kat pinggannya. Melampau betul dia ni! Lepas tu dia keluar dari pantry. Tinggal big boss kat situ. Ikut hati nak je bagi sebijik dua penumbuk. Geram betul! Dasar buaya darat! Kasanova! Arghhhhhhhhhhhhh…
“Nissa, come to my office” dia singgah di meja Nissa. Muka dia bersahaja. Tidak beriak. Pandai betul berlakon big boss aku ni. Aku rasa dia salah pilih bidang ni. Sepatutnya dia jadi pelakon. Bukan jadi boss aku. Huh! Kembang kempis hidung aku sebab tahan marah punya pasal. Karang aku mengamuk orang cakap aku gila. Tak pasal-pasal kena hantar kat tanjung rambutan. Oh, tidak dapat aku bayangkan. Cuba kau orang bayangkan, orang secantik aku terpaksa tinggal dalam tanjung rambutan. Oh tidak, aku perasan lagi! Hehe…
Aku ketuk pintu dan terus masuk. Eh, tak ada orang pun. Sebab biasanya dia ada kat meja kerja dia tu. Sambil buat-buat busy. Mana pulak dia ni? Suruh aku masuk. Tapi dia tak ada. Hairan bin ajaib ni. So, ada baiknya aku keluar je. Buat kerja aku lagi berfaedah.
“Sorry. I’m sorry. Please” dia melutut kat belakang aku. Oh mak oit. Apa ke hal pula sampai melutut bagai ni. Pelik betul dia ni.
“Boss buat apa ni? Bangun la” aku masih kaku berdiri. Terkejut sebenarnya. Aku tak minta pun dia buat sampai macam ni sekali. Sampai jatuhkan maruah dia melutut kat aku. ades!
“Please” dia merayu sambil buat gaya junjung kasih. Ala-ala mengadap raja-raja tu. Kerja gila ni! Aku tak ada la sampai nak suruh dia melutut bagai. Cukup sekadar dia tak mengulangi perbuatan dia tadi.
“Boss, saya tak minta boss buat macam ni. Saya harap jangan sesekali ulangi perbuatan tadi. Kat saya or mana-mana perempuan kat luar sana . Kami ada maruah yang harus kami jaga. Saya harap sangat-sangat boss tolong jangan buat lagi” aku tarik dia supaya berdiri. Tak sanggup aku tengok dia merendahkan martabat dia sampai macam tu sekali. Mungkin antara aku dan dia saja dalam bilik ni. Tapi dia tetap boss aku. Dia juga tunang aku. Insyaallah dia bakal suami aku. Maruah dia di depan aku amat tinggi. Bukan serendah itu.
“Nissa, izinkan saya menjadi yang halal. Supaya tidak ada halangan untuk saya membuktikan kasih sayang dan cinta saya kepada awak” penuh berharap dia memohon. Aku hanya mampu tersenyum. Dalam hati aku doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Jika jodoh kami, pasti bersatu juga akhirnya. Insyaallah.
“Saya keluar dulu. Pelihara hubungan ini atas landasan yang benar. Bukan kerana nafsu dan bukan juga kerana keinginan. Pelihara ia kerana Allah. Insyaallah kalau ada jodoh antara kita, kita pasti bersatu” terus aku melangkah keluar. Aku lihat dia senyum dengan mata berkaca. Terharu mungkin dengan kata-kata aku tu.
‘Terima kasih sayang, kerana sedarkan saya’ dia berbisik perlahan. Sesungguhnya dia leka dengan godaan nafsu. Dia lalai dengan hasutan syaitan.
“Nissa, lunch sama ya” dia menghantar pesan ringkas. Seperti biasa dan seperti sedia maklum. Dia juga ditugaskan untuk menemani encik boss makan tengah hari. Kalau ikutkan memang best. Sebab hari-hari boss belanja. Ada juga rasa bosan asyik keluar dengan boss je. Tak ada langsung peluang nak makan dengan rakan sekerja yang lain. Kalau ada pun time dia keluar main golf dengan client. Itu pun kadang-kadang malas nak keluar pula. Akhirnya dia duduk bertapa dalam office.
“Nissa masuk bilik saya” intercom dari big boss. Hak alah, baru je hantar message. Ni panggil masuk bilik pula. Malas betul nak melayan dia ni! Bebel dalam hati je la.
“Dapat tak message I?” dia terus ajukan soalan. Tak sempat nak tutup pintu. Gelojoh gila.
“Dapat” aku jawab nak tak nak. Nak tanya ni je ke sampai panggil masuk bilik? Dah kenapa dia ni? Kena sampuk ke? Pelik semacam je ni.
“Kenapa tak reply?” dia tanya lagi. Matanya terus tatap wajah aku. Serious manjang. Macam aku takut sangat bila buat muka macam tu.
“Tak ada kredit” aku jawab malas. Sebenarnya aku malas nak reply. Membazir kredit je. 15 sen tau. Bayak tu. Membazir je.
“Nanti I register bill. Monthly I bayar” dia buat keputusan sepantas kilat. Wah, dasyat boss aku ni. Jam-jam tu dia boleh fikir solution untuk mengatasi masalah kehabisan kredit aku. Well done. Greta job. Fantastic. Bombastic.
“No need, thanks. Dah habis dah tanya soalan?” aku malas nak layan dia. Agaknya dia tak ada kerja nak buat kot. Sebab tu dia kacau hidup aku ni. Apa dia buat kat dalam bilik ni? Selain dari kerja membuli aku ya? Nak je aku tanya dia. Tapi tak sampai hati la pula. Diakan boss! Lantak dia la nak buat apa pun.
“No compromise. Register bill today. Go out” dia terus tunduk mengadap file yang sedia terbuka depan dia tu. Busy kononnya. Oh, please la. Aku lagi busy tau tak!
“Menghalau nampak” aku sempat sindir dia sebelum aku keluar. Haha… jahat aku. Sengaja buat dia sakit hati. Pandai sangat nak atur hidup aku tu kenapa. Dah tak ada kerja nak buat agaknya. Sampai masalah kredit aku pun dia tolong selesaikan. Bagus betul diakan? Sangat-sangat perihatin orangnya. Bertimbang rasa. Baik hati. Pemurah. Apa lagi? Cakap-cakap? Grr…
Sampai kat meja aku dapat satu lagi message. Dari dia tu lagi. Orang kat dalam bilik tu la. Siapa lagi yang rajin menghantar message kat aku ni. “Sorry dear”. Cam tu je? Sorry… sorry… aku membebel-bebel. Malas aku nak layan. Dengan aku-aku jadi tak betul. Penyakit berjangkit. Bahaya virus big boss aku bawa ni. Sebab tu aku tak nak terkena virus dia. Susah nak dapat vaksin. Tu pun entah ada entahkan tidak ada vaksin untuk penyakit miang keladi.
Sempat aku kering jam di computer aku. Lah, baru pukul 11.00 pagi kot. Dah sibuk ajak orang lunch. Apa ke hal big boss aku tu? Jadi, aku masih ada masa untuk siapkan kerja sebelum keluar lunch. Cepat aku buat kerja, boleh aku rehat-rehat. Kalau petang tak ada kerja boleh aku buat kerja sendiri. Apa lagi kalau bukan facebook, yahoo messenger dan apa-apa je la. Boleh juga aku release tension aku dari dok melayan big boss aku tu.
Dalam dok kalut aku buat kerja. Tiba-tiba muncul makhluk bertuah tu. Aku angkat muka sambil angkat kening dua tiga kali. Isyarat tanya kenapa? Dia pun tunjuk jam tangan dia. Guna bahasa isyarat juga. Eh, tiru kita lak dia. Dah tak ada mulut kot nak cakap. Main isyarat-isyarat lak. Tapi isyarat kami guna boleh kami berdua faham. Kira berkesan juga komunikasi kami. Dan ia dianggap sebagai satu komunikasi. Selain tu komunikasi juga merangkumi banyak cabang. seperti papan tanda. Simbol, contohnya symbol lelaki dan perempaun dekat toilet. Gambar bas tempat menunggu bas. Atau apa saja yang boleh difahami oleh orang lain. Ia dianggap komunikasi. Tidak semestinya terikat dengan bertutur, percakapan dan tulisan sahaja. Hehe… tiba-tiba aku bagi definisi komunikasi free.
“Hah, dah pukul 12.30 dah. Tak perasan lak” aku tepuk dahi. Big boss senyum segaris melihat gelagat aku. Suka benar dia tengok aku kalut macam ni.
“Jom” dia ajak sepatah. Masih setia kat depan aku. Dia tak pakai kot. Baju kemeja pun dia lipat sampai ke siku. Tie pun tak tergantung kat leher dia. Kan bagus macam tu. Tak ada la rimas. Kat luar tu panas. Memang tak kena kot nak pakai lengkap macam tu. Rimas aku tengok.
“Boss, kita nak makan kat mana?” kami berjalan beriringan. Sesekali staff tegur big boss aku. Macam biasa dia hanya angguk kepala. Dan aku senyum kat staff bangunan ni. Dia orang pun dah biasa sangat tengok aku dengan boss aku keluar makan bersama. Mula-mula ada juga gossip. Tapi lama kelamaan senyap sendiri. Sebab aku malas nak layan. Big boss aku lagi la tak layan. Dia lagi tak ada perasaan nak layan benda karut macam ni. Banyak benda lain yang lebih berfaedah dia nak fikir. Setakat gossip macam ni, dia buat tak endah je. Dia tu hati batu. Tapi itu dulu, sekarang dia dah jadi mat jiwang.
“You nak makan mana?” dia tanya aku. Driver dia dah tunggu kat lobby. Dia dah ambik tempat kat sit penumpang bahagian depan. Dan aku duduk kat sit belakang. Oh, lupa. Soalan dia nak makan kat mana aku belum jawab lagi. Ok, Pak Wan magsa aku. hehe…
“Pak Wan, tau tak kedai makan Ayam Kampung?” aku aju soalan kat Pak Wan. Sebab kalau aku tanya big boss aku pun. Bukannya dia tahu. Dia tu buta jalan. Nama je orang KL. Kalau tanya jalan semua tak tahu. Sebab dia bukan biasa bawa kereta sendiri. Maklum saja ada driver. Cakap je nak gi mana. Tup-tup dah sampai. Ada orang hantarkan. Alangkah untungnya dia kan ? Hidup senang je.
“Kat mana?” Pak Wan tanya aku balik. Ceh, dua kali lima je. Ingat tahu tadi. Buang masa aku je. Meh aku bagi direction. Baik hati tak aku ni?
“Seksyen 6 tau. Kat belakang Gulam Mee. Kalau ikut jalan short cut lagi best. Jumpa je land mark Petronas yang ada A&W tu ada traffic light. Sebelah kana nada Tropicana Medical Center , SEGi University College dan Sek KDU. Depan sikit jumpa traffic light lagi. Pak Wan masuk ikut bawah flyover traffic light tu. Belok kiri. Lurus sampai ke sudah. Nampak Speed Mart 99 belok kiri. Lepas tu depan sikit belok kiri. Sebelah Easy RHB tu” aku bagi direction. Maklum saja, ini kawasan aku. Cewah, dah macam gangster lak aku ni. Ada kawasan bagai.
Hari ni aku rasa nak makan ayam kampong. Oh, nikmatnya dapat makan makanan kampong ni. Kedai makan ni kira ok la. Bukan taraf warung tepi jalan. Sebab aku pun kesian dengan big boss aku ni. Nak biasakan diri dia perlahan-lahan. Karang mati terkejut sebab kena paksa makan kat warung tiap-tiap hari. Aku juga yang kempunan tak dapat merasa bersuamikan dia. Haha… sempat lagi aku mengatal.
Macam biasa makanan kat sini tip top. Sedap sehingga menjilat jari. Aku jamim punya. Tak menyesal datang makan kat sini. Sure 200% tau. Aku jamin. Ewah, promot sakan nampak. Ada shere ke dalam kedai makan ni? Hehe… Tuan kedai tak faham-faham bahasa ke? Ulur-ulur la sikit. Paling tak pun payung la makan tengah hari aku. Tak adanya bankrap kedai makan Ayam Kampung ni kalau setakat payung makan tengah hari aku ni. Iya idak? Hehe…
Seperti biasa, aku dengan semangat berkobar-kobar untuk sesi melantak. Tak peduli dah orang lain. Janji kenyang perut sendiri. Itu yang penting. Hehe… dalam dok kalut aku senduk makanan, lauk pauk. Ulam-ulaman. Sambal pelbagai rupa dan rasa. Aku rasa bahu aku kena cuit. Apa ke halnya main cuit-cuit bahu orang ni? Aku siku kan terkulai juga jari budak ni. Berani-berani usik bahu aku ni apa ke halnya.
“Saya nak makan apa?” aku dengar dia bisik kat tepi aku. Maik bisik-bisak lak dia. Nak kena lukuk kepala tu kan . Mengada betul. Punya banyak lauk depan mata dia, boleh dia tanya aku dia nak makan apa. Apa kes?
“Ambik je la apa yang boss nak makan. Hah, macam saya ni” aku tunjuk pinggan nasi aku yang dah penuh lauk dan ulam kampong. Pelahap punya budak!
“Saya tak makan ayam kampung la” dia bisik lagi. Geram pulak aku rasa. Dah tak makan ayam kampung, makan la benda lain. Banyak lagi lauk pauk yang ada tu. Nak kena ajar budak ni. Baru tahu makan makanan kampung macam ni. Huh!
“Udang makan?” aku tengok dia angguk kepala. Aku senduk dan letak dalam pinggan nasi dia. “Ikan?” aku angkat seekor ikan keli ke ikan haruan entah. Aku pun tak berapa arif dan bijak sana dalam bab sepesis ikan ni. Dia geleng kepala. So, aku letak balik. Aku angkat daging kurma. Dia angguk lagi. Aku letak dalam pinggan dia sikit. Ada sotong goreng tepung. Tu pun dia angguk jugak. Oh, rupanya dia suka makan sea food. Tahu la aku. Aku ambil ulam letak dalam pinggan dia. Lepastu aku siram sambal belacan, budu, tempoyak. Hah, campur sebati. Kikiki…
“Stop!” dia marah aku. Kuat gila suara dia. Boleh pecah gegendang telinga aku ni.
“Saya tak makan benda tu” dia sambung ayat tergantung dia tadi. Aku jeling dia dan buat tak tahu. Lantak ah. Malas aku nak layan. Tak nak makan sudah.
“Saya tak makan la” dia ambil tempat dan duduk depan aku. Muncung je muka dia tengok ulam-ulam dalam pinggan dia yang dah penuh dengan segala macam sambal. Kikiki… jahat gila aku. Padan muka!
Aku buat tak endah. Sebab aku malas nak layan perangai mengada-ngada dia tu. Aku tadah tangan baca doa makan la. Apa lagi. Tak kan tadah tangan minta sedekah. Tak kena langsung. Tak ada maknanya, aku nak makan ni. Malas nak cerita banyak. Makan jom… eh, tiba-tiba dia tarik pinggan nasi aku. Baru je aku nak suap dalam mulut. Apa ke hal pulak ni?
“Dah kenapa?” aku tanya dia. Nasi dalam tangan aku pun tak jadi aku suap. Terus terbantut nafsu makan aku.
“Tak nak makan ni” dia masukkan ulam-ulam dalam pinggan aku yang dah sedia penuh tu. Hadoi, nak je aku sepak dia time ni. Dah tak nak makan tu, taruk je tepi. Tak yah masukkan dalam pinggan aku ni. Eeeeeeeeeeee…. Geram aku dengan perangai dia ni. Kerjanya menyakitkan hati aku je.
“Boss!” aku ketuk tangan dia. Lepas tu aku tarik pinggan aku dan terus makan. Aku nampak dia gosok tangan dia yang aku ketuk tu. Eleh, ketuk sikit je pun. Dasar anak manja! Malas aku nak layan dia buat benda tak berfaedah tu. Pak Wan jadi pemerhati antara kami berdua sambil geleng kepala. Dah tak tau nak cakap apa dah. Ada je. Kalau tak bergaduh memang tak sah. Mesti bergaduh. Sorang kuat melawan, sorang lagi kuat memerintah. Elok la. Dah sesuai sangat dah. Sama-sama keras kepala.
Aku sempat juga jeling kat dia depan tu. Tahu pun makan diam-diam. Ulam-ulam dengan sambal memang dia tak sentuh langsung. Tahu la aku yang dia tak makan ayam kampun, ulam dan sambal. Nampak sangat budak ‘bandar’ boss aku ni. Melampau betul. Ulam bagus untuk awet muda. Macam aku ni. Muda belia. Kulit cantik je. Cun pulak tu. Tak macam big boss aku tu. Muka ketat je. Dah gaya orang pakai botox. Nak senyum pun keras semacam muka dia tu. Kesian dia. Hehe…
Macam biasa lepas makan kami balik office. Sambung kerja. Kami bawa haluan masing-masing. Dia pun macam nak cepat je. Entah apa yang menunggu dia aku kurang pasti. Sebab aku malas nak bertekak dengan dia. Tak daya dah aku nak melawan dia tu. Ada baiknya aku buat hal aku sendiri sementara dia tak kacau aku. Aman sikit hidup aku.
Sebelum balik aku pergi surau. Solat Asar sebelum balik. Faham-faham je la. Nak balik rumah kena rempuh jammed. Karang tak pasal-pasal solat Asar atas jalan. Hehe… lepas solat macam biasa aku lepak kat pantry. Bancuh air sebelum balik. Aku dah addited dengan nesface. Sehari aku tak minum aku boleh menggigil. Dah macam gian dah. Mesti minum. Selesai aku melepaskan hajat, aku pun jalan ke tempat aku. Nak kemas barang, balik rumah la. Dah lewat ni. Aku tengok bilik bos aku terang lagi. Kaki aku gatal nak melangkah ke bilik dia. Baru je aku nak ketuk pintu tiba-tiba ku dengar suara manja perempuan dalam bilik tu. Suara big boss aku seakan-akan memujuk dia. Hancur hati aku. Sedih. Pilu. Kecewa. Rupanya dia sudah berpunya. Adakah dia ‘she’ yang boss ceritakan itu. Insan istimewa dalam hidupnya. Tapi kenapa dia melamar aku? Atas alasan dan sebab apa? Sedihnya hati ini.
Aku jalan ke meja aku tanpa perasaan. Sebenarnya banyak rasa yang bercampur antara satu sama lain. Sampaikan aku dah tak tahu nak rasa apa. Tapi aku perlu keluar dari bangunan ini. Balik ke rumah adalah tempat yang paling selesa saat ini. Aku off computer. Kemudian aku capai handbag dalam laci. Lepas aku tutup lampu bilik aku terus hayung langkah tanpa toleh kiri kanan lagi. Lagi cepat aku keluar lagi baik aku rasa sekarang. Sebab dada aku sesak sangat-sangat. Rasa sempit sampai aku susah nak bernafas. Oh, Tuhan. Berikan aku kekuatan-Mu.
“Are you still here?” dia tarik tangan aku. Mematikan langkah aku. Mungkin aku tak perasan dia sedang perhatikan aku dari tadi. Tapi itu tidak penting. Aku perlu segera pulang.
“Nissa, diner together” dia ajak aku. Tangan dia masih utuh memegang pergelangan tangan aku. Tanpa perasaan aku tarik dan terus melangkah keluar. Aku tak jawab sepatah pun. Sungguh aku rasa kosong. Entah apa perasaan aku rasa sekarang ni. Marah ke aku sebab dia dengan perempuan lain dalam bilik tu? Cemburu ke aku sebab dia memujuk rayu dengan perempuan tu? Kecewa ke aku sebab dia sudah ada yang lain? Atau sedih ke aku sebab dia bukan milik aku seorang? Atau kenapa?
Aku dengar dia panggil nama aku beberapa kali. Aku langsung tak menoleh. Sampai dalam kereta aku dapat panggilan dari dia. Bertalu-talu dia call aku. Membuatkan aku rimas sendiri. Dan akhirnya aku matikan telifon aku. Sepanjang perjalanan pulang fikiran aku melayang entah ke mana. Syukur Alhamdulillah, aku selamat sampai di rumah. Sampai je aku terus masuk bilik. Mandi, solat dan tidur. Penat otak aku seharian bekerja keras. Tambahan pula aku malas untuk membebankan otak aku untuk fikir pasal dia. Sungguh aku letih berhadapan dengan dia. Aku penat dengan semua ni.
No comments:
Post a Comment